Tuesday, June 21, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 9

BAB 9



            CUACA yang anginnya sepoi-sepoi bahasa. Rumput dah mula tumbuh, dah nampak hijau sedikit. Pokok pun dah mula ada daun. Aladin tarik nafas dalam.

            “How time flies.”

            “Huh?”

            Dara di sebelah masih seronok makan halwa. Kadang-kadang tak faham dengan Aladin. Hujan panas tak ada tiba-tiba boleh sebut ayat yang seakan tergantung dan buat dia blur.

            “Baru aje musim sejuk, sekarang dah masuk musim bunga.” Aladin sambung ayat.

            Owhh...Dara angguk kepala. Baru faham. Bungkusan halwa dihulurkan pada Aladin tapi Aladin menolak. Ala benda macam ni memang Aladin tak pandang. Aladin kata ni semua makanan budak-budak.

            “Tiket balik KL summer ni dah urus?” Aladin lunjurkan kaki. Lengan kiri didepakan di belakang kerusi di belakang Dara.

            “Belum lagi.”

            “Nice. Jom balik sama.”

            Erk? Dara pandang Aladin sekilas. Selamba saja muka Aladin yang membuang pandang pada sekumpulan ibu-ibu yang tak jauh dari kerusi mereka berdua.

            “Saya selalu beli tiket last minute.” Dara mengelak.

            “Saya on aje. Asalkan balik dengan awak.”

            Okayy...that doesn’t work Dara. Takkan tak tahu, Aladin bukan jenis yang berputus asa. Aladin akan cuba sampai dapat. Duduk lepak dengan Aladin kat Baranino Park petang ni pun sebab Aladin dah terpacak tegak di depan kelas dengan minuman coklat panas yang dibeli dari vending machine.

            “Al. Ada benda nak tanya awak.”

            “Apa dia?”

            “Kenapa panggil saya Dara? Awak sorang aje yang panggil nama tu.”

            “Curiosity is not a sin, Dara.” Aladin senyum.

            “I like the name. And I like the person.” Aladin berterus-terang.

            Dari dulu sampai sekarang dia jatuh hati pada Dara. And ya....sebut pasal nama. Nama Dara sangat unik. Mungkin ayah Dara dapat nama tu dari zaman Merong Mahawangsa. Pernah tanya Dara tentang itu tapi Dara tunjuk muka, kecik hati sebab Dara salah sangka ingat dia anggap itu nama yang tak in dan lapuk.

            Dara terdiam sejenak. Lepas tu sambung balik makan halwa yang sedap.

            “Awak lain dari yang lain, Dara. Sepanjang saya hidup kat muka bumi ni belum pernah saya jumpa perempuan macam awak.”

            “Alaa..awak belum hidup lama sangat. Nanti bila dah berusia sikit awak akan jumpa berlambak yang macam saya.”

            Pecah tawa Aladin. Dara di sebelah pun turut ketawa. Lawak dari zaman mana Dara ambik ni.

            “Dah berapa lama awak kenal saya, Dara?”

            “Setahun lebih. Eh..dah dekat dua tahun.”

            “I think it’s more than enough for you to know me and move on to the next chapter.”

            Dara membetulkan duduk. Menghadap Aladin di sebelah. Dia bukan budak-budak umur 8 tahun, jadi tak susah nak faham isi tersirat Aladin.

            “Kenapa saya, Al?” Dara bertanya.

            Berlambak gadis Malaysia kat bandar ni, kenapa dia yang Aladin pilih? Banyak lagi yang jauh lebih baik daripada dia. Sasha boleh lah tolak tepi kot, yang tu memang Aladin tak berkenan.       
    
            “Saya tak perlukan alasan untuk suka awak, Dara.” Aladin bangun dari duduk. Dicapai ranting kayu dan dilontarkan ke arah anjing yang cuba mendekati anak kecil yang tak jauh dari tempat mereka berdua.

            “Terus terang cakap. Saya nak jaga awak. Temankan awak kat sini. It’s more than just friends. It’s more than just lovers. I want it to end the way it supposed to be, Dara.”

            Terhenti kunyahan Dara. Halwa di tekak rasa kelat. Apa nak jawab balik kat Aladin. Maksud Aladin sangat mendalam, siap dengan peringkatnya sekali.

            1. Kawan.
            2. Kekasih hati.
            3. Sehidup semati.

            Yang sehidup semati tu tak menahan. Baru tak lama kenal kot, cepatnya Aladin pasang niat nak ambik dia jadi teman sampai bila-bila. Uhuk! Jauh sungguh kau berangan cik kak, perasan lebih!

            “Kalau awak nak mengharap lelaki yang romantik macam Rafael, then saya tak boleh nak buat apa. Sebab saya tak lahir begitu sejak azali, Dara. Tapi...I really love you.”

            Cayalah, bro! Aladin sendiri tak sangka boleh sebut ayat keramat tu. Tapi kenalah berani sikit kalau tak nak melepas. Dia bukan romantic de amour atau mampu ucap ayat manis mengalahkan gula Melaka. Tapi part dia sayang Dara tu memang betul. Lahir dari hati tu, bro!

            Mulut Dara melopong.

            BINGO!





            TIDUR. Tak payah stay up.

            Dara gelak baca mesej Aladin di dalam Messenger. Laju tangannya menekan huruf-huruf di keyboard.

            Dara : Tak dapat tidur. Masih awal lagi.

            Al : Aik? 11.30pm pun masih awal lagi? You too used to stay up, Dara. Change your sleeping pattern. For more quality.

            Dara : Pekebende teori awak ni? Sendiri tak tidur lagi.

            Aladin : LOL. Hot chocolate?

            Dara : No, thanks. Good night.

            Dara beralih ke atas katil. Baru menarik comforter naik ke dada,  pintu bilik diketuk dari luar.
            “Al lah tu. Nak hantar hot chocolate untuk awak.” Dian yang masih menghadap skirn laptop meneka.

            Dah biasa dah. Kalau tak silap dah enam bulan lebih Aladin buat rutin yang sama. Hantar minuman panas untuk Dara. Ye lah, teori Aladin yang kononnya ‘mesti minum minuman panas masa winter’ tu mana boleh lupa. Kalau tak setiap hari, dia buatkan EOD (every other day) khas untuk Dara.

            Dari awal lagi dah cakap kat Dara, Aladin boleh tahan. Tak adalah jahat mana. Nakal sangat pun tak. Dah terang-terang Aladin suka tu, terima ajelah. Tapi Dara jual mahal, main tarik tali. Mana-mana lah, Dara. Jangan nanti terlepas lepas tu putih mata, maaf dia tak dapat nak tolong.

            “Dian, tolong buka pintu please.” Dara dah jadi kepompong di atas katil. Malas nak buka pintu, jauh tu jarak katil dan pintu.

            Sebaik pintu dibuka Dian, Aladin menjenguk dengan muka selamba.

            Kira okey dah sekarang. Sebelum masuk pasti Aladin ketuk pintu. Itu pun sebab ada notis besar gajah dilekatkan di hadapan pintu ‘Sila ketuk pintu sebelum redah masuk’. Berbnading dulu, betul-betul tak makan saman. Kononnya coverage without boundary.

            “Pass kat Dara.” Aladin berpesan pada Dian. Mug panas bertukar tangan.

            “Tak payah buat-buat tidur, Dara. I was online with u less than 5 minutes ago.

            Dara mengetap bibir di sebalik comforter. Hampeh punya Aladin!

            “Sleep well. Esok miss call saya. Ada kelas jam 9 pagi.” Aladin sempat meningatkan sebelum menutup pintu.

            Dian dah ketawa mengekeh. Bila Dara selak comforter, Dian senyum-senyum macam tengah tengok bintang kat siling. Apa kena lah budak sorang ni? Lain lah pulak yang tengah jiwang. Mug di tangan Dian dihulurkan padanya.

            “I told you! Al is a nice person.”

            “Yeah right.”

            Hanya sebab Aladin sanggup hantar minuman panas malam-malam begini terus kena cop mohor budak baik oleh Dian. Minuman coklat panas dihirup Dara perlahan. Hmm...tak manis tak tawar. Sedang-sedang. Ni kalau jadi suami mesti Aladin boleh masuk kategori ‘suami pilihan ramai’. Ceh! Jauh kau berangan cik kak!

            “Ni, aku nak report sikit kat kau.” Dian beralih tempat duduk ke atas katil bertentangan dengan Dara. Patung beruang besar dibawa ke dalam pelukan.

            “Apa dia?”

            “Shitty lock tu. Hari ni buat kecoh kat dapur hostel. Bising-bising kata Al dengan dia pernah keluar bersama. Al belanja dia espresso kat Coffee House. Lepas tu konon temankan cari water heater baru kat Techno Sila.”

            “Doiiii...itu pun nak bising.” Dara hampir tersedak dengar cerita Dian. Sasha aka shitty lock memang macam tu. Sikit-sikit nak bercakap besar. Entah betul entah tidak Aladin bawa minum kopi. Yang dia ni Aladin temankan ke hulu ke hilir tak bising pun. Aladin siap buatkan makanan dan minuman macam sekarang, dia langsung tak canang satu dunia. Typical Sasha, kecoh aje lebih.

            “Let’s say kalau apa yang Sasha cakap tu semua betul. Kau tak jealous ke?” Dian menduga.

            “Maksud kau?” Boleh tak aku buat-buat blur sekarang ni. Dara tengah fikir apa jawapan nak bagi pada Dian.

            “Ya lah..Al selalu ajak kau. Apa-apa dia buat pun dia fikir tentang kau. Bila memasak dia tanya kau dah makan ke belum. Bila dia nak keluar shopping dia tanya kau nak ikut sekali ke tak. Banyak lagilah. Lelaki baik tu beb, takkan sikit pun kau tak ada hati?”

            Dian tunggu jawapan dari Dara. Masih sunyi.

            “Or takkan sikit pun tak cemburu kalau dia keluar dengan orang lain?” Dian masih menduga.

            Dara letak mug yang berisi separuh di atas meja. Comforter ditarik semula naik ke paras dada. Ehem...sejujurnya dia pun pernah terfikir semua tu. Aladin layan dia super baik. Perfecto de tonto. Tapi dia tahu juga Aladin ni jenis yang macam mana sebelum ini. Sebelum dia, berderet-deret ex Aladin. Ada yang dia tak kenal sebab bukan pelajar Malaysia. Perempuan Russia pun termasuk dalam senarai okey. Entah ilmu mana Aladin pakai untuk pikat tapi itu semua cerita lama. Dia tak nak ambik kisah. Yang dia kisah adalah Aladin yang sekarang, yang sentiasa ada bersamanya.

            So kiranya cerita Sasha tu termasuk dalam lembaran lama? Harus! So buat apa nak cemburu bagai. Buat sakit hati, buat pening kepala.

            “Eh hello...” Dian siap petik jari beberapa kali ke arah Dara, jauh benar mengelamun. Dah sampai Jupiter ke?

            “Sorry. Sorry. Cerita sampai mana tadi?”

            Dian tayang muka bosan. Malas kadang-kadang kalau bersembang dengan Dara. Asal masuk topik Aladin, mesti macam ni. Dian tarik comforter dan berbaring dengan patung beruang masih lagi di dalam pelukan.

            “Tidurlah, beb. Mimpi yang indah-indah. Kalau kau kahwin dengan Al, aku nak jadi pengapit. Tukang kipas kat sebelah.”

            “Choiiiii...mulut!” Dara separuh menjerit. Apa entah lah minah ni, kena rasuk jembalang agaknya.

            Dian dah ketawa mengekeh. Namun mereka berdua terdiam bila dinding diketuk dari sebelah.

            Ting! Pesanan masuk ke dalam telefon bimbit Dara. Membulat mata Dara membaca pesanan yang dikirim Aladin.

            Sleep or otherwise I have to go there to make you fall asleep.

            Hish! Gila punya Aladin!

            

p/s : lama tak update sebab bertapa kerja...serius kononnya nak komited sampai rumah kat sini bersawang. Enjoy reading! KTD is on its way to its end. Tak janji bila tapi I hope it will be the forth after the other three babies. Gutnite and love loads!

6 comments:

  1. Aaa please3. Tak sabar nak tahu cerita diorg nii 😳

    ReplyDelete
  2. Wah emy hope it will be soon can't help waiting...
    Love you too

    ReplyDelete
  3. Al cintakan dara tp knp dia kahwin dgn org lain 😪😪

    ReplyDelete
  4. Best jua baca..lama tak update boleh lupa plotnya

    ReplyDelete
  5. Best jua baca..lama tak update boleh lupa plotnya

    ReplyDelete
  6. mcm mana Al blh kawin dgn org lain..

    ReplyDelete