Friday, June 23, 2017

Di Antara Semua Bintang (BAB 8)

BAB 8




Serai.
Cili padi.
Limau kasturi.
Sesar.
Ikan bilis.

Terkumat-kamit mulut Nashrah mengulangi lima benda penting itu untuk entah kali yang keberapa. Kalau terlupa satu dua mengamuk pula Eva.  Nak buat sambal belacan kena ada semua tu. Nanti nak panggang kepak ayam sekali di belakang rumah bersempena meraikan Eva bekerja di tempat baru. 

Nashrah berlalu ke arah bahagian sayur-sayuran. Sebelum pulang ke rumah dah biasa singgah di Giant Seksyen 13. Mudah. Cepat. Convenient untuk orang yang rushing macam dia dan Eva. 

"Ha! Limau kasturi!" Laju tangan mencapai bungkusan kecil limau kasturi di situ. Pokok limau di belakang rumah sewa tu entah bila baru nak berbuah.

Bila Nashrah berpaling ke belakang, tubuh yang dilanggar buat dia sendiri hampir terjelepuk jatuh. Nasib baik dia dapat mengimbangi badan sendiri.

"Sorry!" Nashrah mengangkat muka dan untuk ke sekian kalinya dia terkejut tahap tak tahu nak cakap apa.

Shit!
Damn!
Matilah aku!
Tak balik lah aku malam ni!

Tubuh statik di situ melihat wajah yang cukup dikenali. Shark! 

Ulang balik. Shark! Walaupun dah berkurun tak jumpa lelaki yang pernah menjadi pujaan hati Eva ini, tapi wajah Shark memang takkan dapat dilupuskan dari ingatan. 

"Hai." Shark beriak selamba.

"Hai...Shark." Terasa air liur Nashrah macam tersekat di hujung tekak bila sebut nama Shark. Agaknya inilah padah selalu sanga sebut nama Shark akhir-akhir ini, dan hari ini elok aje tubuh Shark terpacak di hadapan. Memang panjanglah umur awak Shark.

Seriously? Dalam banyak-banyak hari dan tempat, waktu macam ni dan di sini jugalah dia boleh terserempak dengan Shark. Oh, rasanya ini buka kes terserempak. Ini mesti kes dia diekori dari belakang semata-mata sebab nak menjejaki Eva. Orang macam Shark boleh buat apa saja. Banyak mata. Banyak konco-konco. Seram gila!

"Mana Eva?" 

Ah, dia dah mula. Siapa lagi yang Shark cari kalau bukan Eva. Baru saja Eva berhajat nak mulakan hidup baru di tempat kerja baru. 

"Kerja. Awak buat apa kat sini? "

"Beli barang macam awak juga." Shark menarik lengan Nashrah ke tepi sedikit, memberikan laluan pengunjung lain di situ. 

Yeah, bernas sungguh jawapan Shark. Sejak bila pandai datang beli barang kat tempat macam ni. Dulu kalau bukan sebab Eva yang paksa Shark takkan pernah membeli barangan dapur.

"Eva mana?" 

"Tu bukan hal awak, Shark. Lupakan dia. Dia nak mulakan hidup baru." Nashrah cuba menarik lengannya dari pegangan Shark tapi gagal. 

"Saya nak tahu kenapa dia tinggalkan saya. And I'm sure she can’t forget me as well. Not as easy as what you think." 

Dua tahun dia menjejaki Eva. Dan bila sudah berjaya dijejaki, berita yang Jay sampaikan padanya bukanlah apa yang dia harapkan.

Eva berhenti kerja. Sekarang dia kerja dengan Red. 

Dua ayat itu buat harapan Shark hampir musnah sepenuhnya. Begitu mudah pula Eva berpaling dan mendapat pengganti. Yang dia pula setiap hari menahan rasa rindu yang semakin hari semakin menebal. 

"Jom balik. Saya nak jumpa Eva." Lengan Nashrah masih dipaut kemas. Bakul yang dipegang Nashrah juga beralih tangan. Nashrah rasa macam nak pengsan. ‘Jom balik’ as in balik ke rumah sewa mereka atau ke rumah Shark yang kat atas bukit tu?

"Shark. Jangan paksa boleh tak." Nashrah mengetap bibir. Dia terpaksa mengekori langkah kaki Shark yang panjang nak mampuih. Agaklah, dia yang rendah ni langkah kaki memang dah sedia kecik.

"Saya tak paksa. Saya ajak balik rumah." Shark senyum. Apa nak takut, Nashrah takkan menjerit meminta tolong di tengah pasaraya macam ni. Nashrah tahu dia jenis yang macam mana. Selain menjulang ego yang tinggi, dia takkan berkompromi untuk melepaskan lengan Nashrah dan pergi begitu saja.

“Tolong bayar semua sekali,” Nashrah berkata selamba sebaik  saja mereka berdua sampai di kaunter. Bakul diletakkan Shark di atas kaunter. Bila Shark pandang dengan wajah tak puas hati, Nashrah menjungkitkan bahu.
           
“Awak kan ikut saya balik rumah. Friends with benefits, remember?” Nashrah tersenyum.

Shark tersenyum sinis. Pandai Nashrah mengambil kesempatan. Tak kisah sangat pun sebenarnya, demi Eva dia tutup sebelah mata dan menurut saja permintaan Nashrah. Baru saja dia nak membayar jumlah yang tertera di mesin wang, Nashrah meletakkan satu botol besar Tropicana Twister di kaunter.

“Kira yang ni sekali ya.” Nashrah tersenyum pada pekerja di hadapan sebelum pandangan beralih pada Shark di sebelah.
           
