DAHLIA melipat telekung. Tempoh risaukan Uncle Tobias dah berlalu. Sekarang dia lebih risaukan diri sendiri. Rambut disikat kemas sebelum dia berlalu ke ruang tamu. Kuku ibu jari diketap dengan kedua belah kaki diangkat dan dilipat di atas sofa.
Cushion pillow diambil dan dipeluk.
Pheww…
Dahlia menarik nafas dalam. Rasanya hatinya dah kerap menderhaka. Kalau dulu dia bosan di-Speedmart-kan oleh Amir, kini dia tertunggu – tunggu pula.
New normal perhaps?
Kalau dulu berseorangan tu nikmat dunia, kini berdua bercakap depan pintu rumah pun hati dah berbunga. Harapkan musim RMO langkah pendek, kalau tak rasanya mahu dari pintu rumah ke pintu kereta. Panjang langkah mereka berdua nanti.
Hari ini dapur Amir baru loading barang ke apa? Atau…tak masak? Atau…tak sihat? Dah dua hari Amir tak muncul. Dia pula nak menempel lepas Amir dah straight forward berbicara perihal hati dan perasaan memang tak lah. Karang dah macam bagi jawapan pasti pula sedangkan dia masih perlukan masa.
Teringat yang dia berjanji untuk membantu Uncle Tobias menukar langsir baharu rumahnya, bergegas Dahlia mencapai tudung dan menapak ke rumah Uncle Tobias.
Lebar senyuman Uncle Tobias melihat Dahlia.
“Aik, kenapa Uncle panjat pasang langsir tak tunggu Dahlia? You could fall and hurt yourself.” Dahlia dah ala mak tiri marahkan Uncle Tobias. Tak sampai seminggu keluar hospital dah lagak macam orang normal. Tahulah beria-ia tunggu Damien habis tempoh kuarantin dan balik rumah tapi kan dia dah janji nak tolong.
“Don’t worry young lady. Amir dropped by. He helped me.”
“Oh.” Terus mulut bertih jagung Dahlia kembali ke mode bisu macam biasa. Boleh pula singgah jenguk Uncle Tobias tapi tak boleh jenguk dia.
Dah kau kenapa Dahlia? Ada tertulis kat mana – mana Amir wajib mengendeng kat depan rumah?
Semata – mata sebab I love you 3000? Sebab halal relationship goal yang Amir maksudkan? Lamunan Dahlia terhenti mendengar deringan WhatsApp masuk.
Miss me?
Dahlia senyum. Hati kembali berbunga tapi mesej Amir dibiarkan tak berbalas.
“Uncle dah makan?”
“Yes. I ate bread and heat up fried rice from yesterday. Agaknya Amir makan macam mana ya?”
“He is a good cook Uncle. Don’t you worry.”
“He fell off the ladder yesterday while helping me with the curtain. Siapa tu? Aina, Lina…that girl datang tolong Amir bawa pergi klinik and he then called later telling everything was fine and no serious injury.”
“Adriana…it’s Adriana.” Jantung Dahlia berdegup laju.
No wonder, he’s been quiet.
DAHLIA mundar – mandir di hadapan unit Amir. Dalam sejarah hidup dia pernah ke tekan loceng rumah lelaki selain rumah Daniel atau Uncle Tobias?
Kalau sejarah peradaban dunia rasanya bersepah spesis perigi cari timba.
Baru Dahlia nak angkat kaki, pintu dibuka dari dalam.
“Hai…” Dahlia terpaksa menegur dengan penuh rasa serba salah.
“Hai…” Dahi Amir berkerut. Patutlah intuitif dia rasa nak buka pintu lima minit lagi awal dari masa yang Adriana janji nak datang. Pintu grill juga dibuka.
“Amir…”
“Hmmm…” Amir tunjukkan kakinya yang sakit pakej dengan bahasa isyarat dan terus berjalan masuk dan duduk di sofa. Sebuah laptop terbuka menghadap Amir.
Dahlia faham bahasa isyarat Amir. Sakit kaki jadi tak boleh berdiri lama. Jalan pun nampak juga terhencot-hencot walaupun tak adalah berbalut bagai.
“Sakit? Uncle Tobias yang bagitau.” Dahlia terpaksa melangkah sehingga ke muka pintu semata – mata nak berlawan cakap dengan Amir yang duduk di sofa ruang tamunya.
Sempatlah matanya melilau sekeliling rumah Amir. Hiasan dalaman not bad. Semua perabot dan color scheme pilihan Amir manly through and through tapi dia yang wanita ni boleh saja merasa selesa memandang.
“Ala...sikit je.”
“Itu yang dah lama tak melawat Speedmart ya?” Dahlia meneka.
“Rindu? Datang nak bagi jawapan live ke?” Amir senyum segaris. Soalan Dahlia dijawab dengan soalan juga.
“Dah makan?”
“Belum. Tak larat nak diri lama – lama masak tapi dah ada orang hantar makanan.” Amir kerling sebungkus makanan yang dihantar Adriana pagi tadi. Dia yang tak berselera nak makan.
“I see.”
Dahlia tarik nafas dalam. Orang macam Amir tak perlu pun dia risaukan. Bersepah agaknya gadis yang nak amalkan konsep #kitajagakita dengan Mr Spicy.
“Jawapan awak Dahlia macam ada nada salah faham lagi je. Susahlah kalau awak nak bagi sincerity saya ni tangible. Dahlia darling, please. Kalau awak nampak saya dengan mana – mana gadis cantik ke, tak cantik ke atau nampak saya bercakap mesra dengan mereka, that just me, being me.”
Dahlia ketap bibir.
Malu dengan ‘keterbukaan’ Amir menenangkan perasaannya.
“You have the gifts of making others feel at ease and those pretty ladies and your #kitajagakita concept creeping me out.”
“Sweetie...” Amir angkat muka daripada laptop. Jadi tepatlah inferens dia selama ini, Dahlia takut dengan ‘perangai’ dia yang memang dari azali mesra alam dan disalah ertikan sebagai flirting atau playboy? Bukan semua perempuan suka lelaki baik dan gentleman ke?
Dahlia oh Dahlia.
Baik pun tak boleh?
Jadi moto dia selama ini, throw kindness like confetti kena tukar jadi buat baik berpada – pada, buat jahat jangan sekali?
“Apa nak risau. Orang tak cantik macam Uncle Tobias pun saya tetap akan tolong kan. Kalau tiba – tiba awak nampak saya mesra alam dengan gadis yang awak klasifikasikan cantik tu, just remember one thing. You are the prettiest girl. Other pretty girls, if they were pretty, they were pretty. You are loving and only you can warm my heart. Other girls, it’s just ‘congratulation about your face’.”
“That’s...” Dahi Dahlia berkerut apabila melihat sambil bercakap dengannya Amir memberi isyarat dan pandang ke depan skrin laptop.
“Oh, this. Saya tengah hang out meeting.”
“Jeeezzzz…”
p/s : Agak-agak Dahlia datang ni nak bagi jawapan ke? Stay tuned lovelies!
No comments:
Post a Comment