“KAK NGAH, kau bernasib baik tak pilih jadi web developer.”
Dahlia diam. Komen si adik yang jauh beribu-ribu batu buat dia tergamam. Ah, sekarang dia ingat! Dulu dia dengan Danial sempat ‘brainstorming’ kerjaya apa yang sesuai untuk dirinya yang ala – ala tak suka langsung bersosial. Jadi nak pilih kerja yang boleh terperap kat rumah 24 jam.
“Kenapa?” Perasaan ingin tahu meluap walaupun dia dah boleh agak.
“Sekarang web designer ke, web developer ke, dah jadi kerja yang IT geek and creative people buat sekadar hobi. Downgrade nak mati kot.”
“Mana ada. Kerja specialist tu.”
“Iye, tak percaya sudah.” Zaman dah berubah. Banyak benda boleh dipelajari secara alam maya kalau minat dan kreativiti bergabung. Gigih Danial pertahankan faktanya yang kedengaran auta di telinga Dahlia.
Bersambung pula perbualan mereka dengan pakej stimulus yang ditawarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Seorang kategori B40, seorang kategori M40. Nak menapak ke T20 belum lagilah nampaknya kedua-dua anak Encik Dahlan. Dia cuma telah menghabiskan (baca: membazirkan) masa berjam-jam melayari media sosial, menghadamkan gelagat sesetengah T20 yang menjadi topik hangat Jabatan Netizen. Banyak perbendaharaan kata bertambah sempena musim RMO contohnya Bangsar Bubble dan Libertad. Semuanya berkaitan dengan isu golongan T20. Kalau perkataan yang timbul daripada M40 dan B40 mungkin Dalgona Coffee? Dahlia istighfar. Dia patut lebihkan masa untuk aktiviti yang lebih berfaedah. Sekurang-kurangnya antara 3 perkara ni, salah satu dia wajib skor. Kalau tak nampak sangat membuang masa sahaja sepanjang terperuk di rumah selama RMO walau pun hakikatnya #dudukrumah ialah hashtag rutin dia bertahun sudah.
Satu, paling tak Dahlia wajib belajar skil yang baru. Dua, mencuba bidang perniagaan atas talian yang baru atau yang ketiga tambah ilmu pengetahuan baru - janji semua barulah. Kalau semua tak ada, YOU ARE A LOSER. Huruf besar semua ya Cik Dahlia Adeeba.
DAHLIA menghembuskan nafas dalam. Pandangan kosong ditala ke segenap pelosok pemandangan daripada tingkat 11. Jalan raya kosong. Pemandangan yang luar biasa. Tambah lagi cahaya matahari malu – malu berselindung di sebalik bukit. Suasana sekarang sesuai benar dengan kata orang putih, ‘hope breeds eternal misery’. Ramai yang menaruh harapan agar kehidupan kembali seperti sedia kala. Nak tunggu tempoh RMO berakhir amat menyeksakan bagi ramai rakyat Malaysia tapi bukan Dahlia. Kondominium seribu kaki persegi inilah dunianya.
Dia tak dapat pun nak bezakan kehidupan kuarantin yang orang kecohkan sangat dengan kehidupannya sebelum ini. Ada beza ke?
Dahlia bangkit daripada duduk. Tak sangka musim kuarantin makin mengeratkan silaturahim dengan keluarga. Kalau dulu, nak tunggu Danial telefon memang payahlah. Sekarang rajin pula mengadu setiap butir perkara yang berlaku di hospital tempatnya bekerja.
Lamunan Dahlia terhenti apabila mendapat panggilan daripada brother Food Panda. Cepat-cepat Dahlia mencapai tudung dan menggayakan sepantas kilat. Semua komuniti kondo ini bersepakat memutuskan semua penghantaran hanya dibenarkan di pintu utama kondo sahaja. Tak boleh akses dalam lif. Dahlia awalnya tak setuju kerana rasanya lebih selamat kalau semua orang duduk diam – diam dalam rumah dan tunggu penghantaran di muka pintu sahaja tapi banyak lagilah isu keselamatan yang diteliti oleh mereka. Terpaksalah menapak ke bawah dan tak lupa sekeping surgical mask dipakai.