“What? It’s just a bottle of juice.” Senyuman Nashrah masih lebar macam tadi.
           
“Seriously. Girls are really smart.” Shark hanya mampu menggelengkan kepala.






Tok! Tok! Tok! 

Mata Shark tak lepas memandang Nashrah yang gigih menumbuk bawang dan cili sampai keluar air mata. Nak buat sambal ikan bilis siap dengan cili lebih 10 biji. Saja nak kenakan dia dalam dia sebab dia memang tak boleh makan pedas. 

"Tengok aje kat situ buat apa? Tolong peram ayam tu boleh tak?" Mata Nashrah dah semakin berair. Seram juga bila Shark ada di sini. Walaupun dia pandang Shark sekilas, tapi pandangan mata lelaki itu sudah cukup buat jantungnya berubah tempo. Tapi bukan sebab jatuh cinta atau cinta bergolek atau yang sewaktu dengannya. Shark ada aura ketua tycoon, yang boleh buat dia rasa gerun. 

Shark berdehem. Tengok kena tegur, duduk diam kena tegur, tak buat apa-apa pun kena tegur. Dia mencapai kepak ayam yang masih di dalam plastik. Dibawa ke sinki dan dicuci satu persatu.

"Dah berapa lama tinggal sini?"

Ah, dia dah mula sesi soal jawab macam abang polis. Nashrah sempat berkira-kira nak menipu ke tak.

"Dah dua tahun. Sejak awak dan Eva berpisah." Tak sampai hati pula nak menipu. Bukan Shark pernah buat salah atau marah dia sepanjang dia kenal Shark.

"I did not decide on that. Dia yang pilih jalan tu." Suara Shark tegang. Dia tak pernah terfikir akan kehilangan Eva di dalam hidup. Pertelingkahan di antara mereka berdua cuma perkara kecil saja, sikit pun dia tak ambil serius. Tapi Eva pergi sampai tak kembali sampai sekarang.

Fine, sensitif gila hati jambu sorang ni. Nashrah sempat menjeling sekilas. Tengah cuci kepak ayam macam tu pun masih kacak. Patutlah Eva susah nak lupakan lelaki yang pernah menyelamatkan dia satu masa dulu.

"Then dia kerja mana?" Shark bertanyakan soalan yang dia dah sedia tahu jawapannya. Berapa kilo kepak ayam yang dia sedang cuci. Tapi banyak gila untuk dua orang. Perut Eva dan Nashrah kadang-kadang tak boleh diagak, bab makan mengalahkan nafsu ular sawa.

"Autoposh. Sampai sekarang." 

"Pemebetulan, sekarang dia kerja dengan F.J Holdings."

Eeee...dia mula lagi. Nashrah malas nak komen lebih. Kalau dengan Shark memang susah nak berahsia. Dan kalau dah tahu jawapan, apa faedah nak bertanya padanya. Abuden!

"Boss baru dia offer gaji yang lebih bagus. Lagipun dia kat Autoposh gaji tak tinggi mana. Sales pun tak bagus sangat." Nashrah menjawab bagi pihak Eva. 

Meninggalkan Autoposh adalah keputusan yang Eva pilih dan mungkin jalan terbaik. Eva dah fikir panjang. Tambah tolak darab bahagi semua kemungkinan yang ada, sebab tu Eva mencuba di tempat baru. Mana tau rezeki lebih murah di F.J. Holdings.

"I can offer her better than that. Tak payah kerja pun tak apa." Shark masih mencuci kepak ayam satu persatu di sinki. Kalau dengan dia, hidup Eva akan jauh lebih bagus daripada sekarang. Eva dan Nashrah takkan tinggal di rumah sewa yang kecil ni. 

Urgh...dia mula lagi sekali. Nashrah tak tahu nak komen apa. 

            “She is trying to make a living, Shark.”

            Shark tersenyum sinis. “Trying to  make a living? Even after I gave everything to her?”
           
            Sayang. Cinta. Bahagia. Dia berikan semua pada Eva. Tapi angin tak ada, ribut tak ada. Eva tinggalkan dia begitu saja. Dia mengharap agar Eva kembali semula padanya. Tapi sampai ke sudah batang hidung Eva tak muncul-muncul hinggakan dia terpaksa menjejaki sendiri.

            Lesung batu ditolak Nashrah ke tepi. Dia pandang Shark sekilas. Kasihan juga sebenarnya tengok Shark. Di dalam wajah Shark yang serius dan sebijik samseng, terselit riak sedih jejaka itu.

            “Shark, how was your life when she first left you?”

            “Sucks. Even until now.”  Shark mencapai botol sos tiram di dalam peti sejuk. Lada merah. Cayenne. Semua dicampur sekali dengan kepak ayam.
           
            Alahai...Nashrah tak sampai hati nak bertanya lebih. Silap hari bulan mata dia pula yang banjir dengar luahan hati Shark. Suasana diam di antara mereka berdua.

            “Nah. Siap. Lepas ni panggang.” Bekas plastik sederhana besar yang penuh dengan kepak ayam diletakkan di sebelah Nashrah.

            “Sorry, tepi sikit. Tak nak pindah keluar dari sini ke? Susah nak memasak kalau dapur comel macam ni.” Shark menolak perlahan tubuh Nashrah yang berlaga dengan bahunya. Tin Cola kecil di dalam peti sejuk dicapai.

            Nashrah mencebik. Aku tahu lah rumah agam kau kat atas bukit puaka tu besar. Saiz biik stor pun jauh lebih besar dari dapur rumah ni. Sambal yang sudah siap ditumbuk dimasukkan ke dalam pinggan kecil.

            “Then apa plan awak sekarang?” Nashrah mencelur kacang benji ke dalam air panas. Serius kecur air liur bia terbayang makan kacang bendi dengan sambal belacan.

            “Get her back to me.”

            Habislah! Nashrah tak nak komen banyak. Nampak gaya Red terpaksa bertarung nyawa dengan Shark untuk berebutkan Eva. Tak dapat dibayangkan macam mana reaksi Eva bila balik nanti. Pengsan kot tengok tubuh Shark sihat walafiat kat dalam rumah ni.

            “Let me tell you a story. Nak dengar tak?” Shark bersandar di kabinet dapur. Menghadap Nashrah yang kini turut berdiri di hadapannya. Bayangkan betapa kecilnya dapur rumah ni, jarak di antara dan Nasrah hanya beberapa kaki saja.

            “Cerita pasal apa? Kalau cerita hantu saya tak nak dengar.” Malas nak dengar sebenarnya tapi kalau berterus-terang kata tak nak, nanti muka hensem kat depan ni bertukar asam pulak.

            “Muka saya macam excited nak bercerita hantu ke?”

            Oh, please lah jangan sampai aku hempuk mamat ni dengan tudung periuk. Shark suka sangat keluar dengan ayat sarkastik. Entah macam mana Eva boleh tahan hidup selama enam tahun dengan spesis dari Marikh ni.

            “Eva selalu balik rumah pukul berapa?” Shark kerling jam di tangan.

            “Entah. Hari ni kan hari pertama kerja kat tempat baru. Kalau zaman masih bekerja di Autoposh, waktu sekarang kami dah memang ada kat rumah.”

            “Telefon dia boleh tak, tanya dia kat mana?” Shark tak sedap hati bila jam sudah pukul lapan malam.

            “Ala, Eva okey punya. Dia takkan sesat. Dia takkan kena culik. Tak ada orang yang akan berani buat semua tu.” Nashrah yakin tahap petala. Dia tahu Eva jenis yang macam mana. Kalau beg perempuan biasanya penuh dengan barang solekan. Gincu. Compact powder. Eye shadow. And the list goes on!

            Tapi Eva? Dalam beg Eva lain daripada yang lain. Pisau lipat. Pepper spray. Jarum siap dengan syringe sekali, walaupun dia tak tahu apa motif bawa senjata pelik macam tu. Kalau lah pistol boleh dibeli macam kita beli lesung batu, dah lama senjata api begitu diusung Eva ke mana-mana.

            “Nash.” Shark memicit dahinya.

            Oh, tidak. Did I just step on his tail? Nashrah menelan liur.

Shark mengeluh panjang. Siap picit dahi walaupun kepala tak pening. Lepas tu bercekak pinggang dengan pandangan macam nak makan orang, Nashrah tahu Shark dah mula bengang.

            “Janganlah angin. Saya cakap yang betul. She will be fine. Kejap lagi dia baliklah tu.” Nashrah tersenyum sumbing. Harap-harap sejuk hati Shark tengok senyuman yang tak ikhlas ni.

            “Tak kata nak cerita. What’s the story about?” Nashrah divert topik lain.

            “Call Eva sekarang. Tanya dia kat mana. Kalau tak saya suruh Jay cari.” Shark berwajah serius. Dia risaukan Eva sebab sampai sekarang tak nampak batang hidung, Nashrah pula bersikap selamba. Nak kata tak sayang kawan, Nashrah dan Eva umpama kawan baik sampai ke sudah.

            Fine, aku kalah! Nashrah keluar mencapai telefon di kabinet tv.

            “Call sekarang, Nash. I’m waiting.”

            Nashrah menjeling geram. Shark siap berdiri di belakangnya semata-mata nak pastikan yang dia menghubucngi Eva. Eva....macam manalah kau boleh jatuh cinta dan hidup dengan spesis dari planet lain ni...lebih spesifik lagi, spesis dari Marikh.  


            


p/s : Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya pada yang merayakan. Yang balik kampung, have a safe journey. Kita jumpa lagi minggu hadapan. Love loads! 


Monday, June 19, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG (BAB 7)




“JANGANLAH sedih. Bukannya aku pindah rumah pun.” Eva membetulkan suit di tubuh.
Suit? Ya, suit yang teramatlah jarang dipakai sepanjang hidup. Selama bekerja di Autoposh, paling ’common’ pun pakai baju company yang berwarna kelabu itu dengan seluar slack hitam. Kalau mood nak bergaya sikit, dia padankan dengan skirt pendek paras atas lutut.

Hari ini hari pertama bekerja di tempat Red. Syarikat yang berurusan dengan peralatan yang berkaitan dengan minyak dan gas. Serius masih tak faham dan tak ada idea langsung. Tapi dia tak takut untuk mencuba pengalaman baru. Dia pasti akan rindukan suasana yang sentiasa happening dan rileks di Autoposh.

Life must move on, ladies! So does yours! 

“Ya lah. Lepas ni siapa nak temankan aku makan. Siapa nak car pool dengan aku. Siapa nak bising pasal customer yang banyak songeh. Siapa yang nak temankan aku stay dekat showroom dengan orang bank.” Nashrah bernada sedih. Seronok bekerja dengan Eva. Satu kepala. sehati sejiwa. Apa saja yang mereka berdua lakukan semuanya pasti bersama.

“Bila kau dah tak ada macam ni, bosanlah aku. Kat showroom pun takkan happening macam dulu,” sambung Nashrah.

