Wednesday, June 8, 2016

Dear Bella : Bab 1

BAB 1




BANANANA....BANANANA...BANANANA!

Oh my....gucci! Bella meraba-raba iPhone di meja kecil bersebelahan katil. Rasa macam nak sumpah diri sendiri jadi semut api. Banyak-banyak ringtones, Minions yang annoying orange tu juga yang dibuat jadi alarm untuk bangun pagi.

Ni dah kali ke tiga belas dia tekan ‘snooze’, tapi tubuh masih tak bangkit dari katil. Kalau mak tahu anak dara dia macam ni, mesti kena tiaw sampai tercabut cuping telinga.
Jap...jap....anak dara??? Kau tu dah kawin lah cik kak, oi...

“Bella...Bella...bangun...”

Bella buat-buat tak dengar. Mata masih tertutup rapat.

“Bella yang lazy bump, bangun...matahari dah kat atas kepala. Nak tidur berapa lama? Sampai esok?”

Eeee...menyampah! Suara garau yang bising ni lebih menyengat dari ringtone Minions. Pagi-pagi dah buat mood hilang. Bella buka mata, tengok aje muka Sam yang senyum senget buat hati panas.

Fine! Bella bangun dengan tubuh tegak 90 darjah di atas katil. Bila tengok senyuman Sam melebar, dia buat de’. Mesti gelakkan rambut selembut sutera ni mengerbang macam sarang lebah. Bangun pagi, bro...so what do you expect? Rambut Angelina Jolie kalau bangun pagi pun lebih kurang macam rambut dia juga. Haru-biru!

“Basuh muka. Tak payah mandi. Kita pergi jogging.” Sam mengarah. Ikut hati nak cubit pipi Bella sampai merah sebab comel tahap Teletubies.

Say what? Jogging? As in berlari awal pagi? Mata sepet Bella automatik jadi besar.

“Nak jogging apanya? Orang nak pergi kerja lah.” Suara Bella serak. Baru bangun babe, seksi sikit suara ala-ala kartun Frozen ni.

Your boss must be proud of you. Public holiday pun semangat nak turun kerja.” Sam menyindir. Sah Bella masih mamai, separuh badannya masih tertinggal di bulan. Hari Pekerja pun takkan nak duduk menghadap komputer di pejabat, boleh dapat Anugerah Pekerja Cemerlang awak Cik Bella.

Bella diam sejenak...beberapa saat kemudian. Damn! Bibir nipis diketap. Apalah nyanyuk sangat anak Encik Sulaiman yang berumur 27 tahun ni. Nak pergi kerja konon, siap pasang alarm lagi. Serius dah lost track dengan masa.

“Nak jogging untuk apa? Malaslah....” Muncung Bella panjang lima inci.

Troll sungguh nak ajak bersenam awal pagi. Pernah tak tengok dia bangun untuk sihatkan badan? Pernah tak tengok dia bersemangat macam Baja Hitam untuk berlari di atas trek di stadium sebelah rumah sebelum matahari terbit? Saja Sam nak kenakan dia!

“Jangan banyak tanya. Sepuluh minit. Saya tunggu kat bawah. Kalau tak saya denda.” Windbreaker disarungkan ke tubuh tegap Sam. Kalau dengan Bella kena tunjuk belang sikit. Kalau cara lembut tak boleh pakai, terpaksa guna cara harimau.

Otak lagging Bella ligat berfikir. Maka panjanglah senarai ‘denda’ yang muncul di dalam fikiran.

1. Jadi bantal peluk waktu malam.
2. Jadi alarm clock waktu pagi.
3. Jadi ‘other half’ Sam 24 jam.

Oh my...sengsaranya! Bella bangun dari katil dengan super malas. Boleh tak kalau dia sambung tidur dan anggap saja Sam tak wujud kat dalam bilik ni? Hmm...boleh aje kalau dia sanggup terima denda Sam yang tak masuk akal.

“Nak ke mana tu?” Mata Sam beralih pada tubuh Bella yang meninggalkan katil.

