Thursday, November 8, 2018

BIARKAN PERGI (BAB 1)




MATA INSYIRAH melilau melihat sekeliling. Kepala toleh kiri kanan tapi bayang-bayang Chiko masih tak kelihatan lagi. Hati dah naik geram sedikit. Jam Chiko tak sama dengan jam dia ke walaupun duduk sama di Kuala Lumpur? Janji nak datang pukul satu petang, sekarang dah hampir jam dua namun teman baiknya itu masih belum sampai.
Patutnya Insyirah datang pukul dua aje tadi, dah tahu penyakit lambat Chiko tapi yang dia datang tepat waktu apa cerita? Sekarang duduk tercongok-congok di The Coffea Bean & Tea Leaf ini. Vanilla Ice Blended yang dipesan hanya tinggal sedikit saja lagi.
Nak duduk ala-ala lone ranger sambil menyumbatkan earphones ke dalam telinga, bateri iPod dah habis. Sudahnya dia duduk sambil membelek telefon sendiri. Taklah canggih mana. Zaman sekarang semua nak pakai telefon yang walawei. Lebih-lebih lagi model terbaru iPhone dah keluar, tak pun Huawei dengan kamera canggih yang setanding kamera DSLR. Telefon Insyirah? Ehem..biasa-biasa saja, tapi in denial state kata nampak ada kelas la jugak walau tak ‘fulamak’, nama apa? Samsung Note 3 dengan casing berwarna pink. Padan dengan dia yang baru habis belajar dan girlish kata Chiko.
Zaman belajar dulu, tak berani minta telefon yang canggih dan mahal dari papa. Papa pandai ‘smashed’dengan cara halus. Dulu dia minta belikan iPad, papa kata tak payah. Dah ada laptop tu cukuplah, nak iPad buat apa? Nak jawab balik, tak pandai dan tak berani. iPod yang ada ni pun Uncle Joe yang berikan sempena hari jadinya tahun lepas. Kalau bukan pemberian paksunya itu memang sampai ke sudahlah tak merasa ada barangan keluaran Apple.
“Hello.”
Insyirah mendongak, lelaki di meja sebelah menegur dengan senyuman di bibir. Insyirah blur. Toleh belakang, tak ada orang. Erm..hello dengan dia lah tu. Insyirah sekadar tersenyum nipis sebelum tunduk semula menghadap skrin telefon. Otak sedang dikerah untuk meneka perkataan seterusnya. Dia dah kira ketagih dengan permainan ‘4 pictures 1 word’ sejak beberapa minggu yang lalu.
“Alone?”
Insyirah mendongak lagi. Lelaki tadi masih tersenyum padanya. Tak nampak ke dia duduk gaya forever alone kat sini? Abuden!
“A’ah.” Walau dalam hati sedikit menyampah, tapi Insyirah jawab penuh sopan dan pendek. Muka ‘market’ tapi nahhh...gaya usha macam epic fail Insyirah tak minat. Kalau dah nama pun di premis santai begini, silalah buat gaya santai. Minum dan makan apa yang patut, bukannya masa untuk ‘hai’ segala sambil cuci mata macam lelaki di meja sebelah ni.
 “I’m Rain Cool. Just call me Rain.” Rain perkenalkan diri. Gadis yang menarik perhatiannya ini tampak cantik. Dengan cermin mata hitam yang disangkutkan di atas kepala, si gadis tampak manis dan santai. Tapi muka tu ketat sangat, senyum pun nak tak nak.
Insyirah rasa nak tergelak tapi dia senyum sahaja. Kalau setakat nama macam jenama pencuci kereta, serius dia tak nak. Seram yaw! Ni kalau kenalkan dengan papa mesti papa jatuh pengsan sebab nama tu macam ‘retis’ gitu. Entah-entah nama Rayyan, dibuatnya jadi Rain. Ala...orang zaman sekarang kan gitu. ‘Trip’ cool. 
Bakar jadi Burn.
Khairul jadi Roll.
Arshad jadi Shade.
Bakhtiar jadi Blade.
Pekebende?
Insyirah masih tersenyum seperti tadi. Malas dia nak melayan. Dalam hati dah rasa nak cekik Chiko, pakai beca ke apa minah ni sampai sekarang tak sampai lagi? Malas nak ‘geli-geli’, Insyirah bangun. Sekarang tak ada mood nak sesi suai kenal atau main ‘pancing’ dengan lelaki di meja sebelah. Lebih baik tunggu di dalam kereta, buat gaya protes sedikit dengan Chiko. Kalau tak sampai-sampai juga nanti, sorry ‘adios’ Insyirah batalkan saja rancangan membeli-belah untuk hari ni.
Mata Rain terkebil-kebil. Baru nak bertanyakan nama, gadis yang memakai baby-T yang berwarna kuning itu bangun....dan blah. Aik!



