Wednesday, June 8, 2016

Dear Bella : Bab 1

BAB 1




BANANANA....BANANANA...BANANANA!

Oh my....gucci! Bella meraba-raba iPhone di meja kecil bersebelahan katil. Rasa macam nak sumpah diri sendiri jadi semut api. Banyak-banyak ringtones, Minions yang annoying orange tu juga yang dibuat jadi alarm untuk bangun pagi.

Ni dah kali ke tiga belas dia tekan ‘snooze’, tapi tubuh masih tak bangkit dari katil. Kalau mak tahu anak dara dia macam ni, mesti kena tiaw sampai tercabut cuping telinga.
Jap...jap....anak dara??? Kau tu dah kawin lah cik kak, oi...

“Bella...Bella...bangun...”

Bella buat-buat tak dengar. Mata masih tertutup rapat.

“Bella yang lazy bump, bangun...matahari dah kat atas kepala. Nak tidur berapa lama? Sampai esok?”

Eeee...menyampah! Suara garau yang bising ni lebih menyengat dari ringtone Minions. Pagi-pagi dah buat mood hilang. Bella buka mata, tengok aje muka Sam yang senyum senget buat hati panas.

Fine! Bella bangun dengan tubuh tegak 90 darjah di atas katil. Bila tengok senyuman Sam melebar, dia buat de’. Mesti gelakkan rambut selembut sutera ni mengerbang macam sarang lebah. Bangun pagi, bro...so what do you expect? Rambut Angelina Jolie kalau bangun pagi pun lebih kurang macam rambut dia juga. Haru-biru!

“Basuh muka. Tak payah mandi. Kita pergi jogging.” Sam mengarah. Ikut hati nak cubit pipi Bella sampai merah sebab comel tahap Teletubies.

Say what? Jogging? As in berlari awal pagi? Mata sepet Bella automatik jadi besar.

“Nak jogging apanya? Orang nak pergi kerja lah.” Suara Bella serak. Baru bangun babe, seksi sikit suara ala-ala kartun Frozen ni.

Your boss must be proud of you. Public holiday pun semangat nak turun kerja.” Sam menyindir. Sah Bella masih mamai, separuh badannya masih tertinggal di bulan. Hari Pekerja pun takkan nak duduk menghadap komputer di pejabat, boleh dapat Anugerah Pekerja Cemerlang awak Cik Bella.

Bella diam sejenak...beberapa saat kemudian. Damn! Bibir nipis diketap. Apalah nyanyuk sangat anak Encik Sulaiman yang berumur 27 tahun ni. Nak pergi kerja konon, siap pasang alarm lagi. Serius dah lost track dengan masa.

“Nak jogging untuk apa? Malaslah....” Muncung Bella panjang lima inci.

Troll sungguh nak ajak bersenam awal pagi. Pernah tak tengok dia bangun untuk sihatkan badan? Pernah tak tengok dia bersemangat macam Baja Hitam untuk berlari di atas trek di stadium sebelah rumah sebelum matahari terbit? Saja Sam nak kenakan dia!

“Jangan banyak tanya. Sepuluh minit. Saya tunggu kat bawah. Kalau tak saya denda.” Windbreaker disarungkan ke tubuh tegap Sam. Kalau dengan Bella kena tunjuk belang sikit. Kalau cara lembut tak boleh pakai, terpaksa guna cara harimau.

Otak lagging Bella ligat berfikir. Maka panjanglah senarai ‘denda’ yang muncul di dalam fikiran.

1. Jadi bantal peluk waktu malam.
2. Jadi alarm clock waktu pagi.
3. Jadi ‘other half’ Sam 24 jam.

Oh my...sengsaranya! Bella bangun dari katil dengan super malas. Boleh tak kalau dia sambung tidur dan anggap saja Sam tak wujud kat dalam bilik ni? Hmm...boleh aje kalau dia sanggup terima denda Sam yang tak masuk akal.

“Nak ke mana tu?” Mata Sam beralih pada tubuh Bella yang meninggalkan katil.

Bella berpaling dengan muka menyampah. “Nak berus gigi kenalah kat tandas, takkan kat atas katil.”

Ouch! Sam ketawa. Boleh tahan mulut Bella, pagi-pagi pun dah pandai ‘smashed’.

