BAB
7
PRET!
“Apalah
bro. Takkan itu pun nak kecoh. Drama siot!”
Aladin
gelak. Mulut Sanjay tak pandai berhenti komen sejak mula perlawanan. Matanya
masih menala pada pasukan yang sedang bermain di gelanggang.
“Kau
jangan komen lebih-lebih, bhai. Nanti orang dengar naya kau.” Aladin bersandar
di dinding sambil berpeluk tubuh. Berdiri lagi bagus, tak jenuh duduk tengok
Dara bermain futsal sekarang ni.
PRET!
“See. I told you, bro. Troll la,
seriously troll.”
Sanjay
komen lagi bila wisel dibunyikan. Baru lima minit perlawanan bermula tak tahu
berapa kali dah wisel berbunyi. Nama aje futsal tp
kebanyakan masa bukan kaki yang bermain. Tang
dari tadi mulut aje yang terlebih-lebih. Tersepak bola terkena pasukan lawan
pun nak jerit. Nak pass bola lagi
lah, melalak non-stop. Nak tengok
drama tak payah tengok lakonan d tv, tengok perempuan main futsal pun dah
cukup.
"Bro, mulut jaga sikit. Nanti kau pekena
botol syampu." Mata Aladin masih setia pada Dara yang berlari-lari di
tengah court.
Komen
Sanjay mengalahkan comentator Arab setiap kali World Cup. Kang kena 'don't talk shit'
oleh pelajar perempuan kat sini.
Sanjay
sengih.
"It's quite fun, though. Watching them
screaming more than kicking the ball. Kalau gaduh mesti lagi syok. I bet they must tarik rambut and all that." Sanjay dah bercekak
pinggang.
"Ya, true bro. Especially yang tu. Kau
tengok tu. Nama dia apa. Sissy? Silly? Drama giler. Jerit-jerit buat apa?”
Ceh tadi tegur Sanjay, sekarang dengan dia sekali join the club.
“Mengumpat ke?” Dara menyertai Aladin dan
Sanjay.
Aladin
ketawa. Sanjay jungkit bahu. Jangan komen dulu, nanti Dara mengamuk. Aladin
hulurkan botol air pada Dara. Dara ada tarikan sendiri, berpeluh-peluh dengan
rambut serabai pun masih tampak cantik.
“Your team was awesome. But the
opposite team is kinda...hmmm..so-so.” Tangan Aladin
diselitkan ke poket seluar. If only not
because of you, dear Dara..seronok aje landing atas katil di hostel bila
musim sejuk macam ni.
“Yeah, right.”
Dara jeling sekilas.
Macamlah
dia tak nampak Aladin danSanjay buat apa sejak masuk ke dalam dewan lagi. Scan orang, lepas tu berbisik sesama
sendiri diiringi dengan gelak ketawa. Typical
lelaki la tu. Kalau kaum perempuan, suka puji dalam diam.
He’s
so handsome. He knows how to kick the ball.
Cool
la mamat tu. Sepak kiri kanan, pammm...goal terus.
He
can really play. Terror kot tackle bola tu.
Kalau
lelaki pula sebijik macam Aladin
dengan Sanjay.
Look
at that chick, the red colour shirt. Fuh!
Bro,
yang macam tu pun nak join futsal ke? Duduk ajelah study lagi bagus.
Aladin
senyum segaris. Apa-apalah Dara. Malas nak panjangkan topik. Jam di tangan
dikerling sekilas. Dah pukul 7.30 patang. Lama lagi ke ni? Team Dara dah menang, maksudnya terpaksa stay untuk quater final
pula.
“When is your next match?”
Bola yang bergolek ke tempat mereka berdiri disepak Aladin.
“Lepas
ni.”
“Girl, no need to play futsallah. Just
watch quietly and chill like us,” Sanjay di sebelah Aladin
menyampuk.
Pendapat Sanjay lain sedikit. Perempuan sepatutnya
lemah-lembut. Duduk diam-diam. Sokong kaum lelaki bermain di tengah dewan,
bukannya join masuk bermain sekali.
“Siapa
kata perempuan tak boleh main futsal?” Dara naik angin.
Apalah
anak Uncle Ramathan ni. Statement nak cari gaduh ke apa. Kalau nak rendahkan
kaum perempuan, memang ayat Sanjay adalah pada orang yang salah.
“Me. Al. Everyone says so.”
Entah siapa ‘everyone’ yang
dimaksudkan Sanjay.
Mata
Aladin membulat. Bro, kau nak ajak aku terjun gaung sekali ke?
“Habis
tu awak main futsal ke?” Dara dah bercekak pinggang.
“Nope. I prefer hockey.”
“You?” Pandangan
mata Dara beralih pada Aladin di sebelah.
“Sama.
Bola tak minat sangat, tapi hockey memang
layan.”
Dara
tersenyum sinis dan memandang dia dan Sanjat silih berganti. Hockey it seems!
“Guys, let me tell one thing. When employees gather, they are
going to play football. When the managers gather, they are going to play the
tennis. When the CEO’s gather, they are going to play golf.”
Aladin dan Sanjay berpandangan
sesama sendiri. Macam mendalam aje isi tersirat yang Dara nak sampaikan ni.
“Meaning?” Aladin pandang Dara.
“The higher the position, the smaller the ball. And
both of you? Seems like not in the list.”
What the.... Aladin dan Sanjay terkejut. Terkezut! Teori
Dara sangat hampeh!
“Dara, are you trying to tell us that we got no balls?”Aladin mendekat. Jaraknya dengan
Dara cuma seinci dua.
“Yo, cool bro. Take it easy.” Sanjay dah tak sedap hati.
