Thursday, March 24, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD)

BAB 1




             PENYAPU di tangan disandarkan pada dinding sebelum Dara menapak ke luar rumah. Dari pagi lagi dia sibuk mengemaskan rumah barunya yang masih berhabuk dan berbau cat. Nanti nak singgah di Giant sekejap beli Glade untuk hilangkan bau cat. Tak pun beli arang. Kata Mama, arang boleh menyerap apa-apa bau dengan cepat.

“Lagi! Lagi! Reverse lagi!”

            Dara di sebelah sekadar berdiri berpeluk tubuh bila pekerja kedai perabot mengarahkan lori besar supaya masuk ke dalam perkarangan rumah. Rumah baru, semua pun haruslah baru ye tak?

            ‘Didi nak apa? Sofa? What kind of sofa?
            ‘Didi nak bedroom set yang girly macam Barbie Girl ke atau contemporary style?
            ‘Taman mini? Mama boleh minta tolong anak kawan mama. About the landscape and everything.
            ‘Pasang alarm tau.’
            ‘Kitchen macam mana? Interior designer?’

            Dia yang sibuk nak pindah masuk rumah baru, Mama dan Papa yang sibuk nak aturkan semuanya untuk dia. Walhal boleh aje dia uruskan seorang diri. Takpe lah, Mama dan Papa sibuk dengan dia bermaksud kedua orang tuanya itu sangat mengambil berat tentang dirinya. Tapi kalau sampaikan calon suami pun Mama dan Papa nak tolong carikan, yang tu memang dia tak setuju.

            “Mana nak letak ni cik?”

            “Letak kat situ,” kata Dara bila pekerja-pekerja dilihatnya seperti terkial-kial mengangkat sofa masuk ke dalam ruang tamu. Nak menolong tapi kalau setakat tenaga yang hanya ‘seciput’ jika dibandingkan dengan tenaga empat orang pekerja lelaki di hadapannya ini baik tak payah.

            Sofa set, meja makan, home theatre. Semua habis dipunggah satu jam kemudian. Dalam hati sempat Dara memuji. Cepat dan tangkas pekerja-pekerja di depannya ini. Bila semua sudah berlalu pergi, Dara memerhati sekeliling ruang rumah.

            Dinding bercat putih di selang-selikan dengan cat berwarna biru. Di belakang kabinet tv dilekatkannya wallpaper bercorak abstract. Dinding batu di bahagian tepi sana ditukarnya menjadi dinding kaca. Taman mini di luar dapat dilihat dengan jelas, menyedapkan mata yang memandang. Bila rasa nak duduk beristirehat, bolehlah dia duduk layan blues di sudut tepi dinding kaca. Tersusun cantik beberapa biji bantal di situ.

            Dara tersenyum puas. Anak Mama tak payah pakai interior designer bagai, otak dah cukup geliga untuk menghias kediaman sendiri. Kalau Mama tengok, mesti Mama tak percaya. Bukan dia tidak mahukan bantuan Papa dan Mama. Tapi dia mahu hidup serba sederhana.

            Tak payah pun nak beli sofa set yang real leather macam paksu punya. Harga RM12 ribu bukan main. Alih-alih hanyalah bone leather. Kena dinding terus terkupas, melekat kat cat dinding. Then apa jadi? Court case. And consumers are always right! Paksu menang kes.

            Dia punya Courts okey. Cepat dan tangkas. Simple dan cantik. Menarik. Amalkan gaya hidup sederhana dan jangan tiru gaya paksu yang berbelanja main ‘redah beli’ sambil tutup mata tak ingat dunia. Ingat duit tu senang dicari macam petik daun dari pokok ke? Kalau ya pun kaya dan dilimpahi kemewahan, kenalah berpada-pada juga bila masuk bab berbelanja.

            Dara menarik pintu lungsur dan keluar ke bahagian taman mininya. Bunga dahlia yang cantik memekar membuatkan dia tersenyum. Dia senyum lagi. Cantik! Macam dia.

            Erk! Macam dia? Cantikkah dia seperti namanya? Agaklah. Dara panjangkan leher menjenguk ke rumah sebelah. Sunyi. Kereta pun tak ada. Agaknya jiran sebelah keluar bekerja, fikir Dara sendiri.

            Dara masuk semula ke dalam rumah. Bibir bernyanyi-nyanyi kecil dengan langkah kaki menuju ke dapur. Nak buat egg tarts, antara resipi paling senang dan paling sedap. Nanti bolehlah dikongsikan dengan jiran sebelah rumah, pada masa yang sama mahu mengeratkan hubungan silaturahim. Ke mana pun membawa diri, kenalah pandai buat kawan. Di kawasan perumahan sebesar ini jangan dicuba gaya ‘like I care’ di kalangan jiran-jiran sebab ini bukanlah apartment atau kondomininum yang lebih pentingkan privasi dan tak pedulikan jiran sebelah-menyebelah. Mana tahu  satu hari nanti masing-masing perlukan pertolongan sekiranya ditimpa masalah, ‘of course I care’ lah yang paling padan.     



            LAMA Aladin duduk  bersandar di dalam kereta. Badan terasa sangat penat. Mana tidak, dari pagi sampai petang tak menang tangan.

            ‘Awak masaklah sendiri k, Al. I might be coming home late tonight.’

            Mengingatkan ayat Sasha padanya di hospital tadi, Aladin mengeluh. Balik rumah begini, meja dapur kosong dan berhabuk. Dia sudah biasa pun sebenarnya. Nasib kaulah Aladin beristerikan Sasha. Masing-masing sibuk memanjang. Syif pula tak tentu, department pula tak sama.

            Never marry a doctor if you can’t tolerate their working hours!

