Saturday, February 9, 2013

APA KATA HATI : UNTUK SEMUA DOSAKU (USD)


            
            Karya : Rin Ahmad
            Terbitan : Kaki Novel

            USD adalah antara novel terbaik yang pernah saya miliki. Cerita ni memang saya follow dari mula di blog penulis lagi. Bila baca saya memang dah tertarik. Why the because? Sebab jalan cerita mudah dan tak cliché. Kisah di antara Nur Lisa dan Syed Azri sejak zaman belajar namun terputus di tengah jalan bila Nur Lisa memilih untuk ke jalan yang lurus, manakala Syed Azri pula masih di jalan yang bengkok tanpa cahaya.

Kisah seperti Syed Azri dan Nur Lisa banyak terjadi di dalam realiti. Bukan saja di luar negara, malah di Malaysia pun ada yaw! Bercintan-cintun tanpa sedar di mana had limit perhubungan itu, tak kenal apa yang patut dan apa yang tak patut. Terus-terang cakap saya tertarik dengan gaya penulisan yang santai dan mudah untuk difahami, tak ada bunga-bunga kekwa yang boleh buatkan saya naik pening atau mereng.

            Bila penulis mengimbas semula kenangan lama Syed Azri dan Nur Lisa di Germany, saya disuapkan dengan pengetahuan tentang negara Bavaria itu. Tentang budaya, keadaan di sana, bahasa yang buatkan lidah berbelit dan tentang Hitler sendiri. Seriously penulis berjaya membuatkan setiap watak dan suasana di dalam USD ‘hidup’.

            USD betul-betul terkesan di hati saya : sedih, menangis air bah, geram, kecewa, tersentuh, berfikir. Dan yang terpenting sekali, biarpun novel ini tak tebal tapi mesej yang disampaikan sarat dan padat. Sekaligus membuatkan saya beringat dengan diri sendiri.

            Adakah kau mencintai ‘cinta’ atau mencintai Pencipta ‘cinta’? Mesej yang ingin disampaikan oleh penulis amat jelas biarpun tidak menggunakan ayat-ayat yang ‘Ooh la la’atau ‘Adedeh’.

            Seorang Nur Lisa : Walau dah berubah baik macam mana pun kita di masa sekarang, manusia di sekeliling lebih suka menilai kita berdasarkan siapa kita dan dosa yang pernah kita lakukan di zaman dinasour. Inilah situasi yang dihadapi oleh Nur Lisa. Kalau orang luar yang menilai kira okey lagi bolehlah kot tutup sebelah mata, tapi bila suami sendiri pun menilai begitu...Tapi Nur Lisa tak mudah mengalah dan tetap tabah! Letak diri sendiri di tempat Nur Lisa, mungkin saja kita tak sekuat Nur Lisa.

            Seorang Syed Azri : Ego yang terlampau tinggi mencecah langit, sesuai untuk menggambarkan ego Azri. Namun egonya tumbang pada kasih seorang isteri sehebat Nur Lisa yang telah menunjukkannya ke jalan yang benar dengan gaya Nur Lisa yang tersendiri.

            Part ni membuatkan air mata saya menitis  : ‘Saat Nur Lisa merintih menadah tangan di atas sejadah, hatinya dihimpit pilu. Perit apabila mengenangkan harapan Nur Lisa yang menggunung. Sebagai isteri, Nur Lisa hanya mampu berdoa tapi dia yang kena berusaha.’ *Selebihnya sila dapatkan USD di pasaran kalau tak baca lagi.

            Untuk membaca USD memang memerlukan konsentrasi yang tinggi terutama bila masuk bahagian flashbacks. Baca dengan santai sebab bahasa penulis sangatlah sempoi. Jangan stress bagai, nanti tak ada feel.

            Letak diri kita di dalam keadaan Nur Lisa, mampukah kita menolak cinta dan bertabah demi cinta pada Pencipta? Menjadi seperti Nur Lisa memang tak mudah, tapi tak mustahil.

            Letak diri kita di dalam keadaan Syed Azri, mampukah kita melenyapkan ego yang cuba membutakan hati tentang kebenaran yang ditunjukkan oleh Pencipta?

            Tahniah buat penulis atas kejayaan buku pertama ini. Memang berbaloi USD merentas lautan dalam walau dah lunyai. Looking forward for your next awesome piece, KL! 

Thursday, January 3, 2013

Mama Mia Shaza 16


MAYA melangkah ke bilik Syazwi dengan hati penuh debar. Pagi begini sudah dipanggil mengadap bos. Apalah yang ingin Syazwi perkatakan?
“AWAK cari saya, Shaz?” Maya bersuara sebaik daun pintu bilik pejabat Syazwi ditolak perlahan dari arah luar. Wajah tegang Syazwi membuatkan Maya kecut sedikit.
“Duduk,” arah Syazwi.
Maya menurut, terus duduk berdepan dengan Syazwi. Wajahnya menunduk, tidak berani menetang pandangan mata lelaki itu yang merenungnya tajam.
Seminit. Dua minit. Masing–masing masih diam. Syazwi berdehem sebelum membuka bicara.
“Syazwan Imad...is he really your husband?” soal Syazwi. Perlahan tapi kasar.
Maya angguk kepala. “ Ya.”
Syazwi pejam mata. Tangannya digenggam rapat. Menahan rasa yang sudah bercampur aduk. Harapannya tadi agar Maya menggeleng kepala. Tapi sebaliknya pula. Bermaksud pengakuan lelaki itu semalam memang benar.
“Argh!”
Syazwi menjerit seraya berdiri dan menghentak meja kuat membuatkan Maya terjongket bahu kerana terkejut. Bila kepala mendongak, Syazwi memandangnya dengan mata memerah.
“Why did you lie to me, Maya? Why?!” tengking Syazwi.
Tahukah Maya yang penipu adalah antara orang yang dia paling tidak  suka? Tahukah Maya penipuannya itu sangat menyakitkan hati lelakinya?
Maya diam. Bergerak–gerak bibirnya mahu menjawab tapi tidak terkeluar sebarang perkataan.
“Awak kata awak tak ada suami! What on earth does that mean, Maya?!” tengking Syazwi lagi.
Kalau boleh, mahu saja ditamparnya Maya. Boleh pulak buat muka selamba walhal menipu besar.
Saya tak pernah ada suami. Saya cuma ada Mia selama ini.’ Pengakuan Maya satu ketika dulu bila dia bertanyakan tentang papa Mia tergiang kembali menyapa memorinya.
Drama terhebat malam tadi masih segar di ingatan. Syazwan mengaku sebagai suami Maya di depan mata. Hoho! Kebetulan ke apa? Syazwan Imad. Adik tirinya. Bermaksud dalam erti kata lain, Maya Laila adalah adik iparnya.
Gila! Musnah harapan mahu berisiterikan Maya. Hancur lebur niat mahu menjadi papa Mia. Dia tidaklah sejahat mana mahu menghancurkan rumahtangga orang lain.
“Shaz, memang patut...”
“Memang patut awak tipu saya?!” pintas Syazwi dengan suara yang makin meninggi. Rasanya sampai luar pun boleh dengar. Bergerak–gerak rahangnya menahan marah. Tangan naik bercekak pinggang dan mundar–mandir di hadapan Maya.
“Perempuan semua pun sama saja. Tak puas dengan sorang, semua lelaki nak dikebas. And you, perempuan jenis apa awak ni Maya?!”
“Shaz, dengar dulu.”
“Keluar sekarang, Maya. Saya tak nak tengok muka awak.” Arahan Syzwi yang menghalaunya keluar buatkan Maya terkedu. Dia pantas bangun mahu berlalu keluar. Tak guna bercakap dengan Syazwi sekarang. Biarlah marah lelaki itu reda dulu.
“Sorry, Shaz. It was my fault in the first place,” kata Maya perlahan. Nanti–nanti dia akan terangkan juga pada Syazwi. Kalau dia di tempat Syazwi pun, dia akan marah.
Kaki Maya bergerak menuju ke pintu untuk berlalu keluar. Tunggu lama–lama, nanti silap hari bulan melayang fail di atas meja Syazwi ke mukanya.
And by the way, so you are the one. Anak Datuk Arshad yang study oversea. Lepas tu mengandung anak luar nikah. I guess it’s Mia,” kata Syazwi cukup sinis.
Datuk Arshad, memang papa kenal. Papanya dan Datuk Arshad boleh tahan juga rapat. Jadi cerita tentang anak Datuk Arshad yang papa ceritakan dulu, dia dah sedia tahu. Cuma dia langsung tak terfikir yang anak Datuk Arshad adalah Maya Laila.
Mati langkah kaki Maya yang menuju ke pintu. Rasa mahu tercabut jantungnya. Hatinya bagai dihiris sebilah pedang. Kalau setakat nak mengutuk Maya Laila, dia tidak kisah. Tapi bila Mia Shaza dilibatkan sekali, itu dah dikira melebih.
Maya berpaling. Air mata yang tadi ditahan akhirnya jatuh juga. Matanya melawan pandangan tajam Syazwi.
“Jangan sentuh tentang Mia, Shaz. Dia bukan anak luar nikah. Dia anak saya,” ujar Maya perlahan. Jangan tuduh sebelum tahu cerita sebenar boleh tak?
Syazwi tersenyum sinis.
“Ye ke? How I wish I could believe that Maya.”
Fuh! Kepala Maya terasa seperti dihentak kuat dengan ayat Syazwi. Dia berlalu keluar tanpa kata. Air mata diseka dengan hujung jari.
Baru selangkah dua melangkah keluar dari bilik Syazwi, telinganya sudah dapat menangkap suara–suara sumbang yang mula mengutuk.
Dah agak dah. Memang dasar tak tahu malu.
Nak ngorat bos punya pasal, sanggup kata tak ada suami.
Maya tidak mampu membela diri. Berlalu ke mejanya dengan muka tebal lima inci. Jambangan bunga yang diberikan oleh Syazwan dipandang kosong. Kalau dulu, bolehlah dia melompat gembira dengan setiap pemberian Syazwan. Tapi kini? Rasa nak hempuk kepala Syazwan kuat-kuat. Tak puas berdrama di depan rumah sewanya malam tadi, hari ini muncul di pejabat mengaku sebagai suami dengan dahi yang berplaster. Argh! Nak tak nak, terpaksa juga dia terima demi  menjaga air muka Syazwan.
Telefon dicapai Maya. Laju saja tangannya menekan–nekan skrin telefon menghantar pesanan ringkas. Syazwan memang nak kena.
Shaz, we need to talk. When can we meet?- Maya
Anytime, Maya. I’m always available.- Syazwan
6pm. Set the place.- Maya
 Full House?- Syazwan
Jangan berangan. Rumah sewa saya.- Maya
Pap! Hampir terlepas Samsung di tangan tatkala melihat Syazwi tercegat di depan meja dengan muka menyinga.
“Can’t you differentiate between working hours and lunch hours?”
Maya tidak menjawab. Menyindirlah tu sebab main telefon waktu bekerja. Matanya tertancap pada fail biru yang dilemparkan di atas mejanya.
Expo tu jangan lupa. Ni homework awak. Study everything bout oil palm.” Tegas suara Syazwi.
Maya rasa macam nak tercekik. Namun, dianggukkan juga kepalanya. Apa kes minyak kelapa sawit?

