Tuesday, December 4, 2012

Mama Mia Shaza 6


SYAZWAN membiarkan saja tubuhnya disirami air. Sebelah tangannya berpaut pada dinding dengan kepala yang menunduk. Lama dia begitu, sampaikan hujung jari dan kaki sudah berkedut sedikit. Kalau otak berserabut dengan tubuh yang letih macam nak tercabut segala skru, mandi dalam keadaan beginilah yang wajib untuk seorang Syazwan Imad.

Maya. Mia. Maya. Mia. Maya. Mia.

Dua nama yang berselang – seli di fikiran Syazwan. Boleh dikatakan sudah melekat di hatinya.  Dia taklah sekuat mana biarpun hanya sekadar melihat dari jauh.

Budak kecil yang dilihatnya di hotel lebih seminggu lalu. Mia Shaza. Dan perempuan yang dilihatnya berdiri di balkoni bilik sebelah. Maya Laila.

Budak kecil yang ditemaninya melihat anak – anak patung di sebalik cermin kaca kedai. Mia Shaza. Dan mama yang budak kecil itu maksudkan. Maya Laila.

Syazwan pejam mata. Jatuh juga air mata lelakinya. Maya rupanya masih menunggunya selama ini. Tetapi dia? Masih tersesat dengan jalan yang dipilihnya sendiri. Takkan nak jumpa Maya dalam keadaan dia masih belum bersedia seperti dulu. Ini bukanlah seperti yang dirancangnya.

 “ I love you both,” ucap Syazwan sendiri.

Dia tidak kuat. Sungguh! Bagilah dia sedikit masa lagi.

Selesai mandi, Syazwan bersiap dan mencapai kunci kereta. Fikiran berserabut mengalahkan menteri. Kereta yang dipandu menghala ke jalan besar. Nak telefon Tiara, rasa malas. Mood tak ada nak layan perempuan gedik ketika ini.Tasya? Dah buang ke laut dalam.

Zouk! Itu saja yang ingin ditujunya.

Langkah kaki Syazwan terhenti di depan kelab. Berkira – kira mahu menukar keputusan.


Shaz! Where have you been? Lama tak jumpa.

Malam ni boleh I  ikut you balik tak?

Kalau you nak, I boleh stay terus di apartment you.


Hoho! Syazwan berpatah balik ke kereta. Soalan – soalan begitu haruslah dielakkan jika moodnya hilang. Last resort! Rumah mama dan papa.

 **************

MAYA memandang Syazwi dan Mia di hadapannya. Sekejap saja anaknya itu sudah mesra dengan Syazwi. Ya lah, Mia si anak patung bergeraknya mudah mesra dengan sesiapa saja. Dikerlingnya Nadia di sebelah. Tak ada nak buat gaya control ayu, selamba saja meratah ayam KFC di hadapan Syazwi. Patutlah single sampai sekarang, tak ada lelaki yang berani nak usha.

Cadang nak ajak pergi Ikea tapi dua – dua malas memandu. Lalu saja KFC, Mia tunjuk cermin kereta kata nak makan ayam goreng. Dan di antara banyak – banyak orang, dengan Syazwi jugalah mereka bertiga terserempak. Jadi dengan penuh berbesar hati Syazwi pun join makan sekaki.

“ Nak lagi?,” tanya Syazwi pada anak Mia yang seronok mengunyah cebisan ayam.

Mia angguk kepala.

Isi ayam dicarik – carik Syazwi kecil dan diletakkan di atas pinggan Mia. Seronok benar dia melayan anak comel itu. Sesekali disuapnya isi ayam ke dalam mulut Mia. Terasa macam jadi seorang ayah sekejap.

“ Water, please.”

Sebelum sempat Maya mengambil air yang dipinta Mia, Syazwi terlebih dahulu mencapainya. Milo ais diberikan pada Mia, dengan tangannya yang masih memegang bekas yang sama. Tangan budak – budak tak kuat, takut terjatuh dari pegangan Mia.

“ Minum pelan –pelan sayang,”  tegur Maya pada Mia yang rakus menyedut air dari straw.

Mia tersenyum. Kepalanya dianggukkan, faham dengan teguran mamanya.

“ Uncle Sawi, chicken,” pinta Mia dengan jari telunjuknya menunding ke arah ayam. Walhal masih banyak lagi cebisan – cebisan ayam di atas pinggan yang belum dimakan. Matanya lebih tertarik dengan ketulan ayam yang besar dan tidak terusik di hadapan mamanya.

Burrrrrr!

Tersembur air dari mulut Nadia. Terhambur ketawa Maya.

“ Sorry. Sorry.”

Meja yang basah dilap Nadia. Mulutnya juga turut dilap. Nasib tidak tersembur Syazwi yang duduk betul – betul di hadapannya, percuma saja sayur sawi kena siram air. Naya!

“ Why? Apa jadi?,” tanya Syazwi hairan sambil mata memandang Nadia dan Maya silih berganti. Mata – mata di sekeliling bertumpu pada meja mereka berempat. Mana tidak, ketawa Maya dan Nadia tak ubah macam benda berbaju putih yang terbang – terbang atas atap dalam cerita hantu.

Mia di sebelah juga turut ketawa melihat Aunty Nadia yang ketawa  sampai terbatuk – batuk. Oh si comel yang tidak tahu apa – apa.

“ Mia, siapa nama uncle ni?,” tanya Nadia pada Mia yang menggaru kepalanya, membuatkan rambut yang diikat dua jadi senget sebelah.

“ Uncle Sawi.”

Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Mia juga turut ketawa sambil bertepuk tangan.

“ Comelnya!”

Pipi Mia dicubit Syazwi geram.

“ Kau dengar tu Maya. Boleh – boleh anak kau panggil dia sawi,” kata Nadia. Keluar air mata. Thanks to Mia, dia ketawa banyak sangat!

“ Not Uncle Sawi, sayang. Uncle Syazzzz...wi,” kata Maya dengan sisa ketawa.

“ Uncle Shaaaa...wi,” Mia menurut  penuh semangat.

Pecah lagi ketawa mereka bertiga memenuhi ruang restoran segera itu. Mia pula makin seronok sambil bertepuk tangan siap tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

“ Sorry, Shaz. Lawak sangat.” Tangan kanan Maya naik memegang perut yang sudah mula sakit.

Nadia tak usah nak cakap. Kalau boleh, mahu saja dia ketawa bergolek – golek di atas lantai. Ketawa seorang minah yang memang no mercy kata orang.

“ Muka punya hensem macam ni, selamba aje Mia panggil sawi,” bisik Nadia ke telinga Nadia.

 “ Innocentnya dia. She’s damn cute,” Pipi Mia dicubit Syazwi berkali – kali. Agak – agak kalau dia culik anak Maya ni semalam dua jadi anak patung kat rumah dia, Maya bagi tak?

“ Mia, stop making jokes. Finish your chicken k, sayang.”

Mia angguk kepala sambil tersenyum. Arahan mamanya dipatuhi. Perlahan – lahan si kecil mengunyah daging ayam yang sudah dicarik Syazwi.

“ She looks exactly like you,” kata Syazwi. Bertaup seketika matanya dengan mata Maya.

“ Mestilah. Dah nama pun anak Maya, takkan macam muka saya pulak,” Nadia tiba – tiba menyampuk siap tayang muka selamba.

Syazwi dan Maya sama – sama tergelak. Nadia memang. Lawak yang tak seberapa pun nak tunjuk kat orang.

“ Ada iras papa dia tak?,” tanya Syazwi.

Sengaja? Yup! Nak korek sedikit info tentang papa Mia. Kalau dah meninggal dunia, haruslah dia bersimpati. Kalau dah bercerai? Memang itulah lelaki paling bodoh. Tapi kalau memang tak pernah ada papa yang sah? Okey, itu belakang cerita.

Maya tersenyum dan matanya beralih pada Mia. ‘Eye smile’ Mia Sebijik Syazwan!

“ Tak ada. Dia mirip mama dia.” Bohong diri sendiri ke Maya? Pleaselah!

Nadia di sebelah sekadar diam. Berpura – pura menyedut Milo Ice dari straw, dah habis pun sebenarnya.

Syazwi sekadar mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih.


Papa Mia mana?

Mia kenal tak papa dia?


