CERPEN
: KISAH KITA
“SORRY, darling. Busy tadi, tak sedar ada
WhatsApp masuk.”
“No hal.”
Nabilah
jawab sepatah sahaja, malas nak bertanya lebih. Pergi ke mana, kenapa lambat,
keluar dengan siapa bla bla bla...serius tak nak tanya. Sebab jawapan sang suami
cuma satu, ‘kerja di pejabat banyak sangat’.
Ala,
samalah macam situasi dia juga. Shahrul tak pernah bertanyakan banyak soalan.
Paling tak pun soalan Shahrul cuma ‘hospital sibuk sangat ke?’ dan jawapan standard yang dia berikan, ‘workload di hospital banyak sangat’.
Cup!
Kucupan
hinggap di dahi Nabilah. Dia jeling sekilas Shahrul yang sudah mengambil duduk
di sofa sebelah. Kalau ketika mula-mula berkahwin dulu, ciuman Shahrul singgah
di bibir. Tapi kini?
Bosan...
Bosan...
Dah
tak cinta...
Sayang semakin pudar...
Itukah yang terselit di hati suami? Takkan baru setahun
berkahwin cinta Shahrul dah beralih arah kot..
“Esok saya outstation.
Tinggal dengan Mommy dulu ya? Saya tak nak awak tinggal sorang-sorang di sini.”
Shahrul pandang wajah cantik isteri yang tampak macam tak ada mood. Ikut hati memang malas nak pergi
esok tapi dah nama pun atas urusan kerja, dia terpaksa tinggalkan Nabilah
sekali lagi. Dah berkali-kali pun sebenarnya.
“Hah? Esok? Pergi mana?” Nabilah tarik muka tak senang. Damn! Baru nak ajak Shahrul pergi ‘maracoon hunting’.
“Phuket.”
Mata Nabilah membulat besar. Where on earth?? Bisnes apa yang nak dibuat di Phuket sana? Seludup
chicks ke?
“Berapa lama?” Suara Nabilah perlahan sahaja. Tak syoklah
tanpa teman setia di sisi kalau macam ni.
“Dua minggu.”
“Hah??” Mulut Nabilah melopong. Lama siot business trip Shahrul kali ini.
Takkan aku nak tinggal di rumah mertua dua minggu...
Damn!
NABILAH senyum sampai ke telinga. Wajahnya terasa
berseri-seri sejak semalam. Hati ceria bak pelangi, mood pun sentiasa ‘on’
tanpa ‘off’. Kalau boleh dia nak
terbang ke Phuket sekarang juga untuk bertemu dengan sang suami tapi dia
sabarkan hati. Oh please do not let your
excitement spoils the moment.
“Cik kak, senyum-senyum apa cerita?” Joanne mengambil
tempat di hadapan kaunter.
Sekarang bukan waktu melawat, tak kisahlah nak
bertenggek di kaunter macam dia. Lagipun hujung minggu begini, memang ada
terselit sedikit aura malas. Tambahan pula dah habis morning rounds, tinggal nak balik sahaja lagi. Untunglah sebab primary team seperti dia dan Nabilah,
tak banyak kerja nak settle.
Nabilah mencebik. Minah ni memang tak boleh tengok dia
duduk senang.
“Tak sabar nak tunggu Shahrul balik.” Nabilah
berterus-terang.
Baru seminggu berjauhan dari Shahrul sudah terasa
bagaikan setahun. Dahlah Shahrul jarang berbalas WhatsApp. Apa sibuk sangat dengan urusan kerja di pulau seberang
sana?
“Sabarlah cik kak, setakat dua minggu tu tak lama mana.
Nanti Shahrul balik kau boleh lepas rindu puas-puas. So buat masa sekarang, kau puasalah dulu.” Joanne bernada mengusik
sambil tersengih.
Pap! Tamparan
hinggap di bahu Joanne.
“Ouch!”
“Ni lah pengaruh negara barat kat budak macam kau ni.
Otak kuning tak hengat.” Wajah Nabilah
bertukar serius. Ingat dia gersang sangat ke?
“Singa perempuan ni.” Joanne menggosok bahu kanannya. Sakit
cik kak. Selamba saja Nabilah labelkan dia sebagai ‘budak’. Hello babe, umur mereka berdua sama
sahaja. Bezanya Nabillah sudah bersuami, dia pula masih belum berpunya. Tapi
tak terasa hati pun sebenarnya dengan tamparan Nabillah, dia tahu temannya itu
marah-marah sayang pada teman yang sehati sejiwa sepertinya.
“Behave la
sikit, Jee. Kau tu kejap lagi dah nak jadi makcik.”
Rolling eyes. Aku punyalah muda macam ni naik pangkat
jadi makcik? Tolong sikit...namun beberapa ketika kemudian Joanne tersedar satu
perkara. Matanya membulat memandang wajah Nabilah yang senyum tanpa henti dari
tadi.
“Did you just get
your UPT result?” Joanne bertanya.
Nabilah angguk kepala dan senyumannya semakin lebar.
“It was positive.”
“Oh maiiii...” Joanne menutup mulutnya dengan kedua-dua
belah tangan.
Nabilah is a mother to be. And I am
an aunty to be...Say yoohooo!
SHAHRUL hembus nafas panjang. Pandangannya dilontarkan ke
arah rumah jiran di seberang sana. Jiran menang loteri kot, tak pun durian
runtuh. Renovate rumah sampai dah
nampak macam istana.
