BAB
6
BELON biru.
Banner biru.
Lapik meja biru.
Wrapping
paper untuk hadiah cabutan bertuah pun biru.
Baju? Oh sila pengsan...baju hari ni pun berwarna
biru.
Eva hanya mampu memandang. Hari ini adalah hari yang
penting untuk Autoposh sempena sambutan
ulangtahun Perodua. Semua showroom di
seluruh negara mengadakan jamuan besar-besaran dan semua orang awam adalah
dijemput. Jadi kalau nak menikmati rebate
yang banyak dan harga yang hebat untuk model kereta terpilih, kena rajin
singgah di Autoposh untuk keterangan lebih lanjut. Tapi biru untuk dekorasi showroom hari ini adalah sesuatu yang
Eva tak mahu.
Kalau sekali pandang, orang awam pun boleh bingung kejap.
Ini showroom Perodua ke premis Celcom? Biru gila! And ya, biru itu adalah
dia....
“Eva.”
Eva berpaling pada Nasrah yang gigih memanjat kerusi.
“Apa dia?”
“Tolong aku gantung belon ni kejap. Tangan tak sampai.
Tangan aku pendek.” Nashrah cuba sedaya upaya ingin menggantung belon pada pin
tekan di tepi pintu utama. Dah dekat lima minit mencuba tapi masih tak berjaya,
sebab tu dia perlukan talian hayat.
“Yang kau minta tolong dekat orang yang sama tinggi
dengan kau apasal? Aku pun dua kali lima aje, mana sampai. Tinggi tu. Ha, tu
minta tolong Karim.”
Selamba Eva jerit kuat-kuat hingga Karim menoleh siap
dengan senyuman yang boleh mencairkan hati mana-mana mata yang memandang.
Terhambur ketawanya bila Nashrah tunjuk muka kelat tergigit petai. Dah
berbulan-bulan Karim menaruh perasaan pada Nashrah. Tapi Nashrah jual mahal, malah
mengelak sekerap yang boleh daripada lelaki itu.
“Mari saya tolong. Turun kejap.” Karim mengarah.
Eva jungkit bahu dengan tawa yang masih bersisa bila
Nashrah memandangnya dengan wajah mencuka. Dia sekadar nak minta tolong pada
orang yang betul. Kalau dia yang tolong pun sama saja sebab ketinggiannya
dengan Nashrah lebih kurang sama.
Beralih ke arah meja yang tidak jauh dari situ, Eva
menyusun broucher yang sudah tersedia. Di dalam hati siap berdoa panjang moga
rezeki hari ini lebih murah. Dia perlukan sales sebab bulan ini dia ketinggalan
jauh. Kalau berterusan begini, terpaksalah dia makan mi Maggi untuk dua minggu
berturut-turut.
“Eva.”
Eva berpaling. Dia mengukir senyum pada Tony. Sejak
akhir-akhir ini Tony ibarat macam ekor. Ke mana dia pergi, Tony pasti akan
mengikuti dari belakang. Pergi pantri.
Duduk di meja kaunter. Roadshow di mana-mana pusat beli belah. Di mana ada dia, di situ ada Tony.
Kadang-kadang rimas juga, tapi terpaksalah bertahan sebab Tony bos besar. Kalau
dia berterus-terang nanti Tony kecil hati.
“Malam ni free tak?”
Aik? Tengah hari pun tak muncul lagi, Tony dah bertanya
tentang aktiviti di malam hari. Eva geleng kepala.
“I ada hal. Kenapa?” Nak mengelak kenalah menipu sedikit.
Memang contoh yang tak patut diikuti tapi untuk kes terdesak macam ni terpaksa
juga menipu.
Tony tersenyum. Dalam hati dah.....damn! Sukar untuk
mendekati Eva Chandra. Gadis yang jinak-jinak merpati.
“Kira nak ajak you pergi dinner. My treat for your hard
work.”
“I kerja tak cukup kuat pun. If I really am, my sales
must have been so high by now which is almost end of the month.”
Tony ketawa. Eva...Eva...kenapa susah sangat untuk
dipikat. Nak kata Eva jenis yang ‘tak lurus’, tak juga. Boleh aje menjerit dan
teruja bila tengok Adam Levine atau Keannu Reeves. Nak kata dah ada teman
lelaki lagilah tak, Eva rileks aje berkepit dengan Nashrah hampir dua puluh
empat jam. Bergayut di telefon pun tak pernah, paling common hanya setakat
berhubung dengan pelanggan berkenaan dengan tempahan kereta.
“We really need to talk one day.” Tony hampir berputus
asa. Mungkin ada sebab kenapa Eva cuba mengelak dari mana-mana lelaki yang cuba
mendekati. Bila ditanya pada Nashrah, jawapan Nashrah sangatlah tak membantu.