Jangankan dia, dengan bos besar sekali down bila Eva berhenti kerja. Tony macam sedih memanjang, kalah-kalah muka mereka berdua yang jatuh sales macam bulan lepas.

“Alaaaaa itu pun nak drama. Balik rumah kan ada aku. Again, aku ulang untuk kali yang ke enam puluh lima. Bukannya aku pindah rumah pun.” Eva berpaling menghadap Nashrah. Rasa nak tergelak tengok muka Nashrah yang buat-buat sedih.

“Nanti cerita kat aku apa yang best  sangat tempat baru. Manalah tau aku pun nak tukar tempat kerja.” Nashrah tersengih. Again...kerja dengan Eva memang best!

Eva tergelak. “Janganlah wei. Nanti makin Tony sedih.”

“Dia sedih masa kau tak ada je. Dengan aku dia tak ada feeling.”

Then Karim macam mana?”

“Choiiiii.... Mamat tu lagi.” Nashrah berlalu keluar dari bilik Eva. Dah agak dah. Kalau ada senarai calon suami pilihan, Eva pasti meletakkan nama Karim di tangga teratas untuknya.

Eva semakin galak ketawa. Nashrah allergik kalau dengar nama Karim disebut. Mula-mula memanglah menyampah, lama-lama nanti hati pandai terpaut. Dia mengamati dirinya di sebalik cermin. Biru. Haih...dia tak ada blazer warna lain. Yang ada cuma blazer warna biru tua ni saja. Dia beli empat tahun yang lalu. Itu pun sebab Shark yang paksa. Part mana relevannya dia tak faham. Kalau pakai dress formal atau blouse kerja tu pun nampak okey apa kalau ada mesyuarat formal. Dan yang paling epic, semua suit yang dibeli berwarna biru tua. Alasan? Sebab itu adalah warna kegemaran Shark.

Biru itu indah....
Biru itu cantik...
Biru itu dia!

Babe, teringatkan dia lagi?”

Eva tersedar semula dari kenangan lama. Wajah Nashrah yang muncul semula di sebalik pintu bilik dipandang dari cermin.

“Ehem. Okey tak pakaian aku ni? Nanti overdress buat malu pulak.” Eva mengelak. Dia berpaling menghadap Nashrah. Cuba untuk tersenyum. Argh, senyuman terasa kelat!

“Urgh, I hope Red will help you to forget him. This time try to forget him for good.” Nashrah risau kalau Eva masih terkenangkan cerita lama.

Memang susah untuk dilupakan. Nak dibuang dari kotak memori lagilah susah. Kalau kepala Eva dihentak dengan lesung batu kat rumah ni pun bleum tentu nama Shark hilang dari ingatan.
Eva terdiam. How I wish, dear Nash! Susah, sangat susah!





“SELAMAT pagi, Cik Eva. This way please.

Eva membalas senyuman gadis yang memperkenalkan diri sebagai Murni di hadapan. Senyuman Murni taklah seikhlas mana, macam senyuman plastik. Dia mengekori dari belakang. Sempat mata menjeling pakaian Murni dari atas sampai ke bawah. Serius dia rasa pakaiannya jauh lebih sopan. Murni siap pakai blouse ketat yang menampakkan aset di dada. Skirt, fuh...ketat mengalahkan swimming suit.

Sampai di bilik paling hujung, pintu kayu bercorak abstrak itu dibuka. Mata Eva terpana melihat keadaan sekeliling. Luas. Simple. Cosy. Cantik.

“Boss, she’s here.” Murni menjeling Eva sekilas.

Oh hati dan perasaan, sila  bersabar. Dapat dirasakan aura yang tak elok dari Murni. Pasti Murni takkan selesa dengan orang baru macam dia di dalam pejabat ini.

Thanks. Tutup pintu. Jangan masuk kalau saya tak suruh masuk.” Red yang bersandar di tingkap kaca tersenyum pada Eva.

Bintang dah datang!

Tup. Pintu ditutup dari luar. Eva tersenyum. Alahai jantung...kenapa tak sekata bila pandangan Red tertumpu padanya. Detak jantung berubah semakin laju bila Red mengatur langkah ke arahnya dan kini betul-betul dihadapannya. Red tunduk sedikit hingga jarak wjaah mereka berdua hanya beberapa inci saja.

Klik!

Tangan kiri Red menekan tombol pintu di belakang Eva. Dia mengukir senyum. “Welcome to your new workplace.”

Eheks....serius ingatkan Red nak cium wajahnya yang sudah berubah merah tapi masih cuba untuk berlagak selamba. Perasan tahap ulat bulu! Alergik sikit kalau lelaki rapat begini. Semua akan mengingatkannya tentang Shark.

“Cantik pejabat awak.” Eva berjalan mengamati setiap pelusuk bilik. Dinding kaca di hadapan buat dia terpegun. Siap dengan pemandangan Menara Berkembar yang tampak gah dan menjadi kebanggaan Malaysia.

“Luas yang teramat luas,” kata Eva lagi. set sofa berwarna hitam tak jauh dari situ dipandang sekilas.

Susunan meja sederhana besar yang membelakangi dinding kaca. Di dinding pula tergantung ayat yang menarik perhatiannya.

‘You only live once. So just do whatever you want.’ 

Suasana di dalam bilik ini mengingatkan dia tentang seseorang. Haih...Shark lagi! Aura Shark terlalu kuat.

“Lain kali awak pindah masuk meja awak kat sini. Duduk dengan saya. I can never get bored seeing you all day long.” Red senyum. Dia berlalu ke sudut bilik dan kembali semula dengan dua gelas cawan. Dihulurkan pada Eva yang sudah mengambil tempat di kerusi di hadapan mejanya.

