PAGI yang sedikit sejuk dengan hujan
renyai-renyai di luar sana. Rafeeqa perkemaskan lagi blazer berwarna biru tua
H&M di badan. Macam tak ngam la pulak
fesyen diva hari ini yang memakai skirt paras lutut. Teguran Shahrizal pagi
tadi langsung dia tak layan. Sekarang tanggunglah sendiri ya, sejuk macam dah
mencucuk jauh ke dalam tulang.
“Apa khabar suami Fika?” Uncle Jay
bertanya mesra.
Rafeeqa dan Shahrizal, diibaratkan
seperti merpati dua sejoli. Tapi sayang, itu hanyalah dari segi luaran. Tak
sangka dah secocok begitu tapi rumahtangga tetap pincang. Mata kasar orang
tua-tua senang nak nak tahu.
Tentang Irwan pula, bukan Uncle Jay
tak tahu Irwan masih menaruh hati pada anak buahnya ini. Kiranya macam cinta
hati dulu, kini dan selamanya untuk Irwan. Tapi dia sangatlah tak menyokong apatah lagi menggalakkan anak
sendiri mengganggu rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal. Anggap saja tiada jodoh,
tak gitu? Ala, senang dia nak komen
begitu tapi kesian juga pada Irwan.
Bagi lagi beberapa waktu, okeylah agaknya Irwan tu nanti.
Rafeeqa tersenyum.
“Shah okey, uncle. Busy sikit akhir-akhir ni.”
“Minta Shah cuti, then both
of you can go for a trip.” Uncle Jay
sengaja bagi hint, kot rumahtangga
Rafeeqa dan Shahrizal akan kembali pulih.
Rafeeqa masih tersenyum.
“Good
idea, uncle.” Nak jawab apa lagi kan? Nak menipu lebih Rafeeqa tak pandai.
Nak pergi bercuti dengan dia?
Huh..kirim salam! Shahrizal takkan mahu punya, lainlah kalau partner in crime tu Husna. Malu juga
kalau dah tahu Shahrizal memang tak ada hati tapi dia yang beria-ia. Pipi
tersorong-sorong bukan gaya Rafeeqa Huda. Dia lebih sanggup makan hati berulam
jantung sorang-sorang.
Semalam rasa kecewa Rafeeqa sampai
tak tahu nak cakap apa. Ingatkan boleh lah kot angan-angan nak bekerja dengan
Shahrizal bila si suami sendiri siap offer,
tapi ‘ditarik’ balik. Duh! Pujuk Shahrizal sampai kering air liur pun Shahrizal
tak nak. Alasan Shahrizal, tak padan dengan jurusan Rafeeqa tapi nak jadi
setiausaha Shahrizal. Walhal, boleh aje graduan bisnes ni nak menyelit jadi PA
suami sendiri.
Ceh! Alasan sungguh tu sebab tak nak
kantoi dengan Husna yang hubungan mereka berdua masih belum berakhir sepenuhnya
tapi sebaliknya masih ‘on-off’.
Lepak agak lama dengan Uncle Jay
buat Rafeeqa lupakan seketika hal rumahtangga. Bekerja di bawah Uncle Jay tak
susah sebab hal bisnes memang minat Rafeeqa. Boleh aje kalau dia terus bekerja
di syarikat Papa tapi niat nak menolong Uncle Jay untuk beberapa bulan.
Keluar dari bilik pejabat Uncle Jay,
jam tangan Bonia dikerling Rafeeqa sekilas. Pukul 10.30 pagi. Ehem..tepat
sangat dah masa ni. Shahrizal berjanji nak singgah, nak ajak brunch. Hati kata yuhuuu! Dia merajuk sampai baring membelakangkan Shahrizal semalam,
hari ni kiranya Shahrizal nak pujuk balik hati yang lara.
Hati gembira tapi sampai bila?
Sampai ke petang? Sampai esok? Atau sampai tahun depan? Rafeeqa tak nak ambil kisah. Shahrizal dah
berjanji, selagi dia masih bergelar isteri selagi itulah Shahrizal mahu dia
gembira.
Kalau jodoh panjang, mereka berdua
akan kekal bersama. Tapi kalau jodoh pendek, dia redha...
Pesanan WhatsApp dari Shahrizal buat bibir Rafeeqa tersenyum lebar sampai
ke telinga.
Shahrizal
: Rafeeqa, I’m at the parking lot. Faster.
Ting! Keluar dari pintu lift,
Rafeeqa beredar dengan muka ceria. Siapa yang tak gembira berjumpa suami, babe?!
“Fika.”
Damn!
Salah timing Irwan muncul di depan
mata. Hampir mati senyuman angau Rafeeqa.
Bergerak ke kiri, Irwan menghalang. Bergerak ke kanan pun sama juga.
Sudahnya Rafeeqa berdiri berpeluk tubuh di situ.
“Dah habis interview?”
“Hmm..”
“Department
mana?”
“Entah.”
Rafeeqa jawab sepatah-sepatah. Soalan anak bos
besar tak payah dilayan sangat. Kalau nak tahu lebih, pergilah tanya Uncle Jay
sendiri. And ya, logik sikit. Lepasan jurusan bisnes takkan nak masuk dengan
orang yang ulang alik site.
Irwan dan Rafeeqa. Rafeeqa dan Irwan.
Dua-dua bersaudara tapi sorang sayang, yang sorang lagi rasa menyampah. Mahu
tak menyampah sampai muntah biru bila dari kecil sampai ke besar Irwan asyik
nak menempel dengan Rafeeqa. Pendek kata, di mana ada Rafeeqa di situ ada
Irwan. Jadi bayang-bayang yang apa-apa entah dalam hidup Rafeeqa.
“Rasa excited pulak nak kerja satu bumbung dengan awak.” Irwan tersenyum
lebar.
Kalau dia bos besar, hari ini juga
dia suruh Rafeeqa mula bekerja. Ye la, siapa yang tak teruja nak menghadap muka
si pujaan hati. Rafeeqa tak suka, dia lagi suka. Rafeeqa buat muka toya, dia lagi cinta.
De’!
Tang celah mana yang buat Irwan excited
Rafeeqa betul-betul tak faham. Mamat ni tak bosan ke ngadap muka dia dari kecil sampai umur masing-masing sudah mencecah
23 tahun sekarang? Bukan kategori cinta
monyet lagi ni, ni dah masuk ke tahap cinta obsses!
“Brunch
with me?”
“No,
thanks. Nak cepat ni.”
“Okay.
Next time then.”
Bila dah kena reject tu, faham-faham sajalah Rafeeqa dah tak sudi. Irwan
mengangkat tangan tanda ‘jumpa lagi’ bila Rafeeqa meminta diri. Tak apa, kalau
hari ini Rafeeqa tak nak masih ada harapan esok lusa. Hal rumahtangga Rafeeqa,
dia tak nak ambil tahu. Siapa salah siapa betul, dia tak kisah. Tapi andai satu
hari nanti Rafeeqa akan dilepaskan, dialah orang pertama yang akan masuk line untuk meminang.
Di luar sana bila hujan sudah mula
reda, lebar senyuman Rafeeqa bila Infiniti M berwarna putih milik Shahrizal
terparkir elok di seberang jalan.
“Hi.
I miss you!”
Masuk ke dalam perut kereta, bibir
Rafeeqa singgah di pipi Shahrizal. Rasa macam nak tergelak bila Shahrizal masih
buat-buat cool dengan cermin mata
hitam yang dipakai. Dia tak kisah kalau Shahrizal tak menjawab, riak muka suami
sudah cukup menunjukkan yang Shahrizal sebenarnya suka dilayan begitu.
“No
wonder you forced me to wear the polka-dot necktie this morning.”
Rafeeqa tersenyum. Polka-dot for today, itu tema untuk hari ini. Headband
yang tersarung cantik di atas kepala sedondon dengan corak tali leher
Shahrizal. Nak nampak sama padan sama cantik.
“Nak makan kat mana?”