‘Bos tanyalah Eva sendiri...ngeee’.
“I pun ada hal nak bincang lepas ni.” Alang-alang dah
buka mulut dengan Tony, Eva mengambil keputusan untuk menyatakan hajat di hati.
“Apa dia?”
“I nak berhenti kerja.”
“Hah? Sorry? You tengah prank I ke?” Tony terkejut.
Senyuman tadi serta-merta mati. Janganlah buat lawak pagi-pagi macam ni. April
Fool pun jauh lagi. Kalau nak buat Gotcha Call pun dia boleh consider, tapi kalau kena prank
depan-depan macam ni...gila wei!
“I nak berhenti kerja. Tapi you jangan salah faham, I berhenti bukan sebab I tak suka tempat ni. I perlu cuba nasib di tempat
lain. Rezeki yang lebih.” Eva menyusun ayat cantik. Memang tak terniat di hati
dia berhenti kerja sebab tak suka tempat ni. Tapi tawaran yang Red berikan
tempoh hari adalah cukup bagus untuknya.
Nashrah pun menyokong apa saja keputusan yang dia buat.
Tak kerja sebumbung dengan Nashrah tak ada hal, yang penting mereka berdua
masih tinggal sebumbung. Mereka berdua sentiasa ada untuk sesama sendiri andai
masing-masing perlukan bantuan.
“Tapi....tapi kenapa tiba-tiba? Gaji kecik sangat? Then I
boleh naikkan. Berapa saja yang you nak, I sanggup bayar.” Kecewa tahap gaban!
Itulah perasaan Tony sekarang.
Baru nak mengatur strategi yang lebih bernas untuk
memikat hati seorang Eva Chandra, gadis itu pula memilih untuk jauh
daripadanya. Hatinya kini sudah terganggu dan fikiran sudah tak dapat bertumpu
pada majlis yang akan berlangsung tak lama lagi. Pengunjung juga sudah mula
masuk ke dalam showroom.
Eva tersenyum dan menggelengkan kepala. Kalau Tony
naikkan gajinya, nanti apa pula kata pekerja yang lain.
“Nanti I bagi surat rasmi, ya. Jangan tayang muka sedih
boleh tak? We still can be friends. Nak hangout pun tak ada hal.” Eva tahu Tony
sudah gundah. Tapi...sorry lah,bos! Dia pilih jalan yang lebih baik dan mungkin
masa depannya akan lebih bagus dengan rezeki yang lebih murah.
Hi.
Hi, pretty. So macam mana?
I’m in.
??? Meaning working with me?
.... *wink
“Yes!”
Shark yang baru nak terlelap di sebelah membuka mata.
“Kau kenapa, bro?” Red di sebelah Shark dipandang sekilas.
“Aku dapat bintang.” Red tersenyum lebar memandang skrin
telefon. Pesanan WhatsApp yang dihantar Eva padanya dibaca berkali-kali. Inilah
jawapan yang dia tunggu selama berhari-hari. Tawaran yang diberikan pada Eva
diterima gadis itu.
“Yang mana pulak kali ni?” Shark kembali memejamkan mata.
Hari ini adalah hari malas sedunia. Dia dan Red berbaring di kerusi rehat
menghadap kolam renang belakang rumah sejak dua jam yang lalu.
Di Kuala Lumpur mana nak cari tempat yang mendamaikan
fikiran yang kusut kalau bukan di belakang rumah sendiri. Cukup dengan angin
yang sepoi-sepoi bahasa, aci cakap kalau terasa macam di Bali.
And ya...bintang bermaksud perempuan bagi mereka berdua.
Dia dan Red satu kepala. Perangai pun lebih kurang sama. Mungkin sebab adanya
pertalian darah di antara mereka berdua. Ayah masing-masing adalah adik beradik.
Dia adalah anak tunggal dan Red pula cuma ada Farisha, adik perempuan yang
manja dengan kedua-duanya. Jadi sejak kecil memang rapat dengan Red, masuk
kategori ‘partner in crime’ hinggalah beberapa tahun lalu bila Red pergi ke Czech Republic untuk menyambung pelajaran. Sekarang bila Red sudah kembali semula ke
tanah air, maka aktiviti melepak di belakang rumah diteruskan seperti biasa.
“Yang ni betul-betul cantik, bro.” Red memulakan bicara
tentang Eva.
“Pernah tak kau kena bintang yang tak cantik?”
Kedua-duanya tergelak. Memang sejak azali dah sukakan
perempuan yang cantik dan memikat hati. Tapi tak sampai ke tahap untuk
mempermainkan perasaan perempuan. Women are the greatest gift in the world.
