DIAN yang 'slow' dan selalu 'blur'. Papa suruh kahwin, dia tak nak sebab masih belajar. Bila Papa carikan jodoh, dia protes. Ikut kata hati atau ikut telunjuk Papa...
DIDI tu nama manja, namun nama sebenar adalah Dara Dahlia. Dan satu-satunya yang memanggil nama sebenar adalah cinta yang sudah pergi meninggalkan dia. Untuk melupakan adalah amat susah, namun dia mencuba. Dan siapa yang masih mengingati Ku Tunggu Dudamu, pasti akan masih mengingati Dara dan Aladin...
DIDI tu nama manja, namun nama sebenar adalah Dara Dahlia. Dan satu-satunya yang memanggil nama sebenar adalah cinta yang sudah pergi meninggalkan dia. Untuk melupakan adalah amat susah, namun dia mencuba. Dan siapa yang masih mengingati Ku Tunggu Dudamu, pasti akan masih mengingati Dara dan Aladin...
PROLOG
DIAN membuka bungkusan plastik Lays di tangan. Dihulurkan
pada Didi namun ditolak Didi lembut.
“You know I hate
junks.”
“Titbits, bukan
junks.” Dian mengunyah perlahan.
Didi tergelak. Ada beza ke? Pandangannya dilontarkan ada
pasangan tua yang duduk berehat di kerusi tak jauh dari tempat mereka berdua.
“Cute aje couple tu.”
Mata Dian turut terarah pada tempat yang sama. Bibirnya
mengukir senyum.
“Tetiba aku
rindu Baradino Park. Petang-petang mesti ada pasangan sweet macam tu,” ujar Dian.
Dian rindu nak berjogging di Baradino Park waktu petang.
Rindu dengan keindahan taman itu bila tiba musim luruh. Rindu dengan suasana
yang happening bila tiba musim panas.
Dan rindu nak bergolek di atas salji bila musim sejuk.
Biasanya kalau petang begini, warga emas akan berjalan
dengan pasangan masing-masing sambil berpegangan tangan. Kadang-kadang kumpulan
orchestra akan membuat persembahan di
tengah-tengah taman. Masa tu la hati terhibur bila melihat warga emas menari
dengan riak penuh gembira. Yang muda-muda macam mereka ni pun join the club.
“I miss Russia in
general,” balas Didi.
Dia rindu dengan suasana dan gaya hidup yang berbeza.
Rindu dengan orang-orang di sana. Rindu nak mencari pengalaman yang tak pernah
cukup.
“Dulu bukan main kita menyampah kan? Sekarang dah pandai rindu.” Keropok Lays
yang dimakan Dian tinggal lagi separuh.
“Haah. Aku rindu nak pergi kelas. Rutin harian kita
selama enam tahun mana tak rindu kan?”
“Rindu tak kena tengking professor di hadapan pesakit?”
Pecah ketawa Didi dan kepala mengangguk juga.
“Macam tak ada beza. Dah kerja pun kena upside down juga. Nasib baik kita kebal
macam tank yang kena letak tak jauh
dari hospital dulu.” Didi masih dengan sisa ketawanya.
“Seriously aku
rindu weiiii....”
Dian mendepakan tangan dan menjerit sekuat hati. Kalau
boleh dia nak benua yang satu sana mendengar ‘jeritan lepas rindu’ dia ni.
“Kau rindu siapa ni sebenarnya? I don’t think you miss Russia...ONLY.” Didi tekankan perkataan ‘only’ dengan kening terangkat sebelah.
Jerit-jerit macam ni tak ubah macam orang yang tengah
patah hati. Tak pun gila bayang. Tak pun
angau.
Dian mencebik. Lays tadi dah hampir habis dimakannya.
“Eagil apa khabar?”
Kunyahan Dian terhenti. Dah agak dah mesti Didi tanya
pasal Eagil. Plastik Lays diletakkan di sebelahnya. Botol mineral dicapai dan
diteguknya perlahan.
“Dah lama tak contact
dia,” Dian menjawab jujur. Botol mineral diletakkan semula di tempat tadi.
Sejak balik dari Russia. Sejak berpisah di KLIA. Sampai
sekarang. Lost contact? Tak. Sebenarnya
masing-masing lebih kepada ‘tak nak contact’. Rindu tu memang adalah tapi...ala, abaikan
aje perasaan rindu tu, babe.
“Kau tau dia posting
kat mana tak?”
“Tak,” Dian jawab pendek.
Tahu
sebenarnya. Facebook kan ada. Jauh Eagil bawa diri. Mungkin tak nak bertugas di
hospital yang ada di sini sebab tak nak terserempak dengannya.
