BAB
3
DARA menggaru kepala yang tak gatal. Apa maksud setiap
perkataan yang ditulis ni? Tulisan terbalik macam ni serius tak faham. Yang dia
yakin, kotak yang dipegang mungkin kotak susu sebab ada perkataan ‘malako’. Tapi tak tahu susu apa.
“Ni full cream milk
ke low fat milk?” Dara bertanya
sendiri.
Mata melilau mencari kelibat Dian. Duh! Kalau tanya Dian
pun bukan Dian tahu. Mereka berdua kan dua kali lima. Masih masuk kategori buta
huruf lagi sebab baru nak dekat sebulan duduk di Russia.
“Mana satu aku nak ambik ni?”
Kotak susu yang dipegang diletakkan semula ke tempat
asal. Esok lusa ajelah beli susu kalau macam ni. Nak bertanya pada pelajar senior lain yang turut ada di situ malas
pula. Dahlah pandang dia macam dia ni baru jatuh dari planet Marikh. Apa salah
ke pakai trenchcoat warna merah?
“Which one do you
wanna get?”
Suara yang bertanya buat Dara berpaling. Aladin berdiri
di sebelah dengan senyuman sebelum tunduk mencapai kotak susu yang dipegang
Dara tadi.
“Yang ni low fat milk,” kata Aladin sambil menunjukkan tulisan bahasa Russia
pada kotak. Tak tahu lah kalau Dara faham ke tak. Tubuh Dian macam statik tak
bergerak di sebelah. Kotak susu yang
lagi satu dicapainya.
“Ini pula full cream milk. So which one do you want?”
Mata Aladin terarah pada Dara yang
kaku. Nak tergelak pun ada juga sebab riak Dara macam baru lepas tengok bunian
pegang kotak susu.
“Err...low
fat.” Dara gugup.
Aladin masih tersenyum. Kotak susu
diletakkan ke dalam troli Dara. Full
cream milk pula diletakkan di tempat asal.
“Friends?”
Tangan dihulurkan untuk bersalam. Kalau Dara masih menolak, memang dia cop
di dalam kategori ‘susah nak dapat’.
Dara sambut huluran tangan. Dah kena
tolong, terpaksalah terima saja jiran sebelah ni jadi kawan. Bila senyuman
Aladin semakin lebar, dia senyum nipis. Muka kemenangan la tu. Untuk hari ni
aje, esok lusa pasang balik boundary
macam hari-hari sebelum ini.
“Datang sorang ke?” Aladin buka
topik. Toleh kiri kanan macam tak ada kelibat kawan Dian. Kalau nak bandingkan
Dara dengan Dian, Dian jauh lebih mesra daripada Dara. Sebab tu tak sampai
seminggu pun jadi jiran, Dian dah kira rapat dengannya.
“Tak. Datang dengan Dian.” Troli
ditolak Dara perlahan.
“Anything
else you wanna buy?” Aladin menyaingi langkah Dara yang cuba mengelak
daripadanya. Gaya tolak troli tu macam kena kejar jembalang air dari belakang.
“Saya boleh cari sendiri. Thanks for the help anyway.”
“Kalau dapat cari sendiri, takkan
berdiri kat depan susu nak dekat 15 minit.” Aladin kenyit mata.
Langkah Dara terhenti. Tubuhnya
berpaling ke kanan, berdepan dengan Aladin. Perli sungguh. Bukan tadi cakap nak
berkawan ke?
“Hello, awak intip saya ke?” Dara
lawan pandangan Aladin. Mesti dah puas gelakkan muka dia yang noob menghadap kotak susu tadi.
Aladin jongket bahu dengan senyuman
yang masih memanjang. Think whatever
girl, it doesn’t matter.
Dara menolak semula troli dan
percepatkan langkah. Tak menahan tengok muka Aladin yang asyik tersenyum
mengalahkan muka budak lima tahun dapat coklat. Kalau dinilai dari pandangan
matanya, lelaki macam Aladin baik jangan dilayan sangat. Memang kategori ‘ulat
bulu naik daun’. And sorry Mister, that
is totally not my type!
“Malu bertanya sesat jalan.”
Dara tak berpaling. Ayat Aladin tak
diendahkan. Sesat apanya kalau setakat berlegar-legar di dalam pasaraya begini.
Kira boleh tarik nafas lega bila Aladin tak mengekorinya. Rimas kot!
Oh
Dian, where are you? Mata mula mencari kelibat teman baik. Jangan Dian
tersesat sudah!
Aladin tergelak kecil.
Dara...Dara...kalau asyik mengelak lama-lama akan tersangkut juga. Dia bukan
jenis yang romantik sampai nak pikat dengan bunga tulip atau ros macam yang
hero filem selalu buat. Tapi dia jenis yang tak pandai mengalah. Akan dicuba
sampai dapat, lebih-lebih lagi jenis yang susah nak tackle macam Dara.
KRIK!
Di depan muka pintu, langkah Dara
terhenti seketika sebelum masuk ke dalam bilik.
“Mana dapat tu? Macam yummy!”
Bersinar-sinar mata Dara.
Kesedapan muka Dian makan kek di
atas meja belajar. Siap jilat jari lagi. Pintu bilik ditutup Dara.
“Mintak sikit.” Dara menapak dan
tangan yang baru nak mencubit sedikit kek coklat itu terbatal mendengar jawapan
Dian.
“Al yang bagi. Ambiklah. Ada lagi
sepotong kat dalam fridge. Dia buat
sendiri.”
“Dah ada nama manja nampak.” Dara
lontarkan tubuhnya di atas katil.
Sejak bila nama jiran kat sebelah tu
dipanggil Al oleh Dian? Selama ni siap
panggil nama penuh kot. Ali Aladin. Tak tahu dari mana ayah Aladin dapat nama
pelik macam tu.
Dian senyum dengan mulut penuh.
Comot! Dahlah gelojoh.
“Dia okey apa. Apa kata kau kawan
aje dengan dia. Dia taklah teruk sangat pun.”
Bulat mata Dara. Excuse me. Kawan aku ni masih sober ke
atau dah kena sampuk dengan kek di depan mata.
“Do
you know that bribery is not acceptable at all?” sindir Dara.
Saja aje Aladin tu nak ambik hati
Dian dengan kek coklat. Semalam bagi keropok Lays. Esok upgraded apa entah. Dian pula main layan aje. Ni la masalah kalau
kawan terlampau blur macam Dian.
Orang ada udang di sebalik mi pun boleh tak sedar.
“Hellooo....this
is not bribery okay. This is called sincerity. Al bagi aku kek dengan
ikhlas. Kalau kau tak nak sudah. Kau asyik fikir negatif aje, babe. Aku tak tau celah mana yang kau
tak suka tentang Al tu. Trust me, he’s
not that bad.”
Huh? Dara geleng kepala dengan mata
berpusing ke atas. Dah makin panjang lebar pula ayat ‘aku sokong Al’ oleh Dian.
Siap tunjuk ibu jari lagi tanda betapa ‘wow’
nya Aladin.
“Whatever.”
Dara tarik selimut naik ke dada. Kalau setakat nak ambik hati dia yang keras
macam batu bata ni baik Aladin makan sendiri aje kek coklat tu.
“Didi, jangan benci-benci tau. Silap
hari bulan sangkut kat Al macam mana?” Dian kenyit mata. Elok dia duduk bersila
di atas kerusi dengan piring kecil yang masih berisi kek coklat di tangan.
Serius tak faham kenapa teman
baiknya ini anti Aladin. Okey aje mamat tu, macam lelaki normal yang biasa. Tak
adalah tahap ulat bulu panjat daun keladi pun. Setakat terlebih hormon
testosterone tu biasalah.
“What?!”
Suara Dara naik satu pitch.
“Tolong sikit. Benci tu tak lah tapi
cuma aku tak ngam dengan dia.
Perangai tak ‘in’ kalau dengan aku. Wait. Wait. Jangan cakap kau tersangkut
kat dia, babeeee...” Dara mula
menyakat. Entah-entah Dian dah jatuh hati. Sikit-sikit puji Aladin. Sikit-sikit
menangkan Aladin.
Uhuk!
Dian terbatuk-batuk. Tercekik kek
coklat. Cepat tangan mencapai jus nanas di atas meja. Hampeh punya kawan! Aku
punya baik nak satukan dia dengan Al, aku pula yang kena.
Pecah ketawa Dara. Seronok sakan
tengok muka Dian dah merah. Nasib baik tak tercekik sampai ke tahap pengsan.
Dia juga yang susah.
“Dian, ni nak sound kau sikit.
Jangan percaya sangat dengan kaum lelaki. Bila dorang buat baik, kita kena
berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi orang yang kita baru kenal macam Aladin tu.”
Dian buat tak dengar. Sedap aje
menyambung menjamah kek di atas piring.
“Tu kek yang kau tengah makan tu.
Sedap tak?” tanya Dara kali kedua.
Dian angguk kepala penuh semangat.
Sedap okey!
“Alaa...mestilah sedap, dia letak
ubat pengasih kat dalam tu,” perli Dara.
Uhuk!
Dian tercekik kali kedua. Serius
kalau sabar dah hilang aku hempuk kepala minah yang tengah ketawa bergolek atas
katil sekarang ni. Dah tu tak tahu sejak bila Dara pandai berceramah ala-ala
‘jagalah diri wahai perempuan’ untuknya.
“Acah sikit dah gabra.” Dara masih
ketawa mengekeh.
“Siapa yang letak ubat pengasih
dalam kek?”
What
the.....?
Ketawa Dara mati. Aku salah dengar
ke atau memang si empunya suara di
sebalik pintu?
“Huh Dara?” Aladin bertanya. Niat
mahu kembalikan semula chopping board
yang dipinjam terbantut.
Dara tak menjawab. Matanya ditutup
rapat. Comforter dah ditarik naik
semula ke dada. Jantungnya berdetak laju. Boleh tak kalau aku buat-buat pengsan
sekarang? Kantoi kutuk depan-depan. Thanks
to Dian yang dah tegelak besar. Sukalah tengok dia speechless siap buat gaya macam budak-budak yang dah tidur sejak
tiga jam yang lalu. And ya, masuk
bilik anak dara orang tak reti nak ketuk pintu ke?
“I
shit you not. You will fall for me one day, pretty.” Selamba suara Aladin.
Memang Dara jenis yang ‘susah nak
dapat’. Tapi susah tak bermaksud takkan dapat. Bila dia masuk dan berdiri
betul-betul di tepi katil Dara, gadis itu masih pejamkan mata lagak macam tidur
lena. Nak gelak tengok muka comel Dara tapi dia menahan ketawa. Dian masih lagi
tak habis gelak.
Aladin tunduk, bibirnya didekatkan
ke telinga Dara.
“It’s
just a cake, Dara. A mixture of flour, butter, cocoa powder, milk and sugar.
Nothing more or nothing less.”
Aladin berbisik.
Bzztttt! Meremang bulu tengkuk Dara.
Macam kenakan dia aje. Matanya sedikit pun tak dibuka. Lantaklah, anggap aje
dia tak dengar.
“Al,
thanks for the cake. Sedap! Siapa tak merasa memang rugi.”
Ceh! Dian 100% berpihak pada
Aladin. Nak sindir dia la tu. Tunggulah,
lepas ni aku hempuk Dian dengan booster. Dalam hati Dara dah geram tahap
tak tahu nak cakap apa.
Aladin senyum sampai ke telinga.
Tubuhnya tegak semula namun masih setia di tepi katil. Mata masih melekat di
wajah Dara. Nak tengok sampai bila Dara boleh pura-pura tidur begini. Sambil tu
bolehlah dia tatap wajah si cantik lebih lama.
Dara yang lincah.
Dara yang sedikit serius.
Dara yang main lepas cakap.
Dara yang jauh berbeza dari
perempuan yang pernah didampingi.
Biasanya perempuan diumpakan seperti
bunga. Ros. Tulip. Kekwa. Kemboja. Agak-agak Dara masuk kategori mana....
Kaktus? Ya, she is definitely a cactus!
p/s : Ingatkan tak contest Ingatkan Dia Tentang Setia (IDTS) bulan lepas? Will announce it by tmorrow dearies ;) Hope u you enjoyed reading. Sorry, niat hati memang nak update dah lama tapi busy tahap gaban :( Love you all loads!
Best sgt2.. Tq sis emy
ReplyDeleteFinally thank you so much. Huhu. Nak tau apa jd dgn dara dan aladin lps ni? Terlalu bnyk persoalan.
ReplyDeleteuiks lama tugu yg ni ... mmg BEST lah emy how I wish AL tu setia kat Dara
ReplyDelete