Sunday, November 22, 2020

AKU SENTIASA ADA (Bab 1)

 



MASUK ke dalam ruang bilik, Lotus sedar diri menjadi perhatian semua mata yang memandang. Pertama, sebab dia lambat. Yang kedua, sebab muka dia langsung tak ada riak bersalah. Yang ketiga? Sebab pakaian yang tersarung di badan ini cantik kot. Selamba dia melabuhkan duduk di salah satu kerusi kosong di situ.

“You’re late, girl.”

I know and I’m sorry. Tapi meeting masih jalan kan?”

Ayub telan liur. Bersabarlah wahai hati. Kenapalah dia ada anak yang perangai macam jembalang air? Muka ni dah tebal mengalahkan dinding konkrit setiap kali Lotus buat hal. Walaupun tak ada mulut yang berani menegur, tapi dia tahu semua yang ada di bilik ini sekarang pasti tak puas hati dengan Lotus.

“Nama awak siapa?”

Lotus mengangkat muka. Tanya aku ke? Lelaki yang duduk di sebelah papa itu memandangnya tajam. Sempat dia toleh belakang tapi tak ada orang lain, memang dialah yang ditanya. Mana ada orang lain, tak tahulah kalau ada hantu yang dia tak nampak.

“Bunga.”

Ya ampun….Ayub pejam mata. Jawab dengan jawapan yang betul boleh tak?

Berk tersenyum nipis. Pakaian masuk kategori ‘bikin-berdarah-hidung’. Panahan mata yang tajam. Warna rambut yang merah menyala. Sekali pandang memang boleh masuk dalam senarai ‘Bahaya Girls’ tapi nama….klasik habis!

“Kami dah habis meeting. Lain kali tak payah datang aje terus.”

Hello, mister. Menyindir aku ke? Lotus senyum dan jungkit bahu. Ada aku kisah? Dia memang tak nak ikut pun mesyuarat kali ini, tapi papa paksa dia tunjuk batang hidung. Terdetik dalam hati, lelaki mulut pedas kat depan ni mesti wakil dari syarikat yang akan bekerjasama dengan syarikat papa untuk projek mega yang akan datang.

Bila semua bersurai, Lotus menuju ke arah papa. Pipi papa dicium kiri kanan. Sempat mata melirik pada tubuh tinggi di sebelah papa. Encik mulut pedas masih setia memandang wajahnya. Nak tunggu dia tegur dan memperkenalkan diri? Maaflah, not my style mister!

“Kenapa lambat?”

“Pusing cari parking tak jumpa.”

“Girl…”

Lotus sengih. Tengok papa tayang muka garang dah cukup buat dia sedar yang papa tak suka dengan jawapannya yang ‘main-main’. Takkan nak cakap sebab dia bangun lambat. Esok lusa papa siram muka dia dengan air sebaldi.

Let me introduce. Lotus. Berk. Berk. Lotus. Lupa nak cakap, Lotus is my daughter.”

Jelas riak terkejut di wajah Berk. Sumpah tadi ingatkan pekerja kategori perempuan simpanan Tuan Ayub. Patutlah berani cium pipi Tuan Ayub depan-depan.

Lotus tayang senyum. Tangan dihulurkan untuk bersalam.

“Hi, Bunga.” Huluran tangan bersambut.

“Hi, Berk. Cantik nama. Kerabat Thanos ke?”

Berk tersenyum. Mata jatuh pada bibir merah si gadis. Main lepas cakap macam tak ada insurans.

“Lotus. Please.”

Lotus menekup mulut sendiri acah-acah ‘opssss’ bila papa menegur. Garang muka papa dah cukup untuk dia faham yang papa tak nak dia overboard dengan lelaki kat depan ni.

Ulang balik nama tu. Berk. Pergh! Pertama kali dengar nama yang baru keluar dari kerak bumi. Sempat mata tengok dari atas sampai bawah. Tubuh tinggi yang kacak dan bermata biru itu menarik perhatian Lotus. Biasalah, siapa yang tak suka cuci mata tengok lelaki hensem.

“Lepas ni kita akan deal dengan Berk untuk projek baru dekat Kundasang. Dari belah kita, papa nak Girl yang handle. Apa-apa hal Girl deal dengan Berk. Lepas tu bla bla bla….”

Ah! Typical papa. Suka sangat bagi dia kerja yang dia tak suka. Landskap segala bukanlah bidang dia. Kalau papa paksa juga, ijazah dia memang buang ke laut ajelah. Tak pun buat aje jadi bungkus nasi lemak.

“Dengar tak ni?” Dahi Ayub berkerut.

“Dengarlah.” Lotus berpeluk tubuh. Tak dengar pun sebenarnya tapi demi menyedapkan hati papa, dia iyakan saja.

“Berk, awak kena banyak bersabar dengan dia ni. Kalau dia buat salah, you can just scold her.

Papa dah mula dah. Setiap kali jumpa orang baru mesti papa bagi peringatan yang dia tak berapa suka. Dia taklah dajjal mana pun. Kalau hal kerja manalah dia pernah buat main.

Berk hanya tersenyum. Dia ada cara tersendiri untuk ajar Lotus dan perkara pertama yang dia akan buat adalah untuk bagi diam mulut cili pedas gadis itu. Pekena ciuman sekali dua diamlah anak Datuk Ayub ni.


