BAB
1
PENYAPU di tangan
disandarkan pada dinding sebelum Dara menapak ke luar rumah. Dari pagi lagi dia
sibuk mengemaskan rumah barunya yang masih berhabuk dan berbau cat. Nanti nak
singgah di Giant sekejap beli Glade untuk hilangkan bau cat. Tak pun beli arang.
Kata Mama, arang boleh menyerap apa-apa bau dengan cepat.
“Lagi!
Lagi! Reverse lagi!”
Dara di sebelah sekadar berdiri berpeluk tubuh bila
pekerja kedai perabot mengarahkan lori besar supaya masuk ke dalam perkarangan
rumah. Rumah baru, semua pun haruslah baru ye tak?
‘Didi nak apa?
Sofa? What kind of sofa?’
‘Didi nak bedroom set yang girly macam
Barbie Girl ke atau contemporary style?’
‘Taman mini? Mama boleh minta tolong
anak kawan mama. About the landscape and
everything.’
‘Pasang alarm tau.’
‘Kitchen
macam mana? Interior designer?’
Dia yang sibuk
nak pindah masuk rumah baru, Mama dan Papa yang sibuk nak aturkan semuanya
untuk dia. Walhal boleh aje dia uruskan seorang diri. Takpe lah, Mama dan Papa
sibuk dengan dia bermaksud kedua orang tuanya itu sangat mengambil berat
tentang dirinya. Tapi kalau sampaikan calon suami pun Mama dan Papa nak tolong
carikan, yang tu memang dia tak setuju.
“Mana nak letak ni cik?”
“Letak kat situ,” kata Dara bila pekerja-pekerja
dilihatnya seperti terkial-kial mengangkat sofa masuk ke dalam ruang tamu. Nak
menolong tapi kalau setakat tenaga yang hanya ‘seciput’ jika dibandingkan
dengan tenaga empat orang pekerja lelaki di hadapannya ini baik tak payah.
Sofa set, meja makan, home
theatre. Semua habis dipunggah satu jam kemudian. Dalam hati sempat Dara
memuji. Cepat dan tangkas pekerja-pekerja di depannya ini. Bila semua sudah
berlalu pergi, Dara memerhati sekeliling ruang rumah.
Dinding bercat putih di selang-selikan dengan cat
berwarna biru. Di belakang kabinet tv dilekatkannya wallpaper bercorak abstract.
Dinding batu di bahagian tepi sana ditukarnya menjadi dinding kaca. Taman mini
di luar dapat dilihat dengan jelas, menyedapkan mata yang memandang. Bila rasa
nak duduk beristirehat, bolehlah dia duduk layan blues di sudut tepi dinding kaca. Tersusun cantik beberapa biji
bantal di situ.
Dara tersenyum puas. Anak Mama tak payah pakai interior designer bagai, otak dah cukup
geliga untuk menghias kediaman sendiri. Kalau Mama tengok, mesti Mama tak
percaya. Bukan dia tidak mahukan bantuan Papa dan Mama. Tapi dia mahu hidup
serba sederhana.
Tak payah pun nak beli sofa set yang real leather macam paksu punya. Harga RM12 ribu bukan main.
Alih-alih hanyalah bone leather. Kena
dinding terus terkupas, melekat kat cat dinding. Then apa jadi? Court case.
And consumers are always right! Paksu menang kes.
Dia punya Courts okey.
Cepat dan tangkas. Simple dan cantik.
Menarik. Amalkan gaya hidup sederhana dan jangan tiru gaya paksu yang
berbelanja main ‘redah beli’ sambil tutup mata tak ingat dunia. Ingat duit tu
senang dicari macam petik daun dari pokok ke? Kalau ya pun kaya dan dilimpahi
kemewahan, kenalah berpada-pada juga bila masuk bab berbelanja.
Dara menarik pintu lungsur dan keluar ke bahagian taman
mininya. Bunga dahlia yang cantik memekar membuatkan dia tersenyum. Dia senyum
lagi. Cantik! Macam dia.
Erk! Macam dia? Cantikkah dia seperti namanya? Agaklah.
Dara panjangkan leher menjenguk ke rumah sebelah. Sunyi. Kereta pun tak ada.
Agaknya jiran sebelah keluar bekerja, fikir Dara sendiri.
Dara masuk semula ke dalam rumah. Bibir bernyanyi-nyanyi
kecil dengan langkah kaki menuju ke dapur. Nak buat egg tarts, antara resipi paling senang dan paling sedap. Nanti
bolehlah dikongsikan dengan jiran sebelah rumah, pada masa yang sama mahu
mengeratkan hubungan silaturahim. Ke mana pun membawa diri, kenalah pandai buat
kawan. Di kawasan perumahan sebesar ini jangan dicuba gaya ‘like I care’ di kalangan jiran-jiran sebab ini bukanlah apartment
atau kondomininum yang lebih pentingkan privasi dan tak pedulikan jiran
sebelah-menyebelah. Mana tahu satu hari
nanti masing-masing perlukan pertolongan sekiranya ditimpa masalah, ‘of course I care’ lah yang paling
padan.
LAMA Aladin duduk
bersandar di dalam kereta. Badan terasa sangat penat. Mana tidak, dari
pagi sampai petang tak menang tangan.
‘Awak
masaklah sendiri k, Al. I might be coming home late tonight.’
Mengingatkan ayat Sasha padanya di hospital tadi, Aladin
mengeluh. Balik rumah begini, meja dapur kosong dan berhabuk. Dia sudah biasa
pun sebenarnya. Nasib kaulah Aladin beristerikan Sasha. Masing-masing sibuk
memanjang. Syif pula tak tentu, department
pula tak sama.
Never marry a
doctor if you can’t tolerate their working hours!
Malas-malas Aladin keluar dari perut kereta. Matanya
terarah pada rumah sebelah yang terang bercahaya. Sudah enam bulan dia dan
Sasha tinggal di sini, baru hari ini rumah yang selama ini kosong sudah ada
tuan yang punya.
Myvi putih tersadai di garaj rumah sebelah. Mata Aladin
tertacap pada taman mini di bawah pancaran lampu-lampu berbentuk pelita yang
tersusun cantik. Dahlia. Ros. Orkid. Melur. Antara bunga-bunga yang dapat
dikenal pasti oleh mata tajamnya.
Sejak bila pula semuanya sudah siap cantik begitu?
Haruslah dia tak sedar bila seharian tiada di rumah dan baliknya malam hari
atau lewat petang begini. Malas mahu berfikir lebih, Aladin masuk ke dalam
rumah.
Rumah tampak kosong. Sama macam jiwa tuannya. Perut yang
lapar membawa langkah Aladin menuju ke dapur. Dia dan Sasha kan sama-sama sibuk
dengan waktu bekerja yang tak tentu, jadi taklah dia nak menaruh harapan
setinggi gunung untuk si isteri menyambut kepulangan setiap kali balik dari
kerja.
Bungkusan maggi di atas kabinet dicapai. Biarpun maggi tak
baik untuk kesihatan tetapi kalau dah kes desperado
macam dia sekarang ni, itulah makanan segera yang paling cepat dimasak dan
sedap dimakan.
Sementara menunggu air mendidih, botol air di dalam peti
sejuk dicapai untuk membasahkan tekak yang kering. Baru saja meneguk botol
kecil....
“Hello. Anybody
home?”
Burrrrr!
Tersembur air dari mulut Aladin. Giler terkejut! Sampaikan hidung rasa sakit sikit, masuk air! Mulut
dilap dengan hujung kemeja.
“Hello. Anybody home?”
Salam diucapkan untuk kali kedua. Sah dia tidak salah
dengar. Memang ada yang memberi salam dari belakang dapur. Berhati-hati Aladin
meletakkan botol air di atas meja. Berlalu menjenguk di sebalik tingkap.
Sebelah tangan melonggarkan tali leher yang masih tergantung kemas.
“Hello. Anybody home?”
Kali ketiga barulah salam disambut Aladin. Pintu dapur
dibuka, dia berdiri tegak di situ. Samar-samar dilihatnya seorang perempuan
berdiri di rumah sebelah.
“Good evening,
neighbour.” Jiran menyapa dengan
ramah.
Aladin berasa lega
sedikit. Ingatkan pontianak harum sundah malam tersesat nak bertanyakan jalan. Tak
pun mungkin bunian nak menumpang kat
rumah sebelah.
“Good evening.
Jap.”
Aladin berlalu, memasang suis lampu luar dapur dan keluar
semula. Kedua-duanya sudah berdepan sesama sendiri. Yang memisahkan mereka
berdua hanyalah tembok yang taklah setinggi mana.