TERKOCOH-kocoh Jai masuk ke dalam The Coffee Bean & Tea Leaf. Harap-harap janganlah Rain meletup. Janji dicaphati sungguh, dia yang ajak untuk melepak dan tentukan masa tapi sendiri pula yang terlambat. Kena sembur dia tak kisah, tapi kalau Rain tayang  mogok tak nak meneruskan plan mereka berdua macam budak-budak tu yang dia tak tahan.
Telefon bimbit di dalam poket seluar tiba-tiba berbunyi. Terkial-kial Jai menyeluk poket seluar. Lagu ‘Sayang’ nyanyian Shea yang nyaring buat dia malu. Serius malu! Tak ada ringtone lain ke?
BFF Sherry.
Berkerut kening Jai bila nama tertera di skrin telefon. Nak ‘slide’ butang hijau ke butang merah. Kalau butang hijau dia nak cakap apa? Argh! ‘Slide’ yang merah ajelah senang cerita!
Baru nak berbuat demikian, bahu Jai terlanggar sesuatu. Belum sempat dia mendongak, ‘sesuatu’ yang dilanggar tu dah terjelepuk di atas lantai. Telefon bimbit di tangan terlepas dari pegangan dan elok mencium lantai.
Jai terkejut.
Insyirah pun turut terkejut sambil mengaduh sakit.
Mata tercari-cari telefon bimbit kesayangan. Laju saja tangan Insyirah mencapai telefon bimbit berwarna pink di atas lantai.
Oh my baby! My pink baby!
“Miss, sorry. Sorry. I’m so sorry!” Jai tunduk dan menghulurkan tangan, dengan niat mahu membantu si gadis untuk bangun semula. Kesian tuan punya badan. Inilah akibatnya kalau berjalan mata letak kat kepala lutut.
Tangan yang dihulurkan disambut Insyirah.  
“It’s okay.” Tanpa mendongak, Insyirah melepaskan pegangan tangan dan bergegas keluar. Malu wei! Malu! Nak sembunyi dalam kereta sampai Chiko muncul. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam tas tangan. Nasib masih ‘intact’ lagi, jangan saja ‘hang’ nanti.
Sampai di tempat letak kereta, tubuh Insyirah bergegas masuk ke dalam perut kereta. Baru nak memasang enjin, cermin pintu diketuk dari luar. Spontan tangan Insyirah mengunci pintu. Terlupa tadi sebab otak masih mencerna rasa malu yang belum habis. Biasanya masuk saja ke dalam kereta, itu adalah perkara pertama yang dia buat. Ya lah, zaman sekarang ni duduk elok dalam kereta pun boleh kena ragut. Kena sentiasa alert dan berhati-hati.
Ketukan kali kedua di cermin kereta buat Insyirah terkejut lagi. Dia toleh ke kiri. Seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam dan berbaju pink  berdiri di sisi kereta sambil tersenyum.
“Nak apa?” Insyirah menyoal namun beberapa saat kemudian....
Cis! Mana lelaki tu dengar, dia kan dalam kereta! Insyirah tak berani membuka tingkap, kang tiba-tiba diacukan pisau Rambo di leher pengsan dia. Benz yang dipakainya ini pun bukan kereta dia, papa yang punya. Kena curi okey lagi, tapi kalau dengan dia sekali kena bawa lari? Kesian papa dan mama!
“Miss. Buka tingkap. Phone awak. Phone saya.” Jai tunjuk telefon berwarna pink yang dipegangnya.