 

“BUNGA mekar ada dekat sini rupanya.”

Lotus berpaling dan bibir seraya mengukir senyum. Tubuh Berk terpacak tegak di pintu pantri dengan tangan menyeluk poket seluar. Sekali pandang memang boleh buat dia melting.

“Ingatkan adik Thanos dah balik. You look comfortable here, dah buat macam pejabat sendiri nampak.”

Berk gelak dan mendekat. Dia bersandar di meja kaunter di sebelah Lotus. Lincah tangan si gadis menyediakan minuman panas. Gaya macam Barista pun ada juga. Sempat mata melihat sekeliling. Luas juga pantri Oramos Holdings ni. Standardlah, syarikat besar pantri pun besar mengalahkan kafeteria dekat lobi di bawah.

“Petang ni ikut saya. Saya dah bagitau papa awak.”

Wow! Lotus mengangkat wajah. Espresso dihirup perlahan. Terpana seketika bila mata biru Berk memanah wajahnya.

“That is fast, Mr Berk.”

“I’m not asking you out to go for a date with me. I…”

“Tau lah. Saya bukan jenis yang perah santan. Kenapa semangat sangat nak mula kerja hari ni?” Lotus kenyit mata. Dia turut bersandar di sebelah Berk. Terus terang cakap dia tak tahu sangat tentang projek baru.

“Dah ada partner cantik, buat apa nak tangguh-tangguh.”

Lotus ketawa. Perlahan-lahan dia habiskan minuman sebelum cawan di tangan diletakkan di atas meja. Berk di sebelah dah semakin mendekat hingga bahu mereka berdua bersentuhan.

Bagi Lotus, aura maskulin Berk sangat kuat. Dia tak kenal lagi Berk jenis yang macam mana tapi sekali imbas begini memang Berk mampu mencairkan hati mana-mana perempuan di luar sana. Termasuklah….dia? Nah, you don’t say!

Bagi Berk pula, Lotus jenis yang senang untuk dipikat tapi bahaya pada masa yang sama. Bahaya as in you know she is coming but you don’t know what she is bringing. Lagi bahaya as in penampilan Lotus yang boleh mencairkan mana-mana lelaki dengan hanya senyuman dan pandangan mata yang menggoda. Pakaian jangan cerita, seksi habis!

“Dah alang-alang saya ikut awak petang ni, kita keluar lunch nak?” Lotus saja ajak-ajak ayam. Tapi jawapan Berk buat dia tersenyum lebar.

Your lunch is on me. Lebih dari tu pun saya boleh bagi.”

“Saya cuma minta lunch. Lainlah kalau memang intention awak nak bagi saya lebih dari tu.”

Berk melepaskan tawa seraya menggelengkan kepala. Memang Lotus bukan calang-calang gadis. Tak pasti adakah Lotus macam rama-rama yang membawa sinar dan hinggap di sisi bila dibelai atau burung merpati yang jinak tapi lari terbang tinggi bila didekati.

“Careful with your words, girl.”

Lotus turut sama ketawa. Tergugat juga rasa hati bila wajah Berk semakin lama semakin dekat dengannya. Part macam ni dia tahu sangat, ini bukan pertama kali lelaki cuba untuk menggodanya. Cuma kali ini, getar jantungnya sudah semakin tak seirama.

“Pakaian awak. Penampilan awak. Everything is dangerous for men like me.” Berk berterus-terang. Pencil dress bercorak hitam putih di tubuh Lotus ketat nak mateyyy. Bahagian hadapan juga akan terdedah hingga hampir menampakkan lurah Lotus yang boleh buat dia tak tenang sampai ke malam. Leher jinjang Lotus…fuh! Sumpah berdarah hidung lah lama-lama kalau macam ni.

Lotus ketawa lagi. Dia berdiri betul-betul menghadap tubuh tinggi Berk yang masih bersandar di kaunter. Slim tie berwarna biru tua yang tergantung di leher lelaki itu ditarik dan dilonggarkan sedikit.

Then you should be careful with your gestures too, Mr. Berk. Tie jangan ketat sangat, nanti awak sesak nafas terutamanya bila dekat dengan saya.” Lotus berbisik ke telinga Berk sebelum berlalu pergi.

Berk hanya mampu tersenyum. Damn, mampu telan liur ajelah. Kalau macam perempuan lain yang dia kenal sebelum ini, dah selamat dia ‘makan’ luar dan dalam. Tapi Lotus? Aura Lotus sangat berbeza.

“Saya tunggu awak dekat lobi. Jam satu petang and please be on time.” Berk mengingatkan.

Lotus melambaikan tangan tanpa berpaling tanda dia ‘take note’. Sesak juga nafas berdua dengan Berk. Ini baru hari pertama. Belum lagi seminggu. Sebulan. Kalau dia lemas di pangkuan lelaki itu, hancur dia.

Berk yang masih di pantry menarik nafas dalam. Tali leher dibuka dan dua butang teratas kemejanya turut dibuka. Segalanya tentang Lotus kini memenuhi ruang fikirannya. Di sebalik naluri lelakinya yang sudah mula tergoda dengan Lotus, ada perasaan halus yang hadir tanpa dia pinta.

Love?

Lust?

Lotus?

Dia tak pasti….

 

 P /s : Hope you all enjoy reading! Have a good rest and all the best for the upcoming week. Love loads! 

 

 

 

No comments:

Post a Comment