“Telling me lies, huh?”
Didi menahan senyum.
Dian
mencebik namun bibirnya mengukir senyum nipis. Dah tau kenapa tanya juga. Didi
memang nak kena.
“Lupakan
Eagil. Kau macam mana? Satu hospital. Rumah sebelah-sebelah. Okey tak?”
Didi
lunjurkan kaki di atas rumput. Kaki terasa lenguh pula duduk bersila gaya sopan
macam puteri kayangan kat tepi tasik ni. Riak wajahnya yang berubah dikawal
sebaik mungkin.
“Tak
okey pun buat-buat okey, babe.” Didi
lontarkan pandangan ke arah tasik. Nafas ditarik dalam.
“We’re on the same boat kan? Okay
which is actually not okay,” sambung Didi.
“Haah.
Agak-agak kita dua akan karam tak?”
Pecah
ketawa Didi. Kepala Dian memang patut kena sekeh. Dia tengah feeling boleh pulak Dian potong stim.
“Forget about me. Al tu dalam memori aje.
Ameer apa cerita?”
“Kalau
dia jodoh aku, aku terima dengan redha.”
“Kau
masih mengharap Eagil ke ni?” Didi menyakat.
“Yang
tu dalam kenangan aje.”
“Ayat
aku tu, wei.”
Meledak
tawa kedua-duanya.
BAB
1
“DAH
lah tu, cik kak. Orang sebelah-sebelah tengok sexy ladehh nangis. Malu aku.”
“Sexy ladehh
pekebende? Ni, lap air hidung.”
Dian sembunyi ketawa. Hanya mampu melihat bila Didi
hulurkan tisu pada Kitty yang masih
melayan perasaan. Di tengah lapangan terbang, buat gaya budak menangis macam
tak dapat lolilop. Tak padan dengan umur yang dah nak mencecah 24 tahun. Tak
faham dengan Kitty, dah besar panjang pun masih homesick.
Didi dan Kitty. Dua sahabat baik Dian sejak pertama kali
jejakkan kaki ke Russia enam tahun yang lalu. Didi
jenis yang kental dan ‘main lepas’, sebab tu masih kuat macam batu-bata biarpun
ditinggalkan oleh Aladin tanpa alasan. Kitty? Tengok namalah, macam Hello
Kitty. Jenis yang girlish dan lembut,
sebab tu homesick memanjang walaupun
ini adalah tahun terakhir menuntut di sini.
Dian? Dia jenis yang selamba dan ‘blur’, sebab tu kalau sesi meluahkan perasaan dia akan menjadi
orang yang terakhir untuk dicari oleh Didi dan Kitty.
“Cis, dorang tutup kaunter. Pergi kaunter lain, jom.”
Dian naik geram.
Ni lah masalah kalau nak lalu imigresen negara
yang dia tak berapa suka ni. Tengah barisan panjang macam ular sawa, boleh pulak selamba ‘hoyeah’ tutup kaunter. Bayangkan contohnya jika ada sepuluh kaunter
kesemuanya, pihak imigresen cuma buka lima aje. Boleh gitu? Buatkan para penumpang berbaris panjang dan menunggu lama
sampai tak tahu nak cakap apa.
Satu yang mereka bertiga langsung tak suka. Negara besar dan moden kemain tapi sistem masih ala-ala zaman Tok Kaduk, tak padan dengan
dunia yang dah semakin moden dan up-to-date.
Nak cek passport lama mak aii..
Nak tak nak, mereka bertiga terpaksa berpindah ke barisan
yang lain.
“Nak pergi barisan mana? Semua panjang ni.” Didi merungut
sendiri. Panjang leher melihat barisan-barisan yang lain. Mata Didi menala pada
barisan yang paling hujung dan tampak sedikit pendek berbanding barisan yang
lain.
“Come. Come. We go
that side,” cadang Didi.
Laju langkah Dian menyelit di celah orang ramai dan
sekejap saja, tubuhnya terpacak tegak di barisan yang dimaksudkan Didi.
Lelaki yang berdiri di depannya menarik perhatian Dian.
Dari belakang, sekali pandang macam ‘Saya anak Malaysia’. Dua kali pandang
memang ‘Saya anak Malaysia’. Ringan mulut Dian bertanya.
“Sorry. Barisan
ni memang untuk foreigners jugak ke?”
Yang dia nampak kat depan-depan tu semua macam muka Ruski (Russians). Malulah
kalau kena halau nanti.
Eagil toleh belakang. Mata bundar si empunya suara buat
dia terpana. Spontan bibir tersenyum dan kepala mengangguk.