Si cantik tak tengok betul-betul, main rembat saja dari lantai sampai tertukar telefon. Jangankan nak mengenal pasti telefon sendiri, tengok muka dia yang melanggar ni pun si cantik tak ambil pusing.
Insyirah amati betul-betul dari dalam kereta. Macam ‘Samseng’ Note 3 miliknya. Di sebalik cermin mata hitam yang baru dipakainya, Insyirah amati wajah lelaki itu. Tak nampak sangat, lagi pula kereta papa ‘tinted’ sedikit. Tapi tak macam aura orang jahat. Ada gaya! Mamat ni ke yang langgar aku tadi? Hati tertanya sendiri.
Perlahan-lahan Insyirah turunkan cermin kereta. Cermin mata hitam disangkutkan di atas kepala semula. Baru nak bertanya, lelaki tinggi itu sudah membuka mulut.
“Hello, ni phone saya. Awak punya yang ni.”
Insyirah terdiam. Mata kelip-kelip. Baru sekarang dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Daniel Matsumaga? Channing Tatum? Jangan berangan! Ini Malaysia, tang celah mana muncul Channing Tatum?
“Errr..err..phone saya ke?”
Insyirah gagap. Bila di depan muka ‘hot market’ macam ni mulut pun dah tak betul, slurred speech.
“Ya, mine is also pink. Can I have mine back please?” Jai tersenyum sambil hulurkan telefon bimbit di tangan.
Riak Insyirah berubah terkejut. Memang telefon bimbit dia! Tas tangan diseluk Insyirah, mencapai telefon bimbit yang disangka miliknya.
“Erk!”
“Haaaa..that’s the one. Now give me back mine. I’ll give back yours.”Jai tunduk sedikit di tepi cermin kereta dengan senyuman yang tak lekang di bibir dari tadi.
Ternganga mulut Insyirah. Dalam masa lima saat dua telefon bimbit bertukar tangan.
Pink?
Seriously pink?
Girlish pink?
“Awak punya ke?” Insyirah tak percaya. Sama warna dengan casing telefon dia, mana dia tak melopong. Pakai baju warna pink tu dia boleh terima lagi. Tapi casing telefon?
No! No!
Tak padan muka ‘macho’.
Jai masih tersenyum.
Damn! Malu gila! Ni Isya, adik dia yang punya. Pagi tadi masa dia masih tidur, selamba tikus Isya masuk ke dalam bilik dan rembat iPhone miliknya di atas meja bersebelahan katil. Siap tinggalkan nota kata ‘Abang, Isya pinjam telefon k. Isya punya tak best. Only for today. Love you!’
Muka Insyirah blur. Kemudian jadi riak ‘homaigod’ dan akhirnya tawa Insyirah meletus. Muka kemain handsome tapi warna telefon?
“You really made my day, mister!” Insyirah masih dengan sisa ketawanya. Tak sangka! Ada juga lelaki yang pakai benda berwarna pink ke? Ni mesti bagitau Chiko nanti.
“Tak payah nak terkejut sangat. Real men wear pink.” Jai tanggalkan cermin mata, tunduk lagi sedikit hingga jaraknya dengan si gadis tinggal beberapa inci saja lagi. “By the way, nice car. DK 123. Will remember the number for sure.”
Insyirah terdiam. Tak sempat nak menjawab, lelaki tadi sudah berlalu pergi. Sempat lelaki itu berpaling semula, kenyitkan mata dan melambai padanya sebelum melangkah masuk ke dalam The Coffee Bean &Tea Leaf. 
Erk?!
Encik Handsome, sila jangan ingat nombor plat kereta ni. Ni kereta papa saya! 