            SYAZWAN renung telefon di tangan. Nafanya di tarik panjang. Maya hari ini bukan lagi seperti Maya tiga tahun yang lepas. Maya yang manja. Maya yang menggoda. Maya yang sentiasa menggetarkan naluri lelakinya.
            Teringat kembali saat manis ketika kali pertama berjaya menakluki Maya Di Shiffield. Oh! Kenangan, tersemat manis dalam memori ingatannya.
Saat maatanya terbuka, wajah cantik Maya terpampang di depan mata. Cantik sungguh ciptaan Tuhan yang satu ini. Dalam tidurnya yang pulas pun, Maya masih tampak menawan. Bibir Syazwan mengukir senyum tanpa sedar.
     Tangan naik mengelus rambut Maya yang menutupi sebahagian wajahnya. Maya sudah berjaya dimiliki. Puas hati? Harus! Maya Laila yang digilai ramai lelaki, dia yang dapat. Bibir Maya dicium lembut.
     Perlahan–lahan Syazwan bangun dari katil. Pakaian yang bertaburan di atas lantai dicapainya satu persatu. Berkerut dahi Syazwan. Ni apa kes semua pakaian berwarna putih?
     “Good morning.”
     Syazwan berpaling. Maya tersenyum manis. Senyuman yang menggetarkan jantungnya itu dibalas Syazwan mesra.
“Dah bangun?” Dia merapati katil dan mendapatkan Maya yang masih berbalut di sebalik comforter. Badan yang tidak berbalut apa–apa terasa sejuk disapa pagi yang tenang semasa musim bunga begini.
Maya tersenyum. Hangat terasa bila tubuhnya dipeluk Syazwan penuh kasih. Sungguh, dia bahagi sangat-sangat.
“Thanks for last night,” bisik Syazwan lembut ke telinga Maya. Pipi mulus milik Maya diusap Syazwan lembut sebelum bibirnya menjalar ke wajah dan leher Maya.
Bibir mengukir senyum tatkala melihat kesan merah di leher Maya. Rasa bangga dengan diri sendiri kerana berjaya menakluki Maya. Tengok oranglah, ini Syazwan Imad!
Mendengar bisikan Syazwan, Maya teringat kenangan semalam. Lantas, pipinya terus berubah merah. Malu dan segan.
“My pleasure.”
“Lain kali saya nak lagi.” Bisik Syazwan lagi.
Anytime you want, Shaz. Awak kan dah jadi suami saya.”
Syazwan tersentak. Hampir mati senyumannya. Oh my Maya! Barulah dia teringat! Yang dia sudah bergelar suami pada wanita yang bernama Maya Lailan ini
“Owh! So these explained,” kata Syazwan sambil menunjukkan ke arah pakaian putih mereka berdua yang bertaburan di atas lantai.
“Meaning?”
“Saya ingat kita one night stand. Saya terlupa kejap.”
Syazwan ketawa besar. Otak lagging di pagi hari. Terlupa yang dia dan Maya sudah diijabkabulkan malam tadi.
Telefon yang bergegar di tangan menandakan ada pesana masuk mengejutkan Syzwan dari lamunan. Syazwan ngeleng kepala. Wajahnya diraup kasar.
Maya Laila! Kalaulah dia tidak mengambil keputusan bodoh untuk lari dari tanggungjawab suatu ketika dulu, dia percaya saat ini dia sedang bahagia bersama Maya dan anak-anak mereka.       


