Sunday, December 9, 2012

Mama Mia Shaza 8



MAYA tarik nafas dalam. Teragak – agak mahu mengetuk pintu. Rasa beraninya tadi sudah terbang jauh.


 Pergi aje, Mama Mia. Bos takkan marah, dia akan faham punya.

Bos baik hati tu, dia pasti akan tolong.


Kata – kata semangat dari Kak Zah dan Faizal masih terlekat di cuping telinga. Harap – harap betullah, Kak Zah dengan Faizal ni kadang – kadang memang tak boleh pakai.
“ Ketuk je Mama Mia, dia takkan marah. Tengah free tu sekarang,” kata Syira, setiausaha Syazwi yang duduk di meja depan.

Maya angguk kepala. Tangan Maya sudah naik, mahu mengetuk pintu. Biarlah, yang penting dia mencuba. Rasa malu belakang kira.

Krettt! Pintu dibuka dari dalam sebelum sempat diketuk. Dua – dua terkejut.

“ Awak buat apa kat sini?,” tanya Syazwi dengan riak yang masih terkejut melihat Maya berdiri statik di depan biliknya.

Lidah Maya kelu. Kaku di depan pintu. Mata saja yang berkedip – kedip melawan pandangan Syazwi.

“ Maya.”

“ Err...saya nak jumpa awak.” Maya sejak bila gugup?

“ Jumpa saya? Kenapa?,” tanya Syazwi pelik. Selama ni paling – paling pun Maya akan tinggalkan pesanan dengan Syira di depan sana. Nak jumpa dia depan – depan seperti sekarang ini memang taklah.

 “ Saya ada hal nak bincang sikit.”

“ Masuklah,” pelawa Syazwi. Pintu bilik dikuak luas, memberi laluan untuk Maya masuk. Dia membuntuti dari belakang. Tidak jadi niatnya mahu ke tandas.

“ Duduklah.”

Maya mengambil tempat duduk sofa. Matanya menjeling sekilas Syazwi yang sudah duduk di depan. Ni yang kekok ni kalau duduk berdepan dengan bos besar. Yang memisahkan di antara mereka berdua hanyalah meja kaca yang berbentuk bulat.

“ Mia apa khabar?”

Maya mengukir senyum mendengar soalan tetap Syazwi. Setiap hari, lelaki itu tidak luak langsung bertanyakan tentang Mia.

She’s fine. Makin hari makin nakal.”

Syazwi tergelak.

“ Budak – budak mana yang tidak nakal, Maya. Normallah tu, kan?”

Ceh! Syazwi! Bercakap lagak macam sudah ada anak. Walhal Maya di depannya ini jauh lebih berpengalaman berbanding dirinya.

“ Tapi kalau nakal sangat pun susah. Nanti naik minyak payah nak jaga,” balas Maya.

Syazwi membetulkan duduk. Tangan bermain – main dengan hujung necktie. Satu tabiatnya setiap kali nervous. Jangan nervous breakdown depan Maya sudah.

“  Kenapa nak jumpa?,” Syazwi bertanya.

Maya tarik nafas panjang. Ayat yang tersusun cantik di mindanya tadi sudah berterabur. Jari – jemarinya memintal – mintal hujung skirt tanpa henti.

“ Saya dah kerja sebulan kat sini kan?,” Maya memulakan bicara.

 “ Ya. And?

“ Boleh tak kalau saya minta gaji awal? Saya tahu belum cukup tiga bulan lagi saya kerja sini tapi saya betul – betul perlukan duit.”

Lancar saja Maya bercakap. Nafasnya ditarik dalam – dalam. Dia tahu memang masih belum tiba masa lagi tapi dia terpaksa. Duit simpanannya sudah lama habis. Selama ini pun duit Nadia yang dipinjamnya.



Yuran nursery Mia.

 Sewa ruma.

Bayar kereta.

Minyak kereta. Kota Damansara – Bangi setiap hari boleh tahan tu.

Barang – barang keperluan Mia.



Hidup dia di Sheffield tak sama dengan hidup dia sekarang. Lagipun di Sheffield dulu Nadia banyak tolong kiri kanan atas bawah. Sheffield dikategorikan sebagai bandaraya Kadar C untuk pelajar – pelajar tajaan biasiswa, bermakna taraf hidup rendah. Sewa apartment di Sheffield tidak sampai separuh dari sewa rumahnya sekarang. Sekarang ni kalau dia bekerja sampai berkikis bulu betis pun belum tentu dapat maintain gaya hidup seorang Maya Laila dan Mia Shaza yang like mother like daughter. Dari atas sampai bawah semua sepasang.

 Nak minta dari papa dan mama, tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Dia kan sudah dibuang keluarga, takkan masih nak tunjuk muka. Tak sanggup dihina dan dihalau buat kali kedua.

Syazwi memandang wajah resah di hadapannya. Lama. Rasa kasihan pada Maya.

“ Bila awak perlukan duit?,” tanya Syazwi. Masih tenang seperti tadi.

