SYAZWI memanjangkan leher sebaik saja
sampai di tingkat tujuh. Scan. Scan.
Scan. Tak nampak kelibat Maya. Meja Maya pun kosong saja. Tolonglah jangan
ada surat perletakan jawatan di atas mejanya di dalam bilik pejabat sana.
Langkahnya diatur kemas ke arah meja Kak Zah. Hati sudah resah semacam.
I quit, boss. Tomorrow morning expect a resignation letter from me. Ayat terakhir Maya semalam masih terngiang–ngiang di telinga.
Semalaman tidur tidak lena. Kalau betul Maya nak berhenti kerja, melepaslah
dia. Menyesal seratus ribu kali kerana melayan Maya dengan buruk. Betullah kata
pepatah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Kak Zah.”
Kak Zah yang sedang terbongkok–bongkok
di meja mendongak.
“Morning,
bos,” sapa Kak Zah dengan senyuman awet muda.
“Morning.
Maya mana?”
Berkerut dahi Kak Zah. Bos terhantuk
pintu lif ke hari ni? Pelik benar soalannya. Takkan bos dah lupa kot.
“Mama Mia? Expo kan?,” jawab Kak Zah.
Oh my! Syazwi menepuk dahi sendiri! Serius
lupa! Langkah kakinya diatur untuk keluar semula dari pejabat. Expo. Harap–harap Maya ada di sana.
Ting! Pintu lif terbuka. Baru kaki
Syazwi mahu melangkah masuk, tubuh Maya menerobos keluar dari perut lif. Dua–dua
tersentak. Mata Syazwi kemudiannya jatuh pada sampul putih yang dipegang Maya. Oh okay! This is not good! Wajah sugul
Maya dipandang.
“Bos, saya datang nak...”
“Masuk bilik saya sekarang.”
Huluran sampul surat di tangan Maya
tidak bersambut. Ayat pula kena potong separuh jalan. Sudahnya dia terpaksa
mengekori langkah bos besar masuk ke dalam pejabat.
Kak Zah yang memandangnya sudah
menggelengkan kepala. Sejam chit chat
dengan Kak Zah di telefon semalam. Meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap
bos besar. Agaknya sampai berbuih mulut Kak Zah menasihatinya supaya jangan
meletak jawatan.
Sampai di bilik pejabat Syazwi, Maya
berdiri di depan meja. Tegak dengan riak yang dikawal setenang mungkin.
“Duduklah dulu,” pelawa Syazwi yang
sudah melabuhkan duduk di kerusi sendiri.
“It’s
okay. Saya tak lama. Saya cuma nak bagi surat...”
“Sorry
for any of my bad mouths or treats, Maya. No resignation letter accepted.
Tapi kalau awak nak cuti, saya benarkan. Saya susun sepuluh jari dari hujung
rambut sampai hujung kaki, minta maaf seratus ribu kali,” tutur Syazwi panjang.
Ego dibuang ke tepi, meminta maaf dengan ikhlas di hadapan Maya Laila.
Terkedu Maya. Huluran sampul surat
berwarna putih dicapai Syazwi. Pap!
Dibuang ke dalam tong sampah di bawah meja.
“Saya tak nak kehilangan salah
seorang pekerja terhebat yang saya pernah ada. Dan saya tak pernah minta maaf
dari staf, except you,” sambung
Syazwi lagi. Wajahnya tenang saja, tapi hati bagai dilanda taufan. Rasa
bersalah yang tak sudah.
“Bos, saya tak...”
“Kalau awak berhenti, mana awak nak
cari kerja? Mana nak cari makan? Macam mana dengan Mia?” bertubi–tubi soalan
Syazwi.
Makan minum Mia. Yuran Mia. Sewa
rumah. Kereta. Tipulah jika Maya katakan yang dia tak fikir tentang semua itu.
Soal yang sama diungkitkan oleh Nadia dan Kak Zah semalam. Lama Maya diam.