Wednesday, December 26, 2012

Mama Mia Shaza 14 & 15


BAB 14

TUBUH  Mia dibaringkan Syazwan di atas katil. Sempat pipi Mia dicium sekali sebelum dia berpaling menghadap wajah tegang Maya. Marah? Oh! Dia lagi marah. Selamba Maya layangkan penampar sebijik bila dia mengaku sebagai suami di depan lelaki yang tidak tahu timbul dari celah mana di dalam hidup Maya.
“Awak nak apa?” tanya Maya.
Wajah Syazwan ditatap tajam. Bila Syazwan mendekat, Maya masih tegak berdiri di tempat tadi sambil berpeluk tubuh. Tak takut pun. Syazwan takkan sampai tangan. Dulu nak cubit dia pun Syazwan tak sanggup.
“Who is he, Maya?” Syazwan membuka mulut. Syazwi Imad. Masa bersalam tadi, lelaki itu siap bagi nama penuh sekali.
Mata Maya terarah pada tubuh si comel yang bergerak–gerak. Mesti Mia tidak selesa. Baju tidur belum ditukar.
“Lima minit,” pinta Maya.
Pijama Mia di dalam almari dicapai Maya. Dengan penuh hati–hati dia menukar pakaian Mia. Bimbang si jantung hati terjaga. Payah nak pujuk untuk tidur semula kalau Mia terjaga dan menangis.
“Nak minta tolong tak?”
Tangan Syazwan mengelus rambut Mia ditepis Maya. Sempat dihadiahkannya jelingan tajam. Menyibuk melebih!
“Kita bincang di luar,” bisik Maya.
Syazwan sekadar menurut. Mata tidak lepas memandang wajah Mia. Hidung dan mata Mia sebijik tempek wajahnya! Itulah yang buatkan dia lagi jatuh sayang pada Mia.
Melangkah ke ruang tamu dan menunggu Maya di situ, Syazwan kumpul sebanyak mungkin soalan-soalan yang ingin ditanya.
Tidak lama menunggu, kelihatan Maya keluar dari bilik si kecil dan melangkah ke arahnya yang duduk menunggu di sofa.
Suasana di ruang tamu diam dan tegang. Maya di hujung sana manakala Syazwan pula seberang sini. Nadia sudah lama menghilangkan diri ke tingkat atas. Tak nak masuk campur hal suami isteri.
“Siapa dia?” tanya Syazwan kali kedua.
“Shaz. I mean another Shaz,” jawab Maya bersahaja.
Syazwan tarik nafas dalam. Sama nama. Pandai Maya pilih pengganti.
“What do you mean by another Shaz?”
“Yalah, another Shaz. Kenapa? Awak ingat awak sorang saja Shaz kat dalam dunia ni?” Maya menjawab selamba.
Kalau difikirkan betul–betul, dia yang bersalah. Keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami. Balik pula hampir tengah malam. Mahunya Syazwan tak marah. Salahkah Syazwan mengaku sebagai suami? Dan dia yang terkejut dan marah membuatkan tangan rasa ringan hinggap di pipi Syazwan. Serius dia dihimpit rasa bersalah.
Syazwan tersenyum nipis. Pahit. Shaz versi Papa Mia hanya ada seorang saja Maya. Takkan dah lupa. Hati Syazwan berkata sendiri.
“Awak dah lupa awak isteri saya ke Maya?”
Aik! Ingat pulak Syazwan ni yang dia masih isteri yang sah. Habis tu lebih tiga tahun lalu tak ingat ke? Terangkat sebelah kening Maya.
“Oh! Saya masih isteri awak ke? Ingatkan awak yang dah lupa.”
Pang! Syazwan tertampar lagi. Untuk kali keempat. Dia melepaskan keluhan. Bersandar pada belakang sofa dengan rambut dilurutkan ke belakang. Rambut kusut, fikiran pun turut sama kusut.
“Jangan nak cari gaduh, Maya.”
Datang untuk berjumpa malam ini bukanlah dengan niat nak bertekak. Dia datang mahu memujuk Maya. Mama teringin nak jumpa Mia. Kalau diikutkan hati, boleh saja kiranya dia ‘culik’ Mia sejam dua dari nursery tanpa izin Maya.
Mama nak jumpa cucu mama.
Umur dia berapa?
Iras siapa? Shaz ke Maya?
Itulah soalan-soalan Maya yang menghujaninya. Kalau boleh, malam ini juga dia nak bawak Mia balik rumah mama.
“Kita berpisah, Shaz.” Permintaan Maya buatkan Syazwan rasa terhenyak teruk. Lain yang diharap, lain yang menjadi. Maya sekarang sudah semakin berani.
“Pernah dengar cerai fasakh tak?” tanya Maya perlahan. This is totally not good, Maya!
Oh gosh! Syazwan betul–betul rasa tertekan. Maya sudah merepek yang bukan–bukan. Wajah ditunduk  memandang lantai dengan kedua–dua belah tangan diletakkan di belakang tengkuk. Rasa takut, resah dan sedih kini bertamu di dalam hati.
Takut untuk kehilangan Maya. Resah kerana tidak dapat memujuk Maya dengan cara baik. Dan sedih jika satu hari dia harus menjauh dari kehidupan Maya dan Mia.
Ops! Saya terlupa. Awak kan cetek ilmu agama, agaknya awak tak tahu pun maksud cerai fasakh tu. Dah berapa lama awak tinggalkan saya Shaz?”
Fuh! Panas telinga Syazwan. Menyindir tahap tertinggi. Wajah selamba Maya ditatap. Cetek agama tak semestinya dia tak faham apa itu cerai fasakh.
“Selama  ni saya sorang yang besarkan Mia. Tak pernah ada masalah pun. So just let us go, Shaz. Tak ada guna saya bersuamikan lelaki macam awak. Ketua keluarga yang tak dapat membimbing keluarga sendiri.” Lancang mulut Maya meluahkan kemarahan di hati.
Syazwan terdiam. Kerdilnya dia! I’m sorry Maya. I can’t be perfect!


SYAZWAN ketawa sendiri. Gelas di atas bar diputar–putarnya dengan tangan. Soal kepala pening ditolak tepi. Bayang–bayang Maya dilihatnya di mana–mana. Habis ketawa, dia tertunduk lama.
     ‘Jangan minum lagi, Shaz. Nanti awak makin mabuk.
Syazwan mendongak. Toleh kiri kanan. Tiada Maya. Syazwan tersenyum nipis. Memang dah sah dia gila bayang dengan isteri sendiri.
Shaz, baliklah sekarang. Saya tunggu awak. Dah lambat dah ni. Esok kita ada kelas.’ Suara lembut Maya ketika memujuk waktu dulu-dulu menerpa anak telinganya.
Syazwan tersenyum lagi.  Itulah ayat tetap Maya yang memujuk dia balik setiap kali dia bertukar menjadi Badman ketika di Sheffield dulu.
Kalau dulu, Maya akan setia menunggunya di muka pintu. Bila muntah, Maya yang akan tolong bersihkan. Bila pening, Maya yang akan tolong urutkan kepala. Pendek kata, seteruk mana pun dia, Maya tetap bersabar.
Tapi kini? Nak balik apartment pun tiada sesiapa yang akan menyambut kepulangannya. Perabot yang kaku dan ikan Arawana yang berenang kiri kanan di dalam akuarium saja yang menjadi peneman. What a pathetic life I have, Maya!
If you go hard you gotta get on the floor,
If you’re a party freak, then step on the floor,
If you’re an animal then tear up the floor,
Break a sweat on the floor, yeah we work on the floor.
Syazwan bangun dan bergerak keluar. Dalam hati nak balik dan melontarkan tubuh ke katil. Lagu J. Lo langsung tidak menarik perhatiannya. Dance floor di depan mata hanya dipandang sekilas. Biasanya itulah yang menarik perhatiannya. Lenggok mana–mana perempuan yang menari sampai lupa dunia yang menggetarkan keinginan lelakinya. Tapi hari ini, dia rasa jijik. Nak pandang pun dia tak lalu.
Perjalanan yang sepatutnya sekejap saja terasa begitu lama. Lagi–lagi hujan sudah mula renyai–renyai. Hati terasa makin sunyi dan sedih. Oh! Takkan nak menangis. Tak macho!
Pedal minyak ditekan Syazwan. Makin laju keretanya membelah jalan. Benarlah kata orang, don’t drink and drive. Sampai di traffic light, Lexus IS250 berwarna putih Syazwan tidak sempat berhenti. Stereng kereta dipusingkan ke kanan tanpa sedar.
Boom!
Airbag di depan stereng terbuka.
“Arghh!”
Syazwan menjerit melepaskan geram. Bawalah lagi laju–laju. Sedap–sedap langgar tiang traffic light!