Bella berpaling dengan muka menyampah. “Nak berus gigi kenalah kat tandas, takkan kat atas katil.”

Ouch! Sam ketawa. Boleh tahan mulut Bella, pagi-pagi pun dah pandai ‘smashed’.

“Ten minutes, Bella. Only ten minutes.” Sam mengingatkan. Saja je sebenarnya, suka tengok muka marah Bella. Manis dan comel.

Ada aku kisah? Urgh! Sebab aku kisah lah aku paksa diri bangun awal pagi macam ni. Rancak sungguh monolog dalaman Bella. Serius rasa macam nak ketuk kepala Sam dengan pasu bunga kaktus kat luar rumah.

Masuk saja ke dalam tandas....

Gedebuk!

Adoiiiiiii....Bella menahan sakit. Apalah malang sangat nasib hari ni. Sedap aje punggung landing di atas lantai.

“Bella, awak okey tak?”

Damn! Bella mendongak memandang pintu. Tangan kanan menggosok punggung yang sakit.

“Awak saja nak kenakan saya ke? Kenapa baju kat atas lantai?” Percuma aje Bella terlicin. Kedua-dua belah kakinya digerakkan. Syukurlah nak, nasib baik kaki tak patah.

“Mata letak kat mana? Dalam poket?”

Seriously.....kejam sungguh lelaki yang bernama suami ini. Perlahan-lahan Bella bangun. Toleh ke belakang, makin sakit hati tengok muka Sam yang masih gelak. Luculah sangat tengok dia terjelepuk macam buah nangka. Tolong pun tak.

“Baju letak kat dalam bakul, bukan main buang aje kat dalam ni.” Bella tunduk mencapai kemeja Sam dan diletakkan ke dalam bakul. Macam sengaja nak letak perangkap samar untuknya.

“Sorry. This will be the last time.” Sam masih dengan sisa ketawa. Tipulah kalau tak wujud rasa bersalah tengok Bella terjatuh macam tu disebabkan olehnya. Nak tolong. Nak peluk. Nak cempung tubuh Bella. Tapi.....haih. There’s always ‘tapi’ in between.

Huh...janji kosong lah tu. Bella jeling sekilas sebelum tubuh Sam ditolak perlahan untuk menutup pintu. Dalam hati dah menangis air mata darah, kejam aje suamiku aku ni. Inilah kononnya pilihan suami terbaik abad ini.

“Jap, Bella.”

Bella terkejut bila lengannnya dicapai Sam.

Sorry....it won’t happen again. Saya janji.” Kali ini suara Sam lebih serius. Wajahnya kembali tenang, dah tak sengih macam kerang busuk.

Dua pasang mata itu bertentangan beberapa saat....

“Tak apa. Saya okey je.”

Sam senyum lebar sampai ke telinga. Inilah yang dia suka tentang Bella. Cool aje. Tak menangis. Tak merengek. Pendek kata, tak banyak songeh.

“Nak jogging kat mana?” Bella ubah topik.

“Kat stadium sebelah lah.”

Say what?! Bella rasa makin tak bersemangat nak pergi. Banyak lagi kot tempat lain yang boleh jadi tempat jogging, kenapa kat stadium sebelah juga yang Sam nak? Eeeee....geram tahap gaban.

“You have five more minutes, Bella.”

Bella merengus. Serius aku tak tahu nak komen apa kat suami yang dipilih oleh mak dan abah ni. Suami yang dipilih? Yup! Inilah kisah perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Yang tak pasti samaada bahagia ke tak....sehaluan ke tak...
           


p/s : Sementara tunggu Ku Tunggu Dudamu siap edit, here comes projek baru untuk semua. Yang tak berat. Yang light. Yang sweet...? most probably ;) simple and sweet it is! Salam Ramadhan and love lots! 


2 comments:

  1. oh god emy i just realize this...
    sorry me being the procrastinator me!!!

    anything from you is A-OK for me doc....

    ReplyDelete