Thursday, August 17, 2017

Dear Sam (Bab 2)





            SAM membuka pintu bilik sebelah. Dua tubuh yang disayangi tidur dengan pulas di atas katil. Dia melangkah masuk perlahan-lahan. Sempat dia naikkan suhu penghawa dingin. Gila sejuk, kebal juga Bella dan Ara tidur dengan gaya bebas, comforter pun dah ditendang entah ke mana.

            Rindu.

            Itu adalah perkataan yang boleh menggambarkan rasa hatinya kini. Rindu pada sang isteri dan anak.

            Bella yang bubbly. Bella yang sentiasa murah dengan senyuman. Bella yang lazy bump. Ya! Bella yang sentiasa lazy bump.

            Ara yang comel. Ara yang perangai sebijik macam Bella. Yang happy go lucky. Yang kuat ketawa. Yang sentiasa menghiburkan hati.

            Dua tiga hari ni Bella dan Ara tak berapa nak rapat dengan dia. Bila dia balik kerja, Bella dan Ara buat-buat sibuk berkebun kat belakang rumah. Tak pun ‘trip’ rajin menggembur tanah dalam pasu bunga kat luar rumah. Makan malam pun tak seceria dulu.

            Tepuk dada sendirilah, bro. Bella dan Ara jadi ‘kecut’ dan tak mesra alam macam biasa sejak kes ‘rumah macam tongkang pecah’ tempoh hari. Sam tahu dia salah. Masalah kerja punya pasal, dia lepaskan pada Bella dan Ara di rumah. Memang tak patut dicontohi oleh suami di luar sana.

            Sam tunduk mencium pipi Ara. Dia tersenyum sendiri. Ara memang comel. Sebijik macam Bella. Rambut Ara yang kerinting dibelai. Sesuai sangat Ara diberi nama ‘anak patung bergerak’ oleh saudara mara lain. Dia membetulkan comforter ke tubuh Ara sebelum dia mendekati Bella.

            Tubuh Bella didukung penuh hati-hati menuju ke bilik mereka berdua. Bella memang jenis yang tidur mati, kalau bom meletup kat sebelah telinga pun belum tentu Bella terbangun.

            Di bilik mereka berdua, tubuh Bella dibaringkan di atas katil dan Sam mengambil tempat di sebelah.

            “Bella darling. Bangun.”

            Sam tersenyum sendiri. Kan dah cakap, memang Bella jenis yang susah nak bangun. Berkali-kali dia mencuba dan siap meniup wajah Bella sekuat yang boleh, barulah Bella membuka mata perlahan-lahan.

            “Huh....” Dalam keadaan cahaya yang samar-samar, dahi Bella berkerut. Wajah yang tersenyum betul-betul di hadapannya dipandang dengan blur.

            “Awak dah kenapa?” Suara Bella serak. Tengah mimpi kot ni. Rindu sangat dengan Sam sampai bila terbangun tengah malam pun wajah Sam juga yang memenuhi ruang mata.

            Sam tergelak. Hancur harapan nak dengar Bella sebut ‘I miss you’ bila dia di depan mata. Bibir Bella menjadi sasaran.

            “Jom, bangun kejap.” Tubuh Bella ditepuk perlahan.

            Dahi Bella berkerut. “Nak ke mana?”

            Please lah jangan cakap Sam ajak pergi jogging awal pagi. Bersenam awal pagi adalah ibarat mimpi ngeri bagi Bella. Dah ada anak sorang pun takkan Sam masih nak paksa dia berjogging macam zaman masih berdua. Gila punya kerja!

            “Bangun dulu. Open your eyes and look around you.” Sam bersemangat, dalam erti kata lain dia nak paksa Bella bangun walaupun mata Bella berat mengalahkan lesung batu.

            “Hish...” Like seriously? Suami pilihan mama dan papa kat sebelah ni memang suka paksa aku. Kes jealous kot tengok aku tidur sampai tak ingat dunia.

            Dalam terpaksa, Bella buka mata luas-luas dan memerhati sekeliling. Dia terdiam beberapa ketika.

            Kelopak bunga bertaburan di atas lantai. Di dinding ada kuntuman bunga ros yang disusun disusun berbentuk hati. Satu persatu satu perkataan di dinding dibacanya.

            I’M SORRY. LOVE YOU, BELLA.

            Bella ulang baca untuk kali yang ke sepuluh. Dia kelip mata berkali-kali. Memang tak salah baca, babe.

            “I’m sorry. Love you so much.”

            Suara Sam yang begitu dekat di telinganya buat Bella makin blur. Bila dia menoleh, senyuman Sam melebar sampai telinga. Spontan tangan kiri naik menyentuk dahi suami. Mana tahu Sam demam. Tak pun kena rasuk jembalang laut.

            “Tak demam pun.” Bella bercakap sendiri. Dia makin blur bila ketawa Sam pecah.

            “You are not dreaming and I’m really sorry. For real.” Sam kenyit mata. Hidung Bella dicuit lembut. Dia buat semua ni ikhlas. Nak meminta maaf dari awal lagi tapi susah sangat sebab Bella dan Ara berkepit dua puluh empat jam. Kalau nak minta maaf depan Ara tak boleh pulak nak buat gaya romatik. Jadi terpaksalah kejutkan Bella tengah malam macam sekarang.

            Satu saat...
            Tiga saat...
            Lima saat...

            “I think I’m dreaming.” Bella baring semula sambil menutup mata. Kalau ni mimpi, baik dia tidur balik. Kalau tak bangun-bangun sampai dua tiga hari pun tak apa. Mana pernah Sam buat begini. Mana pernah Sam pujuk dengan ayat ‘fancy-romantic-melting’ yang boleh buat dia melayang sampai awan.

            Aik? Macam tu aje? Sam tak tahu nak cakap apa. Dia mendekat dan tiup semula wajah Bella. Bila Bella buat-buat tidur mati, dia cubit pipi Bella.

            “Ouch! Sam!”

            “I told you, you’re not dreaming.” Dah kena cubit sampai lebam baru tahu.

            “Betul ni?” Mata Bella terbuka lebih luas berbanding tadi. Kali ni memang dia percaya dia tak bermimpi. Melihat Sam angguk kepala dan tersenyum lebih lebar, Bella speechless.

            Bila Sam mendekatkan wajah dan bibirnya menjadi sasaran Sam, Bella terasa macam terbang di awan tinggi. Hilang segala rasa rajuk dan marah dan kecewa atau yang sewaktu dengannya sejak beberapa hari lalu.

            Dear Sam,
            You can really win my heart!
           


p/s : Ooh la la...esok Jumaat ;) Siapa pernah baca dan menghayati Dear Bella, I'm sure you will like Dear Sam. Best fiends for life; husband and wife. Thats the best sentence to describe their journey of marriage. And ya...you will like Sam's full name ;) Love loads! 

           

            

No comments:

Post a Comment