Friday, November 30, 2018

JANGAN BENCI CINTAKU (BAB 1)





"Idan... Ni kenapa comot sangat ni? Mana mama? Fika! Fika!"

Pagi Isnin. Monday blues. Hari tak ada mood sedunia. Awal-awal lagi dah dengar suara Shahrizal 'bising' di dapur. Mahu tak bising bila muka comel anak bertukar comot. Mulut Idan dilap dengan napkin yang tergantung di leher si comel.

"Mana mama? Mama tinggalkan Idan sorang-sorang kat sini?"

Idan tersenyum menampakkan beberapa batang gigi yang tumbuh. Shahrizal tersenyum sendiri. Yang dia pok pek di depan Idan, manalah Idan faham. Seronok saja Idan menyuapkan buah betik yang sudah dihancurkan ke dalam mulut dengan tangan, mahu tak comot. 

Fika? Oh, Rafeeqa aka isteri kesayangan tu tak tahu ke mana. Punya kuat nada suara mengalahkan orang yang pakai mikrofon takkan Rafeeqa tak dengar.

"Mana pulak bini aku ni?" Shahrizal membawa langkah ke pintu lungsur di tepi rumah. Melihat kelibat Rafeeqa di luar rumah, dia menarik nafas lega tapi tak lama.

Tangan diangkat tinggi-tinggi. Berdiri pulak hanya dengan sebelah kaki. Lepas tu tarik nafas dalam-dalam sambil kepala mendongak dengan mata tertutup.



Serius senaman planet mana yang Rafeeqa ikut ni. Shahrizal mendekat. 

"Selamat pagi Puan Rafeeqa Huda." Shahrizal berbisik ke telinga Rafeeqa.

"Selamat pagi Encik Shah." Rafeeqa membuka mata dan menyimpul senyum.
Dengan pose tangan bercekak pinggang dan muka yang tak berapa mesra alam nak tersenyum, Rafeeqa tahu mesti ada yang buat Shahrizal tak puas hati dengannya pagi ini.

"Senaman apa pulak kali ni?" Mata Shahrizal masih melekat di wajah Rafeeqa. Semangat kesukanan yang tinggi dah ni kalau muka cantik Rafeeqa dibasahi peluh.

"Yoga."

"Huh?"

"Kenapa? Nak join sekali?" Rafeeqa menjeling. Nampak sangat muka Shahrizal macam tak puas hati.

"Tak nak dan tak berminat dengan yoga awak. Entah betul entah tidak yoga awak ni. Dah macam rupa buat upacara memuja rumput kat luar ni pulak saya tengok."

"Eh hellooo..this is yoga okay. Trend masa kini. Tak mainlah pergi jogging atau main tennis macam awak." Rafeeqa meregangkan otot-otot di badan, dah habis dah pun sebenarnya. Melihat Shahrizal ketawa, dia turut tersenyum akhirnya.

"Kenapa tinggalkan Idan sorang-sorang kat dapur tu? Makan pun dia tak berapa nak pass tahu tak."

Okay, there you go! Encik Tarzan ni marah lagi. Rafeeqa berdiri menghadap Shahrizal. Muka Shahrizal tak adalah macam singa sangat, tapi masih menakutkan.

“Idan bukan sorang-sorang kat rumah pun. Awak ada. Saya saya. Plus, Idan sudah perlu berdikari. Biarkan dia buat apa yang dia suka. Then kita tak….”

“Fika.”

Okey. Kalau ayat dipotong separuh jalan bermaksud bukan petanda yang baik.

Fine. Sorry. Saya takkan ulang lagi. Saya akan pastikan Idan berkepit dua puluh empat jam dengan saya.” Rafeeqa mengalah. Kalau mood Shahrizal rosak pagi-pagi begini, susah nak dipujuk. Baru Rafeeqa mahu masuk, lengannya dipaut Shahrizal.

“Make sure this is the last time.” Shahrizal mengingatkan. Bila Rafeeqa angguk kepala, barulah pautan lengan isteri dilepaskan. Bibir melepaskan keluhan bila Rafeeqa sudah berlalu pergi.

Macam mana kalau Idan tercekik bubur?
Apa nak buat kalau Idan pengsan tak sedar diri kat di dapur sana?
Kalau Idan terjatuh dari baby chair macam mana pula?

Itu semua termasuk dalam worst case scenario Shahrizal. Dia sedar cara Rafeeqa membesarkan Idan adalah jauh berbeza berbanding caranya. Dan senarai ‘cara-yang-berbeza’ itu sangatlah panjang ke belakang.

