Sunday, December 9, 2012

Mama Mia Shaza 8



MAYA tarik nafas dalam. Teragak – agak mahu mengetuk pintu. Rasa beraninya tadi sudah terbang jauh.


 Pergi aje, Mama Mia. Bos takkan marah, dia akan faham punya.

Bos baik hati tu, dia pasti akan tolong.


Kata – kata semangat dari Kak Zah dan Faizal masih terlekat di cuping telinga. Harap – harap betullah, Kak Zah dengan Faizal ni kadang – kadang memang tak boleh pakai.
“ Ketuk je Mama Mia, dia takkan marah. Tengah free tu sekarang,” kata Syira, setiausaha Syazwi yang duduk di meja depan.

Maya angguk kepala. Tangan Maya sudah naik, mahu mengetuk pintu. Biarlah, yang penting dia mencuba. Rasa malu belakang kira.

Krettt! Pintu dibuka dari dalam sebelum sempat diketuk. Dua – dua terkejut.

“ Awak buat apa kat sini?,” tanya Syazwi dengan riak yang masih terkejut melihat Maya berdiri statik di depan biliknya.

Lidah Maya kelu. Kaku di depan pintu. Mata saja yang berkedip – kedip melawan pandangan Syazwi.

“ Maya.”

“ Err...saya nak jumpa awak.” Maya sejak bila gugup?

“ Jumpa saya? Kenapa?,” tanya Syazwi pelik. Selama ni paling – paling pun Maya akan tinggalkan pesanan dengan Syira di depan sana. Nak jumpa dia depan – depan seperti sekarang ini memang taklah.

 “ Saya ada hal nak bincang sikit.”

“ Masuklah,” pelawa Syazwi. Pintu bilik dikuak luas, memberi laluan untuk Maya masuk. Dia membuntuti dari belakang. Tidak jadi niatnya mahu ke tandas.

“ Duduklah.”

Maya mengambil tempat duduk sofa. Matanya menjeling sekilas Syazwi yang sudah duduk di depan. Ni yang kekok ni kalau duduk berdepan dengan bos besar. Yang memisahkan di antara mereka berdua hanyalah meja kaca yang berbentuk bulat.

“ Mia apa khabar?”

Maya mengukir senyum mendengar soalan tetap Syazwi. Setiap hari, lelaki itu tidak luak langsung bertanyakan tentang Mia.

She’s fine. Makin hari makin nakal.”

Syazwi tergelak.

“ Budak – budak mana yang tidak nakal, Maya. Normallah tu, kan?”

Ceh! Syazwi! Bercakap lagak macam sudah ada anak. Walhal Maya di depannya ini jauh lebih berpengalaman berbanding dirinya.

“ Tapi kalau nakal sangat pun susah. Nanti naik minyak payah nak jaga,” balas Maya.

Syazwi membetulkan duduk. Tangan bermain – main dengan hujung necktie. Satu tabiatnya setiap kali nervous. Jangan nervous breakdown depan Maya sudah.

“  Kenapa nak jumpa?,” Syazwi bertanya.

Maya tarik nafas panjang. Ayat yang tersusun cantik di mindanya tadi sudah berterabur. Jari – jemarinya memintal – mintal hujung skirt tanpa henti.

“ Saya dah kerja sebulan kat sini kan?,” Maya memulakan bicara.

 “ Ya. And?

“ Boleh tak kalau saya minta gaji awal? Saya tahu belum cukup tiga bulan lagi saya kerja sini tapi saya betul – betul perlukan duit.”

Lancar saja Maya bercakap. Nafasnya ditarik dalam – dalam. Dia tahu memang masih belum tiba masa lagi tapi dia terpaksa. Duit simpanannya sudah lama habis. Selama ini pun duit Nadia yang dipinjamnya.



Yuran nursery Mia.

 Sewa ruma.

Bayar kereta.

Minyak kereta. Kota Damansara – Bangi setiap hari boleh tahan tu.

Barang – barang keperluan Mia.



Hidup dia di Sheffield tak sama dengan hidup dia sekarang. Lagipun di Sheffield dulu Nadia banyak tolong kiri kanan atas bawah. Sheffield dikategorikan sebagai bandaraya Kadar C untuk pelajar – pelajar tajaan biasiswa, bermakna taraf hidup rendah. Sewa apartment di Sheffield tidak sampai separuh dari sewa rumahnya sekarang. Sekarang ni kalau dia bekerja sampai berkikis bulu betis pun belum tentu dapat maintain gaya hidup seorang Maya Laila dan Mia Shaza yang like mother like daughter. Dari atas sampai bawah semua sepasang.

