Friday, June 21, 2019

HITMAN (BAB 4)



BANGUN pagi itu, Ayin memisat matanya yang masih terasa berat. Macam tak percaya tengok Ferit sedang bertarung dengan punching bag di tengah-tengah ruang apartment. Awal gila Ferit bangun, matahari kat luar pun masih tak muncul lagi.

“Did I wake you up?” Ferit memandang sekilas.

“Is this your daily routine?”

Seperti biasa, Ferit takkan jawab soalan yang masuk kategori tak penting bagi lelaki itu. Aylin meraba pembaringan di sebelah. Cadar yang berkedut dan bantal yang tak teratur itu dipandangnya lama. Susah nak ‘brain’ awal pagi, tapi lama-lama dia ‘picked up’ jugak di mana lelaki itu tidur semalam. Syukurlah Ferit mengotakan janji, pakaian semalam masih tersarung elok di tubuh.

Dia bangun menuju ke dapur. Apartment ni kecik aje sebenarnya, studio apartment jadi apa nak expect. Dapur terletak di sebelah kiri katil, jadi kalau nak pergi minum air, setakat beberapa langkah dah sampai dapur. Lama juga dia berdiri memerhati ruang seluruh ruang dapur sebelum botol air di dalam peti sejuk dicapai. Maaflah otak lagging pagi-pagi.

“Awak memang tidur dengan earphone di telinga?”

Aylin mengangguk kepala. Air diteguk perlahan.

“Jangan buat macam tu lagi. Tak baik untuk kesihatan dan bahaya untuk diri sendiri.” Ferit masih bertarung dengan punching bag.

“Saya tak perlukan nasihat awak.”

“Then I assume you know better since you’re a doctor.” Gerakan tangan Ferit terhenti. Mata terarah pada Aylin yang duduk di meja makan.

“Semalam awak pergi mana?” Aylin bertanya. Dia tersedar bila Ferit keluar dari apartment. Tak perasan pulak pukul berapa sebab mata terasa berat untuk dibuka sepenuhnya. Bila Ferit kembali semula, lelaki itu dilihatnya berlalu ke bilik mandi. Sempat juga dia tengok ada luka di bahagian kiri abdomen Ferit. Tapi sebab dia kalah dengan penangan mata yang mengantuk, dia terlena semula sampai ke pagi.

Ferit tersenyum nipis dan langkah kaki diatur ke arah Aylin. Botol air di tangan gadis itu dicapai sebelum diteguknya.

“Jangan peduli tentang hal saya.”

“Mind if I look at your wound?”

Ferit masih dengan senyuman nipis. Aylin memang jenis yang persistent agaknya. Selain tak mendengar kata, Aylin jenis yang memaksa tapi dengan cara yang halus. Lama matanya berbalas pandang dengan mata bulat Aylin. Nak tak nak, dia selak singlet yang dipakai.

Dengan perlahan-lahan Aylin membuka bandage yang menutupi bahagian luka Ferit. Berkerut dahinya tatkala terpandangkan luka yang masih berdarah sedikit.

“Ferit, you need a few stitches…”

“Luka kecik, nanti-nanti okeylah.” Ferit menepis perlahan tangan Aylin.

“Tapi luka awak….”

“Saya bukan pesakit awak.”

Seriously? Selamba ayam jawab macam tu? Aylin menggeleng kepala. Tak boleh hadam perangai Ferit. Mungkin betullah cakap Ferit, dia tak patut sibuk hal lelaki itu.

“Awak bunuh siapa semalam?”

“Wow, soalan!” Ferit kagum dengan soalan berani mati Aylin. Selama ini tak pernah ada yang tanya begitu padanya.

“Ya lah, takkan keluar aje terus kena tikam macam ni. Awak mesti buat hal dengan orang lain kan?” Aylin berpeluk tubuh. Tak tahulah pergi bergaduh ke, pergi bunuh orang ke…yang dia risaukan sebenarnya adalah luka Ferit. Kalau tak dirawat, lambatlah sembuhnya. Kalau tak dijaga dengan baik lagilah, jangkitan kuman bukan boleh dibuat main-main.

“Nanti Pug temankan awak pergi rumah, ambik apa yang patut aje. Jangan angkut satu almari. Apartment ni tak ada ruang lebih untuk pakaian awak.”

Ferit berdiri dan singlet di tubuh dibuka, sekaligus menampakkan susuk tubuhnya yang boleh membuatkan Aylin juling tak berpijak di bumi nyata. Soalan Aylin, dia biarkan dibawa angin lalu. Tak penting, jadi tak payahlah jawab. Makin rimas pula Aylin tanya macam-macam. Mungkin mulut tu memang tak reti diam.