p/s : Untuk pre order boleh PM saya atau wassap ke nombor 018-391 3947. Pengeposan adalah pada pertengahan November nanti. Love loads! 



BIARKAN PERGI (PROLOG)

PROLOG





JAI JILANI, 30 TAHUN
Mommy suruh cari calon isteri cepat-cepat sebab nak ada cucu. Kawan-kawan mommy semua dah ada cucu comel-comel, mommy bising. Daddy? Daddy jenis yang tak kisah. Daddy faham perasaan anak lelaki dia ini jenis yang macam mana. Enjoy dulu. Hirup udara bujang tu puas-puas, baru fikir nak ada tanggungjawab.
Tapi mommy paksa suruh cari juga sebelum mommy carikan sendiri. Okey. Sebagai anak yang baik dan mendengar kata, Jai puaskan hati mommy. Bawa calon-calon yang ada.
Tapi semua pun mommy tak nak. Muka tak ada ‘cahaya’. Pakaian tak senonoh. Make up macam Geisha zaman batu. Ketawa mengilai macam Cik Ponti. Pening dengar komen mommy. Ini bukan lagi zaman Uda dan Dara, mana nak cari perempuan yang menepati citarasa mommy. Sopan santun. Menutup aurat. Ketawa tutup mulut dengan tangan. Bercakap dengan suara perlahan sampai semut pun susah nak dengar. Duh...susah nak cari jenis yang macam tu mommy! Kalau senang, dah lama dia jadikan isteri. Bukan satu, dia pasang empat aje terus.
Lagi mommy gelak bila dia ditinggalkan Valley, perempuan yang mommy sangatlah tak berkenan dan menjadi tangga terakhir di dalam senarai mommy. Padan juga dengan muka sendiri, ada ke muka spesis macam Valley tu nak dibuat bini? Merana sampai nafas terakhir agaknya.



INSYIRAH  IBRAHIM, 25 TAHUN
Hidup Insyirah senang saja. Makan. Tidur. Belajar. Enjoy. Shopping. Tak ada serabut. Kasih sayang orang sekeliling mencurah-curah, buat Insyirah terasa bagaikan seorang puteri alaf baru.
Tapi dia kenal erti kecewa bila kekasih tinggalkan dia tanpa sebab. Pelik bukan? Kalau dianalisis, dia adalah gadis yang sempurna. Siapa yang akan sanggup lukakan hati puteri seperti dia? Siapa yang berani buat dia menangis sampai lebam mata? Aiman...
Insyirah tersedar satu perkara. Ditinggalkan oleh orang tersayang bermakna dia tak lah sesempurna seperti yang disangka.
Lupakan kisah dia dan Aiman. Walau hati masih cinta, dia abaikan. Walau hati masih rindu, dia abaikan.
Papa kata dia akan jumpa putera alaf baru yang seribu kali lebih baik.
Mama kata dia akan jumpa lelaki yang menerima dia seadanya dan menjaga dia sampai bila-bila.
Papa dan mama tak pernah menipu, apatah lagi nak bagi harapan palsu. Insyirah percaya dengan kata-kata papa dan mama. Satu hari nanti, putera dia akan datang juga...



p/s : Boleh PM saya atau wassap ke nombor 018 - 391 3947 untuk pre order. Pengeposan adalah pada pertengahan bulan November. Love loads! 



Tuesday, September 4, 2018

BINTANG TERBAIK (Bab 1)




LEYLA

LAGU Demons nyanyian Imagine Dragons. Internet on the go. Nachos. Green Tea. Kombinasi yang random tapi itulah yang Leyla suka. Duduk melepak sambil menunggu penerbangan yang akan membawanya jauh dari sini.
Italy?
Germany?
Czech Republic?
Kira jauhlah tu asalkan tak menghirup udara Malaysia. Bukan nak sombong tapi ada sebab kenapa dia pergi jauh kali ini. Mana tidak, kalau dia tak ‘take-a-break-kind-of-way’ boleh jadi gila okey. Masalah yang dia ada sekarang bukan saja buat jiwa kacau, malah lebih dari itu. Dia taklah complicated sangat, tapi kisah hidupnya yang sangat complicated.
Nak mengeluh?
Nak menangis?
Nak meraung?
Been there. Done that. So sekarang dia cuma perlu move on saja.
Pengumuman yang baru saja berkumandang buat lamunan Leyla terhenti. Jauh mengelamun sampai ke bulan. Langkah kaki diatur ke balai perlepasan.
Just keep on walking darling. Lepas ni tak lagi pandang belakang. Semua cerita lama tak usah cerita. Biarkan saja. Tinggalkan semua sebab ‘aim-of-life’ kali ini adalah untuk memulakan episod baru.
Leyla yang ‘baru’.
Leyla yang lebih kuat.
Leyla yang lebih kental.


