Saturday, January 2, 2021

AKU SENTIASA ADA (Bab 3)

 

BILA pintu lift terbuka di tingkat 15, Lotus melangkah keluar. Senyuman dilemparkan pada mata-mata yang memandang. Dia tak hairan kenapa dia menjadi tumpuan ramai. Dia dah biasa dah pun. Mungkin ada yang suka tengok sebab dia cantik. Tapi ada juga yang menyampah sebab dia seksi. Lain orang lain pandanganlah kan. Yang komen negatif dan tak membina, dia tak nak ambik kisah. Yang penting dia tak ganggu hidup orang lain.

Hi, good morning. Encik Berk ada?” Lotus menyapa gadis yang duduk di depan meja besar di sudut hujung. Inilah kot PA Berk sebab meja gadis ni lebih besar dan terpencil sedikit berbanding yang lain.

“Dah buat appointment belum?”

Hampir mati senyuman Lotus. Ucapan selamat pagi yang tak dijawab satu hal. Muka ketat yang tak pandai senyum kat depan ni satu hal. Terpijak tahi ayam agaknya sebelum keluar rumah pagi tadi. Tak pun mimpi kena cium burung gagak malam tadi.

“Tak, tapi Berk cakap boleh aje kalau….”

“Lain kali telefon dulu untuk buat appointment. Boss saya bukan free sangat. His schedule is tight and he has limited free time. Takkan itu pun tak boleh fikir sendiri.”

“Excuse me?” Terangkat sebelah kening Lotus. Kau jangan macam-macam dengan aku, cik kak. Dah cukup baik dia datang dan menyapa cara baik, minah kat depan ni buat mood dia merundum jatuh. Berk sendiri kot yang cakap dia boleh datang bila-bila masa hari ini. Yang minah ni angin sangat dia tak set temu janji apa cerita?

Your name, please. I have to ask boss dia nak jumpa awak ke tak.”

Bersabarlah Lotus. Sempat dia melirik tag nama yang tergantung di leher gadis berambut perang itu. Jaga kau, Syanaz!

“Nak nama betul ke nama timangan?”

Syanaz mengangkat muka. Kurang ajar punya perempuan. Dia bangun dan kedua-dua tangan didepakan di atas meja. Wajahnya mendekat dan bibir diketap geram. Perempuan tinggi kat depan ni memang menguji kesabaran.

“Nama timangan awak diva ke, bitch ke, saya tak kisah. Saya cuma nak nama penuh awak.” Suara Syanaz naik seoktaf. Makin sakit hati melihat senyuman sinis terukir di bibir si gadis.

So you’re addressing me as diva and bitch. Macam tu?”

“Baguslah kalau faham, tak payah saya terang panjang lebar. Cepatlah. Nama siapa? Saya banyak kerja ni.” Syanaz pantang sebenarnya kalau ada perempuan cantik datang ke pejabat untuk berjumpa dengan Berk. Pemikiran dia lain sikit. Hanya dia yang boleh berpakaian lebih cantik dan mendampingi Berk di dalam pejabat ini.

“Tya Lotus binti Ayub Juhari. In case kalau boss awak tanya nama timangan saya, he calls me Bunga.” Mohon ingat nama tu sampai bila-bila, please. Tanam kat dalam kepala otak yang bebal suka marah klien tak tentu pasal.

Melopong mulut Syanaz. Matilah dia! Inilah gadis yang Berk maksudkan pagi tadi. Anak Datuk Ayub Juhari yang akan ada projek mega dengan syarikat mereka.

“Be..Be…Tunggu kejap, cik. Saya maklumkan pada…”

“Bunga, you’re here.”

Tak habis ayat Syanaz bila suara Berk menyapa. Toleh ke kiri, Berk menuju ke arah mereka berdua dengan senyuman lebar. Bila melihat lelaki idaman memeluk dan mencium pipi kiri kanan gadis cantik di depan mata, dia jadi makin tak terkata. Hati yang remuk jangan ceritalah. Lagi-lagi bila senyuman sinis Lotus masih tak lekang dari bibir.