BAB 15

Syazwi intai ke bilik papanya yang sedikit terbuka. Lampu yang masih terpasang memudahkan matanya menangkap bayang papanya yang duduk di kerusi rotan di balkoni bilik. Lantas, Syazwi atur langkah masuk menuju ke arah papanya.
“TAK tido lagi ke?” Syazwi menegur.
Kamal berpaling. Anak terunanya berdiri di sliding door dengan muka segar. Dapat agak. Syazwi baru lepas mandi.
“Papa bosan,” jawab Kamal.
Berkepul–kepul asap cerutnya di udara. Syazwi mengambil tempat duduk di kerusi rotan sebelah. Wajah Papanya dijeling sekilas. Tebalnya asap. Cerut dari celah mana yang papa hisap ni?
 “Nak try ke?” Kamal membuat tawaran.
Syazwi tergelak sambil mengeleng. Pandangannya dilontarkan ke hadapan. Malam ini katak aktif menyanyi. Hujan renyai–renyai yang membasahi bumi membuatkan tubuhnya yang terdedah terasa sedikit dingin.
“Camelia apa khabar?” Soalan cepumas papa memang tak boleh blah.
“Entah. Don’t know don’t care,” jawab Syazwi acuh tak acuh. Camellia sihat ke tak, terjun laut ke tak, bukan urusan dia.
“Kalau Shaz tak nak Camelia, papa boleh cari lain.” Kamal menawarkan diri.
Taste papa semua tak boleh haraplah.” Jawapan Syazwi membuatkan Kamal terbatuk kecil.
Syazwi menoleh ke sisi. “Kan dah pesan jangan hisap lagi benda alah tu,” rungut Syazwi. Orang tua memang selalu degil macam papa ke?
Kamal sekadar tersenyum. Omelan Syazwan umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Pa, tak nak kahwin baru ke?”
“What?” Terjegil mata Kamal mendengar soalan si anak.
Syazwi tayang senyum segaris.
“Dah tua dah pun,” jawab Kamal. Kambing tua siapa yang nak. Dulu–dulu masa badan masih bergetah pun siap kena tinggal isteri sendiri. Salah siapa? Bekas isteri atau dia sendiri?
“Mana tau. Belum cuba belum tau, pa. Poket kan penuh. Siap ada pangkat lagi,” sakat Syazwi.
No. No. Papa dah expired. Shaz bila nak cari calon? Papa boleh masuk meminang terus.” Kamal mengubah topik.
Cadangan Syazwi memang tak boleh pakai. Nanti apa kata orang Datuk Kamal yang dah berumur 60 tahun berkahwin baru. Iskh, tak naklah!
Tawa Syazwi mati perlahan–lahan. Maya. Maya. Maya. Itulah calon yang ada di hatinya ketika ini. Tapi, nak menggapai Maya memang mustahil. Hati retak seribu bila mendapat tahu yang Maya rupanya masih isteri orang.
Janda beranak satu? Ku terima dengan rela hati.
Perempuan tanpa suami? Mia anak luar nikah? Ku tutup sebelah mata.
Balu? Ku terima dengan rela hati.
Isteri orang? Pet! Pet! Boleh blah!
Mana dia tak geram. Rasa tertipu tahap songoku supersaya. Maya kata tak ada suami. Bla bla bla...Tup–tup suami Maya muncul di depan rumah sewa Maya. Siap perkenalkan diri penuh sopan. Sangat memalukan diri sendiri yang sedang mengusung hak milik lelaki lain.
“Shaz jatuh cinta dengan isteri orang, pa. Silap,” luah Syazwi.
“Laaaaa..ye ke?”
Syazwi angguk kepala. Haruslah nak luah dengan papa. Takkan nak luah dengan Makcik Nora pembantu rumah. Malu!
“Pa, ada add mama kat FB tak?” tanya Syazwi tiba–tiba.
Berkerut dahi Kamal. “Kenapa pulak?”
Syazwi tidak menjawab. Dia angkat punggung menuju ke arah meja di sudut bilik. Dan melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di situ.
“Kenapa dengan FB mama?” laung Kamal dari balkoni luar.
Senyap! Laju saja tangan Syazwi meneruskan melarikan mouse sana sini. Dia ingin mencari kepastian tentang keraguan di kepalanya.
Log in. Rafaniah Harun. Search! Syazwan Iman. Son.
Syazwi mengeleng kepala. Tangan naik meraup wajahnya kasar. Sah! Syazwan Imad! Bingo!
“Papa, why did she leave us?”Soalan Syazwi dari dalam dibiarkan pergi oleh Kamal. Tak nak jawab. Tak akan jawab. Andainya masa boleh diputar semula......



Tuesday, December 18, 2012

Mama Mia Shaza (MMS) 13


NADIA duduk di ruang lobi pejabat. Nak lunch dengan Maya hari ini. Kata teman baiknya itu ada berita yang nak dikongsikan bersama. Mata melilau melihat sekeliling. Namun kelibat Maya tak muncul lagi.
Majalah di bawah meja dicapai Nadia. Tak ada Chloe ke? The Edge buat apa? Nak baca majalah tentang bisnes memang akan buat dia muntah darah. Oh terlupa! Ini bukan salon kecantikan Cik Nadia. Majalah diletakkan semula di tempat asal.
“Belum apa–apa lagi dah kikis duit bos.” Tiba-tiba telinga Nadia menangkap satu suara sumbang.
“Biasalah, bos kan masih single. Mestilah dia senang nak tackle.” Balas satu suara lain.
Nadia menjeling. Dua orang perempuan sedang sibuk menganyam ketupat dan duduk bertentangan dengannya.
“Dengar–dengar dia masuk bilik bos, goda–goda. Sebab tu dapat gaji awal.”
“Ye ke? Cheh! Sahlah dia ada buat something dengan bos tu.”
Berderau darah Nadia mendengar umpatan tersebut. Rancaknya mulut! Memang sah mengata Maya ni.
“Biasalah, perempuan murah memang macam tu. Ada anak tapi tak ada suami. Nampak sangat tak ada maruah.”
Fuh! Makin panas telinga Nadia. Memang nak kena tenyeh hidup–hidup nampaknya.  Nadia bangun dan mendekat. Berdiri betul–betul di hadapan dua minah mulut becok dengan tangannya naik bercekak pinggang.
 “Seronok mengata kawan aku nampak,” sindir Nadia.
Keduanya tersentak, berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Nadia tanpa kedip.
“Korang pernah merasa kena lempang tak?” tanya Nadia berani. Dia black belt dalam taekwando, setakat nak patahkan sebatang dua tulang jari minah dua orang ni tak susah mana pun.
Kedua–duanya menggeleng dengan muka blur. Agaknya teramam dengan soalan tak terduga dari Nadia.
 “Lain kali, jangan main lepas cakap kalau tak tau cerita sebenar. Kutuk lagi sekali, aku hentam sorang–sorang,” ugut Nadia. Perlahan tapi cukup tegas. Hoyeah! Ini Nadia okey!
Berubah terus riak dua minah mulut becok. Siapa tidak takut. Dress paras lutut yang dipakai Nadia bercorak harimau bintang. Muka serius macam nak cari gaduh. Sebijik harimau jadian!
“Babe!”
Nadia menoleh bila bahunya ditepuk perlahan.  Maya tersenyum memandangnya.
“Jom. Jom. Blah.” Lengan Maya ditarik Nadia. Lagi cepat keluar lagi bagus.
Maya tertoleh–toleh ke belakang. Ni mesti ada yang tak kena. Wajah dua orang rakan pejabatnya kelat semacam. Kena fire Nadia kot.
“Ni apasal muka macam nak berperang ni? Did someone step on your tail?” tanya Maya.
Not exactly on my tail. Tapi cukup untuk buat aku mendidih,” jawab Nadia.
Maya tergelak. Bukan dia tak kenal Nadia. Bab marah memang Nadia nombor satu. Tak ubah macam Wayne Rooney. Kalaulah Nadia pemain bola sepak, sah takkan terlepas dari kad merah.
“Patutnya kau ikut kelas Anger Management, babe. Kurang sikit panas baran kau tu,” sakat Maya.
Nadia memberi jelingan tajam. “Yeah, right!”
 “Makan kat mana? Aku ada banyak benda nak share ni,” tanya Maya.  Mereka berdua bergerak ke arah kereta Nadia yang diparking di seberang jalan.
“About what?”
“Syazwi.”
Nadia angguk kepala. Syazwi dah masuk line? Nampak gaya harapan Syazwan memang tipis macam kulit bawang.
“Nak makan mana?” tanya Maya lagi.
Laju saja dia menerobos masuk ke dalam kereta Nadia. Mak oi, panas! Sebaik enjin kereta dihidupkan Nadia, cepat–cepat Maya memasang penghawa dingin. Full blast terus.
KFC, idamanku selalu.”
Maya menoleh dengan muka menyampah. Apa kes KFC tengah hari buta? Siap menyanyi lagu tema lagi teman baik di sebelahnya ini.
Please, Maya. Aku nak makan Sundae.” Nadia tayang senyuman lebar. Kaca mata hitam Bonia disarungkan penuh gaya. Sepasang dengan kaca mata hitam Maya, warna saja yang berbeza sedikit.
“Soto ayamlah, Nad. Aku mengidam ni,” pujuk Maya.
“Soto ayam malam nantilah. Panas–panas ni sedap nak makan Sundae.” Kereta Nadia sudah mula mengundur keluar dari petak parking.
“Malam nanti ada plan. Syazwi ajak keluar.”
Brek kereta ditekan Nadia. Tak jadi reverse. Wajah Maya dipandang di sebalik kaca mata hitamnya.
“Cepatnya dia potong line,” kata Nadia. Syazwan, habislah awak!