Takkan nak tanya soalan begitu. Silap hari bulan Maya tercekik tulang ayam mendengar soalan cepumasnya. Tak pun kena hempuk Nadia dengan botol sos cili Thai di atas meja.

“ Mama, done,” mulut si comel memberitahu mamanya.

Maya bangun dari kerusi dan mendukung tubuh Mia. Kaki menghala ke arah sinki di sudut restoran. Comot sangat muka Mia, cebisan ayam boleh melekat sampai ke rambut. Tangan tak usah nak cerita, berminyak habis.

“ Dah lama kenal Maya?,” tanya Syazwi pada Nadia.

Awkward tiba – tiba bila mereka berdua saja yang ditinggalkan di meja. Baru beberapa kali berjumpa. Itupun setakat Hi Bye, sembang panjang memang tak pernah.

Nadia angguk kepala. Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Dah kenyang, perut pun rasa penuh buncit semacam. Jarang – jarang dia dan Maya makan di tempat begini. Nak jaga badan, kenalah makan makanan yang berkhasiat ye tak? Esok pagi harus pergi jogging.

“ Dari zaman uni lagi,” jawab Nadia.

“ Jadi awak kenallah papa Mia?”

Dah agak dah! Nadia menjeling sekilas. Tak berani tanya Maya depan – depan, dia yang dijadikan tempat untuk mengorek cerita.

“ Kenal,”  jawab Nadia pendek.

Cakap terus terang lebih baik dari menipu. Dia kalau menipu memang epic fail. Muka keras dengan hidung kembang kuncup. Sangat ketara okey! Syazwan Imad siapa yang tak kenal masa zaman universiti dulu. Antara spesis homosapien yang pantang tengok perempuan bergetah dan berdahi licin.

     Syazwi angguk kepala. Cukup setakat itu saja. Tidak mahu bertanya lebih. Nanti kena cop kepochi. Haish, lagi satu soalan!

     “ Dah berpisah ke?”

     Soalan terakhir Syazwi tidak dijawab Nadia. Soalan begini patutnya tanya Maya, bukan dia. Berpisah ke tak, Maya saja yang berhak menjawab. Bab ni dia kalau boleh dia tak nak sentuh langsung. Semua cerita di sebalik tabir Maya, hanya dia saja yang tahu. Dan sebagai teman baik Maya, disimpannya saja di dalam memori. Tak jaja dengan sesiapapun, termasuklah Syazwi Imad yang tiba – tiba banyak tanya di hadapannya ini.

     “ One little two little three little fingers, four little five little six little fingers, seven little eight little nine little fingers, ten little fingers have I.”

Riang saja suara Mia menyanyi sambil bertepuk tangan. Bila sudah didudukkan semula di tempat tadi, selamba saja Mia mengelap tangannya yang masih basah ke baju Syazwi.

“ Mia! Don’t do that!”

Mak singa menjegilkan mata. Mia tersenyum dan menoleh ke sisi.

“ Sorry, uncle. Joking.”

Berderai ketawa Syazwi. Mia memang mencuit hati!

********* 

LANGIT gelap malam ini. Tanpa bintang. Prediction. Hujan akan turun. Maya berpaling dan menjenguk ke dalam bilik. Jantung hati sudah terlena. Letih sangat agaknya mengekeh sepanjang malam dengan Syazwi dan Nadia.

Mia Shaza. Dengan sesiapa pun mudah mesra. Baru kenal Syazwi sudah pandai minta didukung. Lepas ni mesti minta teddy baru, Barbie, cinnamon bun. Dan senarai akan terus panjang ke belakang.

Telefon Maya di atas meja kecil di sebelah berbunyi. Laju saja tangannya mencapai, takut tidur Mia terganggu. Berkerut dahi Maya. Patutlah malam ni mendung. Petanda Syazwan hantar sms.
    

I’m sorry, Maya.


Maya tersenyum nipis. Syazwan kalau bab minta maaf memang payah. Sekarang ni apa kes?


Meeting Mia?


Mana tahu Syazwan mengubah fikiran. Takkan dengan anak sendiri pun tak nak jumpa macam hari tu?  Kira yang ini satu lagi peluang untuk Syazwan.

    
Sorry, Maya. Not now.


