Thursday, January 3, 2013

Mama Mia Shaza 16


MAYA melangkah ke bilik Syazwi dengan hati penuh debar. Pagi begini sudah dipanggil mengadap bos. Apalah yang ingin Syazwi perkatakan?
“AWAK cari saya, Shaz?” Maya bersuara sebaik daun pintu bilik pejabat Syazwi ditolak perlahan dari arah luar. Wajah tegang Syazwi membuatkan Maya kecut sedikit.
“Duduk,” arah Syazwi.
Maya menurut, terus duduk berdepan dengan Syazwi. Wajahnya menunduk, tidak berani menetang pandangan mata lelaki itu yang merenungnya tajam.
Seminit. Dua minit. Masing–masing masih diam. Syazwi berdehem sebelum membuka bicara.
“Syazwan Imad...is he really your husband?” soal Syazwi. Perlahan tapi kasar.
Maya angguk kepala. “ Ya.”
Syazwi pejam mata. Tangannya digenggam rapat. Menahan rasa yang sudah bercampur aduk. Harapannya tadi agar Maya menggeleng kepala. Tapi sebaliknya pula. Bermaksud pengakuan lelaki itu semalam memang benar.
“Argh!”
Syazwi menjerit seraya berdiri dan menghentak meja kuat membuatkan Maya terjongket bahu kerana terkejut. Bila kepala mendongak, Syazwi memandangnya dengan mata memerah.
“Why did you lie to me, Maya? Why?!” tengking Syazwi.
Tahukah Maya yang penipu adalah antara orang yang dia paling tidak  suka? Tahukah Maya penipuannya itu sangat menyakitkan hati lelakinya?
Maya diam. Bergerak–gerak bibirnya mahu menjawab tapi tidak terkeluar sebarang perkataan.
“Awak kata awak tak ada suami! What on earth does that mean, Maya?!” tengking Syazwi lagi.
Kalau boleh, mahu saja ditamparnya Maya. Boleh pulak buat muka selamba walhal menipu besar.
Saya tak pernah ada suami. Saya cuma ada Mia selama ini.’ Pengakuan Maya satu ketika dulu bila dia bertanyakan tentang papa Mia tergiang kembali menyapa memorinya.
Drama terhebat malam tadi masih segar di ingatan. Syazwan mengaku sebagai suami Maya di depan mata. Hoho! Kebetulan ke apa? Syazwan Imad. Adik tirinya. Bermaksud dalam erti kata lain, Maya Laila adalah adik iparnya.
Gila! Musnah harapan mahu berisiterikan Maya. Hancur lebur niat mahu menjadi papa Mia. Dia tidaklah sejahat mana mahu menghancurkan rumahtangga orang lain.
“Shaz, memang patut...”
“Memang patut awak tipu saya?!” pintas Syazwi dengan suara yang makin meninggi. Rasanya sampai luar pun boleh dengar. Bergerak–gerak rahangnya menahan marah. Tangan naik bercekak pinggang dan mundar–mandir di hadapan Maya.
“Perempuan semua pun sama saja. Tak puas dengan sorang, semua lelaki nak dikebas. And you, perempuan jenis apa awak ni Maya?!”
“Shaz, dengar dulu.”
“Keluar sekarang, Maya. Saya tak nak tengok muka awak.” Arahan Syzwi yang menghalaunya keluar buatkan Maya terkedu. Dia pantas bangun mahu berlalu keluar. Tak guna bercakap dengan Syazwi sekarang. Biarlah marah lelaki itu reda dulu.
“Sorry, Shaz. It was my fault in the first place,” kata Maya perlahan. Nanti–nanti dia akan terangkan juga pada Syazwi. Kalau dia di tempat Syazwi pun, dia akan marah.
Kaki Maya bergerak menuju ke pintu untuk berlalu keluar. Tunggu lama–lama, nanti silap hari bulan melayang fail di atas meja Syazwi ke mukanya.
And by the way, so you are the one. Anak Datuk Arshad yang study oversea. Lepas tu mengandung anak luar nikah. I guess it’s Mia,” kata Syazwi cukup sinis.
Datuk Arshad, memang papa kenal. Papanya dan Datuk Arshad boleh tahan juga rapat. Jadi cerita tentang anak Datuk Arshad yang papa ceritakan dulu, dia dah sedia tahu. Cuma dia langsung tak terfikir yang anak Datuk Arshad adalah Maya Laila.
Mati langkah kaki Maya yang menuju ke pintu. Rasa mahu tercabut jantungnya. Hatinya bagai dihiris sebilah pedang. Kalau setakat nak mengutuk Maya Laila, dia tidak kisah. Tapi bila Mia Shaza dilibatkan sekali, itu dah dikira melebih.
Maya berpaling. Air mata yang tadi ditahan akhirnya jatuh juga. Matanya melawan pandangan tajam Syazwi.
“Jangan sentuh tentang Mia, Shaz. Dia bukan anak luar nikah. Dia anak saya,” ujar Maya perlahan. Jangan tuduh sebelum tahu cerita sebenar boleh tak?
Syazwi tersenyum sinis.
“Ye ke? How I wish I could believe that Maya.”
Fuh! Kepala Maya terasa seperti dihentak kuat dengan ayat Syazwi. Dia berlalu keluar tanpa kata. Air mata diseka dengan hujung jari.
Baru selangkah dua melangkah keluar dari bilik Syazwi, telinganya sudah dapat menangkap suara–suara sumbang yang mula mengutuk.
Dah agak dah. Memang dasar tak tahu malu.
Nak ngorat bos punya pasal, sanggup kata tak ada suami.
Maya tidak mampu membela diri. Berlalu ke mejanya dengan muka tebal lima inci. Jambangan bunga yang diberikan oleh Syazwan dipandang kosong. Kalau dulu, bolehlah dia melompat gembira dengan setiap pemberian Syazwan. Tapi kini? Rasa nak hempuk kepala Syazwan kuat-kuat. Tak puas berdrama di depan rumah sewanya malam tadi, hari ini muncul di pejabat mengaku sebagai suami dengan dahi yang berplaster. Argh! Nak tak nak, terpaksa juga dia terima demi  menjaga air muka Syazwan.
Telefon dicapai Maya. Laju saja tangannya menekan–nekan skrin telefon menghantar pesanan ringkas. Syazwan memang nak kena.
Shaz, we need to talk. When can we meet?- Maya
Anytime, Maya. I’m always available.- Syazwan
6pm. Set the place.- Maya
 Full House?- Syazwan
Jangan berangan. Rumah sewa saya.- Maya
Pap! Hampir terlepas Samsung di tangan tatkala melihat Syazwi tercegat di depan meja dengan muka menyinga.
“Can’t you differentiate between working hours and lunch hours?”
Maya tidak menjawab. Menyindirlah tu sebab main telefon waktu bekerja. Matanya tertancap pada fail biru yang dilemparkan di atas mejanya.
Expo tu jangan lupa. Ni homework awak. Study everything bout oil palm.” Tegas suara Syazwi.
Maya rasa macam nak tercekik. Namun, dianggukkan juga kepalanya. Apa kes minyak kelapa sawit?

