BAB
10
“NAH. Makan ni.”
Berkerut dahi Dara melihat dua biji Panadol yang
diletakkan di tapak tangannya. Bila pandangan beralih pada Aladin di hadapan,
Aladin tunjuk garang. Haih...dalam terpaksa dia makan juga ubat tu.
“Good girl.” Kepala
Dara digosok Aladin.
Dara kompelin sakit kepala, disuruh berehat di bilik Dara
tak nak. Bersemangat nak ikut barbeque
di tepi tasik. Sebelum Dara merengek lebih sakit, baik bagi makan ubat dulu. Kalau
barbeque dengan mereka semua, bukan
setakat dua tiga jam. Bersuka ria di tepi tasik tu sampai 12 tengah malam,
silap-silap sampai matahari terbit esok pagi.
“Al...”
“What?”
“Pahit...” Muka Dara mak aii, macam tertelan hempedu
ayam.
Aladin senyum. “First
time jumpa budak belajar medic
tak suka makan ubat. Macam mana nak bagi nasihat kat patients kalau macam ni?”
Botol air di tangan Dara dicapai Aladin dan diteguk
rakus. Kat dalam supermarket besar
macam ni pun masih terasa bahang panas kat luar tu. Oh ya, musim panas di
Russia ni berbeza kalau nak dibandingkan dengan cuaca panas kat Malaysia. Kat
tanah air sekurang-kurangnya panas dan lembab. Tapi kat sini panas dan kering.
Nak tengok awan kat atas langit pun susah. Hujan sekali-sekala, itu pun tak
kuat macam di Malaysia. Kalau kurang minum air macam Dara memang senang jatuh
sakit.
“Jom. Dah okey.” Dara tepuk perlahan lengan sasa Aladin
di sebelah.
Berkerut kening Aladin. Cepatnya Panadol berikan kesan.
Tak sampai sepuluh minit Dara makan takkan dah okey.
“Nantilah kejap. Let
you rest for half an hour at least.”
“Hah? Laaa...jomlah pergi sekarang. Dah okey dah pun.”
Dara kelip-kelip mata. Dah sihat okey. Tak tahulah tengah psycho diri sendiri ke apa,
tapi kepala dah kurang pening. Semangat nak terjah tasik besar kat hujung
bandar dah semakin membara.
Aladin tergelak. Typical
Dara...determined tahap tak tahu nak
cakap apa.
“Kalau awak pengsan on
the way macam mana?” Aladin menduga.
“Superman saya
kan ada.”
“Mana?” Aladin buat bodoh.
“Ni.” Jari telunjuk Dara terarah pada dada Aladin.
Meledak ketawa Aladin. Orang ramai yang lalu lalang pun
dah tengok semacam.
“I can’t be your
Superman, Dara. I can just be the best I can to be with you.”
Dara senyum. Mendalam maksud ayat Aladin biarpun muka
Aladin sedang ketawa sampai muka bertukar merah. Tak kisah pun kalau Aladin tak
dapat terbang macam Superman. Yang penting Aladin sayang dia, itu sudah lebih
dari cukup.
Tanpa Dara sedari, memang Aladin tak mampu menjadi encik Superman nya, malah tak mampu menjadi
yang terbaik untuknya di masa hadapan mereka berdua.
“Jom. Dah lambat.” Dara masih menggesa dan akhirnya
Aladin mengalah.
Kedua-duanya berjalan keluar dari menuju ke perhentian
bas terdekat. Tak jauh pun dari supermarket
Eropah, tak sampai seratus meter berjalan kaki. Di hadapan pasaraya besar itu ada
seorang nenek tua yang menadah tangan meminta sedekah.
“Daite denggi,
pazhalusta.”
Alahai....luruh hati Dara. Nenek tua yang berpakaian
lusuh, kasut pula dah koyak sampai stoking yang dipakai turut kelihatan. Entah
apalah yang nenek bawa kat belakang tu, beg lusuh dengan beg plastik yang
sangat banyak.
Langkah Aladin di sebelah terhenti. Poket seluar diseluk
dan sekeping duit 100 roubles diberikan pada nenek tua di hadapan. Kasihan
dengar suara tua yang tak bermaya itu meminta duit daripada mereka berdua.
“Spasiba blashoe,
spasiba.” Nak menitis air mata nenek tua sambil berterima kasih
berkali-kali.
Aladin senyum dan menarik lengan Dara untuk meneruskan
langkah.
“Al...kesian kat nenek tu.” Suara Dara perlahan. Masih
lagi kepala ni berpusing ke belakang nak tengok nenek tua yang sudah semakin
jauh daripada mereka berdua.
“Itu yang kita mampu tolong, Dara. Life must go on. You can’t just stand there with her.”
Dara tak menjawab. Ayat Aladin ada betulnya. Mereka
berdua dah tolong mana yang mampu dan terpulang pada nenek tu nak buat apa
dengan duit yang ada. Kalau nak sampai temankan nenek pergi beli makanan, lepas
tu temankan dia balik rumah. Esok lusa buat perkara yang sama, memang susahlah.
