Sunday, March 13, 2016

Selamanya Cinta 1

BAB 1



SHAHRIZAL membuka pintu kereta. Giler letih sampai rasa tak larat nak berjalan sampai kat depan pintu utama rumah. Hari ni macam-macam yang terjadi di pejabat. Lepas tu on the way balik terpaksa layan jalan jam yang panjang mengalahkan Sungai Mekong. Suasana di luar rumah sunyi sepi saja. Pasti Rafeeqa dan Idan sibuk di dalam dapur menyediakan makan malam mereka bertiga.

Shahrizal menuju ke pintu utama rumah, dan saat pintu dibuka dia hanya mampu melepaskan keluhan berat.

“Fika! Idan!” Shahrizal menjerit memanggil nama-nama yang tersayang sambil membuka kasutnya dan meletakkan ke dalam kabinet kasut. Serius pening tengok pemandangan di hadapan mata. Dah macam tongkang pecah ruang tamu rumah ni, permainan Idan bersepah habis.

“We are here!”

Dan agak dah, dua suara yang membalas panggilannya menjerit dari dalam dapur. Dengan langkah longlai Shahrizal berlalu menuju ke dapur.

“Haiiiiiii....” Besemangat Idan melambaikan tangan pada Papanya berserta senyuman. Rafeeqa yang sibuk menggaulkan sayur-sayuran ke dalam pinggan memandangnya sekilas. Manisnya senyuman puan isteri.

Shahrizal mendapatkan Idan di atas meja kaunter. Kepala si anak dicium sebelum ciuman beralih pada pipi Rafeeqa.

“Masak apa malam ni?” Shahrizal mengambil tempat di kerusi kosong di kaunter.

“Surpriseeee.”

Rafeeqa dan Shahrizal tergelak. Lain orang yang ditanya, lain pula yang menjawab. Idan tersengih lebar.

“Kat luar tu semua permainan Idan ke?” Shahrizal memandang si anak kecil.

Idan angguk kepala.

Then kenapa bersepah? Tak boleh nak susun balik?”

Gerakan tangan Rafeeqa yang baru nak meletakkan mayonnaise ke dalam mangkuk terhenti. Matanya beralih pada wajah Shahrizal yang tiba-tiba serius sebelum beralih pula pada si anak yang tunduk.

“Sorry.” Lembut suara Idan meminta maaf sambil tunduk memandang bawah kaunter.

“Pergi kemaskan sekarang. Letak kat tempat mana Idan ambik semua tu.”

My gosh! Apa kena laki aku ni? Terpijak tahi ayam masa dalam perjalanan pulang ke? Tadi elok aje senyum-senyum sekarang jadi singa berasap kepala.

“Shah. Kenapa kasar sangat macam tu?” Rafeeqa kurang bersetuju dengan ton suara Shahrizal pada si anak. Kesian tengok Idan terkial-kial turun dari kerusi dan keluar dari dapur untuk menurut arahan Papanya.

“Tak kasar pun, Fika. Awak aje yang manjakan dia sangat.”

“Excuse me?” Rafeeqa meletakkan sudu ke dalam mangkuk. Dia membalas pandangan tajam Shahrizal.

“Shah, kalau ada masalah kat pejabat jangan bawa sampai balik rumah.  Tempias tau.” Rafeeqa bersuara lembut.

Nampak muka Shahrizal memang moody habis, sah kat pejabat tadi dilanggar garuda dari mana entah. Tapi kalau nak dibawa sampai ke rumah dia sangatlah tak suka. Idan yang muka tak bersalah tu pula yang kena tiaw.

“You go out and see how horrible our living room is. Saya balik penat macam ni awak ingat saya nak tengok ke pemandangan macam tu?”


Rafeeqa tarik nafas dalam. Fine! Tak guna bertekak dengan Shahrizal, macam mana pun dia pasti akan kalah kalau berlawan kata dengan encik peguam  ni. Seorang perlu mengalah dan itu adalah dia. Tanpa sepatah kata, Rafeeqa bergerak keluar meninggalkan Shahrizal seorang diri di situ. Nak tolong Idan yang tentu saja tengah  bersedih di luar sana.

            Setakat barang permainan Idan yang beberapa bijik robot Transformers tu pun nak kecoh. Tak ada pun mengganggu jalan Shahrizal kat dalam rumah ni. Saja Shahrizal nak lepaskan rasa tension pada si anak dan dia paling pantang cara Shahrizal yang satu itu.

            “Fika, you stay with me.”

            Rafeeqa buat tak endah. Tak ada maknanya nak ‘stay with me’ dengar Shahrizal mengamuk kat dalam dapur. Rasa bersalah juga tapi lantaklah, Idan lebih memerlukan dia.

            Shahrizal meramas rambutnya yang sedikit kusut. Haih...ingatkan pulang ke rumah untuk hilangkan pening. Ni buat kepala makin hang pulak.