“What does that red ribbon mean?” Ferit yang baru berjalan beberapa langkah berpaling semula.

You…awak…you…awak….”

“Saya tak buat apa-apa. Baju awak terselak sendiri.” Ferit tersenyum nipis. Tatu yang berbentuk ribbon merah itu ada di sebelah kiri belakang pinggang Aylin.

Merah wajah Aylin menahan geram. Entah apa lagi yang Feirt tengok di celah tubuhnya. Tapi kira okeylah sebab dia tak diapa-apakan. Malah suara kecil di dalam hatinya semalam mempercayai lelaki itu 100%.

Mind your own business. Ribbon tu tak ada kaitan dengan awak.” Malas Aylin melayan. Dia bangun membuang botol kosong ke dalam tong sampah. Masih awal lagi ni, nak tidur pun dah tak dapat. Agak-agak kalau dia minta izin untuk pergi berjogging di bawah nanti, Ferit bagi tak?

“Ferit, saya nak keluar jogging kejap boleh?” Hentam ajelah walau kasut sukan dan pakaian sukan tak ada.

“No. Just punch that bag until you sweat.” Jari telunjuk Ferit terarah pada punching bag.
Mangkuk punya lelaki. Aylin merengus.

“I wish I can punch you.” I wish! I really wish!

 **********

JANGAN keluar sorang-sorang.
Jangan jawab nombor telefon yang awak tak kenal.

Aylin melepaskan keluhan. Satu-persatu pesanan Ferit di memo kecil yang dilekatkan di pintu peti sejuk dibacanya. Tak ubah macam di penjara walaupun dia tak pernah merasa hidup di penjara. Dalam erti kata lain, apa yang dia buat semua mesti mendapat kebenaran dari lelaki itu.

Duduk bersila menghadap tingkap kaca yang luas di hadapan, dia browse di dalam telefon bimbit. Mencari semuanya tentang Ferit Joe. Sebelum ni, mana pernah dia kenal siapa lelaki itu. Setakat Jay Jazley, bapa Ferit dia kenallah sebab memang selalu datang ke hospital untuk menyumbangkan derma kepada yang memerlukan.

Itu cerita dulu, babe. Sebelum dia tahu wajah sebenar Jay Jazley. Di dalam kebaikan rupanya lelaki itu berpura-pura. Dia yang malang inilah yang menjadi mangsa keadaan sebab dia tahu kegiatan jahat Jay Jazley secara tak sengaja.

Bila dia fikir semula, dia tak hairan kalau Jay Jazley yang arahkan Ferit untuk membunuhnya. Ferit pula menjadi penyelamat dengan syarat dia mesti berkahwin dengan lelaki itu.

Fuh! Aylin menggeleng kepala. Hebat teori dia. Kalau betullah semua itu, tak tahu dia nak ucapkan terima kasih pada Ferit atau sumpah aje Ferit jadi batu belah batu betangkup di hujung sungai.

Ferit Joe. Anak usahawan berjaya.
Heir of million dollar business - Ferit Joe.
Ferit Joe : Success. Rich. Hottest bachelor.
Ferit Joe menamatkan zaman bujang.

Haish! Itu saja headlines yang dia dapat tentang Ferit. Ada lah jugak dia baca sekerat dua perenggan untuk setiap berita, tapi lepas tu dia skip sampai habis. Terus terang cakap, kalau dia adalah orang lain di luar sana pasti dia pun tertipu sebab tertanam dalam otak yang Ferit adalah orang yang baik-baik. Tapi hakikatnya….

Ting!

Panjang umur Ferit. Pesanan yang dikirimkan lelaki itu dibacanya.

Bersiap. Pug akan datang ambik awak.

Seperti biasa, ayat Ferit adalah lebih kepada mengarah. Pendek saja jawapan Aylin, setakat taip ‘OK’ tu kira okeylah daripada dia buat tak layan dan langsung tak menjawab mesej Ferit.

Telefon diletakkan di atas lantai. Dia menukar posisi memeluk lutut dan masih menghadap pemandangan di hadapan. Otak mula ligat berfikir, apa lagi cara yang dia ada untuk lari dari Ferit? Mampukah dia terlepas tanpa dibunuh atau beginikah keadaannya sepanjang hayat selepas ini?


p/s : Saya akan buka pre order untuk HITMAN tak lama lagi. Kalau tak ada aral melintang, saya buka dalam minggu hadapan :) Naskhah kali ini adalah print on demand dan hanya dijual online sahaja. Till then, hugs!