Monday, July 17, 2017

Di Antara Semua Bintang (Bab 11)





KENANGAN LALU TAKKAN PUDAR,
BIARPUN MANIS ATAU PAHIT....


SUNGGUH Eva tak faham kenapa dia ikut Shark balik ke rumah. Pertama kali melangkah masuk ke rumah di atas bukit ni, dia terpegun tahap petala. Rumah besar yang sedikit terpencil dari tengah bandaraya dan dikelililingi dengan tumbuhan hijau. Sedikit pun dia tak rasa macam di kota metropolitan. And ya, wujud juga suasana yang tenang dan hijau seperti ini di Kuala Lumpur.

“Rumah awak cantik.” Eva memuji ikhlas. Tingkap kaca yang besar di hadapan siap dengan pemandangan taman mini yang menghijau betul-betul buat Eva terpukau. Memang tak mustahil Shark boleh tinggal di tempat mewah begini.

Shark.
Samseng mana entah.
Ketua kongsi gelap? Ya lah kot.

Dia tak nak ambil kisah sangat tentang salasilah keluarga Shark dan skop kerja Shark. Tapi cukup untuk dia faham pendapatan Shark pasti lumayan sehingga mampu untuk memiliki semua ini. Malah mampu untuk memiliki dia!

“Then the more reason for you to stay here.” Shark muncul di sebelah. Mereka berdua berdiri menghadap halaman rumah yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau.

Eva diam sejenak. Secara tak langsung rumah Shark kini adalah tempat tinggal baru baginya. Kalau dah dapat offer yang ‘sekali-seumur-hidup’ seperti apa yang Shark lakukan padanya, memang dia takkan tolak. Hidup senang. Dapat apa saja yang diinginkan. Siapa yang tak nak memang bukan manusia normal.

Eva toleh Shark di sebelah. Wajah Shark diamati hinggalah Shark turut menoleh padanya.

“Kenapa?” Shark pelik. Eva pandang macam dia ada tumbuh tanduk di kepala dan baru jatuh dari bulan.

“Kenapa saya? Any valid reason?” Eva ingin tahu. Dia kenal Shark taklah lama mana. Baru tiga bulan. Berjumpa pun di Luna bar. Kalau kaki lepak atau kaki clubbing memang tak susah untuk mencari jenis perempuan macam dia.

Perempuan yang biasa-biasa.

Yang tak ada harga diri pada pandangan orang luar. Biasalah, stigma.

Shark? Oh, dia dan Shark bagaikan langit dan bumi.

Shark melepaskan tawa. Soalan Eva kedengaran lucu. Dia mendekat dan memeluk bahu Eva. Pandangan  masih menala di hadapan.

“Sebab awak adalah bintang yang paling menarik di antara semua bintang.” Shark bersuara.
Pertama kali berjumpa dengan Eva tiga bulan lalu, Eva sudah berjaya menarik perhatiannya. Bukan sebab cantik. Tapi sebab perwatakan Eva sendiri.

Eva yang bubbly.
Eva yang happy go lucky.
Eva yang lucu.
Eva yang menggembirakan hati.

Semua itu sudah cukup untuk membuatkan Shark jatuh cinta pada Eva. Latar belakang Eva? Dia tak kisah dan tak pernah kisah. Peduli lah kalau Eva bekerja di kelab malam sekalipun. Stigma tak pernah wujud di dalam hidup Shark. Yang penting, Eva kini hanya miliknya seorang.

“Dengan saya, awak boleh dapat apa saja yang awak nak. Might it going up high to the moon. Yang penting awak sentiasa bersama saya. Just stay with me and you will be fine.” Dahi Eva dicium sekilas. Pelukan dikemaskan lagi. Kali ini Shark yakin dia pilih bintang yang sesuai untuk dia.

Eva menarik nafas dalam. Entah betul entah tidak keputusan yang diambil. Pindah masuk dan tinggal bersama Shark adalah satu keputusan yang besar. Yang dia sendiri tak pernah terfikir.

“Bila awak tinggal dengan saya, awak tak payah kerja lagi. Just stay by my side.” Shark tak nak Eva menjejakkan kaki ke kelab yang sama. Dia tak nak Eva menjadi bar tender di sana dan hanya akan balik bila kelab tutup. Sleep cycle hancur. Kesihatan pun tak terjaga. Resting hours langsung tak ada. Dan bila bersama dia, dia akan pastikan Eva dapat semua itu.

Eva tak menjawab. Apa statusnya sekarang? Mistress aka perempuan simpanan? Escort girl? Dia tak berani tanya sebab Shark tak pernah sebut tiga perkataan alah itu. Paling ‘common’ pun Shark pujuk kata ‘jom-tinggal-dengan-saya’. Bila dia tanya Nashrah, Nashrah tak mampu bereaksi lebih.

