Thursday, January 3, 2019

JANGAN BENCI CINTAKU 2 (BAB 2)



“I’M home!”

Shahrizal mencari-cari kelibat orang-orang tersayang. Batang hidung semua tak nampak. Yang ada cuma barang mainan Idan yang bertaburan termasuklah kereta Idan yang parking ikut suka di tengah-tengah ruang tamu.

“Takkan tak balik lagi?” Shahrizal bercakap sendiri. Takkan beli pampers Idan sampai berjam-jam. Nak kata Rafeeqa dan Idan melepak di rumah mama, tak jugak. Mama dan papa pergi bercuti dengan Latisha ke Sabah. Itu pun hujung minggu ni baru balik.

Langkah kaki dibawa ke dapur. Sunyi sepi. Di luar rumah tadi pun tak ada kelibat kedua-duanya. Shahrizal mula rasa tak sedap hati. Teringin kejadian rumah dipecah masuk dua tahun lalu, dia jadi bertambah risau. Jenis macam Rafeeqa bukan reti nak kunci pintu rumah. Nak harapkan pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini memang taklah.

Kaki diatur laju ke tingkat atas dan sebaik pintu bilik utama dibuka, dia tarik nafas lega. Dua tubuh yang berbaring di atas katil dihampiri. Idan yang tidur terlentang dengan badan melintang di atas katil. Rafeeqa pula versi tidur mati sampaikan kaki Idan yang landing di perut Rafeeqa pun isterinya itu tak sedar.

Perlahan-lahan tubuh Idan diangkat dan diletakkan di dalam katil comel di sebelah sebelum dia memanjat naik menyertai Rafeeqa.

“Fika. Bangun, sayang.” Rambut Rafeeqa dibelai. Tubuh tinggi itu langsung tak berkutik.

“Fika. Wake up. I’m home.” Shahrizal cuba kali kedua. Kali ketiga, dia tiup perlahan wajah Rafeeqa hingga mata Rafeeqa bergerak-gerak dan akhirnya terbangun. Melihat Rafeeqa tersenyum, automatik hilang segala penat di pejabat tadi. Rafeeqa kalau bangun tidur dengan rambut mengerbang macam Kak Limah pun masih cantik.

“Baru sampai?” Suara Rafeeqa serak.

“Dah lama.” Shahrizal berseloroh.

Then kenapa tak kejutkan saya?” Kepala diangkat mencari Idan. Hati lega bila Idan dilihatnya masih lena di katil si comel.

“Saya kejutkan dari tadi, tapi orang tu tidur sampai tak ingat dunia.”

“Okay, fine.”

Shahrizal ketawa. Buat muka merajuk pun masih cantik.

“Malam ni makan luar nak?”

“Yeaaa! Makan kat mana?”

“Fuh, tegak terus.” Shahrizal menyakat. Cepat aje tubuh Rafeeqa duduk tegak di atas katil dengan muka confident gila biarpun rambut serabai.

“Mestilah. Jap. Saya nak makan steamboat. Tak pun sushi. Which one is better?” Jari telunjuk Rafeeqa mengetuk-ngetuk dagu lagak sedang berfikir. Okey juga ajak dia makan luar, tubuh yang masih terasa letih buat dia tak ada mood nak bertarung di dapur malam ini.

Shahrizal on saja. Dengar saja mulut Rafeeqa yang petah dengan idea nak makan apa untuk makan malam.

“Saya teringin nak makan chapati. Pergi kedai mamak nak?” Shahrizal memberikan cadangan.

No, tak nak. Chapati. Roti canai. Tosai. Semua tu saya tak nak.” Laju Rafeeqa geleng kepala dengan dahi berkerut.

“Kenapa pulak?”

“All that reminds me of our past, Shah.”

Oh…okey. Shahrizal berdehem. Hentaklah kepala dia seratus kali pun ke dinding, dia sendiri tak pernah lupa tentang hal yang satu itu. Part Rafeeqa datang ke pejabatnya dengan roti canai tapi akhirnya Rafeeqa makan seorang diri. Sampai bila-bila dia tak lupa sebab rasa bersalah yang menggunung sampai sekarang tak pulih lagi.

“Fika…boleh tak kalau kita jangan ungkit hal lama. Kita dah mulakan lembaran baru kan? Kita dah ada Tisha. Kita dah ada Idan, bukti cinta kita.” Suara Shahrizal perlahan saja. Dia tak nak kenang lagi. Salah sendiri 100% dan takkan diulang lagi kali kedua.

“Saya bukan nak ungkit. Tapi terkenang...”

Damn! Nada sedih Rafeeqa buat Shahrizal semakin dihimpit rasa bersalah. Tubuh itu dibawa rapat dan dipeluk erat. Lama. Dia pun begitu juga sebenarnya. Sentiasa terkenangkan semua dosanya pada Rafeeqa. Kalau Rafeeqa jenis perempuan yang tak kental, mungkin saja dia dah kehilangan Rafeeqa.

“Maafkan saya….” Biar seribu kali memohon maaf, Shahrizal tahu itu takkan mampu membuatkan Rafeeqa lupa cerita lama.

Husna.
Rafeeqa.

Di dalam hati pernah bertakhta dua nama perempuan yang berbeza. Dia pernah abaikan Rafeeqa dan utamakan perempuan lain berbanding isteri sendiri. Luka di hati Rafeeqa tak ada sesiapa yang rasa kecuali Rafeeqa sendiri. Itulah yang buat dia rasa bersalah sampai sekarang.

Andai dia diberi peluang untuk putar semula masa, sumpah dia takkan menduakan Rafeeqa.


******


HABIS mencuci botol susu Idan, Rafeeqa menapak naik ke tingkat atas. Malam ini Shahrizal yang tidurkan Idan. Biasanya mereka berdua akan mengambil giliran dan sepatutnya malam ini adalah giliran dia. Cuma Shahrizal menawarkan diri sebab dia nampak penat setelah balik dari makan malam tadi. Apa yang buat dia penat sangat serius tak tahu.

Bila dia mahu menapak masuk ke bilik Idan di sebelah, alunan ayat-ayat suci yang dimainkan oleh Shahrizal menyapa telinga Rafeeqa. Dia statik beberapa ketika di hadapan pintu. Idan nampak sudah terlena dan ayat-ayat suci yang dimainkan melalui telefon bimbit Shahrizal masih dimainkan.

Tenang.
Mendamaikan.

Itulah dua perkataan yang menggambarkan perasaan Rafeeqa ketika ini. Ini bukan pertama kali dia dengar semua ini. Dah berkali-kali tapi entah malam ini hatinya betul-betul tersentuh. Fikiran mula membezakan dia dan Shahrizal yang sangat anticlockwise.

Kalau cara dia, Idan akan didodoikan dengan lagu-lagu rhymes yang ada di Youtube. Kadang-kadang siap pasangkan untuk Idan tengok sampailah Idan tertidur. Dengan Latisha pun begitu juga. Tapi kalau cara Shahrizal, anak-anak didodoikan dengan ayat-ayat suci. Padan sangat kenapa Shahrizal tak suka dengan cara dia. Secara tak langsung, wujud rasa rendah diri Rafeeqa. Serendah-rendah di tapak kaki, itulah yang dia rasa.

“Fika.”

Lamunan Rafeeqa terhenti. Melihat Shahrizal melambaikan tangan, dia menapak masuk.

“Kenapa berdiri kat luar? Dah lama kat situ? Kenapa muka macam tak gembira aje ni?” Bertubi-tubi soalan Shahrizal sebaik saja Rafeeqa mengambil tempat di sebelah.

Rafeeqa tersenyum nipis. Alunan yang mendamaikan tadi sudah habis dimainkan. Suasana sunyi di antara mereka berdua. Lama dia pandang ke dalam anak mata Shahrizal tanpa sepatah kata.

“Fika, awak okey?” Pipi Rafeeqa diusap perlahan. Seolah-olah ada yang mengganggu fikiran Rafeeqa dan buat Shahrizal risau. Takkan sebab Husna lagi. Memang Husna ada muncul beberapa bulan lalu tapi lepas tu hilang semula tanpa jejak.

Fika tak terus menjawab. Dia menundukkan wajah dan keluhan berat terlepas dari bibirnya.

“Saya harap saya dapat menjadi isteri terbaik untuk awak dan ibu terbaik untuk Idan dan Tisha.”

Pulak dah! Dahi Shahrizal berkerut. Ribu taufan tak ada tiba-tiba Rafeeqa keluar statement ‘sentap’ yang buat dia sendiri terasa.

“Kenapa cakap macam tu? You’re the best, Fika. You’re definately the best I’ve ever had.” Pipi Rafeeqa dibelai dan wajah Rafeeqa dipandang tanpa kedip.

Fika senyum nipis. Kalau dia yang terbaik, kenapa dulu Shahrizal ada yang kedua? Damn! Itu kisah lama, just move on Fika! Dah ada anak dah pun takkan masih nak kenang cerita zaman Tok Kaduk tu. Di dalam hati dia dah kutuk diri sendiri.

“Lepas ni boleh tak jangan ungkit lagi isu isteri baik atau ibu baik or whatsoever. You’re the best. Full stop.” Shahrizal cuba meyakinkan Rafeeqa.

Terbaik. Bukan yang terbaik.
Sempurna. Tak sempurna.

Itu semua tolak tepi. Yang penting dia dah Rafeeqa memiliki sesama sendiri. Dia belajar dari kesilapan lama, dan dia berjanji dengan diri sendiri supaya tak ulang lagi perkara yang boleh menyebabkan dia kehilangan Rafeeqa.

“Jom bercuti.” Rafeeqa tukar topik lain. Dia tak nak emo malam-malam dengan mood roller coaster. 

“Nak ke mana?” Shahrizal senyum. Kalau divert topik lain bermaksud Rafeeqa cuba mengelak. Tak apa, dia bagi Rafeeqa ruang dan masa sendiri. Kalau satu hari nanti Rafeeqa ungkit semula, dia akan cuba yakinkan Rafeeqa lagi.

“Erm.…beach. Saya nak ke Maldives!” Rafeeqa tersenyum lebar.

“Awak lupa kita dah ada Idan dan Tisha.” Shahrizal mengingatkan. Bubbly. Easy going. Carefree. Itulah perangai Rafeeqa yang dah sebati dan tak dapat diubah oleh Shahrizal. Ini bukan lagi zaman berdua di mana mereka berdua boleh duduk sepanjang hari di tepi pantai dengan swimming suit Rafeeqa yang bercorak harimau bintang atau berenang mengalahkan ikan duyung dan tak ada tanggungjawab lain yang perlu difikirkan.

“Saya tak lupalah. Tapi saya nak kita bercuti berdua saja. Quality time between both of us. Anak-anak kita boleh tinggalkan kat sini.” Rafeeqa baring gaya Sleeping Buddha di atas katil.

Mama dan Papa. Mommy dan Daddy. Nek Pah. Mereka semua boleh tolong tengokkan Latisha dan Idan. Dah lama tak meluangkan masa berdua dan serius dia rindu. Tapi bila tengok riak muka Shahrizal yang menahan ketawa, dia rasa nak rolling eyes depan-depan.

“Define what is quality time to you?” Shahrizal menduga.

“Awak dan saya. Menari dalam hujan. Kongsi satu aiskrim. Berenang dan berendam satu hari. Shopping!

Meledak tawa Shahrizal. “Semua tu kita boleh buat kat sini lah, Fika. Tak payah nak pergi jauh-jauh.”

So tak nak ke Maldives lah ni?” Rafeeqa dah tayang muncung itik.

“Yup.”

“Iskh…dah agak dah. Cheapskate memang macam ni.”

Tawa Shahrizal pecah lagi. Rafeeqa kalau bagi komen negatif memang nombor satu.  

“Maldives aje pun, bukannya jauh.” Rafeeqa siap bagi jelingan tak puas hati.

“Ya, memang tak jauh. Sebelah rumah aje.”

Oh my…there you go! Shahrizal dengan ayat sarkastiknya buat Rafeeqa tak tahan.

“Kalau tak nak sudah, saya ajak Damia.”

“Fika!”

Rafeeqa tersenyum lebar. Tahu takut. Saja nak buat hati Shahrizal kacau. Dia taklah sejahat mana nak pergi tanpa izin suami. Dahlah berazam tinggi nak jadi isteri terbaik untuk Shahrizal.

“Fine, kita pergi. Tapi…” Jari telunjuk Shahrizal diangkat.

Not Maldives. Biar saya yang pilih tempat.” Shahrizal terpaksa guna kuasa veto. Dalam dia ‘mengalah’ dia nak Rafeeqa tahu yang keputusan terletak di tangannya. Sesekali tak boleh berlembut dengan Rafeeqa, nanti kena ‘pijak’ macam dulu-dulu payah juga.

Rafeeqa angguk kepala. Senyuman dah melebar sampai ke telinga. Tak kisahlah ke mana pun. Yang penting dia nak pergi bercuti.


***********


BUNYI telefon bimbit Rafeeqa yang terletak di atas meja kecil menarik perhatian Shahrizal. Tergerak hati nak melihat siapa yang hantar pesanan WhatsApp tengah malam buta begini sebab kalau pukul 1.30 pagi bermakna mungkin ada perkara penting yang perlu Rafeeqa tahu.

Tentang Latisha.
Tentang Nek Pah.
Tentang orang tua mereka berdua.

Bermacam-macam andaian timbul di fikiran Shahrizal. Namun bila Huawei P20 Pro itu dicapai, serius dia rasa macam nak meletup.

‘Hai, Fika. How are you? Dah tidur?’

Agaknya jenis lelaki macam Irwan memang tak tahu malu dan tak sedar diri. Dah apa ke jadah contact isteri orang waktu macam ni. Pulak dengan soalan ‘abuden’ yang tak diterima akal. Bila dibaca satu persatu pesanan sebelum ini, ada juga yang Rafeeqa balas. Itupun sekadar menjawab pertanyaan khabar. Bila Irwan ajak keluar bersama, tak pernah pula Rafeeqa membalas. Mata beralih pada Rafeeqa yang nyenyak di atas katil.

Bukan salah Fika.
Salah Fika.
Bukan salah Fika.
Salah Fika.

Shahrizal berperang dengan perasaan sendiri. Sudahnya telefon diletakkan semula di tempat tadi sebelum dia melangkah keluar ke balkoni bilik. Langit gelap di atas sana dipandang kosong. Hati yang selama ini tenang kini rasa terganggu semula. Betapa dia ingatkan yang Irwan sudah insaf dan terima hakikat dengan Rafeeqa tetap miliknya sampai bila-bila. Tapi….

Damn! Shahrizal meraup wajahnya. Kenapa mesti Rafeeqa? Dah macam tak ada perempuan lain kat dalam dunia ini yang Irwan boleh pikat.



p/s : A new year. Back on track for new book. Bare with me dearies, Jangan Benci Cintaku 2 is coming soon. Tak klishe, I promised :) 

No comments:

Post a Comment