RED
Mata melilau melihat sekeliling. Tanpa sedar dia mengeluh berat. Terasa macam baru semalam dia mengambil keputusan untuk pergi membawa diri, hari ni dah bersedia nak terbang jauh.
Czech Republic?
Italy?
Germany?
Souds great! Sebab tu dia tak sabar nak bercuti panjang.
“Kau ada bawa extra charger tak?” Red tanya Jay di sebelah.
“Nak bawak charger extra buat apa? Orang bawak power bank, bro. Power bank.”
Red gelak. Entah apa angin sangat muka Jay malam ni. Patutnya bila nak pergi melancong beginilah muka gembira dengan senyuman sampai telinga.
“Kau okey tak ni?” Red bersandar di belakang kerusi. Duduk di balai berlepas tengah malam macam ni buat dia rasa mengantuk dan tak sabar nak masuk ke dalam perut kapal terbang. Nanti bila dah masuk confirm dia tidur.
“Okey je. Cuma aku rasa macam nak muntah hijau ulang alik pergi country hoping. Dulu pergi dengan Shark, sekarang pergi dengan kau. Susah kalau kawan patah hati.” Ayat Jay selamba tapi mampu buat ketawa Red pecah.
“Deep gila ayat kau.” Red masih dengan sisa ketawa.
“I know, right.” Jay ketawa juga akhirnya. Dia tak kisah sebenarnya sebab tempat dia adalah di sisi kawan bila ada yang memerlukan bantuan dan sokongan.  
“Aku harap bila kau balik nanti, dengan nama Delilah sekali lenyap dari ingatan kau.” Jay sengaja ungkit nama Delilah.
“Dan aku harap ini kali terakhir aku dengar nama minah tu. Entah kenapalah aku boleh jatuh sayang kat perempuan macam tu dulu.” Red nak kesal pun dah tak terlambat.
Memang Delilah gila akhirnya. Siang tadi masih ada hati nak mencederakan Eva. Padan sangat tempat Delilah sekarang di hospital. Tahap Delilah tu bukan lagi cintakan dia, tapi obses dengan dia. Seram juga, mengalahkan seramnya Ju-on sebab wujud juga orang macam Delilah kat dunia ni.
“Benda dah jadi, bro. Nasib baik kau tak jadi kahwin dengan dia dulu. Kalau tak, kau boeh masuk kategori suami paling malang kat dunia ni.”
“Mulut!”
Jay sengih. Dia komen apa yang betul. Serius kalau Red berkahwin dengan perempuan macam Delilah, dengan dia sekali kena tempias sengsara Red.
“Dan aku harap kau akan dapat lupakan Eva bila kita balik nanti.” Jay tepuk bahu Red. Complicated juga kisah cinta teman baik kat sebelah ni.
Red.
Shark.
Eva.
Salah seorang terpaksa berundur diri dan Red sanggup demi bahagia Eva dan Shark. Red kuat gila, patah hati tapi masih mampu selamba dan meneruskan hari-hari biasa. Kalau dia di tempat Red, mesti dia hilang arah tuju sama macam kes Shark dulu.
Red senyum. “Jangan risaulah. Aku okey.”
Demi Eva dan Shark...dia akan okey!
Gedebuk!
Red dan Jay menoleh serentak pada tubuh yang terlanggar beg Red. Hampir saja tubuh langsing itu jatuh tapi sempat Red berdiri dan sambut sebelum tubuh tinggi itu jatuh bergolek.
“My God. Thanks so much!” Si gadis panggung kepala dan wajah Red di depan mata dipandang tanpa kedip. Salah dia berjalan tak toleh kiri kanan.
“It’s okay. Sorry, patut beg saya letak kat tepi. Itulah kau, bro. Letak kat sini buat apa? Orang lalu lalang pun tak boleh.” Red menoleh pada Jay di sebelah.
Say what....? Aku ke yang dipersalahkan? Bukan salah dia wei, Red yang letak beg puaka tu kat tengah jalan di antara tempat duduk di situ. Tapi Jay tak mampu menjawab sebab dia sendiri terpegun dengan kecantikan gadis yang ‘diselamatkan’ oleh teman baik bertuah tadi.
Si gadis tersenyum.
iPhone di tangan Jay terlepas.
Mulut Red automatik ternganga. Genggaman pada tangan dan bahu si gadis dilepaskan perlahan-lahan. Bila si gadis berlalu, Red masih statik berdiri di situ. Mata masih melekat pada tubuh tinggi yang semakin menjauh.
“Bro, bro. Boarding pass dia.” Jay hulur boarding pass yang terjatuh di lantai.
“Wei, bro. Dengar tak?” Tubuh Red yang masih statik disiku.
Red tersedar. Boarding pass bertukar tangan.
NUR LEYLA FRANZISKA BINTI ABDULLAH
Gila cantik nama! Macam tuan punya badan. Langkah Red diatur laju mengejar si gadis.
“Franziska! Franziska!”
Jay yang mengikuti dari belakang mengerutkan dahi. Suara Red dahlah tak cukup kuat, panggil nama pun pergi panggil nama panjang berjela tu. Siapalah yang dengar.
“Leyla! Leyla! Wait!” Jay turut menjerit memanggil dan bila si gadis berpaling semula, Jay tersenyum lebar.
“Yang kau panggil nama susah nak sebut dia tu apasal, bro? Panggil Leyla pun dah cukup, dia siap toleh belakang lagi.” Rasa macam nak ketuk kepala Red. Kalau dia tak ada, tak tahulah macam mana anak lelaki Uncle Rashid ni boleh survive kat muka bumi.
“Anything?” Leyla mendekat. Panggil nama dia macam nak roboh satu KLIA ni, urgent sangatlah kot. Wajah dua lelaki di hadapan dipandang silih berganti. Tuan punya beg yang dilanggar tak lama tadi rupanya.
“You…your… pass….boarding pass.” Shit! Red menelan liur. Tergagap-gagap satu hal, ayat yang berterabur pun satu hal. Mata tak berkedip memandang Leyla di hadapan.
“Boarding pass awak terjatuh. Bro, bagi lah.” Jay di sebelah menyiku lengan Red. Kes parah juga ni kalau Red macam Robocop tercabut wayar di badan.
“Sorry. I mean you dropped your boarding pass.” Boarding pass bertukar tangan. Red tersenyum akhirnya.
S.H.I.T.T.T.T……
Entah berapa kali dah mencarut di dalam hati. Tak pernah-pernah dalam sejarah hidup Fareed Jazley dia ‘lembik’ di hadapan perempuan. Bila si cantik di hadapan turut tersenyum lebar padanya, tempo jantung dah macam orang marathon 50km masa Borneo Marathon.
“Terima kasih.” Leyla sedar kecuaian sendiri. Ini bukan pertama kali, dah banyak kali tercicir dokumen penting. Kad pengenalan. Passport. Sekarang boarding pass. Me and my five-second-memory. Mudah lupa dan lalai. Nasib baik terjumpa orang baik macam dua orang lelaki kat depan ni.