“Dah lama saya sampai, tapi PA awak tak bagi masuk.”

Terangkat kening Berk dan pandangan beralih pada Syanaz yang macam tertelan biji durian.

“Boss, saya…I was..she…

Aik? Sejak bila jadi gagap pulak? Tak apa, dia boleh tolong terangkan. Lotus keluar idea jahat.

“Dia marah sebab saya tak set appointment sebelum datang. She even called me bitch and diva. Tapi tak apa, saya tak simpan dalam hati. Cuma kalau saya adalah awak, saya tak simpan staff mulut tak ada insurans macam ni.”

“Syanaz.” Berk memandang tajam.

“Boss, I can explain.” Syanaz angkat kedua tangan memohon maaf dan minta diberi peluang untuk pertahankan diri. Habis dia kalau Berk buang kerja.

“Jap. Hal awak dengan dia, settle nanti boleh tak? Saya datang ni pun sebab bisnes, bukan sebab nak tengok drama minah ni merayu supaya dia tak dibuang kerja.”

Sumpah Syanaz rasa macam kena tampar di muka. Pedas ayat Lotus dan sindiran gadis itu berserta pandangan sinis buat dia betul-betul terkedu. Fikir logiklah, macam mana dia nak mempertahankan diri kalau terang-terang diri sendiri yang salah. Rasanya banyak saksi di dalam pejabat yang sedang memandang mereka sekarang. Ditambah dengan wajah serius Berk, dia tahu dia takkan dapat bertahan lama kerja di sini.

“Syanaz, you owe me an explanation.” Pendek saja ayat Berk. Ini bukan pertama kali dia dapat kompelin tentang Syanaz. Mulut laser, perangai yang kurang ajar, malah menengking klien pun pernah. Tahap sabar dia boleh runding lagi selama ini. Tapi kalau dah dengan Lotus sekali pun kena sembur, itu dah overboard namanya. Di depan Lotus terpaksa dia kawal rasa marah. Kalau tak memang dia dah sembur dan terus halau keluar dari sini.

“Come.” Belakang Lotus disentuh isyarat agar Lotus beriringan ke pejabatnya. Risau kalau ada yang kena tarik rambut atau kena tampar pagi-pagi macam ni.

Baru selangkah dua menapak, langkah Lotus terhenti. Dia berpaling semula memandang wajah Syanaz. Tadi bukan main tunjuk muka minta kena tampar, sekarang dah pucat lesi.

“Divas like me don’t do dramas, we do business. And I don’t play games, Syanaz.” Lotus senyum lebar. Dia menang, Syanaz kalah sampai tak terkata. Itulah cik kak, jangan cari penyakit dengan Mya Lotus.

By the way, Berk. Tolong belikan dia tangga since she’s trying to reach my level.” Lotus kenyit mata seraya membetulkan tali leher hitam yang dipakai Berk. Kemas aje sebenarnya tapi tangan gatal nak kacau.

Fuh, ayat! Berk sendiri terkedu, apatah lagi Syanaz yang ternganga di tempat tadi. Dia sekadar menjeling sebelum mengekori langkah Lotus. Tanpa sedar senyuman terukir di bibir. Lotus memang level lain. Level ‘bahaya girls’ yang bukan boleh dibawa main. Ini sekaligus membuatkan dia semakin tertarik pada Lotus.

 

MASUK ke dalam bilik Berk, Lotus mengamati sekeliling. Dua kali ganda lebih luas berbanding bilik yang papa berikan padanya di Oramos Holdings. Set sofa di tengah ruang bilik menghadap tingkap kaca, di tepi pula meja sederhana besar Berk. Simple tapi tampak selesa. Mata terarah pula pada gambar Berk yang digantung di dinding.