“Awak okey tak ni saya ajak naik bas?” Aladin lepaskan
genggaman pada tangan Dara. Kotak rokok di dalam poket seluar bermuda dicapai
dan dikeluarkan sebatang. Kira nak ajak ikut sekali dengan Yevgeni naik kereta
pergi ke tasik. Tapi Dara nak sangat merasa naik bas ke tempat yang sedikit
terasing itu. Tasik tu nama apa entah, tapi serius cantik. Nanti Dara pasti
suka.
“Okey. Kalau dengan awak, nak pergi mana atau buat apa
pun saya tak kisah.” Dara menjawab selamba. Cermin mata hitam di atas kepala di
pakainya. Terik matahari kat negara ni serius tak menahan.
“Really?Even
spending you every single night with me?” Aladin kenyit mata.
“Al!!”
Merah muka Dara menahan rasa. Aladin seronok aje gelak di
sebelah. Susah kalau lelaki ulat bulu macam Aladin. Asal ada peluang sedikit,
mulalah nak merayap. Nasib baik dia masih
masuk kategori tahan kebal lagi. Kalau spesis macam Sasha dan
konco-konconya, dah lama tubuh hangkang kena hentam dengan Aladin.
“What makes you
choose to study in this place of all places?” Dara divert otak Aladin ke lain. Wah jadi warna kuning dah otak Aladin,
kena tukar sikit jadi pink ke, biru ke.
“I didn’t choose to
be here, Dara. Mara yang hantar, macam awak juga.” Aladin hembus asap rokok
yang dah dinyalahkan dari tadi.
“Thinking about it,
Russia is not that bad. The country itself is harsh, but overall tak adalah buat awak rasa macam awak nak
balik ke Malaysia lepas seminggu dua tinggal kat sini. Banyak masalah di sini
kalau awak buka mata dan tengok betul-betul. Bad quality of medical insurance, worst retirement payment. The worst thing is a policeman can do
whatever he wants to you. Corruption dia lain ceritalah. But people here are amazing though. Their
nature. Their girls,” sambung Aladin.
Memang dia tak pernah terfikir untuk belajar di negara
bekas jajahan komunis ni. Nak datang jadi pelancong pun lagilah tak. Tapi
sebaik dapat tawaran untuk belajar di sini, dia keluar dengan satu ayat
positif. Why don’t I give it a try? And I
survived so far...
“Kenapa tak tolak and pergi tempat lain? UK ke...Czech
Republic ke? Holland pun okey jugak.” Dara semakin tertarik nak tahu.
Ya
lah, tengok Aladin jenis yang macam mana. Bukan jenis yang cheapskate atau ‘alang-alang’. Di Kursk ni apa yang ada. Kelab
malam pun beberapa bijik aje, kalau tempat lain nak lepas tension memang tak adalah nak cari tasik sampai hujung bandar
seperti yang mereka buat sekarang. Tak macam negara Eropah yang lain. Suka-suka
pergi country hoping, senang sangat pergi
travelling dari satu tempat ke satu
tempat.
Aladin
senyum. Rokok di tangan tinggal lagi separuh. Dia bersandar pada tiang
perhentian bas tak jauh dari tempat Dara duduk.
“Buat
apa nak tolak? Awak ingat senang ke nak dapat biasiswa? Berapa ramai pelajar
yang minta, syukurlah kita dapat. Semua yang dah tersurat untuk kita, just accept it. Macam awak juga kan.
Dapat biasiswa and awak terima walaupun hati awak seribu kali berat nak
tinggalkan Malaysia. And yet you still
able to make it up till now.”
Lagipun
Aladin suka berjauhan dari keluarga, lebih bebas dan ada peluang hidup sendiri.
Boleh kata berdikari jugalah. Selama ni dia hidup dengan duit biasiswa
sepanjang di sini, tak pernah minta duit dari Daddy. Duit yang Daddy masukkan
setiap bulan pun dia tak pakai lagi. Pendek kata, masih boleh survive lagi, bro.
“Owh...”
Itu aje yang Dara mampu jawab. Dia bukan jenis yang pandai berdebat pun. Apa
saja yang Aladin dia dengar. Nak minta pandangan dia memang kirim salamlah.
“Kalau
awak tak datang sini, kita takkan berjumpa. Kita takkan spend masa sama-sama macam sekarang.” Aladin senyum. Puntung rokok
dibuang ke dalam tong sampah berdekatan.
Tak
pernah menyesal datang ke sini. Sekalipun tak pernah. Sebab setakat ini semua
kenangan yang ada adalah yang indah belaka.
Dara
membalas senyuman.
“Will you stay with me till the end
of life?” Dara karang ayat macam Juliet bertanya pada Romeo.
Mata menala pada trolley bus yang
sudah semakin mendekat.
“Saya
tak nak berjanji kosong, Dara. I’m not
sure until when can I stay with you
but as for now, I will.” Aladin
hulur tangan.
Dia tak mahu menabur janji kosong untuk seorang Dara
Dahlia. Dia tak mahu Dara kecewa kalau satu hari nanti cinta mereka berdua
terbengkalai separuh jalan.