“Nama siapa?” Pandangan Leyla bersilih ganti pada ‘sexy-Asian-look’ yang masih tersenyum padanya. Dua-dua kacak. Yang sorang tak pasti Melayu tulen atau berdarah campuran. Yang satu lagi tak pasti Cina tulen atau berdarah campuran juga.
“Saya Jay. Kawan saya ni, Red.” Jay menjawab pantas. Nak tunggu Red jawab? Kawan baik kat sebelah ni dah macam kat awang-awangan, yang hisap weed macam Shark pun kalah.
“Nice names. Thank you so much for this. Jumpa lagi.” Leyla menunjukkan borading pass di tangan sebelum dia meminta diri.
Dan ayat terakhir Leyla masih terngiang-ngiang di telinga Red. Hanya pandangan mata saja yang menghantar Leyla. Lenggok Leyla. Cara berjalan Leyla. Senyuman Leyla. Lambaian tangan Leyla.
Damn! Please jangan cakap ini dah masuk kategori angau.
“Someone is in love. Someone is in love.”
Red jeling Jay di sebelah. Tersengih-sengih sambil menyanyi lagu yang dia tak pernah dengar.
“Kalau suka, pergi minta phone number bro. Jangan lama-lama. Nanti melepas lagi macam kes Eva.” Jay warning awal-awal. Kira okeylah dia sound supaya Red bertindak sebelum terlambat.
“Minta phone number your head. Kalau kau nak, kau lah yang pergi minta.” Red berdehem membetulkan suara sendiri. Langkah dihayun laju meninggalkan Jay yang tayang muka terkejut.
Patah hati.
Kecewa.
Broken-hearted.
Jay dah sebut semua tu banyak kali untuk menggambarkan perasaannya. Tapi dia okey aje. Macam tak biasa patah hati. Damn! In denial gila, makin tak sabar nak membawa diri pergi country hoping macam ni.
“Aku tengah serius, boleh pulak kena marah.” Jay tak puas hati. Habis tu tengok Leyla macam nak terkam sampai lunyai apa cerita? Tak mengaku tak apa. Janji jangan putih mata macam kes Eva.
Red dan Eva. Cerita yang tertinggal di zaman batu dan sekadar di dalam kenangan.
Red dan Leyla? Harap-harap ada kesinambungan cerita mereka berdua dan itulah yang Jay harapkan. 