Rafeeqa bertanya bila kereta
Shahrizal sudah mula bergerak. Dia tak kisah sebenarnya nak makan di mana pun,
yang penting peneman adalah Shahrizal Hayrat.
Gembira tak usah cakap.
Kadang-kadang ada juga Rafeeqa terfikir, agaknya adakah hubungan yang semakin
baik ini akan berkekalan? No comment!
Shahrizal tersenyum nipis. Sempat
tangan kiri naik menyentuh headband
di kepala Rafeeqa. Tampak comel saja Rafeeqa tapi sengaja dia tak nak memuji
lebih, nanti Rafeeqa makin kembang hidung.
Baru nak menjawab soalan Rafeeqa,
telefon bimbit milik Shahrizal berbunyi. Nama Husna tertera di skrin. Selamba
Shahrizal ‘slide’ butang merah. Sorry. Nanti pandai-pandailah dia pujuk.
Dah dia cakap awal-awal kata sibuk tahap gaban, yang Husna telefon juga tu
maknanya saja nak minta perhatian.
“Kenapa tak jawab?”
“Tak penting.”
Rafeeqa diam. Sejak bila panggilan
kekasih tak penting, Shah? Rafeeqa sembunyi senyum. Sejak ada dia!
Husna. Rafeeqa. Shahrizal rasa
tersepit. Sorang adalah kekasih intan payung, yang sorang lagi adalah
tanggungjawab. Mana satu yang patut diutamakan sebenarnya? Berada dekat dengan
Rafeeqa buat Shahrizal rasa gembira dan sentiasa ceria. Yeah, Rafeeqa kan happy go
lucky dan bubbly. Bila bersama
Husna pula dia rasa dicintai dan dihargai.
Nak pilih dua-dua, memang takkan
punya sebab sendiri dah tahu yang dia takkan mampu berlaku adil. Bila dia nak
pilih Husna, Daddy kata ‘Up to you’
sebab Daddy mahukan yang terbaik untuk dia. Tapi Azwan kata ‘Gila ke apa?!’
sebab Rafeeqa adalah seorang perempuan yang sempurna di mata Azwan.
Sampai di depan lampu isyarat
berwarna merah, Shahrizal toleh ke kiri. Menatap wajah Rafeeqa. Jarang-jarang
dia menghayati kecantikan isteri. Bulu mata hitam yang melentik cantik, hidung
yang separa mancung dan bibir nipis yang sedang menguntum senyum sambil bernyanyi
kecil di sebelahnya ini buat Shahrizal rasa tenang. Pendek kata, satu perasaan
yang dia tak pernah rasa setiap kali bila bersama Husna.
Cukup kuatkah Rafeeqa nanti bila
tiba masanya dia lepaskan Rafeeqa? Masih mampukah Rafeeqa tersenyum lebar dan
menghiasi hari-hari dengan ceria tanpa dia di sisi?
“Shah,
it’s green already.”
Rafeeqa melambai-lambai di depan
Shahrizal. Kereta di belakang dah siap hon kuat-kuat pun Shahrizal boleh tak
dengar. Tenung dia pulak macam boleh
tembus sampai ke belakang. Apa kejadian? Angau?
Rafeeqa tersenyum lebih lebar dari
tadi. Perasan pun perasan la, dia tak kisah. Kalau Shahrizal tatap satu hari
satu malam pun dia tak kisah.
Masing-masing diam saja dan bila
kereta Shahrizal berhenti di depan Toyota Motors di Jalan Cheras, kening
Rafeeqa berkerut. Kata nak makan, ni apa kes datang kedai kereta tiba-tiba?
“Kita buat apa kat sini? Awak nak
tukar kereta baru ke? Test-drive? Is Toyota
better compared to Infiniti? I thought Infiniti is far off better.”
Banyak benar soalan Rafeeqa. Mata
terkebil-kebil bila tak ada satu pun yang dijawab Shahrizal, selamba pula
keluar meninggalkan dia di dalam kereta. Kot kalau betul Shahrizal tukar kereta
baru, boleh tak dia leech minta
Infiniti ni? Dia satu hapak pun tak
ada walau dia satu-satunya anak yang Papa dan Mama ada.