“Saya...”
“Maya..”
“Give me one minute to finish my words,”
pintas Maya dengan wajah serius. Dari tadi dia nak bercakap asyik kena potong.
“Okay. One minute.” Syazwi mengalah.
“Saya tak suka soal kerja dan
peribadi bercampur macam cocktail.
Saya tak suka tentang Mia dipertikaikan. Tak kiralah dari mana awak dapat
berita kata Mia anak luar nikah, that is
totally not true. Because the fact is that I was pregnant after I got married.
He left me when Mia was not even born yet, so should I say that I’m a married
woman or single mother?,” kata Maya.
Syazwi terpempan. Oh Maya!
MAIMUNAH tersenyum sendiri di ruang
tamu. Membelek satu–persatu album di depan mata. Muka comel Maya ditatap dalam–dalam.
Maya semasa kecil memang montel. Aktif. Lincah. Mudah mesra. Jadi masa pergi bekerja, memang dia
tak pernah ada masalah. Tinggalkan saja Maya dengan Makcik Kiah, confirm takkan menangis mencari mama dan
papanya. Berbeza dengan Mala, menempel 24 jam dengannya. Pendek kata, anak
bongsunya lebih manja berbanding anak sulungnya.
Mama, Maya sayang mama tahap infiniti. Tak pernah kurang, tapi makin
lebih. Ayat seorang Maya Laila saban pagi bila
Maimunah menyediakan sarapan. Pipi pasti akan dicium puterinya kiri kanan.
Tangan Maya lincah membantunya dan Makcik Kiah di dapur.
Rindunya pada Maya Laila. Hati
seorang ibu. Seteruk mana pun anaknya, kasih sayang itu takkan pernah luntur.
Walau marah macam mana pun, walau benci macam mana pun. Kasih sayang tetap di
tangga teratas.
“Kalau mama rindu, telefon aje kak
long. She must be waiting for your call.”
Tersentak Maimunah bila Mala tiba–tiba
muncul dari pintu utama. Sejak bila balik? Tak dengar bunyi enjin kereta pun.
Tangan naik mengurut dada yang berubah pantas.
“Main sergah–sergah tak reti nak bagi
salam ke?” marah Maimunah.
Ngeee...Mala tayang muka tak
bersalah. Melabuhkan duduk di sebelah
mamanya dan mencium tangan tua itu seperti biasa.
“Mama, hari ni kan birthday kak long. Why don’t you call her? Or at least text her,” pujuk Mala.
Kasihan kak long. Tadi baru berjumpa
dengan kak long dan Mia di Alamanda.
Bagi kad sebijik pun kak long dah
gembira tahap gaban. Sampai menangis sambil memeluk tubuhnya. Dan seperti
biasa, kak long tak pernah lupa bertanyakan tentang papa dan mama. Kalaulah dia
boleh memujuk hati kedua orang tuanya, kan best.
Supaya keluarga bersatu semula seperti dulu.
“Salah yang kak long buat, mama masih
tak dapat lupakan,” jawab Maimunah.
Mala melepaskan keluhan. Hati mama
masih keras lagi, sama macam papa. Sampai bila nak marah kak long? Perasaan
marah kan boleh membunuh semua perasaan di dunia ni. Tapi takkan dia nak buka
mulut menasihati papa dan mama. Silap hari bulan dengan dia sekali kena halau
keluar.
“Anak kak long apa khabar?” Maimunah
menukar topik. Matanya kembali tertacap pada gambar–gambar Maya sewaktu masih
kecil. Anak Maya tempek muka Maya, sebijik Maya!
“She’s fine. Bubbly and happy go lucky as usual.”
Hati Maimunah makin tersentuh. Bubbly and happy go lucky? Exactly macam
Maya! Tanpa sedar air mata tuanya menitis namun cepat–cepat disekanya dengan
hujung lengan baju kurung, tidak mahu Mala sedar.