            SYAZWAN renung telefon di tangan. Nafanya di tarik panjang. Maya hari ini bukan lagi seperti Maya tiga tahun yang lepas. Maya yang manja. Maya yang menggoda. Maya yang sentiasa menggetarkan naluri lelakinya.
            Teringat kembali saat manis ketika kali pertama berjaya menakluki Maya Di Shiffield. Oh! Kenangan, tersemat manis dalam memori ingatannya.
Saat maatanya terbuka, wajah cantik Maya terpampang di depan mata. Cantik sungguh ciptaan Tuhan yang satu ini. Dalam tidurnya yang pulas pun, Maya masih tampak menawan. Bibir Syazwan mengukir senyum tanpa sedar.
     Tangan naik mengelus rambut Maya yang menutupi sebahagian wajahnya. Maya sudah berjaya dimiliki. Puas hati? Harus! Maya Laila yang digilai ramai lelaki, dia yang dapat. Bibir Maya dicium lembut.
     Perlahan–lahan Syazwan bangun dari katil. Pakaian yang bertaburan di atas lantai dicapainya satu persatu. Berkerut dahi Syazwan. Ni apa kes semua pakaian berwarna putih?
     “Good morning.”
     Syazwan berpaling. Maya tersenyum manis. Senyuman yang menggetarkan jantungnya itu dibalas Syazwan mesra.
“Dah bangun?” Dia merapati katil dan mendapatkan Maya yang masih berbalut di sebalik comforter. Badan yang tidak berbalut apa–apa terasa sejuk disapa pagi yang tenang semasa musim bunga begini.
Maya tersenyum. Hangat terasa bila tubuhnya dipeluk Syazwan penuh kasih. Sungguh, dia bahagi sangat-sangat.
“Thanks for last night,” bisik Syazwan lembut ke telinga Maya. Pipi mulus milik Maya diusap Syazwan lembut sebelum bibirnya menjalar ke wajah dan leher Maya.
Bibir mengukir senyum tatkala melihat kesan merah di leher Maya. Rasa bangga dengan diri sendiri kerana berjaya menakluki Maya. Tengok oranglah, ini Syazwan Imad!
Mendengar bisikan Syazwan, Maya teringat kenangan semalam. Lantas, pipinya terus berubah merah. Malu dan segan.
“My pleasure.”
“Lain kali saya nak lagi.” Bisik Syazwan lagi.
Anytime you want, Shaz. Awak kan dah jadi suami saya.”
Syazwan tersentak. Hampir mati senyumannya. Oh my Maya! Barulah dia teringat! Yang dia sudah bergelar suami pada wanita yang bernama Maya Lailan ini
“Owh! So these explained,” kata Syazwan sambil menunjukkan ke arah pakaian putih mereka berdua yang bertaburan di atas lantai.
“Meaning?”
“Saya ingat kita one night stand. Saya terlupa kejap.”
Syazwan ketawa besar. Otak lagging di pagi hari. Terlupa yang dia dan Maya sudah diijabkabulkan malam tadi.
Telefon yang bergegar di tangan menandakan ada pesana masuk mengejutkan Syzwan dari lamunan. Syazwan ngeleng kepala. Wajahnya diraup kasar.
Maya Laila! Kalaulah dia tidak mengambil keputusan bodoh untuk lari dari tanggungjawab suatu ketika dulu, dia percaya saat ini dia sedang bahagia bersama Maya dan anak-anak mereka.       


