BAB 14
TUBUH Mia dibaringkan Syazwan di atas katil. Sempat
pipi Mia dicium sekali sebelum dia berpaling menghadap wajah tegang Maya.
Marah? Oh! Dia lagi marah. Selamba Maya layangkan penampar sebijik bila dia mengaku sebagai suami di depan lelaki yang tidak
tahu timbul dari celah mana di dalam hidup Maya.
“Awak nak apa?” tanya Maya.
Wajah Syazwan ditatap tajam. Bila
Syazwan mendekat, Maya masih tegak berdiri di tempat tadi sambil berpeluk
tubuh. Tak takut pun. Syazwan takkan sampai tangan. Dulu nak cubit dia pun
Syazwan tak sanggup.
“Who is he, Maya?” Syazwan membuka
mulut. Syazwi Imad. Masa bersalam tadi, lelaki itu siap bagi nama penuh sekali.
Mata Maya terarah pada tubuh si comel
yang bergerak–gerak. Mesti Mia tidak selesa. Baju tidur belum ditukar.
“Lima minit,” pinta Maya.
Pijama Mia di dalam almari dicapai
Maya. Dengan penuh hati–hati dia menukar pakaian Mia. Bimbang si jantung hati
terjaga. Payah nak pujuk untuk tidur semula kalau Mia terjaga dan menangis.
“Nak minta tolong tak?”
Tangan Syazwan mengelus rambut Mia
ditepis Maya. Sempat dihadiahkannya jelingan tajam. Menyibuk melebih!
“Kita bincang di luar,” bisik Maya.
Syazwan sekadar menurut. Mata tidak
lepas memandang wajah Mia. Hidung dan mata Mia sebijik tempek wajahnya! Itulah yang buatkan dia lagi jatuh sayang
pada Mia.
Melangkah ke ruang tamu dan menunggu
Maya di situ, Syazwan kumpul sebanyak mungkin soalan-soalan yang ingin ditanya.
Tidak lama menunggu, kelihatan Maya
keluar dari bilik si kecil dan melangkah ke arahnya yang duduk menunggu di
sofa.
Suasana di ruang tamu diam dan
tegang. Maya di hujung sana manakala Syazwan pula seberang sini. Nadia sudah
lama menghilangkan diri ke tingkat atas. Tak nak masuk campur hal suami isteri.
“Siapa dia?” tanya Syazwan kali
kedua.
“Shaz. I mean another Shaz,” jawab Maya
bersahaja.
Syazwan tarik nafas dalam. Sama nama.
Pandai Maya pilih pengganti.
“What do you mean by another Shaz?”
“Yalah, another Shaz. Kenapa? Awak ingat awak sorang saja Shaz kat dalam
dunia ni?” Maya menjawab selamba.
Kalau difikirkan betul–betul, dia
yang bersalah. Keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami. Balik pula
hampir tengah malam. Mahunya Syazwan tak marah. Salahkah Syazwan mengaku
sebagai suami? Dan dia yang terkejut dan marah membuatkan tangan rasa ringan
hinggap di pipi Syazwan. Serius dia dihimpit rasa bersalah.
Syazwan tersenyum nipis. Pahit. Shaz
versi Papa Mia hanya ada seorang saja Maya. Takkan dah lupa. Hati Syazwan
berkata sendiri.
“Awak dah lupa awak isteri saya ke
Maya?”
Aik! Ingat pulak Syazwan ni yang dia
masih isteri yang sah. Habis tu lebih tiga tahun lalu tak ingat ke? Terangkat
sebelah kening Maya.
“Oh! Saya masih isteri awak ke?
Ingatkan awak yang dah lupa.”
Pang! Syazwan tertampar lagi. Untuk kali
keempat. Dia melepaskan keluhan. Bersandar pada belakang sofa dengan rambut
dilurutkan ke belakang. Rambut kusut, fikiran pun turut sama kusut.
“Jangan nak cari gaduh, Maya.”
Datang untuk berjumpa malam ini
bukanlah dengan niat nak bertekak. Dia datang mahu memujuk Maya. Mama teringin
nak jumpa Mia. Kalau diikutkan hati, boleh saja kiranya dia ‘culik’ Mia sejam
dua dari nursery tanpa izin Maya.
Mama nak jumpa cucu mama.
Umur dia berapa?