"Abby, saya nak kita berdua...bukan bertiga,"
tenang suara Shahrul.
Nak kata dia gembira dengan berita Nabilah yang berbadan,
tak juga. Nal kata dia kecewa, so-so
sahaja.
It was positive.
Good for her.
Bad for me.
Good for her.
Bad for me.
Dia masih belum bersedia untuk menjadi ayah. C'mon lah, umur baru 29 tahun buat apa
nak ada anak dulu. Mommy dan Daddy pun tak pernah bising pasal cucu. Tapi
Abby....
Dia pandang wajah Nabilah di sebelah. Tak lagi ceria. Dah
tak semanis sebelum ini. Tak payah diagak, sang isteri kecewalah tu. Sorry darling, tapi lantaklah.
Kadang-kadang perlu 'kejam' sedikit dengan isteri baru Nabilah ikut
telunjuknya.
"That is
against my oath, Shah." Nabilah
lawan pandangan Shahrul.
Adakah Shahrul terlupa pekerjaan isteri sendiri?
Doctor =
Hippocratic oaths
1. Do no harm.
2. And the list goes on...
1. Do no harm.
2. And the list goes on...
“Give me 10
reasons why you don’t wanna have babies, Shah.”
“Don’t act
innocent, darling. I’m sure you can think of hundreds of reasons.”
Nabilah mengeluh. Malas nak berdiri dengan Shahrul di
balkoni bilik, dia berpaling mahu masuk ke dalam bilik tidur. Shahrul takkan faham
dengan kehendaknya. Namun langkahnya terhenti bila lengan kanannya ditarik
suami lembut.
“Nak ke mana? Kita tak habis lagi.”
Nabilah diam beberapa saat. Suara memujuk sang suami
takkan mampu memujuk hatinya yang kecewa.
“I can’t think
of hundreds of reasons, Shah....”
Bila Nabilah menarik lembut lengannya, Shahrul lepaskan
genggamannya dan membiarkan saja Nabilah memasuki pintu balkoni.
Dear Shah, saya hanya mampu memikirkan satu alasan untuk
itu...
Kita berkahwin bukan atas dasar cinta...
NABILAH HUSIN
Nabilah tersenyum ke arah sebuah keluarga kecil yang
berdiri tidak jauh daripadanya. Ayah. Ibu. Anak. Sebuah keluarga yang lengkap
dan sempurna di matanya. Sesekali terdengar mereka bergelak ketawa.
Wish we were
like them...
Nabilah lontarkan pandangan ke arah laut yang terbentang
luas. Laut China Selatan di hadapan sana tampak sangat luas dan secara tak
langsung mendamaikan hatinya yang diulit sedih.
Rindu pada suami...
Rindu pada anak....
Dia kehilangan kedua-duanya. Shahrul memberikannya dua
pilihan dan dia hanya diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya.
1. Shahrul
2. Baby
Say no to
abortion. Say no harm. Hippocratic oaths in mind. Tapi Shahrul takkan faham...
Dear ex-husband,
Abortion :
Against love and humanity.
SHAHRUL AZHAR
Shahrul menghembus asap rokok. Ni dah batang yang ketiga
untuk malam ini. Memang gaya orang yang tak sayang paru-paru. Rancangan di tv
langsung tak menarik perhatian. Remote
tv dicapai, cuba mencari siaran yang boleh ‘layan’ sedikit.
AFC.
Ah...asal tengok AFC teringatkan bekas isteri. Nabilah
Hussin....dah dua tahun kot tak berjumpa dengan Nabilah. Selepas Nabilah
keguguran, mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah cara baik. Nabilah
salah sangka, berkahwin bukan atas dasar cinta tak bermaksud dia tak cinta. Dia
akui pilihan keluarga adalah yang terbaik. Cuma dia tak teringin nak ada anak
buat masa sekarang. C’mon la, kalau
isteri memilih kandungannya berbanding suami sendiri haruslah ego tergugat dan tinggi
melangit. Hence I let you go for good...
Dear ex-wife,
Love and
humanity can live without each other = Abortion.
Pemikiran dan pandangan kita berbeza. Dan bila
kedua-duanya vice versa, kita takkan
berada di landasan yang sama.
-TAMAT-
p/c : what if I compile my short stories altogether? Then kita simpan sama-sama buat kenangan ;) Hope you all enjoyed reading dearies! Cuma cerita pendek untuk asah balik semangat nak menulis. Feel free to drop by in my inbox kalau ada sebarang pertanyaan ya. Daku akan cuba aktif semula macam dulu. Love loads!
Kak Amy, you better sambungggg. I baru nak meloncat tinggi ke langit sekali kena hempas dekat bumi jugakk. Kakakaka.
ReplyDeleteNak nak nak 1st to buy paid & get the book will be ME....
ReplyDeleteNak all the short stories , real life , real stories
ReplyDeletekenapa akak rasa sedih giler ek...
ReplyDeleteSambung pelissshhhhh...
ReplyDeletePlease compile all your short stories and publish it.. I will be among your first buyers!!
ReplyDeleteIda
Your stories never fail to amaze me! The concept is always the same but I've loved it anyway. Please please please write more stories. Be it short or a long one!
ReplyDeleteP/S: I stopped reading malay novels a long time ago but your novels were the main reason why I started reading again. So congrats!
Much love from your biggest fan here in Brunei ❤