Thursday, May 12, 2016

Cerpen : Belladonna Lily



            LILY senyum sendiri melihat bunga yang menghiasi jendela kaca di sudut paling tepi rumah. Kelopak bunga disentuhnya lembut. Haruman yang menusuk hidung terasa mendamaikan. Pulak di luar tu hujan renyai-renyai. Rasa sejuk yang membaluti tubuhnya yang hanya berseluar pendek paras paha dan baby-T buat dia rasa selesa yang teramat. Sekurang-kurangnya sejuklah sikit bumi Tuhan yang panas nak mampuih sejak beberapa hari yang lalu.

            Kelopak bunga disentuh Lily perlahan, bimbang akan gugur. Hmm..Lily dan bunga. Sehati sejiwa. Tak dapat dipisahkan. Sejak kecil lagi dia sukakan bunga. Sampai Papa ingat dia nak jadi florist. Nahhh...minat bunga je tak bermaksud dia nak buka kedai jual bunga. Hias rumah sendiri cukuplah.

            “Belladonna lily.”

            Nama itu terpacul dari bibir mulus Lily. Bibirnya mengukir senyum lebih lebar daripada tadi. Bunga yang disentuhnya ini adalah bunga pertama yang encik suami hadiahkan pertama kali mereka bertemu. Ya, the first time we met few years back....



            “Hai.”

            Lily menoleh. Seorang lelaki berdiri di hadapannya dengan senyuman lebar dan jambangan bunga di tangan. Lily senyum nipis.

            “Hai.” Mata Lily melilau mencari kelibat Tiara tapi tak jumpa. Takkan minah ni dah bertukar jadi bunga jugak kot.

            “This is for you, Miss Lily.”

            Chewah! Mukadimah perkenalan paling power abad ini. Baru pertama kali berjumpa dah bagi bunga. Muka pun aku tak pernah tengok. Pulak muka confident siot hulurkan bunga.

            “Errr...saya rasa awak salah orang.” Lily bagi senyuman plastik. Huluran bunga tak bersambut.

            “Lily Aqeera binti Omar. Am I right?” Adnan senyum lebar.

            Lily sedikit terkejut. Aku la tu...Matanya tak lepas memandang wajah kacak di hadapannya. Recall Lily.  Cuba recall balik....Argh! Serius tak pernah tengok muka mamat ni.

            “Macam mana awak tau  nama saya?” Soalan standard la kan. Nak kata aku famous tak la jugak.

            “Your friend over there told me.”

            Mata Lily turut menala pada arah yang sama. Tiara dilihatnya seronok sakan dengan deretan bunga ros yang pelbagai warna. Tadi tak ada pulak dia tengok, haruslah kalau dah Tiara kini berada di celah-celah bunga. Matanya automatik mengecil. Tiara memang suka jual nama. Harap-harap Tiara tertusuk duri ros. Mata Lily kembali terarah pada lelaki di hadapannya.

            “Errr...saya tak terima bunga dari orang yang saya tak kenal.” Lily menolak lembut.
Walaupun hati kembang kuncup, walaupun senyuman lelaki di hadapan ini membuat hati tertawan, tapi....aku tak nak perasan lebih!

            Adnan ketawa kecil. Liatnya Lily.

            “My name is Adnan and your name is Lily. So since we know each other now, I think you should take these pretty.” Adnan kenyit mata dan masih tak berputus ada dengan huluran di tangannya.

            Walaweiiii...Lily tergelak besar. Serius ku rasa nak hempuk Tiara guna pasu yang ada di nursery ni sekarang. Untuk menutup malu Adnan, Lily capai juga jambangan bunga yang diberi.

            “Thanks anyway.”

            “My pleasure, pretty.”

            Lily gelak lagi. Manisnya mulut. Matanya bersilih ganti dengan jambangan bunga dan wajah kacak Adnan.

            “You really like flowers, huh?” Adnan beramah mesra.

            Dari tadi gadis cantik yang tinggi lampai ini menarik perhatiannya. Ini bukan sekadar minat, ini dah tahap jatuh cinta pandang pertama.

            “Tak, saya minat ikan dan akuarium,” jawab Lily selamba.

            Dia tergelak kecil bila riak Adnan berubah. Tak makan lawak sarkastik rupanya.

            Memang la minat bunga kalau dah melepak kat nursery ni dari tadi. Soalan biar ‘up’ sikit, awak.

            “You’d be amazed to hear this. I do believe in love at first sight when I first saw you half an hour ago.” Adnan berterus-terang.

            Muka Lily dah merah-merah macam bunga ros yang sedang dipegang Tiara di sebelah sana. Lelaki ni dah straight to the point, agak-agaklah sikit. Berkias ke, bengkang-bengkok ke, tak juga tahap perasan ni tiba-tiba tinggi melangit.

            “First time saya jumpa orang macam awak. Interesting.”

            Kening Lily dah terangkat sebelah. Statement jual mahallah sikit kan. Kang kalau tunjuk muka excited macam menang pertandingan ratu cantik, over pulak.