Lif berhenti di hadapannya dan Dahlia melangkah masuk. Dia orang ketiga dan mengambil tempat di kotak yang paling hadapan. Sejak social distancing dijadikan amalan, masuk lif kena cari kotak mana kosong kat lantai lif. Tak kosong kena tunggu trip seterusnya.
Baru lif nak terkatup, pintu lif ditahan dari luar. Dahlia bergerak ke petak tengah. Cubaan nak patahkan tangan sendiri ke apa berani sangat tahan pintu lif yang sedang nak tutup guna lengan? Bebel Dahlia dalam hati dan akhirnya dia pandang tegak ke depan.
Hanya Tuhan yang tahu hidungnya kembang kuncup di sebalik surgical mask dek menahan bau wangian jejaka di sebelahnya. Seriuslah, nak turun ambil penghantaran Food Panda pun kemain smart dan wangi? Atau ketua keluarga yang nak keluar beli barang basah? Di belakang, seorang wanita Cina pertengahan umur bersama seorang anak lelaki yang pada tekaan Dahlia budak tadika kot. Sekarang, kalau jumpa atau berselisih dengan orang memang buat mental note. Semua orang berpotensi sebagai pesakit Covid -19 yang positif. Maklumlah trend pesakit asymptomatic atau tanpa simptom dah banyak jadi lagi kena sentiasa berburuk sangka. Akhirnya Dahlia terbersin dah tak boleh nak cover.
Hacuuum!
“Hey! You have corona?”
“Jack! Sorry, cik.” Si ibu dengan penuh serba salah cepat – cepat menutup mulut si anak.
“No problem and hi kiddo, I don’t have corona but I’m freaking hungry. I’m going down to get my food and he smells like a spicy food, hence the sneeze.” Dahlia dah tak agak – agak menyalahkan jejaka yang super wangi di sebelah siap dia bagi pakej jeling tapi sang jejaka hanya memandang dengan pandangan tak berdosa.
Sampai di lobi, Jack dan si ibu menghilang tapi si jejaka spicy masih berkeliaran di tempat peti pos, sama macam dia agaknya tunggu food delivery. Di setiap peti pos dah ada siap tempat gantung agar abang delivery sangkut plastik makanan ikut alamat rumah masing-masing.
DAHLIA menarik nafas lega apabila masuk ke rumah. Surgical mask yang melekap dibuka. Tudung juga disangkut di kerusi meja makan. Tak sabar nak menghadap rezeki. Hari ni Dahlia menyahut seruan kerajaan. Kadang – kadang kena makan luar juga nak bantu kestabilan ekonomi. Ya – ya sangat padahal dah seminggu kempunan nak makan burger ayam double Ramly extra BBQ sos.
“Yummy!” Dahlia bersemangat membuka plastik di hadapannya tapi yang terbentang di hadapan mata bukanlah si idaman kalbu.
What the heck!
Tiba – tiba dia teringatkan jejaka spicy. Mamat tu pun tengah tunggu food delivery juga sebab dia ingat sangat ayat pujuk nak sedapkan hati dia yang dituduh positif corona oleh Jack tapi ada juga nada sinis dalam ayatnya. Dahlia pula, nampak abang delivery masuk terus terkam ambil plastik dan blah langsung tak periksa dulu. Duh!
Terngiang - ngiang kata-kata jejaka spicy.
“Dalam keadaan macam ni nak buat macam mana, lapar punya pasal kena turun dan ambil risiko bercampur dengan public. You’ll be damned if you do and damned if you don’t.”
“Damn!” Dahlia ketuk meja.
p/s : Yes, ini first time me, Kak Rin Ahmad and Kak Farah Hussain collaberate bersama. Hope you all enjoyed reading!
No comments:
Post a Comment