SYAZWAN memanjangkan lehernya di sebalik pintu pagar. Myvi Maya yang punya. Perdana Nadia yang punya.  Bermaksud kedua–duanya ada di rumah.
Ting! Ting! Ting! Pagar diketuk dengan menggunakan kunci keretanya.
“Maya!!” Syazwan memanggil namun, senyap tanpa jawapan.
“Maya!! Maya!!” Sekali lagi Syazwan mencuba nasib. Makin lama, makin kuat ketukannya diselang–selikan dengan laungan nama Maya.
Pintu rumah dibuka dari dalam. Ketukan pada pagar terhenti. Di dalam hati, mengharap sangat agar Maya yang membuka pintu.
Melihat sesusuk tubuh yang tercegat di muka pintu. Syazwan terkedu. Harimau yaw! Bukan kekasih hati.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan suara yang sedikit kuat.
“Errr..saya nak jumpa Maya,” jawab Syazwan.
Haish! Kalau dengan Nadia memang dia kecut perut sikit. Dari dulu sampai sekarang tak pernah surut rasa takutnya pada harimau jadian anak Datuk Sulaiman itu.
“Maya tak ada. Dia keluar.”
Then kenapa kereta dia ada kat sini?”
“Dia keluar dengan kawan,” jawab Nadia.
Malas nak panjangkan cerita. Syazwi ajak keluar, Maya tapau Mia sekali. Bla bla bla...Biarlah Maya sendiri yang membuka mulut. Bagi Syazwan melopong sikit. Menyampah  dengan Syazwan. Dulu bukan main nak buang Maya, sekarang datang cari balik buat apa?
Syazwan termangu di depan pagar. Maya keluar dengan siapa? Setahunya, hanya Nadia saja kawan yang Maya ada. Yang lain dia tak kenal sangat. Nak bertanya dengan harimau di depan pintu, dia tak berani.
“Awak baliklah dulu. Agaknya tengah malam nanti baru dia sampai,” kata Nadia lagi, dengan niat mahu menghalau.
“Lagi satu. Lain kali jangan pandai–pandai nak ketuk pagar tu. Ni bukan zaman cintan cintun awak macam kat Sheffield dulu.”
Terkedu Syazwan. Terpukul dengan kata–kata Nadia. Mulut Nadia tak pernah berubah. Penuh dengan cili padi.
“Awak tau tak bila dia balik?” tanya Syazwan.
Nadia yang baru hendak menutup pintu menjenguk semula ke luar. Berdiri bercekak pinggang dengan pandangan tajam. Tahap sabarnya sudah semakin nipis.
“Entah,” jawab Nadia pendek.
“Dia bawak Mia sekali tak?”
Nadia mengeluh sambil berpeluk tubuh. Encik Syazwan yang sedang berdiri di depan pagar rumah sekarang ini betul–betul tak reti diam. Banyak tanya!
“Dah Mia tu anak dia, mestilah dia bawak sekali. Why? Ingat dia macam awak ke? Main tinggal ikut suka. Sekarang baru sibuk nak kutip balik,” jawab Nadia sinis. Puas hati.
Pang! Syazwan terasa seperti kena tampar di pipi.  Tajam giler sindiran Nadia. Sakit dan memeritkan.
“Awak tunggu apa lagi? Blah lah.”
Dum! Pintu rumah teres dua tingkat itu terus ditutup Nadia.
Syazwan masih setia di depan pagar rumah. Kotak rokok di dalam poket seluar dicapai. Tabiat buruk yang masih belum dibuangnya hingga ke hari ini. Masih muda lagi. Nanti–nanti pandailah dia berhenti sendiri.
Badannya disandarkan pada bonet hadapan kereta. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar, yang sebelah lagi memegang batang rokok dengan asap yang berkepul–kepul.
Nampak macho? Of course! Tapi padah merokok tu langsung tak macho. Memudaratkan kesihatan dan boleh membunuh.
Jam di tangannya dikerling sekilas. Sudah pukul 10 malam tapi Maya masih belum pulang. Takkan Maya nak keluar sampai tengah malam. Mia pula dibawa sama. Mahunya Mia letih nanti.
Habis sebatang rokok dihisap Syazwan. Puntung dibuang ke atas jalan dan dipijaknya dengan sebelah kaki. Saat kepalanya mendongak, sebuah kereta berhenti di depan pagar rumah Maya. Bersebelahan dengan keretanya.
Pasti Maya! Fikirnya sendiri. Pintu di sebelah pemandu dan penumpang sama–sama  terbuka. Melihat Maya yang keluar dari perut kereta, dia mengukir senyum. Tapi senyumannya mati tatkala pemandu yang keluar adalah lelaki.
Untuk seketika pandangan Syazwan dan Maya bertaupan. Tetapi tidak lama. Selamba saja Maya berpaling dan membuka pintu belakang.
“Nak saya tolong angkat Mia ke?” lelaki berbaju merah itu bertanya dan berdiri betul–betul di sebelah Maya.
Syazwan terus bangun dari duduknya di bonet kereta. Boleh–boleh Maya buat tak nampak sedangkan dia di depan mata.
It’s okay. Mia tak berat mana pun,” jawab Maya.
Mia yang sudah tertidur diangkat dari tempat duduk belakang dan didukungnya. Sedikit pun tidak peduli dengan Syazwan yang memandangnya tajam.
Syazwi menoleh. Pandangannya kemudian beralih pada Maya. Bibirnya didekatkan ke telinga Maya.
“Who is he?”
Maya angkat bahu.
“Entah, salah rumah kot,” Maya berbohong. Nak mengaku yang Syazwan ni suami dia? Oh please, never!
“Thank you for the wonderful dinner,” ucap Maya dengan senyuman paling manis, dan penuh ikhlas. Dalam  masa yang sama, sengaja nak tunjuk depan–depan, bagi Syazwan rasa terhenyak sedikit.
Syazwi terenyum. Yang si Syazwan di kereta sebelah pula terpana. Ni lelaki mana yang usung isteri dia malam–malam macam ni?
My pleasure. Lain kali awak pulak belanja saya,” jawab Syazwi.
Pipi Mia dielus perlahan. Anak kecil yang menawan hatinya. Kalaulah Mia itu anak dia. Dan Maya pula adalah isterinya.
Oh! Syazwan rasa makin tercabar. Drama di depannya ini menggoncang kuat egonya sebagai suami.
“Maya.” Syazwan mendekat. Maya dan Syazwi menoleh serentak.
“Salah orang ke?” soal Maya.
Pang! Syazwan tertampar kali kedua. Tadi tertampar dengan ayat Nadia, sekarang tertampar dengan ayat Maya.
“Shaz, awak baliklah dulu. Seriously saya tak kenal siapa dia ni,” kata Maya lagi.
Pang! Syazwan tertampar lagi kali ketiga. Manakala Syazwi pula masih ragu–ragu. Tak kenal ke buat–buat tak kenal?
“Shaz, please just leave. I can handle this.” Maya sudah menggesa.
Urusannya dengan Syazwan, dia tidak mahu Syazwi masuk campur. Biarlah dia selesaikan sendiri.
Syazwan sudah berdiri bercekak pinggang. Hati marah, tapi lidah kelu untuk mengeluarkan kemarahan.
“And you, Shaz. We need to talk.” Maya berpaling pula pada Syazwan yang membatu di sebelah.
Syazwi tersentak. Sama nama geng! Dan ya, Maya kenal! Matanya beralih pada Syazwan, kemudian pada Maya semula.
“Awak pasti awak okey?” tanya Syazwi.
Maya angguk kepala.
“Call me tonight.” Syazwi memberi isyarat tangan.
Syazwan rasa geram tiba–tiba. Siap pesan suruh telefon? Sabarnya sudah hilang. Dia mendekat lagi, terpacak tegak di depan Syazwi. Tanganya dihulurkan untuk bersalam.
 Maya sudah resah semacam. Dan bila dua tangan sasa itu bersalaman, dia rasa bagai nak tumbang.
“Saya suami Maya.” Ucapan Syazwan yang memperkenalkan dirinya begitu buatkan Tangan Maya hampir terlepas memeluk Mia. Oh! Dia lupa siapa sebenarnya seorang Syazwan Imad.

