SYAZWAN
hanya mengikut ke mana kakinya melangkah dengan kedua – dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Hari
ini jiwa terasa kosong. Tasya sudah dibuang ke tepi. Malas nak melayan si
gedik.
Seperti biasa, The Mines sentiasa sesak dengan para pengujung. Dia tak berkenan
sangat pergi ke tempat yang ramai orang begini. Window shopping semua tu dia tak layan sangat. Kalau nak beli apa –
apa, online shopping kan ada. Klik
sini klik sana, dah beres. Mudah dan cepat bukan? Lainlah kalau pergi bertapa
di pulau ke, melepak di kelab ke, harus dia on
saja. Itulah gaya seorang Syazwan Imad.
Langkah Syazwan terhenti di depan kedai anak
patung. Matanya tertacap pada anak patung Winnie
the Pooh yang besar sedang memegang jagung. Teringat pada anak patung yang
pernah dia hadiahkan pada Maya dulu. Juga
anak patung Winnie the Pooh yang
sedang memegang jagung. Maya suka, comel katanya.
“
Winnie the Pooh is a girl.”
“ No,
he’s a boy.”
“ Habis tu, kenapa nama dia Winnie? Trans gender ke apa?”
“ What?
Awak ni overlah. Mak dia yang bagi
nama Winnie. So blame the mum, not him.”
Terngiang – ngiang perbalahannya dengan
Maya satu masa dulu. Dan demi kekasih hati, dibelikannya juga patung pelik itu
untuk Maya. Entah apa motif pegang jagung, dia pun tidak tahu. Yang penting
baginya patung beruang berwarna kuning itu amatlah tidak comel.
“
Waaa!”
Shahrizal menunduk. Terkejut dia melihat
seorang anak kecil yang berdiri tidak jauh darinya. Melompat – lompat melihat
banyak anak patung yang terpampang di sebalik cermin kaca kedai.
Syazwan mendekat dan duduk bertinggung. Si
kecil menoleh ke arahnya. Puas Syazwan cuba untuk mengingati.
Ha!
“ Hello,
ingat uncle?,” tanya Syazwan mesra.
Mia diam. Hanya matanya saja yang setia
menatap wajah Syazwan.
“ Siapa nama?”
“ Mia.”
“ Comelnya!”
Pipi Mia dicubit Syazwan lembut. Mia
langsung tidak takut. Sempat dia menghulurkan kedua – dua belah tangannya pada
Syazwan. Minta untuk didukung. Syazwan dengan senang hati mendukung tubuh kecil
itu. Senyuman anak kecil yang didukungnya kini, tak ubah macam Maya. Tempek muka Maya!
“
Waa! Nice!,” kata Mia girang. Jari telunjuknya menyentuh cermin kaca, menunjukkan
ke arah anak patung Minnie Mouse.
Syazwan tergelak. Budak comel yang bernama
Mia ini menarik hatinya. Hati tiba – tiba dipagut rindu. Rindu pada Maya Laila.
Maya dulu pun pantang kalau tengok kedai anak patung, mulalah merengek minta
dibelikan satu. Dan lelaki sepertinya yang tak romantik ini takkan beli pun,
membuatkan Maya merajuk tayang muka kucing tak kena bagi makan.
Apa khabar agaknya Maya?
Masih menunggukah Maya?
Sihatkah anak mereka berdua yang
ditinggalkannya bersama Maya ketika masih di dalam kandungan dulu?
Sudah bencikah Maya padanya?
Tersentuh hati lelakinya. Agaknya tentu saja
anaknya dan Maya sebaya Mia yang sedang didukungnya kini.
Agak lama juga dia mendukung Mia sebelum
meletakkan semula Mia ke bawah.
“ Mana mama Mia?,” tanya Syazwan.
“ Sana.” Mia menunding ke arah kedai
sebelah.
Tangan kecil itu dipimpin Syazwan. Nak
pulangkan si anak pada si ibu, tak naklah kena cop penculik nanti.