            Adnan senyum. Tangan kiri diseluk ke dalam poket seluar. Tangan kanan naik mengurut belakang tengkuk. Mata tak lepas memandang wajah Lily yang memerah.

            “I hope you like those flowers. They are called Belladonna Lilies.”

            Lily sengih. Layan ajelah. Dia pencinta bunga, haruslah dia tahu semua jenis bunga termasuklah Belladonna Lilies. Tapi tak nak Adnan malu dia tayang muka ‘oh really? That’s amazing’. Kelas kau Lily!

            “And I hope you can be my one and only Belladonna Lily.”

            Powernya ayat. Lily tergelak. Pertama kali dia disamakan dengan bunga. Okey la tu, daripada disamakan dengan bulan yang mengambang dan berkawah di atas langit.

            “Are you diabetic?”

            “Sorry?”

            Sesaat kemudian...Adnan ketawa kecil. Tahap sarcasm gadis ni tinggi macam KLCC.

            “Thanks again, anyway. Nice meeting you, Adnan.”

            Lily berpaling namun langkahnya terhenti bila Adnan memanggilnya semula.

            “Err...are you free? Maybe we can...”

            “I’m not for sale.” Lily kenyit mata.

            Pecah ketawa Adnan. Damn! Kena lagi!

            “Awak Malaysian ke?”

            “Haah. Kenapa?” Adnan sedikit pelik.

            “I thought you’re not because you speak English all the time.”

            Sekali lagi ketawa Adnan meledak. Tak habis-habis dia kena!




            Senyuman Lily masih lebar macam tadi. Seronok juga jika dikenangkan kenangan manis. Kalau boleh dia ingin ulang semula. Bunyi pintu dibuka buat Lily berpaling.

            “Hai.”

            “Hai. Tak dengar kereta awak masuk porch.”

            Adnan sekadar senyum nipis.

            Lily bergerak mahu mendekat namun Adnan sudah terlebih dulu menaiki anak tangga, buat langkah Lily terhenti separuh jalan.

            “Ad...”

            “What?” Adnan menjenguk di sebalik tangga.

            Dua mata itu bertaupan seketika.

            “Saya rasa awak terlupa something.”

            “Apa dia?” Berkerut kening Adnan.

            “Errr..nothing.”

            Bila Adnan meneruskan langkah menaiki tangga, Lily berpaling memerhati Belladona Lilies di tepi tingkap tadi.

            “Again...you forgot to kiss your one and only Belladonna Lily.”

            Hati Lily jadi sayu.




            LILY termenung sendiri di balkoni bilik. Pagi yang cerah dan sesuai sangat kalau nak cuci pakaian sekarang. Setiap hari inilah rutin harian Lily. Sorang-sorang di rumah sampai ke petang. Kadang-kadang dah lewat malam baru Adnan balik. Dulu dia bekerja, tapi dia turut cakap suami. Berhenti kerja dan jaga makan minum Adnan.

            Lily masuk semula ke dalam bilik tidur. Laundry bag dibawa ke tingkat bawah. Satu persatu pakaian kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh. Tangan Lily meraba-raba poket seluar Adnan. Hish..typical Adnan. Ada aje resit atau kertas yang tertinggal. Resit kad kredit Adnan dan resit dari butik   jenama Diane von Furstenberg diamati Lily betul-betul.

            “Ad, someone called you just now.”
            “Siapa?”
            “Tak pasti. Unknown. Tapi suara perempuan.”
            “Oh, must be my secretary.”

            Hati Lily sedikit tercalar. Takkan nombor telefon secretary pun tak simpan. Makan malam mereka berdua senyap saja. Sesekali Adnan buka mulut memuji masakannya. Lily cuma senyum nipis. Pujian itu bagaikan tidak ikhlas. Pujian itu bagaikan sekadar memujuk dia yang sudah berubah muram.

            Habis makan malam, Adnan keluar ke ruang rehat. Lily pula mengemas di dalam dapur. Tembikai di dalam peti sejuk dikeluarkannya dan dipotong menjadi kepingan kecil. Tangan buat benda lain, fikiran melayang ke lain...

            Ini bukan kali pertama Adnan ‘tertangkap’ begini...
            Ini bukan kali pertama Adnan berubah laku...
            Ini bukan kali pertama Adnan buat tak kisah dengan dirinya...

“Ouch!”

            Pisau terlepas dari tangan. Cepat-cepat Lily berlari ke arah sinki. Ni la jadahnya mengelamun jauh sangat. Dahinya berkerut menahan sakit.

            “Ad..Ad..”

            Tak ada respons dari Adnan, Lily berlalu keluar dari dapur. Nak minta tolong Adnan ambilkan handyplast di dalam first-aid kit. Namun langkah Lily terhenti di tepi sofa. Tubuh Adnan yang berdiri di depan pintu rumah dan sedang membelakanginya dipandang.

            “I miss you, darling. When are you coming back?”

            Okay...Lily berpatah balik semula ke dalam dapur. Sakit luka di tangan taklah sesakit hati yang tercalar teruk saat ini.