Saturday, December 15, 2012

Mama Mia Shaza (MMS) 11 &12


BAB 11


SYAZWAN masih tayang senyum. Ingat dia dan Maya buat maksiat dalam kereta ke? Huh! Maya isterinya. Istilah maksiat tu tak ada dalam kamus suami isteri.
Maya disebelah dikerling sekilas. Monyok saja mak singa, tapi masih nampak cantik di mata Syazwan Imad.
“Hantar saya balik,” ucap Maya. Nada tegas.
Mahu tak luruh jantungnya kena tangkap pencegah maksiat malam–malam begini. Parking lot depan taman jam 11.30 malam. Cermin kereta gelap semacam. Lampu jalan tak terpasang. Pandai Syazwan cari port untuk ‘diserbu’.
“Balik mana? Rumah kita?”
Maya menoleh. Bibirnya bawahnya diketap. Selamba saja riak Syazwan yang sedang memandu di sebelahnya. Lawak di malam hari begini memang dia takkan ‘makan’ okey!
“Rumah sayalah,” jawab Maya geram.
Syazwan sembunyi senyum. Saja nak menyakat Maya.
“Awak kerja kat mana sekarang?” tanya Syazwan yang meneruskan permanduan dengan tenang.
Maya diam. Dijelingnya Syazwan di sebelah.
“Maya?”
Diam lagi.
“Kalau awak tak jawab, saya tak hantar awak balik. Mana tau Mia nak tambah adik.” Syazwan mengugut.
“Bangi,” laju Maya menjawab mengundang ketawa Syazwan. Tau pun takut!
“Shaz, awak dan saya. Tak mungkin akan bersama semula,” kata Maya tiba–tiba. Pandangannya dilontarkan ke luar tingkap.
“Jangan yakin sangat, Maya. Nanti diri sendiri yang merana,” balas Syazwan bersahaja.
Maya tersenyum nipis. Rasanya lebih baik merana hidup tanpa Syazwan daripada merana menahan kecewa melihat Syazwan berkepit ke hulu ke hilir dengan perempuan yang bukan dirinya.
“Kalau bukan demi kita, at least demi Mia,” kata Syazwan lagi.
“Mia tu anak saya seorang, Shaz. Awak tak ada hak.”
“Mia tu bukan hak saya? Habis tu Mia berbintikan nama siapa? Another Syazwan Imad? Ada ke lelaki lain yang sama nama dengan saya?” tebak Syazwan.
Terdiam terus Maya. Syazwan memang. Kalau berlawan kata memang nombor satu. Manis mulutlah katakan.
“Awak buat apa kat nursery Mia? Sampai anak saya menangis?” sengaja Maya menukar topik lain.
Correction, please. Anak kita.” Syazwan membuat pembetulan.
Maya hanya diam saja, malas mahu berlawan kata. Sebabnya, dia sudah tahu yang dia memang akan kalah.
“Entah jantan mana yang tak pandai jaga anak sampai kurang ajar sangat dengan Mia. Dah langgar kepala Mia, tak tahu nak minta maaf. Sakit kena langgar, tu yang Mia menangis. I was trying to calm her down, tapi awak pulak main ikut sedap je ketuk kepala saya,” jelas Syazwan panjang lebar.
Maya masih diam. Rasa bersalah? Adalah sikitlah.
“Shaz, Mia tak kenal papa dia. Boleh tak kalau awak jangan muncul terus dalam hidup Mia?” permintaan Maya buatkan Syazwan tersentak. Namun, dia masih tayang riak tenang.
“Dia tak pernah cari papa dia ke?” tanya Syazwan.
“Dia tak pernah tahu awak wujud pun, buat apa dia nak cari?”
Syazwan  terus terhenyak dengan kata–kata Maya. Pedas! Tetapi dia harus akur. Silap sendiri, tanggunglah sendiri.
Suasana jadi diam semula. Masing–masing  hanya melayan perasaan sendiri.  Maya dengan perasaan geram. Syazwan dengan perasaan bersalah.
Sebaik tiba di depan rumah sewa Maya, Syazwan menoleh ke arah Maya di sisi. Wajah Maya yang sangat-sangat dirinduinya dipandang penuh sayang.
“Maya, saya tidur sini boleh?” tanya Syazwan dengan sengihan di bibir. Mode menyakatnya datang lagi.
“Ni bukan rumah tumpangan, so the answer is no.” Jawapan Maya memag menghampakan tetapi Syazwan masih mampu mengukir senyum.
Then izinkan saya masuk kejap, saya nak jenguk Mia.”
“Mia dah tidur, tak payahlah nak jenguk,” balas Maya pantas.
Syazwan tarik nafas dalam.
“Sekali je Maya, lepas tu saya balik.” Syazwan masih cuba memujuk. Badannya dipusingkan menghadap Maya di sebelah. Makin tegang riak wajah Maya.
Tanpa suara, Maya terus membuka pintu kereta dan mahu melangkah keluar tapi tangannya sempat disambar Syazwan.
“Please, Maya. Only this one time,” rayu Syazwan lagi.
“Jangan paksa saya, Shaz. Semua ni terlalu cepat untuk saya dan Mia,” jawab Maya.
Syazwan akhirnya mengalah. Perlahan–lahan pegangannya pada tangan Maya dilepaskan.
Okay. Take your time. Tapi jangan lama sangat, saya nak mulakan hidup baru dengan awak dan Mia,” ucap Syazwan ikhlas.
Maya tidak menjawab. Terus saja dia keluar dari perut kereta dan bergerak ke pagar utama. Beberapa saat kemudian, langkahnya terhenti. Berpaling semula dan menuju ke arah bahagian pemandu. Cermin kereta Syazwan diketuk dari luar.
“Boleh. Tapi lima minit saja. Tak lebih dari tu,” ucap Maya.
Syazwan senyum segaris. Oh Maya! Cepat–cepat pintu kereta dibuka. Dia mengekori Maya dari belakang dengan hati berbunga–bunga. Mia sayang, papa datang nak bagi good night kiss!

SYAZWI termenung di meja kerja. Papa memang, tak habis–habis lagi dengan isu nak jodohkan dia dengan Camelia anak datuk mana entah.
Kalau papa nak sangat dengan perempuan tu, baik papa aje yang kahwin. Kan senang, habis cerita terus. Dia pun boleh dapat ibu tiri. Pakej lengkap untuk keluarga yang lengkap. Tak payah nak tunggu mama. Mama kan dah pergi tinggalkan dia dan papa.
Huh! Dasar perempuan materialistik.  Tak dapat duduk jenuh dengan satu lelaki. Bila ada yang lebih bagus, terus blah angkat kaki tinggalkan yang lama.
Mama menghilangkan diri bila usianya baru tiga tahun. Menangis mencari–cari wajah mama dari pagi sampai ke malam. Dan papalah yang memujuknya tanpa putus asa. Sampai hati mama!
Tibat-tiba dia teringatkan misinya untuk mecari mama di facebook. Zaman sekarang kan dah moden. Friendster dah pupus entah di mana.
Segera jemarinya bergerak mencari mouse di atas meja. Rafaniah Harun. Profile mama diklik.
Syazwi tersenyum sinis. Facebook mamanya berjaya dijejaki. Wajah yang masih sama seperti dulu. Cuma nampak tua sedikit. Kali terakhir melihat wajah mama pun lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Gambar mama yang dijumpai di bawah bantal papa. Agaknya menjadi peneman tidur papa.
 Mouse digerakkan lagi ke bawah. Matanya menangkap sebaris nama. Syazwan Imad. Son.
Jadi inilah adik tirinya. Yang dibela mamanya penuh kasih, sedangkan dia ditinggalkan tanpa kasih sayang ibu sendiri.
Lama Syazwi termenung di situ sebelum bangkit berdiri. Ah! Kenapa nak fikirkan masa lalu. Baik dia fikirkan masa akan datang. Atau, baik dia fikirkan bagaimana cara untuk mendekati Maya.
Sebut saja nama Maya, bibir Syazwan terus mengukir senyum. Langkah diatur menjenguk di sebalik pintu. Melihat kelibat Maya yang sedang tekun membuat kerja di mejanya, senyuman makin lebar terhias di bibir. Rajinnya mak singa!
Kemeja biru muda yang tersarung di tubuhnya dibetulkan agar nampak kemas. Lengan baju dilipat naik sampai ke paras siku.  Tali leher yang sedikit bengkok dibetulkan.
Sebelum mengatur langkah, Syazwi tarik nafas dalam–dalam. Dengan gaya ala–ala lelaki Melayu terakhir, dia bergerak ke arah meja Maya.
“Ehem.”
Maya mendongak.  Wajah Syazwi yang berdiri di tepi mejanya menjadi sasaran mata. Senyuman Syazwi dibalas mesra oleh Maya.
“Sibuk ke?” tanya Syazwi.
 “Kan dah nampak saya tengah bekerja ni. Maksudnya, sibuklah tu.”
Ouch! Senyuman Syazwi bertukar kelat. Maya ni tengah buat lawak ke tengah menyindir?
“Mia apa khabar?” tanya Syazwi lagi.
“Awak tak bosan ke tanya soalan yang sama tiap hari?” kata Maya dengan senyumannya yang masih lebar seperti tadi. Dia tak marah pun sebenarnya, makin suka adalah. Ada juga yang mengambil berat tentang Mia.
Syazwi tersengih lagi. Kedua–dua belah tangannya mendarat di atas meja Maya. Dia menunduk sedikit, mendekatkan wajahnya ke wajah Maya yang mendongak memandangnya.
“So, should I change my question then? Instead of how’s Mia, maybe I should change it to how’s Mia’s mum?”
Gulp! Tengah mengayat ke Syazwi ni? Tiba-tiba Maya rasa rasa mukanya berubah warna merah. Wajhnya ditunduk memandang kertas kerja yang bertaburan di atas meja. Janganlah Kak Zah di sebelah meja dengar kata-kata Syazwi tadi.
“Duit gaji tu, terima kasih.” Maya mengubah topik. Pagi dia minta tolong, petangnya akaun bank sudah berduit. Magik!
Syazwi ketawa kecil. Tubuhnya ditegakkan semula. Tabiat seperti biasa. Tangan bermain dengan hujung necktie. Jantung dup dap dup dap setiap kali berdepan dengan Maya. Hatinya dah jatuh sayang dengan Mama Mia!
No hal. Asalkan semua dah settle. Kalau perlukan pertolongan lagi, jangan segan nak bagitau. Saya boleh bantu,” kata Syazwi.
Maya single mother, nak jaga Mia seorang memang susah. Jadi dia tak kisah nak hulurkan bantuan. Niat di hati memang nak sunting saja Maya terus jadi isteri. Tapi mak singa di depannya ini liat sangat.
Bila bawa keluar bertiga, Maya ajak Nadia ikut sekali. Jadilah berempat. Kemudian bila bawa lunch bersama, Maya ajak Kak Zah sekali. Tak pun Faizal. Kesimpulannya, keluar berdua dengan Maya memang tak pernah.
 “It’s okay Shaz. So far I can  handle all these by myself,” jawab Maya tenang. Dia sudah biasa dengan kehidupannya sekarang. Lagipun dia ada Nadia. Kalau teruk sangat masalahnya, Nadia sentiasa membantu.
Maya merenung wajah Syazwi yang masih berdiri di depannya dengan senyuman masih mekar di bibir.
Kacak? Ya.
Muka kasanova? Tidak.
Muka macam orang yang beriman? Ya.
Baik? Memang.
Agaknya lelaki macam Syazwilah yang papa mahukan untuk menjadi suaminya. Bukan lelaki seperti Syazwan.
 “Awak tau pasal Expo Oil and Gas and Plantation tu kan?”  Syazwan bersuara mengubah topik tentang kerja.
Maya angguk kepala sebagai jawapan.
“Saya nak awak terlibat sama.”
Maya angguk lagi. Faham dengan kehendak ketuanya.
“But not in oil and gas, get involved in plantation part,” sambung Syazwi lagi.
Melopong mulut Maya. Salah dengar? Cotton bud tersumbat di lubang telinga ke? Tak mungkin.
“Kenapa plantation?” tanya Maya, terkejut.
Syazwi senyum lagi. Ah! Senyuman yang boleh mencairkan hati Maya jika selalu sangat dilihat.
“Nak awak merasa bidang baru,” jawab Syazwi ringkas dan mudah.
Erk! Maya terdiam. Bidang baru apanya. Ni tak ubah macam chef restoran kena suruh menjahit baju. Bidang yang jauh menyimpang. Argh! Syazwi sengaja nak mendera ke apa?