“ Kalau boleh minggu depan sebab minggu depan dah hujung bulan. Banyak benda saya kena bayar,” jawab Maya terus – terang. Kalau tunggu gaji keluar sampai tiga bulan akan datang, dia nak bagi Mia makan apa? Rumput dan batu?

Syazwi mengubah posisi duduk. Tubuhnya membongkok sedikit ke depan dengan kedua – dua belah tangannya diletakkan di atas lutut.

Berfikir sejenak. Banyak yang dia perlu tahu tentang Maya. Sudah hampir sebulan bekerja di bawahnya, Maya lebih banyak berahsia. Keluarga Maya, suami Maya. Di mana mereka? Yang dia tahu, hanya Mia dan Nadia saja yang wujud di dalam hidup Maya.

“ Maya, I need to ask you something.” Dalam otak Syazwi dah set nak tanya macam – macam soalan.

Maya telan liur. Janganlah tanya yang bukan – bukan. Yang paling penting, jangan sentuh tentang keluarga atau yang sewaktu dengannya. Nanti apa kata Syazwi. Anak Datuk tak cukup duit. Terpaksa meminta gaji lebih awal.

“ Mana suami awak?,” tanya Syazwi.

Tersentak Maya. Soalan membunuh dari Syazwi.

“ Maaf kalau awak terasa Maya, tapi saya betul – betul nak....”

“ Saya tak ada suami.” Strike one, Maya! This is not good!

Bulat mata Syazwi. Wajah yang mahukan penjelasan lebih itu dipandang Maya sekilas.

“ Saya tak pernah ada suami. Saya cuma ada Mia selama ni,” kata Maya lagi. Big mistake Maya!

Lantaklah Syazwi akan pandang serong atau tidak selepas ini. Takkan nak mengaku dan menyebut nama Syazwan. Patut dibuang jauh – jauh. Lelaki yang tidak boleh diharap langsung. Nak jumpa anak sendiri pun takut.

“ I’m sorry, Maya.”

Syazwi meraup wajahnya. Rasa bersalah pula. Tanya soalan begitu buat apa. Wajah Maya yang mendung ditatap.

It’s okay. Saya dah biasa kena tanya soalan macam ni. Yelah, siapa yang tidak hairan kalau tengok saya usung Mia sini sana tanpa suami. Yang ada hati perut, mungkin akan jatuh kasihan. Tapi yang suka busuk sikit, dorang akan pandang serong,” kata Maya.

Manusia memang begitu. Bila status ibu tunggal, mulalah nak bawa mulut dengan andaian sendiri yang tak berapa betul. Zaman univerisiti, orang yang jatuh kasihan padanya boleh dihitung dengan jari. Yang lain pula hanya pandai nak menjaja mulut.

How stupid is that girl by just letting herself married to that kind of guy. Itu kata orang. But logically, is marrying someone we love a stupid action? Itu soalan di hati Maya kerana jawapannya adalah ‘NO’. Mengahwini orang yang dicintai adalah antara perkara terindah di dalam hidupnya. Cuma indah itu tidak lama.

Syazwi terdiam. Maya yang ditanya soalan begitu, dia pula yang rasa tidak selesa. Tali lehernya dilonggarkan sedikit.

“ Maya, keluarga awak mana?”

Bup!

Rasa kena hempap batu besar. Maya tarik nafas panjang. Satu lagi soalan membunuh dari Syazwi. Maya membetulkan duduknya. Hari ni sesi soal jawab ke?

“ Keluarga dah buang saya.”

Argh! Peritnya sebaris ayat itu. Tapi lancar saja meluncur dari bibir Maya di depan Syazwi.

Melopong mulut Syazwi. Rasanya dia tidak salah dengar. Tidak berkedip matanya merenung Maya.

“ Macam mana, Shaz? Boleh tak kalau saya dapat gaji awal? ,” Maya mengubah topik. Lain tujuannya berjumpa dengan Syazwi, soalan lain pula yang disentuh.

“ Boleh. Boleh. No problem. Err...sorry Maya, saya tak berniat nak sentuh hal peribadi awak,” tutur Syazwi jujur.

Mata Maya dilihatnya sudah berair. Argh! Siapa suruh tanya soalan hampeh? Kalaulah Maya dia yang punya, sudah dipeluknya tubuh lampai itu.

Maya tersenyum. Pahit.

It’s okay. Kalau tak ada apa – apa lagi, saya keluar dulu. Thanks, Shaz.”

Maya sudah bangun, namun ditahan Syazwi. Lengan Maya dicapainya. Maya berpaling, dia mendongak. Dua pasang mata itu bersabung.

“ Selama ni Mia tak pernah ada papa dia dan awak tak pernah ada suami. Am I right?”

Maya angguk kepala. Tak nak mengaku lagi?

“ Then let me be the one.”

Maya terkedu!


 ************


“ ONE little two little three little finger, four little five little six little finger, seven little eight little nine little finger, ten little fingers have I.”

Syazwan tersenyum di sebalik pintu. Lucu melihat gelagat Mia dengan rakan – rakan yang seusia dengannya. Anak kecil itu menari – nari sambil menghitung jarinya satu persatu.

Habis menyanyi, Mia tepuk tangan sambil melompat – lompat. Ketawa riang menampakkan lesung pipinya di sebelah kiri, seperti papanya juga.