“Thanks.” Eva menyambut huluran.

“Tapi saya tak minum kopi.”

Red tergelak. Damn! Patut tanya Eva awal-awal nak minum kopi atau teh.

“Cuba sikit. Tu kopi saya bawak dari jauh.” Red menghirup Segafredo dari cawan. Macam manalah Eva boleh tahan hidup tanpa kopi.

Eva tersenyum nipis. Orang dah hulurkan, takkan nak ditolak. Tak manis pula kalau tak dihirup. Dia cuba juga.

Mak aiiiii kopi dari muka bumi celah mana ni? Pahit! Serius nak buat-buat muka yang cool menahan rasa pahit pun fail. Dia tak tahu nak bereaksi macam mana bila Red sudah ketawa.

“Pahit. Tapi sedap kan?”

Oh please lah! Kalau dah nama pun pahit, celah mana lagi yang sedap? Eva meletakkan cawan di atas meja. Lepas ni dia takkan minum kopi untuk lima tahun akan datang. Dia bersandar dan kaki kanan disilang di atas paha kiri. Pandangan Red yang bersandar di atas meja menghadapnya dibalas.

So apa skop kerja saya?” Macam pelik aje soalan luar alam tu. Orang tanya soalan macam tu  sebelum datang kerja. Fahami dulu skop kerja, lepas tu datang untuk temuduga. Tapi dia lain kes, main redah aje lepas tu terus kerja.

“Kerja awak senang. Ikut saya ke mana saya pergi.”

“Sorry?” Kening Eva terangkat sebelah. Tangan disilangkan di dada. Otak berfikir mencari nama pekerjaan yang sesuai dengan skop yang dimaksudkan oleh Red.

Setiausaha?
Personal assistant? 
Escort girl? 

Kalau escort girl, mungkin dia angkat bendera putih sedia. Tak mahu wei! Kalau Nashrah tahu mesti Nashrah gelak sampai bergolek atas lantai.

“Awak temankan saya ke mana saja saya pergi. Termasuk outstation. Basically you just have to follow me around. Buat apa yang saya suruh. And you will get the highest pay that you want.” Red bersuara tenang.

Apa yang Shark cakapkan tempoh hari adalah betul. Kat syarikat ni mana ada jawatan kosong. Tapi dia tawarkan post yang memang tak wujud untuk Eva supaya Eva dekat dengannya. Kalau Eva jadi PA, Murni kat luar tu nak letak kat mana? Bila dia maklumkan yang Eva akan mula bekerja hari ini pun Murni dah tayang muka kelat.

“Skop kerja apa ni? So indirectly you’re telling me that I will do whatever you want.” Eva menduga. Lain macam pula pandangan Red padanya. Pandang dari atas sampai bawah. Pandangan mata helang mampu mencairkan hati wanita yang tak kuat tahap iman macam dia.

Red menghamburkan tawa. Dia masih bersikap tenang bila Eva bangun dan berdiri di hadapannya. Jarak yang terlalu dekat hingga hembusan nafas Eva menggetarkan jiwa lelakinya. Siap dengan senyuman Eva yang manis buat dia jadi tak keruan.

You have the best job in the world, Eva. Tak payah sibuk dengan paperwork. Just temankan saya.”

“I’m fine with it. As long as I get the pay that I want.” Eva masih dengan senyuman. Alang-alang dah masuk ke dalam ‘mulut’ Red, dia turutkan saja. Mengikuti rentak Red yang dia sendiri tak pasti. Kalau Red ajak jalan lurus, dia akan ikut. Tapi kalau jalan Red pun bengkok macam Shark, dia akan pastikan yang dia tak terjebak untuk kali kedua.

“Awak akan dapat apa saja yang awak nak. Asalkan awak sentiasa bersama saya.” Tangan kanan Red naik membetulkan rambut Eva yang berjuntai di dahi.

Cantik! Serius cantik! Haruman yang dipakai Eva buat dia hampir ‘terbabas’. Nasib baik setakat belai rambut. Kalau ikut naluri lelakinya dah lama tubuh Eva longlai.

Eva tergelak. Strike one! Skin ship di antara mereka berdua baru bermula. Red mampu menggetarkan jiwanya. Tali leher Red yang bercorak garang itu disentuh. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Red.

“Saya tak kisah. Asalkan tak ada siapa yang kecewa atau terluka. Win-win situation, fair and square or whatever shit you like to call it.

Eva tak mahu ada yang kecewa.

Dia tak mahu kesilapan kali kedua macam dulu.

“Jangan risau. Saya bukan jenis yang lepas pakai buang tepi lantai. Awak akan selamat kalau dengan saya.”

Eva pandang ke dalam anak mata Red. Wujud perasaan percaya pada Red. Sinar mata lelaki itu tampak jujur. Aura lelaki itu terasa mendamaikan. Dan semua itu mengingatkan dia tentang cinta lama.

Shark....




JAY menghembuskan asap rokok. Parah benar tengok gaya Shark sekarang ini. Dari tadi petik gitar, melalak menyanyi bermacam-macam lagu dan semua lagu yang dinyanyikan adalah yang emo dan layan blues.

Well I found a woman, stronger than anyone I know,
She shares my dreams, I hope that someday I’ll share her home,
I found a love, to carry more than just my secrets,
To carry love, to carry children of our own... 

Gila parah! Jay tak tahu nak bertepuk tangan atau sambung saja merokok. Emo habis Shark malam ini. Tak pernah-pernah menyanyi lagu Ed Sheeran. Siap hafal lirik kot, dari awal sampai akhir perfecto aje lirik!

Bro, kau okey tak ni?” Jay akhirnya bersuara bila Shark habis menyanyi. Lepas ni entah lagu apa yang akan dinyanyikan. Shark kini sedang mencari key yang sesuai untuk lagu seterusnya.

“Tak okey.” Suara Shark perlahan tapi masih mampu didengari Jay.

“Luahkan aje, bro. Risau aku tengok kalau kau menyanyi macam ni.”

Shark melepaskan keluhan. Gitar disandarkan di tepi kerusi. Rokok dicapai sebatang dan dinyalakan. Dia berdiri menghadap kolam renang.

“Aku rindu Eva.”

Okey...makin parah! Part ni Jay betul-betul tak tahu macam mana nak tolong Shark. Cinta Shark pada Eva boleh mengalahkan cinta Romeo pada Juliet.

Chill, bro. Kau nak aku bawak dia jumpa kau?” Jay berdiri di sebelah Shark. Tak pasti betul ke tak, tapi di sebalik samar-samar cahaya mata Shark tampak berair.

Shark tersenyum nipis dan geleng kepala. Berkepul-kepul asap rokok dihembus keluar.

“Dia dah berhenti kerja dari kedai jual kereta tu.” Shark mulakan cerita.

“Macam mana kau tahu?” Jay sedikit terkejut. Biasanya dia yang menjadi Bond 007 Shark untuk menjejaki Eva. Tapi maklumat yang Eva sudah berhenti kerja ni serius dia tak tahu.

Shark masih tersenyum nipis.

“Dia kerja dengan Red.”

What the fcuk? Serius? Like seriously? Maksud kau Red kita tu?” Rokok Jay yang tinggal lagi separuh terjatuh. Berita dari gua mana yang Shark dapat ni? Namun melihatkan Shark mengangguk lemah, mulut Jay ternganga.

“Red bagitau aku, dia dah jumpa bintang yang dia suka. Tapi di antara semua bintang yang ada, bintang dia dan bintang aku adalah bintang yang sama.” Suara Shark bergetar.

“I wish I can hate her, who left me on the day of my birthday. She who broke my heart with only one shot. But I fail to do so because I love her more than anyone else in the world.” Air mata Shark hampir menitis.

“Sumpah sampai sekarang aku tak tahu kenapa dia tinggalkan aku,” sambung Shark.

Part mana yang buat Eva tak gembira,

Part mana yang buat cinta Eva pudar padanya,

Part mana yang buat Eva sanggup memilih untuk meninggalkan dia.

Sumpah Shark tak tahu!




 p/s : Esok saya oncall, so saya update awal sikit. Don't be sad. Don't cry. Malam ni tengok luar tingkap, cuba kira bintang sampai terlelap. Good night lovelies! 

Wednesday, June 14, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG (BAB 6)

BAB 6






BELON biru.
Banner biru.
Lapik  meja biru.
Wrapping paper untuk hadiah cabutan bertuah pun biru.
Baju? Oh  sila pengsan...baju hari ni pun berwarna biru.

            Eva hanya mampu memandang. Hari ini adalah hari yang penting untuk Autoposh sempena  sambutan ulangtahun Perodua. Semua showroom di seluruh negara mengadakan jamuan besar-besaran dan semua orang awam adalah dijemput. Jadi kalau nak menikmati rebate yang banyak dan harga yang hebat untuk model kereta terpilih, kena rajin singgah di Autoposh untuk keterangan lebih lanjut. Tapi biru untuk dekorasi showroom hari ini adalah sesuatu yang Eva tak mahu.

            Kalau sekali pandang, orang awam pun boleh bingung kejap. Ini showroom Perodua ke premis Celcom? Biru gila! And ya, biru itu adalah dia....

            “Eva.”

            Eva berpaling pada Nasrah yang gigih memanjat kerusi.

            “Apa dia?”

            “Tolong aku gantung belon ni kejap. Tangan tak sampai. Tangan aku pendek.” Nashrah cuba sedaya upaya ingin menggantung belon pada pin tekan di tepi pintu utama. Dah dekat lima minit mencuba tapi masih tak berjaya, sebab tu dia perlukan talian hayat.

            “Yang kau minta tolong dekat orang yang sama tinggi dengan kau apasal? Aku pun dua kali lima aje, mana sampai. Tinggi tu. Ha, tu minta tolong Karim.”

            Selamba Eva jerit kuat-kuat hingga Karim menoleh siap dengan senyuman yang boleh mencairkan hati mana-mana mata yang memandang. Terhambur ketawanya bila Nashrah tunjuk muka kelat tergigit petai. Dah berbulan-bulan Karim menaruh perasaan pada Nashrah. Tapi Nashrah jual mahal, malah mengelak sekerap yang boleh daripada lelaki itu.

            “Mari saya tolong. Turun kejap.” Karim mengarah.

            Eva jungkit bahu dengan tawa yang masih bersisa bila Nashrah memandangnya dengan wajah mencuka. Dia sekadar nak minta tolong pada orang yang betul. Kalau dia yang tolong pun sama saja sebab ketinggiannya dengan Nashrah lebih kurang sama.

            Beralih ke arah meja yang tidak jauh dari situ, Eva menyusun broucher yang sudah tersedia. Di dalam hati siap berdoa panjang moga rezeki hari ini lebih murah. Dia perlukan sales sebab bulan ini dia ketinggalan jauh. Kalau berterusan begini, terpaksalah dia makan mi Maggi untuk dua minggu berturut-turut.

