Thursday, June 29, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG ( BAB 9 )




‘PIPING supervisor tak cakap apa pun. Dia sendiri tak perasan semua barang order hilang.’

‘Waktu macam ni lah kita terdesak mengambil pekerja-pekerja baru. Masalahnya, siapa yang sanggup pergi offshore berminggu-minggu? Jauh macam tu, kalau offer gaji tinggi pun belum tentu ramai yang nak.’

‘Upstream. Downstream. Those are not that easy.’

Krik...krik...krik....

Hampir ternganga mulut Eva. Satu hapak dia tak faham apa yang sedang dibincangkan dalam mesyuarat. Nak kata dia menyesal dengan keputusan untuk bekerja di sini, tak acilah pulak sebab ini baru hari pertama. Tapi serius dia rasa macam salah masuk bidang. Tak kira macam mana tekun pun dia menumpukan perhatian pada mesyuarat yang sedang berlangsung, dia tetap tak faham.

iPhone di atas riba bergetar dan cepat-cepat Eva tunduk. Panggilan masuk dari Nashrah tak dijawab.

Pertama...dia tahu Nashrah mesti nak tahu di mana dia sekarang sebab waktu sekarang dah kira agak lewat.  Kedua...dia tak berani menjawab telefon pada waktu genting begini. Riak wajah setiap yang hadir nampak begitu tekun dan masih bersemangat. Jauh berbeza berbanding dia yang cuma menghitung masa untuk pulang ke rumah.

Eva : Babe, sorry. Aku masih kat meeting. 

Pesanan WhatsApp dihantar kepada Nashrah. Janganlah Nashrah susah hati, dia elok aje jadi basi kat dalam bilik mesyuarat ni.

Nashrah : Syukurlah, nak. Aku ingat kau dah lupa jalan balik rumah. 

Eva : Choiiii...ayam segala dah sedia belum? Nanti aku balik kita terus panggang.

Nashrah is writing....

Eva menunggu hampir seminit. Lama benar Nashrah nak membalas pesanan. Dia yang tunduk di bawah meja pun dah sakit tengkuk.

Nashrah : Dah. Kau balik tak ni? 

Eva : Baliklah, wei. Tunggu aku.

Nashrah : Jaga diri. Aku tunggu kau...

Eva mengurut belakang tengkuk. Dia masih tunduk memandang skrin telefon. Ayat terakhir Nashrah dibaca berulang kali. Biasanya Nashrah takkan hantar pesanan yang ala-ala ‘aku-risaukan-kau’ macam ni. Paling ‘common’ pun Nashrah suruh singgah beli ‘jajan’, kalau tak pun beli makanan dari luar sebab malas nak masak kalau dah lambat sangat.

Eva : Kau okey tak ni?

Nashrah : Okey lah. Balik cepat sikit. Aku lapar.

Eva tersenyum nipis. Macamlah dia tak lapar. Mesyuarat bermula sejak pukul dua petang sampai sekarang tak habis lagi. Hanya teh panas saja yang dihidangkan, itu pun dah bertukar sejuk sekarang setelah berjam-jam.

Eva : Ayam tu kau dah marinate belum? 

Nashrah : Dah...sos tiram..lada putih...cayenne...

Eva sembunyi senyum. Okeylah tu, sekurang-kurangnya semua sudah tersedia. Nanti bila balik tinggal nak panggang saja lagi. Namun beberapa saat kemudian jantung Eva berdetak laju.

Sos tiram...lada putih...cayenne...

Tiga bahan utama itu mengingatkan dia tentang Shark. Tentang yang lama...

“Awak hentam masuk semua bahan tu boleh percaya ke ayam nanti sedap?”

“Awak percayakan saya ke tak?”

“Percaya tapi...”

“Then shut your mouth before I shut it for you.” 

Urgh! Shark dengan ‘ugutan’ yang boleh buat dia cair dan terbang tinggi ke awan biru. Kebanyakan masa dia masih terkenangkan Shark. Rindukan Shark. Kalau ikutkan hati dia nak cari Shark semula. Tapi luka lama menghalangnya untuk menggapai semula cinta yang mungkin tak akan ada kesudahan yang dia inginkan.

“Eva.”

Segala kenangan bersama Shark bertaburan bila Red memetik jari di hadapan matanya. Eva tersenyum nipis. Pergilah wahai semua kenangan lama! Tak sedar bila bilik mesyuarat itu kosong, yang ada cuma dia dan Red.

“Dah sampai mana?” Red bersandar di tepi meja menghadap Eva. Dia berpeluk tubuh. Biarpun sekadar tersnyum nipis, senyuman Eva mampu menggetarkan jiwa lelaki Red.

“Bulan.”

Red ketawa. “I can bring you higher than that, girl.”

Eva turut sama tergelak. Ayat Red sama saja macam ayat sang cinta yang lama.

“Saya lapar.” Eva dah terbayangkan ayam yang dah kena peram di rumah. Tinggal nak panggang, lepas tu selamat masuk mulut dan dihadam dalam perut.

