Sunday, September 15, 2019

HITMAN II (BAB 3)






HUJAN renyai-renyai. Angin yang agak kuat dan langit pun dah semakin gelap. Tapi Aylin masih setia duduk di sisi kubur papa sejak berjam-jam yang lalu. Banyak yang dia kongsikan dengan papa.
Mana dia tinggal sekarang. Apa rancangan yang dia ada dalam kepala. Apa dia buat setakat ini. Berapa lama dia nak ambik cuti. Apa rancangan seterusnya. Sampai part dia rindukan Ferit pun dia cerita. Kalaulah papa boleh dengar setiap luahan hatinya. Sekarang dia cuma ada Jess. Menangis meraung membebel, Jess saja yang masih setia mendengar. 
Ferit? Oh rasanya Ferit pun memang tak tahan dengan dia. Buka mulut sikit Ferit kata dia cakap banyak. Dan sekarang hidup Ferit mesti dah aman semula sebab tak ada mulut bising yang sentiasa mengganggu ketenteraman Ferit.
“Papa, Aylin balik dulu. Nanti Aylin datang melawat lagi ya.” Waktu beginilah air mata senang sangat menitis. Kalau boleh dia nak berkampung di kubur papa. Sekurang-kurangnya dia rasa dekat dengan papa walaupun hakikatnya adalah vice versa. Dengan langkah yang berat dia meninggalkan kubur papa. Lagipun hujan dah semakin lebat.
“Aylin.”
Langkah kaki yang menuju ke tempat letak kereta terhenti. Tipu cakap kalau dia tak kenal suara yang memanggil atau buat-buat tak dengar. 
“Pergi mana?”
Aylin tak menjawab. Dia pandang muka selamba Ferit yang bersandar di bawah pokok tak jauh dari situ. Mohon itu hanyalah jelmaan jembalang yang berjambang dekat sini yang menyerupai Ferit, please. Namun bila Ferit mendekat dan tayang senyuman sinis, dia tahu dia tak berhalusinasi. Mana ada hantu yang pandai tersenyum sinis macam Ferit.
“You can never run from me, darling,” sambung Ferit. Dia berdiri betul-betul di hadapan Aylin.
Aylin terkaku. Tak tahu nak cakap apa. Agaknya kalau dia lari ke Jupiter pun Ferti masih akan dapat menjejakinya.
“I know I would find you here.” Ferit pandang wajah pucat Aylin. Nak tunggu Pug dengan Tyco cari di mana Aylin, agaknya tahun depan baru jumpa. Ini satu-satunya tempat yang dia belum cari dan tekaannya tepat. Aylin menghabiskan masa di kubur papanya.
“Kalau nak bunuh saya pun, please jangan bunuh dekat sini. Saya tak…”
Then awak nak dekat mana? Tempat pertama kali berjumpa atau tempat yang saya hampir bunuh awak?”

1. Traffic light di Jalan Austral tempat dia terlanggar kereta Aylin.
2. Di Bukit Botak tempat dia sepatutnya bunuh Aylin.

“I let you choose, Aylin.” Ferit masih menguji. Ikut hati dia nak peluk tubuh Aylin. Dia nak melepaskan rindu. Dia nak menghangatkan tubuh Aylin yang sudah mula basah kuyup dan kesejukan.
Aylin mengetap bibir. Air mata tolong jangan keluar. Dia menangis bukan sebab dia lemah, tapi dia kecewa dengan Ferit. Ferit datang ke sini pun bukan sebab rindu dia atau nak ajak dia balik bersama, tapi sebaliknya adalah sebab niat jahat Ferit.
“Patutnya tak payah bagi pilihan, awak bunuh aje terus.”
Ferit tersenyum nipis. Typical mulut Aylin, berani sangat menjawab. Dia merapatkan jarak mereka berdua. Lama dia pandang ke dalam anak mata Aylin. Yang dia nampak hanyalah takut dan sedih. Mata Aylin yang sembab dan bengkak macam bola ping pong tu bukti Aylin menangis banyak sangat.
“Jom, ikut saya.” Lengan Aylin ditarik menuju ke kereta. Dan seperti yang disangka, Aylin langsung tak melawan. Hanya sesekali Aylin mengaduh sakit, mungkin sebab cengkaman tangannya terlampau kuat. Tapi kalau nak dibandingkan sakit Aylin tu taklah seteruk sakit hatinya pada isteri sendiri.
“Selagi saya tak dapat jawapan yang saya nak, awak tak boleh pergi jauh.” Seraya itu tubuh Aylin ditolak masuk ke dalam kereta.
Then kereta Jess tu macam mana?”
“Nanti Pug hantar balik.”
Dum! Pintu kereta ditutup kasar. Aylin hanya mampu mengeluh. Lebih baik dia ikut cakap Ferit daripada dia melawan. Kalau tak dengar cakap, dekat sini juga Ferit bunuh dia.