            I do believe in love at first sight...And I still do...

            Resit di tangan dilontarkan ke dalam tong sampah di tepi mesin basuh. Betapa renyuknya resit itu, renyuk lagi hati seorang isteri yang diduakan oleh suami dalam diam. Lily menyambung semula kerjanya. Tak main nangis-nangis. Dia tak lemah. Dia kuat. Kuat macam Mama walaupun ditinggalkan oleh Papa semata-mata sebab perempuan lain dulu.

            “Without you I’m not okay and without you I’ve lost my way, My heart stucks in second place, without you...”

            Suara Lily bernyanyi di ruang laundry dengan penuh semangat. Tubir mata terasa berat tapi ditahannya daripada menangis.

            I’m a wonder woman and will always be....
           

            TIARA pandang wajah teman baik di hadapannya. Bersemangat Lily nak buat begedil untuknya petang ini. Kira tadi nak singgah sekejap tapi dah alang-alang di sini, lepak ajelah sampai ke malam.

            “Bukan kau tak suka makanan berminyak ke?”

            Setahu Tiara, Lily ni anti minyak. Takkan sebab dah berkahwin selera pun bertukar.

            “Ad likes begedil.”

            “Oh...”

            Tiara dah tak tau nak cakap apa. Jatuh simpatinya pada Lily yang semakin hari semakin kecewa tapi buat-buat gembira. Kalau boleh dia nak masuk campur hal Adnan dan Lily tapi macam tak manis pula jadi kepochi sebab ini hal rumahtangga, bukan macam zaman bercinta dulu-dulu.

            “Ad suka begedil. Ayam goreng. Pisang goreng.” Lily senyum sambil membentuk kentang hancur menjadi bebola kecil yang leper.

            In denial?  You don’t say! Memang Lily menyedapkan hati sendiri. Tak dapat meluangkan masa dengan Adnan macam dulu. Tak dapat bergurau senda macam dulu. Tak dapat bermanja macam dulu. Adnan selalu tak ada di rumah. Keluar awal pagi, balik tengah malam. Serius dia rindu!

            Untuk hilangkan rindu, Lily memasak makanan kegemaran Adnan. Lily tengok The Voice di tv. Lily bermain di dalam hujan. Lily berkaraoke di ruang rehat. Bila dia buat semua yang Adnan suka buat, secara tak langsung diri terasa dekat dengan encik suami.

            Sadis? Say whatever....I’m a wonder woman anyway.....

            Tiara meneguk teh di dalam cawan. Fikiran menerawang memikirkan masa depan Lily dan Adnan. Di mana silap pasangan ini? Siapa yang bersalah hingga cinta Adnan boleh berubah arah? Baru berkahwin tak sampai setahun takkan secepat itu Adnan berpaling cinta? Dia nak membantu tapi setakat mana yang dia mampu? Paling tak pun menjadi pendengar setia Lily. Lebih dari tu, dia tak pandai bagi nasihat.

            Di kaca mata Tiara, Lily adalah seorang isteri yang sempurna. Adnan? Huh...dah lama tak tengok Adnan. Asal datang sini mesti Adnan tak ada. Tak kesian ke tinggalkan isteri sorang-sorang di rumah?

            “Tee.”

            “Hmm.”

            Lamunan Tiara mati. Lily mempelawanya untuk makan. Lily kata, begedil yang dia masak la yang paling sedap. Tak percaya, sila cuba.

            “Macam mana kau tau ni paling sedap?” Tiara menyakat. Serius sedap!

            “Ad yang cakap.”

            Selera Tiara mati perlahan-lahan. Lagi-lagi Ad. Sikit-sikti Ad. Dijelingnya Lily sekilas. Ceria saja wajah teman baiknya itu. Kesiannya...Tiara betul-betul  tak tau nak tolong macam mana.




            LILY berdiri di hadapan cermin, membelek-belek diri sendiri sejak tadi. Ayat Tiara terngiang-ngiang di fikiran.

            “Lily, kau makin kurus. Turun berat ke?”
            “Tak la. My weight is just okay.”
            “Tak. Kau turun berat. I can see your clavicles from here.”

            Tak ada pun..aku tengok biasa aje. Lily bermonolog sendiri. Yang dia nampak adalah ketidaksempurnaan diri. Kot sebab tu Adnan dah tak sayangkan dia lagi. Kot sebab tu Adnan dah tak pedulikan dia lagi. Kot sebab tu Adnan cari perempuan lain.
            “I’m home.”
            Lily menoleh ke arah pintu. Senyuman terukir di bibirnya namun Adnan balas dengan senyuman nipis saja.
            “Dah makan?”
            “Dah.”
            Lily terdiam. Semangat kemain dia masak sedap-sedap macam hari-hari sebelumnya, Adnan tak sentuh pun. Perut yang lapar tadi ditahan. Selera dah mati. Saat ini Lily betul-betul yakin, punca Adnan berpaling arah adalah kerana ketidaksempurnaannya.
           