 Nak minta dari papa dan mama, tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Dia kan sudah dibuang keluarga, takkan masih nak tunjuk muka. Tak sanggup dihina dan dihalau buat kali kedua.

Syazwi memandang wajah resah di hadapannya. Lama. Rasa kasihan pada Maya.

“ Bila awak perlukan duit?,” tanya Syazwi. Masih tenang seperti tadi.

“ Kalau boleh minggu depan sebab minggu depan dah hujung bulan. Banyak benda saya kena bayar,” jawab Maya terus – terang. Kalau tunggu gaji keluar sampai tiga bulan akan datang, dia nak bagi Mia makan apa? Rumput dan batu?

Syazwi mengubah posisi duduk. Tubuhnya membongkok sedikit ke depan dengan kedua – dua belah tangannya diletakkan di atas lutut.

Berfikir sejenak. Banyak yang dia perlu tahu tentang Maya. Sudah hampir sebulan bekerja di bawahnya, Maya lebih banyak berahsia. Keluarga Maya, suami Maya. Di mana mereka? Yang dia tahu, hanya Mia dan Nadia saja yang wujud di dalam hidup Maya.

“ Maya, I need to ask you something.” Dalam otak Syazwi dah set nak tanya macam – macam soalan.

Maya telan liur. Janganlah tanya yang bukan – bukan. Yang paling penting, jangan sentuh tentang keluarga atau yang sewaktu dengannya. Nanti apa kata Syazwi. Anak Datuk tak cukup duit. Terpaksa meminta gaji lebih awal.

“ Mana suami awak?,” tanya Syazwi.

Tersentak Maya. Soalan membunuh dari Syazwi.

“ Maaf kalau awak terasa Maya, tapi saya betul – betul nak....”

“ Saya tak ada suami.” Strike one, Maya! This is not good!

Bulat mata Syazwi. Wajah yang mahukan penjelasan lebih itu dipandang Maya sekilas.

“ Saya tak pernah ada suami. Saya cuma ada Mia selama ni,” kata Maya lagi. Big mistake Maya!

Lantaklah Syazwi akan pandang serong atau tidak selepas ini. Takkan nak mengaku dan menyebut nama Syazwan. Patut dibuang jauh – jauh. Lelaki yang tidak boleh diharap langsung. Nak jumpa anak sendiri pun takut.

“ I’m sorry, Maya.”

Syazwi meraup wajahnya. Rasa bersalah pula. Tanya soalan begitu buat apa. Wajah Maya yang mendung ditatap.

It’s okay. Saya dah biasa kena tanya soalan macam ni. Yelah, siapa yang tidak hairan kalau tengok saya usung Mia sini sana tanpa suami. Yang ada hati perut, mungkin akan jatuh kasihan. Tapi yang suka busuk sikit, dorang akan pandang serong,” kata Maya.

Manusia memang begitu. Bila status ibu tunggal, mulalah nak bawa mulut dengan andaian sendiri yang tak berapa betul. Zaman univerisiti, orang yang jatuh kasihan padanya boleh dihitung dengan jari. Yang lain pula hanya pandai nak menjaja mulut.

How stupid is that girl by just letting herself married to that kind of guy. Itu kata orang. But logically, is marrying someone we love a stupid action? Itu soalan di hati Maya kerana jawapannya adalah ‘NO’. Mengahwini orang yang dicintai adalah antara perkara terindah di dalam hidupnya. Cuma indah itu tidak lama.

Syazwi terdiam. Maya yang ditanya soalan begitu, dia pula yang rasa tidak selesa. Tali lehernya dilonggarkan sedikit.

“ Maya, keluarga awak mana?”

Bup!

Rasa kena hempap batu besar. Maya tarik nafas panjang. Satu lagi soalan membunuh dari Syazwi. Maya membetulkan duduknya. Hari ni sesi soal jawab ke?

“ Keluarga dah buang saya.”

Argh! Peritnya sebaris ayat itu. Tapi lancar saja meluncur dari bibir Maya di depan Syazwi.

Melopong mulut Syazwi. Rasanya dia tidak salah dengar. Tidak berkedip matanya merenung Maya.

“ Macam mana, Shaz? Boleh tak kalau saya dapat gaji awal? ,” Maya mengubah topik. Lain tujuannya berjumpa dengan Syazwi, soalan lain pula yang disentuh.

“ Boleh. Boleh. No problem. Err...sorry Maya, saya tak berniat nak sentuh hal peribadi awak,” tutur Syazwi jujur.

Mata Maya dilihatnya sudah berair. Argh! Siapa suruh tanya soalan hampeh? Kalaulah Maya dia yang punya, sudah dipeluknya tubuh lampai itu.

Maya tersenyum. Pahit.

It’s okay. Kalau tak ada apa – apa lagi, saya keluar dulu. Thanks, Shaz.”

Maya sudah bangun, namun ditahan Syazwi. Lengan Maya dicapainya. Maya berpaling, dia mendongak. Dua pasang mata itu bersabung.

“ Selama ni Mia tak pernah ada papa dia dan awak tak pernah ada suami. Am I right?”

Maya angguk kepala. Tak nak mengaku lagi?

“ Then let me be the one.”

Maya terkedu!


 ************


“ ONE little two little three little finger, four little five little six little finger, seven little eight little nine little finger, ten little fingers have I.”

Syazwan tersenyum di sebalik pintu. Lucu melihat gelagat Mia dengan rakan – rakan yang seusia dengannya. Anak kecil itu menari – nari sambil menghitung jarinya satu persatu.

Habis menyanyi, Mia tepuk tangan sambil melompat – lompat. Ketawa riang menampakkan lesung pipinya di sebelah kiri, seperti papanya juga.

Rambut Mia hari ini diikat dua, seperti hari – hari sebelumnya. Dress berwarna kuning paras lutut dipadankan dengan riben yang berwarna sama di atas kepala. Tengoklah siapa mama Mia. Bergaya habis.

 “ Selamat petang, Encik Syazwan.”

Syazwan menoleh. Puan Aina berdiri di belakangnya dengan senyuman lebar.

“ Selamat petang,” balas Syazwan.

“ Datang jenguk Mia lagi ke?,” Puan Aina bertanya mesra. Matanya turut dihalakan pada Mia yang masih seronok menyanyikan lagu yang sama dari tadi.

Syazwan angguk kepala. Sudah hampir sebulan berlalu. Setiap hari dia datang menjenguk Mia Shaza. Namun hanya mampu melihat dari jauh. Dia masih belum cukup bersedia untuk untuk bertemu empat mata dengan Mia. Dia tak layak. Sangat – sangat tak layak.

“ Rasanya elok Encik Syazwan balik sekarang. Dah nak dekat pukul 4 dah ni. Kejap lagi Mama Mia sampai,” tegur Puan Aina. Bukan nak menghalau, tetapi itulah yang Syazwan mahukan sebenarnya. Mama Mia tidak patut tahu tentang kedatangannya ke sini setiap hari.

Masalah keluarga orang lain kalau boleh dia tak nak masuk campur. Tapi setakat yang dia mampu tolong, dia akan menolong dengan sedaya yang boleh. Selagi Syazwan mahu perkara ini menjadi rahsia, selagi itulah dia menjaga amanah yang diberikan.

Syazwan tersenyum pahit. Berat hati mahu pergi, tidak puas menatap wajah si comel yang sudah berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama mereka berjumpa lagi.

“ Kalau macam tu saya balik dululah, puan. Kalau ada apa – apa, puan tahu macam mana nak cari saya,” jawab Syazwan.

Puan Aina mengangguk kepala. Syazwan bergerak ke arah pagar utama dan berdiri di situ. Ada beberapa orang ibu bapa sudah melangkah masuk untuk menjemput anak masing – masing. Mata Syazwan masih melekat pada Mia yang sudah bersedia mahu balik.

Terkocoh – kocoh Mia mengambil beg Minnie Mousenya dan disandangkan di belakang. Dicapai pula botol air besarnya dan disilangkan di bahu.

Syazwan mula mendekat.

“ Mia, mama belum datang lagi sayang. Tunggu lagi kejap,” kata Puan Aina apabila Mia terkial – kial mahu menyarungkan kasut Minnie Mousenya. Puan Aina duduk bertinggung dan membantu Mia. Budak sekecil Mia, pakai kasut pun masih belum pass.

“ Mama lum campai?

“ Belum sayang. Duduk dulu sini,” kata Puan Aina lagi sebelum berlalu masuk seketika.

Mia angguk kepala. Anak kecil itu menurut dan duduk di tepi pintu. Seorang budak lelaki yang sebayanya berlari keluar dari pintu tanpa penuh hati – hati.