********


JAY Jazley duduk di sofa menghadap tv yang terpasang tapi fikirannya ke lain. Tyco dan Pug yang dipanggilnya untuk datang berdiri tak jauh dari situ. Dia masih berkira-kira sama ada nak percayakan orang sendiri atau dia minta tolong orang luar aje terus. Pug dan Tyco boleh dipercayai berbanding K-On dulu atau mana-mana orangnya yang lain.
“Aylin lari ke mana?”
“Tak pasti, boss. Kami masih mencari.” Tyco menipu. Kalau Jay tahu, mati mereka berdua. Ya lah, mereka berdua lebih selesa bekerja dengan Ferit berbanding Jay. Ferit tu dah macam adik-beradik sendiri. Jay pulak macam Nazi yang tak kenal erti kemaafan dan kebaikan. Jadi kalau nak minta mereka berdua ‘betray’ Ferit memang taklah.
“Cari dia sampai dapat, kalau boleh sebelum Ferit jumpa dia. Jangan bagi Ferit tahu tentang hal ni.”
Tyco dan Pug hanya mengangguk konon faham dengan arahan Jay. Di dalam fikiran Pug dah fikir macam-macam. Dia dah berjanji akan tolong Aylin, dan dia bukan jenis yang mungkir janji. Jadi kalau mengharapkan dia untuk tikam Aylin dari belakang memang tak lah.
“Aku akan pastikan dia mati di tangan aku sendiri lepas ni.” Bergerak-gerak rahang Jay. Tangan menggepal penumbuk.
Aylin yang tak guna.
Aylin yang tak patut hidup dekat muka bumi ini.
Aylin yang tak sepatutnya kahwin dengan Ferit.
Aylin yang patut dibunuh lama dulu.
Pendek kata, Aylin berada di tangga teratas dalam senarai orang yang perlu dibunuh olehnya.
“Kalau Ferit yang jumpa dia dulu, macam mana….”
“Aku yakin Ferit akan bunuh dia terus.” Jay tersenyum nipis. Dia sangat yakin kali ini Ferit takkan teragak-agak macam dulu. Dah isteri pun cuba untuk membunuh bapa sendiri, takkan Ferit masih buta.
Pug terdiam. Rasa takut dan kasihan pada Aylin yang kini menjadi buruan semua orang.