            ADNAN tersenyum lebar bila gadis pujaan mendekat. Selamba Lina duduk di atas ribanya sebelum merangkul erat lehernya.
            “Sorry, dah lama tunggu?”
            “I don’t mind waiting cos it’s worth waiting.”
            Cisin! Menyampah Jacky. Dah ada isteri tu buat-buatlah ada isteri, bro. Yang menyelit jugak nak join kami yang masih solo ni apa cerita? Memang jenis tak sayang bini.
            Lina senyum manis.
            “Isteri kat rumah tak marah ke?”
            “She won’t know by the way.”
            Lina tergelak kecil. Jacky mencebik. Gila spesis diva sungguh. Adnan tak masuk saman. Khairul dah tegur banyak kali tapi masih buat de’. Sampai kan dia dan Khairul pun dah malas nak sound. Kang kena cakap kepochi percuma aje.
            “I tak berat ke?”
            Burrrr! Tersembur Coke dari mulut Jacky. Macam tak ada soalan lain minah ni.
            “Berat ke tak berat, you’re still attractive darling. Tapi isteri I lebih ringan.”
            Lina tayang muncung panjang. Pecah ketawa Adnan. Tapi itulah kenyataan. Lily sekarang dah jauh lebih ringan berbanding dulu. Tak tau kenapa. Dan dia malas nak ambik kisah...

            “AWAK ada makan tak ni?”
            “Ada. Kenapa?” Lily berbohong.
            “Dah tu kenapa awak makin kurus sekarang ni?”
            Adnan berdiri bercekak pinggang di hadapan Lily dan memandangnya tajam. Lily dah tak ramping macam dulu. Tak ubah macam flat screen pula dia tengok. Cengkung semacam. Dengan badan Lily yang tinggi lampai, Lily nampak tak ubah macam rangka.
            “Saya tak kurus la, Ad. Awak ni.” Lily berkecil hati.
            Ye la dia okey aje pun tapi bila kena cakap begitu harus dia sakit hati. Dah la dia sedang cuba sedaya upaya menarik perhatian suami dan berusaha untuk menjadi lebih cantik. Kot Adnan dah tak cari perempuan tu lagi.
            Adnan merengus. Geram pula tiba-tiba dengan Lily. Buta ke apa bini aku ni? Malas nak panjangkan cerita, Adnan capai kunci kereta mahu keluar. Malas nak ngadap muka Lily yang buat-buat sihat dan tak berperasaan.
            “I’ll be back late tonight.”
            Dum! Saat pintu ditutup, Lily tunduk memandang tubuh sendiri. Serius dia tak kurus. Dia nak jadi cantik. Hati semakin sakit. Jiwa semakin tertekan. Sudahnya Lily duduk berteleku di hadapan cermin. Lama.
            “Saya tak sempurna kot....”
            Air mata yang ditahan jatuh juga.

            PETANG yang santai dan tak tahu nak buat apa. Lina?  Adnan dah malas nak layan. Stok suka-suka saja. Pulak tak tahan dengan perangai mengada-ngada Lina yang buat kadang-kadang buat dia naik angin. Membosankan.
            Lily? Entah. Apa nak jadi dengan bini aku yang sorang tu. Lebih banyak berdiam. Tak seceria dulu. Selalu bertanyakan soalan pelik.
            Saya masih cantik ke?
            Saya masih menarik ke?
            Jawab terus-terang nanti, takut Lily sakit hati pulak. Lily dah jauh berbeza. Serius Lily hilang berat badan yang terlampau. Kadang-kadang Lily dilihatnya tak ubah macam rangka tulang. Tapi Lily menafikan. Urgh! Bosan aku ada bini macam tu.
            Bosan?
            Dah tak cinta?
            Adnan sendiri tak pasti sebenarnya....
            Dia menjeling sekilas Khairul di sebelah sebelum pandangannya menala pada tasik di hadapan. Dah tak ada orang lain nak dibawa melepak, dia bawa teman baiknya yang sorang ni.
            “Macam mana dengan Lily sekarang?”
            “Macam tu la. Progress. Zero.”
            “Pity her.”
            Adnan senyum nipis. Puntung rokok dibuang ke atas rumput sebelum dipijak dengan hujung kasut. Pandangan tertala semula pada tasik di depan mata.
            “Ambik nasihat aku. Jangan kawin la, bro. Tragik.”
            “Nonsense. Aku tengok orang yang dah kahwin okey aje. Bahagia. Tak ada pun yang hisap satu kotak rokok setiap hari macam kau ni.” Khairul  tunduk mencapai sebiji batu dan dilontarkan ke tengah tasik.
            Adnan senyum nipis lagi.
            “Sebab isteri dorang bukan macam Lily.”
            “C’mon bhai. Don’t tell me because she’s different from how she was before.” Khairul tayang riak tak puas hati.
            “Smart.”
            Khairul mengalah. Lantak kau la, bro. Kedua-dua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar jeans.
            “Typical sikap manusia. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Tak pernah bersyukur.”
            Adnan memandang wajah Khairul di sebelah. Tengah sindir aku ke?
            “Bro, apa ni....”
            “Ad. Kau bukan bujang lagi, kau dah ada tanggungjawab. Kalau kau terleka macam ni sampai masa nanti kau akan hilang semuanya.”
            Adnan terdiam. Sejak bila Khairul jadi ulama ni.
            “Kau kata Lily kurus, tak cantik macam dulu. Tapi pernah kau tanya kenapa? Pernah kau ambik kisah? Dulu bukan main nak ajak Lily kahwin tapi bila dah dibuat bini, kau abaikan dia sebab dah ada Lina. Hot chick konon. Blah, la.” Khairul tarik nafas dalam.
            “Isteri punya baik macam tu kau tak nak. Baik bagi aku.”
            “Hey! Hey! Cakap baik sikit, bro. Main tembak aku ni apa kes?”
            Jari telunjuk Adnan terarah pada wajah Khairul, tanda memberi amaran. Panas dengan Khairul kecoh hal rumahtangga dia dan  Lily. Nak masuk campur apa cerita? Nak kena lempang?
            Khairul senyum sinis. Malas aku nak gaduh.
            “Manusia tak pernah sedar salah sendiri. Jangan sampai terlambat, sudah.”
            Adnan mengetap bibir. Dia salah ke? Mana ada. Nafkah Lily tak pernah dilupakan. Lily hidup mewah di rumah sana. Dia tak kisah dan tak pernah menyekat kemahuan Lily. Apa lagi yang kurang?
            “Pandai-pandai aje kau main hentam. Kau tu la salah, hal aku kau nak kecoh.” Adnan merengus.
            Khairul hanya mampu menggeleng kepala.
            Betullah..manusia tak pernah sedar salah sendiri kerana sibuk menyalahkan orang lain...
            “Jangan lupa, bro. Suami tu teman baik isteri. Tanya Lily apa masalah dia.” Itu nasihat terakhir Khairul pada Adnan.
            Adnan terdiam.
            Suami teman baik isteri? Whatttt... oh please don’t deny it, bro!