Tup! Beg budak lelaki itu terkena kepala Mia Shaza yang sedang memeluk lutut. Bergema tangisan Mia.  Makin laju saja langkah Syazwan bergerak ke arah Mia.

“ Tulah, siapa suruh duduk kat situ. Kan dah kena,” selamba saja bapa budak lelaki itu memarahi Mia yang sedang menangis. Memujuk tidak, nak meminta maaf jangan haraplah. Anak lelakinya pula hanya ketawa saja melihat Mia menangis semakin kuat.

Menggelegak marah Syazwan. Tubuh Mia terus dicapai dan didukungnya. Merah matanya menahan marah.

“ Patutlah anak ni kurang ajar, sebab bapa dia pun kurang ajar,” kata Syazwan dengan suara yang tertahan.

Tersentak lelaki yang berkemeja hijau itu. Niat nak lawan balik, tapi takut pula. Tubuh lelaki di depannya ini tinggi dan tegap, silap hari bulan dia dibelasah di depan anak lelaki sendiri.

“ Lain kali jangan suruh dia duduk situ lagi,” tergagap – gagap lelaki itu menjawab.

“ Ajar sikit anak awak tu, mata jangan letak kat kepala lutut. Takkan tubuh anak saya yang tak kecil mana ni pun dia tak nampak. Minta maaf pun tak pandai, memang kurang ajar!,” marah Syazwan. Jangan sampai dia bertukar menjadi Hulk Hogan pulak di depan anak – anak dan ibu bapa yang lain.

Terdiam terus dua beranak itu. Mia yang didukungnya masih menangis sambil menggosok kepalanya yang masih sakit.

Cepat – cepat lelaki itu meninggalkan Syazwan dan Mia. Lengan anaknya ditarik mengekori langkahnya yang laju. Jangan tak cabut, kena belasah nanti!

 “ Shhh...don’t cry. Sakit ke, sayang?,” Syazwan bertanya lembut.

Mia angguk kepala dengan air matanya yang masih lebat. Kepala Mia digosok Syazwan perlahan – lahan. Air mata Mia diseka Syazwan dengan hujung jari. Boleh tahan sakit tu kalau rupa tak ubah macam kena libas dengan menggunakan beg.

“ Masih sakit lagi?,” tanya Syazwan lagi.

“ Akit,” jawab Mia. Sudah sesak sedikit nafasnya kerana terlampau banyak menangis.

Jatuh rasa kasihan Syazwan pada Mia. Dipeluknya tubuh kecil yang sedang didukung itu. Belakang Mia diusap lembut, cuba untuk menenangkan si comel.

“Shhh...jangan nangis lagi. Papa ada sini,” pujuk Syazwan. Tersalah sifat kebapaan seorang Syazwan Imad.

Papa? Oh! Perkataan paling berharga!

“ Syazwan!”

Mia dan Syazwan menoleh serentak. Terkejut Syazwan. Kaku bila melihat Maya di depan mata dengan wajah yang menyinga.

“ Maya.”

“ Mama.”

Syazwan dan Mia menyebut nama Maya serentak.

“ Bagi balik anak saya!,” kata Maya. Perlahan tapi kasar.  


p/ s : ngeeee ;) firstly, so sorry MIA lama sangat sebab minggu ni memang hectic. secondly, will post KTD finale in one of these days as promised! :) thank you so much for reading and big hug everyone! good night!

12 comments:

  1. awhhhh...buntu nk pilih sawan or sawi..ngeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) jangan buntu, pilih satu je! ;p hugsss!

      Delete
  2. Replies
    1. Hai ruunna..

      ;) glad u like it! seriously! hugsss!

      Delete
  3. takpe...
    sometimes...
    waiting is nothing..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dinda...

      ;) thank u so much for waiting babe. sangat2! hugsss!

      Delete
  4. alahai...cian kat mia..teramat sian kat mama mia..syazwi or syazwan sape hero di hati maya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak norihan...

      ;) dua - dua kesian kan...tapi nanti should i say 'kesian syazwan'? ;) hugsss!

      Delete
  5. my x pkwe dlu pn ska main tie kalu nebes.. ktorang cple dr sk mngah lg...8thun bcnta bg nak rak smpai sngup tlak twaran blajar jejauh sbb dia....n lst 1 dia tnglkn sy sbb my bstfrnd....dammmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ano...

      ;) sorry to hear bout that. i know it sounds easy than done, tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. u will get somenone better :) yg lama kalau boleh jgn dikenang lagi, kita pandang terus ke depan k. big hug!

      Delete