Tuesday, June 23, 2020

Dear Zaara (Bab 5)


ZAARA terkejut bila Lizzy datang ke rumah masa dia baru fefeeling nak yoga di halaman rumah. Baru teringat yang Lizzy ada maklumkan akan datang hari ini.
“Hai, puan. Good morning.” Lizzy menapak masuk ke dalam pagar.
“Morning, Lizzy.”
“Hari ni nak temankan puan pergi shopping. But take your time. Kalau nak yoga dulu pun boleh, I can wait.” Lizzy sangat mesra. Rasa bersalah juga bila dia datang tanpa menelefon terlebih dahulu.Ya lah, semalam dia hantar pesanan WhatsApp saja, mana tahu Zaara terlupa temu janji mereka berdua. Zaara macam dah bersedia untuk bersenam dengan pakaian sukan dan yoga mate yang sudah dibentangkan.
Give me 30 minutes boleh? Awak nak join sekali pun boleh. I have extra yoga mat.”
Lizzy senyum seraya menggeleng. Tak sesuailah dengan seluar slack dan blouse hitam polka dot macam ni.
“Saya dah sediakan senarai pakaian yang puan perlu bawa nanti. Puan pilih aje mana yang puan nak then kita beli sama-sama.” Lizzy mengambil tempat di kerusi rehat di situ. Cantik taman bunga Zaara. Kalau jenis yang ulat buku macam dia, duduklah dekat sini sepanjang hari dengan buku dan jus sejuk pun dia sanggup.
“Ian yang suruh?”
“Ya, he wants to make sure that everything is fine with you before flying to Paris.”
Zaara senyum saja. Dia mula membetulkan urat dan meregangkan otot. Tarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan perasaan yang terluka sejak beberapa hari lalu.
“Lepas ni mesti tuan tanya saya. Kalau ada permintaan puan yang saya tak dapat tunaikan, mood dia akan ke laut.” Jemari Lizzy menekan-nekan skrin tab di tangan.
Sayang Ian pada isteri memang lebih dalam dari lautan dan tinggi dari gunung. Apa pakaian Zaara setiap kali ke majlis makan malam. Apa yang Zaara perlukan setiap minggu. Apa yang Zaara tak puas hati setiap kali selepas balik dari lawatan bisnes. Semua Ian nak tahu sebab Ian sentiasa inginkan yang terbaik untuk sang isteri. Tak boleh kurang atau pincang langsung. Trip ke Paris dalam beberapa hari lagi ini pun Ian suruh dia buat macam-macam. Bukan untuk Ian sendiri tapi untuk Zaara.
“Sekarang baru nak masuk musim bunga dekat sana tapi cuaca mungkin akan masih sejuk. So we will need ‘winter-to-spring’ transition clothes for you,” Lizzy sambung ayat.
“Ian yang suruh?”
“Ya, warm and comfy but still sexy. He specifically said that.”
Zaara gelak lagi. Typical Ian, nak yang terbaik. Perfect! Dia umpama ‘trophy wife’ bagi Ian. Mesti sentiasa tampak cantik dan selesa ke mana saja dia pergi. Tapi itu hanyalah untuk mengaburi mata orang luar. Belum lagi part Ian layan dia macam tuan puteri di khalayak ramai. Dia pun dua kali lima juga. Asal keluar berdua ke mana-mana majlis, media sosial miliknya sentiasa aktif. Instastory memanjang dengan segala cerita mak nenek. Semua gambar berdua dengan Ian, dia upload di Instagram dan Facebook. Belum masuk part Twitter. Semua pickup line keluar.
How fake is that, dear Zaara!
Sampai bilalah masing-masing bertahan dengan pentas dunia yang mereka berdua reka sendiri. Demi menjaga hati kedua orang tua dan demi membuktikan yang perkahwinan mereka berdua adalah apa yang diimpikan oleh mana-mana pasangan yang berkahwin di luar sana.
Zaara meneruskan saja senaman yoga dan bila Lizzy menjauh untuk menjawab telefon, dia membiarkan saja. Pasti Ian yang telefon sebab nak tahu di mana mereka berdua berada sekarang.
“Puan, nanti lepas shopping kita pergi Le Meridien ya. Tuan tunggu dekat sana, dia nak ajak puan dinner.” Lizzy datang menghampiri semula.
Terangkat sebelah kening Zaara. Apa angin nak ajak keluar malam ni? Perlu ke bagitahu Lizzy? Susah ke nak telefon dia? Bla bla bla…haih!


MENAPAK masuk ke dalam restoran hotel dan menghampiri Ian yang sudah menunggu di salah satu meja di situ, Zaara mengawal perasaan sebaik mungkin. Entah kenapa rasa macam tak kuat bila pandangan Ian memanah ke arahnya.
“Hai.”
“Hai. Dah lama tunggu?” Zaara tak tahu nak senyum atau hanya beriak selamba bila Ian bangun dari duduk.
“Baru sampai setengah jam yang lalu.”
Melihat Zaara serba salah menghampirinya, Ian terlebih dahulu membawa Zaara ke dalam pelukan. Tipu cakap kalau tak bergetar jiwa bila berada dekat dengan Zaara. Haruman Zaara yang menusuk hidung membuatkan debaran jantungnya lebih laju berbanding biasa. Malah midi dress tanpa lengan dan bercorak bunga ala-ala bertemakan cuti musim panas yang dipakai Zaara menyerlahkan lagi kecantikan isterinya. Betullah, Zaara ni tak payah pakai seksi pun masih mampu menarik hati sesiapa saja yang memandang.
Pelukan dilepaskan dan dia tarik kerusi di hadapannya untuk memberi ruang Zaara duduk.
“Kenapa tiba-tiba ajak keluar makan malam ni?” Tangan Zaara naik menyelit rambut ke belakang telinga.
“Senyum sikit boleh?”
“Tak payah. There’s no one here.” Zaara memandang sekeliling. Memang tak banyak orang di sini. Yang ada pun cuma beberapa pasangan duduk berdua macam mereka berdua. Tak ada mata-mata yang menyibuk nak tengok kemesraan yang sering ditayang di media sosial.
Ian berdehem. Dia nak Zaara senyum ikhlas, bukannya berlakon seperti biasa. Muka dahlah ketat mengalahkan orang terlepas tender besar. Dia tahu Zaara tak puas hati dia tiba-tiba ajak keluar. Sebelum Zaara ke sini tadi, Lizzy ada memaklumkan yang Zaara bertekad tak nak datang. Terpaksa Lizzy tipu cakap dia akan dibuang kerja kalau tak bawa Zaara ke sini.
Dia tak sangka Zaara mogok mengalahkan orang protes ‘Say No To Single Plastic Use’ di luar negara. Dah beberapa hari tak tengok muka Zaara walaupun sebumbung. Telefon atau whatsApp memang tak akanlah. Ego dia tinggi melangit, kalau nak tunggu dia mulakan untuk mesej Zaara baik tak payah. Kiranya ajak Zaara makan di luar ini sebab nak pujuk hati Zaara. Tak tahulah kalau hati Zaara masih tak cair dengan layanannya.
  Dia masih tak dapat membuang rasa bersalahnya selepas kejadian Zaara datang ke pejabatnya beberapa hari lalu. Lagi teruk bila Adi cakap Zaara ada bawakan bekal konon sebab nak ajak dia makan bersama.
Bila pelayan datang mengambil pesanan, Zaara langsung tak buka mulut. Senyum ajelah semata-mata sekadar untuk beriak mesra. Semua makanan mereka berdua, Ian yang pilih.
“Semua barang dah beli?” Ian mencari topik untuk berbual. Zaara langsung tak pandang dia. Elok aje menongkat dagu sambil mata dilarikan ke lain.
“Semua yang Tuan Ian Yusuff nak, PA dia dah belikan untuk isteri dia. Memang tak ada yang kurang.”
“Ada apa-apa yang awak nak tambah?”
Zaara menggeleng.
“This is not a vacation. So whatever you asked her to get for me, I’m okay with all that.”
“Zaara…..”
“Betullah, ini cuma business trip. Sendiri yang cakap kan?”
Ian rasa tertampar dengan ayat Zaara. Nak marah, dia tahu Zaara tak salah. Zaara cuma ulang balik apa yang dia cakapkan pada isteri beberapa hari lalu.
“Zaara, look. Saya ikhlas ajak awak makan malam ni, hoping that you’ll feel much better. Tak bercakap dengan saya. Tak tegur saya. Sengaja mengelak daripada saya walaupun kita duduk satu rumah. Saya tahu awak buat semua tu sebab awak kecik hati.”
Zaara memasang telinga walaupun pandangan mata ke lain. Tersentuh juga hatinya dengan kata-kata Ian.
“I can’t even stand your silent treatment and I’m sorry.”
Zaara tersenyum nipis dan memandang wajah Ian di hadapan. Ayat Ian itu menarik perhatiannya.
Now you understand how I feel sebab itulah apa yang rasa sejak kita berkahwin.”
Kali ini Ian rasa betul-betul tertampar. Dia hanya mampu membalas pandangan Zaara tanpa suara. Kalau dari cara Zaara melayannya kebelakangan ini, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan apa yang dia dah buat pada Zaara sebelum ini. Kalau diikutkan hati, dia tetap mahu menjulang ego yang tinggi tapi dia tak tahan dengan mogok Zaara. Sebab itu dia sanggup tolak tepi semua egonya selama ini dan mengharapkan agar maafnya diterima Zaara.
I’m sorry. Saya cuma nak Zaara yang dulu.”
“Yang mana satu? Yang annoying dan banyak cakap? I thought you hate that Zaara.” Zaara menjawab sarkastik. Kebetulan pelayan datang dengan minuman, masing-masing diam seketika.
I never expect you to say sorry, Ian. Do you know that proper apology has three parts?
Ian menggeleng. Dia mana tahu semua tu.
Firstly, what you did was wrong. Secondly, you feel bad that you hurt me. Thirdly, how would you make this better. Tapi saya tahu awak ikhlas sebab sinar mata tak pernah menipu. So I assumed your apology has all three.
Ah, Zaara. Kenapa deep sangat ayat malam ni? Lidah Ian betul-betul kelu tak mampu nak cakap apa. Biarpun Zaara tahu dia ikhlas, tapi dia tahu Zaara masih berkecil hati dengannya. Betullah, minta maaf tak mudah. Untuk memaafkan lagilah tak mudah.