            “YOU look much better, pretty.”
            Muka Lily dah makin ceria. Mungkin sebab dia selalu datang menjenguk, hilang sedikit sunyi Lily.
            Lily senyum lebar. Rancak tangannya memotong lobak menjadi cebisan kecil.
            “Kau dengan Ad macam mana? Dah okey?”
            Lily tak mengangkat muka. Senyumannya pudar perlahan-lahan. LObak yang sudah dipotong diletakkan di dalam mangkuk.
            Tiara. Berdehem. Tekaknya terasa pahit. Rasa bersalah bertanyakan soalan begitu. Bahu Lily dipautnya perlahan.
            “You still have us, pretty.”
            Lily senyum nipis dan mengangguk. Tak apalah, dia masih ada keluarga. Teman yang setia macam Tiara. Think positive!
            And I still have my Ad...Urh. Face the reality, babe. Sigh...
           
            “LILY, dah makan ke?”
            “Dah.” Lily bohong lagi.
            “Jom temankan saya makan.” Dah lama Adnan tak merasa masakan isteri. Selama ni main tolak aje kalau Lily tanya dah makan ke belum, atau kalau Lily masak makanan kegemarannya.
            Lily senyum lebar dan angguk kepala. Laju langkahnya diatur ke dalam dapur. Tak rugi masak sedap-sedap hari ni. Ketam masak cili. Petai masak sambal. Kangkung belacan. Semua kegemaran Adnan.
            Duduk di meja makan, cuma ada sepinggan nasi. Adnan pelik.
            “Awak tak makan?” Adnan pandang Lily.
            Lily senyum. Dia menongkat dagu dan menggeleng kepala. Tengok Adnan makan pun dah kenyang.
            “Seriously you look so skinny, Lily. Come, have some.”       
            Lily menolak lembut bila Adnan mahu menyuap ke dalam mulutnya. Dia senyum nipis. Terasa dengan ayat Adnan. Bukan dia cantik ke? Asyik-asyik cakap dia kurus. Hish! Tertekan okey!
            Adnan hilang selera makan. Wajah Lily ditatapnya. Dah lama tak menatap wajah Belladonna Lily kesayangan. Sangat kurus. Sangat-sangat kurus. Teramat kurus.
            “Lily, makan sikit please. Saya tau awak tak makan.”
            Lily jadi bengang tiba-tiba. Kenapa sekarang baru nak peduli? Hish! Lily bersandar di belakang kerusi dan tunduk dengan muka marah.
            “Saya okey, la. Awak makan aje. Lagipun malam-malam macam ni saya diet.” Lily terpaksa berbohong lagi.
            Sudu diletakkan Adnan di atas meja. Matanya terpejam seketika menahan sabar. Diet apa lagi kalau dah kurus sangat macam ni, Lily? Patutlah mertua kata dia tak bagi isteri makan.
            “Sejak bila awak pandai diet-diet ni?” Adnan tatap wajah Lily tajam.
            Lily tak membalas. Renungan Adnan dibalasnya. Keluhan lemah terlepas dari bibirnya.
            Dear Adnan...
            Saya tak diet. Tapi saya nak jadi cantik. Saya tak nak kehilangan awak. Jadi saya cuba diri saya untuk menjadi yang terbaik. And yet I couldn’t make up to your level....
            Hati Lily merintih sendiri. Diri terasa semakin tertekan dan terasa seperti tak dihargai. Dah lama tak makan semeja macam ni dengan Adnan, ingatkan kegembiraan lama bertandang semula. Kalau setakat nak komen kata dia kurus aka tak cantik, baik tak payah.
            Lily tak mejawab pertanyaan Adnan. Kerusi ditolak dan laungan Adnan tak dipedulikan bila dia melangkah keluar dari ruang makan.