            “Eva.”

            Eva berpaling. Dia mengukir senyum pada Tony. Sejak akhir-akhir ini Tony ibarat macam ekor. Ke mana dia pergi, Tony pasti akan mengikuti dari belakang.  Pergi pantri. Duduk di meja kaunter. Roadshow di mana-mana pusat beli  belah. Di mana ada dia, di situ ada Tony. Kadang-kadang rimas juga, tapi terpaksalah bertahan sebab Tony bos besar. Kalau dia berterus-terang nanti Tony kecil hati.

            “Malam ni free tak?”

            Aik? Tengah hari pun tak muncul lagi, Tony dah bertanya tentang aktiviti di malam hari. Eva geleng kepala.

            “I ada hal. Kenapa?” Nak mengelak kenalah menipu sedikit. Memang contoh yang tak patut diikuti tapi untuk kes terdesak macam ni terpaksa juga menipu.

            Tony tersenyum. Dalam hati dah.....damn! Sukar untuk mendekati Eva Chandra. Gadis yang jinak-jinak merpati.
            “Kira nak ajak you pergi dinner. My treat for your hard work.”

            “I kerja tak cukup kuat pun. If I really am, my sales must have been so high by now which is almost end of the month.”

            Tony ketawa. Eva...Eva...kenapa susah sangat untuk dipikat. Nak kata Eva jenis yang ‘tak lurus’, tak juga. Boleh aje menjerit dan teruja bila tengok Adam Levine atau Keannu Reeves. Nak kata dah ada teman lelaki lagilah tak, Eva rileks aje berkepit dengan Nashrah hampir dua puluh empat jam. Bergayut di telefon pun tak pernah, paling common hanya setakat berhubung dengan pelanggan berkenaan dengan tempahan kereta.

            “We really need to talk one day.” Tony hampir berputus asa. Mungkin ada sebab kenapa Eva cuba mengelak dari mana-mana lelaki yang cuba mendekati. Bila ditanya pada Nashrah, jawapan Nashrah sangatlah tak membantu. ‘Bos tanyalah Eva sendiri...ngeee’.

            “I pun ada hal nak bincang lepas ni.” Alang-alang dah buka mulut dengan Tony, Eva mengambil keputusan untuk menyatakan hajat di hati.

            “Apa dia?”

            “I nak berhenti kerja.”

            “Hah? Sorry? You tengah prank I ke?” Tony terkejut. Senyuman tadi serta-merta mati. Janganlah buat lawak pagi-pagi macam ni. April Fool pun jauh lagi. Kalau nak buat Gotcha Call pun dia boleh consider, tapi kalau kena prank depan-depan macam ni...gila wei!

            “I nak berhenti kerja. Tapi you jangan salah faham, I berhenti bukan sebab I tak suka tempat ni. I perlu cuba nasib di tempat lain. Rezeki yang lebih.” Eva menyusun ayat cantik. Memang tak terniat di hati dia berhenti kerja sebab tak suka tempat ni. Tapi tawaran yang Red berikan tempoh hari adalah cukup bagus untuknya.

            Nashrah pun menyokong apa saja keputusan yang dia buat. Tak kerja sebumbung dengan Nashrah tak ada hal, yang penting mereka berdua masih tinggal sebumbung. Mereka berdua sentiasa ada untuk sesama sendiri andai masing-masing perlukan bantuan.

            “Tapi....tapi kenapa tiba-tiba? Gaji kecik sangat? Then I boleh naikkan. Berapa saja yang you nak, I sanggup bayar.” Kecewa tahap gaban! Itulah perasaan Tony sekarang.

            Baru nak mengatur strategi yang lebih bernas untuk memikat hati seorang Eva Chandra, gadis itu pula memilih untuk jauh daripadanya. Hatinya kini sudah terganggu dan fikiran sudah tak dapat bertumpu pada majlis yang akan berlangsung tak lama lagi. Pengunjung juga sudah mula masuk ke dalam showroom.

            Eva tersenyum dan menggelengkan kepala. Kalau Tony naikkan gajinya, nanti apa pula kata pekerja yang lain.

            “Nanti I bagi surat rasmi, ya. Jangan tayang muka sedih boleh tak? We still can be friends. Nak hangout pun tak ada hal.” Eva tahu Tony sudah gundah. Tapi...sorry lah,bos! Dia pilih jalan yang lebih baik dan mungkin masa depannya akan lebih bagus dengan rezeki yang lebih murah.




            Hi.
            Hi, pretty. So macam mana?
            I’m in.
            ??? Meaning working with me?
            .... *wink


            “Yes!”

            Shark yang baru nak terlelap di sebelah membuka mata.

            “Kau kenapa, bro?” Red di sebelah Shark dipandang sekilas.

            “Aku dapat bintang.” Red tersenyum lebar memandang skrin telefon. Pesanan WhatsApp yang dihantar Eva padanya dibaca berkali-kali. Inilah jawapan yang dia tunggu selama berhari-hari. Tawaran yang diberikan pada Eva diterima gadis itu.

            “Yang mana pulak kali ni?” Shark kembali memejamkan mata. Hari ini adalah hari malas sedunia. Dia dan Red berbaring di kerusi rehat menghadap kolam renang belakang rumah sejak dua jam yang lalu.

            Di Kuala Lumpur mana nak cari tempat yang mendamaikan fikiran yang kusut kalau bukan di belakang rumah sendiri. Cukup dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, aci cakap kalau terasa macam di Bali.