“Ten minutes, Bella. Only ten minutes.” Sam mengingatkan. Saja je sebenarnya, suka tengok muka marah Bella. Manis dan comel.

Ada aku kisah? Urgh! Sebab aku kisah lah aku paksa diri bangun awal pagi macam ni. Rancak sungguh monolog dalaman Bella. Serius rasa macam nak ketuk kepala Sam dengan pasu bunga kaktus kat luar rumah.

Masuk saja ke dalam tandas....

Gedebuk!

Adoiiiiiii....Bella menahan sakit. Apalah malang sangat nasib hari ni. Sedap aje punggung landing di atas lantai.

“Bella, awak okey tak?”

Damn! Bella mendongak memandang pintu. Tangan kanan menggosok punggung yang sakit.

“Awak saja nak kenakan saya ke? Kenapa baju kat atas lantai?” Percuma aje Bella terlicin. Kedua-dua belah kakinya digerakkan. Syukurlah nak, nasib baik kaki tak patah.

“Mata letak kat mana? Dalam poket?”

Seriously.....kejam sungguh lelaki yang bernama suami ini. Perlahan-lahan Bella bangun. Toleh ke belakang, makin sakit hati tengok muka Sam yang masih gelak. Luculah sangat tengok dia terjelepuk macam buah nangka. Tolong pun tak.

“Baju letak kat dalam bakul, bukan main buang aje kat dalam ni.” Bella tunduk mencapai kemeja Sam dan diletakkan ke dalam bakul. Macam sengaja nak letak perangkap samar untuknya.

“Sorry. This will be the last time.” Sam masih dengan sisa ketawa. Tipulah kalau tak wujud rasa bersalah tengok Bella terjatuh macam tu disebabkan olehnya. Nak tolong. Nak peluk. Nak cempung tubuh Bella. Tapi.....haih. There’s always ‘tapi’ in between.

Huh...janji kosong lah tu. Bella jeling sekilas sebelum tubuh Sam ditolak perlahan untuk menutup pintu. Dalam hati dah menangis air mata darah, kejam aje suamiku aku ni. Inilah kononnya pilihan suami terbaik abad ini.

“Jap, Bella.”

Bella terkejut bila lengannnya dicapai Sam.

Sorry....it won’t happen again. Saya janji.” Kali ini suara Sam lebih serius. Wajahnya kembali tenang, dah tak sengih macam kerang busuk.

Dua pasang mata itu bertentangan beberapa saat....

“Tak apa. Saya okey je.”

Sam senyum lebar sampai ke telinga. Inilah yang dia suka tentang Bella. Cool aje. Tak menangis. Tak merengek. Pendek kata, tak banyak songeh.

“Nak jogging kat mana?” Bella ubah topik.

“Kat stadium sebelah lah.”

Say what?! Bella rasa makin tak bersemangat nak pergi. Banyak lagi kot tempat lain yang boleh jadi tempat jogging, kenapa kat stadium sebelah juga yang Sam nak? Eeeee....geram tahap gaban.

“You have five more minutes, Bella.”

Bella merengus. Serius aku tak tahu nak komen apa kat suami yang dipilih oleh mak dan abah ni. Suami yang dipilih? Yup! Inilah kisah perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Yang tak pasti samaada bahagia ke tak....sehaluan ke tak...
           


p/s : Sementara tunggu Ku Tunggu Dudamu siap edit, here comes projek baru untuk semua. Yang tak berat. Yang light. Yang sweet...? most probably ;) simple and sweet it is! Salam Ramadhan and love lots! 


Saturday, June 4, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 8

BAB 8




            “STUDENTS, you may be free.”

            Yes! Cepat-cepat Dara memasukkan buku ke dalam sling bag. Inilah masa yang ditunggu-tunggu, pukul 2 petang aka kelas berakhir untuk hari ini. Otak dah tepu dan dah tak sanggup mencerna bahasa Russia yang dipelajari setiap hari di sini. Kalau setiap kali kuiz, dia lah yang mendapat markah paling rendah. Tapi lantaklah, yang penting dia taklah blur tahap zero macam ketika mula sampai di sini dulu.

            “Babe, aku chow dulu. Nanti jumpa kat bilik.” Dara menoleh pada Dian di sebelah. Dia dah siap pakai jaket sejuk segala, Dian baru nak melilitkan skaf ke leher. Dian memang macam ni, ala-ala ‘take your own sweet time’.

            “Orait. Jangan lupa Molochnie Koktel aku.” Sempat Dian mengingatkan tentang minuman coklat kegemaran.

            Mereka berdua terpaksa berpecah hari ini, Dara ke pasaraya Gastronam di seberang jalan dan Dian pula ke pasaraya Eropah yang jauh sedikit untuk ke kedai khas yang menjual pelbagai jenis candy. Kalau nak cepat sikit kenalah pergi berasingan. Malam ini mereka berdua ada plan yang hebat di bilik. T.G.I.F kan...nak marathon drama Jepun bertajuk Team Medical Dragon sampai lebam. So kalau nak berjaga sampai ke pagi kenalah ada stok makanan di tepi katil.

            Sebaik saja melangkah keluar dari pintu utama universiti, Dara tarik nafas dalam-dalam. Mak aii sejuknya, terasa macam ada stalagmite dan stalactite kat dalam hidung walaupun musim sejuk dah hampir berakhir.  Serius tak sabar untuk melihat pemandangan hijau di mata, sekarang ni cuma timbunan salji saja yang memenuhi  jalan.

            Dengan penuh hati-hati Dara menyusun langkah meredah jalan yang licin dan penuh dengan salji. Sepanjang musim sejuk ini tak pernah walau sekali pun dia jatuh tergelincir, horror kot kalau punggung jatuh terhempas di atas salji. Kira boleh pecah rekod sebab semua rakan sekelas pernah jatuh bergolek macam nangka busuk.

            “Dara!”

            Oh, no! Spontan Dara melajukan langkah. Suara yang amat dia kenali itu semakin mendekat.  Langkahnya jadi tak teratur dan lapisan ais di hadapan buat dia hilang imbangan badan. Oh pleaselah jangan jatuh kat sini! Aku nak jadi juara bertahan ‘tak pernah jatuh’ sepanjang tahun ni.

            Zap!

            Dara hilang imbangan bila lengannya disambar dari belakang dan secara tak langsung menyelamatkan dia daripada tersungkur di atas permukaan ais dan timbunan salji.

            “Lain kali hati-hati. Nak cepat-cepat buat apa? Nak lari dari saya?”

            Say what? Ternganga mulut Dara melihat tubuh tinggi di sebelahnya. Aladin ni angin ke apa tiba-tiba main sembur aje siap dengan wajah yang serius dan berkerut. Lengan kanannya masih digenggam Aladin erat.

            “Errr..mmm..saya..”

            Damn! Sejak bila slurred speech kak oi? Dara mengutuk diri sendiri. Tergagap tiba-tiba bila pandangan mata Aladin menikam ke dalam anak matanya. Lagi jam bila Aladin mengangkat kening, isyarat menunggu ayatnya yang tergantung.

            “Nak beli ayam, takut kedai tutup.”

            Serius Dara macam nak lempang pipi sendiri saat ayat itu terpacul dari bibirnya. Apa logik kedai nak tutup sedangkan baru pukul 2 petang. Melihat Aladin yang dah tergelak kecil, dia buat muka paling tebal di dunia. Malu!

            “Ingatkan nak lari dari saya.” Aladin melepaskan genggaman tangannya bila tubuh Dara dah tegak dan stabil di sebelah. Tengok gaya Dara tadi memang nak mengelak daripadanya tapi, semakin Dara menjauh semakin dia nak menempel. Dia lagi suka kalau spesis ala-ala burung merpati macam Dara.

            Dara tersenyum lebar, lebih spesifik lagi senyuman yang dibuat-buat.  Langkah diatur menuju ke jalan utama. Kali ini langkahnya lebih berhati-hati, kalau tergelincir kali kedua confirm jatuh. Rasa tak selesa bila Aladin sudah mula berjalan seiringan dengannya ditimbus bersama timbunan salji. Kenalah berlagak biasa kalau tak nak dengar bunyi cengkerik bising bila awkward macam ni.

            “Kek semalam macam mana? Sedap tak?”

            Dara menoleh dengan  dahi yang berkerut. Beberapa saat kemudian, baru teringat kek coklat yang Aladin berikan semalam.