Papa jenis yang tak nak manjakan sangat anak
dia. Dulu bila dia minta Papa belikan kereta untuknya, Papa tolak 100%.
Berusaha sendiri. Belajar hidup berdikari. Jangan boros tak bertempat walau
duit tinggi macam gunung. Itu pesanan Papa. Urgh, bosan. Ni yang dia sampai sekarang tak ada apa-apa.
Keluar melepak dengan Damia pun, Damia yang jadi pemandu peribadi. Tak pun
Shahrizal yang selalu ikut mood.
Nak minta Shahrizal tolong belikan?
Hoho...jauh angan-angan ya!
Rafeeqa terkejut bila pintu kereta
tiba-tiba dibuka dari luar. Shahrizal hulurkan tangan.
“Come.”
Rafeeqa menurut saja, membiarkan tangannya
ditarik Shahrizal lembut dan mengikuti ke mana encik suami membawa. Nak minta
pendapat dia kereta mana yang nak dibeli ke? Berhenti di hadapan kereta
berwarna merah terang, Rafeeqa masih tak bertanya banyak.
Toyota Yaris? Biar betul. Kereta Infiniti
M kemain lawa dan mewah, takkan
Shahrizal nak gantikan dengan Yaris yang tampak sesuai untuk kaum perempuan ni?
Syarikat guaman Shahrizal dah nak bankrap ke?
“Seriously,
Shah? Kalau awak nak tukar pun Infiniti tu, ambillah yang lebih okey dari
yang ni. Fortuner for example. At least
the standard is still there even though it’s not as luxurious as Infiniti,”
Rafeeqa memberikan cadangan. Senang aje dia bercakap, typical diva.
Shahrizal tergelak kecil. Muka
Rafeeqa tampak makin comel dengan dahi berkerut dan mulut yang pok pek tanpa henti sambil bercekak
pinggang. Siap berjalan lagi satu pusingan mengamati kereta yang dibelinya.
Dia melambai, memberi isyarat supaya
Rafeeqa datang dekat padanya. Sebaik tubuh tinggi itu berdiri di sebelah, poket
seluar diseluk Shahrizal. Kunci kereta diletakkan di atas tapak tangan Rafeeqa.
“This
is a gift for you. Sorry I didn’t come for your graduation. Sorry I haven’t congratulate
you. Sorry I couldn’t make it the night you wanted us to have dinner together.”
Tubuh Rafeeqa ditarik Shahrizal
lebih rapat padanya, dahi Rafeeqa diciumnya perlahan. Ciuman yang ikhlas untuk
isteri yang pernah dicintai dan kini masih menjadi tanggungjawabnya.
Dulu ditaburnya janji-janji manis
untuk Rafeeqa bila Rafeeqa masih bergelar pelajar di Sunderland.
Tak sabar nak tunggu awak habis
study, I’ll come for your graduation.
Tak sabar nak tunggu awak balik
Malaysia, jadi peneman saya 24 jam.
Lepas awak habis study kita pergi bercuti.
Lepas awak habis study saya beli hadiah besar.
Lepas awak habis awak kerja dengan
saya.
Di antara lima janji utama
Shahrizal, tak ada satu pun yang dia tunaikan. Mustahil Rafeeqa tak ingat semua
itu, cuma rasanya Rafeeqa tak buka mulut menagih janji sebab dia bukan lagi
Shahrizal yang ‘lama’.
Tercengang. Terkejut. Terharu.
Tersentuh. Perasaan Rafeeqa bercampur-baur. Pandangannya bersilih ganti dengan
Shahrizal dan kereta di depan mata. Hampir terjatuh kunci di tapak tangannya,
namun cepat saja tangan Shahrizal mencapai tangannya dan digenggam erat.
“I
guess you must be very surprised, Rafeeqa.” Tubuh Rafeeqa dibawa rapat dan
dipeluk.
Memang menjadi juga kejutan yang
dibuat untuk Rafeeqa. Dagu Rafeeqa disentuh dan saat dua mata itu bertaupan,
air mata si isteri mengalir keluar. Shahrizal tersenyum.
