Sunday, June 14, 2020

Dear Zaara (Part 3)



BAB 3


TERGESA-gesa Ian keluar dari biliknya. Tali leher masih belum berlilit kemas, begitu juga dengan butang kemeja yang masih terbuka di bahagian atas.
“Good morning.”
“Oh, shit!”
Dia punyalah terkejut Zaara terpacak di depan bilik sebelah. Muka mamai tu tak adalah menggerunkan, tapi rambut panjang Zaara yang mengurai tu yang nampak macam cik ponti salah rumah.
“Tak kerja ke hari ni?” Salam pagi Zaara dibalas Ian dengan soalan.
“Awal lagi. Baru jam 6.30.” Zaara menggeliat dan menggosok mata.
“Malam nanti jangan tunggu. I will be late.” Ian menuruni anak tangga. Dia perlu cepat untuk berjumpa dengan Adiya. Sang kekasih dah makin buat perangai. Bila dah demam teruk pun masih berdegil tak nak berjumpa doktor.
“Hmm…” Zaara sekadar menghantar dengan pandangan mata. Tak pernah Ian pergi kerja seawal ini. Tapi dari mata kasar nampak macam orang lambat yang mengejar masa. Nak tanya lebih, takut angin Ian bertukar jadi puting beliung.
Fikiran Zaara mula terfikir tentang apa yang terjadi semalam. Lepak di sofa. Browse tentang Ian dari pakcik Google. Lepas tu pagi ini bila terbangun dia dah terbaring elok di atas katil. Beberapa ketika kemudian, baru dia tersedar satu perkara.
Ian!
Cepat-cepat dia turun ke tingkat bawah. Hampir terjelepuk bila kaki melangkah satu anak tangga semata-semata sebab tak nak Ian pergi dulu sebelum dia mengucapkan sesuatu.
“Ian, wait!”
Ian yang baru mahu masuk ke dalam perut kereta berpaling dengan dahi berkerut.
“Ada apa?”
“Thank you for last night.” Terima kasihlah sebab tolong angkat dia naik sampai ke bilik. Sekurang-kurangnya Ian tak kejam meninggalkan dia tidur seorang diri di sofa sepanjang malam.
Ian senyum nipis. Tak tahu kenapa dia tak marah macam biasa, malah rasa geram pada Adiya hilang sebaik melihat wajah cantik Zaara di depan pintu. Betullah cakap mama, wajah Zaara ni macam mana pun tetap cantik.
“Lain kali kalau ada apa-apa awak nak tahu, tanya aje. You won’t get anything from Google.”
Damn! Zaara menayang senyum. Angguk tak, geleng pun tak. Tak payah back up diri sendiri. Tak jalanlah. Ian pasti nampak skrin telefonnya semalam. Telefon tu kadang-kadang macam dia nak tukar aje kepada yang baru. Kalau datang waktu hang tak bertempat dia, sampai ke sudahlah tak autolock atau skrin bertukar jadi gelap kecuali off lepas tu on balik.
Melihat Ian masuk ke dalam kereta, dia melambaikan tangan. Biarpun hanya senyuman nipis, itulah pertama kali Ian melempar senyum untuknya di waktu pagi. Berbunga rasa hati. Agaknya mungkinkah akan ada harapan untuk mereka berdua bahagia macam pasangan berkahwin yang lain?
Bila kereta Ian mula mengundur keluar, Zaara berpaling untuk masuk semula. Namun entah di mana silapnya, kaki tersadung di pasu bunga kecil di tepi tiang.
“Oh mak kau, Kiah!”
Elok tubuh bergolek Zaara menghempas lantai. Sakitnya ya ampun, tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hampir keluar air mata menahan perit di punggung dan kaki. Dalam dia berusaha untuk bangun, ada tangan kekar yang terlebih dahulu mendapatkannya.
“Mata letak kat mana Puan Zaara? Dalam baju?” Ian bertinggung di hadapan Zaara. Tubuh isteri dibelek sebelum mata singgah di kaki kanan Zaara yang sedikit memerah. Panik sekejap tengok Zaara bergolek macam buah nangka.
Zaara tak menjawab. Malunya apabila diperli dan bila dia mengangkat muka, Ian begitu dekat padanya. Terasa jantungnya seakan mahu terlepas keluar. Riak risau Ian menggambarkan perasaan lelaki itu saat ini padanya dan terbit rasa bersalah di hati.
“Okey tak ni?” Ian bertanya bila Zaara tak menjawab. Perlahan-lahan dia membantu Zaara untuk bangun semula. Wajah yang menahan sakit itu dipandang. Getaran di dada yang mula terasa diabaikan. Pertama kali merenung lama ke dalam anak mata Zaara, sumpah cantik!
“Okey aje.” Pendek jawapan Zaara. Tangan Ian di tubuh ditepisnya perlahan. Yang sakit kaki, bukan pinggang.
Ian berdehem. Dia sedikit menjauh dan bercekak pinggang bila debaran jantung sudah semakin tak sekata. Damn, yang tak okeynya sekarang adalah dia!
“Dapat jalan tak?” Risau tengok dahi Zaara yang berkerut seolah-olah menahan sakit bila membuka langkah.
Zaara mengangguk.
“Sakit tak?”
“Sakit sikit. Tapi nanti-nanti okeylah ni. Saya kan urat dawai tulang besi.”
Ian memandang serius wajah isteri. “Ini ke masa yang sesuai untuk buat lawak, Puan Zaara?”
“Habis tu awak nak saya merengek tahan sakit? Not my level lah, Encik Ian.”
Ian menahan sabar. Terlupa yang sakit cuma kaki Zaara, tapi mulut tu masih aktif macam biasa. Malas tunggu Zaara menapak masuk ke dalam rumah sebab perlahan sangat, dia jadi tak sabar. Tanpa amaran, tubuh isteri dicempungnya.
“Ian! Let me go, saya boleh jalanlah!” Terkejut Zaara.
Ian buat tak dengar. Perlahan-lahan tubuh Zaara diletakkan di atas sofa. Sekali lagi dia membelek kaki Zaara yang masih memerah.
“Eeeeee, orang cakap tak payah. Tak payahlah.” Perlahan saja suara Zaara. Dia bukan patah kaki pun. Sempat dia menjeling Ian yang membongkok dan mendekat padanya. Jantung yang dah dup dap dup dap cuba diabaikan.
“Mungkin kena cium bibir tu baru diam.”
“Ian!”
“Tahu takut.”
 Ian mengukir senyuman lebar dan yang dia tak sedar, senyuman itulah yang membuatkan Zaara terpana. Sakit kaki tadi pun dah hilang entah ke mana.