Maya kecewa. Habis tu bila Shaz? Lama Maya diam merenung skrin telefon di depan mata. Jawapan seorang Syazwan Imad, macam dia tak biasa. Not now bermaksud tak nak jumpalah tu. Hati Maya tercalar lagi.


Then let me go, Shaz. For good.


Syazwan takkan pernah bersedia. Jadi lepaskan saja dia dan Mia.

 *************

SYAZWAN meraup wajahnya. Duduk seorang diri di gazebo mama sambil merenung langit. Gelap. Bulan pun tak nampak. Tak nak jumpa sekarang tak bermaksud tak nak jumpa terus Maya. Dia perlukan masa. Lepaskan Maya? Tak akan!

“ Anak mama duduk sorang – sorang malam ni. Tak ada teman ke?”

Muncul Rafaniah di belakang dengan dua mug di tangan. Syazwan mengukir senyum. Faham sangat dengan sindiran halus mama. Datang rumah mama dan papa hanya bila dia bosan tahap gaban.

“ Mama, mama ada cucu.”

Membulat mata Rafaniah. Salah dengar ke apa? Cucu datang dari celah mana?

“ Bila masa?,” tanya Rafaniah.

Syazwan bangun dan bergerak ke arah tiang gazebo. Bersandar di situ dengan gaya santai.

“ Dah lama dah. Umur dia tiga tahun,  not exactly but almost.”

Rafaniah geleng kepala. Syazwan buat lawak selalu tak menjadi. Sama macam sekarang. Tak lucu langsung wahai anak mama!

“ Lame joke, my boy.”

“ Seriuslah, mama,” Syazwan berpaling menghadap mamanya.

Wajah si anak ditatap Rafaniah. Tenang saja. Tak ada aura bergurau.

“ Mama nak jumpa kalau betul ada.” Dalam hati sudah mula berdebar. Jangan cakap Syazwan ada kekasih gelap sampai mengandung pulak. Yang tu dia tak dapat terima. Anak dengan Maya Laila ke?

Syazwan angguk kepala. Orait!


p /s : So sorry Ku Tunggu Dudamu (KTD) dan Tanpa Limit (TL) kena hold dulu sebab minggu ni minggu sibuk sedunia k :) hope you guys enjoyed reading and thank you so much! Big hug everyone!

Sunday, December 2, 2012

Mama Mia Shaza 5


Autumn, Sheffield 2008

“ MINTAK gitar tu,” Syazwan menghulurkan tangan, meminta gitar yang dipegang Hakimi.

Gitar bertukar tangan. Petang – petang Sabtu memang inilah aktiviti tetap mereka jika tiada futsal. Lepak di bawah apartment sambil petik gitar. Menyanyi sampai langit sudah gelap. Malam pula bertukar menjadi Badman. Naik ke kelab, pancing mana yang berkenan dan bawa balik rumah. Memang bukan budaya yang patut dicontohi langsung.

“ Ada chicks baru  tinggal kat tingkat empat atas tu. Tapi payah nak tengok sebab jarang jumpa,” kata Cheong yang duduk bertinggung. Asap rokok dihembus keluar.

“ Yang dua orang tu ke? Baru pindah masuk last week kan?,” tanya Hakmi.

Cheong angguk kepala. Matanya beralih pada Syazwan yang sedang mencari key yang sesuai.

“ Shaz! Kau tak nak try ke? Dua – dua lawa. Tapi yang sorang macam singa, yang sorang lagi macam harimau. Aku jumpa sekali masa sama – sama tunggu masuk  main door. Senyum dengan aku pun tak. Sombong giler,” kata Cheong panjang lebar. Beberapa hari yang lalu dia terserempak dengan dua pelajar baru yang berpindah masuk ke blok yang sama. Niat hati memang nak usha tapi hampeh segala hampeh, dia tak kena layan. Malu tahap nak sembunyi di longkang depan rumah nenek di Ipoh. Tak pernah –pernah Cheong Ching Tat kena ignore yaw!

“ Bukan sombong. Stok baik. Of courselah dorang tak nak senyum dengan kau kalau muka dah macam buaya lapar. Siapa – siapa pun akan takut,” sampuk Vijay tiba – tiba.

Cheong senyum segaris. Agaklah.