“ Masuk k, jumpa mama. Jangan jalan – jalan
kat luar ni, bahaya. Nanti mama risau,” pesan Syazwan pada si kecil. Kepala Mia
diusap lembut. Rambut bertocang dua Mia tersangatlah comel.
Mia angguk kepala.
“ Mia! Mia!”
Panggilan dari dalam memaksa Syazwan
melepaskan tangan kecil yang dipimpinnya.
“
Bye.”
Mia melambai – lambai hinggalah kelibat Syazwan tidak kelihatan
lagi.
“ Sayang pergi mana?”
Maya menerpa dan mendukung tubuh kecil itu. Risau hati melihat Mia hilang
di sebelahnya. Terlampau leka membelek – belek baju dengan Nadia punya pasal.
Kalau Mia hilang mahunya dia menangis tak berlagu. Di mana kan kucari ganti Mia
Shaza yang disayangi separuh mati?
“ Ada atung,”
jawab Mia.
“
Where?”
Mereka berdua keluar ke kedai sebelah. Mia
menunjukkan ke arah patung Minnie Mouse yang
dilihatnya bersama Syazwan tadi. Maya tersenyum. Knowing Mia, mesti anaknya itu mahukan patung baru lagi. Pipi comel
itu diciumnya berkali – kali. Hingga satu ketika ciumannya terhenti. Bau yang
menusuk hidungnya. Dihidunya baju Mia. Maya terpempan.
CK
Euphoria Men. Membulat matanya memandang wajah anak comelnya. Macam mana
boleh ada pada baju Mia?
“ Mia dengan siapa tadi?”
“
Uncle.”
Oh
my!
Hampir saja dukungan tubuh Mia terlepas.
Mata Maya melilau melihat sekeliling.
“ Shaz.”
Hampir menitis air mata Maya. Mengharap ada
Syazwan di situ. Tetapi hampa.
“ Maya, kenapa ni? What happened?”
Nadia muncul dengan riak hairan. Apa kes
menangis di tengah shopping mall?
“ Shaz.”
Nadia terpempan.
*********************
“ PAPA bukan nak paksa. Papa cuma fikirkan
tentang masa depan Shaz.”
Syazwi tayang muka bosan. Remote tv ditekan – tekan mencari
rancangan yang menarik. Tapi tidak ada satu pun yang tersangkut.
“ Shaz, dengar tak?”
“ Dengar,” malas – malas Syazwi menjawab.
Kamal mengeluh. Dia melabuhkan duduk di sofa
sebelah Syazwi.
“ Jadi Shaz setuju ke tak?,” tanya Kamal lagi.
Syazwi merengus. Papa. Memang tak habis –
habis dengan calon menantu. Lara. Aisyah. Sophia. Sekarang Camelia. Kalau dah
dia tak nak, nak buat macam mana.
“ Pa janganlah paksa. Nanti – nanti
pandailah Shaz cari mana yang berkenan,” jawab Syazwi. Ini bukan zaman datuk
nenek dulu – dulu. Nak kahwin pun papa yang carikan? Memang taklah.
“ Umur tu dah cukup seru, Shaz.”
“ I
know, pa.” Bukan dia tak tahu umur sendiri, dah 30 tahun. Muda lagi pun,
berkahwin tidak tersenarai di dalam must
– to – do listnya dalam masa
terdekat ini.
Kamal menggelengkan kepala. Anak tunggalnya
ini memang keras kepala. Kalau tak dipaksa, memang Syazwi takkan bertukar
status. Sekurang – kurangnya nak jugak dia menimang cucu sebelum nafas
terakhir.
“ Shaz, lembutkan sikit hati tu.”
Syazwi diam mendengar sebaris ayat papa.
Keras hatikah dia? Agaklah. Dari kecil hidupnya hanya dengan papa. Mama? Huh! Lari ikut lelaki lain. Meninggalkan
dia dengan papa tanpa sebab.
Sekarang mama pun sudah berpangkat datin.
Yelah, bersuamikan datuk besar mana entah. Sebab tu sanggup tinggalkan papa dengan
anak yang baru berusia tiga tahun ketika itu. Ceh! Papa walaupun lambat tapi gelaran tu ada juga, Datuk Kamal
Tajudin siapa yang tak kenal. Ahli perniagaan yang pernah bankrupt sebanyak tiga kali dan sekarang menjadi CEO syarikat
ChemTrade Holdings. Dan atas pertolongan papalah dia berjaya membuka syarikat
sendiri, siap ada cawangan lagi. We live
our lives well enough even without you, rasa nak jerit macam tu kat mama
boleh tak?
“
Don’t expect me to have good expectations on women, papa. Not for now,”
kata Syazwi perlahan.
Kamal sekadar angguk kepala. Faham dengan
maksud Syazwi. Perkahwinannya yang gagal membuatkan Syazwi tidak yakin.
“ Tak semua perempuan jahat, Shaz.”
Syazwi tersenyum sinis. “ Whatever, pa.”
Kamal berlalu ke tingkat atas, meninggalkan
Syazwi yang baring di atas sofa. Biarlah anaknya itu menilai sendiri.
Apa khabar agaknya mama? Syazwi melepaskan
keluhan. Rasa macam anak derhaka pula membenci mama sendiri. Tapi bukan salah
dia. Mama yang salah. Dia melihat sendiri papa menderita. Apa sebab sebenar
papa dan mama bercerai, dia tidak pernah tahu. Yang pasti, mama pergi tanpa
penjelasan.
“ Kenapa bukan papa sendiri aje yang
kahwin. Susah – susah nak carikan menantu apa kes?,” Syazwi merungut sendiri. Cakap
depan – depan tak berani, silap hari bulan papa humban dia ke dalam kolam
renang di belakang rumah.Takkan papa masih mengharapkan mama?
p/s : Ngeee~~~ :) Ada kena shuffled sikit dari MMS asal dulu :) hope you guys enjoyed reading and thank you so much my dear readers! Good night and big hug!
tak nak bercerai emy, kasian mia .
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) tak semua indah kan ;)jgn risau, mia super kid tu! hugsss!
best2...
ReplyDeleteHai ruunna...
Delete;) glad u like it babe! hugsss!
waaa cimon bun, ada lg, kangen ngan si comel mia,,harap2 tak nangis2 lg lah hehehe , tanks emy. nany
ReplyDeleteHai nany...
Delete;) emy pun rindu mia dan sawan! sangat2 rindu! hugsss!
sepatut nyer lh syazwi hati beku cam tuh!bersebab tu...teladan depan mata...tp smpai bile bro,buka lh hati tk sume perempuan akn mengecewa kn....maya still menaruh harapan pd syaz ker???dh tiga thn tuh...hehe akak teruja dek ngan n3 neh...br jer ikuti nyer dek.best sesngt....
ReplyDeleteHai kak norihan...
Delete;) syazwi dan syazwan ada kisah dorg tu ;) a'a kak, setakat ni maya mengharap tapi nanti2 mungkin berubah kot :) nest entry emy post esok k ;) hugsss!
x tahu nak kata apa.... Maya masih meharapkan Syaz ke???... Syaz dah tahu Maya mengandung masih nak tinggalkan Maya seorang di rantau.... rasanya Syaz bukan seorang yang bertanggungjawab.... Maya kalau Syazwi sudi bersama apa salahnya.... sekurang-kurangnya dua-dua ada kisah tersendiri....
ReplyDeleteHai kak sue...
Delete;) ya kak sue, maya masih mengharap setakat ni :) demi mia dia sanggup tunggu :) kalau syazwan nak maya kembali semula pada dia, agak2 ok tak :) hugsss!
Uuuuuuu ada another story ni. Syaz and his mom. Am already excited
ReplyDelete