            ADNAN termenung jauh. Pemandangan di Pantai Cahaya Bulan tak menarik perhatiannya. Dah sampai sini baik tunggu sampai matahari terbenam. Jauh dia memandu ke sini semata-mata nak jauh dari ‘dunia’nya sebentar. Dia sekadar melihat dari dalam kereta saja, malas nak keluar.
            Saat mata terpejam, wajah Lily tergambar di ruang fikiran. Wajah Lily yang dulu berselang-seli dengan Lily yang sekarang. Jauh beza. Hampir tak sama. Dan itu yang buat hatinya tak tentu sejak akhir-akhir ini.
            Jangan nak salahkan Lily pulak kalau dah sendiri yang dah tak kisah dengan Lily. Ada yang baru, buang yang lama gitu? Boleh blah dengan statement paling kejam abad ini. Takkan isteri pun dibuat macam pakaian. Senang-senang nak pakai. Ikut suka nak tukar. Huh...baru kau tersedar nasihat Khairul ke, bro.
            Dia sendiri sedar yang dia terleka dengan dunia yang diciptanya sendiri. Dah berbulan mengukir kasih bersama Lina dan baru sekarang dia tersedar bahawa keseronokan itu tak ke mana. Bersama Lina tak setenang bila bersama Lily.
            Lina tak sebaik Lily.
            Lina tak sesabar Lily.
            Lina tak secantik Lily.
            And the list goes on....
            Semalam Tiara telefon tanya apa terjadi sampai dia sanggup menduakan Lily. C’mon bro, manusia sekeliling ada mata dan perasaan. Tak susah nak mengagak kayu tiga yang dia mainkan bersama Lina.

            “Remember when was the first time you met her?”
            “A year ago.”
            “Remember where was it?”
            “Nursery kat atas bukit tu.”
            “Oh, masih ingat pulak. Ingatkan awak dah hilang ingatan. Remember what  did you call her and even until now?
            “Belladonna Lily.”
            “Tau pun. Belladonna Lily awak dah makin sakit, awak tau kenapa?”
            “Tiara, terus-terang boleh tak? Saya malas nak sesi soal jawab. Serius saya pun risau tengok Lily macam tu.”
            Suara Tiara ketawa mengejek di hujung talian. Bingit telinganya mendengar.
            “Takkan itu pun awak tak pandai fikir. Isteri mana yang masih boleh cool kalau suami main lain? So does Lily, Ad. Saya yang setakat orang luar dalam rumahtangga korang pun dah tertekan, apatah lagi Lily...”

            Bingo! Teruk kena hentam dengan Tiara. Kena ‘berus’ puas-puas. Kena teriak belakang kira. Nak tercabut cuping telinga. Dan dia dihimpit rasa bersalah dalam diam. Lily tak pernah cakap pun yang dia tahu tetang Lina. Lily tak tanya direct pun. Lily masih berlagak selamba.
            De’. Mesti la, dah Lily memang tak nak cari gaduh.....