Rambut Mia hari ini diikat dua, seperti hari – hari sebelumnya. Dress berwarna kuning paras lutut dipadankan dengan riben yang berwarna sama di atas kepala. Tengoklah siapa mama Mia. Bergaya habis.

 “ Selamat petang, Encik Syazwan.”

Syazwan menoleh. Puan Aina berdiri di belakangnya dengan senyuman lebar.

“ Selamat petang,” balas Syazwan.

“ Datang jenguk Mia lagi ke?,” Puan Aina bertanya mesra. Matanya turut dihalakan pada Mia yang masih seronok menyanyikan lagu yang sama dari tadi.

Syazwan angguk kepala. Sudah hampir sebulan berlalu. Setiap hari dia datang menjenguk Mia Shaza. Namun hanya mampu melihat dari jauh. Dia masih belum cukup bersedia untuk untuk bertemu empat mata dengan Mia. Dia tak layak. Sangat – sangat tak layak.

“ Rasanya elok Encik Syazwan balik sekarang. Dah nak dekat pukul 4 dah ni. Kejap lagi Mama Mia sampai,” tegur Puan Aina. Bukan nak menghalau, tetapi itulah yang Syazwan mahukan sebenarnya. Mama Mia tidak patut tahu tentang kedatangannya ke sini setiap hari.

Masalah keluarga orang lain kalau boleh dia tak nak masuk campur. Tapi setakat yang dia mampu tolong, dia akan menolong dengan sedaya yang boleh. Selagi Syazwan mahu perkara ini menjadi rahsia, selagi itulah dia menjaga amanah yang diberikan.

Syazwan tersenyum pahit. Berat hati mahu pergi, tidak puas menatap wajah si comel yang sudah berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama mereka berjumpa lagi.

“ Kalau macam tu saya balik dululah, puan. Kalau ada apa – apa, puan tahu macam mana nak cari saya,” jawab Syazwan.

Puan Aina mengangguk kepala. Syazwan bergerak ke arah pagar utama dan berdiri di situ. Ada beberapa orang ibu bapa sudah melangkah masuk untuk menjemput anak masing – masing. Mata Syazwan masih melekat pada Mia yang sudah bersedia mahu balik.

Terkocoh – kocoh Mia mengambil beg Minnie Mousenya dan disandangkan di belakang. Dicapai pula botol air besarnya dan disilangkan di bahu.

Syazwan mula mendekat.

“ Mia, mama belum datang lagi sayang. Tunggu lagi kejap,” kata Puan Aina apabila Mia terkial – kial mahu menyarungkan kasut Minnie Mousenya. Puan Aina duduk bertinggung dan membantu Mia. Budak sekecil Mia, pakai kasut pun masih belum pass.

“ Mama lum campai?

“ Belum sayang. Duduk dulu sini,” kata Puan Aina lagi sebelum berlalu masuk seketika.

Mia angguk kepala. Anak kecil itu menurut dan duduk di tepi pintu. Seorang budak lelaki yang sebayanya berlari keluar dari pintu tanpa penuh hati – hati.

Tup! Beg budak lelaki itu terkena kepala Mia Shaza yang sedang memeluk lutut. Bergema tangisan Mia.  Makin laju saja langkah Syazwan bergerak ke arah Mia.

“ Tulah, siapa suruh duduk kat situ. Kan dah kena,” selamba saja bapa budak lelaki itu memarahi Mia yang sedang menangis. Memujuk tidak, nak meminta maaf jangan haraplah. Anak lelakinya pula hanya ketawa saja melihat Mia menangis semakin kuat.

Menggelegak marah Syazwan. Tubuh Mia terus dicapai dan didukungnya. Merah matanya menahan marah.

“ Patutlah anak ni kurang ajar, sebab bapa dia pun kurang ajar,” kata Syazwan dengan suara yang tertahan.

Tersentak lelaki yang berkemeja hijau itu. Niat nak lawan balik, tapi takut pula. Tubuh lelaki di depannya ini tinggi dan tegap, silap hari bulan dia dibelasah di depan anak lelaki sendiri.

“ Lain kali jangan suruh dia duduk situ lagi,” tergagap – gagap lelaki itu menjawab.

“ Ajar sikit anak awak tu, mata jangan letak kat kepala lutut. Takkan tubuh anak saya yang tak kecil mana ni pun dia tak nampak. Minta maaf pun tak pandai, memang kurang ajar!,” marah Syazwan. Jangan sampai dia bertukar menjadi Hulk Hogan pulak di depan anak – anak dan ibu bapa yang lain.

Terdiam terus dua beranak itu. Mia yang didukungnya masih menangis sambil menggosok kepalanya yang masih sakit.

Cepat – cepat lelaki itu meninggalkan Syazwan dan Mia. Lengan anaknya ditarik mengekori langkahnya yang laju. Jangan tak cabut, kena belasah nanti!

 “ Shhh...don’t cry. Sakit ke, sayang?,” Syazwan bertanya lembut.