            Malas-malas Aladin keluar dari perut kereta. Matanya terarah pada rumah sebelah yang terang bercahaya. Sudah enam bulan dia dan Sasha tinggal di sini, baru hari ini rumah yang selama ini kosong sudah ada tuan yang punya.

            Myvi putih tersadai di garaj rumah sebelah. Mata Aladin tertacap pada taman mini di bawah pancaran lampu-lampu berbentuk pelita yang tersusun cantik. Dahlia. Ros. Orkid. Melur. Antara bunga-bunga yang dapat dikenal pasti oleh mata tajamnya.

            Sejak bila pula semuanya sudah siap cantik begitu? Haruslah dia tak sedar bila seharian tiada di rumah dan baliknya malam hari atau lewat petang begini. Malas mahu berfikir lebih, Aladin masuk ke dalam rumah.

            Rumah tampak kosong. Sama macam jiwa tuannya. Perut yang lapar membawa langkah Aladin menuju ke dapur. Dia dan Sasha kan sama-sama sibuk dengan waktu bekerja yang tak tentu, jadi taklah dia nak menaruh harapan setinggi gunung untuk si isteri menyambut kepulangan setiap kali balik dari kerja.

            Bungkusan maggi di atas kabinet dicapai. Biarpun maggi tak baik untuk kesihatan tetapi kalau dah kes desperado macam dia sekarang ni, itulah makanan segera yang paling cepat dimasak dan sedap dimakan.

            Sementara menunggu air mendidih, botol air di dalam peti sejuk dicapai untuk membasahkan tekak yang kering. Baru saja meneguk botol kecil....

            “Hello. Anybody home?”

            Burrrrr!

            Tersembur air dari mulut Aladin. Giler terkejut! Sampaikan hidung rasa sakit sikit, masuk air! Mulut dilap dengan hujung kemeja.

            “Hello. Anybody home?”

            Salam diucapkan untuk kali kedua. Sah dia tidak salah dengar. Memang ada yang memberi salam dari belakang dapur. Berhati-hati Aladin meletakkan botol air di atas meja. Berlalu menjenguk di sebalik tingkap. Sebelah tangan melonggarkan tali leher yang masih tergantung kemas.

            “Hello. Anybody home?”

            Kali ketiga barulah salam disambut Aladin. Pintu dapur dibuka, dia berdiri tegak di situ. Samar-samar dilihatnya seorang perempuan berdiri di rumah sebelah.

            “Good evening, neighbour.”  Jiran menyapa dengan ramah.

             Aladin berasa lega sedikit. Ingatkan pontianak harum sundah malam tersesat nak bertanyakan jalan. Tak pun mungkin bunian  nak menumpang kat rumah sebelah.

            “Good evening. Jap.”

            Aladin berlalu, memasang suis lampu luar dapur dan keluar semula. Kedua-duanya sudah berdepan sesama sendiri. Yang memisahkan mereka berdua hanyalah tembok yang taklah setinggi mana.

            Lidah terkelu. Mata tidak berkedip. Dua-dua terkejut.

            “Dara.”

            “Al.”

            Dua-dua bersuara serentak. 

            “Erk.”

            “Ehem.”

            Kemudian dua-dua tergelak. Sama-sama gugup.

            “Err...kecilnya dunia.” Aladin menghampiri dinding yang memisahkan mereka berdua.

Terkejut? Sangat! Tak pernah pun terfikir akan bertemu semula dengan Dara. Dah hampir tiga tahun kot sejak dia meninggalkan Kursk. Memang Mudin pernah bagitau yang Dara juga bekerja di hospital yang sama dengan mereka tapi dia malas nak ambil tahu department mana atau sejak bila. Nak bertembung pun kalau boleh dia tak nak, mana tau Dara masih membencinya.

            “Kalau dulu being your neighbour tu adalah nightmare, kiranya sekarang pun sama kan?” Dara berlawak.

 Matanya mengamati wajah yang suda lama cuba untuk dilupakan. Aladin masih tampan seperti dulu cuma tampak semakin matang bila kemeja berlengan panjang dan berbelang hitam putih itu tersarung di tubuh tinggi Aladin. Sesaat kemudian...

            Wake up, girl!

            Dara cepat-cepat tersedar. Dah jadi suami orang dah pun si Aladin bekas jantung hatinya itu, nak tenung lama-lama buat apa? Takkan berangan nak ‘rebut’ balik encik suami orang, harus Mama rendam muka dia dalam air kolam di depan rumah orang tuanya.

            Aladin tergelak. Gaya seperti biasa. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket fitting slacknya.

            “That was not a nightmare, Dara. That was an awesome mare! Bezanya sekarang. I’m married and you’re not. So jangan risau. Saya takkan buat awak rasa annoyed macam dulu lagi,” balas Aladin.

            Memekak sampai tengah malam. Berebut bilik air di awal pagi. Bergaduh bila toiletteries anak dara sebelah habis diguna pakai. Belum masuk part kena hentam dengan Dara bila dia dan Sanjay pinjam frying pan  Dara tapi dibiarkan begitu saja tak bercuci.

            Pendek cerita tak kiralah nightmare ke, awesome mare ke, superb mare ke. Hakikatnya mereka berdua kini berjumpa semula.

            Dara tersenyum. ‘I’m married and you’re not.’ Sebaris ayat yang membezakan di antara dia dan Aladin sekarang. Pahit, masam dan kelat. Rasa yang bercampur aduk. Tak pasti sama ada  Aladin sedang buat lawak ke tak, tapi tak payahlah nak ingatkan kenyataan pahit itu. Sakit, bro!

            “Sasha ada kat rumah tak?” Dara bertanya ramah. Matanya tertala pada pintu dapur rumah sebelah yang terbuka luas.

            “Nope. Balik lambat hari ni.”

            Mata Aladin mencuri pandang ke arah Dara. Dara Dahlia masih seperti dulu. Macam tak banyak beza.

            “I have something for you and Sasha. I mean for my neighbours.” Pinggan yang dipegang Dara dihulurkan pada Aladin.

            “Apa ni?”

 Bersinar-sinar mata Aladin, entah kenapa ‘abuden’ sangat soalan tu sedangkan dah terang tang-tang enam biji tart telur tersusun cantik di atas pinggan berwarna putih itu.

            “Human skull.”

            Terhambur ketawa Aladin. Tengah sarkastik ke buat lawak cik Dara? Teringat kisah lama lebih lapan tahun yang lalu. Semalaman Dara menangis bila dia dan Sanjay sengaja mencuri masuk ke bilik sebelah, kemudian meletakkan tengkorak di tepi bantal Dara. Apa lagi, bila terbangun tengah malam Dara meraung macam kena rasuk si harum sundal malam.

            “You guys are pieces of shit! Who on earth are you making fun of dead people?!”

            Teruk kena ‘tiaw’ dengan Dara sampai dia dan Sanjay tertunduk tak terkata. Padan muka diri sendiri.Tengkorak kena bagi pinjam untuk buat revision subjek Anatomy. Ini tak, dajal sangat sampai menyalah gunakan untuk menakutkan budak-budak perempuan di hostel. Percuma aje kena ‘pieces of shit’ oleh Dara.

            “Thank you,” ucap Aladin ikhlas. Zaman universiti Dara memang terkenal dengan tart telur. Siap diberi gelaran ‘tart girl’ kot masa tu.


            “Welcome. Nanti sampaikan salam kat Sasha.”

            Dara meminta  diri untuk masuk semula ke dalam rumah. Serius cuak bila bermesra alam dengan Aladin. Ya lah, mana boleh lupa pertemuan terakhir zaman tok kaduk mereka berdua. Mata menangis sampai lebam okey sebab ditinggalkan di bumi asing.

            “Dara.”

            “What?” Dara menoleh ke belakang semula.

            “Awak sewa ke beli rumah ni?”

            “Beli,” jawab Dara sepatah.

            “Careful, tau.”

            Berkerut kening Dara. Matanya dikecilkan. Tidak faham dengan maksud Aladin. Rumah ni Papa dan Mama yang belikan. Careful sebab apa?

            “Why?”

            “Malam-malam saya selalu dengar bunyi orang menyanyi dari rumah sebelah.”

            Erk! Meremang bulu roma Dara. Malam ni baru malam pertama dia tinggal di sini. Pandangan bersilih ganti dengan rumahnya dan wajah Aladin di depan mata. Takkan lah...

            Aladin makin seronok menyakat. Dia mendekat ke dinding batu dan merenung tepat ke dalam anak mata Dara.

            “You know right? This song. I’m not a girl. Not yet a woman. All I need is time. A moment that is mine. While I’m in between.” Aladin menyanyi perlahan.

            “Cis!” Wajah Dara berubah riak.

            Pecah ketawa Aladin.Tu kan lagu kegemarah Dara. Lagu zaman ‘transition’ Dara dari remaja nak menjadi seorang wanita.

            “That is funny, Al.” Dara senyum juga.

            Bila dikenangkan semula, malu doh! Tu zaman masa masih berangan nak jadi Britney Spears, haruslah semua lagu Britney Spears dia dah siap hafal dengan penuh jiwa dan raga. Sekarang, dah tak pandang dah pun. Berakhir zaman cintan cintun dia dengan Ali Aladin, berakhirlah juga zaman memuja Britney Spears bagi seorang Dara Dahlia.

            “You’ve never changed, Al,” perlahan suara Dara.

            Aladin yang kuat menyakat.

 Aladin yang nakal.

Aladin yang memang jenis tak makan saman.

 Haish! Selama ni elok aje dia ‘hilang ingatan’ tentang semua tu, tapi hari ni baru berjumpa semula dan pok pek tak sampai setengah jam di belakang rumah semua kriteria lengkap tentang Aladin muncul semula di fikiran Dara. Mengembalikan semula rasa lama yang dipendamnya biarpun cuba untuk dibuang jauh ke laut dalam. Memang tak boleh jadi, kalau Sasha tahu dia bertenggek dengan suami si ‘musuh’ tu silap hari bulan melayang periuk belanga ke muka Dara.

            Aladin sekadar jungkit bahu. The fact is I’ve changed, Dara...

Bila Dara sudah hilang di sebalik pintu, Aladin melangkah masuk ke dalam rumah. Air yang sudah mendidih dari tadi sudah hampir kering. Api stove ditutup Aladin. Dia mengambil tempat di kaunter. Cancel maggi malam ni, mahu menikmati tart telur Dara yang sudah lama tidak dirasai. Tart telur dikunyah perlahan. Masih sedap macam dulu.

Teringat tart telur, teringat kenangan bersama Dara. Aladin tersenyum sendiri. Siapa sangka, Dara menjadi jiran sebelah rumah dia dan Sasha. Benarlah kata orang, dunia ni memang kecil dan tak kira berapa jauh pun masing-masing terpisah sebelum ini pasti akan bertemu semula.

Kalau dah jodoh takkan ke mana? Okey, bab yang satu ini tak boleh terima sangat kot. 
Bertemu semula tak bermakna jodoh mereka berdua kuat. Jodoh dia adalah isteri yang dikahwini dan dicintai sepenuh hati sekarang ini, bukan Dara Dahlia. Kisah lama jangan dipandang lagi, bro!

Kira okeylah juga, biarpun berjumpa di dalam keadaan yang tak dirancang sekurang-kurangnya tak ada aura ‘saya benci awak’ di dalam diri Dara Dahlia.

I know I’m wrong, you may hate me if you want to.
I know I’m wrong, you may forgive me if you think I deserve your forgiveness.

Mana satu yang tertanam di hati Dara, hanya si gadis saja yang tahu....

Habis tiga biji tart telur dimakan, Aladin naik ke tingkat atas. Selesai mandi, dia bersandar pada kepala katil. Perut dah kenyang, badan dah bersih, ini anytime mata boleh terlelap.Matanya tertacap pada majalah Chloe Sasha di tangan.

Fashion. Fashion. Fashion. Bosan. Fesyen lelaki boleh tengok lagi, tapi ini semua ‘the-feminine-the-diva’ style.

Majalah di tutup dan diletakkan semula di atas meja. Baru saja mahu melelapkan mata, pintu bilik dikuak dari luar.

My wife is back!

            “Hai.” Bibir Aladin dikucup si isteri.

            “Hai. Lambat lagi.”

            “Pass over banyak sangat.”

            Sasha berbaring meniarap di sebelah Aladin. Mata terpejam rapat. Sungguh dia rindukan katil dan bantal. Kerja dari pagi sampai ke malam buatkan badan dia tinggal nak tercabur skru saja lagi. Tolong cover rakan sekerja sekejap di wad sebenarnya, tapi terjoin sekali dengan passover round.

            “How’s our baby?” Tangan Aladin mengurut lembut belakang Sasha.

            “Doing fine.” Tenggelam timbul suara Sasha di sebalik bantal. Sejak berbadan dua ini, badannya cepat letih. Belum lagi masuk bab mood swing. Kadang-kadang dengan Aladin sekali kena hentam.

            “Dah makan?” Tangan Aladin masih setia mengurut belakang Sasha.

            “Dah.” Makan bubur sejuk saja tadi. Itu pun lebihan makanan pesakit.

            “Mandi dulu. Then tidur.”

            Sasha menurut dengan mata yang separuh terbuka. Cepat saja dia mandi, mandi burung pun jadilah. Pakai gaun tidur, sapu losyen, sikat rambut. Done! Sasha merangkak naik semula ke atas katil. Tangannya dilunjurkan untuk mencapai Reader’s Digest di tepi meja katil.

            “Al. Awak perasan tak kita ada neighbour baru?” Mata melekat pada majalah yang dipegang. Balik tadi terkejut bila tengok rumah sebelah dah ada cahaya lampu.

            “Yup.”

            “Dah berkenalan?”

            “Yup.”

            Sasha menoleh suami di sebelah. Majalah diletakkan di atas riba.

            “Really? Dah tau siapa ke? Family or couple?” Sasha berasa teruja.

Eloklah dah ada jiran, ada juga teman dia bersembang kosong bila setiap kali hujung minggu. Selama ni, toleh kanan rumah sebelah kosong krik krik. Toleh kiri pula, jarak rumah mereka berdua agak jauh dari rumah seterusnya. Dia tak berkenan sangat tinggal di semi-D begini, tapi Aladin yang berkeras sangat. Aladin kata, kawasan rumah kalau luas senang nak buat majlis. Majlis apa entah yang nak dibuat dia pun tak tahu...

            “Didi. Single mingle.”

            Sasha diam sejenak. Jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagu dengan mata yang masih terarah pada Aladin yang beriak selamba.

            “Sounds familiar,” kata Sasha.

            “Junior kita dulu. Awak lupa? My next door neighbour.”

            Membulat mata Sasha.

            “That Didi?!”

            Aladin angguk kepala.

            Oh no!

“Of all people Al?!” Mulut Sasha melopong.

            “Yelah, sayang. Yang tu.”

            Excited mode?!


            ‘Homaigod’ mode?!



p/s : KTD dah lama bersawang kat dalam laptop, dah tumbuh kulat dah pun. So saya withold Selamanya Cinta dan kita proceed dengan KTD ya. Fair untuk KTD jugak kan :) Mana tau ada rezeki kita peluk KTD. Have a good night and love loads!


Thursday, March 17, 2016

Selamanya Cinta 2

BAB 2


            RAFEEQA tengah berkira-kira nak buat apa dan nak ke mana bila Shahrizal bercuti nanti. Shahrizal minta dia fikirkan mana nak pergi dan apa nak buat. Sesekali matanya terarah pada Idan yang seronok bermain dengan pelampung di dalam kolam renang.

            Disneyland? Malas lah. Tunggu bila Idan besar sikit baru bawak.

            Singapura? Negara jiran yang kat sebelah tu aje, anytime pun boleh pergi. Dia rasa macam nak pergi lebih jauh.

            Dubai? Hmm...ingat ini bukan lagi zaman ‘honeymoon’ yang hanya ada mereka berdua. Sekarang dah ada Idan, nanti Shahrizal bising kalau dia ajak ukur shopping mall.

            Bandung? Hihihi....manalah tau terjumpa Syazwi semula, lepas tu terjatuh tangga dan terjatuh cinta. Mak aiii jauh berangan cik kak!

            Langkawi? Hmm..dalam negera pun okey apa. Lebih seronok berbanding di luar negara.

            “Idan, Idan nak jalan tak kalau Papa cuti nanti?” Akhirnya soalan cepumas ditujukan untuk si anak kecil. Dia dah tak ada idea nak bawa jalan ke mana. Kang kalau dia cadangkan pada suami, macam-macam komen Shahrizal.

            “Nak!”

            “Idan nak pergi mana?”

            “Kampung.”