            ADNAN bercekak pinggang di hadapan katil. Lily yang berbaring dipandang tajam. Degil tahap tak hengat dah Lily ni. Dah jatuh sakit macam ni pun tak nak pergi berjumpa doktor. Tak nak makan. Minum pun sedikit saja. Kena tengking macam mana pun Lily buat tak kisah. Tau menangis saja.
            “Lily, please. Jangan degil boleh tak? Keadaan awak tu dah makin teruk.” Adnan memujuk.
            Lily buat tak dengar. Pandangan berkalih ke tempat lain. Apa yang makin teruknya? Dia okey dan cantik macam ni Adnan masih tak puas hati ke? Huh..
            “Darling...” Adnan duduk di birai katil dan mencapai tangan Lily.
            Aduhai...Pegang tangan Lily macam pegang skeleton. Hati Adnan dihimpit rasa sayu. Apa kena dengan Lily ni? Kebahagiaan mereka berdua direntap sekelip mata. Lily terlalu berada di dalam dunianya sendiri.
            “Kita jumpa doktor ya. Awak dah makin kurus. Awak tak nak makan. Saya risau, Lily. Please.” Wajah Adnan berubah sayu.
            Tengok keadaan Lily macam ni buat dia sedih. Tahap gaban. Tahap tak tak tau nak cakap. Serious shit!
            Lily mengetap bibir dan menggeleng kepala. Genggaman tangan Adnan dibalasnya kejap. Tak suka kalau tengok muka Adnan sedih-sedih macam ni.
            “Saya okey, Ad. Tak lapar pun. And I don’t fee like eating. Saya sihat aje pun, buat apa nak jumpa doktor?”
            Tahap kesabaran Adnan dah melebihi bar maksimum. Dengan sekuat tenaga tubuh kurus Lily ditariknya menuju ke arah cermin besar di sebelah pintu bilik.
            “Look, Lily! Look at yourself. You’re damn skinny and you’re telling me you’re not. What bullshit is that?!”
            Wajah Adnan dah merah menahan marah. Tubuh Lily digoncang kuat dari belakang, nak tak nak dia paksa juga Lily melihat diri sendiri di dalam cermin. Lily dah lencun air mata. Menggeleng kepala dan akhirnya tangisan bertukar sendu. Sakit badan yang digoncang kuat ditahan.
            “You look exactly like skeleton, Lily. Exactly! You’re anorexic! You don’t have have your periods. You lost your pretty figure. We lost our sexual relationship, Lily.”
            Adnan tahan air mata.  Serius sakit melihat Lily begini. Dia rindukan semuanya tentang Lily yang dulu.
            Lily pejam mata. Tangannya menutup kedua-dua belah telinga. Tak nak dengar jeritan dan kata-kata Adnan yang menyakitkan hati. Dan saat goncangan Adnan pada tubuhnya terhenti, tubuh Lily melurut jatuh. Terduduk dengan tangisan yang mendayu.
            “I’m pretty, Ad. I’m pretty. That’s what you have been telling me since we first met. Your pretty Belladonna Lily.”
            Lily dah macam bercakap sendiri. Perlahan saja suaranya namun cukup didengari oleh Adnan. Cukup buat Adnan tak terkata.
            “Am I not good enough for you, Ad?”
            Adnan tak menjawab. Tubir mata terasa berat.
            “I guess I’m not because someone is between us.”
            Damn! Adnan tak terkata. Setelah sekian lama Lily pendam sendiri, hari ini Lily buka mulut juga akhirnya. Ingat Lily tak tau ke? Ingat Lily tak pernah syak ke? Ingat Lily tak tertekan ke?
            “And I don’t see skeleton, Ad. I see imperfection,” bergegar suara Lily.
            Jatuh air mata Adnan. Speechless....

            “DARLING, makan jom.”
            Lily geleng kepala. Tangan kurusnya menyentuh belladonna lilies di tepi tingkap. Setiap minggu pasti Adnan belikan yang baru.
            “Saya masak, nak?” Adnan memancing.
            Lily berpaling ke sisi. Senyum dan geleng kepala. Dia masih leka dengan belladonna lilies.
            “Saya masak bubur ayam nak? Atau bubur seafood? Nak?” Adnan cuba lagi.
            “Okey. Masak sedap-sedap ya.”
            Adnan tersenyum. Dahi Lily dikucup sebelum dia berlalu ke dapur. Cepat-cepat dia menyediakan bubur ayam untuk Lily. Sekarang Lily dah makin tak suka makan. Memasak pun tak. Lily terlalu berada di dunianya sendiri. Sentiasa duduk di hadapan cermin dan bertanyakan soalan yang sama...Saya masih cantik tak?’
            Adnan dah rasa semakin tertekan. Keadaan Lily semakin teruk. Berapa kali diajak berjumpa dengan doktor, Lily tak nak. Lily memberontak. Lily marah-marah. Dia habiskan kebanyakan masa bersama Lily, macam ketika mula-mula berkahwin dulu.  Mengulangi semula kenangan manis mereka berdua untuk mengembalikan mood Lily.
            Lina dan cerita yang tak elok dah lama dia tinggalkan. Tersedar yang Lily adalah wanita yang paling dicintai. Huh...rasa nak gelak dengan diri sendiri pun ada. Apa buta sangat ke sampai tak tahu isi hati sendiri dan terlalu leka dengan keseronokan dunia?
            Yea, better late than never....
            Habis memasak bubur, tubuh Lily dicempung Adnan ke meja makan. Senyuman Lily lebar sampai telinga.
            “Saya suapkan.”
            Laju kepala Lily mengangguk. Berseri-seri wajahnya. Inilah Adnan yang dia rindukan. Adnan meniup yang panas sebelum disuapkan ke mulut Lily. Namun baru beberapa suap Lily dah menggeleng kepala.
            “Tak sedap, Ad. Tak nak makan, la.”
            Adnan sabarkan hati. Kalau dengan Lily tak boleh main paksa-paksa. Kalau dipaksa juga nanti Lily mengamuk,tak pun menangis.
            “Makan sikit lagi, nak?”
            Lily geleng kepala. Tak asa selera. Dia beredar dari ruang makan dan duduk di sofa di ruang rehat, meninggalkan Adnan seorang diri.
            “Sampai bila awak nak jadi macam ni, Lily...”
            Air mata Adnan dah hampir menitis. Lebihan bubur Lily disuapkannya ke dalam mulut. Demi Lily, dia mesti kuat. Demi Lily, dia mesti sabar. Facing a wife who is anorexic is seriously not easy.....

            “LILY, makan nak.”
            Lily geleng kepala bila mama ajak makan. Matanya terarah pada Adnan yang turut memandangnya.
            “Lily nak Ad yang masak.”
            Adnan senyum dan mengangguk. Tangan Lily dipimpin ke arah dapur basah. Lily kata nak makan ayam goreng. Tak nak KFC. Tak nak Marrybrown. Nak makan ayam goreng yang Adnan masak saja. Dan Lily takkan makan makanan lain, hanya makan makanan yang dimasak Adnan saja.
            “You look pretty today. Ermm...even prettier.”
            Lily senyum. Kepala dilentokkan ke bahu Adnan. Pujian ikhlas? Ya, rasanya pujian yang ikhlas. Adnan tak lagi curang. Adnan kini adalah Adnan dia yang dulu. Adnan yang paling dia cinta.
            “Nanti makan banyak sikit ya.”
            Lily angguk lagi.
            Lily dan Adnan. Kehidupan mereka berdua sudah berubah 360 darjah. Lily dan anorexia, Adnan dan rasa bersalah. Selepas dipaksa berjumpa doktor, Lily akur juga akhirnya.
            Tekanan. Mental tak stabil. Rasa rendah diri. Insecure. Ingin menjadi yang lebih baik. Semua menjadi satu. Itulah sebab Lily berubah. Siapa yang harus dipersalahkan? Orang luar mungkin tak tahu....tapi Adnan dan Lily tahu apa sebab Lily begitu.
            I hate it when you have an affair with other woman, dear Ad.
            My sorries are useless even if you forgive me, dear Lily. I can never hide the guilty feeling inside me...
            Doktor kata Lily perlukan sokongan 100% daripadanya. Lily jatuh berat dengan mendadak. Andai berterusan, nyawa Lily terancam. Rasa takut untuk kehilangan Lily kini merajai hati dan fikiran Adnan. Dalam fikiran bagaikan tak ada harapan untuk Lily pulih kembali. Yang dia fikirkan kini semua negatif.
            1. Sama ada Lily akan pergi untuk selamanya.
            2. Sama ada Lily dan anorexia akan berjalan seiringan hingga untuk tahun-tahun akan datang.
            Adnan dah tak tau nak mengadu pada sesiapa. Ahli keluarga tak pernah putus memberi semangat. Khairul dan Tiara kata jangan lemah di depan Lily. Dan dokor kata jangan sesekali kata ‘Lily, awak tampak kurus’ atau ‘Lily you’re so skinny’ sebab itu bukan apa yang Lily tengok di dalam dirinya. Yang dia tengok cuma....ketidaksempurnaan diri....
           
            “LILY, I want us to have beautiful babies. Smart kids.  Strong like you.”
            Lily senyum. Oh, itu impian dia juga. Dia ingin menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Sekurang-kurangnya adalah teman dia untuk bermain bila Adnan pergi bekerja meninggalkan dia seorang diri.
            “Saya nak dua lelaki, dua perempuan. Mesti semua cantik belaka kan?”
            Adnan senyum dan mengangguk. They will surely pretty like their mom, darling.
            Dahi Lily dikucup. Badan kurus Lily tinggal nak jadi tulang saja lagi. Dibawanya rapat dan dipeluknya erat.
            “Ad, I still believe in love at first sight.”
            Adnan mengetap bibir. Mana boleh lupa ayat sendiri pada isteri.
            “And you will always be my one and only Belladonna Lily.”
            “Jangan nangis. Nanti saya makin lemah.”
            Argh! Adnan menyembamkan wajahnya ke pipi cengkung Lily. Dia cuba tapi dia sendiri tak kuat. Melihat Lily semakin hari semakin lemah dan tak bermaya dia naik risau.
            “Tidurlah, Lily. Saya temankan awak sampai pagi. Sampai bila-bila.”
            Lily senyum dan menutup mata. Setitis air matanya menitis keluar.
            Adnan menahan rasa. Dia hilang segalanya dalam sekelip mata...
            I miss my old Lily. My pretty and bubbly Lily. My cheeky Lily. Our sweet moments. Our endless happiness...
            And now that I lost everything... I lost my Belladonna Lily...
            Bila dah hilang segalanya baru menyesal...baru tersedar...
           

            ANOREXIA NERVOSA is no joke. Eating disorders and mental health condition that can be life-threatening.  Most cases happen in youngsters but adults like Lily are not exempted as well. They need our support and courage. Either we stay next to them in their ups and downs or we might lost them....

            p/s : Cerpen ni dah bertahun-tahun dalam laptop. One of the pieces yang saya tulis masa mula-mula berjinak dengan keypad laptop ;) Tapi ulang tayang semula supaya blog yang dah berhabuk ni masih berpengunjung.  Hope you all enjoyed reading. Love loads! 

           

           
           
           
           
           
                       

           
           
           
           
           

            

2 comments: