Wednesday, October 16, 2013

Jangan Benci Cintaku (JBC) 8





            PAGI yang sedikit sejuk dengan hujan renyai-renyai di luar sana. Rafeeqa perkemaskan lagi blazer berwarna biru tua H&M di badan. Macam tak ngam la pulak fesyen diva hari ini yang memakai skirt paras lutut. Teguran Shahrizal pagi tadi langsung dia tak layan. Sekarang tanggunglah sendiri ya, sejuk macam dah mencucuk jauh ke dalam tulang.

            “Apa khabar suami Fika?” Uncle Jay bertanya mesra.

            Rafeeqa dan Shahrizal, diibaratkan seperti merpati dua sejoli. Tapi sayang, itu hanyalah dari segi luaran. Tak sangka dah secocok begitu tapi rumahtangga tetap pincang. Mata kasar orang tua-tua senang nak nak tahu.

            Tentang Irwan pula, bukan Uncle Jay tak tahu Irwan masih menaruh hati pada anak buahnya ini. Kiranya macam cinta hati dulu, kini dan selamanya untuk Irwan. Tapi dia sangatlah tak  menyokong apatah lagi menggalakkan anak sendiri mengganggu rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal. Anggap saja tiada jodoh, tak gitu? Ala, senang dia nak komen begitu tapi kesian juga pada Irwan. Bagi lagi beberapa waktu, okeylah agaknya Irwan tu nanti.

            Rafeeqa tersenyum.

            “Shah okey, uncle. Busy sikit akhir-akhir ni.”

            “Minta Shah cuti, then both of you can go for a trip.”  Uncle Jay sengaja bagi hint, kot rumahtangga Rafeeqa dan Shahrizal akan kembali pulih.

            Rafeeqa masih tersenyum.

            “Good idea, uncle.” Nak jawab apa lagi kan? Nak menipu lebih Rafeeqa tak pandai.

            Nak pergi bercuti dengan dia? Huh..kirim salam! Shahrizal takkan mahu punya, lainlah kalau partner in crime tu Husna. Malu juga kalau dah tahu Shahrizal memang tak ada hati tapi dia yang beria-ia. Pipi tersorong-sorong bukan gaya Rafeeqa Huda. Dia lebih sanggup makan hati berulam jantung sorang-sorang.

            Semalam rasa kecewa Rafeeqa sampai tak tahu nak cakap apa. Ingatkan boleh lah kot angan-angan nak bekerja dengan Shahrizal bila si suami sendiri siap offer, tapi ‘ditarik’ balik. Duh! Pujuk Shahrizal sampai kering air liur pun Shahrizal tak nak. Alasan Shahrizal, tak padan dengan jurusan Rafeeqa tapi nak jadi setiausaha Shahrizal. Walhal, boleh aje graduan bisnes ni nak menyelit jadi PA suami sendiri.

            Ceh! Alasan sungguh tu sebab tak nak kantoi dengan Husna yang hubungan mereka berdua masih belum berakhir sepenuhnya tapi sebaliknya masih ‘on-off’.

            Lepak agak lama dengan Uncle Jay buat Rafeeqa lupakan seketika hal rumahtangga. Bekerja di bawah Uncle Jay tak susah sebab hal bisnes memang minat Rafeeqa. Boleh aje kalau dia terus bekerja di syarikat Papa tapi niat nak menolong Uncle Jay untuk beberapa bulan.

            Keluar dari bilik pejabat Uncle Jay, jam tangan Bonia dikerling Rafeeqa sekilas. Pukul 10.30 pagi. Ehem..tepat sangat dah masa ni. Shahrizal berjanji nak singgah, nak ajak brunch. Hati kata yuhuuu! Dia merajuk sampai baring membelakangkan Shahrizal semalam, hari ni kiranya Shahrizal nak pujuk balik hati yang lara.

            Hati gembira tapi sampai bila? Sampai ke petang? Sampai esok? Atau sampai tahun depan?  Rafeeqa tak nak ambil kisah. Shahrizal dah berjanji, selagi dia masih bergelar isteri selagi itulah Shahrizal mahu dia gembira.