Iras siapa? Shaz ke Maya?
Itulah soalan-soalan Maya yang
menghujaninya. Kalau boleh, malam ini juga dia nak bawak Mia balik rumah mama.
“Kita berpisah, Shaz.” Permintaan
Maya buatkan Syazwan rasa terhenyak teruk. Lain yang diharap, lain yang
menjadi. Maya sekarang sudah semakin berani.
“Pernah dengar cerai fasakh tak?”
tanya Maya perlahan. This is totally not
good, Maya!
Oh gosh! Syazwan betul–betul rasa tertekan.
Maya sudah merepek yang bukan–bukan. Wajah ditunduk memandang lantai dengan kedua–dua belah tangan
diletakkan di belakang tengkuk. Rasa takut, resah dan sedih kini bertamu di
dalam hati.
Takut untuk kehilangan Maya. Resah
kerana tidak dapat memujuk Maya dengan cara baik. Dan sedih jika satu hari dia
harus menjauh dari kehidupan Maya dan Mia.
“Ops!
Saya terlupa. Awak kan cetek ilmu agama, agaknya awak tak tahu pun maksud cerai
fasakh tu. Dah berapa lama awak tinggalkan saya Shaz?”
Fuh! Panas telinga Syazwan. Menyindir
tahap tertinggi. Wajah selamba Maya ditatap. Cetek agama tak semestinya dia tak
faham apa itu cerai fasakh.
“Selama ni saya sorang yang besarkan Mia. Tak pernah
ada masalah pun. So just let us go, Shaz.
Tak ada guna saya bersuamikan lelaki macam awak. Ketua keluarga yang tak dapat
membimbing keluarga sendiri.” Lancang mulut Maya meluahkan kemarahan di hati.
Syazwan terdiam. Kerdilnya dia! I’m sorry Maya. I can’t be perfect!
SYAZWAN ketawa sendiri. Gelas di atas
bar diputar–putarnya dengan tangan. Soal kepala pening ditolak tepi. Bayang–bayang
Maya dilihatnya di mana–mana. Habis ketawa, dia tertunduk lama.
‘Jangan minum lagi, Shaz. Nanti awak makin
mabuk.’
Syazwan mendongak. Toleh kiri kanan.
Tiada Maya. Syazwan tersenyum nipis. Memang dah sah dia gila bayang dengan
isteri sendiri.
‘Shaz,
baliklah sekarang. Saya tunggu awak. Dah lambat dah ni. Esok kita ada kelas.’ Suara
lembut Maya ketika memujuk waktu dulu-dulu menerpa anak telinganya.
Syazwan tersenyum lagi. Itulah ayat tetap Maya yang memujuk dia balik
setiap kali dia bertukar menjadi Badman
ketika di Sheffield dulu.
Kalau dulu, Maya akan setia
menunggunya di muka pintu. Bila muntah, Maya yang akan tolong bersihkan. Bila
pening, Maya yang akan tolong urutkan kepala. Pendek kata, seteruk mana pun dia,
Maya tetap bersabar.
Tapi kini? Nak balik apartment pun
tiada sesiapa yang akan menyambut kepulangannya. Perabot yang kaku dan ikan Arawana yang berenang kiri kanan di
dalam akuarium saja yang menjadi peneman. What
a pathetic life I have, Maya!
If you go hard you gotta get on the floor,
If you’re a party freak, then step on the floor,
If you’re an animal then tear up the floor,
Break a sweat on the floor, yeah we work on the floor.
Syazwan bangun dan bergerak keluar.
Dalam hati nak balik dan melontarkan tubuh ke katil. Lagu J. Lo langsung tidak
menarik perhatiannya. Dance floor di
depan mata hanya dipandang sekilas. Biasanya itulah yang menarik perhatiannya.
Lenggok mana–mana perempuan yang menari sampai lupa dunia yang menggetarkan
keinginan lelakinya. Tapi hari ini, dia rasa jijik. Nak pandang pun dia tak
lalu.
Perjalanan yang sepatutnya sekejap
saja terasa begitu lama. Lagi–lagi hujan sudah mula renyai–renyai. Hati terasa
makin sunyi dan sedih. Oh! Takkan nak menangis. Tak macho!