**********

MASUK ke dalam bangunan pejabat Ian, Zaara tarik nafas dalam. Ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke sini. Pertama kali dulu adalah waktu mula-mula berkahwin, itu pun sebab sekadar dia nak tahu di mana pejabat Ian. Hari ini dia berani datang sebab mood Ian pagi tadi bunga-bunga. Semangat dia buat egg rolls dan salad buah untuk Ian. Kalau Ian tak nak belakang cerita, dia boleh makan sendiri. Naik ke tingkat enam belas, Zaara disambut mesra oleh pekerja yang ada di situ.
This way, puan. Tuan keluar tadi, kejap lagi dia balik.” Setiausaha Ian, Lizzy melempar senyuman manis. Tak tahu pula isteri bos nak datang, nasib baik bilik bos kosong tak ada tetamu lain menunggu.
“How are you?” Zaara bertanya sambil beriringan dengan Lizzy ke bilik Ian. Dia memang selesa dengan Lizzy. Biarpun hanya selalu berhubung melalui telefon, tapi dia tahu Lizzy jenis yang sangat komited dengan kerja dan patuh pada semua arahan Ian.
Bayangkan kalau Lizzy telefon untuk memaklumkan tentang lawatan atas urusan bisnes Ian ke tempat lain, dari tema pakaian yang dipakai hinggalah apa saja keperluan yang dia perlukan akan diuruskan sepenuhnya oleh Lizzy. Malah ke mana saja dia nak pergi sepanjang Ian sibuk dengan mesyuarat di sana nanti, Lizzy yang sediakan semua aktiviti untuk dia. Pendek kata, Lizzy sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia.
I’m doing good, puan. Minggu depan dah nak pergi Paris, tuan ada bagitahu tak?”
“No, you’re the first to tell me as usual.”
Dua-dua senyum. Zaara pendam saja dalam hati. Manalah Ian nak bagitahu dia kalau berjumpa pun setakat hi bye dekat rumah. Setakat duduk serumah tapi hidup lain-lain apa nak expect? Cuma dua tiga hari ni saja mereka berdua banyak bercakap sedikit berbanding biasa. Tapi benda macam ni dia takkan canang pada Lizzy. Air muka suami dijaga sebaik mungkin.
“Nanti saya sediakan semua keperluan puan. It’s supposed to be a one week trip and I’m sure you have lot of places to go with him. Tuan biasalah, sibuk dengan kerja tapi he’ll spend more time with you this time.” Lizzy buka pintu bilik Ian.
 Untung jadi isteri Tuan Ian. Ke mana saja dia pergi, isteri pasti akan dibawa sekali. Nak cakap sebab aura pengantin baru rasanya tak sebab dah enam bulan berkahwin. Memang betullah Tuan Ian sayangkan isteri dia biarpun berkahwin di atas aturan keluarga.
Zaara senyum dan mengangguk, lepas tu dia duduk di sofa yang ada di situ. Apa yang Lizzy cakapkan sebenarnya vise versa dalam kes dia dan Ian. Percayalah, nanti kalau pergi Paris mesti dia jalan keliling Paris tu sorang-sorang. Ian takkan ada masa untuk dia.
Bila Lizzy keluar meninggalkan Zaara seorang di situ, mata melilau sekeliling. Rasanya tak ada apa yang berubah jika dibandingkan waktu pertama kali dia ke sini dulu. Susun atur perabot pun sedap mata memandang, malah gabungan warna kelabu dan hitam di seluruh bilik menambahkan aura simple dan maskulin pada masa yang sama. Mungkin hitam atau warna gelap memang warna kegemaran Ian.
Zaara menoleh ke arah pintu yang dibuka. Baru nak senyum tapi bila tengok tuan punya badan yang muncul, tak jadi dia nak excited.
“Buat apa dekat sini?” Adi terkejut tengok Zaara tiba-tiba muncul hari ini. Ian tak cakap pun isteri dia nak datang. Jangan cakap Zaara ke sini sebab nak ajak Ian keluar makan tengah hari.
“Hai. Tunggu Ian.”
Nak aje Zaara jawab dengan penuh sarkastik, lagi-lagi bila tengok senyuman nipis Adi yang sangat sinis. Tapi mengenangkan Adi adalah teman baik Ian, dia tak nak cari hal.
Ian is busy today. Dia keluar dengan Adiya, lepas tu dia lunch dengan saya. I don’t think you have space left in his schedule for today.”
Mulut! Tak padan dengan muka kacak tapi perangai sebijik macam jembalang tanah. Zaara cuba berlagak selamba biarpun di dalam hati dia rasa nak balas dengan ayat pedas. Dia jeling aje Adi yang duduk di sofa kosong di hadapan.
“Apa dekat dalam tu?” Mata Adi terarah pada carrier bag di atas meja. Nampak macam bento carrier pun ada jugak, hampir sama dengan yang adik punya di rumah.
“Makanan. Takkan bom atom pulak.”
Terkeluar juga aura ‘syaiton’ Zaara. Dah kira cukup bagus dia bagi senyuman biarpun sangatlah tak ikhlas berbanding kalau dia tayang muka ‘resting-bitch-face’ depan Adi.
“Bawa balik ajelah. Makan dekat rumah. Ian keluar dengan saya. Ni keluar dengan awek dia pun tak tahu bila balik.”
Sorry? Aku salah dengar ke? Zaara terdiam sejenak. Bila tengok wajah selamba Adi, tak ada pula macam riak orang yang nak ‘troll’ dengan ayat minta tampar begitu. Sejak dia kenal Adi, memang dia tahu Adi tak pernah sukakan dia. Depan Ian tunjuk baiklah, tapi bila di belakang begini macam-macam ayat Adi untuk menyakitkan hati. Tak tahu apa masalah Adi dengannya dan dia tak hairan nama dia adalah antara yang di tangga teratas dalam senarai orang yang Adi benci.
“In case if you’re not aware, Ian sentiasa ada Adiya dan tak pernah ada orang lain selain Adiya.” Bagi Adi, inilah masa yang sesuai untuk memprovok Zaara. Senyumannya melebar bila riak wajah Zaara berubah. Rasanya dia sudah berjaya membuatkan Zaara goyah.
“Ian kawan baik awak, kenapa fitnah dia sampai macam tu sekali?” Suara Zaara juga turut berubah. Dah tak lantang macam tadi. Teringat nama yang tertera di skrin telefon Ian waktu pesanan WhatsApp masuk semalam. Adakah Adiya itu yang Adi maksudkan?
“Lelaki lain, Zaara. Kami tak bawa mulut pasal cerita yang tak betul. Kalau tak percaya, you can ask Ian himself.”
Tersentak Zaara. Hampir tak berkedip dia pandang wajah Adi. Otak mula ligat berfikir kenapa dia tak pernah tahu semua ini. Selama ini dia korek semuanya tentang Ian di media sosial. Facebook, Instagram, Google segala anak cucu yang seangkatan tapi tak ada satu pun tentang kisah cinta Ian sebelum dia. Yang sekarang lagilah, kalau dicari paling banyak adalah gambar dia dan Ian. Mana ada gambar dengan perempuan lain.
Wake up, Zaara. Bukan awak yang Ian pilih. Adiya adalah segalanya bagi dia.”
Zaara sesak nafas. Ayat terakhir Adi terasa mengguris hatinya. 