**********

MATA Aylin melilau melihat rumah sederhana besar dan kawasan yang luas. Cantik sebab dikelilingi oleh tumbuhan hijau, tak tahu nak panggil apa. Hutan atau dusun. Namun bila terpandangkan bangunan yang tak jauh dari situ dan beberapa ekor kuda yang sedang dibersihkan oleh pekerja yang ada, dia dah dapat agak inilah ladang kuda yang Ferit maksudkan dulu.
“Tunggu apa lagi? Masuk.” Keras suara Ferit.
“Kenapa kita datang ke sini?” Aylin terpaksa menyaingi langkah laju Ferit.
“Don’t talk too much.”
Oh, lupa! Yang kat depan ni adalah Ferit, lelaki yang takkan menjawab soalan dan memilih untuk ‘selective hearing’. Baru seminggu tak berjumpa, what do you expect babe? Ferit berubah jadi gentleman? In your dream!
 Masuk ke dalam rumah itu, Aylin terpegun. Ruang yang berkonsepkan ‘open space’ dan menjadikan seluruh rumah tampak sangat luas. Di ruang rehat terdapat sofa panjang yang menghadap kolam renang di hadapan. Kalau nak terjun masuk berenang terus pun boleh, pintu lungsur dekat depan tu bila-bila boleh dibuka.
“Duduk dulu, jangan pergi mana-mana.”
Aylin melawan pandangan tajam Ferit. Mesti Ferit rindu nak mengarah macam-macam sepanjang dia tiada di sisi.
“Saya takkan lari, lari ke tak sama aje nasib jadi arwah lepas ni.”
Mulut! Ferit tarik nafas dalam. Ada jugak yang dia cium bawa naik sampai ke bintang ni nanti. Seketika kemudian dia muncul dengan tuala dan rope di tangan.
“Nah, tukar baju tu dulu. Nanti awak jatuh sakit.”
Pandangan Aylin bersilih ganti dengan wajah tanpa riak Ferit dan huluran tangan lelaki itu. Tipu cakap kalau dia tak tersentuh dengan layanan Ferit. Tak adalah layan dia macam tuan puteri siap dengan kata-kata manis, tapi sekurang-kurangnya Ferit masih mengambil berat tentang dia.
“Thank you.” Huluran tangan Ferit bersambut. Nak tunggu Ferit membalas ‘welcome’? Again, in your dream babe!
“Errr, mana saya nak tukar ni?”
“Here.”
“Huh? Sorry?”Aylin terkejut. Melihat Ferit berlalu menutup langsir di semua tingkap yang ada, Aylin tak terkata.
“Tunggu apa lagi? Tukarlah. Kalau tak saya tukarkan.” Ferit kembali mendekat dengan senyuman nipis.
This is worse than the bathroom in your apartment. Apakah puaka sangat perangai nak suruh orang tukar baju dekat ruang luas macam ni.”
“Banyak kompelin awak ni….” Tangan Ferit naik membuka butang baju Aylin. Dah lama tak ada orang yang menguji tahap kesabarannya yang dah sedia nipis ini. Baru berjaya membuka butang teratas, tangannya ditepis Aylin kasar.
Fine! Fine! Saya tukar!” Aylin terpaksa mengalah. Ferit pantang orang tak dengar cakap dia. Melawan sikit mulalah Ferit guna semua kuasa veto dekat dalam dunia ni. Agaknya Ferit ni memang kerabat Hitler.
“Pusinglah. Takkan awak nak tengok saya buka semua dekat sini.” Aylin mengetap bibir.
“Macam tak biasa. I’ve seen you naked millions of time.” Ferit kenyit mata. Dia hafal semua tahi lalat di badan Aylin, jadi tak payah acah-acah malu strip depan suami sendiri.
Oh my….mohon tangan jangan naik lempang muka Ferit yang tersenyum nipis sekarang ini. Dalam terpaksa, Aylin menukar pakaiannya. Badan pun dah semakin sejuk sebab habis pakaiannya basah kuyup. Anggap sajalah Ferit tak ada dekat depan ini, nak anggap Ferit tiang bendera pun boleh.
Yang dia tak tahu, jiwa lelaki Ferit bergelora hebat. Dah lama tak tengok pemandangan indah di depan mata. Seminggu tu kira lamalah kan? Ikut versi Ferit yang Aylin suka, dia nak cempung tubuh Aylin bawa masuk bilik terus. Tapi kalau ikut versi Ferit yang egonya tinggi melangit macam sekarang, dia biarkan saja Aylin kekok tahap petala.