p/s : Bintang Terbaik akan menyusul tak lama lagi kalau tak ada aral melintang dan ia adalah sambungan Di Antara Semua Bintang. Di Antara Semua Bintang kini dicetak semula dan pengeposan pada pertengahan bulan ini, cetakan kedua ini hanya dicetak sebanyak 500 naskhah. Boleh hubungi saya melalui FB Page Emy Roberto atau 018-3913947 untuk pre order :) Till then, love! 

Sunday, June 10, 2018

SYAWAL PERTAMA (PART 3)




AMRI terbangun bila tubuh terasa sangat sejuk. Dan bila pembaringan di sebelah diraba, Juju tak ada. Pasti dah bangun menyediakan makanan untuk bersahur. Matanya automatik pejam celik pejam celik merenung siling di atas.
Ramadhan ke-24. Tak terasa dah hampir tiga minggu dia tinggal di sini bersama Juju. So-called nak datang untuk bincang tentang kesudahan hubungan mereka berdua, tapi sampai sekarang dia masih tak ada ‘kekuatan’ untuk pergi dari rumah ini.

Apa yang Juju sedang buat?
Apa yang Juju masak?
Apa yang Juju sediakan?

Dia bangun dan langkah kaki diatur ke tingkat bawah, niat mahu menemani dan menolong Juju yang pasti saja sibuk bertarung di dapur.
“Hai, masak apa?”
Juju menoleh pada suara yang menyapa. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Tangan kembali lincah menumbuk bawang dan cili di dalam lesung batu.
 “Semua yang awak suka.” Menu sahur hari ini la grande sedikit. Nasi goreng kampung. Ayam goreng. Ulam dengan sambal belacan. Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk, petang nanti boleh tambah buat berbuka puasa.
“Rajin awak bangun awal. Hari-hari masak sedap.” Amri mengambil tempat di sebelah. Sepanjang Ramadhan dengan Juju, dia rasa bahagia. Cukup makan. Puas makan. Kenyang makan. Berbeza kalau bila bersama dengan Shila.
“I’m doing this for you. Kalau saya sorang, minum nestum dengan bread pun dah cukup.” Kira okey lagi ni Amri sudi makan apa yang dia sediakan. Dulu Amri langsung tak sentuh. Kata dia tak pandai memasak dan segala komen negatif dia telan dengan hati terbuka.
Uhuk! Amri tersedak air liur sendiri. ‘Saya sorang’ tu deep sangat maksudnya. Biarpun riak Juju selamba tapi dia tahu ada terselit rasa sedih di hati sang isteri. Bertahun-tahun dia pergi, sekarang baru ingat jalan pulang ke rumah. Kalau perempuan lain, mungkin dia takkan diterima pun. Tapi Juju sedikit pun tak ada rasa marah padanya. Juju layan dia selayaknya macam isteri layan suami.
Dia? Jangan tanya sebab layanan dia pada Juju sebelum ini adalah vice versa. Yang dia pentingkan cuma Shila.
“Juju, niat saya datang setelah lama menghilang…saya nak bincang tentang hubungan kita.”
Juju sabar mendengar. Sambal yang sudah siap diletakkan ke dalam mangkuk kecil. Moga hati lebih kuat kali ini. Entah kenapalah Amri nak bincang masa nak bersahur, masa tengah sibuk sediakan makanan.
“Kita perlu saling melupakan. Kita perlu…”
“I know. Saya dah lama belajar untuk melupakan. Awak pergi tanpa jejak. Awak tinggalkan saya sebab orang lain. Awak ketepikan hak saya. Saya dah belajar untuk hidup tanpa semua tu.” Juju senyum.
Tak payah buka mukadimah panjang sangat, cakap aje terus terang dia lebih faham. Dan bila Amri terdiam dia tahu Amri terasa dengan kata-katanya.
“Dia apa khabar?” Juju bertanya. Nak sebut nama, dia takut dia tiba-tiba emosi dengan air mata berjuraian. Kira okeylah tu panggilan ‘dia’ berbanding ‘betina’ yang pernah dilontarkan oleh si dia pada dirinya dulu.
Tekak Amri terasa pahit. Soalan yang pendek tapi susah untuk dijawab. Dia tahu walau Juju tampak kebal di luar, sang isteri sebenarnya terluka teruk.
“She is doing good.” Pendek saja jawapan Amri. Nak bagitau yang Shila paksa dia datang berjumpa dengan Juju? Nak bagitau yang Shila paksa dia untuk pilih di antara dua wanita yang dia cintai? 