            Kalau jodoh panjang, mereka berdua akan kekal bersama. Tapi kalau jodoh pendek, dia redha...
            Pesanan WhatsApp dari Shahrizal buat bibir Rafeeqa tersenyum lebar sampai ke telinga.

            Shahrizal : Rafeeqa, I’m at the parking lot. Faster.

            Ting! Keluar dari pintu lift, Rafeeqa beredar dengan muka ceria. Siapa yang tak gembira berjumpa suami, babe?!

            “Fika.”

            Damn! Salah timing Irwan muncul di depan mata. Hampir mati senyuman angau Rafeeqa.  Bergerak ke kiri, Irwan menghalang. Bergerak ke kanan pun sama juga. Sudahnya Rafeeqa berdiri berpeluk tubuh di situ.

            “Dah habis interview?

            “Hmm..”

            “Department mana?”

            “Entah.”

             Rafeeqa jawab sepatah-sepatah. Soalan anak bos besar tak payah dilayan sangat. Kalau nak tahu lebih, pergilah tanya Uncle Jay sendiri. And ya, logik sikit. Lepasan jurusan bisnes takkan nak masuk dengan orang yang ulang alik site.

            Irwan dan Rafeeqa. Rafeeqa dan Irwan. Dua-dua bersaudara tapi sorang sayang, yang sorang lagi rasa menyampah. Mahu tak menyampah sampai muntah biru bila dari kecil sampai ke besar Irwan asyik nak menempel dengan Rafeeqa. Pendek kata, di mana ada Rafeeqa di situ ada Irwan. Jadi bayang-bayang yang apa-apa entah dalam hidup Rafeeqa.

            “Rasa excited pulak nak kerja satu bumbung dengan awak.” Irwan tersenyum lebar.

            Kalau dia bos besar, hari ini juga dia suruh Rafeeqa mula bekerja. Ye la, siapa yang tak teruja nak menghadap muka si pujaan hati. Rafeeqa tak suka, dia lagi suka. Rafeeqa buat muka toya, dia lagi cinta.

            De’! Tang celah mana yang buat Irwan excited Rafeeqa betul-betul tak faham. Mamat ni tak bosan ke ngadap muka dia dari kecil sampai umur masing-masing sudah mencecah 23 tahun sekarang?  Bukan kategori cinta monyet lagi ni, ni dah masuk ke tahap cinta obsses!

            “Brunch with me?”

            “No, thanks. Nak cepat ni.”

            “Okay. Next time then.”

            Bila dah kena reject tu, faham-faham sajalah Rafeeqa dah tak sudi. Irwan mengangkat tangan tanda ‘jumpa lagi’ bila Rafeeqa meminta diri. Tak apa, kalau hari ini Rafeeqa tak nak masih ada harapan esok lusa. Hal rumahtangga Rafeeqa, dia tak nak ambil tahu. Siapa salah siapa betul, dia tak kisah. Tapi andai satu hari nanti Rafeeqa akan dilepaskan, dialah orang pertama yang akan masuk line untuk meminang.

            Di luar sana bila hujan sudah mula reda, lebar senyuman Rafeeqa bila Infiniti M berwarna putih milik Shahrizal terparkir elok di seberang jalan.

            “Hi. I miss you!”

            Masuk ke dalam perut kereta, bibir Rafeeqa singgah di pipi Shahrizal. Rasa macam nak tergelak bila Shahrizal masih buat-buat cool dengan cermin mata hitam yang dipakai. Dia tak kisah kalau Shahrizal tak menjawab, riak muka suami sudah cukup menunjukkan yang Shahrizal sebenarnya suka dilayan begitu.

            “No wonder you forced me to wear the polka-dot necktie this morning.”

            Rafeeqa tersenyum. Polka-dot for today, itu tema untuk hari ini. Headband yang tersarung cantik di atas kepala sedondon dengan corak tali leher Shahrizal. Nak nampak sama padan sama cantik.

            “Nak makan kat mana?”