Mia angguk kepala dengan air matanya yang masih lebat. Kepala Mia digosok Syazwan perlahan – lahan. Air mata Mia diseka Syazwan dengan hujung jari. Boleh tahan sakit tu kalau rupa tak ubah macam kena libas dengan menggunakan beg.

“ Masih sakit lagi?,” tanya Syazwan lagi.

“ Akit,” jawab Mia. Sudah sesak sedikit nafasnya kerana terlampau banyak menangis.

Jatuh rasa kasihan Syazwan pada Mia. Dipeluknya tubuh kecil yang sedang didukung itu. Belakang Mia diusap lembut, cuba untuk menenangkan si comel.

“Shhh...jangan nangis lagi. Papa ada sini,” pujuk Syazwan. Tersalah sifat kebapaan seorang Syazwan Imad.

Papa? Oh! Perkataan paling berharga!

“ Syazwan!”

Mia dan Syazwan menoleh serentak. Terkejut Syazwan. Kaku bila melihat Maya di depan mata dengan wajah yang menyinga.

“ Maya.”

“ Mama.”

Syazwan dan Mia menyebut nama Maya serentak.

“ Bagi balik anak saya!,” kata Maya. Perlahan tapi kasar.  


p/ s : ngeeee ;) firstly, so sorry MIA lama sangat sebab minggu ni memang hectic. secondly, will post KTD finale in one of these days as promised! :) thank you so much for reading and big hug everyone! good night!

Friday, December 7, 2012

Mama Mia Shaza 7


     “ MAYA, tetamu datang. Nak bagi hadiah.”

     Maya yang sedang duduk di kaunter dapur menjenguk ke pintu. Wajah serius Nadia dan di belakang? Ngeee...jantung hati tak rasmi. Maya tersenyum dan bergerak ke arah pintu. Nadia sudah melabuhkan duduk di ruang tamu. Tak nak jadi tiang lampu.

     “ Saya mesej awak tak jawab pun,” kata Syazwan.

     Maya terdiam sejenak. Oh! Tangan menepuk dahi sendiri.

     “ Phone is inside the room.” Maya tayang senyum. Membuatkan jantung Syazwan jadi dup dap dup dap. Tempo dah lari.

     Mata masih tidak lepas memandang gadis pujaan setelah baru sehari tidak bersua muka. Angau? Agaklah.

     “For you,” kata Syazwan seraya menghulurkan ros merah di tangan.

     Oh my! Membulat mata Maya dengan tangan kanan menekup mulutnya yang separuh terbuka.

     “ Untuk saya ke?,” tanya Maya tidak percaya.

     “ Taklah. Untuk anak patung awak.”

     Maya ketawa kecil. Alahai hati sudah berbunga warna – warni. Huluran bunga disambut dengan senyuman lebar.

     “ Thanks, that is so sweet of you.”

     Syazwan tersenyum. Bersandar pada pintu apartment dengan senyuman buaya. Perempuan suka bunga. Jadi kalau nak bagi hadiah memang mudah. Apa – apa bunga pun boleh. Asalkan bukan bunga tahi ayam.

     “ Bersiap boleh tak? Nak ajak awak keluar,” pinta Syazwan. Bosan duduk di rumah hujung minggu begini. Lagipun memang dah plan awal – awal nak menyunting Maya menjadi kekasih hati secara rasmi.

     Maya masih mencium bunga yang baru diberi. Harum dan segar. Mesti Syazwan beli dari kedai bunga di seberang jalan.

     “ Where to?,” tanya Maya. Berdiri di depan Syazwan dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

     “ Meadowhall. Jalan – jalan. Then dinner luar. Okey tak?”

     Maya berkira – kira. Baru sebulan kenal, Syazwan sudah pandai mengajak keluar. Dah naik satu level nampak. Maya mengangguk kepala.

     “ Tiga puluh minit. Saya tak mandi lagi,” pinta Maya.

     Syazwan mengenyitkan mata, isyarat sanggup menunggu. Demi Maya. Syazwan melabuhkan duduk di anak tangga bila pintu ditutup Maya. Rokok sebatang dikeluarkan. Nak buang bosan.

     Pertama kali menunggu perempuan di tangga. Nak tunggu di dalam apartment memang ke lautlah jawabnya. Maya tak kasi. Nadia lagilah. Harimau jadian yang jarang – jarang tersenyum. Paling – paling pun cuma mengangkat kening ala – ala Ziana Zain.
    
     Datang bertandang di rumah anak dara bukan budaya kita.
    
     Ayat membunuh Maya bila dia datang untuk menghantar chicken pie hasil tangan sendiri ketika mula – mula dulu. Terhenti langkah kaki di depan pintu, sudahnya dia hanya berdiri di muka pintu dengan muka yang buat – buat cool. Malu nak mampus bila kena tegur cara halus oleh Maya.

     Dia tak kisah sebenarnya. Selama ini pun kawan – kawan perempuan yang lain tak pernah menegur. Masing – masing tutup sebelah mata biarpun tidak ada niat lain, setakat nak melepak chit chat untuk buang masa.

     Tapi Maya dan Nadia? Biarlah. Dia hormat dan takkan main terjah masuk. Stok budak baik memang begitu.

     Habis rokok sebatang, puntung rokok dibuang ke lantai dan dipijak dengna hujung kasut. Tak kisah nak buang di mana pun. Setiap hari memang ada pekerja khas yang akan membersihkan bangunan. Malam ni buang sampah di tangga, esok pagi dah bersih.

     Jam tangan dikerling sekilas. Lamanya. Syazwan bangun dan menepis – nepis punggungnya. Kotor okey!

     Pintu dibuka, membuatkan Syazwan berpaling. Maya muncul dengan skinny jeans berwarna hitam dan jacket tebal Adidas berwarna merah. Sling bag berwarna hitam tergantung cantik di tubuh. Gaya santai seorang Maya Laila.

     “ Sorry lambat. Jom,” kata Maya. Baru kakinya mahu melangkah turun, Nadia menjenguk keluar.

     Maya, magic ada bawa tak?,” tanya Nadia dengan dahi berkerut.

     Maya angguk kepala sambil menunjukkan ibu jari. Don’t worry, babe. I’ll be fine!

     Hanya pandangan mata Nadia saja yang menghantar Maya dan Syazwan menuruni tangga. Janganlah Maya terlupa. Magic tu penting. Sangat berguna di kala kecemasan. Lagi – lagi bila keluar berdua dengan spesis buaya seperti Syazwan. Nak tegur lebih, takut Maya terasa hati. Dia yakin Maya boleh jaga diri. Kalau ada apa – apa terjadi dengan Maya, dialah orang pertama yang akan timbus Syazwan hidup – hidup di dalam pasir.

     “ Magic tu apa?,” tanya Syazwan ingin tahu. Mereka berdua beriringan keluar dari pintu utama blok mahu menuju ke Meadowhall. Nak dating di taman sekarang bukan musim yang sesuai, mahunya nanti dia dan Maya tak beku satu badan. Tapi dia sanggup hangatkan tubuh Maya kalau Maya nak, dia sangat berbesar hati.

     Maya tergelak. Nak sangat tahu?

     “ Pepper spray.”

     “ Huh?”

     Terdiam sejenak Syazwan. Jangan main – main, siap ada perisai lagi si Maya ni.


 ***********
    

     MAYA di sebelah dikerling. Kusyuk sangat melihat daun – daun yang sudah mula gugur. Kata orang, musim luruhlah yang paling cantik. Semua bertukar menjadi warna emas. Musim beginilah semua sibuk nak bergambar buat kenang – kenangan.

     “ Maya, awak asal mana?”

     Maya menoleh.

     “ Ice breaking ke?,” tanya Maya.

     Syazwan tergelak. Sudah sebulan kenal Maya, tak banyak yang dia tahu tentang gadis di sebelahnya ini. Yang dia tahu cuma nama penuh Maya. Full stop!

     “ Mama dan papa asal Ipoh. Menetap di KL,” jawab Maya.  Mata masih melekat pada daun – daun kering yang menutupi rumput. Rumput pun dah layu.

     “ Saya asal KL. Sekarang duduk di PJ,” balas Syazwan.

 PJ dengan KL tak jauh pun. Bolehlah berjumpa kalau cuti summer nanti. Otak Syazwan sudah mencerna rancangan di luar alam.

“ Maya, that red rose I gave you. Ada makna tu.” Syazwan mula membuka mukadimah agenda utama untuk hari ini.

“ Meaning?”

Alahai Maya. Buat – buat tak tahu. Red means love!

“ Be my girl, Maya.”

Hah?! Maya terkedu. Syazwan dipandang tanpa kedip.

“ Awak dan saya, sama – sama suka. So let’s just be more than friends. BFGF,” kata Syazwan lagi.

Straight to Ampang point terus!

“ Hari ni April Fool ke?,” soalan bodoh Maya.

Syazwan ketawa kecil. Dia tahu Maya gelabah.

“ Saya sayang awak Maya. Be my girl,” ulang Syazwan.

Maya senyum plastik. Malunya. Pipi sudah terasa merah semacam. Dia melarikan pandangan pada budak kecil yang sedang mengutip daun – daun kering di hujung sana.

“ Yes or no?,” tanya Syazwan.

Maya diam seminit. Tanpa menoleh ke arah Syazwan di sisi, dia mengangguk kepala.

Syazwan tersenyum lebar. Maya sudah berjaya ditawan. Dengan rasminya mereka berdua kini sudah naik satu pangkat, BFGF – Boyfriend Girlfriend.

“ Apa perasaan awak sekarang setelah dilamar oleh buaya alaf baru?,” sakat Syazwan.

Maya tergelak. Dia menoleh ke sisi, bersabung mata kedua – duanya. Syazwan tersenyum lebar. “Eye smile’ yang membuatkan Maya jatuh sayang.

“ My heart goes sha la la la la,” jawab Maya.

Pecah ketawa Syazwan. Bubbly Maya!

Bermulalah kisah cinta di antara Syazwan Imad dan Maya Laila yang menjadi buah mulut satu Sheffield. Kisah yang bermula dengan sebuah persahabatan, kini bertukar menjadi  percintaan yang akan berakhir dengan kisah tersendiri.


Hati Syazwan berkata : In love with you and to own you, I definitely will Maya.

Hati Maya berkata : In love with you and to be yours, I wish my fate is you, Shaz.


p/s : dear readers, so sorry KTD Finale and TL kena hold, jangan tunggu dulu k. minggu ni tersangatlah hectic dan ada komitmen yang lebih penting. hope you all enjoyed reading and thank you so much! big hug everyone!

Tuesday, December 4, 2012

Mama Mia Shaza 6


SYAZWAN membiarkan saja tubuhnya disirami air. Sebelah tangannya berpaut pada dinding dengan kepala yang menunduk. Lama dia begitu, sampaikan hujung jari dan kaki sudah berkedut sedikit. Kalau otak berserabut dengan tubuh yang letih macam nak tercabut segala skru, mandi dalam keadaan beginilah yang wajib untuk seorang Syazwan Imad.

Maya. Mia. Maya. Mia. Maya. Mia.

Dua nama yang berselang – seli di fikiran Syazwan. Boleh dikatakan sudah melekat di hatinya.  Dia taklah sekuat mana biarpun hanya sekadar melihat dari jauh.

Budak kecil yang dilihatnya di hotel lebih seminggu lalu. Mia Shaza. Dan perempuan yang dilihatnya berdiri di balkoni bilik sebelah. Maya Laila.

Budak kecil yang ditemaninya melihat anak – anak patung di sebalik cermin kaca kedai. Mia Shaza. Dan mama yang budak kecil itu maksudkan. Maya Laila.

Syazwan pejam mata. Jatuh juga air mata lelakinya. Maya rupanya masih menunggunya selama ini. Tetapi dia? Masih tersesat dengan jalan yang dipilihnya sendiri. Takkan nak jumpa Maya dalam keadaan dia masih belum bersedia seperti dulu. Ini bukanlah seperti yang dirancangnya.

 “ I love you both,” ucap Syazwan sendiri.

Dia tidak kuat. Sungguh! Bagilah dia sedikit masa lagi.

Selesai mandi, Syazwan bersiap dan mencapai kunci kereta. Fikiran berserabut mengalahkan menteri. Kereta yang dipandu menghala ke jalan besar. Nak telefon Tiara, rasa malas. Mood tak ada nak layan perempuan gedik ketika ini.Tasya? Dah buang ke laut dalam.

Zouk! Itu saja yang ingin ditujunya.

Langkah kaki Syazwan terhenti di depan kelab. Berkira – kira mahu menukar keputusan.


Shaz! Where have you been? Lama tak jumpa.

Malam ni boleh I  ikut you balik tak?

Kalau you nak, I boleh stay terus di apartment you.


Hoho! Syazwan berpatah balik ke kereta. Soalan – soalan begitu haruslah dielakkan jika moodnya hilang. Last resort! Rumah mama dan papa.

 **************

MAYA memandang Syazwi dan Mia di hadapannya. Sekejap saja anaknya itu sudah mesra dengan Syazwi. Ya lah, Mia si anak patung bergeraknya mudah mesra dengan sesiapa saja. Dikerlingnya Nadia di sebelah. Tak ada nak buat gaya control ayu, selamba saja meratah ayam KFC di hadapan Syazwi. Patutlah single sampai sekarang, tak ada lelaki yang berani nak usha.

Cadang nak ajak pergi Ikea tapi dua – dua malas memandu. Lalu saja KFC, Mia tunjuk cermin kereta kata nak makan ayam goreng. Dan di antara banyak – banyak orang, dengan Syazwi jugalah mereka bertiga terserempak. Jadi dengan penuh berbesar hati Syazwi pun join makan sekaki.

“ Nak lagi?,” tanya Syazwi pada anak Mia yang seronok mengunyah cebisan ayam.

Mia angguk kepala.

Isi ayam dicarik – carik Syazwi kecil dan diletakkan di atas pinggan Mia. Seronok benar dia melayan anak comel itu. Sesekali disuapnya isi ayam ke dalam mulut Mia. Terasa macam jadi seorang ayah sekejap.

“ Water, please.”

Sebelum sempat Maya mengambil air yang dipinta Mia, Syazwi terlebih dahulu mencapainya. Milo ais diberikan pada Mia, dengan tangannya yang masih memegang bekas yang sama. Tangan budak – budak tak kuat, takut terjatuh dari pegangan Mia.

“ Minum pelan –pelan sayang,”  tegur Maya pada Mia yang rakus menyedut air dari straw.

Mia tersenyum. Kepalanya dianggukkan, faham dengan teguran mamanya.

“ Uncle Sawi, chicken,” pinta Mia dengan jari telunjuknya menunding ke arah ayam. Walhal masih banyak lagi cebisan – cebisan ayam di atas pinggan yang belum dimakan. Matanya lebih tertarik dengan ketulan ayam yang besar dan tidak terusik di hadapan mamanya.

Burrrrrr!

Tersembur air dari mulut Nadia. Terhambur ketawa Maya.

“ Sorry. Sorry.”

Meja yang basah dilap Nadia. Mulutnya juga turut dilap. Nasib tidak tersembur Syazwi yang duduk betul – betul di hadapannya, percuma saja sayur sawi kena siram air. Naya!

Why? Apa jadi?,” tanya Syazwi hairan sambil mata memandang Nadia dan Maya silih berganti. Mata – mata di sekeliling bertumpu pada meja mereka berempat. Mana tidak, ketawa Maya dan Nadia tak ubah macam benda berbaju putih yang terbang – terbang atas atap dalam cerita hantu.

Mia di sebelah juga turut ketawa melihat Aunty Nadia yang ketawa  sampai terbatuk – batuk. Oh si comel yang tidak tahu apa – apa.

“ Mia, siapa nama uncle ni?,” tanya Nadia pada Mia yang menggaru kepalanya, membuatkan rambut yang diikat dua jadi senget sebelah.

Uncle Sawi.”

Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Mia juga turut ketawa sambil bertepuk tangan.

“ Comelnya!”

Pipi Mia dicubit Syazwi geram.

“ Kau dengar tu Maya. Boleh – boleh anak kau panggil dia sawi,” kata Nadia. Keluar air mata. Thanks to Mia, dia ketawa banyak sangat!

Not Uncle Sawi, sayang. Uncle Syazzzz...wi,” kata Maya dengan sisa ketawa.

Uncle Shaaaa...wi,” Mia menurut  penuh semangat.

Pecah lagi ketawa mereka bertiga memenuhi ruang restoran segera itu. Mia pula makin seronok sambil bertepuk tangan siap tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Sorry, Shaz. Lawak sangat.” Tangan kanan Maya naik memegang perut yang sudah mula sakit.

Nadia tak usah nak cakap. Kalau boleh, mahu saja dia ketawa bergolek – golek di atas lantai. Ketawa seorang minah yang memang no mercy kata orang.

“ Muka punya hensem macam ni, selamba aje Mia panggil sawi,” bisik Nadia ke telinga Nadia.

 “ Innocentnya dia. She’s damn cute,” Pipi Mia dicubit Syazwi berkali – kali. Agak – agak kalau dia culik anak Maya ni semalam dua jadi anak patung kat rumah dia, Maya bagi tak?

Mia, stop making jokes. Finish your chicken k, sayang.”

Mia angguk kepala sambil tersenyum. Arahan mamanya dipatuhi. Perlahan – lahan si kecil mengunyah daging ayam yang sudah dicarik Syazwi.

“ She looks exactly like you,” kata Syazwi. Bertaup seketika matanya dengan mata Maya.

“ Mestilah. Dah nama pun anak Maya, takkan macam muka saya pulak,” Nadia tiba – tiba menyampuk siap tayang muka selamba.

Syazwi dan Maya sama – sama tergelak. Nadia memang. Lawak yang tak seberapa pun nak tunjuk kat orang.

“ Ada iras papa dia tak?,” tanya Syazwi.

Sengaja? Yup! Nak korek sedikit info tentang papa Mia. Kalau dah meninggal dunia, haruslah dia bersimpati. Kalau dah bercerai? Memang itulah lelaki paling bodoh. Tapi kalau memang tak pernah ada papa yang sah? Okey, itu belakang cerita.

Maya tersenyum dan matanya beralih pada Mia. ‘Eye smile’ Mia Sebijik Syazwan!

“ Tak ada. Dia mirip mama dia.” Bohong diri sendiri ke Maya? Pleaselah!

Nadia di sebelah sekadar diam. Berpura – pura menyedut Milo Ice dari straw, dah habis pun sebenarnya.

Syazwi sekadar mengangguk. Tidak mahu bertanya lebih.


Papa Mia mana?

Mia kenal tak papa dia?


Takkan nak tanya soalan begitu. Silap hari bulan Maya tercekik tulang ayam mendengar soalan cepumasnya. Tak pun kena hempuk Nadia dengan botol sos cili Thai di atas meja.

“ Mama, done,” mulut si comel memberitahu mamanya.

Maya bangun dari kerusi dan mendukung tubuh Mia. Kaki menghala ke arah sinki di sudut restoran. Comot sangat muka Mia, cebisan ayam boleh melekat sampai ke rambut. Tangan tak usah nak cerita, berminyak habis.

“ Dah lama kenal Maya?,” tanya Syazwi pada Nadia.

Awkward tiba – tiba bila mereka berdua saja yang ditinggalkan di meja. Baru beberapa kali berjumpa. Itupun setakat Hi Bye, sembang panjang memang tak pernah.

Nadia angguk kepala. Tubuhnya bersandar pada belakang kerusi. Dah kenyang, perut pun rasa penuh buncit semacam. Jarang – jarang dia dan Maya makan di tempat begini. Nak jaga badan, kenalah makan makanan yang berkhasiat ye tak? Esok pagi harus pergi jogging.

“ Dari zaman uni lagi,” jawab Nadia.

“ Jadi awak kenallah papa Mia?”

Dah agak dah! Nadia menjeling sekilas. Tak berani tanya Maya depan – depan, dia yang dijadikan tempat untuk mengorek cerita.

“ Kenal,”  jawab Nadia pendek.

Cakap terus terang lebih baik dari menipu. Dia kalau menipu memang epic fail. Muka keras dengan hidung kembang kuncup. Sangat ketara okey! Syazwan Imad siapa yang tak kenal masa zaman universiti dulu. Antara spesis homosapien yang pantang tengok perempuan bergetah dan berdahi licin.

     Syazwi angguk kepala. Cukup setakat itu saja. Tidak mahu bertanya lebih. Nanti kena cop kepochi. Haish, lagi satu soalan!

     “ Dah berpisah ke?”

     Soalan terakhir Syazwi tidak dijawab Nadia. Soalan begini patutnya tanya Maya, bukan dia. Berpisah ke tak, Maya saja yang berhak menjawab. Bab ni dia kalau boleh dia tak nak sentuh langsung. Semua cerita di sebalik tabir Maya, hanya dia saja yang tahu. Dan sebagai teman baik Maya, disimpannya saja di dalam memori. Tak jaja dengan sesiapapun, termasuklah Syazwi Imad yang tiba – tiba banyak tanya di hadapannya ini.

     “ One little two little three little fingers, four little five little six little fingers, seven little eight little nine little fingers, ten little fingers have I.”

Riang saja suara Mia menyanyi sambil bertepuk tangan. Bila sudah didudukkan semula di tempat tadi, selamba saja Mia mengelap tangannya yang masih basah ke baju Syazwi.

“ Mia! Don’t do that!”

Mak singa menjegilkan mata. Mia tersenyum dan menoleh ke sisi.

“ Sorry, uncle. Joking.”

Berderai ketawa Syazwi. Mia memang mencuit hati!

********* 

LANGIT gelap malam ini. Tanpa bintang. Prediction. Hujan akan turun. Maya berpaling dan menjenguk ke dalam bilik. Jantung hati sudah terlena. Letih sangat agaknya mengekeh sepanjang malam dengan Syazwi dan Nadia.

Mia Shaza. Dengan sesiapa pun mudah mesra. Baru kenal Syazwi sudah pandai minta didukung. Lepas ni mesti minta teddy baru, Barbie, cinnamon bun. Dan senarai akan terus panjang ke belakang.

Telefon Maya di atas meja kecil di sebelah berbunyi. Laju saja tangannya mencapai, takut tidur Mia terganggu. Berkerut dahi Maya. Patutlah malam ni mendung. Petanda Syazwan hantar sms.
    

I’m sorry, Maya.


Maya tersenyum nipis. Syazwan kalau bab minta maaf memang payah. Sekarang ni apa kes?


Meeting Mia?


Mana tahu Syazwan mengubah fikiran. Takkan dengan anak sendiri pun tak nak jumpa macam hari tu?  Kira yang ini satu lagi peluang untuk Syazwan.

    
Sorry, Maya. Not now.


Maya kecewa. Habis tu bila Shaz? Lama Maya diam merenung skrin telefon di depan mata. Jawapan seorang Syazwan Imad, macam dia tak biasa. Not now bermaksud tak nak jumpalah tu. Hati Maya tercalar lagi.


Then let me go, Shaz. For good.


Syazwan takkan pernah bersedia. Jadi lepaskan saja dia dan Mia.

 *************

SYAZWAN meraup wajahnya. Duduk seorang diri di gazebo mama sambil merenung langit. Gelap. Bulan pun tak nampak. Tak nak jumpa sekarang tak bermaksud tak nak jumpa terus Maya. Dia perlukan masa. Lepaskan Maya? Tak akan!

“ Anak mama duduk sorang – sorang malam ni. Tak ada teman ke?”

Muncul Rafaniah di belakang dengan dua mug di tangan. Syazwan mengukir senyum. Faham sangat dengan sindiran halus mama. Datang rumah mama dan papa hanya bila dia bosan tahap gaban.

“ Mama, mama ada cucu.”

Membulat mata Rafaniah. Salah dengar ke apa? Cucu datang dari celah mana?

“ Bila masa?,” tanya Rafaniah.

Syazwan bangun dan bergerak ke arah tiang gazebo. Bersandar di situ dengan gaya santai.

“ Dah lama dah. Umur dia tiga tahun,  not exactly but almost.”

Rafaniah geleng kepala. Syazwan buat lawak selalu tak menjadi. Sama macam sekarang. Tak lucu langsung wahai anak mama!

“ Lame joke, my boy.”

“ Seriuslah, mama,” Syazwan berpaling menghadap mamanya.

Wajah si anak ditatap Rafaniah. Tenang saja. Tak ada aura bergurau.

“ Mama nak jumpa kalau betul ada.” Dalam hati sudah mula berdebar. Jangan cakap Syazwan ada kekasih gelap sampai mengandung pulak. Yang tu dia tak dapat terima. Anak dengan Maya Laila ke?

Syazwan angguk kepala. Orait!


p /s : So sorry Ku Tunggu Dudamu (KTD) dan Tanpa Limit (TL) kena hold dulu sebab minggu ni minggu sibuk sedunia k :) hope you guys enjoyed reading and thank you so much! Big hug everyone!