Saturday, June 13, 2020

Dear Zaara (Part 2)




KALAU semalam makan bersama Datuk Borhan, malam ini mereka berdua singgah di rumah keluarga Ian sebab mommy ajak makan sekali. Zaara tak cakap banyak, kalau Ian okey dia pun okey aje.
Dari mereka berdua sampai tadi, Zaara asyik ‘melekat’ dengan mommy sebab dia malas nak bermesra alam dengan yang lain. Tak tahu pulak ada saudara mara Ian datang sekali. Kalaulah dia tahu, dia sanggup buat-buat sakit perut dekat rumah semata-mata sebab mahu mengelak.
“Mmm, sedap! Nanti minta resipi boleh?” Berselera Zaara makan begedil tauhu yang mommy baru goreng. Panas pun panaslah, dia hentam aje masuk mulut. Yang penting sedap, malah jauh lebih sedap dari yang dijual di kedai.
“Senang aje. Zaara google pun boleh. Tapi nantilah mommy bagi resipi. Ini  memang salah satu kegemaran Ian.”
Owhhh, baru tahu. Selama ni mana Zaara pernah tanya apa makanan kegemaran Ian, silap hari bulan dia yang kena makan.
“Zaara dengan Ian okey?” Aida bertanya. Tengok muka menantu yang tampak bahagia, dia yakin hubungan Ian dan Zaara sangat baik. Saja dia nak tanya sebab nak dengar dari mulut Zaara sendiri.  
“Okey. Ian layan Zaara baik sangat.” Mulut Zaara masih penuh dengan makanan. Layanan Ian taklah ‘heaven’ sangat umpama sayang setinggi gunung seorang suami pada isteri.
Ian yang kedekut dengan senyuman. Yang tak pernah ajak dia berbual kosong dekat rumah. Belum lagi kalau masuk bab Ian bad mood lepas pulang dari kerja. Singa betina yang tengah PMS pun kalah.
Tapi Ian masih mengambil berat tentang dia dan Ian sedar dia masih tanggungjawab lelaki itu, itu pun dia dah cukup bersyukur. Tapi soal Ian jatuh cinta ke tak pada dia, itu susah nak cakap.
Makin sejuk hati Aida dengar. Bahu Zaara dipeluk erat.
“Mommy tahu kami tak salah pilih menantu. Siapa yang takkan jatuh sayang pada anak sebaik Zaara.”
Pertama kali melihat Zaara di Zurich lagi, Aida memang sudah tertawan. Nak sangat dia jadikan Zaara sebagai menantu. Malah semuanya berjalan lancar bila pinangan untuk Ian diterima pihak Zaara tanpa halangan.
Zaara tersenyum. Bukan nak memuji diri sendiri, tapi memang semua yang mengenalinya akan menyukainya. Malah kalau dikira, bersusun lelaki yang ingin mendampingi tapi dah tersurat jodoh dia dengan Ian. Tak tahulah Ian ni sebenarnya lelaki dari planet mana. Ian saja yang tak pernah jatuh cinta padanya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Jadi tak tahu sampai bila perkahwinan mereka berdua akan bertahan.
Selesai membantu mommy di dapur dan menghidangkan makanan di ruang makan, lebar senyuman Zaara bila Ian datang dekat dan mengambil tempat di sebelahnya.
“Mommy ke yang masak semua ni?” Bersinar mata Ian. Ayam masak merah. Daging masak hitam. Petai sambal. Macam-macam ada. Tekak Melayu sungguh dan hampir semua adalah lauk kegemarannya!
“Zaaralah. Mommy assistant aje.”
Tangan Ian yang menyenduk nasi ke pinggan Zaara statik sesaat dua. Pandangan mata menala pada Zaara yang menyimpul senyum. Lebih tepat lagi, senyuman yang tak berapa manis di pandangan matanya. Mungkin Zaara risau dia tak menjamah mana-mana yang terhidang. Ya lah, dekat rumah mana dia pernah rasa, sentuh pun tak.
“Tambah nasilah kalau macam ni.” Ian berseloroh. Nasi disenduk ke pinggan Zaara dan akhir sekali ke pinggan sendiri.
Sepanjang makan, Ian tak banyak cakap. Ada jugak sekali dua dia sendukkan lauk untuk Zaara. Dalam hati melambung tinggi pujiannya pada masakan Zaara. Tapi nak puji depan-depan dia malu pulak. Ego seorang IanYusuff yang setinggi langit manalah nak dilawan.
Zaara di sebelah pun diam aje. Nak juga tanya masakan dia sedap ke tak. Ini pertama kali Ian merasa air tangannya, nak tunggu markah dari Ian mak aiii… punyalah sengsara.
“Anak Haji Leman baru bersalin dua hari lalu, dapat baby boy. Kamu berdua bila lagi?”
Hampir tersembur petai sambal yang dikunyah. Cepat-cepat Zaara meneguk air di dalam gelas. Aunty Alia kalau bab nak buat orang mati tercekik memang hebat. Dah macam tak ada soalan dekat dalam dunia ni yang boleh ditanya.
“Pelan-pelan.”
Ian di sebelah turut terkejut namun dia berlagak biasa. Belakang Zaara diusap perlahan. Habis air di dalam gelas Zaara, dia suakan pula gelasnya yang masih penuh berisi. Dia setakat jeling muka selamba Aunty Alia yang tersenyum sinis memandang dia dan Zaara.
“Laaaa, dorang baru kahwin berapa bulan. Bulan madu pun belum. Tak payah nak bandingkan sangat dengan anak Haji Leman.” Umar mencelah. Dia sangat tak suka kalau adik ipar sibuk tentang hal mereka anak beranak. Kecoh nak tanya itu ini, hal sendiri pun tak terurus.
Merah wajah Zaara. Kalau jenis yang tak beradab, sedap aje dia sembur balik spesis mulut longkang macam Aunty Alia. Tapi atas rasa hormat dia diam saja. Bila Ian masih mengusap belakangnya, dia tahu Ian cuba menenangkan perasaanya.
“Makcik bawang awak ni pernah kena libas dengan selipar tak? I feel like hitting her so badly.” Zaara berbisik perlahan. Haji Leman pun dia tak kenal, buat apa bising nak heboh tentang anak orang? Dasar penyibuk!
“Tak pernah lagi rasanya. Nak try? I can help you.
Membuntang mata Zaara. Ian siap kenyit mata lagi dan selamba memeluk bahunya.
“Aunty Alia, kekasih Shikin dah jumpa belum? Baik settle cepat sebelum perut Shikin makin besar. Kalau heboh nanti malu satu family.” Ian balas balik dengan riak selamba. Tak pernah pun dia kurang ajar, tapi hari ini ringan mulut nak kenakan Aunty Alia.
“Ian.” Umar berdehem. Tengok muka Alia yang sudah bertukar merah padam pun dia dah tahu Alia marah dengan ayat puaka Ian. Pedas sangat kot ayat Ian, membuatkan Alia betul-betul terdiam.
“Aunty tak payah sibuk hal rumahtangga saya dengan Zaara. We are happy in our own way. Kalau setakat Ian yang terasa tak apa, tapi Ian tak suka kalau Zaara pun terasa sekali,” Ian menyambung ayat.
Shikin, anak Aunty Alia yang bunting dekat Singapura tu siapa yang nak bertanggungjawab? Dia tahu hidup Shikin yang terlampau bersosial, bawa balik lelaki untuk ‘one night stand’ bukan perkara yang baru bagi Shikin. Nasiblah kalau tak dapat cari pak sanggup untuk menutup malu.
“Ian, watch your mouth son.” Aida terpaksa campur tangan. Mulut Ian macam daddynya juga. Kalau dah memang tak suka, ikut hati nak sembur macam mana. Bila dia jeling suami di sebelah, Umar jungkit bahu isyarat tak nak masuk campur. Sokong sangatlah perangai Ian tu. Padanlah sangat like father, like son.
“Errr….hal anak aunty tak payah sibuk. I can handle her.” Setakat tu aje jawapan yang Alia mampu berikan. Membahang rasa wajah yang malu bercampur marah.
And I can handle our life too. Jangan kepochi sangat sudahlah.” Ian senyum. Dia malas sebenarnya nak melayan sangat tapi jenis komuniti mulut longkang macam Aunty Alia patut diajar sekali-sekala. Sempat dia menyuap hirisan mangga ke dalam mulut Zaara di sebelah.
“Kalau dia masih sakitkan hati awak, let me know.” Perlahan saja suaranya berbisik. Ian cakap apa yang betul, bukan sekadar menyedapkan hati Zaara di hadapan orang lain.
Zaara di sebelah tak tahu nak cakap apa. Dia setakat angguk kepala, lepas tu sambung mengunyah apa saja yang Ian sumbat masuk ke dalam mulutnya. Tipu cakap kalau dia tak tersentuh dengan kata-kata Ian. Malah reda semua rasa perasaan marah dan tak puas hatinya pada Aunty Alia. Walau mungkin hanya sekadar lakonan dan membuatkan dia bahagia seketika.
“Thank you.”
“Jarang saya dengar isteri saya ucap terima kasih.” Ian senyum.
Zaara mencongak apa reaksi yang sesuai unuk ayat Ian. Nak senyum ke nak diam dan sambung makan buah. Hakikatnya, dia selalu saja berterima kasih pada Ian. Sang suami saja yang tak pernah sedar atau menghargai. Untuk dicintai dan dihargai, dia takkan berhenti berdoa…

KELUAR dari bilik, panjang leher Zaara mencari kelibat Ian di bilik sebelah. Tak nampak pun sejak balik dari rumah mentua tadi. Malas-malas dia menapak ke tingkat bawah. Kalau Ian buat minuman di dapur sana, boleh juga dia poke minta buatkan sekali.
“Kalau tak makan macam mana nak sihat?”
Betul tekaan Zaara, dengar saja suara Ian di dapur tergerak hati nak tahu Ian sedang bercakap dengan siapa. Tengok muka Ian macam serius semacam dengan telefon ditekap ke telinga.
“I know but I can’t be with you all the time.” Ian memperlahankan suara bila Zaara menapak ke dalam dapur. Waktu begini jugalah Adiya buat hal. Kadang-kadang dia rasa tak senang hati dengan perangai keanak-anakan Adiya sejak dia berkahwin. Nak manja-manja memang tak salah, tapi kalau sampai ke tahap yang buat dia rasa rimas tu yang dia tak berapa berkenan.
“I’ll call you later. Make sure you take your medication on time.”
Zaara dengar aje perbualan Ian dengan entah siapa di dalam telefon. Adalah juga dia dengar Ian memujuk. Bila dengan dia tak pernah pula suara sendu macam tu. Dengan langkah malas dia menuju ke peti sejuk dan mencapai coklat Cadbury yang tinggal lagi separuh sebelum menyertai Ian di meja kaunter.
“Tak tidur lagi?” Ian letak telefon di atas meja.
“Dah tidur. Sekarang tengah sleep walking.”
Mulut! Ian menahan rasa, dahlah angin tak berapa bagus. Mujur Zaara senyum sambil menongkat dagu dekat depan ni, sejuk sikit mata memandang. Kalau tak, ada jugak yang dia sembur dengan cili padi.
“Tak dapat tidur, and I was looking for you dekat atas. Buatkan hot chocolate, please.” Sempat mata Zaara menala pada skrin telefon Ian di atas meja. Ada mesej WhatsApp masuk dari Adiya. Tak tahulah Adiya tu siapa, tapi rasanya mungkin yang bercakap dengan Ian di telefon tadi. Ian pandang sekilas aje, tak buka pun untuk baca.
“Nah, share with me.” Ian tolak mug ke arah Zaara. Kalau Zaara malas, dia dua kali ganda lebih malas. Fikiran sekarang melayang memikirkan keadaan Adiya yang demam tapi degil tak nak makan ubat. Kalau zaman bujang bolehlah dia pergi temankan Adiya malam-malam begini. Tapi dah ada isteri ni, apa yang nak dijawab kalau Zaara tanya.
“Thanks.” Bila Ian dah bagi tu bermaksud Ian tak kisah berkongsi dengannya.
“Kenapa cari saya? Ada hal nak bincang?”
“Tak adalah penting sangat. Just to thank you for being my hero today. Kalau awak tak ada, mungkin saya dah sembur mulut tempayan makcik awak tu.” Berani pula dia cari Ian malam ni. Biasanya nak tegur cakap hai pun susah.
Ian tersenyum nipis. Walaupun baru enam bulan hidup bersama, dia faham sangat perangai Zaara yang tak pandai bertapis kalau bab marah. Pernah sekali Zaara bergaduh dengan anak tuan rumah seberang sana sebab perempuan tu bawak mulut cakap Zaara perempuan simpanan dia.
“Terima kasih juga sebab awak sabar sangat dengan keluarga saya.” Ian membalas. Agaknya kalau Adiya, pasti sang kekasih dan berjauh hati.
“Keluarga awak okey aje sebenarnya. Itu kalau tak termasuk komuniti mulut bawanglah. Ni nak mintak izin, esok saya kira nak pergi…..”
Panggilan masuk ke telefon Ian di atas meja mematikan ayat Zaara. Lagi-lagi bila wajah seorang perempuan muncul di skrin. Tak sempat tengok nama pemanggil sebab Ian terus mencapai telefon di atas meja.
Excuse jap.” Ian menjauh bersama telefon di tangan.
Entah siapalah si pemanggil tu agaknya sampai Ian perlukan ruang sangat, siap keluar ke belakang rumah. Mungkinkah Adiya tadi? Malas nak jaga tepi kain suami, Zaara membawa langkah ke ruang tamu. Berbaring sambil mencari maklumat tentang Ian di Google. Rasa kelakar pula bila terasa macam jadi stalker suami sendiri.
Tapi bila browse, tak ada berita yang tak bagus tentang Ian. Tak ada skandal. Tak ada kekasih lama. Tak ada mana-mana perempuan yang mendampingi. Tergerak juga hati nak bertanya, Ian suka kaum sejenis ke? Ah, simpang malaikat empat puluh empat!

Monday, June 8, 2020

Bintang Terbaik (Bab 5)



“KENAPA nak ke situ lagi?”
“I haven’t throw my coin yet.”
“La, kenapa tak cakap. Kat fountain lain pun boleh buat macam tu jugak.”
“Mana sama dengan yang tu.”
“Okay, fine.” Leyla akhirnya mengalah.
Sudahnya sekarang mereka bertiga terpacak di hadapan Trevi Fountain untuk kali kedua. Leyla taklah memberontak teruk kata tak nak tapi fikir logik, siapalah yang nak pergi ke tempat yang sama selama dua hari berturut-turut? Red!
“Dah buat hajat belum?” Leyla berdiri di sebelah Red.
“Belum. Tengah ambik feel.”
Leyla tergelak. Nak buang syiling ke dalam kolam ni pun nak ambil feel ke? Jay tak jauh dari situ dah tiga kali ulang benda yang sama, agaknya banyak sangat hajat lelaki kacukan Cina-Filipino itu.
“Awak tahu tak sejarah tempat ni?” Red pandang Leyla.
“Tak. But I know Rome wasn’t built in one day.
Red ketawa kecil. “Obviously, darling.” 
“Malaslah nak cerita. Google yourself and read about it.” Red tergelak lagi bila Leyla tunjuk muncung panjang. Cukuplah sekadar dia bagitau Leyla yang fountain itu adalah antara yang tercantik di dunia dan mula dibina beratus-ratus tahun lalu. Selebihnya, baik Leyla baca sendiri.
“Tahu tak kenapa orang buang syiling kat dalam tu?” Muncung Red terarah pada kolam yang dipenuhi dengan syiling di dasarnya.
“Tak tahu. Nanti balik saya tanya pakcik Google.” Leyla jawab acuh tak acuh. Kang kena suruh google segala macam tadi makin angin pula dia. Lagi-lagi bila Red melepaskan tawa.
Jay yang berdiri tak jauh dari mereka berdua turut ketawa. Jangan ingat dia tak pasang telinga, dalam dia buat-buat sibuk dengan dunia sendiri dia masih menjadi tiang lampu di antara Leyla dan Red.
It has its own legend. Sesiapa yang buang syiling kat dalam kolam ni akan kembali semula ke sini. It will ensure a return to Rome. Bagi orang Rome dulu, bila dorang buang syiling kat dalam ni dewa air akan tolong dan memastikan yang dorang akan selamat balik ke tempat asal sepanjang perjalanan. If you are seeking for love, throw in the second coin. And for wedding bells, throw the third coin.”
Leyla mencebik. Entah dari manalah Red dapat lagenda yang susah untuk dipercayai. Tapi bila tengok muka Red yang bersungguh-sungguh, tak nampak pula macam buat cerita ikut sedap mulut.
“Jadi sekarang awak nak buang berapa kali?” Leyla bertanya.
“Dua kali.”
There you go. Lama-lama kayalah tempat ni kalau ada semua orang macam awak.”
Red tergelak. Hasil syiling di dalam kolam ini sebenarnya disalurkan ke pasaraya untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Dia membelakangi air pancutan dan membaling syiling dengan tangan kanannya sebanyak dua kali.
Wishlist no.1 - Dia akan kembali semula ke Rome.
Wishlist no.2 - Cinta aka Leyla. Milik dia sampai bila-bila.
Kalau tercapai kedua-duanya, dialah antara yang paling gembira di dunia.
“Dua aje? Ingatkan wishlist bertimbun macam Jay.” Leyla pandang Jay yang melontarkan syiling untuk entah kali yang keberapa.
“Cukuplah tu. Itu pun kalau dewa air zaman purba nak tolong saya.”