            My gosh!  Jantung dah bergolek ke dalam gaung. Boleh tak kalau kampung adalah senarai terakhir di dalam list ‘mana-nak-pergi’ mereka. Idan pasti suka sebab boleh jumpa Nek Pah. Tapi dia? Rafeeqa membetulkan baringnya.

            “Selain kampung nak ke mana lagi sayang? Mama tak suka balik kampung.”

            “Naper? Kampung best!” Idan masih seronok berendam di dalam air.

            “Kat kampung banyak nyamuk.”

            Alahai jawapan apalah yang aku bagi kat anak aku ni? Rafeeqa macam nak ketuk kepala sendiri dengan ballet shoes. Ye lah, takkan nak bagitau kat Idan yang dia takut nak berjumpa dengan Nek Pah. Nanti secara tak langsung memberikan pandangan tak elok tentang Nek Pah pula pada anak lelakinya itu.

            “Wow, patutlah tak ada kat luar sana. Melepak sini rupanya.”

            Rafeeqa panggung kepala mendengar suara yang cukup dikenalinya. Panjang umur Shahrizal, baru saja dia terfikirkan sang suami.

            “Awal balik.”

            “Awal apanya dah pukul 6 petang. Dah berapa lama Idan berendam kat dalam tu?” Seperti biasa, ciuman hinggap di pipi isteri.

            Duh! Kalau tengok si isteri sekarang, dia jadi confuse yang kat depan mata ni Rafeeqa ke Kim Kardashian. Bukan main redup kat tepi rumah ni nak jugak Rafeeqa pakai cermin mata hitam tu. Nasib baik pakai leggings dengan baby-t, menunjukkan yang Rafeeqa tak berniat nak mandi. Kalau mandi memang keluarlah baju rasmi yang boleh buatkan matanya terjolok tengok sang isteri.

            “Baru aje, dalam setengah jam yang lalu. Nak bagi dia feel berenang sikit, it was so hot in the afternoon.”

            Shahrizal hanya mampu senyum dan geleng kepala. Susah kalau isteri ala-ala diva, dengan anak sekali terjangkit. Gaya macam anak itik aje Idan berenang kat tengah kolam sana, siap dengan pelampung bentuk Altroman lagi.

            “So any plan for holidays?” Shahrizal berdiri bercekak pinggang di sebelah Rafeeqa. Pandangan masih setia pada Idan di dalam kolam.

            “Belum fikir lagi.” Rafeeqa cuba mengelak. Nanti-nanti ajelah fikirkan tentang cuti tu. Hati ni baru nak reda setelah mendengar nama Nek Pah meniti dari bibir Idan tadi.

            Shahrizal membuka ikatan tali leher dan menanggalkan kemeja yang dipakai. Rasa macam nak terjun ikut berendam dengan Idan. Bila ditolehnya Rafeeqa di sebelah, Rafeeqa tunjuk muka ‘warning’, nak bagitau dia supaya jangan selamba ayam terjun masuk macam tu aje. A proper swimming attire, please. Tu ayat tipikal Elly. Dapat dibayangkan Rafeeqa menjelingnya dengan pandangan tajam di sebalik cermin mata hitam yang dipakai si isteri.

            “Idan, Idan nak bercuti kat mana?”

            Hancur! Degupan jantung Rafeeqa automatik laju. Kenapalah nak tanya soalan puaa macam tu kat Idan.

            “Kampung.”

            “Really?”

Yuhuuu! Shahrizal teruja. Selamba dia melompat masuk ke dalam kolam renang. Tak kisah kalau seluar slack yang dipakai basah lencun. Kalau Rafeeqa marah pun, belai sekejap lepas tu redalah marah Rafeeqa.

            “Kampung ada Nek Pah.”

            Oh my, boleh tak kalau aku pengsan aje kat tepi kolam ni? Lepas tu buat-buat sawan sampai esok pagi. Jawapan Idan sebijik macam tadi. Habislah ni kalau Shahrizal bersetuju. Macam mana dia nak mengelak?

            “Tapi Mama tak nak.” Petah aje bibir mulut Idan bercerita dengan Shahrizal yang sudah menyertai di dalam kolam.

            “Kenapa?”

            “Kampung anyak amuk.”

            Bulat mata Shahrizal. Seriously? Takkan Nek Pah disamakan dengan nyamuk. Atau nyamuk yang dimaksudkan tu adalah Nek Pah? Pening kejap. Bila pandangan Shahrizal beralih pada Rafeeqa, sang isteri buat-buat tak tahu.

            “Fika, since when kat kampung banyak nyamuk?”

            Oh my gosh....Rafeeqa betul-betul nak pengsan. How I wish I’m deaf right now.

            “Okay Idan, we’re going back to kampung!” Shahrizal sengih.

            “Yeaaa!”

            Say what? Oh aku harap aku tersalah dengar. Rafeeqa buat-buat tidur, mulut siap ternganga besar okey.

            Shahrizal tergelak. Tahu sangat perangai isteri. Rafeeqa alergik kalau dengar perkataan ‘kampung’, apatah lagi Nek Pah. Dari dulu sampai sekarang tak ngam dengan Nek Pah. Kesian juga dengan Rafeeqa, dah cuba sedaya upaya untuk mengambil hati Nek Pah tapi tak pernah berjaya. Agaknya sekarang dah sampai ke tahap di mana Rafeeqa dah berputus asa.

            “Fika. Kita balik kampung ya.”

            Rafeeqa tak menjawab. Oh, Satria Baja Hitam mana awak? Helppppp!



            SHAHRIZAL menala pada pintu bilik yang dibuka. Rafeeqa muncul dengan wajah yang kurang ceria berbanding hari-hari lain. Dapat diagak kenapa mood Rafeeqa ke laut.