Habis menukar pakaian, Aylin menjeling Ferit tajam.
“Yang ni letak mana?” Mata Aylin terarah pada pakaiannya yang basah di pegangan.
Tanpa kata, Ferit mencapai pakaian Aylin dan berlalu ke tandas yang terletak tak jauh dari ruang rehat. Damn tahap nak menyumpah seribu kali aje. Kalaulah dia tahu tandas ada dekat situ, tak adalah dia bodoh sangat ikut cakap Ferit dan strip macam pameran kupu-kupu dekat Red District di Amsterdam.
Lepas tu bila Ferit kembali semula, dia pandang aje Ferit yang sudah melabuhkan duduk. Dia pula mengambil tempat di hadapan. Ferit yang dia tengok kat depan ni sekarang adalah Ferit yang dia mula-mula kenal dulu. Beku siap dengan muka ketat dan tak berperasaan.
“Pergi mana selama ni?”
Suasana sunyi sepi. Masing-masing hanya saling berbalas pandangan tajam.
“Saya cari tak jumpa-jumpa. Awak duduk mana? Busut semut? Lubang cacing? Atau sarang tikus? Tiga tempat tu aje yang saya belum cari selama ni.”
Aylin menjeling tajam. Sarkastik gila macam tu lagilah dia tak nak jawab.
“Jawab, Aylin. Takkan baru seminggu tak jumpa awak dah jadi bisu.” Suara Ferit naik satu pitch. Dia benci nak jerit-jerit tapi terpaksa juga sebab Aylin masih berdiam diri.
“Saya duduk tempat lain.”
“Mana?”
“Tak payah tanyalah, tak penting.”
Ferit tarik nafas dalam. Sekali lagi Aylin mula menguji kesabaran yang nipis tahap gaban ni. Dia bangun dan menapak ke arah Aylin. Tubuhnya membongkok sedikit di hadapan Aylin, menyamakan paras wajah mereka berdua.
“Awak masih isteri saya, Aylin. Dah lupa?” Tangan naik membelai pipi mulus Aylin.
Aylin terdiam. Pandai Ferit menggunakan kelemahannya. Tubuh yang statik terasa tak mampu bergerak dan menjauh dari Ferit. Sinar mata lelaki itu biarpun hanya ada api kemarahan, tapi masih mampu membuatkan dia rasa sesak nafas.
“Kenapa awak tembak papa?”
Soalan itulah yang Aylin paling tak nak jawab. Dia mengalih pandang. Dia sanggup kena belasah sampai lunyai daripada buka mulut tentang Jay Jazley. Dia ada rancangannya sendiri dan dia tak nak Ferit jadi spoiler.
Beberapa ketika berlalu tanpa kata hingga akhirnya Ferit melepaskan keluhan berat. Kenapa degil sangat, Aylin? Susah sangat ke nak bagitahu dia?
“Your silence speaks a thousand words and I will find out.” Pipi Aylin ditepuk Ferit lembut sebelum dia berlalu menuju ke pintu.
“Mandi dalam bilik. You will like the bathroom door.” Sempat Ferit berpaling.
“Saya nak pakai apa?” Takkan nak pakai robe dengan tuala basah yang dekat atas kepala ni balik? Kalau dah tahu nak bagi dia mandi, kenapa tak suruh aje dari tadi? Geram pula Aylin.
“Baju saya kan ada.Tapi kalau awak tak pakai apa-apa pun saya okey aje.” Ferit tersenyum sinis. Baju dia semuanya berwarna gelap, warna yang Aylin paling tak suka.
Malas nak melayan, Aylin melangkah ke arah pintu bilik yang ditunjukkan oleh Ferit. Luas dan seperti biasa, hanya ada sebiji katil besar di situ. Nak harapkan ada perabot yang dinamakan sofa memang tak lah. Saat matanya terarah pada bilik mandi, Aylin hanya mampu mengetap bibir. Sebijik macam pintu bilik mandi di apartment Ferit!


 p/s : Pre-order HITMAN II akan dibuka pada 25 September 2019 nanti dah pengeposan adalah pada bulan Oktober. Untuk yang telah mendapatkan HITMAN setakat ini, terima kasih tak terhingga.  Rest well and till then, good night! 
















No comments:

Post a Comment