‘Jangan cari I balik selagi you tak settle hal you dengan betina tu. I tak nak bermadu. You know that!’

Sampai sekarang dia tak balik mencari Shila sebab niat memang tak nak balik pun. Berada dekat dengan Juju terasa lebih mendamaikan.
Shila dan Juju. Dua wanita yang menjadi isterinya tapi dua-dua mempunyai watak yang berbeza. Shila yang terlalu manja dan pentingkan diri sendiri. Juju pula adalah vice versa. Sangat menghormatinya sebagai seorang suami dan tak pernah memburukkan Shila walau teruk macam mana pun impak kehadiran Shila dalam hubungan mereka berdua. Malah Juju sedikit pun tak berdendam. Ada dua isteri tapi langsung tak dapat berlaku adil. Yang dia lebihkan adalah Shila. Yang dia selalu menangkan adalah Shila. Rasanya dia adalah antara suami yang paling teruk kat atas muka bumi ni.
“Raya tahun ni balik mana? Kampung dia atau Lenggeng?” Nak juga Juju tahu. Kalau dia, tak pernah walau sekali pun dia berhari raya di kampung halaman Amri di Negeri Sembilan. Ye lah, beraya bersama Amri pun tak pernah takkan tiba-tiba terjah kampung mertua. Dia cuma datang menjenguk mertua pada hujung minggu biasa. Takut terserempak dengan Amri dan Shila di sana, itulah perkara yang paling dia tak nak.
Lama Amri pandang wajah cantik Juju. Makin lama dia tengok, hati terasa damai. Wajah Juju tampak sangat tenang. Bersih. Tak ada rupa macam isteri yang nak bunuh suami langsung walaupun dosanya pada Juju setinggi gunung.
“Saya nak beraya dengan awak.”
Juju terkejut. Matanya membulat dan telinga didekatkan pada Amri kot dia tersalah dengar.
“Saya nak beraya dengan awak tahun ni.” Amri ulang ayat yang sama. Dua pasang mata itu bertaupan. Lama. Tak ada suara yang terkeluar dari bibir masing-masing hingga akhirnya Juju mengukir senyuman nipis.
“Mungkin doa saya selama ini akan termabul. Beraya bersama awak. Ramadhan pertama. Syawal pertama.”
Deep! Double deep! Amri tak terkata. Tubuh Juju dibawa rapat ke dada dan dipeluknya erat. Triple deep! Air mata lelakinya hampir menitis. Dia kini keliru dengan diri sendiri. Juju mungkin akan dapat hidup tanpa dia. Tapi bagaimana dengan dia? Andai ikatan ini terlerai dan Juju betul-betul tiada dari hidupnya, mampukah dia melalui hari-harinya tanpa Juju di sisi?

Dear husband,
It’s more than just Eid wish.


p/s : Maaf saya lama tak bersiaran dan update pun lambat. Cerpen ini akan habis sebelum Raya ya :) Lepas Raya kita hadap projek lain. Moga terhibur dengan kisah Juju dan Amri. Love loadsss!