            “Idan dah tidur?”

            “Dah.” Rafeeqa mengambil tempat di atas katil. Fuh! Betapa nikmatnya landing atas katil empuk macam ni setelah penat seharian. Namun beberapa saat kemudian Rafeeqa menepuk dahinya.

            “Awak nak hot chocolate?” Terlupa nak buatkan minuman rasmi Shahrizal. Tadi terlampau sibuk melayan karenah Idan sampai tak ingat encik suami yang juga perlukan perhatian daripadanya.

            “It’s okay. I’ll join you in a while.”

            Shahrizal tahu Rafeeqa letih, tak sampai hati nak bagi Rafeeqa turun semula ke dapur semata-mata nak buatkan minuman untuknya. Lagipun tak lapar, kerja pula dah nak habis.

            “Shah, saya ada benda nak bincang.”

            “Apa dia?” Mata Shahrizal masih setia di skrin laptop di atas meja.

            “Can we not go back to kampung, please?”

            Hah, dah agak memang inilah isu yang Rafeeqa nak bincangkan bersamanya malam ini. Mata Shahrizal beralih pada Rafeeqa yang berbaring meniarap sambil menongkat dagu gaya ikan duyung yang sedang berehat.

            “Sebab Nek Pah?” Shahrizal memusingkan kerusi menghadap Rafeeqa.

            Rafeeqa angguk kepala.

            “Awak kan tau Nek Pah tak suka saya.”

            “She will like you, Fika.”

            “Tak akan lah. Tengok saya pun dia tak nak.”

            Asal pulang ke kampung, Nek Pah buat muka paling menyampah dengannya. Belum lagi kalau Nek Pah buka mulut, pedas mengalahkan orang yang makan cili padi sepuluh biji. Serius pedas!

            “Fika, I thought you’re my iron woman.” Shahrizal bersandar di belakang sofa. Muka Rafeeqa tampak murung benar. Jarang Rafeeqa hilang keyakinan macam ni. Biasanya Rafeeqa cool saja, cakaplah apa saja Rafeeqa confirm kebal dan kalis peluru. Sebab tu dia tak risau kalau setiap kali Rafeeqa bertemua dengan Nek Pah.

            “Ya, but I have my own limit. Kalau setiap kali kena ‘berus’ dengan Nek Pah mana tahan. I’ve tried my best, Shah but yet I still failed.”

            Rasa benci pada Nek Pah memang tak pernah wujud di hati Rafeeqa, tapi rasa takut tu memang adalah. Dia dah mencuba sedaya upaya untuk mengambil hati Nek Pah. Apa saja yang Nek Pah suka dia buat, apa yang Nek Pah tak suka dia elakkan. Tapi...huh! Tak tahulah nak komen macam mana.

            Shahrizal tarik nafas dalam. Dia bangun dan mengambil tempat di sebelah Rafeeqa dengan gaya Sleeping Buddha.

            “Do you know that failure is the way to success?” Rambut Rafeeqa dibelainya.

            “If you look at most of the innovators, athletes, geniuses throughout the history, they all shared a common belief. They never describe failure as a bad thing. And some of them even enjoyed failure. Contohnya kalau Thomas Edison percaya adanya kegagalan, kita akan masih hidup dalam kegelapan. Kalau Henry Ford dah berputus asa sebab gagal, kita takkan naik dan pandu kereta macam sekarang. In fact, we would still be riding on horseback,” sambung Shahrizal lagi.

            Sebenarnya nak bagitau Rafeeqa point yang penting, jangan anggap yang dia takkan dapat memenangi hati Nek Pah. Gagal banyak kali tak bermakna gagal selamanya, malah tak ada istilah losers kalau Rafeeqa betul-betul befikiran positif.

            Rafeeqa memandang Shahrizal dengan pandangan yang sukar ditafsir. Dia faham maksud tersirat Shahrizal tapi tak dapat nak meletakkan dirinya dan Nek Pah dalam situasi yang sama macam semua tokoh hebat.

            “But I think none of them had ever experienced someone like Nek Pah before.” Rafeeqa membalas.

            Letaklah Thomas Edison di tempatnya, pasti takkan tahan dengar segala komen negatif Nek Pah. Belum lagi kalau letak Henry Ford, bengang kot Henry Ford bertelagah dengan Nek Pah. Kesimpulannya, takkan siapa pun yang akan bertahan dengan Nek Pah.

            “Janganlah fikir negatif sangat. Nek Pah is actually not bad, dia sangatlah okey. Kalau kena pada masa, dia sporting. Dia marah sikit aje, tapi dia sayang lebih.” Shahrizal masih berpihak pada Nek Pah. Pada masa yang sama mahu berikan semangat pada Rafeeqa supaya jangan mengalah. Mengalah itu bukanlah Rafeeqa Huda.

            Rafeeqa jeling Shahrizal. Nak kata dia salah dengar,  Shahrizal kat sebelah ni aje pun. Part mana yang Nek Pah sporting atau okey atau yang sewaktu dengannya ni? Dah berapa tahun dia berkahwin dengan Shahrizal, tak pernah walau sekali pun dia nampak Nek Pah yang versi okey tu. Yang dia nampak adalah Nek Pah versi terbang pakai penyapu dengan muka macam nak buang dia jatuh ke dalam hutan.

            “Of course lah dia okey dengan awak. Awak kan cucu tersayang. Yang saya ni pulak lain cerita.” Rafeeqa tak puas hati.

            “Awak apa cerita?” Shahrizal menyakat. Tahu dah Rafeeqa makin angin.

            “Saya bukan pilihan hati. Nek Pah kan suka yang dulu tu.” Suara Rafeeqa berubah perlahan. Yang dulu tu kan lebih baik berbanding dia. Itu yang Nek Pah agungkan sangat.

            Mata Shahrizal mengecil cuba menyerap maksud Rafeeqa namun beberapa saat kemudian, riak Shahrizal berubah.

            “Fika, that is already out of topic. She’s no more in the list. Full stop.” Suara Shahrizal tegas. Dia bangun dan menutup lampu bilik. Hanya lampu tidur saja yang terpasang. Mood dah jatuh teruk tiba-tiba. Rafeeqa memang menguji kesabarannya.

            “Dah, jom tidur. Topic is closed for today.” Shahrizal menarik comforter. Dibiarkan saja Rafeeqa yang sudah bangun dan duduk bersila dengan muka blur di atas katil.

            Seriously? Rafeeqa jungkit bahu. Whatever. Susah kalau dua-dua angin, siapa yang akan pujuk siapa? Sudahnya Rafeeqa berbaring di sebelah dengan mood yang teruk macam terjatuh ke dalam gaung.


p/s what if this become our hardcopy version... * mari mimpi sama2. hope you all enjoyed reading dearies! And siapa rindu Baja Hitam angkat tangan. Rindu zmn budak-budak...huwaaaa!


           


Sunday, March 13, 2016

Selamanya Cinta 1

BAB 1



SHAHRIZAL membuka pintu kereta. Giler letih sampai rasa tak larat nak berjalan sampai kat depan pintu utama rumah. Hari ni macam-macam yang terjadi di pejabat. Lepas tu on the way balik terpaksa layan jalan jam yang panjang mengalahkan Sungai Mekong. Suasana di luar rumah sunyi sepi saja. Pasti Rafeeqa dan Idan sibuk di dalam dapur menyediakan makan malam mereka bertiga.

Shahrizal menuju ke pintu utama rumah, dan saat pintu dibuka dia hanya mampu melepaskan keluhan berat.

“Fika! Idan!” Shahrizal menjerit memanggil nama-nama yang tersayang sambil membuka kasutnya dan meletakkan ke dalam kabinet kasut. Serius pening tengok pemandangan di hadapan mata. Dah macam tongkang pecah ruang tamu rumah ni, permainan Idan bersepah habis.

“We are here!”

Dan agak dah, dua suara yang membalas panggilannya menjerit dari dalam dapur. Dengan langkah longlai Shahrizal berlalu menuju ke dapur.

“Haiiiiiii....” Besemangat Idan melambaikan tangan pada Papanya berserta senyuman. Rafeeqa yang sibuk menggaulkan sayur-sayuran ke dalam pinggan memandangnya sekilas. Manisnya senyuman puan isteri.

Shahrizal mendapatkan Idan di atas meja kaunter. Kepala si anak dicium sebelum ciuman beralih pada pipi Rafeeqa.

“Masak apa malam ni?” Shahrizal mengambil tempat di kerusi kosong di kaunter.

“Surpriseeee.”

Rafeeqa dan Shahrizal tergelak. Lain orang yang ditanya, lain pula yang menjawab. Idan tersengih lebar.

“Kat luar tu semua permainan Idan ke?” Shahrizal memandang si anak kecil.

Idan angguk kepala.

Then kenapa bersepah? Tak boleh nak susun balik?”

Gerakan tangan Rafeeqa yang baru nak meletakkan mayonnaise ke dalam mangkuk terhenti. Matanya beralih pada wajah Shahrizal yang tiba-tiba serius sebelum beralih pula pada si anak yang tunduk.

“Sorry.” Lembut suara Idan meminta maaf sambil tunduk memandang bawah kaunter.

“Pergi kemaskan sekarang. Letak kat tempat mana Idan ambik semua tu.”

My gosh! Apa kena laki aku ni? Terpijak tahi ayam masa dalam perjalanan pulang ke? Tadi elok aje senyum-senyum sekarang jadi singa berasap kepala.

“Shah. Kenapa kasar sangat macam tu?” Rafeeqa kurang bersetuju dengan ton suara Shahrizal pada si anak. Kesian tengok Idan terkial-kial turun dari kerusi dan keluar dari dapur untuk menurut arahan Papanya.

“Tak kasar pun, Fika. Awak aje yang manjakan dia sangat.”

“Excuse me?” Rafeeqa meletakkan sudu ke dalam mangkuk. Dia membalas pandangan tajam Shahrizal.

“Shah, kalau ada masalah kat pejabat jangan bawa sampai balik rumah.  Tempias tau.” Rafeeqa bersuara lembut.

Nampak muka Shahrizal memang moody habis, sah kat pejabat tadi dilanggar garuda dari mana entah. Tapi kalau nak dibawa sampai ke rumah dia sangatlah tak suka. Idan yang muka tak bersalah tu pula yang kena tiaw.

“You go out and see how horrible our living room is. Saya balik penat macam ni awak ingat saya nak tengok ke pemandangan macam tu?”


Rafeeqa tarik nafas dalam. Fine! Tak guna bertekak dengan Shahrizal, macam mana pun dia pasti akan kalah kalau berlawan kata dengan encik peguam  ni. Seorang perlu mengalah dan itu adalah dia. Tanpa sepatah kata, Rafeeqa bergerak keluar meninggalkan Shahrizal seorang diri di situ. Nak tolong Idan yang tentu saja tengah  bersedih di luar sana.

            Setakat barang permainan Idan yang beberapa bijik robot Transformers tu pun nak kecoh. Tak ada pun mengganggu jalan Shahrizal kat dalam rumah ni. Saja Shahrizal nak lepaskan rasa tension pada si anak dan dia paling pantang cara Shahrizal yang satu itu.

            “Fika, you stay with me.”

            Rafeeqa buat tak endah. Tak ada maknanya nak ‘stay with me’ dengar Shahrizal mengamuk kat dalam dapur. Rasa bersalah juga tapi lantaklah, Idan lebih memerlukan dia.

            Shahrizal meramas rambutnya yang sedikit kusut. Haih...ingatkan pulang ke rumah untuk hilangkan pening. Ni buat kepala makin hang pulak.




            SUASANA makan malam mereka bertiga sunyi. Wajah Idan murah saja. Makan pun sedikit saja. Rafeeqa? Macam biasa, kalau Shahrizal buat salah dia tayang muka protes macam nak mogok 100 hari. Hanya Shahrizal seorang saja yang menikmati makan malam seolah-olah tak ada apa yang terjadi di dapur petang tadi.

            “Sedap fish fillet ni. Siapa yang masak?” Shahrizal membuka mulut. Nak ambik hati si kecil dan tuan puteri kat dalam rumah ni. Suasana masih sunyi. Tak ada sesiapa pun yang menjawab soalannya.

            “Hmm...mesti Satria Baja Hitam yang masak,” sambung Shahrizal lagi.

            Idan  menjeling memandangnya dengan pandangan blur. Rafeeqa pula dah rolling eyes, agak-agaklah nak buat lawak cik abang oi. Manalah Idan tau superhero zaman 90-an tu. Kalau cakap Bumble Bee yang Transformers tu Idan kenal lah.

            “Errr...siapa yang suruh Mama masak ni? Idan eh?” Shahrizal dah tak ada modal nak panjangkan lawak tak lakunya bila wajah si ibu dan si anak macam tak ada respons yang menggalakkan.

            Idan angguk kepala dan menyambung makan. Shahrizal tunduk sedikit mencari wajah Idan dan menunggu si anak kecil membuka mulut. Namun tak ada sepatah kata pun yang terkeluar dari bibir Idan. Okey, epic fail. Shahrizal menoleh pada Rafeeqa di sebelah namun Rafeeqa sekadar menjungkit bahu. Sendiri cari penyakit sendiri yang selesaikan ye, encik.

            “Idan dah kenyang.” Si anak kecil akhirnya bersuara setelah sekian lama. Garfunya diletakkan di atas pinggan dan matanya menala pada Mamanya di hadapan.

            “Takkan kenyang, sikit aje Idan makan.” Rafeeqa memujuk lembut. Hish! Ni mesti Idan tak ada mood sebab Papa Singa tunjuk garang petang tadi.

            “Idan dah kenyang.” Idan ulang ayat yang sama.

            “Papa pun dah kenyang.”

            Rafeeqa menjeling Shahrizal di sebelah. Yang sebelah ni kenapa? Tertelan ekor cicak ke? Kenyang apanya fish fillet goreng tu tak sampai separuh pun Shahrizal makan.

            “Idan, tengok movie jom.” Shahrizal tersenyum. Keningnya diangkat berkali-kali nak buktikan pada Idan yang dia tengah bersemangat.

            Idan sembunyi senyum. Pandangannya beralih pada Mama di hadapan dan Mama hanya tersenyum padanya.

            “Betul ni?” Idan meminta kepastian.

            “Betul. Movie apa yang Idan nak tengok?”

            “Hmm...” Idan mengetuk dagunya dengan jari telunjuk lagak sedang berfikir.

            Rafeeqa geli hati. Comel giler intan payung kat dpann ni. Memang Idan adalah buah hati pengarang jantungnya sejak Idan lahir ke dunia ni.

            “Inside Out.” Idan keriangan sambil tepuk tangan. Mood si anak dah kembali ‘hidup’ berbanding tadi.

            Rafeeqa tergelak. Lagi-lagi bila tengok muka Shahrizal macam muka yang baru jatuh ke dalam parit. Tu lah, nak sangat buat anak merajuk. Sekarang cubalah apa cara sekalipun untuk hilangkan rajuk Idan. Biarlah Shahrizal tengok Inside Out tu sampai lebam mata, dah kali ke berapa entah dia dan Idan tengok kartun yang sama.

            “Okeyyy.” Shahrizal kenyit mata.

            Tubuh Idan didukung mahu keluar dari dalam dapur.

            “Habis tu Mama nak makan dengan siapa ni?” Rafeeqa buat-buat merajuk. Selamba aje dua beranak ni tinggalkan dia meratah makan malam yang masih banyak seorang diri.

            “Satria Baja Hitam.” Shahrizal kenyit mata.

            Cisssss! Rafeeqa tarik nafas dalam. Sah-sah nak perli dia. Fine. Lepas ni kalau Shahrizal tak dapat pujuk Idan sila jangan cari dia.



p/s : I miss Fika and Shah! :) Dah lama nak update dan sekaligus nak refresh balik Jangan Benci Cintaku (JBC) tapi terperam jadi jeruk buah kat dalam laptop. Grab your Jangan Benci Cintaku (JBC) dari IKP atau nearest bookstore kalau nak tahu kisah Fika dan Shah sebelum lahirnya Idan. 



            
And not to forget baby ketiga yang dah keluar Feb 2016. Feel free to join simple contest Ingatkan Dia Tentang Setia (IDTS) yang mudah. 

-Share gambar IDTS anda
-Pilih dan taip mana part/babak/ayat/perenggan (atau yang sewaktu dengannya) yang paling anda suka. 
-Jangan lupa tag saya 
- LIKE/REACT terbanyak akan dikira sebagai pemenang
Tarikh tutup : 31.03.16



Sekian untuk malam ini. Tidur awal semua. Esok kerjaaaaaaa.....