BAB
13
Winter 2007....
“YUHUUU!”
Dara menjerit gembira sambil menggerakkan kaki dan
tangannya di atas salji. Sedap aje baring kat atas salji, macam tilam empuk
yang ada penghawa dingin sendiri.
“Behave, Dara.”
Dara buat tak dengar. Nak behave apanya orang tengah buat bentuk angel kat sini. Bukan selalu dapat buat macam ni, masa musim sejuk
saja. Beberapa kali Dara menggerakkan kedua-dua kaki dan tangannya sebelum dia
bangun.
“Cantik!” Puji diri sendiri atas usaha keras membuat
bentuk angel di atas salji. Puas hati
dengan senyuman lebar di bibir. Tangannya menepuk-nepuk serpihan salji yang
melekat di seluruh baju sejuknya.
“Saya punya lagi hebat.” Aladin di sebelah tak mahu
kalah.
Dara mencebik. Cantiklah sangat bentuk angel yang macam patah sayap sebelah tu.
“Tak nak balik Kursk. Nak stay lagi kat sini boleh tak?” Dara menghadap Aladin dan berpeluk
tubuh. Tunjuk muka paling comel mana tahu kot Aladin cair hati tengok kekasih
yang nak extend cuti. Lima hari di
Amsterdam mana cukup. Kalau boleh nak tinggal sini lima bulan lagi.
“Give me three main reasons why you
wanna stay here.”
1. Free to do
illegal things.
2. Cycling all day long, all you
can.
3. The views! Credits to the views
around!
Membuntang mata Aladin mendengar tiga senarai utama Dara.
“Betul ni?” Aladin angkat kening.
“Don’t judge me,
Al. Stigma sungguh awak ni.” Dara kecilkan mata. Tak puas hati bila Aladin
pandang semacam. Mesti Aladin fikir yang bukan-bukan tentang sebab pertama yang
baru dia senaraikan.
“All these are the
things that you can do here but not in the US,” sambung Dara. Lengan Aladin ditarik untuk duduk di kerusi
panjang di situ.
“Banyak-banyak tempat kenapa nak bandingkan dengan US?”
Aladin mencapai kotak rokok di dalam poket jaketnya dan dinyalakan sebatang.
“Entah. Random.
Selalunya dah set kat kepala apa-apa
yang berkaitan dengan US adalah sesuatu yang grand. Yang hebat. Yang tak ada siapa boleh kalahkan. Macam perfect sampai tak ada tempat sehebat
itu kat dunia ni. Easy saying. Sebut
aje New York, semua akan ‘wow’ just
because cerita Hollywood banyak kat New York and since that is one of the most expensive places in the world as well.
Tapi kalau buka mata, ada lagi yang lebih hebat dari negara tu.” Panjang lebar
Dara bercakap.
Dia bukan anti Amerika. Nak kata dia benci lagilah tak.
Cuma dia tak ada perasaan jatuh cinta dengan negara yang dianggap hebat itu.
Mungkin Amsterdam tak sehebat New York. Malah Netherland mungkin tak popular
macam Amerika. But Netherland is really
amazing!
“Will you come here again next
time?” Aladin berpeluk tubuh. Amerika bukan di dalam
senarai negara yang dia nak pergi. Tapi kalau ada peluang, nak juga menjejakkan
kaki di sana, setakat untuk menambah pengalaman dan senarai negara yang dia
lawati.
“Yup. Harus!”
Aladin senyum. Dara ni kadang-kadang macam budak kecik.
Siap angkat tangan kanan macam tengah berikrar ‘Saya janji akan datang ke sini
semula’.
“Promise me you
won’t try your number 1 and number 2 without me.”
“Janji!” Dara tunjuk jari kelingking, nak twinky promise
dengan Aladin.
“Betul ni?”
“Betullah!”
Jari kelingking masing-masing bersatu seketika.
“Jom. Main basikal.”
Aladin memimpin tangan Dara menuju ke arah
tempat letak basikal. Amsterdam bandar yang tenang. Kalau di tengah bandar
memang tak ada bunyi hon yang bertalu-talu atau bau asap kenderaan yang annoying tahap tak tahu nak cakap apa.
Tak payah berhimpit nak berebut masuk metro atau LRT bagai. Pendek kata, Amsterdam is one of the best!
“Nak
datang lagilah tahun depan.” Dara senyum sendiri. Serius dah jatuh cinta dengan
tempat ni. Kalaulah boleh pindah universiti, dah lama dia daftar nama kat
pejabat MARA minta tukar negara.
“Come here only with me, Dara.”
“Kalau
awak tak ada, then macam mana?”
Pandangan mata mereka berdua bertaut seketika.
Aladin
senyum. Susah nak jawab soalan Dara, kalah soalan Anatomy masa tahun pertama
dulu. Genggaman pada tangan Dara semakin kejap.
“Saya
tak dapat janji tapi as for now, I’m here
with you.”
Sayang
pada Dara? Melimpah ruah, bro.
Cinta
pada Dara? Lebih dalam daripada lautan, lebih tinggi daripada langit.
Setia
pada Dara? Yes for now.
Aladin
tak nak menabur janji yang boleh buat Dara kecewa teruk andai jodoh mereka berdua
tiada satu hari nanti. Walaupun niat hati nak kahwin dengan Dara, nak sehidup
semati dengan Dara. Itu semua rancangan yang dia ada untuk masa depan mereka
berdua, tapi Tuhan yang tentukan.
“Saya
tak perlukan janji, Al.”
“Sebab
tu saya tak pernah janji apa-apa dengan awak.”
“Tapi
saya perlukan setia.”
Aladin
terdiam. Genggamannya pada tangan Dara masih tak terlepas.
“I love you.”
Aladin
tak nak berjanji untuk setia sebab takut tersalah langkah satu hari nanti dan
menghancurkan kesetiaan Dara padanya. Namun tiga patah perkataan itu tak pernah
jemu diucapkan pada Dara. Nak sebut tiga ratus kali setiap hari pun boleh.
“Me too.”
Kalau
Dara, memang dia setia sampai bila-bila. Tapi tak pastilah kalau Aladin pun
setia macam dia juga. Setakat ungkapan cinta tak cukup dan takkan pernah cukup.
Sebab bagi seorang Dara Dahlia, cinta takkan lengkap tanpa setia.
ALADIN
menghembus asap rokok. Berkepul-kepul mengalahkan awan kat atas langit. Asal
bangun pagi, perkara pertama yang dia buat adalah merokok. Orang lain hadap
kopi, dia pulak hadap Dunhill. Dah jadi rutin kot nak buat macam mana. Ini pun
dah kira okey dia dah kurang merokok. Gigih juga sebenarnya niat nak berhenti
tapi pelan-pelan lah. Dah bertahun-tahun merokok takkan boleh berhenti terus
dalam masa satu hari.
“Awal
bangun.”
Aladin
menoleh dan tersenyum pada Dara. Tangan dilambai untuk mengarahkan agar Dara
duduk di sebelah.
“Ingatkan
awak pergi jogging.” Dara menguap besar. Mak aii kalau mak Aladin tengok
perangai buruk ni mesti kena reject
untuk dibuat menantu.
“Tak
nak tinggalkan awak sorang.”
“Dorang
tu semua kan ada.”
Dia
dengan Aladin bukan datang berdua. Dian dan Kate pun ikut sekali. Sanjay dan
3K, termasuklah Andi dan Callie. Tiket musim sejuk untuk ke Amsterdam tahun ni
murah, sebab tu semua berpakat nak pergi bersama.
Aladin
tergelak kecil. Nak harapkan yang lain yang spesis tidur mati tu? Kalau UFO
datang culik pun takkan ada yang sedar.
“Dah
okey?” Aladin tenyeh puntung rokok di atas ashtray.
Masih tinggal lagi separuh tapi tak nak Dara jadi secondary smoker.