            SUASANA makan malam mereka bertiga sunyi. Wajah Idan murah saja. Makan pun sedikit saja. Rafeeqa? Macam biasa, kalau Shahrizal buat salah dia tayang muka protes macam nak mogok 100 hari. Hanya Shahrizal seorang saja yang menikmati makan malam seolah-olah tak ada apa yang terjadi di dapur petang tadi.

            “Sedap fish fillet ni. Siapa yang masak?” Shahrizal membuka mulut. Nak ambik hati si kecil dan tuan puteri kat dalam rumah ni. Suasana masih sunyi. Tak ada sesiapa pun yang menjawab soalannya.

            “Hmm...mesti Satria Baja Hitam yang masak,” sambung Shahrizal lagi.

            Idan  menjeling memandangnya dengan pandangan blur. Rafeeqa pula dah rolling eyes, agak-agaklah nak buat lawak cik abang oi. Manalah Idan tau superhero zaman 90-an tu. Kalau cakap Bumble Bee yang Transformers tu Idan kenal lah.

            “Errr...siapa yang suruh Mama masak ni? Idan eh?” Shahrizal dah tak ada modal nak panjangkan lawak tak lakunya bila wajah si ibu dan si anak macam tak ada respons yang menggalakkan.

            Idan angguk kepala dan menyambung makan. Shahrizal tunduk sedikit mencari wajah Idan dan menunggu si anak kecil membuka mulut. Namun tak ada sepatah kata pun yang terkeluar dari bibir Idan. Okey, epic fail. Shahrizal menoleh pada Rafeeqa di sebelah namun Rafeeqa sekadar menjungkit bahu. Sendiri cari penyakit sendiri yang selesaikan ye, encik.

            “Idan dah kenyang.” Si anak kecil akhirnya bersuara setelah sekian lama. Garfunya diletakkan di atas pinggan dan matanya menala pada Mamanya di hadapan.

            “Takkan kenyang, sikit aje Idan makan.” Rafeeqa memujuk lembut. Hish! Ni mesti Idan tak ada mood sebab Papa Singa tunjuk garang petang tadi.

            “Idan dah kenyang.” Idan ulang ayat yang sama.

            “Papa pun dah kenyang.”

            Rafeeqa menjeling Shahrizal di sebelah. Yang sebelah ni kenapa? Tertelan ekor cicak ke? Kenyang apanya fish fillet goreng tu tak sampai separuh pun Shahrizal makan.

            “Idan, tengok movie jom.” Shahrizal tersenyum. Keningnya diangkat berkali-kali nak buktikan pada Idan yang dia tengah bersemangat.

            Idan sembunyi senyum. Pandangannya beralih pada Mama di hadapan dan Mama hanya tersenyum padanya.

            “Betul ni?” Idan meminta kepastian.

            “Betul. Movie apa yang Idan nak tengok?”

            “Hmm...” Idan mengetuk dagunya dengan jari telunjuk lagak sedang berfikir.

            Rafeeqa geli hati. Comel giler intan payung kat dpann ni. Memang Idan adalah buah hati pengarang jantungnya sejak Idan lahir ke dunia ni.

            “Inside Out.” Idan keriangan sambil tepuk tangan. Mood si anak dah kembali ‘hidup’ berbanding tadi.

            Rafeeqa tergelak. Lagi-lagi bila tengok muka Shahrizal macam muka yang baru jatuh ke dalam parit. Tu lah, nak sangat buat anak merajuk. Sekarang cubalah apa cara sekalipun untuk hilangkan rajuk Idan. Biarlah Shahrizal tengok Inside Out tu sampai lebam mata, dah kali ke berapa entah dia dan Idan tengok kartun yang sama.

            “Okeyyy.” Shahrizal kenyit mata.

            Tubuh Idan didukung mahu keluar dari dalam dapur.

            “Habis tu Mama nak makan dengan siapa ni?” Rafeeqa buat-buat merajuk. Selamba aje dua beranak ni tinggalkan dia meratah makan malam yang masih banyak seorang diri.

            “Satria Baja Hitam.” Shahrizal kenyit mata.

            Cisssss! Rafeeqa tarik nafas dalam. Sah-sah nak perli dia. Fine. Lepas ni kalau Shahrizal tak dapat pujuk Idan sila jangan cari dia.



p/s : I miss Fika and Shah! :) Dah lama nak update dan sekaligus nak refresh balik Jangan Benci Cintaku (JBC) tapi terperam jadi jeruk buah kat dalam laptop. Grab your Jangan Benci Cintaku (JBC) dari IKP atau nearest bookstore kalau nak tahu kisah Fika dan Shah sebelum lahirnya Idan. 



            
And not to forget baby ketiga yang dah keluar Feb 2016. Feel free to join simple contest Ingatkan Dia Tentang Setia (IDTS) yang mudah. 

-Share gambar IDTS anda
-Pilih dan taip mana part/babak/ayat/perenggan (atau yang sewaktu dengannya) yang paling anda suka. 
-Jangan lupa tag saya 
- LIKE/REACT terbanyak akan dikira sebagai pemenang
Tarikh tutup : 31.03.16



Sekian untuk malam ini. Tidur awal semua. Esok kerjaaaaaaa.....

6 comments: