Sunday, March 27, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 2

BAB 2




            Kursk 2004...

BADAN Dara berpusing 360 darjah perlahan-lahan dengan mata fokus mengamati setiap pelusuk bilik.

“So this is our room.” Dara bercakap sendiri.

Sederhana besar saja bilik dia dan Dian. Tapi kira beruntung sebab bilik yang sepatutnya dihuni oleh tiga orang pelajar ini dihuni oleh mereka berdua. Yang tak bestnya pulak mereka berdua terpaksa dipisahkan dari rakan-rakan satu batch yang diletakkan di tingkat bawah.

            Wallpaper baru. Katil dan almari baru. Carpet baru. Peti sejuk baru. Not bad. Kiranya taklah up sangat dengan expectation tapi bolehhh lah, panjang aje ‘boleh’ Dara. Asalkan selesa dan bersih, dah cukup baginya. Dia memilih katil di sebelah kiri, Dian pula di sebelah kanan. Boleh tahan juga susunan bilik ni, kedua-dua katil berada dekat dengan tingkap. Kalau rasa nak layan blues, boleh baring dengan kaki dilunjurkan ke arah tingkap sambil menikmati indahnya langit di malam hari.


            “Siapa nak mandi dulu?” Dian sudah berbaring di atas katil. Dian memang. Main hentam landing biarpun tilam masih berhabuk dan belum berlapik.

            “Me.” Spontan Dara angkat tangan.

            Bagasi besar dibuka Dara, mencari tuala dan toiletteries yang dibawa sedia dari Malaysia. Mulanya dia malas nak bawa, buat berat beg aje tapi Mama bukan main lagi memaksa. Macamlah kat sini tak ada peralatan mandi, tapi sekarang dia mengakui cadangan Mama memang bernas. Sampai awal pagi begini, mana nak dicari toiletteries bagai? Takkan nak redah kedai yang dah ketara tutup sekarang ini.

            Zoom!

Laju saja Dara berlalu ke bilik mandi. Tandas dan bilik mandi dipisahkan tetapi sebelah menyebelah. Ada empat bilik di setiap unit dan kesemuanya berkongsi tandas dan bilik air yang sama. Nak mengeluh pun tak boleh. Nak kompelin lagilah tak boleh. Dah nama pun hostel, takkan nak mengharap macam kemudahan ooh la la macam yang ada kat rumah di Puchong.

            Bila lalu tandas untuk ke bilik air, Dara  panjangkan leher untuk melihat ke dalam lubang tandas. Euwww! Terapung-apung beberapa puntung rokok macam di dalam sana. Minah mana yang selamba merokok dan main sumbat masuk puntung rokok ke dalam mangkuk tandas ni? Nampak gaya dia dan Dian perlu berusaha keras kalau nak maintain kehidupan yang cozzy di asrama. Kebersihan kena jaga!

            Dara berlalu ke bilik mandi. Bersih dan tersusun. Matanya tertacap pada barangan mandi di atas rak.

            CK aftershave? Anti dandruff men shampoo? Shaver? Aku tersalah tengok ke atau memang ada tomboy tinggal kat sini? Dara jungkit bahu. Abaikan.

 Habis terlucut pakaian dari badan, Dara bersiram penuh rasa teruja. Perjalanan jauh dari tanah air hinggalah ke Kursk ini buatkan badan rasa basi semacam. Melekit tak payah cakap, kalah ambuyat.

            “I’m not a girl. Not yet a woman. All I need is time. A moment that is mine. While I’m in between.”

            Fuh! Sambil main buih dan sabun, sambil dia menyanyi salah satu lagu kegemaran. Britney Spears adalah artis pujaan sewaktu zaman dia yang baru nak melangkah menjadi remaja satu masa dulu. Tapi jika difikirkan semula, tak tahu celah mana yang buat dia tertarik dengan Britney Spears. Siap jadi idola lagi, patutlah Mama geleng kepala saja. 

Habis mandi, tuala dililitkan di badan. Tuala kecil pula terlilit elok di atas kepala. Puas hati bila tubuh terasa segar. T-shirt biru disarungkan tubuh. Manalah tau pakcik guard buat round kat unit, percuma dapat tayangan perdana.

            Pintu bilik mandi dibuka Dara.

            “Oh my!”

            “Wow!”

            Dua-dua bersuara serentak.

Mata Aladin yang separuh tertutup membulat besar. Ni dayang dari langit mana yang muncul kat bilik air pagi-pagi begini?

            Lima saat. Sepuluh saat. Lima belas saat. Dua-dua masih kaku.

            Muka Dara tak usah cakap. Macam muka terpijak taik ayam. Tanap bersuara dia keluar dari bilik mandi. Lelaki yang berdiri di depan mata ditolak ke tepi sedikit. Apalah nasib terserempat dengan lain sepsis kat sini.

            Aladin tersenyum sumbing. Main kasar macam ni lagilah dia suka. Dia bersandar pada dinding di sebelah pintu. Mata siap pandang si gadis yang berlalu meninggalkannya dari atas sampai bawah. Fresh. Straight from Malaysia!

            “Nice song, girl.” Aladin mula menyakat.

            Bila si gadis berpaling memandangnya, dia senyum lebar.

            “By the way, I’m your next door neighbour. Al.”

            Say what?! Next door neighbour?! Hostel jenis apa ni?! Oh...jangan lupa cik Dara, ini bukan Malaysia! Memang tak ada istilah tinggal asing-asing walaupun berlainan jantina dan haruslah di dalam bangunan yang sama. Cepat-cepat Dara menuju ke arah bilik.

            Senyuman Aladin semakin lebar. Ikan mahallah ni agaknya. Gerak mata mengekori langkah gadis yang sudah merapati pintu  bilik. Cantik!

            “Bhai, we got new neighbour. Hot chick yaw!” Sengaja Aladin teriak kuat-kuat. Bagi dengar  satu unit.
            Berdesing telinga Dara. Hot chick? Who? Me? Dara berpaling semula. Nak cari gaduh ke bro? Mata ke lain, kaki ke lain. Dan tanpa sedar dia terlanggar selipar yang bertaburan di depan pintu bilik sebelah.

            “Arghhhh!”

            Besar mata Aladin. Mulut melopong bentuk ‘O’. What the shit?

            Terkial-kial Dara bangun. Oh my punggung! Sakit tak usah cerita. Tuala yang berlilit di kepala dah elok mencium lantai. Rasa macam nak menangis.

            “I didn’t see that, girl,” kata Aladin gugup. Tuala yang tersangkut di bahu melurut jatuh tanpa sedar. Nak tolong tapi tubuhnya kaku di situ.

            Dum! Daun pintu dihempas kasar.




            “JOM pindah.”

            Dian buat-buat tak dengar.  Mata masih setia pada kamus Bahasa Russia di tangan.

            “Babe!”

            “Ouch!”

            Berkerut kening Dian. Tangan kanan meraba lengan kiri yang terasa sakit. Matanya menjeling Dara tajam. Tak betul ke apa roommate aku ni, cubitan mengalahkan semut api.

            “Jom pindah,” Dara ulang ayat untuk kali yang ke seratus dua puluh satu.

Kamus diambil dari pegangan Dian dan diletakkan di atas meja kecil. Saja Dian pura-pura membaca, rajin la sangat di pagi Sabtu begini menghadap kamus tulisan terbalik tu.

            My goodness! Dian pejam mata seketika. Dara pantang tengok dia hidup senang.

            “Kau nak pindah ke mana?” Dian buat tak endah.

            “Dunno. Somewhere else. Somewhere far from here.Aku sangat tak suka bilik ni.”

            “Padanlah tu. Baru dua minggu duduk kat sini dah nak pindah tempat baru. Kau tak ingat ke apa yang seniors cakap masa orientation?” Dian kecilkan mata sambil pandang serius Dara yang duduk di kerusi sebelah.

            “Ingat tapi...”

            “Then? Kau nak kita dua macam when the blind leads the blind kat luar tu?” potong Dian.

            Don’t move out to any apartment unless you know how to speak Russian!

