Tuesday, May 7, 2019

HITMAN (BAB 1)






PANDANGAN mata Aylin melilau melihat sekeliling kondominium. Tak adalah besar sangat tapi nampak luas. Masuk saja terus nampak katil king size di sebelah kiri. Kat depan katil ada tv. Lepas tu ada punching bag tergantung di tengah-tengah ruang apartment. Apa motif kena letak kat situ, serius dia tak faham dan tak nak tahu pun.

“Ini tempat saya. Mulai hari ini kita akan tinggal sini. Jangan cuba lari. Jangan buat hal. Kalau awak ikut semua tu, awak akan sentiasa selamat dengan saya.”

Aylin menjeling. Baik punya cara cakap siap dengan muka tanpa perasaan. Entah kenapa bala menimpa orang macam dia. Elok hidup aman damai sebelum ni, sekarang dah jadi isteri orang. Paling malang, isteri Ferit Joe. Ulang balik….isteri Ferit Joe! Lelaki yang paling kejam dan tak berhari perut dia pernah jumpa sepanjang tiga puluh dua tahun dia hidup kat muka bumi ni.

“Kenapa tak ada sofa?” Soalan penting tu. Yang Aylin tengok memang tak ada katil lain. Kalau nak tidur, dia nak tidur celah mana? Tidur sekatil dengan Ferit? Oufff! Dia rela tidur dengan hantu.

“Saya tak suka banyak perabot. Tak suka barang bersepah. Bare that in mind. Bilik mandi kat sebelah sana. Dapur kat sebelah situ.” Mata Ferit menala pada wajah Aylin. Wajah yang mencuri pandangannya sejak kali pertama mereka berdua berjumpa. Setakat ni tak pernah lagi tengok senyuman terukir di wajah cantik itu. Kalau tak tunjuk muka syahdu mengalir air mata, Aylin akan tunjuk muka singa betina depan dia.

“Lepas ni kalau awak keluar, keluar dengan saya. Kalau awak nak…”

Then kerja saya macam mana?”

“Jap. Tak habis cakap lagi.” Ferit mara dan mendekat. Dia pantang kalau orang mencelah sebelum ayatnya habis. Nasib baik yang kat depan ni isteri dia. Kalau orang lain, dah selamat kena sembur.

“Ke mana saja awak pergi, awak pergi dengan saya. Tak pun dengan Pug. Pasal kerja awak…itu belakang cerita.” Wajah Ferit mendekat. Bila Aylin mengelak, dia tersenyum nipis.

“Bila saya bercakap, pandang muka saya.”

Aylin diam. Wajah masih dipalingkan ke kiri. Aura lelaki ni terasa sangat kuat. Hati dan minda nak dia lari dan menjauh, tapi tubuhnya statik di situ macam kena gam.

“Pandang saya.” Ferit ulang kali kedua.

Nak tak nak, Aylin terpaksa menurut. Pandangan Ferit dibalas tajam. Makin sakit hatinya bila lelaki itu tersenyum nipis tayang muka kemenangan. You wait…you wait. Kalau dia balas dendam, senyuman nipis tu akan pudar sampai bila-bila.

“Pergi mandi. Saya keluar kejap, nanti kita makan sama.” Tangan Ferit naik mahu membelai rambut Aylin tapi ditepis wanita itu kasar. Pandangan mata yang tajam itu buat tempo jantungnya laju berbanding biasa.

“Awak nampak makin cantik kalau marah.”

Aylin mengetap bibir. Tak payah nak puji melambung tinggi ke awan kalau memang dah hatinya panas membara. Kalau versi jahat, dia nak bunuh aje lelaki kat depan ni. Tapi dia bukan jenis yang begitu. Dia bukan manusia kejam macam Ferit. Dan dia takkan biarkan Ferit mengubah dia untuk mengikut jalan hidup lelaki itu.

“Ingat, jangan cuba lari. Lainlah kalau awak nak tengok abang awak ada kubur esok lusa.”

“Ferit!” Suara Aylin bergema di seluruh ruang. Pantang sangat dia dengar Ferit sebut tentang abang dia yang langsung tak bersalah. Matanya mula terasa panas. Tolong sikit, air mata yang terasa nak mengalir keluar ni bukan sebab dia lemah tapi dek menahan hati yang terlampau sakit dengan Ferit. Lagi-lagi bila Ferit tersenyum nipis sebelum menghilang di sebalik pintu utama.

“I hate youuuu!” Suara Aylin lebih kuat berbanding tadi. Air mata yang mengalir dilap dengan hujung jari.

Terasa dunianya sudah gelap dan berputar 360 darjah. Kalau dua hari yang lalu dia mampu tersenyum sampai telinga dan ketawa mengekeh tak ingat dunia. Hari ini dia dah lupa macam mana nak mengukir senyum. Dia berlalu dan duduk sambil memeluk lutut di hadapan cermin tingkap besar. Menghadap pemandangan metropolitan memanglah tak boleh lawan pemandangan Gunung Kinabalu dari pekan Kundasang di Sabah. Tapi jauh lebih tenang dari menghadap muka Ferit.

“Ouff!” Aylin mengeluh. Nafas ditarik dalam-dalam menahan air mata yang terasa semakin laju mengalir keluar.

Along.
Zack.

Dua nama itu memenuhi ruang fikiran Aylin. Macam mana nak menghubungi sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka? Macam mana nak minta tolong supaya dia diselamatkan dari lelaki yang bernama Ferit Joe?

Aylin buntu. Dia mendongak memandang langit cerah di luar sana. Hati memanjat doa moga masih ada harapan untuk dia lari dari dunia gelap ciptaan Ferit.


**********


“MANA dia?”

“Siapa?”

“Aylin.”

Ferit tak menjawab soalan mamanya. Soalan tak penting, abaikan saja.

“Ferit bawa dia tinggal tempat lain?”

Ferit melepaskan keluhan dan memandang mamanya tajam. “Hal kami tak payah masuk campur. Mana papa? Kata ada hal nak bincang.”

“Hal macam ni memang kena masuk campur. Kalau tak nanti Ferit ambik keputusan yang tak masuk akal macam semalam.” Jay muncul tiba-tiba. Panas hati sebab anak sulungnya tak dengar cakap masih belum reda lagi. Isyarat diberikan agar isteri meninggalkan dia bersendirian dengan Ferit.

“Papa suruh Ferit bunuh aje dia. Sekarang dah….”

“Tak ada siapa boleh sentuh Aylin selagi ada Ferit. Kalau nak bunuh dia, langkah mayat Ferit dulu.” Jari telunjuk Ferit terarah ke dada sendiri. Senang cakap, bunuh lepas tu ‘cuci tangan’, takkan ada orang tahu kegiatan haram mereka. Tapi saat pistol dihalakan ke arah Aylin dua hari lalu, semuanya tak seperti yang dirancang.

Tangisan Aylin.
Rayuan Aylin.
Merayu diberi peluang untuk terus hidup.

Dia tewas dengan semua itu dan untuk melindungi Aylin daripada papa dan konco-konco yang lain, Aylin perlu kekal di sisinya.

Jay merengus kasar. Kedegilan Ferit ni rasanya satu level dengan Gunung Everest. Cakaplah sampai berbuih mulut sekalipun, Ferit takkan dengar.

“Dan Ferit bawa dia tinggal dekat Peak Vista sebab kat dalam rumah ni banyak raksasa yang perlu dielakkan.” Kalau dia sendiri pun tak tahan duduk serumah dengan keluarganya, apatah lagi Aylin. Dia taklah kejam sangat nak bagi Aylin hidup terseksa. Dia cuma nak Aylin selamat.

“Sampai bila nak simpan dia?” Jay melabuhkan duduk di sofa. Bagi dia, Ferit sangat berfikiran pendek. Tak fikir masak-masak. Untuk jangka masa pendek bolehlah kot kahwin macam main pondok-pondok. Tapi apa pula rancangan untuk jangka masa panjang? Perempuan tu memang tak boleh berada di sisi Ferit. Dia bimbang Ferit akan 

“Hal Ferit, jangan masuk campur. Nak bincang hal kerja ke tak ni? Kalau tak Ferit balik.” Keras suara Ferit. Hal dia dengan Aylin, tak ada siapa boleh masuk campur atau bagi nasihat sekalipun. Lagipun kehadiran Aylin dalam keluarga mereka takkan berikan apa-apa impak. Setakat masuk berita cakap anak usahawan berjaya dah berkahwin dengan wanita pilihan langsung tak mempengaruhi bisnes keluarga.

Jay tersenyum sinis. “Jangan menyesal nanti sudah.”

Tanpa menunggu lama, Ferit berlalu keluar. Pintu ditutup kasar, biar berdentum bagi bergegar satu rumah supaya semua orang tahu yang dia tak suka hal peribadinya menjadi isu utama.

“Tengok sampai bila baru bertahan.” Jay bercakap sendiri. Dia yakin Aylin dan Ferit takkan saling mencintai. Dalam fikiran terbayangkan dua kemungkinan yang ada.

1. Ferit akan ceraikan Aylin.
2. Aylin akan melarikan diri sebelum bercerai.

Tak kisahlah kemungkinan yang mana satu. Asalkan tempat Aylin bukan lagi di sisi Ferit, Aylin akan tetap dibunuh.



p/s : New month. New manuscript. And I hope you all will like it :) Till then, love loads! 

No comments:

Post a Comment