BAB 12


“ASSALAMUALAIKUM papa, mama.”
“Waalaikumsalam,” jawab Arshad dan isteri serentak.
Mala muncul di depan pintu dengan senyuman lebar. Mencium tangan mama dan papa yang sedang duduk di ruang rehat. Punggungnya dilabuhkan di sebelah mamanya.  Sempat mata menjeling sekilas ke arah papanya yang memandangnya tajam. Ni mesti kes akan kena goreng dengan papa tak lama lagi.
“Baru balik? Dah pukul 11 dah ni.” Arshad membuka mulut.
Mala tayang senyuman lebar. Bantal kecil di sebelahnya dicapai dan dipeluk.
“Ada hal dengan kawan kejap tadi,” jawab Mala.
“Ada hal dengan kawan ke dengan Maya?” Arshad menyerkap jarang.
Gulp!
Mala telan liur. Dah agak dah! Ni mesti Pak Ali yang bagitau papa. Menyesal minta tolong pemandu papanya itu hantarkan.
“Kejap aje pun,” balas Mala. Tangan memintal–mintal hujung bantal.
 Arshad merengus. Wajah selamba Mala ditatap tajam.
“Kan papa dah pesan jangan jumpa Maya lagi. Dia bukan keluarga kita.”
Mala sekadar diam. Senang papa tuduh kak long macam–macam. Gatal sangat nak kahwin awal. Anak luar nikah. Menconteng arang di muka papa dan mama. Bla bla bla.... Tapi baginya kak long tak salah langsung. Cuma nasib saja yang tidak menyebelahinya.
“Jangan jumpa lagi Maya tu, Mala. Nanti lama–lama Mala pun akan jadi macam dia,” kata Arshad lagi.
Dia mengangkat punggung dan beredar untuk ke tingkat atas. Malas mahu berbalah dengan anak bongsunya. Kalau muncung dah panjang seinci, haruslah jangan diteruskan juga ceramah tetapnya. Nanti Mala makin tunjuk protes.
“Mala, Maya apa khabar?”
Mala menoleh ke wajah mamanya di sebelah. Diam dari tadi, tup–tup sekarang buka mulut bertanyakan khabar kak long. Kena sampuk ke?
“Maya apa khabar?,” tanya Maimunah untuk kali kedua.
“Sihat,” jawab Mala sepatah.
Maimunah angguk kepala. Matanya tertacap semula pada skrin tv di hadapan. Diam sejenak sebelum menyambung kata.
“Mama rindu kak long.”
Mala terpana. Wajah mamanya dipandang lama. Tak salah dengar ke dia? Betul ke mama rindukan kak long?
“Dah lama tak jumpa kak long. Mama rindu,” kata Maimunah lagi dengan suara yang sedikit bergetar.
Hati Mala tersentuh. Faham dengan perasaan mama. Kepalanya dilentokkan ke bahu mama. Dan bila kepalanya diusap lembut, Mala pejam mata. Air mata menitis keluar.
“Mala pun rindu kak long,” jawab Mala.
Mata Maimunah kabur. Sejak akhir–akhir ini murah sangat air mata tuanya. Maya. Maya. Maya. Nama anak sulungnya itu selalu menjengah minda, tak kira siang atau malam.
Tipulah jika dia katakan yang sayangnya pada Maya sudah pupus. Sayang pada Maya masih seperti dulu. Bak kata orang, ibu mana yang tak sayangkan anak. Tapi marahnya pada Maya masih menebal. Nak maafkan Maya? Hati masih belum terbuka lagi.
“Maya dengan anak dia tinggal mana sekarang?” tanya Maimunah ingin tahu.
“Kota Damansara. Sewa dengan Kak Nadia.”
Oh anak mama! Maimunah menahan air mata daripada jatuh. Ada rumah sebesar ini tapi anaknya terpaksa menyewa di luar. Argh! Dia dan suami juga yang menghalau Maya keluar dulu.
“Mama tak nak jumpa kak long ke?,” duga Mala. Soalan-soalan Maya tentang kedua ibu bapa mereka bergegas masuk ke kepalanya.
‘Mama dan papa apa khabar? Sihat?’
‘Papa ada makan ubat hypertension dia tak? How bout mama? Kolesterol masih tinggi?’
‘Papa dan mama tak nak jumpa Mia ke adik?’
Kasihan kak long. Tiap kali berjumpa, tak pernah walau sekalipun kak long lupa bertanyakan khabar mama dan papa. Tapi apa saja yang dia mampu buat? Takkan nak dipaksanya mama dan papa untuk terima kak long semula.
Not now, Mala. Mama tak sedia lagi,” jawab Maimunah.
Orait. Bila–bila mama dah sedia, let me know.”
“Anak Maya tu comel je kan?” Maimunah memuji ikhlas. Terbayang–bayang wajah comel Mia tempoh hari.
Mala mengangkat kepalanya dan memandang mama dengan senyuman lebar. Lega hatinya mendengar pujian tersebut.
“Comel sangat–sangat,” balas Mala.
Mama sudah terpikat dengan Mia. Anak secomel Mia, siapa–siapa pun akan tertarik hati.That innocent little Mia!

ARSHAD duduk di kerusi rehat di balkoni bilik. Menghembus asap paip sambil memandang kosong di luar halaman rumah dari tingkat atas. Kalau isteri masuk bilik ketika ini, mesti pok pek pok pek mulut isteri menegur.
“Tak sayang nyawa ke, abang? Sudah–sudahlah menghisap paip tu. Nanti mudah hinggap penyakit.”
Arshad tersenyum sendiri. Lebih dua puluh tahun beristerikan Maimunah, dah lali dengan teguran si isteri. Dia cuma berserah saja. Dia akan pergi juga satu hari nanti andai ajalnya tiba.
“Maya sayang papa. Kurangkan paip dan rokok, okey.” eringat ayat Maya yang menegurnya dulu–dulu.
Haih! Maya. Arshad tarik nafas dalam–dalam. Rindu pula pada  Maya. Maya yang lincah. Maya yang petah bercakap. Maya yang periang. Maya yang manja. Tapi perginya Maya adalah sebab salah Maya sendiri.
Lebih tiga tahun yang lalu, bukan main lagi Maya menyuarakan hasrat mahu berkahwin dengan pilihan sendiri melalui telefon. Lelaki satu universiti kata Maya. Mahunya dia tak terkejut. Anak dihantar jauh untuk menyambung pelajaran, bukan mencari jodoh.
Pertama kali berjumpa dengan Syazwan, memang dia tak berapa berkenan. Lelaki yang tidak menepati ciri–ciri yang diingininya langsung. Dia taklah mengharapkan ustaz atau pak lebai untuk menjadi suami Maya. Tapi sekurang–kurangnya berperwatakan menarik. Hormat orang tua, berkelakuan sopan dan boleh membimbing Maya nanti.
Tapi Syazwan? Sekali pandang memang tak ubah macam muka kasanova. Kalau pertama kali jumpa pun tak reti nak bersalam, macam mana dia nak berkenan.
 “Yo, papa! What’s up?”
Itu ke cara bertegur sapa dengan bakal mertua. Entah kenapalah Maya boleh terpikat Arshad tidak pernah mengerti.
Sedang termenung di situ, pintu bilik tiba-tiba ditolak dari luar membuatkan Arshad berpaling. Isterinya melangkah masuk dengan mata memerah menuju ke katil. Menangis lagilah tu.
Paip di tangan diletakkan di atas meja sebelum Arshad bergerak masuk ke arah isteri yang bersandar di kepala katil.
“Rindu Maya lagi ke?” soal Arshad.
Maimunah memandangnya sekilas dan menganggukkan kepala. Arshad mengambil tempat di sebelah isteri. Lengan isteri dicapai dan digenggam erat.
“Abang pun.”
Dua–dua diam. Air mata yang mengalir diseka Maimunah dengan tangan kanannya.
“Kenapa Maya sanggup malukan kita, bang?”
Arshad tersenyum kecil. Soalan isteri yang dia sendiri tiada jawapannya. Maya yang ditatang dengan penuh kasih sayang. Maya yang cukup ajaran agama. Menghancurkan hati mama dan papanya dalam sekelip mata.
“Anak dia hari tu cucu kita kan bang?”
Arshad tidak menjawab. Anak luar nikah itu. Layakkah dipanggil cucu?
“Mari tidur. Esok kena bangun awal. Mah nak pergi Palliative Center kan?” Arshad mengubah topik.
Maimunah angguk kepala. Bila lampu utama ditutup dan hanya bertemankan lampu tidur, mata Arshad masih berkedip–kedip.
“Abang, agaknya Maya ada rindu kita tak?” tanya Maimunah sayu.
Arshad mengetap bibir.
“Entahlah, Mah. Tak kot. Dia dah pilih untuk hidup begitu.” Jawapan Arshad bagai mengguris hati sendiri. Benarkah begitu?