“ Macam mana aku nak try? Tengok pun tak pernah,”  jawab Syazwan. String gitar dipetik. Key dah ngam. Tinggal nak fikir lagu apa yang sesuai untuk dinyanyikan di petang hari begini.

“ Guys, they’re coming. Tu, yang on the way ke sini tu,” kata Cheong seraya menjuihkan bibirnya menunjukkan ke arah jalan besar. Dia berdiri meregangkan otot pinggang.

Tiga pasang mata yang lain menoleh serentak.

 “ Shaz! Apa lagi? Sing some song. Bagi dorang cair sikit.” Lengan Syazwan disiku Hakimi.

Dari jauh, Maya dan Nadia berpandangan sesama sendiri. Instinct perempuan selalu betul. Kalau lelaki pandang macam tak pernah tengok, bermaksud dorang berminat. Tapi kalau perempuan bagi pandangan menyampah yang nak tak nak, bermaksud dorang tak berkenan. Itulah scenario yang sedang berlaku sekarang ini.

“ Dorang ni lagi,” rungut Maya. Nadia di sebelah sudah tayang muka menyampah.

Jarang – jarang mereka berdua terserempak dengan empat helang di hadapan. Tak payahlah nak kenal pun kalau perangai tak betul. Kebanyakan pelajar lebih suka menyewa rumah sebab murah. Ada juga yang tinggal di hall. Tapi entah kepala terhantuk dinding ke apa hinggakan dia dan Nadia mengambil keputusan untuk menyewa apartment.

Bila Maya dan Nadia sudah semakin hampir, Syazwan mula memetik gitar.


Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I won’t live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
You’re impossible to find


Zoom!

Menonong saja Maya dan Nadia lalu di depan mereka. Lagu yang tidak menarik perhatian langsung.

“ Hai!”

Syazwan menyapa. Petikan gitarnya terhenti. Jatuh sedikit saham sebab tak kena layan. Maya dan Nadia menoleh serentak.

“ Are you talking to us?,” mono saja suara Nadia dengan sebelah kening terangkat.

“ Taklah, dengan rumput – rumput tu,” jawab Syazwan selamba. Abuden punya chicks!

Maya tersenyum nipis.

“ Hai,” balas Maya.

Nadia menjeling teman di sebelahnya tajam. Maya memang, tak sah kalau tak mesra alam. Bukan ke tadi dah dibagitau jangan dilayan sangat kalau helang empat ekor ni menegur.

Bibir Syazwan mengukir senyuman lebar. Dua – dua cantik. Dan dia lebih tertarik dengan gadis yang memakai cardigan berwarna merah yang membalas sapaannya.

“ Balik dari mana?,” sapa Hakimi ramah.

“ Balik dari bulan,” jawab Nadia selamba.

 Hakimi tersentak. Giler! Adakah perempuan memang dilahirkan untuk menjadi sarcastic seperti empunya badan yang memakai skaf berwarna biru tua yang dililitkan di leher sekarang ini?

“ Kami tinggal kat tingkat tiga,” kata Cheong.

“ Oh, kami tingkat empat,” jawab Maya.

Nadia di sebelah menoleh dan menyiku lengan Maya. Ni apa kes Maya mesra alam melebih – lebih ni? Siap bagitau lagi apartment tingkat mana. Nombor apartment sekali tak nak bagi ke?

“ Jom pergi. Jangan layan sangat dorang ni,” bisik Nadia dan menarik lengan Maya agar berlalu pergi. Papa dah pesan awal – awal, jangan menjawab teguran orang yang tidak dikenali.

“ Sombong siot!,” kata Kimi sebaik saja dua gadis itu menghilang. Tangan kanannya naik menggaru belakang badan yang tiba – tiba gatal.

Syazwan masih lagi tersenyum.

“ What’s her name?,” tanya Syazwan.

“ Yang mana? Singa ke harimau?”

“ Singa.”

“ Entah.” Ketiga – tiga menjawab serentak.

“ Aku nak yang singa tu,” kata Syazwan perlahan.


 **********


MAYA berdiri di balkoni apartment. Angin malam ini sedikit sejuk. Cadangnya hujung minggu ini mahu mengajak Nadia pergi ke taman di sebelah universiti. Snap nak ambik gambar banyak – banyak. Sheffield yang digelar ‘The Greenest City’ di England sudah bertukar warna menjadi emas, tandanya musim luruh sudah bermula.

Rindu papa. Rindu mama. Rindu Mala. Rindu Makcik Kiah. Pertama kali berjauhan dari keluarga membuatkan dia rasa tak betah. Kalau malam – malam begini mesti dia dan Mala akan berebut remote di depan tv di ruang rehat. Dia nak AFC, Mala nak History Channel. Dan Mala akan selalu menang sebab Mala anak bongsu, dia pula anak sulung. Demi adik tersayang, dia mengalah. Esok pagi dah janji dengan Mala nak skype, borak sampai laptop meletup pun tak apa. Pasti banyak cerita yang dikongsi bersama.

Mata Maya terhala pada balkoni apartment di tingkat bawah sebelah kiri. Lelaki yang sama petang tadi dilihatnya duduk santai, menyanyi sambil memetik gitar.


Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul 
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini 
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...



Habis nyanyi satu lagu, Maya bertepuk tangan. Membuatkan  Syazwan mendongak ke tingkat atas. Singa!

“ Hai,” sapa Syazwan dengan senyuman.

“ Hai. Nice song. Putus cinta ke?,” gurau Maya.

Syazwan tergelak.

“ Tengah jiwang,” jawab Syazwan.

“ Dengan siapa?”

“ Awak.”

Giliran Maya pula yang tergelak. Ayat tu! Memang ayat buaya yang nak cari makan.

“ I’m Shaz.” Syazwan memperkenalkan diri.  Dia masih lagi duduk di atas kerusi dengan kedua – dua belah kakinya dilunjurkan pada pemegang besi balkoni. Gitar yang dipegang di ketuk – ketuk dengan hujung jari.

“ Tak keluar jalan ke malam ni?,” Maya bertanya. Sengaja membiarkan soalan Syazwan berlalu pergi.

“ Hari ni off day. Badan rasa tak sihat sangat,” jawab Syazwan. Hanya dia saja yang ada di rumah malam ini. Yang lagi tiga orang sudah keluar menjadi Badman. Kalau bukan sebab tiga kali masuk tandas lewat petang tadi, tak adanya dia nak jadi pujangga jadian bernyanyi di sini. Harus dia ikut sekali.

“ Awak? Tak keluar ke?,” tanya Syazwan.

Maya geleng kepala.

“ Saturday night is the only night where we can have a rest. Kaw – kaw,” jawab Maya.

Syazwan mengangguk kepala. Patutlah tak pernah nampak di kelab, stok budak baik rupanya. Bisik hati Syazwan.

“ I’m Shaz,” Syazwan mencuba nasib untuk kali kedua.

Maya tergelak lagi.

“ Belum putus asa ke?,” duga Maya.

Syazwan geleng kepala sambil tersenyum lebar. Menampakkan lesung pipinya di sebelah kiri. Syazwan Imad tak pernah putus asa babe!

Maya menongkat dagu pada pemegang besi. Bila Syazwan tersenyum, sepasang mata itu juga turut sama ‘tersenyum’. ‘Eye smile’ kata orang. Itulah yang membuatkan Maya tertarik dari petang tadi.

“ I’m Shaz,” kata Syazwan untuk kali ketiga.

Pecah ketawa Maya. Lelaki kacak ini memang takkan give up!

“ Maya.”

Syazwan mengukir senyum. Maya. Nama secantik tuannya.

“ Phone number?”

Maya menjegilkan mata, kemudian tersenyum sambil menggelengkan kepala.

“ Tak payahlah. Setakat tahu nama pun dah cukup,” Maya mengelak cara baik.

“ Tak cukup, Maya.”

Syazwan berdiri dan bersandar pada pemegang balkoni. Kepala masih lagi mendongak, mengamati si cantik di balkoni tingkat atas.

Maya ketawa kecil. Inilah salah satu contoh manusia yang diberi betis, hendakkan peha. Sebijik Shaz! Dah bagi nama minta pulak nombor telefon.


 ***********


“ HI, babe.”

Maya menoleh. Syazwan sudah berada di sebelahnya sambil tersenyum. Senyuman dibalas Maya mesra.

“ Hai,” jawab Maya.

“ Dah habis kelas ke?”

“ Tak. Baru nak pergi kelas.”

Syazwan tergelak. Tertampar dengan jawapan Maya. Dah terang – terang Maya berjalan menghala ke arah apartment, of courselah balik rumah. Abuden lagi!

“ Mana bestie awak?,” tanya Syazwan. Biasanya Maya dengan Nadia, tapi hari ini batang hidung harimau jadian itu tidak kelihatan.

“ Sakit perut,” pendek saja jawapan Maya.

Semalam semangat giler Nadia masak nasi lemak. Sambal pedas bukan main. Alih – alih pagi tadi bertapa di tandas entah berapa lama. Tup – tup terpaksa Nadia skip kelas, dan hari ni dia jadi lone ranger di universiti.

Dia dan Syazwan berjalan beriringan. Masing – masing senyap. Maya malu dan Syazwan hilang idea nak mengayat.

Dalam hati Maya rasa lega sedikit, sekurang –kurangnya dia berteman hari ini untuk pulang ke apartment. Biarpun jarak universiti dengan apartment hanyalah lebih kurang sepuluh minit, tapi perasaan takut itu masih ada. Baru sebulan lebih di sini, dia masih belum biasa dengan suasana Sheffield. Kalau di Malaysia, harus kena tengking papa. Berjalan sorang – sorang silap hari bulan kena culik, itu ayat tetap papa kalau marah.

Sengaja Syazwan mengajak untuk lalu di kawasan taman berdekatan universiti, nak ambik feel berdua – duaan dengan Maya. Daun – daun pokok sudah lama bertukar kuning, tinggal nak gugur saja lagi.

Ting! Muncul idea di fikiran Syazwan.

“ Maya, wait. I have something for you.”

Lengan Maya dipaut Syazwan, menyuruh agar Maya berhenti. Maya menoleh dengan kening terangkat.

“ What?”

Syazwan tidak menjawab. Bunga tulip di taman dipetik sekuntum. Sempat kepala toleh kiri kanan, takut kantoi petik bunga. Diselitkan pada telinga Maya. Bibir mengukir senyum.  Cantik! Lagi – lagi dengan muka terkejut Maya. Comelnya singa!

     “ For you. Yellow means friendship,” kata Syazwan. Sengaja dia memetik warna kuning, ada maksud tu!

Maya tercengang. Ingin disentuhnya bunga di telinga tapi lengannya ditepis Syazwan lembut.

“ Awak nampak cantik macam tu,” kata Syazwan lagi. Suara sudah berubah romantik. Diri sendiri sudah telan liur. Sejak bila dia pandai bercandaria di taman?

Maya terdiam. Kaku sesaat! Bibir comel itu menguntum senyum perlahan – lahan.

“ Thank you.”

“ My pleasure,” jawab kasanova ‘eye smile’ di depan  mata.

“ Nak tengok tak muka awak macam mana?,” tanya Syazwan

Maya angguk kepala dengan senyuman masih di bibir.

“ Give me your phone. I’ll take one for you.”

Maya menyeluk beg, mencapai telefon dan menghulurkannya pada Syazwan. Nak jugak letak jadi profile pic Facebook yang baru, lagipun dia baru buka akaun baru. Itupun Mala yang suruh, sebelum dia ke sini bulan lalu. Zaman sekarang Friendster dah tak main dah.

Klik!

Syazwan tersenyum. Comel saja muka Maya posing dengan tangan gaya peace dan tulip kuning tersemat cantik di telinga kanan. Bluetooth dipasang, nak letak gambar Maya jadi wallpaper boleh tak? Kemudian, senyap – senyap dia mendail nombor telefonnya menggunakan telefon Maya. Dan bila telefonnya bordering, makin lebar senyuman Syazwan. Dah dapat nombor Maya!

Bulat biji mata Maya. Tertipu dengan Syazwan ke apa?

“ Pandainya awak,” kata Maya perlahan. Blackberry kesayangan diserahkan semula padanya.

“ Save my number, Maya. Lepas ni dah boleh message,” balas Syazwan sambil mengenyitkan mata.

Maya terpana. Syazwan! 

p/s : Hope you all enjoyed reading and thank you so much! Good night and big hug everyone!