“Betul ni?” Dian nak kepastian.
“Yup. Errr.. I
guess so.”
“Minah sekalian, kita berbaris kat sini. Mamat ni kata
semua boleh.”
Minah? Mamat? Eagil terdiam sejenak. Sempoi budak ni!
“So are you girls
have been waiting for a long time?” Dah alang-alang buka mulut, Eagil
mencari idea untuk bercakap. Dari tadi dia ‘long
ranger’ rasa tak best main handphone yang macam ala-ala forever alone.
“A’a. Lama dah. Dari tadi tunggu kat barisan sebelah
sana. Tutup. Then datang sini.” Dian
menjawab pendek tapi terperinci. Mata tu memang melekat di wajah yang kacak di
hadapan.
“By the way, I’m
Eagil. And you?”
Tu dia! Eagil tak main masuk corner, dia guna jalan lurus aje terus. Dah tertarik dengan gadis
yang memakai cardigan berwarna kuning
ini.
“Dian.”
Didi di sebelah Dian dah tayang muka ‘oh gosh!’. Dian ni tak pandai jual mahal, mana umph kalau sekali tanya macam tu dah
bagi jawapan ikhlas.
“Ni kawan saya, Didi. Dan yang ni, Kitty.” Dian
bersemangat.
Muka Didi tampak tak berminat. Malas kalau masuk bab sesi
‘kenal-kenal’ macam ni. Muka Kitty pula masih mendung macam tadi, tak habis
lagi episod homesick dia tu.
Nama Dian yang Eagil paling ingat. Sebab? Sebab dah
tertarik dengan Dian lah tu. Pendek dan simple
tapi cantik, macam empunya badan
juga.
“You girls came
here to study or on vacation?” Tangan kanan Eagil diseluk ke dalam poket
seluar. Yang lagi sebelah bermain-main dengan hand carry luggage yang kecil. Sekejap ditolak, sekejap ditarik.
Didi jeling geram. Soalan pekebende mamat ni. Rasa nak pecah ketawa bila Dian menjawab dengan
penuh sarkastik.
“Ingat kami ni rombongan Makcik Kiah yang datang untuk
cuti-cuti Russia ke? Mestilah untuk study.”
Dian masih mampu bersabar walau soalan macam patut direndam ke dalam air.
Eagil tersengih. Damn!
“So which year are
you girls in? First year?”
“What?!”
Dian, Didi dan Kitty berkata serentak. Berpandangan sesama sendiri sebelum
memandang Eagil tajam.
Dalam kepala Didi, dia rasa nak tenyeh mamat perasan
hebat ni. Dari tadi ‘speaking’
sepatah haram pun tak terkeluar bahasa ibunda.
Dalam hati Dian, terbakar macam mercun. Banyak cantik first year, bro!
Kitty tayang muncung bangau, trademark bila dia tak berpuas hati. Bergaya kemain macam ni ingat kami budak hingusan ke?
“Kami ni nampak noob
sangat ke atau muda sangat? We’re in
final year, bro! Nama apa tadi? Eagle?” Dian menyindir tahap petala ke
awan.
Serius tak tahan dengan mulut becok mamat ni! Mesra alam
yang luar alam susah dia nak layan. Setakat nak harap muka ‘market’ tapi mulut tak pandai zip bukan citarasa dia.
Eagil
tergelak besar. Tertampar! Dia tanya sebab tiga gadis ni nampak blur, barisan mana nak masuk pun tak
tahu. Kalau tengok dari segi fesyen, memang ‘perfecto’
bagi pemakaian budak-budak super seniors.
“Eagil, bukan Eagle.
Saya pun final year student.”
Didi mencebik. Pandai rupanya berbahasa Melayu. Dia dan
Kitty buat-buat sibuk menukar simcard
ke dalam telefon bimbit. Biar Dian aje yang layan.
“Which uni are you
girls at? M2?” Eagil bertanya ikhlas.
Di
Moscow ni terdapat dua buah universiti untuk pelajar perubatan Malaysia. MMA
yang lebih dikenali sebagai M1 dan RSMU yang lebih dikenali sebagai M2. Dia
belajar di M1, jadi sah tiga orang gadis ni bukan dari universiti yang sama
sebab muka memang tak pernah nampak. Mungkin M2.
“Banyak tanyalah awak ni,” Dian menjawab, buat Eagil
tergelak. iPhone dipandang Eagil
sekilas, masih berkira-kira mahu menelefon Tyco ke tak.
“KSMU,” Dian jawab juga soalan cepumas.
Eagil dongak kepala. KSMU? Seriously?