“Masih
pening sikit.”
“Dah
tahu rasa dia macam mana kan, so cuba
sekali dah cukup.”
“Janji
takkan cuba lagi. Boleh tahan kick
lah, kepala pun masih pening lagi.” Dara memicit dahi.
Aladin
senyum senget. Absinthe tu Dara, what do you expect? Semalam Dara beria
sangat nak cuba minuman yang mengandungi 70% kandungan alkohol tu. Satu kali
teguk aje Dara dah berada di awang-awangan. Lepas tu pengsan sampai ke pagi. Tu
yang muka pagi ni macam hangover tak
ingat dunia.
“Hari
ni nak cuba apa pulak?” Dara sengih sambil berpeluk tubuh.
“Say what?” Mata Aladin membulat.
“Amsterdam is the only place where you can
do anything.” Dara buat muka comel.
Aladin
hela nafas panjang. Dia merapatkan duduk menghadap Dara.
“What would you do without me, Dara?” Rambut Dara berjuntai di dahi diselak ke belakang. Risau
dengan perangai Dara kalau dia tiada di sisi.
“Saya
takkan buat semua ni tanpa awak, Al.”
Okey.
Aladin berdehem. Payah nak mulakan sesi kaunseling dengan Dara kalau macam ni.
Sebelum tu, nak senaraikan kerja gila yang Dara dah buat dengan dia di sini.
1. Clubbing sampai ke pagi.
2. Smoking pots.
3. Heineken brewery.
4. Meredah Red District.
5. Jom cuba-try-Absinthe.
2. Smoking pots.
3. Heineken brewery.
4. Meredah Red District.
5. Jom cuba-try-Absinthe.
Itu
baru top 5, belum masuk lagi part
yang lebih up lagi daripada itu yang
tak rasanya tak perlu lagi disenaraikan. Nak cerita sedikit tentang Dara
kekasih intan payung yang dia sayang sedalam lautan ni.
Kalau
bunga, Dara adalah kaktus.
Kalau bahagian pada pokok bunga, Dara adalah duri.
Kalau bahagian pada pokok bunga, Dara adalah duri.
Pendek
kata, Dara adalah lain daripada yang lain. Rare
tahap tak tahu nak cakap. Nak kata dari Pluto, tempat lahir Dara dalam surat
beranak bertulis Hospital Kuala Lumpur.
Dara
berani mencuba. Tak kisahlah benda tu bahaya tahap nak berfikir dua puluh lima
kali atau tak ada orang sanggup buat sebab horror sangat ke. Tapi untuk Dara,
dia ada moto sendiri ‘I dare to try’.
Sebab moto pelik tu lah Dara dah cuba macam-macam benda. Dia pernah tanya Dara
soalan paling susah di muka bumi.
‘Kenapa
berani sangat buat semua ni?’
Jawapan
Dara senang dan logik jugak.
‘We live once, Al. So just do whatever you
want, just try whatever you dare.’
Dara
bukan calang-calang gadis. Bukan jenis yang cakap banyak tapi tak berani buat.
Dan keistimewaan Dara itulah yang buat Aladin betul-betul jatuh cinta dengan
Dara.
“Saya
sayang awak. Kalau boleh saya nak di sisi awak sampai bila-bila. End of life? I will but I can’t promise sebab
bukan kita yang tentukan jodoh. Tapi what
if one day saya tak ada dengan awak, siapa nak jaga awak?” Kepala Dara
diusap lembut.
“Awak
kan Superman saya. You will be around.” Dara senyum.
Alahai
innocent nya si cantik. Aladin senyum
nipis. Dara selamat sebab Dara dengan dia. Itu pun payah dia nak menahan rasa. Common sense, bro. Lelaki straight macam dia kalau tak pandai
kawal diri dah lama Dara bunting. Berkepit ke hulu ke hilir, 24 jam tengok batang
hidung masing-masing. Serius menguji tahap keimanan dia yang cetek dan nipis
tahap kulit bawang ni.
