Wednesday, February 6, 2019

Cerpen : I'M NOT THE ONE (Part 1)



LEYLA kerling jam di tangan. Dah pukul sembilan pagi takkan tak balik lagi. Busy sangat ke oncall sampai dah postcall lepas jam lapan macam ni pun tak sampai rumah lagi. Telefon dicapai untuk menghubungi sang suami.

Hai, Bad.

Darling, sorry baru bangun. Kira nak tidur sepuluh minit aje tadi.Suara Bad di hujung talian serak. Memang baru bangun lah tu.

Its okay. Saya masak makanan kegemaran awak. Tak sabar nak tunggu awak balik. Miss you!

Yang mana satu? You know I like all the food that you cook. And I miss you too.

Balik dulu, baru tahu. Hati-hati bawa kereta.

See you. Love you.

Skrin telefon bimbit dipandang lama. Rindu pada Bad dah tak terkata. Suami asyik back-to-back oncall, dia pula baru balik dari konferens di Pahang.

Nak mengeluh?
Nak kompelin?
Nak bising-bising?

Tidak sama sekali. Sebab inilah jalan hidup yang Leyla dan Bad pilih even sebelum mereka berdua jadi suami isteri dulu.

When you choose to become a doctor, you choose to sacrifice your life for others


***********


HEY.

Chup! Ciuman singgah di pipi Leyla yang sedang sibuk memasak di dapur. Senyuman Leyla lebar sampai ke telinga bila Bad memeluknya dari belakang.

Masak apa ni?

Rotini with salmon pink sauce.

Wow! Sounds great!

Untung dapat isteri macam Leyla. Sibuk macam mana pun dengan kerja, Leyla masih rajin bertarung dengan periuk belanga di dalam dapur. Ada saja resipi baru yang Leyla akan cuba. Leyla berdarah kacukan Indonesia - Jerman, jadi faham-fahamlah masakan Leyla kebanyakannya ke arah Barat.

Bad? Bad tak kisah pun, yang penting semuanya adalah dari air tangan Leyla sendiri dan apa saja yang Leyla masak Bad akan bagi double thumbs up. Sedap sangatlah tu!

Jom pergi short getaway hujung minggu ni.Leher Leyla menjadi sasaran Bad. Haruman tubuh Leyla mampu menggetarkan jiwanya dari dulu sampai sekarang.

Yea!! Where to? Leyla memalingkan tubuhnya dan leher suami dirangkul kemas.

Cabana Retreat atau Hounon Ridge. You choose.

Cabana Retreat!

Leyla buka jenis yang suka shopping. Isterinya itu lebih suka aktiviti luar yang lasak. Nature lover dan ‘go greenmacam Leyla, padan sangat nak diajak ke tempat-tempat yang dikelilingi dengan hutan dan alam semulajadi. Sebab itu Bad bagi dua pilihan yang tak ada kaitan dengan bangunan tinggi mencakar langit atau kesibukan lalu lintas.

Anything you wish for, darling. Bad kucup dahi Leyla.

Bagi Leyla,
Bad adalah lelaki pertama dan terakhir yang bertakhta di hati,
Bad adalah ketua keluarga yang akan mengemudi bahtera hidup mereka berdua,
Bad adalah lelaki yang dicintai sepenuh hati sampai mati

Bagi Bad,
Leyla adalah isteri terbaik yang dia ada,
Leyla adalah wanita yang mampu menggetarkan jiwanya sampai bila-bila,
Leyla akan menjadi isterinya sampai mati

Masing-masing saling memerlukan dan apa saja yang Leyla inginkan, Bad akan tunaikan. Apa saja yang Bad minta, Leyla akan berikan yang terbaik. Mereka berdua tak ubah macam pasangan yang paling bahagia dekat muka bumi ini. Tak ada cacat cela dan semuanya tampak sempurna.
Namun dalam diam, salah satu daripada mereka berdua telah menduakan cinta teragung itu


********

BILA nak ada anak? Lama sangat dah kahwin.
Tak nak ambik anak angkat?
Tak check ke? Dua-dua kan doktor, takkan tak peka dengan semua ni.

Nampak tak komen-komen dari mulut-mulut tempayan tentang perkahwinan mereka berdua? Inilah sebab kenapa Leyla kurang gemar datang bila ada family gathering keluarga belah Bad. Banyak sangat makcik bawang yang suka jaga tepi kain orang. Tak faham kenapa, dah macam tak ada aktiviti berfaedah yan boleh dibuat selain bercakap tentang dia dan Bad.

Rezeki tu semua di tangan Tuhan, bukan kami.Bad bagi jawapan standard. Dia sendiri tak suka bila Leyla ditembakdengan soalan-soalan mulut longkang. Dia tahu di dalam hati Leyla sedih biarpun dari luar Leyla tampak kebal.

Love you. Bad berbisik ke telinga Leyla. Tangan isteri digenggamnya erat. Melihat senyuman nipis terukir di bibir Leyla, dia tahu Leyla sangat terluka dengan keluarganya.

Love you too.

Lepas ni kita pergi makan aiskrim. Then kita pergi pantai tengok sunset. Pergi sunset Bar nak?Bad divert rasa sedih Leyla. Biarkan saja keluarganya layan diri kat sini. Datang jauh-jauh untuk bercuti pun masih nak buat family gathering. Lepas tu selamba ayam membawang pasal dia dan isteri depan-depan.

Senyuman Leyla semakin melebar. Inilah yang buat cintanya pada Bad tak pernah pudar. Bad menceriakan dia di kala hati berduka. Bad sentiasa ada walau apa pun situasi yang dia alami. Pendek kata, Bad adalah Superman bagi Leyla. Tak akan ada lelaki lain yang dapat mengambil tempat di hatinya selain Bad.

******

BAD memandang ke luar tingkap. Hujan lebat di luar sana dan sesekali kilat sabung menyabung. Dia tak dapat melelapkan mata kerana risau memikirkan Leyla seorang diri di rumah. Biarpun Leyla dah biasa tidur tanpa dia di sisi terutamanya bila waktu oncall, tapi malam ini dia rasa terlebih risaudan bersalah.

Tak tidur lagi?

Bad membiarkan saja tubuhnya dilingkari oleh dari belakang.

Tak mengantuk.

I can make you fall asleep.

Terasa ciuman di seluruh bahagian belakang tubuh Bad dan dia tak dapat mengelak. Nafsu lelakinya mula merajai dan dia dibuai semula oleh susuk tubuh yang membuatkan dia tewas malam ini.

Hilang risau tentang Leyla.
Hilang rasa bersalah pada Leyla.
Yang dia rasakan hanyalah nikmat dunia.



p/s : Gatal tangan sebab dah lama tak tulis cerpen. Yang pernah baca Bintang Terbaik di blog, ini adalah kisah Leyla sebelum dia berjumpa dengan Red. Leyla. Bad. Red. Which one is your favourite? You choose :) Have a great day ahead! Love loads! 



No comments:

Post a Comment