Membesarkan Idan dengan cara dia satu hal. Nak ‘membentuk’ Rafeeqa pun satu hal. Dia sangatlah tak bersetuju dengan gaya ‘boleh-buat-apa-saja’ yang Rafeeqa praktikkan pada Idan. Nanti silap hari bulan Idan jadi spoilt brat.

“Awak tak nak makan ke? Atau awak pun nak buat upacara memuja rumput?”

Uhuk! Uhuk! Shahrizal tersedak air liur sendiri bila suara Rafeeqa menyapa siap dengan ayat sarkastik. Bila dia berpaling, Rafeeqa berpeluk tubuh dengan senyuman nipis.

“Boleh juga. Lagipun dah lama tak hujan. Nak buat upacara memuja tiang lampu kat keliling rumah ni pun boleh jugak.” Kiranya Shahrizal nak buat lawak tapi bila mata hitam Rafeeqa jadi juling siap dengan rolling eyes, dia tahu lawaknya tak menjadi.

“Fika, malam nanti kita bincang elok-elok. Macam mana kita nak besarkan Idan. Cara apa yang ktia perlukan dan apa yang kita….”

“Kita dah bincang banyak kali, Shah. Saya tahu awak tak pernah suka cara saya. Apa yang saya buat semua tak betul. So saya rasa tak payahlah kita nak bincang lebih-lebih. Ikut aje cara masing-masing.”

Itu dia. Mulut Rafeeqa kalau menjawab memang nombor satu sampai Shahrizal terdiam. Bagi Rafeeqa, tak ada cara siapa yang betul atau salah. Try and error, itulah cara dia. Kalau Shahrizal tak suka pun apa boleh buat, dia akan cuba menjadi ibu yang baik dengan cara dia sendiri.

“Fika, wait. Wait. Jangan pergi dulu.” Bahu Rafeeqa dipaut dan memaksa Rafeeqa untuk berdepan dengan Shahrizal.

“Okey. Kita ikut cara masing-masing tapi kalau ada mana-mana part yang kita tak suka atau tak setuju, kita bincang cara baik. Deal?” Shahrizal mencari anak mata Rafeeqa yang cuba mengelak daripadanya. Typical cara dia, kalau ada perselisihan faham di antara mereka berdua memang Shahrizal takkan bawa sampai ke petang. Settle cara baik supaya kedua-dua pihak berpuas hati. Dan bila Rafeeqa angguk kepala, bibirnya mengukir senyum.

“I love you.” Tubuh Rafeeqa dibawa rapat dan dipeluk erat. Sempat kucupan singgah di dahi Rafeeqa.

“Me too.”

Shahrizal hanya tersenyum. Kalau ungkapan cinta hanya dibalas pendek begitu bermaksud mood Rafeeqa tak berapa nak ‘in’ dan masih berkecil hati dengannya. Tapi dia tak boleh mengeluh apatah lagi nak kompelin pasal isteri. Rafeeqa adalah pilihan terbaik untuk dia sampai bila-bila.

Lead her.
Teach her.
Don’t stop loving her.

Itulah yang sebaiknya. Dan itulah yang dia cuba lakukan di sepanjang perkahwinan mereka berdua setakat ini.

*************

BABE, kau dengan Shah okey tak?”

Dahi Rafeeqa berkerut. Masuk saja ke dalam kereta Damia, soalan pertama makcik bawang Holland ni boleh buat dia rolling eyes.

“Kenapa kau tanya macam tu pulak?”

“Aku ada sixth sense, babe. Kalau muka kau masam macam asam jawa tu maksudnya kau dengan Shah gaduh-gaduh sayang pagi tadi. Kan Idan?” Idan yang bermain dengan mainan Transformers di tempat duduk bayi di belakang dipandang dari sebalik cermin.

Oh, please. Buah asam jawa pun kau tak pernah makan mana kau tahu rasa dia asam.” Rafeeqa divert topik lain. Ajak Damia keluar hari ini adalah untuk ambil angin dan beli pampers Idan sekali. Kalau tunggu Shahrizal, baik tak payah. Minta beli pampers saiz M, Shahrizal pulang dengan pampers saiz L. Tapi manalah tahu Damia dah mula nak pok pek pasal dia dengan Shahrizal.

“Apa pulak yang korang gaduhkan pagi ni? Jap, sebelum tu aku nak clarify sikit. Aku bukan nak membawang atau nak jaga tepi kain rumahtangga kau, tapi aku concern pasal kau. Kalau ada apa-apa yang kau nak luahkan, just spill it out. Apalah gunanya kawan macam aku kalau tak menjadi pendengar setia kau.” Panjang lebar ayat Damia. Dia dah kenal Rafeeqa sangat lama, status BFF tu rasanya dah boleh tukar jadi adik-beradik-lain-mak-lain-bapa dah pun. Lagi-lagi kalau Rafeeqa mengeluh bermaksud ada apa-apalah tu.

"Shah..."

"Okey. Then?" Damia sabar menunggu.

"Aku rasa aku bukan isteri dan mak yang baik."

"Pulak dah. Kau PMS ke ni?" Damia pelik.

"Kau nak dengar ke tak?" Rafeeqa jadi angin. Tadi kata nak jadi pendengar setia.

"Okay, fine. Apa yang Shah buat kali ni?" Kereta yang dipandu Damia menuju ke jalan besar. Kalau zaman masih tak ada Idan, mereka berdua shopping sampai tak ingat dunia. Terapi diri tu sebab dulu masalah rumahtangga Rafeeqa mengalahkan masalah negara. Siap beli akuarium dengan ikan, terapi minda kata Rafeeqa. Kali ni bila Rafeeqa ajak keluar beli pampers Idan kiranya terapi minda jugalah kot. 

"Tak ada apalah, babe. Nanti-nanti aku buka cerita." Rafeeqa membuang pandang ke luar. Tak tahu nak mulakan dari mana. Lagipun tak urgent nak bercerita sekarang.

"Okey. Aku pun tak nak paksa. Tapi in case if you need me, I'm always around." Damia tak mahu memaksa. Kalau Rafeeqa tak nak berkongsi cerita bermaksud belum sampai ke tahap Rafeeqa tak dapat handle sendiri.

“Cuma aku risau…cara dia dengan cara aku besarkan tak sama. Aku takut nanti dia…haish, tak tahulah nak susun ayat macam mana.”

Chill, chill. Jangan paksa diri kau. Take a deep breath. Tenangkan fikiran dulu. Lepas kita pergi shopping pampers Idan or anything that is related to Idan mana tahu kau akan lebih okey. Then baru kau cerita kat aku, okey?” Damia menenangkan Rafeeqa. Rafeeqa ni kadang-kadang walaupun cool dan bubbly, pandai datang juga penyakit gelabah dia.

Rafeeqa angguk kepala. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus lagi. Menjadi juga ‘take-a-deep-breath’ yang Damia rekomenkan. Dia menoleh pada Idan di belakang, lebar sjaa senyuman si comel dan buat hati Rafeeqa yang tadi kacau kini jadi tenang semula.

“Kau dengan Syazwi bila nak kahwin? Lagi cepat lagi bagus. Idan perlukan kawan baru.” Rafeeqa menyakat.

“Belum ada jodoh, babe.”

“Eh hello, bukan belum ada jodoh. Kau tu yang lengahkan majlis kahwin. Kau nak tunggu apa lagi? Tunggu Husna datang dan pikat Syazwi tu?”

“Choiiiii! Alergik aku nama minah tu.” Meremang bulu roma Damia. Agaklah sikit kalau nak bergurau. Dah berkurun tak dengar nama puaka tu, hari ni selamba ayam aje Rafeeqa sebut. Idan di belakang pun ketawa mengekeh. Lucu kot reaksi dia yang macam baru terjumpa jembalang air.

“Kau jangan, babe. Cukuplah kau sorang aje yang kena. Kalau dia kena dengan aku, dengan tulang rahang dia sekali aku patahkan.” Damia pandang Rafeeqa di sebelah. Sedap aje Rafeeqa ketawa, dia ni pulak yang jiwa kacau.

“Tahu takut.” Ketawa Rafeeqa masih bersisa. Kalau versi Damia, sangatlah berbeza berbanding dia. Damia takkan guna moto ‘Like I care’, sebaliknya moto Damia adalah ‘aku-kerjakan-sampai-lebam’.

Babe, kalau aku tanya jangan marah ya.”

“Apa dia?” Rafeeqa menoleh.

“Kalau Husna datang cari Shah semula, apa yang kau akan buat?”

“Boleh tak kau jangan tanya soalan luar alam macam tu. Kita keluar ni nak bagi aku cool down, bukan nak bagi aku berasap telinga.”

“Fine. Fine. Janganlah marah, aku tanya aje.” Damia tunjuk muncung itik.

Rafeeqa senyum juga akhirnya. Damia memang begini. Ada-ada saja.

Kawan setia di sisi.
Kawan menangis dan ketawa.
Kawan bikin panas dan bikin geram.
Itulah Damia.



p/s : I promised JBC2 takkan klise :) Saya akan update selang seli dengan Bintang Terbaik hingga tiba masa. Untuk yang nak order Biarkan Pergi dan Di Antara Semua Bintang, boleh PM saya atau wassap ke 018-391 3947. Have a great weekend ahead! :) 


No comments:

Post a Comment