HABIS mandi, Zaara bergolek-golek di atas katil. Perut kenyang. Badan dah segar. Katil yang empuk. Sedap gila, bila-bila pun boleh tertidur ni. Perasaan yang berkecamuk dia tolak tepi. Malas nak fikir tentang hala tuju masa depannya bersama Ian.
Buka Instagram, ada notification masuk.

Wow Bulan mentioned you in comment.

Terangkat kening Zaara. Wow Bulan ni memang boleh tahan. Spesis blog yang kuat menjaga tepi kain orang jugak. Mesti tak ada benda lain selain tentang dia dan Ian. Mungkin gambar mereka berdua makan malam di hotel tadi. Namun andaian Zaara menjunam jatuh bila gambar yang dilihat bukanlah gambar dia tetapi gambar Ian bersama perempuan lain.

Ian Yussuf spotted with someone else! Or @zaaralatiff is that really you?

Puas dia belek. Dari arah tepi. Lepas tu skrin telefon pun dia terbalikkan sekali. Memang dia tak salah tengok. Perempuan yang bersama Ian di dalam gambar bukan dia. Dia mana ada blouse alah bercorak daun hijau yang besar ala-ala nak pergi pantai macam tu. Gambar Ian yang tersenyum mesra dan saling berpandangan dengan perempuan yang tak dikenali itu buat Zaara rasa tak sedap hati. Perasaan yang haru tadi terasa seolah-olah dilanda taufan.
Zaara terdiam beberapa minit. Dia berubah posisi duduk di tengah katil. Mata masih lagi melekat pada skrin telefon dan membuat dia terkenangkan perbualannya bersama Adi tempoh hari.
Ian dah ada Adiya.
Adiya tu kekasih Ian.
Bla bla bla…
Memang betullah apa yang Adi cakapkan. Ian ada orang lain sebelum dia. Dia mungkin hanyalah watak sampingan di dalam hidup Ian yang boleh dianggap sebagai tiang lampu. Jadi untuk apa segala ungkapan maaf Ian waktu makan malam tadi?
Tanpa menunggu lama, laju dia bangun dari katil dan menuju ke bilik sebelah. Perkara ini akan membuatkan jiwanya kacau selagi tak ada penjelasan dari mulut Ian.
“Ian!”
Saat pintu bilik dibuka kasar, Ian yang baru habis mandi dan sedang mengelap rambut dengan tuala kecil terkejut. Zaara terpacak tegak di depan bilik dengan muka terkejut.
“Puan Zaara, bilik ni dah tak ada pintu ke?”
Jangan goyah, Zaara. Pemandangan ni dah biasa kau tengok setiap kali Ian berenang dekat kolam renang belakang rumah. Zaara menenangkan hati sendiri bila Ian hanya bertuala paras pinggang di hadapannya.
“Errr, did you see what was posted in Instagram?”
“Oh ya, I forgot I have all the social media in the world, Zaara.”
Zaara mengetap bibir sendiri. Terlupa part tu! Ian cuma ada Twitter, itu pun tak aktif. Lain media sosial, Ian tak pandang. Bila Ian menapak padanya, dia turut mendekat. Telefon disuakan kepada Ian.
Berkerut kening Ian membaca apa yang tertera di skrin. Sebelah tangan masih lagi mengelap rambutnya.
“Awak percaya?” Mata memandang wajah Zaara yang tampak resah. Dia cuba berlagak selamba biarpun dalam hati dah gundah gila. Tak tahu macam mana boleh tertangkap gambar dia dan Adiya sewaktu pergi makan tengah hari tadi. Puas dia cuba untuk ingat semula, memang dia tak nampak sesiapa yang mencurigakan atau jenis jaga tepi kain orang di restoran tadi.
“No until I hear it from yourself.”
Then jangan percaya. She is just a client.”
Zaara menarik nafas dalam. Jawapan Ian tak cukup meyakinkan baginya, lebih-lebih lagi bila Ian melarikan pandangan ke lain. Lepas tu Ian letak telefonnya di atas katil dan berlalu ke arah almari.
Client dari company mana?”
Terhenti tangan Ian yang mencari baju t-shirt di dalam almari. Riak Zaara masih resah macam tadi. Sekarang otak nak memproses ayat yang sesuai untuk menyedapkan hati Zaara pun langsung tak jalan.
“Kalau saya cakap pun bukan awak tahu Zaara. Tak percaya tanya Lizzy. Dah pandai tanya macam-macam nampak. Siapa ajar?”
“I ask because I care, Ian.”
Then don’t bother. Hal saya, jangan masuk campur hal saya seperti mana saya tak pernah masuk campur hal awak.”
Pedih hati Zaara. Ian kalau menjawab memang ikut sedap mulut. Tak pernah fikir tentang perasaan dia yang mudah terguris. Ian yang sudah menyarungkan pakaian ketika itu kembali semula padanya. Telefon miliknya di atas katil dihulurkan kembali.
“Good night.” Wajah Zaara dipandang. Nak menghalau keluar, Ian tak sampai hati. Jadi dia gunakan cara lembut.
Tanpa kata, Zaara menyambut huluran telefon dan berpaling pergi. Kalau dia tanya lebih pun tak guna, Ian takkan layan. Entah buat pertama kali sejak berkahwin SaMungkin sebab itulah Ian tak pernah cintakan dia.
Mugkin sebab itulah dia tak pernah mendapat tempat di hati Ian.
Dan senarai ‘mungkin’ terus panjang ke belakang….
Masuk saja ke dalam bilik sendiri, Zaara mundar mandir.
Masih tak puas hati dengan penjelasan Ian tadi, Zaara keluar untuk mencari Ian semula. Namun baru tangan mencapai tombol pintu, suara Ian yang bercakap di dalam sana membuatkan Zaara terkaku.
“Dia tak bermakna apa-apa untuk I sebab I dah ada you. You mean the world to me and I love you.”
Tangan Zaara naik ke dada. Ada rasa sakit di situ dan tak dapat dibayangkan perasaannya saat mendengar Ian mengungkapkan cinta pada perempuan lain. Jadi betullah apa yang dengar dari Adi dan lihat di media sosial malam ini. Suaminya memang main kayu tiga. Tak tahu macam mana dia mahu menenangkan hati sendiri.
A strong woman loves, forgives and walks away, dear darling!
Dan dia akhirnya berlalu pergi dari situ dengan hati yang terluka.



p/s : Ini adalah bab terakhir yang saya kongsikan di sini sebelum keluar versi cetak. Pre-order akan dibuka tak lama lagi. Till then, love loads lovelies! 

No comments:

Post a Comment