            Rafeeqa bertanya bila kereta Shahrizal sudah mula bergerak. Dia tak kisah sebenarnya nak makan di mana pun, yang penting peneman adalah Shahrizal Hayrat.

            Gembira tak usah cakap. Kadang-kadang ada juga Rafeeqa terfikir, agaknya adakah hubungan yang semakin baik ini akan berkekalan? No comment!

            Shahrizal tersenyum nipis. Sempat tangan kiri naik menyentuh headband di kepala Rafeeqa. Tampak comel saja Rafeeqa tapi sengaja dia tak nak memuji lebih, nanti Rafeeqa makin kembang hidung.

            Baru nak menjawab soalan Rafeeqa, telefon bimbit milik Shahrizal berbunyi. Nama Husna tertera di skrin. Selamba Shahrizal ‘slide’ butang merah. Sorry. Nanti pandai-pandailah dia pujuk. Dah dia cakap awal-awal kata sibuk tahap gaban, yang Husna telefon juga tu maknanya saja nak minta perhatian.

            “Kenapa tak jawab?”

            “Tak penting.”

            Rafeeqa diam. Sejak bila panggilan kekasih tak penting, Shah? Rafeeqa sembunyi senyum. Sejak ada dia!

            Husna. Rafeeqa. Shahrizal rasa tersepit. Sorang adalah kekasih intan payung, yang sorang lagi adalah tanggungjawab. Mana satu yang patut diutamakan sebenarnya? Berada dekat dengan Rafeeqa buat Shahrizal rasa gembira dan sentiasa ceria. Yeah, Rafeeqa kan happy go lucky dan bubbly. Bila bersama Husna pula dia rasa dicintai dan dihargai.

            Nak pilih dua-dua, memang takkan punya sebab sendiri dah tahu yang dia takkan mampu berlaku adil. Bila dia nak pilih Husna, Daddy kata ‘Up to you’ sebab Daddy mahukan yang terbaik untuk dia. Tapi Azwan kata ‘Gila ke apa?!’ sebab Rafeeqa adalah seorang perempuan yang sempurna di mata Azwan.

            Sampai di depan lampu isyarat berwarna merah, Shahrizal toleh ke kiri. Menatap wajah Rafeeqa. Jarang-jarang dia menghayati kecantikan isteri. Bulu mata hitam yang melentik cantik, hidung yang separa mancung dan bibir nipis yang sedang menguntum senyum sambil bernyanyi kecil di sebelahnya ini buat Shahrizal rasa tenang. Pendek kata, satu perasaan yang dia tak pernah rasa setiap kali bila bersama Husna.

            Cukup kuatkah Rafeeqa nanti bila tiba masanya dia lepaskan Rafeeqa? Masih mampukah Rafeeqa tersenyum lebar dan menghiasi hari-hari dengan ceria tanpa dia di sisi?

            “Shah, it’s green already.”

            Rafeeqa melambai-lambai di depan Shahrizal. Kereta di belakang dah siap hon kuat-kuat pun Shahrizal boleh tak dengar. Tenung dia pulak macam boleh tembus sampai ke belakang. Apa kejadian? Angau?

            Rafeeqa tersenyum lebih lebar dari tadi. Perasan pun perasan la, dia tak kisah. Kalau Shahrizal tatap satu hari satu malam pun dia tak kisah.

            Masing-masing diam saja dan bila kereta Shahrizal berhenti di depan Toyota Motors di Jalan Cheras, kening Rafeeqa berkerut. Kata nak makan, ni apa kes datang kedai kereta tiba-tiba?

            “Kita buat apa kat sini? Awak nak tukar kereta baru ke? Test-drive? Is Toyota better compared to Infiniti? I thought Infiniti is far off better.

            Banyak benar soalan Rafeeqa. Mata terkebil-kebil bila tak ada satu pun yang dijawab Shahrizal, selamba pula keluar meninggalkan dia di dalam kereta. Kot kalau betul Shahrizal tukar kereta baru, boleh tak dia leech minta Infiniti ni? Dia satu hapak pun tak ada walau dia satu-satunya anak yang Papa dan Mama ada.

             Papa jenis yang tak nak manjakan sangat anak dia. Dulu bila dia minta Papa belikan kereta untuknya, Papa tolak 100%. Berusaha sendiri. Belajar hidup berdikari. Jangan boros tak bertempat walau duit tinggi macam gunung. Itu pesanan Papa. Urgh, bosan.  Ni yang dia sampai sekarang tak ada apa-apa. Keluar melepak dengan Damia pun, Damia yang jadi pemandu peribadi. Tak pun Shahrizal yang selalu ikut mood.

            Nak minta Shahrizal tolong belikan? Hoho...jauh angan-angan ya!

            Rafeeqa terkejut bila pintu kereta tiba-tiba dibuka dari luar. Shahrizal hulurkan tangan.

            “Come.”

            Rafeeqa menurut saja, membiarkan tangannya ditarik Shahrizal lembut dan mengikuti ke mana encik suami membawa. Nak minta pendapat dia kereta mana yang nak dibeli ke? Berhenti di hadapan kereta berwarna merah terang, Rafeeqa masih tak bertanya banyak.

            Toyota Yaris? Biar betul. Kereta Infiniti M kemain lawa dan mewah, takkan Shahrizal nak gantikan dengan Yaris yang tampak sesuai untuk kaum perempuan ni? Syarikat guaman Shahrizal dah nak bankrap ke?


            “Seriously, Shah? Kalau awak nak tukar pun Infiniti tu, ambillah yang lebih okey dari yang ni. Fortuner for example. At least the standard is still there even though it’s not as luxurious as Infiniti,” Rafeeqa memberikan cadangan. Senang aje dia bercakap, typical diva.



            Shahrizal tergelak kecil. Muka Rafeeqa tampak makin comel dengan dahi berkerut dan mulut yang pok pek tanpa henti sambil bercekak pinggang. Siap berjalan lagi satu pusingan mengamati kereta yang dibelinya.

            Dia melambai, memberi isyarat supaya Rafeeqa datang dekat padanya. Sebaik tubuh tinggi itu berdiri di sebelah, poket seluar diseluk Shahrizal. Kunci kereta diletakkan di atas tapak tangan Rafeeqa.

            “This is a gift for you. Sorry I didn’t come for your graduation. Sorry I haven’t congratulate you. Sorry I couldn’t make it the night you wanted us to have dinner together.”

            Tubuh Rafeeqa ditarik Shahrizal lebih rapat padanya, dahi Rafeeqa diciumnya perlahan. Ciuman yang ikhlas untuk isteri yang pernah dicintai dan kini masih menjadi tanggungjawabnya.

            Dulu ditaburnya janji-janji manis untuk Rafeeqa bila Rafeeqa masih bergelar pelajar di Sunderland.

            Tak sabar nak tunggu awak habis study, I’ll come for your graduation.
            Tak sabar nak tunggu awak balik Malaysia, jadi peneman saya 24 jam.
            Lepas awak habis study kita pergi bercuti.
            Lepas awak habis study saya beli hadiah besar.
            Lepas awak habis awak kerja dengan saya.

            Di antara lima janji utama Shahrizal, tak ada satu pun yang dia tunaikan. Mustahil Rafeeqa tak ingat semua itu, cuma rasanya Rafeeqa tak buka mulut menagih janji sebab dia bukan lagi Shahrizal yang ‘lama’.

            Tercengang. Terkejut. Terharu. Tersentuh. Perasaan Rafeeqa bercampur-baur. Pandangannya bersilih ganti dengan Shahrizal dan kereta di depan mata. Hampir terjatuh kunci di tapak tangannya, namun cepat saja tangan Shahrizal mencapai tangannya dan digenggam erat.

            “I guess you must be very surprised, Rafeeqa.” Tubuh Rafeeqa dibawa rapat dan dipeluk.

            Memang menjadi juga kejutan yang dibuat untuk Rafeeqa. Dagu Rafeeqa disentuh dan saat dua mata itu bertaupan, air mata si isteri mengalir keluar. Shahrizal tersenyum.

            “Happy?”