Takkan Aladin nak tunjuk jantan kat sini. Anak
dara orang ni, bro. Tengok muka Aladin pun macam menahan rasa. Tercabar kot
dengar komen Dara yang pedas.
Dara jungkit bahu. Dia kenyit mata
sebelum berlari masuk semula ke dalam gelanggang. Whatever, mister! Jangan pandang
rendah dengan kaum perempuan kalau tak nak kena smashed balik.
Aladin speechless.
Sanjay terdiam.
TOK! TOK! TOK!
Dian yang menghadap skrin laptop
terkejut. Samseng mana cari gaduh pukul 11 malam macam ni?
Tok! Tok! Tok!
“Jap. Jap.”
Dian angkat punggung dari kerusi.
Takkan pakcik guard ketuk pintu sampai nak roboh macam ni. Toleh Dara di atas
katil, nasib baik teman baik yang sorang tu tidur mati. Sebaik saja pintu
dibuka, Aladin terpacak tegak dengan muka serius.
“Mana Dara?”
“Shhh. Tidur. Why?” Jari
telunjuk Dian didekatkan ke bibir. Apa yang urgent sangat nak cari Dara
dengan muka serius ala-ala Keanu Reeves ni.
“I need to talk to her.” Pintu ditolak Aladin dan tubuh Dian ditolak ke
tepi sedikit.
“Al!” Dian terpaksa kecilkan
suara. Tak sempat menghalang langkah Aladin yang sudah berdiri di tepi katil
Dara.
“Dara, wake up. We need to talk. Wake up.”
Dian pejam mata. Sesuailah sangat
idea untuk bangunkan Dara tengah malam ni. Confirm botol syampu melayang
kali kedua ke tubuh Aladin.
“Dara, wake up. Ada benda
nak bincang.”
Tubuh Dara yang berbalut di
sebalik comforter bergerak-gerak.
“Apa dia?” Kepala Dara muncul di
sebalik comforter. Ada kaitan dengan hidup dan mati ke nak jumpa aku ni?
“Nak cakap sikit
pasal teori bola awak tu,”Aladin bersuara.
“What about it?”
Dara tayang muka singa baru bangun tidur.
“Who said that I got no balls, Dara? Come, I show you.”
“Wow! Wow! Wow!” Dian
di sebelah dah gelabah. Apa kes bebola api masuk tiba-tiba ni?
“It’s nothing lah, Al. Kenapa terasa
sangat ni?” Dara memisat matanya.
Apa
emo sangat tengah malam begini? Wajah serius Aladin yang kabur sedikit
dipandang. Di dalam kepala cuba recall alkisah teori bolanya. Bila masa aku
keluar dengan teori kebaboom yang boleh buat bom Aladin meletup?
“I don’t give a damn about your Hercules or Hector, babe. I’m
just an ordinary guy yang nak awak terima saya seadanya. But your theory about balls really
pissed me off. Saya rasa
tercabar, awak tau tak.”
Serius
dia tak tahu apa-apa tentang Hercules kebanggaan Dara itu.Yang
dia tahu cuma Hercules tendon di kaki yang bila terputus akan bye bye
sayonara. Hercules mati sebab itu, hence
the name became Hercules tendon. Pensyarah
Anatomy balik-balik ulang benda yang sama masa topik Lower Limbs dulu.
Dara sekadar mendengar. Dian di sebelah Aladin juga turut
pasang telinga. Terdengar keluhan dari bibir Dara. Memang dia yang bersalah.
Cakap main ikut sedap mulut tak toleh kiri kanan. Alih-alih kekasih sendiri
yang terasa hati.
“Deiii, bhai! Thenu ki hogaya?”
Muncul
Sanjay dari bilik sebelah dengan riak cemas. Mahunya Sanjay
tak cemas takut anak gadis sebelah bilik diapa-apakan oleh Aladin. Tadi siap
beli Durex sekotak sebelum balik hostel. Sanjay
takut dia buat kerja gilalah tu.
“I’m having a private
conversation with Dara right now, bhai. Keluar jap,” jawab Aladin dengan mata masih melekat pada
wajah Dara.
“Private conversation apanya
Dian jadi tiang lampu,” balas Sanjay.
Aladin
terlupa bahawa Dian juga turut ada sama dan mendengar setiap butir bicara
mereka berdua dari tadi. Mata terarah semula pada
Dara yang kembali baring dan berlingkar dengan comforter. Dara memang complicated. Belum tambah
lagi dengan teori – teori yang tak boleh blah Dara.
“You know what, Dara.” Aladin tarik nafas panjang. “ Awak ni kaktus.”
“Why?” Dahi Dara berkerut. Dah cukup cantik dah lair jadi gadis sempurna, kena
cop kaktus pula.
“Kalau saya ajak awak bermalam tepi pantai, which one would you prefer. Hotel
room, chalet or little hut?”
“Little hut.”
Aladin
senyum nipis. You’re really one of a
kind, Dara. And that makes me love you even more!
p/s : Lama tak update blog :( sorry sebab busy tahap semut cari makan akhir-akhir ni. Will try to finish KTD on time ya. Thanks so much for the support and hope you all enjoyed reading.. Love loads!
Take your time dearie, kan baru lagi buku keluar haritu
ReplyDeleteFighting sis emy. Tak sabarrrr nak sambung baca lagi >.<
ReplyDeletewaiting hardcover...
ReplyDeleteMiss you much
ReplyDeleteFinally ada juga update...memang akak asyik tertunggu KTD ni setiap hari tau, kalau boleh nak hari-hari....ha..ha..ha..melampau lah tu kan...keep updated ya...
ReplyDelete