            “It was nice.” Dara menjawab singkat. Nice la sangat, elok aje kek tu kena letak kat dalam peti sejuk di dalam bilik. Kalau Aladin tahu mesti mamat ni terjun dari tingkat 7 hostel.

            Aladin senyum nipis. Dara takkan perlu masa beberapa saat untuk menjawab soalannya kalau Dara tak menipu.

            “Kek tu saya buat sendiri. Trust me, saya tak letak ubat pengasih kat dalam kek tu. You can just eat it, Dara.

            Dara terkedu. Damn! Kantoi cik kak. Bila dijeling Aladin di sebelah, Aladin senyum nipis. Sorry....tapi hanya setakat di dalam hati. Tak terluah di bibir Dara.

            “Masih ada kat dalam fridge. Nanti saya makan. Lain kali tak payah susah-susah. Kalau saya nak makan kek, saya boleh beli sendiri. Kalau tak pun saya suruh awak buatkan.”

            Say what?! Kalau Dian dengar dia dah pandai buat lawak dengan Aladin, mesti Dian gelak sampai tergolek jatuh dari Gunung Kilimanjaro.

            Aladin ketawa. Nice one, Dara!

            “Rafael masih cari awak tak?” Tadi Aladin terserempak dengan mamat dari Brazil tu. Kira musuh ketat lah jugak sebab dua-dua nak usha Dara tapi sampai sekarang belum satu pun yang berjaya.

            “Tak kacau sangat. Kalau nampak dia saya mengelak. I try to minimize my contact.” Dara peluk tubuh. Seyes berapa suhu sekarang ni. Nafas dah terasa sesak sedikit menahan sejuk. Jaket tebal macam ni pun belum tentu boleh tahan.

            “Good girl.”

            “Jap. Jap.” Dara tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Kaki rasa macam tak larat untuk meneruskan langkah. Sejuk tahap speechless bak kata omputih. Dah tu time ni jugalah angin mula bertiup kencang. Bila musim sejuk sudah hampir sampai ke penghujung, memang cuaca akan ‘kick’ sampai boleh buatkan sesiapa saja jatuh sakit.

            “Kenapa awak?” Aladin turut berhenti. Lengan Dara dipegang dan anak mata Dara dicari.

            “Sejuk....” Bibir Dara dah bergetar-getar. Alahai apasal tubuh tak kuat hari ni. Biasanya badan masih kebal lagi meredah angin yang menambahkan kesejukan tubuh yang kurang berlemak.

            “Jap.”

            Aladin membuka skaf yang melilit di leher dan dililitkan di leher Dara, sehingga menutupi mulut Dara. Skaf yang Dara pakai terlampau nipis, tahulah dak nak masuk musim bunga tapi Russia tetap Russia. Cuaca ekstrem macam ni mana boleh dibuat main.

            Winter cap di atas kepala juga dibuka dan disarungkan di kepala Dara. Alahai comel muka Dara, boleh dibuat jadi model di depan Adidas outlet yang kat Pushkinski Mall. Hidung pun dah merah mengalahkan Rudolp The Rednose Raindeer.

            “Lain kali pakai tebal sikit, Dara. You will never be able to get use with the weather here.

            Dara terdiam. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Nak ucap terima kasih tapi lidah kelu. Nak melawan pandangan Aladin pun tak mampu.

            “Jom.”

            Lengan Dara ditarik Aladin menyeberangi jalan. Fikiran Dara dah ke lain. Dah tak pandang jalan raya yang agak sibuk kat depan universiti ni. Matanya hanya melekat pada wajah Aladin di sebelah.

            Kenapa baik sangat dengan aku? Hati Dian dah keluar dengan andaian.

            He loves me...
            He loves me not...

            Perasan kau cik kak!


Image result for couple in the snow


            “HAI. Dengan siapa? Sorang? Coffee time?

            Aladin senyum segaris. Tiga soalan sekaligus, mana satu nak jawab dulu. Sasha yang berdiri di hadapan dipandang. Di sebelah Sasha ada sorang lagi gadis, kawan Sasha lah tu.

            “Dengan Dara. Dah nak balik hostel.”

            “Owh..” Mulut Sasha berbentuk ‘o’. Sebenarnya pantang dengar nama Dara Dahlia aka Didi. Budak junior satu tahun tapi boleh tahan famous. Semua orang kenal siapa Dara. Lelaki yang dia minat kat depan ni pun tak terkecuali nak usha Dara.

            Kalau nak ditimbang buruk baik Dara, lebih kurang saja macam dia. Siapa cantik? Oh, of course it’s me! Self esteem kena tinggi, kalau tak macam mana nak survive kat muka bumi ni.

            “Then mana dia?” Panjang leher Tasya mencari kelibat Dara.

            “Al...biasa kalau beli pasta mana satu yang awak selalu pilih?”

            Panjang umur! Dara muncul di sebalik lorong pasta tak jauh dari tempat mereka berdiri.

            “Oh..sorry.” Langkah Dara terhenti, hanya beberapa inci jauh dari Aladin. Bila tengok saja muka Sasha, serius rasa nak muntah darah kat sini. Gedik yang teramatlah gedik sungguh perempuan ni. Maaf, bukan dia nak buat musuh tapi dah nak buat macam mana dia memang tak suka Sasha. Trip senior sungguh!

            “It’s okay, Dara. Kita pilih sama-sama.” Langkah Dara terhenti bila lengannya dipaut Aladin.

            Mata Tasya dah menyala. Kalau versi kartun dah keluar dah asap dari kepala bila tengok kemesraan Aladin dan Dara.

            “Chow dulu.” Aladin senyum segaris. Lengan Dara ditarik menuju ke bahagian pasta.

            “Jap. Jap.” Langkah Dara terhenti.

            “What?”

            “Sasha kekasih awak ke?”

            “What?”

            “I mean the way she looked at you. Lenggok dia. Mesra alam tak hengat.”

            Pecah ketawa Aladin. Lengan Dara dilepaskan. Dia mara beberapa tapak lagi dan tunduk mencapai plastik pasta yang ada di situ.

            “I smell jealousy in you, Dara.” Aladin panggung kepala dan kenyit mata.

            Urgh! Please lah! Dara rolling eyes.

            Tapi terus terang cakap, jauh di sudut hati....Dara pendam saja sendiri.



p/s : Lama tak hadap laptop. Lama tak update rumah. Pendek kata, dah lama sangat. Enjoy reading and happy weekend! 

Sunday, May 22, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 7

BAB 7





PRET!

“Apalah bro. Takkan itu pun nak kecoh. Drama siot!”

Aladin gelak. Mulut Sanjay tak pandai berhenti komen sejak mula perlawanan. Matanya masih menala pada pasukan yang sedang bermain di gelanggang.

“Kau jangan komen lebih-lebih, bhai. Nanti orang dengar naya kau.” Aladin bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh. Berdiri lagi bagus, tak jenuh duduk tengok Dara bermain futsal sekarang ni.

PRET!

“See. I told you, bro. Troll la, seriously troll.”

Sanjay komen lagi bila wisel dibunyikan. Baru lima minit perlawanan bermula tak tahu berapa kali dah wisel berbunyi. Nama aje futsal tp kebanyakan masa bukan kaki yang bermain. Tang dari tadi mulut aje yang terlebih-lebih. Tersepak bola terkena pasukan lawan pun nak jerit. Nak pass bola lagi lah, melalak non-stop. Nak tengok drama tak payah tengok lakonan d tv, tengok perempuan main futsal pun dah cukup.

"Bro, mulut jaga sikit. Nanti kau pekena botol syampu." Mata Aladin masih setia pada Dara yang berlari-lari di tengah court.

Komen Sanjay mengalahkan comentator Arab setiap kali World Cup. Kang kena 'don't talk shit' oleh pelajar perempuan kat sini.

Sanjay sengih.

"It's quite fun, though. Watching them screaming more than kicking the ball. Kalau gaduh mesti lagi syok. I bet they must tarik rambut and all that." Sanjay dah bercekak pinggang.

"Ya, true bro. Especially yang tu. Kau tengok tu. Nama dia apa. Sissy? Silly? Drama giler. Jerit-jerit buat apa?”

            Ceh tadi tegur Sanjay, sekarang dengan dia sekali join the club.

 “Mengumpat ke?” Dara menyertai Aladin dan Sanjay.

Aladin ketawa. Sanjay jungkit bahu. Jangan komen dulu, nanti Dara mengamuk. Aladin hulurkan botol air pada Dara. Dara ada tarikan sendiri, berpeluh-peluh dengan rambut serabai pun masih tampak cantik.

“Your team was awesome. But the opposite team is kinda...hmmm..so-so.” Tangan Aladin diselitkan ke poket seluar. If only not because of you, dear Dara..seronok aje landing atas katil di hostel bila musim sejuk macam ni.

“Yeah, right.” Dara jeling sekilas.

Macamlah dia tak nampak Aladin danSanjay buat apa sejak masuk ke dalam dewan lagi. Scan orang, lepas tu berbisik sesama sendiri diiringi dengan gelak ketawa. Typical lelaki la tu. Kalau kaum perempuan, suka puji dalam diam.

He’s so handsome. He knows how to kick the ball.
Cool la mamat tu. Sepak kiri kanan, pammm...goal terus.
He can really play. Terror kot tackle bola tu.

Kalau lelaki pula sebijik macam Aladin dengan Sanjay.

Look at that chick, the red colour shirt. Fuh!
Bro, yang macam tu pun nak join futsal ke? Duduk ajelah study lagi bagus.

Aladin senyum segaris. Apa-apalah Dara. Malas nak panjangkan topik. Jam di tangan dikerling sekilas. Dah pukul 7.30 patang. Lama lagi ke ni? Team Dara dah menang, maksudnya terpaksa stay untuk quater final pula.

“When is your next match?” Bola yang bergolek ke tempat mereka berdiri disepak Aladin.

“Lepas ni.”

Girl, no need to play futsallah. Just watch quietly and chill like us,” Sanjay di sebelah Aladin menyampuk.

Pendapat Sanjay lain sedikit. Perempuan sepatutnya lemah-lembut. Duduk diam-diam. Sokong kaum lelaki bermain di tengah dewan, bukannya join masuk bermain sekali.

“Siapa kata perempuan tak boleh main futsal?” Dara naik angin.

Apalah anak Uncle Ramathan ni. Statement nak cari gaduh ke apa. Kalau nak rendahkan kaum perempuan, memang ayat Sanjay adalah pada orang yang salah.

“Me. Al. Everyone says so.” Entah siapa ‘everyone’ yang dimaksudkan Sanjay.

Mata Aladin membulat. Bro, kau nak ajak aku terjun gaung sekali ke?

“Habis tu awak main futsal ke?” Dara dah bercekak pinggang.

“Nope. I prefer hockey.”

“You?” Pandangan mata Dara beralih pada Aladin di sebelah.

“Sama. Bola tak minat sangat, tapi hockey memang layan.”

Dara tersenyum sinis dan memandang dia dan Sanjat silih berganti. Hockey it seems!

Guys, let me tell one thing. When employees gather, they are going to play football. When the managers gather, they are going to play the tennis. When the CEO’s gather, they are going to play golf.

Aladin dan Sanjay berpandangan sesama sendiri. Macam mendalam aje isi tersirat yang Dara nak sampaikan ni.

“Meaning?” Aladin pandang Dara.

The higher the position, the smaller the ball. And both of you? Seems like not in the list.”

What the.... Aladin dan Sanjay terkejut. Terkezut! Teori Dara sangat hampeh!

Dara, are you trying to tell us that we got no balls?Aladin mendekat. Jaraknya dengan Dara cuma seinci dua.

“Yo, cool bro. Take it easy.” Sanjay dah tak sedap hati.

 Takkan Aladin nak tunjuk jantan kat sini. Anak dara orang ni, bro. Tengok muka Aladin pun macam menahan rasa. Tercabar kot dengar komen Dara yang pedas.

Dara jungkit bahu. Dia kenyit mata sebelum berlari masuk semula ke dalam gelanggang. Whatever, mister! Jangan pandang rendah dengan kaum perempuan kalau tak nak kena smashed balik.

Aladin speechless.

Sanjay terdiam.






TOK! TOK! TOK!

Dian yang menghadap skrin laptop terkejut. Samseng mana cari gaduh pukul 11 malam macam ni?

Tok! Tok! Tok!

“Jap. Jap.”

Dian angkat punggung dari kerusi. Takkan pakcik guard ketuk pintu sampai nak roboh macam ni. Toleh Dara di atas katil, nasib baik teman baik yang sorang tu tidur mati. Sebaik saja pintu dibuka, Aladin terpacak tegak dengan muka serius.

“Mana Dara?”

“Shhh. Tidur. Why?” Jari telunjuk Dian didekatkan ke bibir. Apa yang urgent sangat nak cari Dara dengan muka serius ala-ala Keanu Reeves ni.

“I need to talk to her.” Pintu ditolak Aladin dan tubuh Dian ditolak ke tepi sedikit.

“Al!” Dian terpaksa kecilkan suara. Tak sempat menghalang langkah Aladin yang sudah berdiri di tepi katil Dara.

“Dara, wake up. We need to talk. Wake up.”

Dian pejam mata. Sesuailah sangat idea untuk bangunkan Dara tengah malam ni. Confirm botol syampu melayang kali kedua ke tubuh Aladin.

“Dara, wake up. Ada benda nak bincang.”

Tubuh Dara yang berbalut di sebalik comforter bergerak-gerak.

“Apa dia?” Kepala Dara muncul di sebalik comforter. Ada kaitan dengan hidup dan mati ke nak jumpa aku ni?

“Nak cakap sikit pasal teori bola awak tu,”Aladin bersuara.

“What about it?” Dara tayang muka singa baru bangun tidur.

Who said that I got no balls, Dara? Come, I show you.

Wow! Wow! Wow!” Dian di sebelah dah gelabah. Apa kes bebola api masuk tiba-tiba ni?

It’s nothing lah, Al. Kenapa terasa sangat ni?” Dara memisat matanya.

Apa emo sangat tengah malam begini? Wajah serius Aladin yang kabur sedikit dipandang. Di dalam kepala cuba recall alkisah teori bolanya. Bila masa aku keluar dengan teori kebaboom yang boleh buat bom Aladin meletup?

I don’t give a damn about your Hercules or Hector, babe. I’m just an ordinary guy yang nak awak terima saya seadanya. But your theory about balls really pissed me off. Saya rasa tercabar, awak tau tak.

Serius dia tak tahu apa-apa tentang Hercules kebanggaan Dara itu.Yang dia tahu cuma Hercules tendon di kaki yang bila terputus akan bye bye sayonara. Hercules mati sebab itu, hence the name became Hercules tendon. Pensyarah Anatomy balik-balik ulang benda yang sama masa topik Lower Limbs dulu.

Dara sekadar mendengar. Dian di sebelah Aladin juga turut pasang telinga. Terdengar keluhan dari bibir Dara. Memang dia yang bersalah. Cakap main ikut sedap mulut tak toleh kiri kanan. Alih-alih kekasih sendiri yang terasa hati.

Deiii, bhai! Thenu ki hogaya?”

Muncul Sanjay dari bilik sebelah dengan riak cemas. Mahunya Sanjay tak cemas takut anak gadis sebelah bilik diapa-apakan oleh Aladin. Tadi siap beli Durex sekotak sebelum balik hostel. Sanjay takut dia buat kerja gilalah tu.

I’m having a private conversation with Dara right now, bhai. Keluar jap,” jawab Aladin dengan mata masih melekat pada wajah Dara.

Private conversation apanya Dian jadi tiang lampu,” balas Sanjay.

Aladin terlupa bahawa Dian juga turut ada sama dan mendengar setiap butir bicara mereka berdua dari tadi. Mata terarah semula pada Dara yang kembali baring dan berlingkar dengan comforter. Dara memang complicated. Belum tambah lagi dengan teori – teori yang tak boleh blah Dara. 

You know what, Dara.” Aladin tarik nafas panjang. “ Awak ni kaktus.

 “Why? Dahi Dara berkerut. Dah cukup cantik dah lair jadi gadis sempurna, kena cop kaktus pula.

Kalau saya ajak awak bermalam tepi pantai, which one would you prefer. Hotel room, chalet or little hut?

“Little hut.”

Aladin senyum nipis. You’re really one of a kind, Dara. And that makes me love you even more!


p/s : Lama tak update blog :( sorry sebab busy tahap semut cari makan akhir-akhir ni. Will try to finish KTD on time ya. Thanks so much for the support and hope you all enjoyed reading.. Love loads!