            Rafeeqa angguk kepala.

            “I’m happy to see that you’re happy.” Air mata isteri diseka Shahrizal dengan hujung ibu jari.

            Oh, Shah...I’m so in love with you!

            Tubuh Shahrizal dipeluk Rafeeqa erat.






            PUSING-pusing. Sekejap masuk ke dalam kereta, sekejap keluar. Kemudian tersengih sorang-sorang. Shahrizal tergelak kecil melihat telatah Rafeeqa. Lagak macam orang yang tak pernah tengok kereta pun ada juga.

            “Rafeeqa.”

            Rafeeqa tak menjawab. Tunduk dan tertarik melihat rim tayar yang berkilat.

            “Rafeeqa.”

            “Ya?” Mendongak memandang wajah suami.

            “I’m sure you like it. Apa kata awak bagi dia nama.”

            Rafeeqa kenyitkan mata. Of course I like it, darling! Sengaja dia labuhkan punggung di atas riba Shahrizal yang duduk di atas buaian. Macamlah di sebelah Shahrizal tu tak muat.

            “Hmmm...” Jari telunjuk kiri Rafeeqa mengetuk-ngetuk dagunya. Tangan kanan melingkari leher Shahrizal. Cadangan bagus tu. Tapi nama apa yang sesuai untuk kereta baru kesayangan?

            “Sexy.”

            Shahrizal angkat kening sebelah. Okey. Reject.

            “What about Yummy?”

            Shahrizal tayang senyuman sinis. Okey. Reject lagi.

            “Vogue, then.”

            Shahrizal tahan senyum. Okey. Dah masuk tiga kali kena reject.

            “Habis tu apa nak bagi? Semua pun awak tak suka.”

            “Bagilah nama yang tak susah. Simple. Tapi cantik,” cadang Shahrizal. Yang Rafeeqa cadangkan semuanya tak sesuai untuk kereta, tapi macam lebih sesuai untuk tuan punya kereta.

            “Banyak apa nama awak boleh bagi. Tijah. Joyah. Halimah.”

            “Hish!” Rafeeqa buat muka. Pekebende nama tak moden semua tu? Tak padan dengan Toyota Yaris yang merah menyala dan tampak seksi walaupun kecil molek.

            Shahrizal tergelak besar. Sesekali kakinya sengaja digoyang-goyangkan, buat tubuh Rafeeqa yang masih duduk di atas ribanya turut bergoyang. Suka aje Rafeeqa tu, ada buaian original.

            “Infiniti tu nama apa?”

            “Handsome.”

            Rafeeqa rasa nak tergelak.

            “Imagine you put it as Usop. Tak pun Jago.”

            “What?!”

            Pecah ketawa mereka berdua. Nama dari celah mana Rafeeqa bagi untuk namakan kereta kebanggaan dia tu? Tak boleh pakai langsung. Uhuk! Samalah juga macam dia hentam sebarang nama yang sesuai untuk kereta Rafeeqa.

            “Thank you so much for the car, Shah.”

            “Dah dengar tu seratus kali hari ni.”

            Rafeeqa tersenyum lebar. Dia biarkan saja tangan Shahrizal melingkari pinggangnya.

            “You’re so sweet.”

            “Tengah bodek ke ni?”

            Rafeeqa tergelak. Pujian ikhlas tu. Dari petang sampai ke malam dia masih tak puas nak bawa kereta baru round satu Kuala Lumpur. Papa dan Mama tumpang gembira. Papa siap kata kalau nak kereta yang lain pun Papa akan bagi. Papa acah je tu, mana Papa nak bagi. Nak minta Bettle Papa yang antik tu pun Papa tak kasi, apatah lagi nak belikan yang baru.

            “Shahhh...”

            “Hmm...” Suara manja Rafeeqa yang memanggilnya begitulah yang buat Shahrizal selalu tak tahan.

            “Awak buat saya gembira.”

            “This is what you want. To be happy as long as we’re still together.”          

            “Hmmm...what if I want to be happy for the rest of my life?”

            Belakang Rafeeqa dibelai Shahrizal perlahan sebelum menjawab.

            “Sure you will, Rafeeqa. Awak akan sentiasa gembira.”

            “Then...don’t let me go, Shah.” Rafeeqa terus-terang.

            Shahrizal terpempan. Angguk kepala tidak, menggeleng pun tidak. Sinar mata Rafeeqa begitu mengharap. Suara Rafeeqa seakan merayu. Wajah Rafeeqa tampak sangat kasihan.

            Kepala Rafeeqa dibawa ke dada dan tubuh isteri yang separuh berbaring itu diusap Shahrizal, persis mendodoikan budak kecil. Serius dia rasa tersentuh. Permintaan Rafeeqa sebenarnya ringkas saja, tapi tak mudah untuk dia tunaikan.

            “Come. Please me again tonight.”

             Tubuh Rafeeqa dicempung dan dibawa masuk ke dalam rumah. Tak kira walau macam mana pun dia mahu mengelak dan cuba menjauh dari Rafeeqa, dua perkara ini tidak dapat dielakkan dari Rafeeqa. Untuk dibelai dan membelai Rafeeqa.

            Rafeeqa tersenyum. To please you is a must, dear hubby! Bila melayari bahtera separuh jalan, telefon bimbit Shahrizal berbunyi minta disambut. Tangan Shahrizal meraba-raba meja kecil di sebelah katil. iPhone ditutup.


            Rafeeqa mengukir senyuman lebar.


p/s : Falling for Shahrizal, dearies? Hope you all enjoyed reading! And hoping to hug JBC so soon ya! Love you all loads and big hug everyone! And so sorry for the pending comments I havent balas dearies! :( 

10 comments:

  1. Ok shah,lg lama anda bkelakuan baik mcm ni maka anda akan dmaafkn hihi... Padan muka husna.now masa utk shah n feeka bcanda. X sbr tgu berita gumbira. Leh 'ikat' shah dr pergi jauh2 hihihi...

    ReplyDelete
  2. yeah..cik emy lepas ini akan ada demo for fika and shah to be together...hahahaha..

    p.s:cepat2lah campak husna ke laut.

    ReplyDelete
  3. Best....tak sabar nak tunggu buku ini.

    ReplyDelete
  4. Mengandunglah kau Rafeeqa...
    Haaaa bio shah terikat terus...

    ReplyDelete
  5. Suke2. Sweetnya shah.kekalkn bhagia cm ni

    ReplyDelete
  6. pergh..macam nak jadi penghasut pulak..nak suruh feeqa ..tinggalkan mamat sengal tu.. masih ada hati lagi nak ceraikannya ..tetapi part ..tut...belai membelai..nak juga..just imegine..apa juga ..yg mamat sengal ni akan janji lagi pada feeqa..sbb tengah high ..dan keberangkalian kalau feeqa minta rumah tu dihadiahkan kepadanya pun mamat tu sanggup kan..Terujanya akak nak tahu..apa akan jadi kalau mamat tu tegar menceraikan dirinya untuk kepangkuan Husna..walaupun dia telah sedaya upaya cuba menyelamatkan rumahtangganya.. hopefully feeqa tidak akan tewas dan murung..bila tiba masanya mamat sengal tu..bertindak membuangnya.. bila fikirkannya..sedih giler..weyh..

    ReplyDelete
  7. Tak boleh terima kalau shah buang fika... Huhuhu..sadissss...tahap bakar panggung..

    ReplyDelete
  8. Kalau saya tak lupa n3 dulu ada konfrantasi dgn Husna & Rafeeqa akan dilukai sekali lagi. Si Shah ni nak lari dari Husna pun susah.

    ReplyDelete
  9. senyum sampai telinga, eh , , tak di langkawi ke hari itu please nye ni, ?yg ni kt rumah? ?

    ReplyDelete
  10. Huh... kalau Shah tak sedar jugak dan nk Husna tu. Ikat batu pd SnH tu dua dua campak lombong. Cik writer tlg bg jodoh baru kt feeqa yg lebih best dr shah yg tak guna tak guna tak guna tu.

    ReplyDelete