Leyla tersenyum. Cardigan yang berbalut ditubuh dikemaskan lagi. Setiap kali angin bertiup, badan terasa sejuk dan kadang-kadang terasa macam tak cukup pula hanya setakat cardigan yang dipakai. Tak sangka pula cuaca tahun ini lebih sejuk berbanding sebelumnya biarpun baru masuk bulan September.
“Leyla, saya nak awak ingat semua yang terjadi kat sini hari ni.” Red berdiri menghadap Leyla.
Berkerut dahi Leyla. Part mana pulak yang dia perlu ingat? Part Jay yang bercita-cita tinggi dan masih melontar duit syiling di sebelah? Part angin yang semakin sejuk dan kuat macam sekarang? Atau part Red yang melontar duit syiling sebanyak dua kali?
Bila Red semakin merapat, tubuh Leyla jadi semakin statik. Nak menapak ke belakang pun macam tak mampu.
“Come here.” Badan Leyla dibawa Red ke dalam pelukan.
“Siapa lelaki yang lukakan hati awak?”
“Red, I think you…”
“Just answer me, darling.” Dia hanya akan bertanya untuk kali ini saja.
“Bad. Nama dia Bad. Dia cinta pertama saya dan saya ingat dia akan jadi cinta terakhir saya.” Biarpun nada suara Leyla mono tapi bila nama keramat itu disebut, sakit dan luka di hati semakin terasa.
Then lupakan dia. Yang betul-betul mencintai takkan melukai.” Kepala Leyla diusap dan pelukan semakin kejap biarpun tak berbalas.
“When you love him more than he deserves, he will surely hurt you more than you deserve. Then just forget everything about him.”
Deep gila ayat Red. Leyla tak tahu nak jawab apa. Bunyi bising di sekeliling dan bunyi pancuran air di kolam besar dah tak dipedulikan.
I want you, Leyla. Bagi saya peluang. Kalau awak tak cintakan saya that’s fine. Semua tu tolak tepi. I will make you fall for me.” Red berbisik ke telinga Leyla. Bukan sekadar untuk mengambil hati Leyla, tapi dia mahu yakinkan Leyla untuk percayakan lelaki macam dia.
Dia mungkin bukan jenis yang ajak Leyla pergi surau dengar tazkirah atau mengingatkan Leyla setiap kali masuk waktu sembahyang. Jenis yang pakai kopiah atau songkok siap dengan jubah memang jauh sangatlah. Malah panggilan ke arah jalan keimanan untuk orang macam dia, sampainya tak tahu bila. Tapi dia ikhlas sebab hati dah jatuh cinta dengan Leyla sejak pertama kali bertemu. Sama kes macam Eva dulu, sekali tengok dah tertarik. Cuma kali ini dia mengharap pengakhiran cerita mereka berdua tak seperti kisah dia dan Eva.
Bila pelukannya dibalas, Red menarik nafas lega dan mengukir senyum. Anggap pelukan itu adalah ‘green light’ dari Leyla. Dia bukan jenis yang mengajak untuk pergi makan malam siap dengan taburan bunga di lantai dan meja. Dia juga bukan jenis yang romantik dan susun ayat ala-ala sajak cinta atau dialog drama cinta. Ayat‘I want you’ yang dia ungkapkan tadi, cukup setakat Leyla faham maksud tersiratnya.
Hope.
Love.
Laugh.
I will give them all to you, dear Leyla…
Leyla pejam mata. Pelukan yang hangat dan mendamaikan itu terasa sukar untuk dilepaskan. Dia lupa tentang masalah yang ada. Lupa tentang rasa sakit hati dan sedih. Yang dia rasa kini adalah hati yang tenang. Tenang dari segalanya.
Hope.
Love.
Laugh.
Itulah yang dia perlukan dari Red….