“Mama masih ada Mala. Tapi Mala tak
sama dengan kak long. Kak long tak ada galang ganti. Kalau mama nak call kak long, bagitau Mala okey. Mala
tau mama pun rindu kak long,” pujuk si anak sambil memeluk bahu mamanya.
Maimunah mengangguk kepala. Satu hari
nanti Mala, one fine day!
MAYA tersenyum lebar melihat kek
coklat diletakkan di atas meja. Tertulis Happy
Birthday Mama Mia di atas kek yang berbentuk bulat itu. Patutlah Nadia dan
Mia balik lambat hari ini tadi. Sempat singgah di Secret Recipe dan membuat kejutan untuknya.
“Apa tunggu lagi? Tiuplah. Lilin dah makin
pendek,” kata Nadia di sebelah.
Orait! Maya menoleh pada si comel yang
didukungnya.
“Mari tiup sama.” Maya gamit Mia
dekat padanya.
Mia angguk kepala. Terus menrpa
mendekati mamanya.
One, two, three!
Ceh! Bukan Mia saja yang tiup, Nadia pun
join sekaki. Hampeh punya kawan. Maya ketawa mengekeh bila pipinya dicium Nadia
dan Mia serentak.
“Happy Birthday, Maya.”
“Happy Bufday, mama.”
Oh! Terharu sangat–sangat bila dua orang
tersayang mengucapkan selamat hari tua padanya.
“Ehem,
jangan nak buat drama air mata. Bersiap, kita keluar makan. Celebrate sama–sama. Kan Mia?”
“Ya!” Si comel mengangguk sambil
mengangkat ibu jari dengan penuh semangat.
Maya tergelak, air mata tak jadi
menitis. Tengah hari tadi, Mala yang belanja makan. Malam ni Nadia pulak yang
belanja. Perut pun haruslah menyanyi senang hati. Mama? Papa? Senyuman Maya
hampir mati, hati dipagut sedih. Doanya tidak pernah putus. Saban malam berdoa
agar pintu hati mama dan papa terbuka untuk memaafkannya. Mama dan papa ingat
tak yang hari ni adalah hari jadinya?
“Did Syazwan call you?” tanya Nadia yang
sedang memotong kek dan diletakkan di atas piring kecil.
Huh! Syazwan? Maya duduk di atas kerusi,
Mia diletakkan di atas ribanya.
“Takde.
Tunggu bulan jatuh dari langit kot,” jawab Maya selamba. Mustahil Syazwan ingat
tarikh lahirnya. Dia dan Mia kan hilang dari memori Syazwan. Sekarang saja
tiba–tiba pandai nak cari balik.
“Mana tau dia nak bagi surprise,” balas Nadia. It’s a hint, Maya! Piring diletakkan di
depan Maya dan Mia.
“Syazwan tetap Syazwan, Nad. Aku tak
nak mengharap lebih. I told him, win my
trust and heart back.”
Nadia mengangkat muka, memandang
wajah Maya menagih penjelasan lanjut.
“Meaning?” tanya Nadia tak faham.
“Cinta aku pada Syazwan dah makin
pudar.”
Nadia tersentak. Takkan cepat sangat,
Maya. Nadia melabuhkan duduk di kerusi sebelah. Okey. Dia pun tak berapa
berkenan dengan Syazwan tapi Maya masih isteri yang sah. Kan elok kalau sama–sama
mencuba sekali lagi. Mia perlukan keluarga yang lengkap. Cerita lama kalau
ditolak tepi boleh tak? Syazwan memang bersalah tapi sekarang lelaki itu sudah
sedar silap sendiri. Jadi apa salahnya Syazwan diberi peluang kedua.
Baru Nadia mahu membuka mulut, hon
kereta memekik di luar. Maya dan Nadia berpandangan. Mia? Masih seronok
menyuapkan kek ke dalam mulut comelnya. Dah bertukar comot!
“Siapa tu?” tanya Maya dengan dahi
berkerut.
Nadia mengangkat bahu, buat–buat tak
tahu. Maya bangun, Mia dibiarkannya duduk di atas kerusi sebelum menjenguk
keluar. Nadia sembunyi senyum, finally he came!
“Siapa Maya?”
“Syazwi.”
Jaw dropped! Tak mungkin! Nadia turut
sama bangun dan menjenguk keluar. Apa kes bos Maya bawak bunga?
Maya keluar dan masuk semula ke dalam
rumah selang beberapa minit kemudian bersama sejambak bunga di tangan.
“Syazwi nak apa?” tanya Nadia dengan
nada tidak puas hati. Sempat mata menjeling jambangan bunga ros di tangan Maya.
“Nak ajak keluar.”
Oh petanda tak baik! Nadia telan
liur.
“Then what did you reply?” Pantas saja
mulut Nadia menyoal.
“Setuju.”
Nadia terpempan! Strike two, Maya! This is bad!
p/s : This will be the last entry in this blog. Thank you so much my dear readers and don't forget to grab MMS published by Lovenovel Publication (LNP) at the end of the month k. Love you all loads and thank you so much for the support! Big hug everyone!
ooh . this is bad !
ReplyDelete-fz-
Hai fz...
Delete;) MMS dah kuar babe. grab one in ur nearest bookstore k ;) big hug!
Nak dptkan by post n with your signature..mcm mn ?
ReplyDeleteHai sentebale-hk...
Delete;) so sorry babe, buat masa ni order hanya dibuat melalui LNP publication sebab emy tak ada d malaysia skrg ni. Can even grab one in ur nearest bookstore k ;) big hug!
Yesss!!!! This is damn gud....hehehe...sawi..maya..mia..owhh happily ever after... boleh ke mcm tu ms auuthor?? Cant wait to get mms in printed versiob.....
ReplyDeleteHai ano..
Delete;) printed version is already out babe. grab one in ur nearest bookstore k ;) big hug!
Akak x kisah...sawi ke sawan ke...janji mama mia bahagia...cuma akak x sabo nk baca sampai abis...
ReplyDeleteEmy bg la last entry bab 20....heheee...
Oh maya yg ego sudah berubah ati....tidak...this is bad...!!!
ReplyDeleteKesian kt syazwan...
Oh my ! Maya !! Syazwn nie pon stu, mne gi tah.
ReplyDeleteOh my ! Maya !! Syazwn nie pon stu, mne gi tah.
ReplyDeleteHi kak emy! *neves* first time nak komen ni. I like syazwi style,he would go for what he want without any doubt unlike syazwan tapi..tapikan I've spot one hint tat u left saying that syazwan finally got the custody of mia. Meaning tat maya wif syazwi? *curious* Anticipating for TL 15!
ReplyDeleteyeyeye.. dh nk kluar nvl ni♥
ReplyDeleteKak sue suka Syazwi dari Syazwa walaupun Syazwa suami Maya... tapi bukan bererti Syazwa boleh buat apa saja pada Maya.... Maya pun ada hati dan perasaan untuk disayangi serta menyayangi.... perempuan bagi Syazwi boleh cari dimana saja kan?.... hehehe..
ReplyDeletex sabar nak tunggu novel...
ahahahhahahhaha....abeh la sawannnn hahhahahaha
ReplyDeleteeeeeeee...mna Syazwan..yg jdi mcm dulu daaa
ReplyDelete>>k<<
oh my! This is really bad!
ReplyDeleteHi Emy! See them in printed version!! Bravo!
ReplyDeleteWhen a man act faster than his words supposedly to act, means he is damn SERIOUS.
BIG HUGS too dear!
~LILY PUTEH~
Dah beli novel nie. Best woo..... thumbs up to u Emy. Teruskan berkarya
ReplyDeleteMane nak cari novel ni ? Bestlah cerita ni :) nak bace sampai habis . !!! Uuuu .
ReplyDelete