Sorry. Hari ni sibuk sikit. Peak day of all the days. Biasa memang balik lambat kalau Isnin.” Red rasa bersalah. Tak berniat nak ‘menahan’ Eva sampai mesyuarat habis. Tapi dia ingin Eva sentiasa di sisi. Sepanjang mesyuarat, dia habiskan separuh daripada masanya menjeling Eva yang ketara ‘blur’ tapi cuba untuk menumpukan perhatian.

Eva tergelak lagi.

“Saya menurut perintah. Makan gaji. Takkan saya nak blah sebelum habis meeting.” Takkan dia tunjuk protes nak balik awal semata-mata sebab perut dah lapar tahap gaban.

“Jom. Dinner is on me.” Red menarik lembut lengan Eva.

“Hari ni saya ada hal. Dah janji dengan Nash nak makan sama.” Eva menolak cara baik. Kalau dia batalkan nanti Nashrah merajuk setahun dengan dia.

“Makan kat mana?” Red berjalan beriringan di sebelah Eva. Suasana pejabat sunyi sepi. Yang ada cuma mereka berdua.

“Kat rumah aje.” Sekarang dia dan Nashrah banyak meghabiskan masa di rumah. Memasak sendiri, dapur pun sentiasa berasap. Zaman ekonomi meleset macam ni nak makan KFC pun berfikir dua tiga kali.

“Then invite me to your house.”

“Sorry?” 

Eva pandang Red di sebelah. Mamat ni tak penat ke senyum 24 jam. Lagi haru bila setiap kali Red tersenyum, degupan jantung Eva berubah tempo. Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Red, dia terpana dengan pemandangan di depan mata.

“Wow....cantik!” Eva berdiri di hadapan tingkap kaca. Menara Berkembar Petronas nun di sana pernah menjadi kebanggan Malaysia dipandang lama. Dan langit....oh langit! Banyaknya bintang!

“Langit. Bulan. Bintang.” Eva seolah bercakap sendiri. Dia berpeluk tubuh dan tanpa sedar dia mengukir senyum. Cantik sungguh ciptaan Tuhan! Kalau lah pejabat ni ada bakoni di luar, dia sanggup duduk sampai ke pagi menghayati pemandangan yang terasa mendamaikan.

“Tak nak balik? Tadi kata lapar.” Red berdiri di sebelah.

“Jap. Lima minit.”

Dan limit berlalu tanpa kata...masing-masing diam. Sungguh bintang yang bergemerlapan di langit tampak sangat cantik. Red mencuri pandang pada Eva di sebelah.

Eva Chandra.  Membesar di Rumah Seri Kasih. Asal usul Eva tak tahu dari mana. Makhluk ciptaan Tuhan yang cantik dan memikat hati. Memang tak banyak yang dia tahu tentang Eva. Kalau dia bagitau Mommy yang dia nak kahwin dengan Eva, dia pasti Mommy akan suka Eva. Eva ada aura yang boleh menarik hati semua orang di sekeliling.

“Eva...”

“Hmm...”

Eva menoleh ke sisi bila Red mendekat, jarak yang hanya beberapa inci jauh daripadanya. Oh Eva, sila jangan cair!

Untuk beberapa ketika mereka berdua diam...hanya pandangan mata saja yang berlawan pandang.

“Be my girl.” Red nekad. Kalau tak mengaku sekarang, nanti putih mata bila dah terlambat.
Eva tersenyum nipis seraya geleng kepala.

“I can’t....”

“Bagi saya sepuluh sebab kenapa tak boleh?” Kedua-dua tangan Red mendarat di bahu Eva. Kalau Eva tak nak, dia akan pikat sampai dapat. Kalau Eva bagi sepuluh alasan, dia akan cari 1001 cara untuk meyakinkan Eva yang dia serius untuk menjalinkan hubungan yang lebih daripada seorang kawan.

“Kita baru kenal. Dan saya yakin awak akan tarik balik ayat awak kalau saya ceritakan cerita  lama saya.” Eva rasa susah nak berterus-terang. Tapi pada masa yang sama dia tak nak Red rasa tertipu. Kalau nak buat ‘trip’ gadis baik memang nampak sangat dia cuba menyembunyikan cerita lama yang penuh hitam dan tak ada cahaya langsung.

Tangan Red menjalar naik memaut pipi Eva lembut. Wajahnya didekatkan ke wajah Eva. Sinar mata Eva dipandang dalam.

“Saya tak  nak pandang cerita lama awak. Kalau awak pilih untuk hidup dengan saya, saya janji awaklah perempuan paling bahagia dalam dunia.” Kata-kata Red lahir dari hati. Bukan sekadar kata berbunga yang buat Eva cair.

Eva betul-betul mencuri hatinya sejak pertama kali dia berjumpa dengan Eva. Kalau pun kisah lama Eva gelap seperti yang dia pernah dengar, cintanya tak goyah. Dia pun ada cerita lama. Malah mungkin lebih gelap daripada kisah Eva. Jadi kalau nak mengharapkan seorang gadis yang umpama kain putih untuk dia memang taklah.