            Siapa yang tak ingat nasihat penting begitu? Kalau setakat tahu ‘Zdrasvuite’ yang bermaksud ‘salam sejahtera’ atau ‘privet’ yang bermaksud ‘hai’ baik tak payah berangan nak pindah keluar. Kalau terjadi apa-apa masalah kat luar siapa nak jawab? Nak jerit minta tolong pun tak reti.

            “Give me 10 reasons why do you wanna move out?” Dian pandang tajam wajah Dara yang dah macam asam jawa.

            “Jiran sebelah.”

            “Sebab lain?”

            “Jiran sebelah.”

            Dian tarik nafas. Satu sebab ajelah kiranya. Dari posisi berbaring, dia duduk di atas katil menghadap Dara.

            “Babe, the best solution is to ignore the two of them,” nasihat Dian.

            “Kalau setakat nak dibuat kawan boleh la layan. Tapi kalau tahap annoying orange baru kita fikir macam mana nak elakkan dari dorang.” Sambung Dian.

            Baginya, Aladin dan Sanjay di sebelah taklah teruk sangat. Setakat hi bye masih kira okey lagi. Lagipun dah dua minggu tinggal di sini, Aladin dan Sanjay tak pernah cari hal.  Cuma tak faham kenapa Dara alah tahap macam nak pengsan terutamanya dengan Aladin.

            Nak kata Dara anti lelaki? Elok aje berkawan dengan classmates, siap berpesan lagi kat budak berjambang dalam kelas tu nak suruh belikan manisan kalau balik ke Turkey.

            Baru Dara nak menjawab, suara yang bernyanyi di sebelah buat mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

            “Here I go scream my lungs out, I’m trying to get to you, you are my only one...”

            Facepalm! Dara menekup kedua-dua belah telinga dengan tangan. Oh taik telinga silalah jangan keluar. Ada Yellowcard yang tersesat tengah buat konsert kat sebelah.

            “Understand what I mean?” soal Dara.

            Indirectly jiran di sebelah sebenarnya mengganggu kehidupan mereka berdua. Elok tidur malam, boleh pulak petik gitar ala-ala Metalicca. Sedang khusyuk belajar, jiran sebelah gelak macam sedang tengok badut buat persembahan. Belum masuk part pakai bilik air lama macam sedang bertelur.

            “La, weekend je kot.  Chill la, babe.” Dian kembali berbaring. Suara Aladin dan Sanjay yang bernyanyi tak teruk mana pun, boleh dijadikan hiburan. Kalau sedap dia layan. Kalau sumbang dia gelak.

            Dara mengeluh. Chill la sangat. Nampak gaya memang Dian tak setuju langsung dengan idea ‘mari pindah keluar’. Kalau desperado ni confirm dia pindah keluar seorang diri. Ni baru dua minggu hidup di sini rasa macam tak aman. Nak tunggu sampai habis semester? Dara tayang muka sedih. Dia duduk di atas katil dan bersandar di dinding. Huhu...nak balik Malaysia boleh tak?

            Tak sampai limat minit kemudian, baru nak merasa hidup aman sebab Yellowcard dah habis konsert....

            “Girls!”

            Pintu tiba-tiba dibuka dari luar. Aladin menjenguk ke dalam dengan senyuman.

            “Anyone wants chocolate shake?”

            That’s it! Dara mengetap bibir. Geram okey. Dah pandai main redah tanpa mengetuk pintu jiran sebelah ni. Argh! Serius aku nak pindah!


           
           p/s : Siapa suka Al angkat tangan tinggi-tinggi ;) And ya, Iman is on the go. Stay tune dengan KTD and doakan KTD naik atas rak sekali ;) Hope you all enjoyed reading and love loads! 
           


6 comments:

  1. Me, me al so cute.waiting for ur next n3

    ReplyDelete
  2. Akak nak, nak dan nak... yes I'm love it..ha..ha..ha

    ReplyDelete
  3. Pls upload next n3 soonest possible ya

    ReplyDelete
  4. Plis continue this piece, everyday i open up ur blog for new n3. 😭😭

    ReplyDelete