Dear Dara,
andai ada jodoh kita...saya akan setia sampai ke akhir hayat. Namun kalau jodoh
tak ada, jangan pernah rasa kecewa kerana Dia sudah ada rancangan yang terbaik
untuk kita.
Dara tak menjawab. Sedih? Risau? Gembira? Rasa numb la pulak. Dia tersedar satu
perkara, Aladin bukanlah jenis yang saja berjanji semata-mata. Aladin adalah
lebih daripada itu. Huluran tangan Aladin dicapai untuk menaiki bas.
Dear Al, time will
pass by and life must go on....
ALADIN pandang jauh ke tasik sana. Dara dengan beberapa
pelajar perempuan yang lain seronok bermain freesbie
di tepi tasik. Siap menjerit-jerit lagi kalau tak dapat sambut freesbie yang dilontar, sangat typical perempuan.
“Bro, Didi okey tak tu? Ada Sasha sekali. Kang
gaduh-gaduh kat sini, drama wei.” Ayam yang dipanggang diterbalikkan Arthur.
Yang sebelah ni tak masak lagi.
“Dia okey je. As
long as Sasha does not step on her tail.” Aladin meneguk tin Cola di
tangan. Panas sampai tahap buka baju, tapi masih gigih nak barbeque bagai. Kalau kat sini senanglah, cuaca summer yang ala-ala Baywatch kena dengan
suasana. Cuba kalau kat Malaysia, mesti kena cop orang gila buat aktiviti
memanggang masa matahari terik memancar di atas kepala.
“Aku pernah juga nak usha Didi dulu tapi tak in. Dia jual mahal tak hengat.” Kong
menyampuk.
Pertama kali Dara datang sebagai budak baru yang fresh macam sayur hijau, ramai yang nak tackle. Tapi Dara susah nak tangkap
lentok, siap kena bagi blank stares
lagi. Entah memang Dara tak ada perasaan ke tau tak ada hati kat spesis bernama
lelaki. Tapi dengan Aladin melekat la pulak.
Aladin gelak kecil. Pandangannya menala Dara yang berdiri
di tepi tasik. Entah apa dibuat Dara, nak kata terjun pasti Dara tak berani.
Dah hilang minat nak bermain fressbie
agaknya.
“Andi tak try
lagi, kalau dia try entah-entah Didi
sangkut.” Sanjay mencelah. Tin minuman di dalam coolbox di sebelah dicapai dan dibuka.
“Then Callie tu
Andi nak letak mana? Dalam poket?” Aladin teguk lagi Cola di dalam tin.
Kesemua mereka gelak besar. Andi lain ceritalah, taste pun lain macam. Callie yang gedik
tu juga Andi nak. Siap janji nak sehidup semati, balik Malaysia nak bawa Callie
kahwin. Entah apa pandangan orang tua
Andi nanti. Nasib baik Andi tak jadi ikut hari ini, hangover teruk selepas clubbing
di Matrix malam tadi.
“Apa plan kau
dengan Didi?” Sanjay menyambung ayat. Elok aje duduk bersandar di pokok yang
redup. Maaflah dia bukan jenis yang suka sunbathing
macam orang barat.
“Entah. So far just
keep her by my side. Bila dah masa, aku ajak nikah. Manalah tau.” Fuyoo! Jauh kau berangan Aladin
oiii...siap dengan muka confident tak
teragak-agak pun dengan ayat killer
dia tu.
Yang lain dah ketawa terbahak-bahak. Sanjay siap bergolek
lagi, sikit nak terjatuh bergolek ke tasik di bawah sana. Hampeh doh semua kawan dia ni, bukan nak
menyokong pun. Dah jadi bahan gelak pula.
“Ahhhhhh....”
“Didiiiiiiiii.....”
Kesemua mereka spontan berpaling pada tasik di bawah
sana. Aladin automatik panik. Spontan tin Cola di tangan dilontarkan sebelum
dia berlari menuruni bukit untuk ke tasik di bawah. Dalam dia panik mata mula
mencari kelibat Dara. Tak ada.
Oh, shit! Double
panic.
“Al...Didi! Didi!”
Beberapa pelajar perempuan di situ menjerit sambil
menunjuk ke arah tasik. Aladin makin tak sedap hati. Lariannya semakin laju.
“What the f happen
to Didi?”
“Where’s Didi?”
Segala soalan teman-teman yang mengikutinya dari belakang
tadi tak terdengar. Semakin dia menghampiri tasik, Dara masih tak kelihatan.
“Al, Didi jatuh!”
What the f....????
Aladin jammed sesaat dua. Bila air
tasik langsung tak berkocak, dia triple
panic. Dia melompat masuk ke dalam tasik diikuti dengan Sanjay dan Kiran di
belakang. Kong yang tertinggal di belakang pun turut terjun masuk.
Oh my Dara, please
not now....
Aladin serius panik.....
p/s : baca sampai lebam please ;) Enjoy next entry!
Lama tgu....skali nfs ja bc dh stop plak huhuhu
ReplyDeleteDah lama tunggu...
ReplyDeleteAs usual, Emy Roberto tak pernah mengecewakan