Eva tak terkata. Bibirnya bergerak-gerak, tapi suara tak terkeluar langsung. Mata coklat Red dibalas pandang. Tak tahu nak mulakan dari mana. Segala kenangan lama menjelma dan kenangan itu berakhir dengan kisah yang sedih. Malah menyakitkan hati seorang Eva Chandra. Tangannya naik memegang tangan Red yang masih di pipinya.

“I have dark secrets which you will not want to know, Red. And if you find out, you will hate me for life.” Berair mata Eva. Emo pulak bila wajah Shark muncul di dalam fikiran.

Shark yang dicintai sepenuh hati.
Yang berjanji akan sehidup semati dengannya.
Yang berjanji akan menjaganya.
Yang melakar semua kenangan indah.
Shark jugalah yang buat dia menangis dan pergi tanpa mahu menoleh lagi.

Everyone has their dark sides and I have mine too. Saya takkan pandang semua tu. Beri saya peluang. Awak akan selamat. Bahagia. Sampai bila-bila kalau awak bersama saya.” Wajah Red semakin mendekat.

I’ll be your man, Eva. Di antara semua bintang, awak adalah pilihan saya.”

Hampir menitis air mata Eva. Dia biarkan dirinya dibawa Red ke dalam pelukan. Ayat Red mengingatkan dia pada Shark. Sebijik Shark!

Dear me, 
Be strong! Shark adalah cerita lama.
Red pula adalah lembaran baru.

“Kalau cerita lama buat awak sedih, then lupakan. Kalau dia buat awak kecewa, then maafkan dia. Awak akan rasa lebih tenang. You can cry if you want to.” Pelukan Red dikemaskan lagi. Kepala Eva dibelai.

Dan beberapa ketika kemudian esakan Eva mula kedengaran. Wajahnya disembamkan ke dada Red. Pelukan Red dibalas, erat. Entah kenapa emo sangat malam ni. Tapi serius, Red kini mengingatkan dia dengan Shark. Risau juga Red mungkin jelmaan Shark yang mencarinya sebab mahu menuntut cerita lama.

Oh dear me, 
Again...please be strong!




SHARK terbatuk-batuk sambil mengipas asap yang berkepul-kepul di depan mata. Nashrah di sebelah siap pakai cermin mata hitam, apa motif serius tak tahu. Mungkin kononnya nak mengelak mata pedih terkena asap.

“Siapa punya idea nak panggang ayam malam-malam macam ni? Memang bijak.” Suara Shark tenggelam timbul. Rasa macam kena buli pun ada jugak, Nashrah suruh panggang ayam sejak sejam yang lalu. Kalau sedikit tak apa, ini memang boleh bagi makan satu kampung.

Best kan? Sekali-sekala barbeku belakang rumah.” Sedap Nashrah duduk di kerusi kecil tak jauh dari situ. Tak nak dekat sangat dengan Shark, dia tak nak kena asap yang mengalahkan pembakaran terbuka.

Best. Lagi-lagi kalau tak payah panggang dan duduk sambil makan kepak ayam yang dah masak kat situ.”

“Mulutttt....” Nashrah akhirnya ketawa. Sangat typical Shark. Kalau tak sarkastik memang bukan Shakir Jayden. Namun bila Shark mula membuka butang baju, Nashrah jadi panik.

“Shark, awak nak buat apa? Jangan macam-macam.” Nashrah bangun dari duduk. Agak-agaklah nak buat gaya seksi sekalipun. Kalau Shark buka baju kat belakang ni, serius dia akan pengsan.

“Awak dah kenapa? Kat sini panas macam hembusan nafas naga. Awak kalau tak fikir benda lain tak boleh?” Dahi Shark berkerut. Setakat buka dua butang baju teratas pun Nashrah dah gelabah. Cuba berdiri menghadap tempat panggang macam dia sekarang, tengok Nashrah tahan ke tak dengan bahang panas.

Nasrah tersengih. Lega doh!

“Ingatkan awak nak buat gaya seksi kat sini.” Selamba Nashrah menyakat.

Yeah, right. Pernah tengok orang posing kat depan asap seksi ke? Seriously, taste awak betul-betul luar alam.” Shark rasa macam nak ketawa. Kalau nak cakap seksi bila strip di bawah pancuran air atau hujan boleh terima lah. Ini...asap? Serius!

Pecah ketawa Nashrah. Kurang asam! Again...macam manalah Eva boleh tahan hidup dengan lelaki ni dulu.

“Babe, I’m home!”

Dua pasang mata itu berpaling pada suara yang menyapa.

Eva terkedu.

Shark terdiam.

Nashrah terasa macam nak sembunyi masuk gua. Matilah aku!



p/s : Siapa team Shark kita kira bintang malam ni. Siapa team Red kita cari bulan dan tengok lama-lama. Selamat Hari Raya once again!

3 comments: