MONDAY Blues. Shitty Monday. Hari yang paling Leyla tak suka sebab biasanya mood dia ke laut di pagi Isnin. Lepas round banyak yang dia perlu settle. Salah satunya adalah ada assessment dengan adik houseman yang baru dua minggu bekerja di jabatan perubatan. Standard lah lepas dua minggu memang kena ada penilaian untuk off-tag untuk mana-mana houseman.
Keluar dari wad menuju ke klinik, Leyla terserempak dengan Khairul, rakan sekerja Bad. Satu department. Satu wad.
“Kenapa muka macam zombie tak cukup makan ni?” Leyla menegur.
“Postcall, babe. Oncall was super bad yesterday.”
“Aik? Kau oncall dekat mana?” Leyla pelik.
“Neuro lah, mana ada call lain yang ada.” Khairul gelak. Takkan nak ajak dia oncall dekat department lain pulak.
Leyla terdiam sejenak. Jadi Bad apa cerita? Bad kan tak ada di rumah sepanjang hari Ahad, sebab suaminya itu seharian di hospital. Perasaan tak tenteram dan fikir yang bukan-bukan dibuang Leyla jauh-jauh.
********
“How was your oncall yesterday?”
“Busy gila. Didn’t get to sleep the whole night.”
“Owhhhh….”
Jauh di sudut hati, Leyla rasa hatinya mula terguris dengan jawapan suami. Sudu dan garpu diletakkan di tepi piring. Wajah tenang Bad dipandang.
“Ada apa-apa yang awak nak bagitahu saya?” Leyla bertanya.
Bad menggelengkan kepala. Pelik dengan riak wajah Leyla yang tak ceria seperti biasa. “Are you okay?”
Leyla tersenyum nipis. Dia bangun meninggalkan meja makan tapi ditahan Bad. Wajah Leyle dielus perlahan.
“This is not my real Leyla.” Bibir Leyla menjadi sasarannya.
“And this is not my real Bad, too.” Jari telunjuk Leyla terarah ke dada Bad sebelum dia melangkah pergi.
Tangan Bad naik memicit dahi sendiri. Ada yang tak kena pada Leyla tapi dia tak pasti apa sebabnya….
******
LEYLA menuju ke arah keretanya yang diparkir di hadapan bank. Masa awal tahun macam nilah mana-mana bank sibuk dan penuh dengan pelanggan yang berurusan. Dia datang ke BSN hari ni pun nak belikan pin UPU untuk Anna, jururawat yang bertugas satu wad dengannya. Anna nak sambung ijazah sarjana muda. Lepas ni mesti dia terasa dengan ketiadaan Anna di wad. Jururawat yang sangat berdedikasi dan banyak membantu dalam semua perkara.
Dum!
“Oh my!” Terkejut dengan bunyi dentuman yang agak kuat itu, spontan pandangan Leyla beralih pada dua buah kereta yang tak jauh dari situ.
“Bad….?”
Bagai nak berhenti degupan jantung Leyla bila kereta suami dilihatny dilanggar di bahagian belakang. Kuat sangat impaknya hinggakan airbag di bahagian hadapan terbuka. Tak pasti pula macam mana keadaan Bad di dalam sana sebab cermin kereta Bad tinted dan agak sukar untuk dilihat.
Namun bila pintu sebelah pemandu dibuka dari dalam, langkah Leyla terhenti. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Susuk tubuh seorang perempuan yang tak dikenalinya keluar dari dalam perut kereta. Sumpah dia rasa nak pitam.
*******
- LEYLA sorry. Saya balik lambat sikit nak urus kereta kena langgar dari belakang.
-Siapa yang drive?
-Me.
Leyla mengetap bibir. Telefon bimbit dilontarkan ke atas sofa. Dia tunduk meraup wajahnya. Tanpa sedar air matanya menitis. Kali pertama Bad menipu, dia masih boleh tutup sebelah mata. Tapi kalau dah ditipu kali kedua dan dia nampak dengan mata sendiri, dia rasa betul-betul dilukai.
Malam itu, dia bertentang mata dengan Bad. Dia inginkan kepastian dan penjelasan dari Bad. Wajah Bad yang tampak tenang di hadapan buat jiwanya betul-betul kacau.
“Siapa perempuan tu, Bad?” Ikut hati, Leyla tak nak tanya soalan puaka itu sebab dia takut dia akan lebih terluka. Tapi dia terpaksa. Tak selamanya dia ingin hidup buat-buat tak tahu yang Bad mungkin ada orang lain selain dia.
Bad menggenggam erat tangan sendiri. Menjawab bermaksud melukai hati Leyla, perempuan yang dia cintai sepenuh jiwa raga.
“I have someone other than you.”
Doomsday! Shitty day! Shitty moment! Leyla memejamkan mata. Cuba untuk mencerna ayat Bad. Dia tahu dia tak salah dengar. Dia tahu dia bukan bermimpi. Dia mengangkat wajah memandang wajah Bad yang jelas ketara ada riak bersalah ketika ini. Dia pandang lama.
“Kenapa? What is my lacking?”
Bad tak mampu menjawab. Dia menerpa ke arah Leyla namun ditepis Leyla kasar.
“Leyla, dengar dulu sayang.”
“No! Don’t touch me!” Air mata Leyla merembes keluar. Dia bangun mahu berlalu pergi tapi disambar Bad dari belakang.
“Let me go, Bad!” Leyla menjerit sekuat hati hingga akhirnya pelukan Bad terlepas.
Dum!
Bad hanya mampu memandang hinggalah tubuh Leyla menghilang di sebalik pintu. Nak menahan, dia risau Leyla akan mengamuk teruk dengan emosi yang sangat tak stabil ketika ini.
“Sorry, Leyla. I’m so sorry….” Air mata lelakinya jatuh juga.
********
“Kita tak boleh bersama. Saya ada keluarga sendiri. Saya ada…”
“Isteri awak dah tahu?” Jane meneka. Bila Bad tak menjawab, dia tersenyum sinis. Takut binilah tu.
“Kita tak boleh putus macam ni aje. Kita perlu teruskan juga.”
“No. Saya tak boleh nak….”
“I’m pregnant.”
Bad terdiam. Matanya tak berkedip memandang wajah Jane yang menguntum senyum padanya.
“Jangan tipu saya, Jane. I hate trolls.” Bad cuba untuk menyedapkan hati sendiri. Ini hanyalah gurauan melampau Jane padanya.
“And I hate making trolls too.” Jane mengangkat kening.
Doomsday! Fikiran Bad buntu. Dia meraup wajahnya. Bermacam-macam kemungkinan berlegar-legar di fikirannya saat ini.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Suara Bad perlahan saja.
“What do you expect when we have sex?” Jane menyindir. Bad belajar medic kot dulu, sekarang dah selamat jadi doktor dah pun. Celah mana pula yang Bad tak faham.
“Take me as your second wife. Atau saya buang kandungan ni dan pergi confront isteri awak sendiri.” Pilihan yang Jane berikan kejam tahap petala. Tapi dia nak dapatkan hak yang sepatutnya dari Bad. Bad mengaku mencintai, tapi kenapa nak putus pula. Kiranya timing yang ‘ngam’ sangat dia mengandung sekarang. Sekurang-kurangnya itulah point yang dia gunakan untuk mengugut Bad.
Jane? Leyla? You choose! Bad buntu.
p/s : Don't hate me! :) Next chapter adalah chapter yang terakhir, saya janji :) PBAKL dah nak dekat, tabung dah penuh belum? Have a great day ahead. Looking forward for weekend!
No comments:
Post a Comment