“Aku tak nak menghakimi kau sebab kau kawan hidup mati kau. Kenal sejak kecik, susah senang sama-sama. Tapi bila masuk bab lelaki, aku tak mampu beri pandangan lebih. Asalkan dia baik dengan kau, dah cukup memadai.”

Itu ayat Nashrah yang buat dia tak dapat tidur malam. Dalam erti kata lain, Nashrah tahu Shark adalah lelaki yang baik untuk dia tapi hal dosa pahala, itu dia kena fikir sendiri. Tinggal sebumbung dengan lelaki yang tak ada apa-apa ikatan dengannya adalah satu keputusan yang amat besar.

“Eva...”

“Hmmm...” Lamunan Eva bertempiaran. Dia mendongak memandang wajah Shark di sebelah. Wajah yang sentiasa tenang dan menggetarkan jiwa wanitanya.

“Pernah sampai bulan tak?”

“Tak...”

Shark berpaling ke sisi. Mata mereka berdua bertaupan. Hampir tak percaya dengan jawapan Eva.

“Takkan kerja kat Luna Bar dah lama macam tu tak pernah naik bulan?” Shark inginkan kepastian.

Naik bulan. Itu ‘bahasa’ yang senang untuk difahami dan bermaksud ‘high’ sampai tak ingat dunia. Uppers. Crack. Ice. Crystal meth. Itu adalah antara pilihan yang ada untuk bawa terus naik ke bulan. Kalau di kelab itu semua adalah perkara biasa. Tapi untuk seseorang yang bekerja di tempat yang sangat prone untuk semua itu dan tak pernah merasa sampai ke bulan adalah sesuatu yang tak biasa. Contoh terbaik, macam Eva!

Eva tersenyum nipis dan geleng kepala. “Saya tak pernah naik bulan. Kena offer tapi saya tak pernah cuba.dom g I don’t want to wake up in the morning lying naked on the bed with random guys.”

Dahlah terpaksa tahap gaban bekerja jadi bar tender di kelab, takkan dia nak serah diri naik sampai ke bulan. Lepas tu menyesal pula esok pagi sebab mamat mana entah yang terkulai di sebelah. Tapi dengan Shark? Argh! Dengan Shark semua itu tak mustahil.

Shark tersengih. Pautan di bahu Eva sedikit pun tak dilepaskan. “If you’re with me, you won’t wake up in the morning with random guys on the bed because the guy lying next to you is the one that loves you so much.”

Dalam erti kata lain, dia inginkan Eva bukan hanya kerana nafsu. Bukan hanya untuk bergembira. Bukan hanya untuk menikmati syurga dunia. Ia adalah lebih daripada itu, kerana cinta pada Eva kini tak mampu digambarkan dengan hanya kata-kata.

“Live with me. Stay with me. Till the end.” Shark memalingkan tubuh Eva dan dibawa ke dalam pelukan. Erat.

Eva yang perlukan dia.
Eva yang layak untuk dicintai penuh jiwa raga.
Eva yang layak untuk dilayan seperti wanita teragung.
Dan demi cinta, dia takkan pernah melepaskan Eva Chandra begitu saja.





SENYUM. Ketawa. Menyayangi. Disayangi. Dilayan bagaikan tuan puteri. Itulah yang Eva rasakan sejak hidup bersama Shark. Lelaki yang membawa dia keluar dari dunia kelab malam dan kemelut ekonomi di saat ekonomi diri sendiri teramatlah tak stabil.

Bayangkan betapa sengsara dia kerja hampir dua puluh empat jam dalam sehari sebelum ini. Siang kerja di Public Bank. Balik pun lebih kurang pukul 8 malam sebab kerja memang takkan pernah habis. Lepas tu part time di Luna Bar. Serius skru badan rasa macam nak tercabut tapi dia terpaksa. Kalau tak bekerja keras mana nak cekau duit buat belanja. Kang nak makan bubur pun tak mampu.

“Mengelamun sorang-sorang tak ajak.”

Eva berpaling bila suara Shark menyapa dan mengambil tempat di sebelahnya.

“Mengantuk,” Eva berkata sepatah.

Then tidurlah. Or do you need my help to get you back to sleep?” Shark tersenyum nakal.

“Yeah, right.” Eva tergelak. Shark takkan membantu pun sebenarnya.

“Shark, saya rasa macam nak kerja.” Eva terasa bila duduk sorang-sorang di rumah besar begini teramatlah bosan. Nak kemas rumah pun bibik yang buat. Bila dia menawarkan diri membantu, bibik menolak. Bibik risau tuan besar aka Shark marah. Nak keluar lepak pun tak tahu nak melepak di mana. Dah habis kot celah KL ni dia ajak Nashrah melepak macam tak ada hala tuju.

“Kerja kat mana?” Shark mendepakan tangan di belakang kerusi Eva. Tangannya mula membelai bahu Eva yang terdedah.

“Entah. Random job. Dah lama tak kerja. Bosan duduk sini.”

Random job yang macam awak buat dulu? Saya tak benarkan. Kecuali kalau awak kerja dengan saya.”