“Pernah ada sesiapa puji awak hensem?” Gambar Berk yang memakai suit hitam dan duduk di kerusi itu betul-betul menampakkan ketampanan dan karisma lelaki itu ditambah dengan aura maskulin yang menambat hati sesiapa saja. And those blue eyes!

Indirectly awak puji saya lah ni.” Berk senyum. Dia berdiri di sebelah Lotus yang masih setia pada gambarnya. Sempat mata melirik tengok Lotus dari atas sampai bawah.

Pencil skirt berwarna hitam paras lutut yang dipadankan dengan blouse putih tanpa lengan sekali dengan heels tinggi tak pasti berapa inci. Rambut panjang itu diikat tinggi menampakkan leher jinjang Lotus dan sekaligus menyerlahkan kecantikan Lotus yang lain daripada lain. Solekan Lotus nipis saja tapi sudah cukup membuatkan dia terpesong dari paksi yang betul. Silap hari bulan ada juga dia terkam Lotus ni nanti.

Yes, you are. Kalau tak, saya takkan tertarik.” Lotus tak cover line. Dia belasah aje terus. Senyumannya melebar.

“Then you’re the 100th girl to say that.”

“Riaknya.”

Dua-dua melepaskan ketawa. Lotus berlalu ke sofa dan meletakkan begnya di situ sebelum berdiri di hadapan tingkap kaca. Lama dia diam, menghayati pemandangan kota metropolitan di depan mata. Menara berkembar juga tampak tersergam indah biarpun di kejauhan sana.

“Teringin nak ada view macam ni dekat pejabat siap dapat tengok langit yang biru dan luas.”

“You can move here if you want to.”

Entah bila Berk berdiri di sebelah, Lotus tak perasan. Alih-alih jarak mereka berdua hanya beberapa inci saja dan haruman minyak wangi di tubuh Berk buat dia terbuai seketika.

“Tak ada share dekat sini mana boleh pindah masuk sesuka hati.” Lotus tersenyum.

“Then be mine.”

Wow! Part tu termasuk dalam T&C projek kita jugak ke?”

Berk membalas dengan senyuman nakal. Wajahnya semakin mendekat.

“Kalau nak tambah masuk dalam agreement sekali pun boleh, tapi saya prefer part tu kita settle di belakang pintu.” Dah alang-alang dia pasang niat nak goda Lotus, on kan aje terus. Biar Lotus tahu dia sangat tertarik dan ingin memiliki gadis yang berjaya mencuri tumpuannya sejak pertama kali berjumpa.

“Belakang pintu lain cerita, Berk. I’m not as tame as you think. By they way tie awak ni, longgarkan bila ada saya because it will suffocate you more.” Tangan Lotus naik melonggarkan tali leher biru tua itu. Damn! Dia dan Berk sekarang dah mula main tarik tali. Dua-dua menggoda tapi tak ada yang mahu menyerah kalah. Jangan dia yang tersungkur terlebih dahulu sudahlah.

Berk hanya mampu tersenyum. Melihat Lotus berlalu ke mejanya, dia tarik nafas dalam. Sabar, Berk. Sabar. Kalau Lotus go slow, dia kena ikut cara gadis itu. Jangan terkam terus, dengan dia sekali papa Lotus cincang nanti.

“You have such a nice name.” Lotus memuji. Melihat nama Berk tertera di atas meja, rasa ingin tahu tentang Berk semakin tinggi.

BERK ALI BIN BAHRAIN ALI

Orang mana sebenarnya dia ni? Mata berkalih pada Berk yang menyertai di sebelah. Sejak bila dua butang teratas kemeja tu dibuka tak pulak dia sedar. Bibir menyimpul senyum, Berk dah makin ‘panas’ lah maksudnya.

“Daddy yang bagi nama, saya terima aje. Like I had option to choose my own name masa keluar dari perut mommy.”

Lotus tergelak. “Awak asal mana sebenarnya?”