“I cant be your Superman forever.”
Wajah
Dara berubah mendung. Pandangan menala semula pada Amsterdam di depan mata.
“Janganlah
cakap macam tu. Masih nak datang sini dengan awak. Banyak lagi benda saya nak
ulang balik. Dengan awak.”
Specifically with you...Ali Aladin. Tak pernah bayangkan hidup dia tanpa Aladin.
Tu masuk kategori nightmare, okey.
Mintaklah jauh-jauh, serius tak nak berdiri sendiri tanpa Aladin.
“Pergilah
tempat lain. Nak datang balik ke sini buat apa? Smoking pot lagi?” Kening Aladin terangkat. Tahap kenakalan Dara ni
kadang-kadang boleh tahan umph.
“Bukanlah.
Banyak lagi boleh buat apa. Cycling
around the town. Malam-malam. Dengan awak” Dara sengih sendiri. Esok dah
nak balik semula ke Russia, rasa macam tak puas aje duduk lima hari kat sini.
Pecah
ketawa Aladin. Ayat tersirat Dara nak menggambarkan perkataan romantik tapi tak
berani cakap 'lurus', jadi 'bengkang-bengkok' pulak.
“I love you till bits, pretty.” Aladin usap pipi Dara sebelum bangun ke arah balkoni.
Nak ‘snap’ dulu pemandangan indah bandar ni
lepas tu simpan elok-elok dalam kotak memori supaya tak lupa. Manalah tau ini
kali terakhir datang ke sini dengan Dara. Manalah tau lepas ni takkan ada
peluang lagi bersama Dara. Manalah tau kan....
“Sayang
awak juga.” Dara senyum sampai telinga. Dia bangun dan berdiri di sebelah
Aladin.
Okey,
tarik nafas dalam-dalam. Hembus. Lepas tu tarik lagi. Toleh Aladin di sebelah,
Aladin tersenyum memandangnya.
Ready...one, two, three!
“Al, I love youuuuuuuu!” Penuh semangat Dara menjerit dari balkoni hostel tempat
mereka menginap. Konon nak bagi dengar satu Amsterdam.
Pecah
ketawa Aladin. Tangan didepakan dan tubuh Dara dibawa ke dalam pelukan. Indahnya
dunia bila bersama Dara.
Dear Dara,
Andai memang kita berjodoh,
Sayalah orang paling gembira di dunia.
But dear Dara,
Andai jodoh kita tiada,
Jangan kecewa sebab bermakna Dia ada pilihan yang lebih bagus untuk awak.
Andai memang kita berjodoh,
Sayalah orang paling gembira di dunia.
But dear Dara,
Andai jodoh kita tiada,
Jangan kecewa sebab bermakna Dia ada pilihan yang lebih bagus untuk awak.
p/s : dah puas baca? ;) ku tengah gigih nak edit sana sini, bear with me dear darlings! Terima kasih atas sokongan yang tak pernah putus. Hugs!
Tak zabarrrrr 😆😆😆
ReplyDeleteThank you emy
ReplyDeleteTeaser lagi while waiting for 'birth'😘😘😍
ReplyDeleteWas waiting for this...tq
ReplyDeleteSerius.... X sabar tunggu happy ending.maybe
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteJust finish reading ingatkan dia tentang setia. I hate you for making me cry like crazy frm the starting sampai last menitik lagi😒 i love you for making such a master piece. Would love kalau ada sambungan bout anak diorg or what but nevermind hehe 😆-- I've been here since jbc unedited version and have read that thousand times until you suddenly change the whole story but you never fail to make me feel so into the novel and make it one of my fav novel.lastly, you did a great job and i'm looking foward for more! 😙
ReplyDeleteit must be hard for Dara to forget everything bout Al.really want to know why Al leave Dara for sasha.been waiting for the next entry....or book?
ReplyDeleteit must be hard for Dara to forget everything bout Al.really want to know why Al leave Dara for sasha.been waiting for the next entry....or book?perhaps
ReplyDelete