Can’t agree more!
Red. Cinta pertama dah berkurun lama. Tapi cinta terakhir
adalah dua tahun lalu. Beria-ia menaruh harapan untuk menyunting kekasih hati
menjadi isteri. Tapi harapan memang tertinggal di Pluto. Sarah pergi
meninggalkan dia demi seorang lelaki yang hadir di antara mereka berdua. Marah.
Terluka. Semua ada. Cuma rasa benci dan dendam tak pernah ada. Kalau orang dah
tak suka, takkan nak paksa juga.
Shark? Enam tahun hidup sebumbung dengan kekasih hati.
Tak kenal mana dosa mana pahala. Yang
dia kenal cuma cinta yang mendalam pada Eva. Tapi Eva meninggalkan dia pada
pagi hari jadinya. Nak kata kejam, agaklah. Eva boleh tinggalkan dia pada hari
lain kot, tapi kenapa hari jadinya juga yang Eva pilih. Sadis! Menjejaki Eva
semula adalah apa yang dia inginkan sekarang. Kalau dalam keadaan terpaksa pun
dia tak kisah.
“Yang ni aku jumpa dekat showroom Perodua. Masa aku beli
kereta untuk Adik. Kalau kau tengok pun mesti kau cair, bro.” Red teruja untuk
bercerita. Tak rugi belanja Adik kereta comel tu, siap jumpa dayang yang mungkin
baru turun dari bulan.
“Then apa progress sekarang?”
“Aku ajak dia kerja dengan aku. Tunggu punya tunggu, hari
ni dia mesej kata dia setuju.”
“Fuh! ‘Melekat’ terus dekat kau. Berapa gaji kau offer?”
Pasti tinggi. Kalau tak masakan perempuan itu boleh bersetuju dengan Red dalam
masa beberapa hari.
“Berganda-ganda dari apa yang dia dapat sekarang.”
“Then kalau kerja dengan kau, post mana yang dia dapat?
Mana ada tempat kosong dekat tempat kau, wei.” Agak-agaklah. Takkan Red nak
tambah satu lagi meja bersebelahan meja Murni, setiausaha Red yang sentiasa
pakai skirt ketat tu. Shark pula yang pening tiba-tiba. Jangan cakap Red nak
pecat Murni. Confirm Murni bakar pejabat tu sampai lebur.
“Nantilah aku fikir. Yang penting dah ada jalan, yang
penting sekarang adalah effort untuk pikat hati dia. Serius kalau kau tengok
dia, confirm kau pun cair.” Red meregangkan otot badan. Tiba masa untuk terjun masuk ke dalam kolam renang.
Shark hanya mampu ketawa. Dia berdiri dan turut
meregangkan otot badan. Pandangannya menala pada kolam renang. Dia menghelakan
nafas berat.
“I miss my bintang.” Suara Shark perlahan.
Wajah cantik itu.
Senyuman yang sentiasa menawan hatinya.
Yang sentiasa mengukir rasa gembira dan kenangan indah
bersamanya.
Yang dia cintakan sepenuh hati.
Dialah bintang yang paling dia tak dapat lupakan.
“Kau ada cuba cari dia tak?” Red pandang Shark.
Kisah cinta Shark agak menyedihkan. Enam tahun kot hidup
bersama. Shark siap mahu melamar sang bintang untuk menjadi isteri. Tapi entah
di mana silapnya. Hubungan tak berkekalan. Shark hidup solo sampai sekarang.
Risau juga takut Shark berubah citarasa setelah dikecewakan begitu oleh sang
bintang. Kalau lah dia kenal, dia sendiri akan tolong Shark menjejaki bintang
yang dimaksudkan itu.
“Ada. Dia ada kat area KL.”
“Ada jumpa dia tak?”
Shark menggeleng kepala. “Nanti bila dah sedia, aku
sendiri akan cari dia.”
Red tak komen banyak. Kalau dia berada di tempat Shark
pun belum tentu dia boleh hidup seperti biasa macam Shark sekarang.
“You must have love her so much, bro.” Red menepuk bahu
Shark.
“Kalau kau tengok bintang aku, kau pun pasti akan suka.”
Shark senyum.
Tanpa mereka berdua sedari, bintang itu adalah sebenarnya
perempuan yang sama. Ya...di antara semua bintang, mereka berdua jatuh cinta
pada bintang yang sama!
P/S : How I wish Eva, Red dan Shark boleh masuk versi cetak. Jom tidur. Esok oncall! And untuk yang telah mendapatkan KTD, terima kasih tak terhingga. Boleh dapatkan dari pihak IKP atau Kak Ayu Dzulkarnain.
10Q emy... eva shark red
ReplyDelete