“Jauh
tu. maksudnya lepas ni korang kena
naik train ke apa?”
Dian tersenyum. Pakai train
tak mainlah. Nak mengheret beg sebesar guni sampai ke train station mana larat. Tapi dia terangkan juga satu persatu
dengan Eagil. Sewaktu bercuti di Malaysia lagi mereka bertiga menempah bas
bersama pelajar yang lain. Kebanyakan pelajar memang lebih selesa begitu, tak
pun tempah mashrut (van besar).
Tambahan pula perjalanan tak lama macam naik keretapi. Pendek kata, selesa dan
cepat.
Sepanjang menunggu giliran, banyak yang Eagil dan Dian
bualkan. Kebanyakan tentang summer break
dan rancangan winter trip akan
datang. Berbual dengan Eagil dalam masa hampir sejam begini buat Dian rasa
selesa, Eagil ni taklah menyampah sangat. Biarpun banyak bercakap tapi gayanya
yang sempoi dan bersahaja buat Dian rasa selesa. Ala...untuk selesa berkawan
tak perlukan masa berbulan-bulan bukan? Asal dah rasa kamceng tu dah kira okey.
Didi dan Kitty? Sesekali sahaja mencelah. Ketara sangat
tak teringin nak dibawa berkawan.
Tiba giliran masing-masing, Eagil menyuruh tiga orang
gadis itu pergi dulu. Biar dia jadi yang
terakhir, kenalah gaya gentleman sedikit.
Selesai semua, mereka berempat beriringan keluar untuk mengambil bagasi.
“Aku rasa dia tertarik dengan Dian. Dari tadi menempel,”
Didi berbisik ke telinga Kitty.
“Kalau Ameer tahu dia smackdown
mamat ni.” Kitty tersenyum.
Dari jauh dah dapat tengok Dian dan Eagil semakin rapat.
Bergelak ketawa, apa yang lucu sangat Kitty dan Didi tak faham. Jangan saja
Dian melebih, nanti putus cinta macam Didi siapa nak layan emo?
“Wow! Apa yang banyak sangat ni?”
Eagil
terkejut bila beg ketiga-ketiganya besar. Pulak tu setiap seorang ada dua buah
beg. Dia punya sebuah aje, itu pun tak
sampai 30kg.
“Stok setahunlah. Takkan nak bawa batu,” selamba Didi
menjawab.
Maggi. Sardin. Kacang hijau. Semua tu benda wajib. Belum
termasuk segala rempah ratus okey. Limit untuk setiap seorang adalah 40kg,
bayangkan 30kg hanya penuh dengan makanan. Ni namanya ‘ku tak dapat hidup tanpa
makanan Malaysia’.
Eagil menahan ketawa. Baru berkenalan dengan tiga sekawan
ni, dia dah kenal perangai Didi macam mana. Sarkastik tahap tak tahu nak cakap
apa. Dah final year pun masih tapau stok Malaysia jugak ke? Dia sekadar bertanya di dalam hati. Tak berani tanya
depan-depan, nanti kena ‘meriam buluh’ dengan Didi.
“Kita keluar sama, nak. I bought excess cigarettes in Dubai. Russian officers are
unpredictable. Kalau kena tahan sayang semua ni.” Eagil berterus-terang.
Jari
telunjuk terarah pada beg plastik bertulis ‘Duty
Free’ di atas troli. Memang dia sengaja beli banyak tadi tapi tak terfikir
pula yang kebarangkalian untuk ditahan di saat-saat akhir adalah 50-50.
Dian terdiam. Nampak body
fit kemain dan muka stok ‘market’
tapi merokok, bro? Beli banyak tak
takut, tapi bila nak lalu pegawai imigresen di depan sana pandai pula
menggelabah ayam.
“Patutlah mesra alam, ada udang di sebalik mi rupanya.”
Didi main ‘lepas’ saja di depan Eagil.
Eagil masih berlagak selamba walau cuping telinga rasa
nak tercabut dengan ayat sarkastik Didi yang tak habis dari tadi. Mereka
berempat beriringan keluar dari balai ketibaan. Eagil menarik nafas lega bila
‘lepas’ dari pegawai imigresen yang bertugas. Sekejap saja Eagil dah berbincang
dengan pemandu teksi yang akan membawanya terus ke apartment.
Ditolehnya Dian di sebelah, sedang rancak berbincang
dengan Didi dan Kitty pasal bas yang ditempah. Rasanya sekarang sudah tiba
masanya untuk Eagil ucapkan selamat tinggal.
“Dian, saya jalan dulu. Add me in Facebook, okay.” Eagil sudah tergesa-gesa bila pemandu
teksi menggesanya supaya cepat.
Dian, Didi dan Kitty menoleh serentak.
Dian kata ‘Alahai’.
Didi kata ‘Yes,
finally!’
Kitty kata ‘Bye,
gorgeous.’
“Okey. Dah dapat teksi ke?” Dian bertanya.
“Dah. Add me.
Jangan lupa, tau. Eagil Ridzuan. E.A.G.I.L.” Eagil eja satu-persatu namanya
yang disebut ‘Eagle’ oleh Didi tadi.
Belum sempat Dian menjawab, tubuhnya dibawa rapat dan
dipeluk Eagil. Sayonara? Oh no! Tubuh
Didi dan Kitty juga begitu.
“Dian, don’t
forget. Facebook,” ulang Eagil yang sudah menjauh sambil mengangkat tangan.
Dian terkaku di tengah orang ramai. Dua kali Eagil
berpaling ke belakang dan melambai ke arah mereka bertiga, hanya Didi dan Kitty
saja yang membalas lambaian.
Kenapa statik, Dian?
Entah.
Sendiri tanya, sendiri jawab. Perkenalan yang terlalu
singkat dan perpisahan yang terlalu cepat buat Dian terkejut tahap ‘terkezutt’. Eagil Ridzuan, lelaki yang
muncul dan kemudiannya hilang dari pandangan dalam sekelip mata.
Ada sesuatu di dalam diri Eagil yang buat Dian tertarik.
Tapi tak tahu celah mana.
Cinta pandang pertama?
Cinta pandang kedua?
Dian garu kepala.
“Dian, tak dapat contact
juniors yang satu bas dengan kita. Macam mana ni?” Didi di sebelah dah
risau, dari tadi telefon tapi panggilan tak berjawab.
Dian masih diam, masih berada di dalam dunianya sendiri.
Beberapa minit kemudian...
“Argh! Bas dah jalan! Macam mana ni? Kita tak ada transport!” Didi geram.
Bas tak main tunggu, main jalan macam tu aje. Budak juniors yang satu bas pun tak boleh
diharap. Buka mulut suruh pemandu bas tunggu sekejap tak boleh ke?
Dian terkejut.
Mulut Kitty ternganga.
“Jadi sekarang ni macam mana?” Dian bingung.
Bingung
sebab bas dah tak ada atau sebab haruman perfume Eagil masih melekat di hidung?
EAGIL berdiri di depan pintu utama balai ketibaan di luar
sana. Menyampah dengan pemandu teksi. Tadi suruh cepat, alih-alih sekarang kena
tunggu pula bila pemandu teksi selamba giler
berbual dengan temannya yang lagi satu. Sempat pulak tu menyalakan rokok sebatang. Lama lagilah maksudnya ni.
Niat nak menelefon Tyco dibatalkan saja. Nak suruh Tyco
sediakan makan malam siap-siap di apartment tapi...nahhhh. Soal makanan tak payah risaulah, mesti akan ada punya. Tyco
lelaki mithali merangkap housemate
yang rajin. Kiranya kalau tinggal dengan Tyco memang takkan kebulur, rajin
memasak dan ringan tulang membantu.
Eagil menoleh ke belakang, panjang lehernya mencari
kelibat Dian dan dua orang temannya. Di sebalik pintu dapat dilihat muka
ketiga-tiganya cemberut. Berkerut kening Eagil. Takkan ada masalah kot. Muka
Dian yang menarik perhatiannya. Cemberut macam mana pun masih cantik.
Eagil masuk semula dan menghampiri.
“Are you girls
okay? Anything I can help?” Eagil bertanya.
Bulat mata ketiga-tiganya memandang Eagil tepat.
“Transport dah
jalan,” kata Dian.
“Hah?!”
Mulut Eagil ternganga. Jadi macam mana sekarang?
p/s : New project before end of the year hopefully dearies! And ya, jangan susah hati. TERINDAH will be meeting you all and I'm trying my best to put a dot on it :) Thanks so much for the support on MMS and JBC. Saya tak dapat balas semuanya but one thing for sure, saya sayang anda semua! I'm always around cuma masa selalu cemburu, so don't miss me ya! Love you all loads and have a gosod rest!
Menarik!!
ReplyDeleteMissing DD much
ReplyDeleteHi emy...l'm waiting for KUTUNGGU DUDAMU.... Bila nk put a dot on it jugak...
ReplyDeleteHi Emy! lamanya menyepi. merindui hasil tangan anda. sikit pun jadik lah. huhu. skrg dok ulang baca buku yg ada je. :(
ReplyDelete