Sebab ‘random job’ lah Eva boleh terjebak dengan kerja luar alam sebagai bar tender di kelab  malam. Nasib baik bar tender. Kalau GRO kempunan dia nak ‘merasmikan’ Eva yang sudah lama menggetarkan segala jiwa raganya.

“Tak lah. Nak kerja dekat bakery. Then bila dah cukup duit saya nak buka bakeri sendiri.”

Itu adalah impian Eva. Nak ada bakeri sendiri, siap ada tempat untuk duduk dan bersantai. Teringin juga nak ada ruang membaca siap dengan rak penuh buku. Kalaulah boleh tercapai, dialah manusia paling gembira di dunia. Kalau lah....

“Belajar baking dulu. Dah expert baru buka kedai sendiri.”

Oh mai...boleh tak kalau Shark bagi ayat yang lebih membina sikit. Eva sempat mencebik. Memang pun nak belajar baking, pastry segala. Dia tahu segalanya perlu bermula dari bawah. Kalau buka kedai tanpa asas, kena support 100 peratus pun pasti lingkup.

“Jangan risau, saya sokong dari belakang. Awak ada saya.” Shark tersenyum. Tubuh Eva dibawa rapat padanya dan dipeluk erat.

“Whatever you wish for, just let me know. I will try to fulfill them even if I have to climb the highest mountain in the world,” sambung Shark.

Dia inginkan Eva lebih daripada sekadar menemani malam-malamnya. Dia perlukan Eva lebih dari segalanya. Sebab tu sanggup ‘angkut’ Eva tinggal bersama.

“Shark...”

“Hmmm...”

“Who are you exactly?” 

Tak banyak yang Eva tahu tentang Shark. Ada syarikat sendiri tapi tak tahu perniagaan apa. Kalau Shark berniaga ‘human trafficking’ hancur dia. Tak pun ‘smuggle’ dadah dari negara jiran. Mana tak, senang aje Shark dapatkan stok untuk sampai ke bulan. Nak tanya pun dia tak berani, takut kena jual di Sungai Golok walaupun muka Shark tak adalah macam tyco yang tak berperikemanusiaan.

Shark sempat ketawa sebelum memberikan jawapan panjang lebar.

“Saya manusia biasa. Ada mata. Ada hidung. Ada telinga. Cukup sifat. Membesar macam budak lain. Lepas habis belajar di Melbourne, saya pulang ke sini. Mulakan bisnes. Mula-mula kecik, sampailah saya dah mampu dapatkan apa yang saya nak macam sekarang.”

Dia memang dilahirkan macam orang lain. Keluarga bukan dari golongan kerabat. Nak kata kaya pun, biasa-biasa saja. Arwah Daddy selalu kata, hidup senang tak datang depan pintu rumah. Semua kena usaha sebelum hidup senang. Dan kata-kata Daddy sentiasa diingati sampai sekarang.

“I can see that. You can get whatever you want, including me.”  Eva bersahaja. Dia boleh dapatapa saja yang dia nak, apa saja yang dia minta dengan satu syarat. Dia tinggal dengan Shark dan menjadi milik Shark.

“Shhh...jangan sebut benda macam tu. Saya cintakan awak , sebab tu saya nak awak tinggal dengan saya.” Shark cuba mencari anak mata Eva.

Dia tak nak Eva fikir yang bukan-bukan. Pasti saja ada mulut yang bawa cerita konon dia beli Eva dari pemilik kelab. What-the-hell-sila-masuk-gaung statement yang acah-acah macam drama negara seberang macam tu. Dia cuma bayar gaji Eva selama tiga bulan pada pemilik kelab sebab Eva berhenti 24jam selepas notis diberikan. Tak lebih tak kurang.

“Janji awak takkan ungkit lagi benda macam ni. Saya tak suka,” Shark meningatkan. Ubun-ubun Eva dicium.

Eva bukan perempuan simpanan.
Eva adalah kekasih hati.
Dan Eva adalah perempuan yang dia pilih untuk hidup bersamanya sampai bila-bila.



p/s : Di Antara Semua Bintang penuh dengan kisah gelap. Yang baik kita jadikan contoh, yang buruk kita jadikan teladan. Saya ada mesej tersendiri dalam kisah Eva, Shark dan Red. Jangan risau, kisah mereka hanyalah kisah biasa but I hope they will touch your heart ;) Siapa yang sudah memiliki kesemua karya saya.....

1. Mama Mia Shaza
2. Jangan Benci Cintaku
3. Ingatkan Dia Tentang Setia
4. Dear Bella
5. Ku Tunggu Dudamu

If you like all those pieces, I'm sure you will enjoy Di Antara Semua Bintang as well ;) Yang ada kisah gelap patut diberi peluang, so give me chance to finish the journey of Di Antara Semua Bintang till the end <3 Last but not least, love loads!





No comments:

Post a Comment