Pedal minyak ditekan Syazwan. Makin
laju keretanya membelah jalan. Benarlah kata orang, don’t drink and drive. Sampai di traffic light, Lexus IS250
berwarna putih Syazwan tidak sempat berhenti. Stereng kereta dipusingkan ke
kanan tanpa sedar.
Boom!
Airbag di depan stereng terbuka.
“Arghh!”
Syazwan menjerit melepaskan geram.
Bawalah lagi laju–laju. Sedap–sedap langgar tiang traffic light!
BAB 15
Syazwi intai ke bilik papanya yang
sedikit terbuka. Lampu yang masih terpasang memudahkan matanya menangkap bayang
papanya yang duduk di kerusi rotan di balkoni bilik. Lantas, Syazwi atur
langkah masuk menuju ke arah papanya.
“TAK tido lagi ke?” Syazwi menegur.
Kamal berpaling. Anak terunanya
berdiri di sliding door dengan muka
segar. Dapat agak. Syazwi baru lepas mandi.
“Papa bosan,” jawab Kamal.
Berkepul–kepul asap cerutnya di
udara. Syazwi mengambil tempat duduk di kerusi rotan sebelah. Wajah Papanya
dijeling sekilas. Tebalnya asap. Cerut dari celah mana yang papa hisap ni?
“Nak try
ke?” Kamal membuat tawaran.
Syazwi tergelak sambil mengeleng.
Pandangannya dilontarkan ke hadapan. Malam ini katak aktif menyanyi. Hujan
renyai–renyai yang membasahi bumi membuatkan tubuhnya yang terdedah terasa
sedikit dingin.
“Camelia apa khabar?” Soalan cepumas
papa memang tak boleh blah.
“Entah. Don’t know don’t care,” jawab Syazwi acuh tak acuh. Camellia sihat
ke tak, terjun laut ke tak, bukan urusan dia.
“Kalau Shaz tak nak Camelia, papa
boleh cari lain.” Kamal menawarkan diri.
“Taste
papa semua tak boleh haraplah.” Jawapan Syazwi membuatkan Kamal terbatuk
kecil.
Syazwi menoleh ke sisi. “Kan dah
pesan jangan hisap lagi benda alah tu,” rungut Syazwi. Orang tua memang selalu degil
macam papa ke?
Kamal sekadar tersenyum. Omelan
Syazwan umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Pa, tak nak kahwin baru ke?”
“What?” Terjegil mata Kamal mendengar
soalan si anak.
Syazwi tayang senyum segaris.
“Dah tua dah pun,” jawab Kamal. Kambing
tua siapa yang nak. Dulu–dulu masa badan masih bergetah pun siap kena tinggal
isteri sendiri. Salah siapa? Bekas isteri atau dia sendiri?
“Mana tau. Belum cuba belum tau, pa.
Poket kan penuh. Siap ada pangkat lagi,” sakat Syazwi.
“No.
No. Papa dah expired. Shaz bila
nak cari calon? Papa boleh masuk meminang terus.” Kamal mengubah topik.
Cadangan Syazwi memang tak boleh
pakai. Nanti apa kata orang Datuk Kamal yang dah berumur 60 tahun berkahwin
baru. Iskh, tak naklah!
Tawa Syazwi mati perlahan–lahan.
Maya. Maya. Maya. Itulah calon yang ada di hatinya ketika ini. Tapi, nak
menggapai Maya memang mustahil. Hati retak seribu bila mendapat tahu yang Maya
rupanya masih isteri orang.
Janda beranak satu? Ku terima dengan rela hati.
Perempuan tanpa suami? Mia anak luar nikah? Ku tutup sebelah mata.
Balu? Ku terima dengan rela hati.
Isteri orang? Pet! Pet! Boleh blah!
Mana dia tak geram. Rasa tertipu
tahap songoku supersaya. Maya kata
tak ada suami. Bla bla bla...Tup–tup
suami Maya muncul di depan rumah sewa Maya. Siap perkenalkan diri penuh sopan.
Sangat memalukan diri sendiri yang sedang mengusung hak milik lelaki lain.
“Shaz jatuh cinta dengan isteri
orang, pa. Silap,” luah Syazwi.
“Laaaaa..ye ke?”
Syazwi angguk kepala. Haruslah nak
luah dengan papa. Takkan nak luah dengan Makcik Nora pembantu rumah. Malu!
“Pa, ada add mama kat FB tak?” tanya Syazwi tiba–tiba.
Berkerut dahi Kamal. “Kenapa pulak?”
Syazwi tidak menjawab. Dia angkat punggung
menuju ke arah meja di sudut bilik. Dan melabuhkan punggung di kerusi yang
terdapat di situ.
“Kenapa dengan FB mama?” laung Kamal
dari balkoni luar.
Senyap! Laju saja tangan Syazwi
meneruskan melarikan mouse sana sini. Dia ingin mencari kepastian tentang
keraguan di kepalanya.
Log in. Rafaniah Harun. Search! Syazwan Iman. Son.
Syazwi mengeleng kepala. Tangan naik
meraup wajahnya kasar. Sah! Syazwan Imad! Bingo!
“Papa, why did she leave us?”Soalan
Syazwi dari dalam dibiarkan pergi oleh Kamal. Tak nak jawab. Tak akan jawab.
Andainya masa boleh diputar semula......
alahai cian nyer kat depa dua beradik neh...ssh nyer bile konflik soal hati neh!leh tahan ker kalu cinta mmg dh ade kat ati!!!abg ngan adk hati kat insan yg same..so what to do...hati dh terlajak bile cinta dh berputik tetiba kekasih ati masih hak org mau tk meroyan jd nyer...
ReplyDeleteHai kak norihan...
Delete;) sebab beradik jadi readers pun pandai cipta alkisah sawan dan sawi ;p best man wins! hope u enjoyed reading dan jangan lupa entry seterusnya kak ;) big hug!
syazwan n maya please<3
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) catch up the next entry k ;) big hug!
Best...Nak lgi...terase n3 nie pndek sgt ler...huhu...
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) sebab pendeklah kuar jadi dua entries terus ;p next entry kita jumpa next week k ;) big hug!
Best...Nak lgi...terase n3 nie pndek sgt ler...huhu...
ReplyDeleteSyazwan prnh wat lafaz taklik ke dulu waktu nikah gan maya...??
ReplyDeleteKesian lak kat syazwi sbb kena tggl gan mak dia...
Hai ano...
Delete;) so sorry, my bad here babe! patutnya 'fasakh' bukan 'taklik' ;) masing2 ada kisah sendiri, yg mungkin sedih dan mungkin happy :) big hug!
Syazwan rasanya x bersungguh nak berubah sebab kalau dia bersungguh nak berubah dia x akan minum hingga mabuk sedangkan Syazwan tahu yang Maya x suka perangai begitu.... kalau Maya tahu Syazwan kemalangan kerana mabuk lagi Maya lagi x suka kan.... Maya boleh minta cerai taklik ....
ReplyDeleteSyazwi memang anak yang baik... insyallah boleh jadi suami yang baik .... tapi adakah dia sanggup merampas kebahagian adik tiri yang x bertanggungjawab pada isteri dan anak selama ini....
Hai kak sue...
Delete;) syazwan masih dalam samar2 lagi, ni kes otak letak kat kepala lutut. sedih2 pergi hadap benda alah, royalti adalah langgar tiang lampu ;p
kalau mms dulu banyak yang anti sawi kak sue. kak sue sokong siapa? ;) big hug!
bestnya..
ReplyDeleteHai ruunna...
Delete;) glad u like it! big hug!
Nape cerai taklik bukan tuntut cerai fasakh....sory kalo sye silap....cume ingin tahu je....hehe..
ReplyDeleteHai ano...
Delete;) so sorry babe, my bad here! tak expert sgt benda ni, and ya i referred to expert ones, patutnya 'fasakh' bukan 'taklik' ;) makseh atas teguran. ada silap lagi just let me know k. big hug!
oohhhhooo....
ReplyDeletekita tak tahu antara dua...!
sawi ke sawan??
heheh!
really cant wait nk peluk novel terus!
Hai MiMi....
Delete;) pilih satu je, kalau pilih dua - dua nanti melepas terus ;p glad u like it babe. me can't wait to peluk them too ;) big hug!
Hmmmm.syazwi benci kat maya ke?
ReplyDeleteLepas ni syazwi ambil berat ttg maya lagi tak?i prefer syazwi more than syazwan.
ReplyDeleteAnd one more thing, novel ni sampai bab berapa ye?takkan sampai bab 19 je kut.
ReplyDelete