Lidah terkelu. Mata tidak berkedip. Dua-dua terkejut.
“Dara.”
“Al.”
Dua-dua bersuara serentak.
“Erk.”
“Ehem.”
Kemudian dua-dua tergelak. Sama-sama gugup.
“Err...kecilnya dunia.” Aladin menghampiri dinding yang
memisahkan mereka berdua.
Terkejut?
Sangat! Tak pernah pun terfikir akan bertemu semula dengan Dara. Dah hampir
tiga tahun kot sejak dia meninggalkan Kursk. Memang Mudin pernah bagitau yang Dara juga bekerja di
hospital yang sama dengan mereka tapi dia malas nak ambil tahu department mana atau sejak bila. Nak
bertembung pun kalau boleh dia tak nak, mana tau Dara masih membencinya.
“Kalau dulu being your
neighbour tu adalah nightmare,
kiranya sekarang pun sama kan?” Dara berlawak.
Matanya mengamati wajah yang suda lama cuba
untuk dilupakan. Aladin masih tampan seperti dulu cuma tampak semakin matang
bila kemeja berlengan panjang dan berbelang hitam putih itu tersarung di tubuh
tinggi Aladin. Sesaat kemudian...
Wake up, girl!
Dara cepat-cepat tersedar. Dah jadi suami orang dah pun
si Aladin bekas jantung hatinya itu, nak tenung lama-lama buat apa? Takkan
berangan nak ‘rebut’ balik encik suami orang, harus Mama rendam muka dia dalam
air kolam di depan rumah orang tuanya.
Aladin tergelak. Gaya seperti biasa. Kedua-dua belah
tangan dimasukkan ke dalam poket fitting
slacknya.
“That was not a
nightmare, Dara. That was an awesome mare! Bezanya sekarang. I’m married and you’re not. So jangan
risau. Saya takkan buat awak rasa annoyed
macam dulu lagi,” balas Aladin.
Memekak sampai tengah malam. Berebut bilik air di awal
pagi. Bergaduh bila toiletteries anak
dara sebelah habis diguna pakai. Belum masuk part kena hentam dengan Dara bila dia dan Sanjay pinjam frying pan Dara tapi dibiarkan begitu saja tak bercuci.
Pendek cerita tak kiralah nightmare ke, awesome mare ke,
superb mare ke. Hakikatnya mereka
berdua kini berjumpa semula.
Dara tersenyum. ‘I’m
married and you’re not.’ Sebaris ayat yang membezakan di antara dia dan
Aladin sekarang. Pahit, masam dan kelat. Rasa yang bercampur aduk. Tak pasti
sama ada Aladin sedang buat lawak ke
tak, tapi tak payahlah nak ingatkan kenyataan pahit itu. Sakit, bro!
“Sasha ada kat rumah tak?” Dara bertanya ramah. Matanya
tertala pada pintu dapur rumah sebelah yang terbuka luas.
“Nope. Balik
lambat hari ni.”
Mata Aladin mencuri pandang ke arah Dara. Dara Dahlia
masih seperti dulu. Macam tak banyak beza.
“I have something
for you and Sasha. I mean for my neighbours.” Pinggan yang dipegang Dara
dihulurkan pada Aladin.
“Apa ni?”
Bersinar-sinar mata Aladin, entah kenapa ‘abuden’ sangat soalan tu sedangkan dah
terang tang-tang enam biji tart telur tersusun cantik di atas pinggan berwarna
putih itu.
“Human skull.”
Terhambur ketawa Aladin. Tengah sarkastik ke buat lawak
cik Dara? Teringat kisah lama lebih lapan tahun yang lalu. Semalaman Dara
menangis bila dia dan Sanjay sengaja mencuri masuk ke bilik sebelah, kemudian
meletakkan tengkorak di tepi bantal Dara. Apa lagi, bila terbangun tengah malam
Dara meraung macam kena rasuk si harum sundal malam.
“You guys are
pieces of shit! Who on earth are you making fun of dead people?!”
Teruk kena ‘tiaw’
dengan Dara sampai dia dan Sanjay tertunduk tak terkata. Padan muka diri
sendiri.Tengkorak kena bagi pinjam untuk buat revision subjek Anatomy.
Ini tak, dajal sangat sampai menyalah gunakan untuk menakutkan budak-budak
perempuan di hostel. Percuma aje kena ‘pieces
of shit’ oleh Dara.
“Thank you,”
ucap Aladin ikhlas. Zaman universiti Dara memang terkenal dengan tart telur.
Siap diberi gelaran ‘tart girl’ kot
masa tu.
“Welcome. Nanti
sampaikan salam kat Sasha.”
Dara meminta diri
untuk masuk semula ke dalam rumah. Serius cuak bila bermesra alam dengan
Aladin. Ya lah, mana boleh lupa pertemuan terakhir zaman tok kaduk mereka
berdua. Mata menangis sampai lebam okey sebab ditinggalkan di bumi asing.
“Dara.”
“What?” Dara
menoleh ke belakang semula.
“Awak sewa ke beli rumah ni?”
“Beli,” jawab Dara sepatah.
“Careful, tau.”
Berkerut kening Dara. Matanya dikecilkan. Tidak faham
dengan maksud Aladin. Rumah ni Papa dan Mama yang belikan. Careful sebab apa?
“Why?”
“Malam-malam saya selalu dengar bunyi orang menyanyi dari
rumah sebelah.”
Erk! Meremang bulu roma Dara. Malam ni baru malam pertama
dia tinggal di sini. Pandangan bersilih ganti dengan rumahnya dan wajah Aladin
di depan mata. Takkan lah...
Aladin makin seronok menyakat. Dia mendekat ke dinding
batu dan merenung tepat ke dalam anak mata Dara.
“You know right?
This song. I’m not a girl. Not yet a woman. All I need is time. A moment that
is mine. While I’m in between.” Aladin menyanyi perlahan.
“Cis!” Wajah Dara berubah riak.
Pecah ketawa Aladin.Tu kan lagu kegemarah Dara. Lagu
zaman ‘transition’ Dara dari remaja
nak menjadi seorang wanita.
“That is funny,
Al.” Dara senyum juga.
Bila dikenangkan semula, malu doh! Tu zaman masa masih
berangan nak jadi Britney Spears, haruslah semua lagu Britney Spears dia dah
siap hafal dengan penuh jiwa dan raga. Sekarang, dah tak pandang dah pun.
Berakhir zaman cintan cintun dia dengan Ali Aladin, berakhirlah juga zaman
memuja Britney Spears bagi seorang Dara Dahlia.
“You’ve never
changed, Al,” perlahan suara Dara.
Aladin yang kuat menyakat.
Aladin yang nakal.
Aladin
yang memang jenis tak makan saman.
Haish! Selama ni elok aje dia ‘hilang ingatan’
tentang semua tu, tapi hari ni baru berjumpa semula dan pok pek tak sampai setengah jam di belakang rumah semua kriteria
lengkap tentang Aladin muncul semula di fikiran Dara. Mengembalikan semula rasa
lama yang dipendamnya biarpun cuba untuk dibuang jauh ke laut dalam. Memang tak
boleh jadi, kalau Sasha tahu dia bertenggek dengan suami si ‘musuh’ tu silap
hari bulan melayang periuk belanga ke muka Dara.
Aladin sekadar jungkit bahu. The fact is I’ve changed, Dara...
Bila
Dara sudah hilang di sebalik pintu, Aladin melangkah masuk ke dalam rumah. Air
yang sudah mendidih dari tadi sudah hampir kering. Api stove ditutup Aladin. Dia mengambil tempat di kaunter. Cancel maggi malam ni, mahu menikmati
tart telur Dara yang sudah lama tidak dirasai. Tart telur dikunyah perlahan.
Masih sedap macam dulu.
Teringat
tart telur, teringat kenangan bersama Dara. Aladin tersenyum sendiri. Siapa
sangka, Dara menjadi jiran sebelah rumah dia dan Sasha. Benarlah kata orang,
dunia ni memang kecil dan tak kira berapa jauh pun masing-masing terpisah
sebelum ini pasti akan bertemu semula.
Kalau
dah jodoh takkan ke mana? Okey, bab yang satu ini tak boleh terima sangat kot.
Bertemu semula tak bermakna jodoh mereka berdua kuat. Jodoh dia adalah isteri
yang dikahwini dan dicintai sepenuh hati sekarang ini, bukan Dara Dahlia. Kisah
lama jangan dipandang lagi, bro!
Kira
okeylah juga, biarpun berjumpa di dalam keadaan yang tak dirancang
sekurang-kurangnya tak ada aura ‘saya benci awak’ di dalam diri Dara Dahlia.
I
know I’m wrong, you may hate me if you want to.
I
know I’m wrong, you may forgive me if you think I deserve your forgiveness.
Mana
satu yang tertanam di hati Dara, hanya si gadis saja yang tahu....
Habis
tiga biji tart telur dimakan, Aladin naik ke tingkat atas. Selesai mandi, dia
bersandar pada kepala katil. Perut dah kenyang, badan dah bersih, ini anytime mata boleh terlelap.Matanya
tertacap pada majalah Chloe Sasha di tangan.
Fashion. Fashion. Fashion.
Bosan. Fesyen lelaki boleh tengok lagi, tapi ini semua ‘the-feminine-the-diva’ style.
Majalah
di tutup dan diletakkan semula di atas meja. Baru saja mahu melelapkan mata,
pintu bilik dikuak dari luar.
My wife is back!
“Hai.” Bibir Aladin dikucup si isteri.
“Hai. Lambat lagi.”
“Pass over
banyak sangat.”
Sasha berbaring meniarap di sebelah Aladin. Mata terpejam
rapat. Sungguh dia rindukan katil dan bantal. Kerja dari pagi sampai ke malam
buatkan badan dia tinggal nak tercabur skru saja lagi. Tolong cover rakan sekerja sekejap di wad
sebenarnya, tapi terjoin sekali
dengan passover round.
“How’s our baby?”
Tangan Aladin mengurut lembut belakang Sasha.
“Doing fine.”
Tenggelam timbul suara Sasha di sebalik bantal. Sejak berbadan dua ini,
badannya cepat letih. Belum lagi masuk bab mood
swing. Kadang-kadang dengan Aladin sekali kena hentam.
“Dah makan?” Tangan Aladin masih setia mengurut belakang
Sasha.
“Dah.” Makan bubur sejuk saja tadi. Itu pun lebihan
makanan pesakit.
“Mandi dulu. Then
tidur.”
Sasha menurut dengan mata yang separuh terbuka. Cepat
saja dia mandi, mandi burung pun jadilah. Pakai gaun tidur, sapu losyen, sikat
rambut. Done! Sasha merangkak naik
semula ke atas katil. Tangannya dilunjurkan untuk mencapai Reader’s Digest di tepi meja katil.
“Al. Awak perasan tak kita ada neighbour baru?” Mata melekat pada majalah yang dipegang. Balik
tadi terkejut bila tengok rumah sebelah dah ada cahaya lampu.
“Yup.”
“Dah berkenalan?”
“Yup.”
Sasha menoleh suami di sebelah. Majalah diletakkan di
atas riba.
“Really? Dah
tau siapa ke? Family or couple?”
Sasha berasa teruja.
Eloklah
dah ada jiran, ada juga teman dia bersembang kosong bila setiap kali hujung
minggu. Selama ni, toleh kanan rumah sebelah kosong krik krik. Toleh kiri pula, jarak rumah mereka berdua agak jauh
dari rumah seterusnya. Dia tak berkenan sangat tinggal di semi-D begini, tapi Aladin yang berkeras sangat. Aladin kata, kawasan
rumah kalau luas senang nak buat majlis. Majlis apa entah yang nak dibuat dia
pun tak tahu...
“Didi. Single
mingle.”
Sasha diam sejenak. Jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagu
dengan mata yang masih terarah pada Aladin yang beriak selamba.
“Sounds familiar,”
kata Sasha.
“Junior kita
dulu. Awak lupa? My next door neighbour.”
Membulat mata Sasha.
“That Didi?!”
Aladin angguk kepala.
Oh no!
“Of all people Al?!”
Mulut Sasha melopong.
“Yelah, sayang. Yang tu.”
Excited mode?!
‘Homaigod’ mode?!
p/s : KTD dah lama bersawang kat dalam laptop, dah tumbuh kulat dah pun. So saya withold Selamanya Cinta dan kita proceed dengan KTD ya. Fair untuk KTD jugak kan :) Mana tau ada rezeki kita peluk KTD. Have a good night and love loads!
Homaigad.. gud bye sasha😈
ReplyDeleteyeayy thank you much. waiting for ur next n3.
ReplyDeleteHomaigod mood lah tu...��
ReplyDeletepleeeaaassss... oxy..oxy. dh lemas dh ni ku tunggu dudamu...
ReplyDeleteAduhhhhh, akak pun dah berangan dah..how sweet this duda..next entry please
ReplyDelete