“Happy?”
Rafeeqa angguk kepala.
“I’m
happy to see that you’re happy.” Air mata isteri diseka Shahrizal dengan
hujung ibu jari.
Oh,
Shah...I’m so in love with you!
Tubuh
Shahrizal dipeluk Rafeeqa erat.
PUSING-pusing. Sekejap masuk ke
dalam kereta, sekejap keluar. Kemudian tersengih sorang-sorang. Shahrizal
tergelak kecil melihat telatah Rafeeqa. Lagak macam orang yang tak pernah
tengok kereta pun ada juga.
“Rafeeqa.”
Rafeeqa tak menjawab. Tunduk dan tertarik
melihat rim tayar yang berkilat.
“Rafeeqa.”
“Ya?” Mendongak memandang wajah
suami.
“I’m
sure you like it. Apa kata awak bagi dia nama.”
Rafeeqa kenyitkan mata. Of course I like it, darling! Sengaja
dia labuhkan punggung di atas riba Shahrizal yang duduk di atas buaian.
Macamlah di sebelah Shahrizal tu tak muat.
“Hmmm...” Jari telunjuk kiri Rafeeqa
mengetuk-ngetuk dagunya. Tangan kanan melingkari leher Shahrizal. Cadangan
bagus tu. Tapi nama apa yang sesuai untuk kereta baru kesayangan?
“Sexy.”
Shahrizal angkat kening sebelah.
Okey. Reject.
“What
about Yummy?”
Shahrizal tayang senyuman sinis.
Okey. Reject lagi.
“Vogue,
then.”
Shahrizal tahan senyum. Okey. Dah
masuk tiga kali kena reject.
“Habis tu apa nak bagi? Semua pun
awak tak suka.”
“Bagilah nama yang tak susah. Simple. Tapi cantik,” cadang Shahrizal.
Yang Rafeeqa cadangkan semuanya tak sesuai untuk kereta, tapi macam lebih
sesuai untuk tuan punya kereta.
“Banyak apa nama awak boleh bagi.
Tijah. Joyah. Halimah.”
“Hish!” Rafeeqa buat muka. Pekebende nama tak moden semua tu? Tak
padan dengan Toyota Yaris yang merah menyala dan tampak seksi walaupun kecil
molek.
Shahrizal tergelak besar. Sesekali
kakinya sengaja digoyang-goyangkan, buat tubuh Rafeeqa yang masih duduk di atas
ribanya turut bergoyang. Suka aje Rafeeqa tu, ada buaian original.
“Infiniti tu nama apa?”
“Handsome.”
Rafeeqa rasa nak tergelak.
“Imagine
you put it as Usop. Tak pun Jago.”
“What?!”
Pecah ketawa mereka berdua. Nama
dari celah mana Rafeeqa bagi untuk namakan kereta kebanggaan dia tu? Tak boleh
pakai langsung. Uhuk! Samalah juga macam dia hentam sebarang nama yang sesuai
untuk kereta Rafeeqa.
“Thank
you so much for the car, Shah.”
“Dah dengar tu seratus kali hari
ni.”
Rafeeqa tersenyum lebar. Dia biarkan
saja tangan Shahrizal melingkari pinggangnya.
“You’re
so sweet.”
“Tengah bodek ke ni?”
Rafeeqa tergelak. Pujian ikhlas tu. Dari
petang sampai ke malam dia masih tak puas nak bawa kereta baru round satu Kuala Lumpur. Papa dan Mama
tumpang gembira. Papa siap kata kalau nak kereta yang lain pun Papa akan bagi.
Papa acah je tu, mana Papa nak bagi. Nak minta Bettle Papa yang antik tu pun Papa
tak kasi, apatah lagi nak belikan yang baru.
“Shahhh...”
“Hmm...” Suara manja Rafeeqa yang
memanggilnya begitulah yang buat Shahrizal selalu tak tahan.
“Awak buat saya gembira.”
“This
is what you want. To be happy as long as we’re still together.”