27 comments:

  1. Replies
    1. Hai Yazreina...

      ;) mereng dah tu sampai boleh lupa ;p big hug!

      Delete
  2. bengong syazwan...dh lafaz akad bole lupa....rasa nk luku kepala c syazwan...

    but i like Syazwi a.k.a uncle sawi hehehhe panggilan c mia comel hahhaha...

    tgk pada hati maya opkos syazwan...but i prefer syazwi tho....

    next n3 plisss ms author.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) kalau zaman MMS mula2 dulu, siap ada team uncle sawi dan team daddy (syazwan) lagi oleh readers. so i guess u must be on team uncle sawi's side ;p and ya, sebab tu ramai yang meroyan ending MMS. big hug!

      Delete
  3. Congrat emy dear. X sabar nk tggu mms versi cetak. By d way, KB pula mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai has laling...

      ;) glad u like it dear. jangan lupa support MMS nanti k ;) KB jgn tunggu has, dah buang ke laut dalam dah tu ;p big hug!

      Delete
    2. Jangan cakap mcm tu. Has selalu doakan yg terbaik utk Emy. Teruskan usaha, KB masih boleh diselamatkan lagi.

      Delete
  4. bertambah gawat!!!!wan n syaz terluka but maya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak norihan...

      ;) masing2 ada kisah luar alam kak. patut kesian kat syazwan lebih kot ;p *hint? big hug!

      Delete
  5. kadang2 perangai tak-boleh-nak-describe syazwan tu yg buat ai angau... heh. apa daaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai MiMi...

      ;) dia yang mereng. dia yang merong. diakah hero pilihan hati awak? ;) big hug!

      Delete
  6. pleaseeee...nk syazwan jgk.....x mau sawiii...hahahah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) how i wish maya would hear that! ;) big hug!

      Delete
  7. Replies
    1. Hai ano...

      ;) hope u enjoyed reading babe. big hug!

      Delete
  8. Sawan kinda.. hmm.. haha. Love him. Hope he and Maya will end up together. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Dylea...

      ;) how r u? still remember this name ;) stay tune with MMS k. big hug!

      Delete
  9. i want syazwan....
    janvi:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai janvi...

      ;) dari dulu sampai skrg masih sawan ye. big hug!

      Delete
  10. i want syazwan....
    Xnk sawi...hehe...

    ReplyDelete
  11. nak lagii..lagiii n lagi.....hehehe..dah suka pada mia n uncle sawi..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai oshin :)

      ;) mia wonder kid tu, me like her too! big hug!

      Delete
  12. Replies
    1. Hai kak ayu...

      ;) oh boleh je tapi jangan cubit atau jentik mia k ;p big hug!

      Delete
  13. Mmg sawan tu...ptt lempang 100x si sawan ni. haishhh geram tul.tp ttp nk dia ngn maya gak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kka arzalif....

      ;) waduh waduh kak ton, sian je sawan nak kena lempang 100x. tapi rasanya kalau kak ton baca versi lama dulu kak ton nak lempang dia sekali pun tak sampai hati ;p big hug!

      Delete