            And ya...bintang bermaksud perempuan bagi mereka berdua. Dia dan Red satu kepala. Perangai pun lebih kurang sama. Mungkin sebab adanya pertalian darah di antara mereka berdua. Ayah masing-masing adalah adik beradik. Dia adalah anak tunggal dan Red pula cuma ada Farisha, adik perempuan yang manja dengan kedua-duanya. Jadi sejak kecil memang rapat dengan Red, masuk kategori ‘partner in crime’ hinggalah beberapa tahun lalu bila Red pergi ke Czech Republic untuk menyambung pelajaran. Sekarang bila Red sudah kembali semula ke tanah air, maka aktiviti melepak di belakang rumah diteruskan seperti biasa.

            “Yang ni betul-betul cantik, bro.” Red memulakan bicara tentang Eva.

            “Pernah tak kau kena bintang yang tak cantik?”

            Kedua-duanya tergelak. Memang sejak azali dah sukakan perempuan yang cantik dan memikat hati. Tapi tak sampai ke tahap untuk mempermainkan perasaan perempuan. Women are the greatest gift in the world. Can’t agree more!

            Red. Cinta pertama dah berkurun lama. Tapi cinta terakhir adalah dua tahun lalu. Beria-ia menaruh harapan untuk menyunting kekasih hati menjadi isteri. Tapi harapan memang tertinggal di Pluto. Sarah pergi meninggalkan dia demi seorang lelaki yang hadir di antara mereka berdua. Marah. Terluka. Semua ada. Cuma rasa benci dan dendam tak pernah ada. Kalau orang dah tak suka, takkan nak paksa juga.

            Shark? Enam tahun hidup sebumbung dengan kekasih hati. Tak kenal  mana dosa mana pahala. Yang dia kenal cuma cinta yang mendalam pada Eva. Tapi Eva meninggalkan dia pada pagi hari jadinya. Nak kata kejam, agaklah. Eva boleh tinggalkan dia pada hari lain kot, tapi kenapa hari jadinya juga yang Eva pilih. Sadis! Menjejaki Eva semula adalah apa yang dia inginkan sekarang. Kalau dalam keadaan terpaksa pun dia tak kisah.

            “Yang ni aku jumpa dekat showroom Perodua. Masa aku beli kereta untuk Adik. Kalau kau tengok pun mesti kau cair, bro.” Red teruja untuk bercerita. Tak rugi belanja Adik kereta comel tu, siap jumpa dayang yang mungkin baru turun dari bulan.

            “Then apa progress sekarang?”

            “Aku ajak dia kerja dengan aku. Tunggu punya tunggu, hari ni dia mesej kata dia setuju.”

            “Fuh! ‘Melekat’ terus dekat kau. Berapa gaji kau offer?” Pasti tinggi. Kalau tak masakan perempuan itu boleh bersetuju dengan Red dalam masa beberapa hari.

            “Berganda-ganda dari apa yang dia dapat sekarang.”

            “Then kalau kerja dengan kau, post mana yang dia dapat? Mana ada tempat kosong dekat tempat kau, wei.” Agak-agaklah. Takkan Red nak tambah satu lagi meja bersebelahan meja Murni, setiausaha Red yang sentiasa pakai skirt ketat tu. Shark pula yang pening tiba-tiba. Jangan cakap Red nak pecat Murni. Confirm Murni bakar pejabat tu sampai lebur.

            “Nantilah aku fikir. Yang penting dah ada jalan, yang penting sekarang adalah effort untuk pikat hati dia. Serius kalau kau tengok dia, confirm kau pun cair.” Red meregangkan otot badan.  Tiba masa untuk terjun  masuk ke dalam kolam renang.

            Shark hanya mampu ketawa. Dia berdiri dan turut meregangkan otot badan. Pandangannya menala pada kolam renang. Dia menghelakan nafas berat.

            “I miss my bintang.”  Suara Shark perlahan.

            Wajah cantik itu.
            Senyuman yang sentiasa menawan hatinya.
            Yang sentiasa mengukir rasa gembira dan kenangan indah bersamanya.
            Yang dia cintakan sepenuh hati.
            Dialah bintang yang paling dia tak dapat lupakan.

            “Kau ada cuba cari dia tak?” Red pandang Shark.

            Kisah cinta Shark agak menyedihkan. Enam tahun kot hidup bersama. Shark siap mahu melamar sang bintang untuk menjadi isteri. Tapi entah di mana silapnya. Hubungan tak berkekalan. Shark hidup solo sampai sekarang. Risau juga takut Shark berubah citarasa setelah dikecewakan begitu oleh sang bintang. Kalau lah dia kenal, dia sendiri akan tolong Shark menjejaki bintang yang dimaksudkan itu.

            “Ada. Dia ada kat area KL.”

            “Ada jumpa dia tak?”

            Shark menggeleng kepala. “Nanti bila dah sedia, aku sendiri akan cari dia.”

            Red tak komen banyak. Kalau dia berada di tempat Shark pun belum tentu dia boleh hidup seperti biasa macam Shark sekarang.

            “You must have love her so much, bro.” Red menepuk bahu Shark.

            “Kalau kau tengok bintang aku, kau pun pasti akan suka.” Shark senyum.

            Tanpa mereka berdua sedari, bintang itu adalah sebenarnya perempuan yang sama. Ya...di antara semua bintang, mereka berdua jatuh cinta pada bintang yang sama!




 P/S : How I wish Eva, Red dan Shark boleh masuk versi cetak.  Jom tidur. Esok oncall! And untuk yang telah mendapatkan KTD, terima kasih tak terhingga. Boleh dapatkan dari pihak IKP atau Kak Ayu Dzulkarnain.