“Hmmm...what
if I want to be happy for the rest of my life?”
Belakang Rafeeqa dibelai Shahrizal
perlahan sebelum menjawab.
“Sure
you will, Rafeeqa. Awak akan sentiasa gembira.”
“Then...don’t
let me go, Shah.” Rafeeqa terus-terang.
Shahrizal terpempan. Angguk kepala
tidak, menggeleng pun tidak. Sinar mata Rafeeqa begitu mengharap. Suara Rafeeqa
seakan merayu. Wajah Rafeeqa tampak sangat kasihan.
Kepala Rafeeqa dibawa ke dada dan
tubuh isteri yang separuh berbaring itu diusap Shahrizal, persis mendodoikan
budak kecil. Serius dia rasa tersentuh. Permintaan Rafeeqa sebenarnya ringkas
saja, tapi tak mudah untuk dia tunaikan.
“Come.
Please me again tonight.”
Tubuh Rafeeqa dicempung
dan dibawa masuk ke dalam rumah. Tak kira walau macam mana pun dia mahu
mengelak dan cuba menjauh dari Rafeeqa, dua perkara ini tidak dapat dielakkan
dari Rafeeqa. Untuk dibelai dan membelai Rafeeqa.
Rafeeqa tersenyum. To please you is a must, dear hubby!
Bila melayari bahtera separuh jalan, telefon bimbit Shahrizal berbunyi minta
disambut. Tangan Shahrizal meraba-raba meja kecil di sebelah katil. iPhone
ditutup.
Rafeeqa mengukir senyuman lebar.
p/s : Falling for Shahrizal, dearies? Hope you all enjoyed reading! And hoping to hug JBC so soon ya! Love you all loads and big hug everyone! And so sorry for the pending comments I havent balas dearies! :(
Ok shah,lg lama anda bkelakuan baik mcm ni maka anda akan dmaafkn hihi... Padan muka husna.now masa utk shah n feeka bcanda. X sbr tgu berita gumbira. Leh 'ikat' shah dr pergi jauh2 hihihi...
ReplyDeleteyeah..cik emy lepas ini akan ada demo for fika and shah to be together...hahahaha..
ReplyDeletep.s:cepat2lah campak husna ke laut.
Best....tak sabar nak tunggu buku ini.
ReplyDeleteMengandunglah kau Rafeeqa...
ReplyDeleteHaaaa bio shah terikat terus...
Suke2. Sweetnya shah.kekalkn bhagia cm ni
ReplyDeletepergh..macam nak jadi penghasut pulak..nak suruh feeqa ..tinggalkan mamat sengal tu.. masih ada hati lagi nak ceraikannya ..tetapi part ..tut...belai membelai..nak juga..just imegine..apa juga ..yg mamat sengal ni akan janji lagi pada feeqa..sbb tengah high ..dan keberangkalian kalau feeqa minta rumah tu dihadiahkan kepadanya pun mamat tu sanggup kan..Terujanya akak nak tahu..apa akan jadi kalau mamat tu tegar menceraikan dirinya untuk kepangkuan Husna..walaupun dia telah sedaya upaya cuba menyelamatkan rumahtangganya.. hopefully feeqa tidak akan tewas dan murung..bila tiba masanya mamat sengal tu..bertindak membuangnya.. bila fikirkannya..sedih giler..weyh..
ReplyDeleteTak boleh terima kalau shah buang fika... Huhuhu..sadissss...tahap bakar panggung..
ReplyDeleteKalau saya tak lupa n3 dulu ada konfrantasi dgn Husna & Rafeeqa akan dilukai sekali lagi. Si Shah ni nak lari dari Husna pun susah.
ReplyDeletesenyum sampai telinga, eh , , tak di langkawi ke hari itu please nye ni, ?yg ni kt rumah? ?
ReplyDeleteHuh... kalau Shah tak sedar jugak dan nk Husna tu. Ikat batu pd SnH tu dua dua campak lombong. Cik writer tlg bg jodoh baru kt feeqa yg lebih best dr shah yg tak guna tak guna tak guna tu.
ReplyDelete