 ********

“BRO, that girl. That Leyla girl.”
“Kenapa dengan dia?”
“Bintang Red yang baru tu.”
“Itu aku tahulah. Ada apa-apa yang kau tahu lebih dari aku tak?” Jay menukar iPhone dari telinga kiri ke telinga kanan. Line tak berapa bagus, ditambah lagi dengan suara Shark yang extra nyaring di hujung sana dan tak berapa didengari.
Semalam selain orang-orang dia, dia minta tolong Shark sekali untuk mendapatkan maklumat tentang Leyla. Rasa bersalah sebenarnya mengganggu Shark yang masih berbulan madu di Maldives tapi dia tak ada pilihan lain. Nak tunggu geng kamceng lain, lama lagi tu. Shark pun boleh tahan juga kalau masuk bab mencari, kalau nak cari orang hilang memang Shark adalah yang paling hebat. Kalau Delilah yang pandai bersembunyi tu pun Shark dapat cari hingga ke lubang cacing, bermakna Leyla hanyalah tahap ‘petik jari’ saja bagi Shark.
“Mak dia orang Indonesia. Ayah orang Jerman. Menetap di Malaysia dah lama.”
“Ya, bro. Yang tu pun aku dah tahu.” Nak juga Jay hempuk kepala Shark yang sudah melepaskan tawa di hujung talian. Saja nak buat dia hilang sabar.
“Dia bukan calang-calang orang. Red dah usha belum? Atau baru nak usha?”
“Apa maksud kau?” Jay tak sedap hati.
Leyla anak tycoon besar di Malayia.
Leyla anak Datuk yang berpengaruh tinggi.
Isteri ahli korporat yang terkenal.
Perempuan simpanan orang-orang besar?
“She’s taken.”
Jay semakin berdebar-debar. “Taken tu banyak maksud, bro. Kau cakap terus-terang boleh tak?”
Dia dah geram dengan Shark. Cakap separuh-separuh manalah dia nak dengar semua tu. Straight to the point adalah ‘pattern’ Shark, tak tahu kenapa pula hari ini Shark sangat berbeza.
Chill, lah. Kalau macam ni tunggu konco-konco kau sendiri bagitau kau. Kalau aku bagitau sekarang, kau pulak yang frust menonggeng.”
Bertuah punya kawan. Jay mengurut dahi. Kalau tak sayang harta benda dah lama dia lontar iPhone di pegangan ke dinding. Sampai Malaysia nanti dia nak ketuk kepala Shark sekali.
“Baik kau jangan telefon aje tadi, panas hati aku.” Jay berjauh hati.
Meledak tawa Shark di hujung talian. Entah manalah part yang lawak bagi Shark. Nasib baik Shark tu adalah kawan baik. Kalau tak dah lama dia putus kawan.
“Jaga Red. Kau aje harapan aku sekarang. Kalau dia kecewa lagi, jangan bagi dia terjun masuk laut.”
Ayat Shark buat Jay berfikir sendiri. Dalam lawak Shark yang tak berapa menjadi tu, dia tahu Shark serius. Kiranya hint pada diri sendiri juga supaya jangan terkejut bila Ah Beng dan Chad beritahu tentang Leyla nanti.
Bila talian dimatikan, Jay masih berdiri di balkoni bilik sambil menghadap pemandangan Colloseum. Pandai juga Leyla pilih hotel dengan ‘painting view’ yang cantik begini. Dia dan Red memilih untuk menginap di Hotel Mercure Roma Centro Colloseo ini pun sebab Leyla. Red dah ‘sound’ awal-awal, ke mana saja Leyla pergi mereka berdua akan sentiasa ikut.
“Kat sini rupanya. Ingatkan kau pergi Trevi Fountain lagi buang syiling kat sana.” Muncul Red dari belakang.
“Perli nampak. Mana Leyla?”
“Kat bilik dia. Bersiap kejap. Lepas ni kita keluar makan.”
“Kau ajak aku sekali? Aku dah penat jadi tiang lampu, bro.”
Pecah tawa Red. Kepala Jay ditunjal dengan jari telunjuknya. Bila dia ajak, Jay bising. Bila tak ajak nanti, merajuk pula.
“Ada apa-apa berita pasal Leyla?”
Haish. My gawd…kenapalah tanya aku soalan yang paling susah macam ni? Jay berdehem. Sengaja dia tak mahu menoleh ke arah Red di sebelah.
“Tak ada lagi. Nanti kalau ada apa-apa aku bagitau kau.” Kiranya jawapan paling selamat dah tu untuk Red.
“Lelaki tu nama dia Bad. Ada affair dengan minah lain sebab tu Leyla frust gila. Boyfriend. Tunang. Suami. Atau bekas suami. Aku tak tahu apa status lelaki tu pada Leyla. Tapi aku nak tahu semuanya tentang Leyla dan mangkuk hayun tu.” Ikut hati, Red nak tanya lebih banyak dari Leyla tapi dia tak nak dianggap menjaga tepi kain Leyla. Belum ada apa-apa ikatan dah sibuk nak tahu hal lama.
Jay di sebelah hanya mendengar. Bila Red sendiri yang buka mulut macam sekarang, sekurang-kurangnya dia tahu sedikit tentang kisah Leyla. Parah juga tu kalau ada orang ketiga. Lebih kurang sama macam kisah Red dengan Delilah dulu.
Delilah curang dan kantoi di depan mata Red sendiri. Kalau kantoi berdating di kedai makan mungkin Red boleh pertimbangkan lagi. Tapi kalau dah kantoi bila sedang bercanda ria di atas katil dengan muka stim tanpa rasa bersalah, memang patut Red humban kedua-duanya dengan lampu di atas meja di bilik hotel.
Red terluka dan kecewa, tapi tak teruk sangat sampai lupa yang dia masih berpijak di bumi nyata. Kecewa sekali, lepas tu move on dan lupakan Delilah. Itulah prinsip Red.
Kalau kisah Leyla pula, dia tak berapa pasti. Tapi bila dah sampai tahap menangis banjir satu Rome dan lebam mata, mungkin lebih parah dari kisah Red. Terlalu mencintai sepenuh jiwa raga agaknya, sebab tu Leyla kecewa teruk.
“Kalau lelaki tu adalah suami dia, macam mana bro?” Jay tanya soalan ‘worst-case-scenario’ yang membuatkan Red menoleh padanya dengan pandangan yang blur. Masing-masing terdiam.
“Then my love story will be the most shitty love story ever.” Red tak dapat membayangkan andai itu adalah status sebenar Leyla. Mungkin rasa kecewa itu berpuluh-puluh kali ganda lebih teruk daripada sebelum ini.



p/s : Pre-order untuk Bintang Terbaik dan Dear Zaara akan dibuka sebaik selepas penghantaran untuk mini novel Diva selesai :) Till then, love loads!