Sunday, January 17, 2021

AKU SENTIASA ADA (Bab 5)

 

BAB 5

 

 

SEMALAM di Kuala Lumpur. Hari ini dah terpacak di Kota Kinabalu. Pagi tadi bergegas Lotus packing pakaian. Sumbat masuk apa yang patut. Apa skirt nak bawa. Mana satu dress dan blouse yang nak dipakai. Seluar mana yang dipadankan dengan heels yang dibawa. Mana sempat ‘matching-matching’ semua tu. Agaknya kalau sekali tengok ni macam wardrobe malfunction. Terima kasih banyak-banyaklah pada Berk yang kat sebelah ni. Tengah hari nak terbang, pagi tadi baru bagitau. Alang-alang kenapa tak bagitau sebelum kapal terbang berlepas aje.

Booking atas nama siapa ya encik?” Pekerja muda di kaunter bertanya.

“Berk Ali.”

“Saya double confrim ya, encik. Deluxe sea view untuk empat hari tiga malam.”

“Ya, betul.”

“Awak tempah satu bilik aje?” Lotus di sebelah menyampuk. Berkerut dahinya. Tolonglah jangan cari penyakit dekat sini. Kalau tiga bulan kemudian ada hasilnya habis dia kena tembak papa dengan meriam buluh.

Berk kenyit mata. “Saya tak gelojoh, Cik Bunga. Saya go slow.

Ye ke? Kening Lotus terangkat sebelah. Macam mana nak yakin dengan ayat Berk kalau dekat dahi tu dah macam tertulis ‘love vs lust’.

Booking untuk dua bilik, betul kan encik?”

Berk angguk kepala tapi mata masih setia di wajah Lotus. Kalau tunggu sampai budak kat depan ni habiskan ayat, taklah Lotus sibuk nak tanya berapa bilik dia tempah.

“Bagi bilik sebelah-sebelah ya, dik. Senang nak terjah kalau bunga mekar mintak tolong.”

“Boleh, tak ada masalah encik.”

Lotus tak komen banyak. Setakat berbalas pandang dengan Berk lepas tu pemandangan laut yang jauh di sana lebih menarik perhatiannya. Dah lama tak datang ke Sabah. Kali terakhir pun rasanya sepuluh tahun lepas, pasti banyak yang sudah berubah di ibu negeri di bawah bayu ini.

“Do you like the view?”

Lotus mengangguk. Terubat juga rasa geram pada Berk bila disajikan dengan laut yang luas dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Petang nanti nak ajak Berk tengok matahari terbenam.

“Berk? Is that you?!”

Mereka berdua berpaling pada suara yang menyapa.

“Hey, Jazmine!”

Melihat Berk dan Jazmine saling berpelukan dan berlaga pipi kiri kanan, Lotus mengalihkan pandangan ke lain. Tak nak kepochi tengok babak ‘dah-seratus-tahun-tak-jumpa’ Berk dengan kawan lama. Kawan lama lah kot, tak pun kekasih lama.

“Jap. Jazmine, this is Lotus. Lotus darling. Jazmine.”

Lotus berpaling seraya tersenyum. Berk panggil dia darling, dia langsung tak cakap apa. Cukup sekadar berjabat tangan lepas tu menjauh. Dia pun bukan berminat nak dengar perbualan di antara Berk dan Jazmine. Pandangan mata Firaun wanita itu sudah cukup untuk membuatkan dia sedar yang kehadirannya di sisi Berk mengundang rasa tak puas hati Jazmine.

Menuruni tangga utama di lobi untuk menuju ke bawah sana, Lotus langsung tak toleh belakang. Nanti pandai-pandailah Berk cari dia. Langkah kaki dibawa menuju ke arah pantai dan akhirnya dia melabuhkan duduk di sofa yang betul-betul menghadap pantai. Cermin mata hitam disangkutkan di kepala dan nafas ditarik dalam-dalam. Gila rindu dengan suasana laut!

“Kenapa pergi macam tu aje?”

Berk tiba-tiba muncul dan mengambil tempat di sebelah. Lotus tak hairan, bukan susah untuk Berk cari dia. Nak cakap ada GPS device kena lekat dekat celah badan dia ni tak juga.

“Malas nak mesra alam.”

“Malas ke jealous?” Berk tersenyum.

Lotus membalas dengan senyuman sinis. Cemburu bukan cara dia. Lagipun istilah cemburu tak patut ada memandangkan dia dan Berk hanyalah rakan kongsi. Datang ke sini pun sebab hal bisnes, bukan melancong nak pergi island hoping dan seafood hunting segala.

“Jazmine tu geng lama. Pernah kerja sama-sama masa handle projek dekat KB. Lepas dia pindah ke sini, tak pernah jumpa dia lagi.” Berk membuka mulut. Saja bagitau supaya Lotus tak fikir yang bukan-bukan.

“Lebih kurang macam saya sekarang lah. Partner projek awak. I assumed she’s been to any resort with you too.”

Berk tergelak. Tangannya mendarat di bahu Lotus yang terdedah. Pandangan mata beralih pada laut di hadapan.

“You’re the first one, Lotus.” Part ini dia tak tipu. Selama ni kalau ada yang pergi atas urusan kerja dengannya tak pernah naik satu flight. Duduk hotel pun asing-asing. Tapi bila dengan Lotus, gatal niat nak duduk bilik sebelah-sebelah. Ke mana saja dia pergi, dia nak Lotus ada sekali.

Lotus jungkit bahu. Tak tahu nak percaya ke tak. Melihat wajah Lotus tak berperasaan dan layan blues sendiri, Berk tahu Lotus sebenarnya cemburu dan itu membuatkan senyumannya makin melebar.

“Jealousy is love and hate at the same time.”

“Hah?” Lotus memandang Berk di sebelah. Dia dengar tapi takut tersalah dengar. Aci tak kalau minta Berk ulang balik ayat tu.

“Tak ada apalah. Jom, saya bawa awak pergi satu tempat.” Berk bangun dan mencapai lengan Lotus.

“Pergi mana? Orang nak tengok sunsetlah.”

“Bukan jauh pun.”

Lotus tak membantah. Dia ikut saja ke mana Berk bawa. Jangan bawa dia high naik sampai ke bulan sudahlah. Pautan tangan Berk dibalasnya dan sentuhan itulah yang buat dia rasa macam tak berpijak di bumi.

Sampai di kawasan jeti, seorang lelaki datang menyapa dengan layang-layang di tangan dan dihulurkan pada Berk.

“Serius? Layang-layang?” Lotus macam tak percaya.

“Tak. Burung unta.”

Lotus ketawa. Layang-layang berbentuk seakan-akan dream catcher itu diserahkan padanya.

“Bila saya cakap lepas, awak lepas. Boleh?” Berk mula menjauh. Tali layang-layang di tangan juga turut ditarik sama.

Lotus mengangguk. Makin lebar senyumannya. Sumpah dalam hidup tak pernah walau sekali pun dia main layang-layang, di tepi pantai pulak tu.

“Let it go, darling!”

Nyaring suara Berk yang jauh di sana dan sebaik saja Lotus melepaskan pegangan, layang-layang mula terbang. Semakin lama semakin tinggi.

“Yeaaa!” Lotus menepuk tangan. Dia berlari anak mendapatkan Berk yang turut menuju ke arahnya.

“Awak pegang tali ni. Pegang kuat-kuat jangan bagi lepas. You push and pull depending on how strong the wind is. Boleh?” Berk pun bukan pandai sangat tapi setakat bagi ajaran simple macam tu boleh lah.

Lotus mengangguk. Perasaan terujanya tak terungkap. Bukan budak kecik saja yang seronok dengan aktiviti macam ni, yang dah besar panjang macam dia pun teruja.

Pull it and don’t let it go. Angin dah makin kuat.” Sebelah tangan Berk turut memegang tali dan sebelah lagi singgah di bahu Lotus. Suka tengok riak gembira Lotus.

“Thank you!” Lotus berpaling ke sisi. Tak pasti ucapan terima kasih tu untuk apa. Sebab dia dapat peluang main layang-layang atau sebab momento yang mampu membuatkan dia gembira.

Berk tersenyum. Memandangkan jarak wajah mereka berdua tersangatlah dekat, dia amati wajah cantik Lotus yang sentiasa mengganggu tidur malamnya. Bibir nipis yang hanya bercalit lip balm, kemudian naik ke hidung separa mancung Lotus dan akhir sekali mata hitam Lotus yang membulat dan mampu memanah hati sesiapa saja yang merenung. Tak payah pakai solekan tebal pun sudah cukup menyerlahkan kecantikan asli Lotus. Habislah imannya yang tak sekuat mana, berada dekat dengan Lotus buat dia goyah.

“I will remember this day,” sambung Lotus. Semakin lama wajah Berk semakin mendekat membuatkan tubuhnya statik tak bergerak.

“Remember this moment, not this day.”

Love?

Lust?

You choose, Lotus.



Pre order berjalan sehingga 10 Februari 2021. Boleh PM kak Ayu Dzulkarnain atau pihak IKP untuk pre order <3 Love loads! 

No comments:

Post a Comment