“Datuk belah daddy orang Turki campur Siam. Nenek pula orang British campur Serani. Then datuk belah mommy orang Melayu, nenek orang Jawa. Saya lahir dekat Paris, masa mommy dengan daddy masih belajar. Then membesar dekat Bandung. Came back to Malaysia baru tujuh tahun lepas.”

Ternganga mulut Lotus. Susah nak brain setiap ayat Berk.

“No wonder those brown eyes.” Itu aje yang mampu Lotus komen. Dia tak dapat mengagak apa keturunan Berk di akhir ayat lelaki itu. Patutlah wajah kacak itu susah nak diagak, nak cakap Eurasian pun tak. Orang Timur Tengah pun tak.

And ya, Berk ada aura tersendiri!

“Awak apa cerita?” Berk duduk bersandar di meja menghadap Lotus yang sudah melabuhkan punggung di kerusi. Hampir berdarah juga hidung bila Lotus bersilang kaki dan menampakkan paha yang putih melepak.

“Tak adalah berdarah koktail macam awak. Mungkin dulu ada tercampur darah Hang Tuah sikit. Papa memang orang KL.”

Berk gelak. Hang Tuah pun Hang Tuah lah.

Then mama awak?”

“Arwah mama orang Lenggeng. She passed away few months after I was delivered. So papa adalah papa dan mama saya since I was small.”

“Sorry to hear that.” Berk rasa bersalah pula bertanya. Dia mengensot ke kanan supaya jarak mereka berdua lebih dekat.

“Saya okey je.” Lotus tersenyum. Papa cakap mama dekat syurga sekarang, di tempat yang jauh lebih baik dari sini. Jadi setiap kali bila teringatkan mama, dia berdoa di dalam hati saja.

 Tempat duduk belum panas lagi, Lotus dah bangun semula ke arah rak buku yang tak jauh dari situ. Sekali imbas banyak buku tentang perniagaan saja. Tak pun buku bibliography orang yang dia tak kenal.

“Alang-alang awak tak reti duduk diam dan suka sangat pejabat ni, saya bawa awak tour sekali.” Berk bangun dan butang kecil di sebalik rak buku ditekan.

Bila dinding rak terbuka, membulat mata Lotus. Ada katil sekali dengan ruang mandi dan almari sederhana besar di situ. Matanya bersilih ganti dengan wajah Berk yang tersenyum.

“Bila saya penat, saya rehat sini. Kadang-kadang bila dah lewat sangat, saya malas nak balik rumah so saya bermalam dekat sini.” Berk membuntuti Lotus yang sudah menapak masuk ke ruang yang luas itu.

“Cantiknya. Untunglah bilik pejabat ada ruang sendiri. Kalau saya minta dari papa nak buat macam ni jugak, mesti papa suruh saya duduk depan rumah tunggu sampai bulan jatuh.”

Pecah tawa Berk. Lotus memang dilahirkan untuk buat dia ketawa dan terhibur agaknya.

“You can always come here.”

Itu dia! Ulat bulu naik lagi. Lotus menjeling dengan senyuman. “Saya bukan macam perempuan lain yang awak bawa keluar masuk tempat ni sebelum sini, Berk.”

“Saya tak pernah bawa sesiapa. You’re the first one.

Berk menyediakan tempat rehat di bilik pejabat bila dia rasa tak nak balik ke rumah. Lebih lagi bila akhir-akhir ini dia rasa macam tak ada tempat lain nak pergi sebab Dilla dah semakin kerap mencarinya.  

“Mulut lelaki memang manis. Contohnya macam si Hanat. Depan cakap lain, belakang buat lain.”

Berk ketawa lagi. Ada betulnya cakap Lotus tapi tak semua lelaki bermulut manis. Tak semua satu spesis dengan si Hanat. Yang pasti, dia adalah vice versa dan Lotus boleh meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada dia.

 

 P/S : Kita tunggu pihak IKP bua order sama-sama ya. Selamat Tahun Baru 2021 and love loads! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment