Sunday, August 7, 2016

Kisah kita

CERPEN : KISAH KITA




SORRY, darling. Busy tadi, tak sedar ada WhatsApp masuk.”

No hal.”

Nabilah jawab sepatah sahaja, malas nak bertanya lebih. Pergi ke mana, kenapa lambat, keluar dengan siapa bla bla bla...serius tak nak tanya. Sebab jawapan sang suami cuma satu, ‘kerja di pejabat banyak sangat’.

Ala, samalah macam situasi dia juga. Shahrul tak pernah bertanyakan banyak soalan. Paling tak pun soalan Shahrul cuma ‘hospital sibuk sangat ke?’ dan jawapan standard yang dia berikan, ‘workload di hospital banyak sangat’.

Cup!

Kucupan hinggap di dahi Nabilah. Dia jeling sekilas Shahrul yang sudah mengambil duduk di sofa sebelah. Kalau ketika mula-mula berkahwin dulu, ciuman Shahrul singgah di bibir. Tapi kini?

            Bosan...
Dah tak cinta...
            Sayang semakin pudar...

            Itukah yang terselit di hati suami? Takkan baru setahun berkahwin cinta Shahrul dah beralih arah kot..

            “Esok saya outstation. Tinggal dengan Mommy dulu ya? Saya tak nak awak tinggal sorang-sorang di sini.” Shahrul pandang wajah cantik isteri yang tampak macam tak ada mood. Ikut hati memang malas nak pergi esok tapi dah nama pun atas urusan kerja, dia terpaksa tinggalkan Nabilah sekali lagi. Dah berkali-kali pun sebenarnya.

            “Hah? Esok? Pergi mana?” Nabilah tarik muka tak senang. Damn! Baru nak ajak Shahrul pergi ‘maracoon hunting’.

            “Phuket.”

            Mata Nabilah membulat besar. Where on earth?? Bisnes apa yang nak dibuat di Phuket sana? Seludup chicks ke?

            “Berapa lama?” Suara Nabilah perlahan sahaja. Tak syoklah tanpa teman setia di sisi kalau macam ni.

            “Dua minggu.”

            “Hah??” Mulut Nabilah melopong. Lama siot business trip Shahrul kali ini.

            Takkan aku nak tinggal di rumah mertua dua minggu...

            Damn!




            NABILAH senyum sampai ke telinga. Wajahnya terasa berseri-seri sejak semalam. Hati ceria bak pelangi, mood pun sentiasa ‘on’ tanpa ‘off’. Kalau boleh dia nak terbang ke Phuket sekarang juga untuk bertemu dengan sang suami tapi dia sabarkan hati. Oh please do not let your excitement spoils the moment.

            “Cik kak, senyum-senyum apa cerita?” Joanne mengambil tempat di hadapan kaunter. 
Sekarang bukan waktu melawat, tak kisahlah nak bertenggek di kaunter macam dia. Lagipun hujung minggu begini, memang ada terselit sedikit aura malas. Tambahan pula dah habis morning rounds, tinggal nak balik sahaja lagi. Untunglah sebab primary team seperti dia dan Nabilah, tak banyak kerja nak settle.

            Nabilah mencebik. Minah ni memang tak boleh tengok dia duduk senang.

            “Tak sabar nak tunggu Shahrul balik.” Nabilah berterus-terang.

            Baru seminggu berjauhan dari Shahrul sudah terasa bagaikan setahun. Dahlah Shahrul jarang berbalas WhatsApp. Apa sibuk sangat dengan urusan kerja di pulau seberang sana?

            “Sabarlah cik kak, setakat dua minggu tu tak lama mana. Nanti Shahrul balik kau boleh lepas rindu puas-puas. So buat masa sekarang, kau puasalah dulu.” Joanne bernada mengusik sambil tersengih.

            Pap! Tamparan hinggap di bahu Joanne.

            “Ouch!”

            “Ni lah pengaruh negara barat kat budak macam kau ni. Otak kuning tak hengat.” Wajah Nabilah bertukar serius. Ingat dia gersang sangat ke?

            “Singa perempuan ni.” Joanne menggosok bahu kanannya. Sakit cik kak. Selamba saja Nabilah labelkan dia sebagai ‘budak’. Hello babe, umur mereka berdua sama sahaja. Bezanya Nabillah sudah bersuami, dia pula masih belum berpunya. Tapi tak terasa hati pun sebenarnya dengan tamparan Nabillah, dia tahu temannya itu marah-marah sayang pada teman yang sehati sejiwa sepertinya.

            “Behave la sikit, Jee. Kau tu kejap lagi dah nak jadi makcik.”

            Rolling eyes. Aku punyalah muda macam ni naik pangkat jadi makcik? Tolong sikit...namun beberapa ketika kemudian Joanne tersedar satu perkara. Matanya membulat memandang wajah Nabilah yang senyum tanpa henti dari tadi.

            “Did you just get your UPT result?” Joanne bertanya.

            Nabilah angguk kepala dan senyumannya semakin lebar.

            “It was positive.”

            “Oh maiiii...” Joanne menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan.

            Nabilah is a mother to be. And I am an aunty to be...Say yoohooo!




SHAHRUL hembus nafas panjang. Pandangannya dilontarkan ke arah rumah jiran di seberang sana. Jiran menang loteri kot, tak pun durian runtuh. Renovate rumah sampai dah nampak macam istana.

"Abby, saya nak kita berdua...bukan bertiga," tenang suara Shahrul.

Nak kata dia gembira dengan berita Nabilah yang berbadan, tak juga. Nal kata dia kecewa, so-so sahaja.

It was positive.
Good for her.
Bad for me.

Dia masih belum bersedia untuk menjadi ayah. C'mon lah, umur baru 29 tahun buat apa nak ada anak dulu. Mommy dan Daddy pun tak pernah bising pasal cucu. Tapi Abby....

Dia pandang wajah Nabilah di sebelah. Tak lagi ceria. Dah tak semanis sebelum ini.  Tak payah diagak, sang isteri kecewalah tu. Sorry darling, tapi lantaklah. Kadang-kadang perlu 'kejam' sedikit dengan isteri baru Nabilah ikut telunjuknya.

"That is against my oath, Shah."  Nabilah lawan pandangan Shahrul.

Adakah Shahrul terlupa pekerjaan isteri sendiri?

Doctor = Hippocratic oaths
1. Do no harm.
2. And the list goes on...

“Give me 10 reasons why you don’t wanna have babies, Shah.”

“Don’t act innocent, darling. I’m sure you can think of hundreds of reasons.”

Nabilah mengeluh. Malas nak berdiri dengan Shahrul di balkoni bilik, dia berpaling mahu masuk ke dalam bilik tidur. Shahrul takkan faham dengan kehendaknya. Namun langkahnya terhenti bila lengan kanannya ditarik suami lembut.

“Nak ke mana? Kita tak habis lagi.”

Nabilah diam beberapa saat. Suara memujuk sang suami takkan mampu memujuk hatinya yang kecewa.

“I can’t think of hundreds of reasons, Shah....”

Bila Nabilah menarik lembut lengannya, Shahrul lepaskan genggamannya dan membiarkan saja Nabilah memasuki pintu balkoni.

Dear Shah, saya hanya mampu memikirkan satu alasan untuk itu...

Kita berkahwin bukan atas dasar cinta...




NABILAH HUSIN
Nabilah tersenyum ke arah sebuah keluarga kecil yang berdiri tidak jauh daripadanya. Ayah. Ibu. Anak. Sebuah keluarga yang lengkap dan sempurna di matanya. Sesekali terdengar mereka bergelak ketawa.

Wish we were like them...

Nabilah lontarkan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Laut China Selatan di hadapan sana tampak sangat luas dan secara tak langsung mendamaikan hatinya yang diulit sedih.

Rindu pada suami...
Rindu pada anak....
Dia kehilangan kedua-duanya. Shahrul memberikannya dua pilihan dan dia hanya diberi peluang untuk memilih salah satu daripadanya.
1. Shahrul
2. Baby
Say no to abortion. Say no harm. Hippocratic oaths in mind. Tapi Shahrul takkan faham...
Dear ex-husband,
Abortion : Against love and humanity.



SHAHRUL AZHAR
Shahrul menghembus asap rokok. Ni dah batang yang ketiga untuk malam ini. Memang gaya orang yang tak sayang paru-paru. Rancangan di tv langsung tak menarik perhatian. Remote tv dicapai, cuba mencari siaran yang boleh ‘layan’ sedikit.

AFC.

Ah...asal tengok AFC teringatkan bekas isteri. Nabilah Hussin....dah dua tahun kot tak berjumpa dengan Nabilah. Selepas Nabilah keguguran, mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah cara baik. Nabilah salah sangka, berkahwin bukan atas dasar cinta tak bermaksud dia tak cinta. Dia akui pilihan keluarga adalah yang terbaik. Cuma dia tak teringin nak ada anak buat masa sekarang. C’mon la, kalau isteri memilih kandungannya berbanding suami sendiri haruslah ego tergugat dan tinggi melangit. Hence I let you go for good...

Dear ex-wife,
Love and humanity can live without each other = Abortion.


Pemikiran dan pandangan kita berbeza. Dan bila kedua-duanya vice versa, kita takkan berada di landasan yang sama.

-TAMAT-




 p/c : what if I compile my short stories altogether? Then kita simpan sama-sama buat kenangan ;) Hope you all enjoyed reading dearies! Cuma cerita pendek untuk asah balik semangat nak menulis. Feel free to drop by in my inbox kalau ada sebarang pertanyaan ya. Daku akan cuba aktif semula macam dulu. Love loads! 

6 comments:

  1. Kak Amy, you better sambungggg. I baru nak meloncat tinggi ke langit sekali kena hempas dekat bumi jugakk. Kakakaka.

    ReplyDelete
  2. Nak nak nak 1st to buy paid & get the book will be ME....

    ReplyDelete
  3. Nak all the short stories , real life , real stories

    ReplyDelete
  4. kenapa akak rasa sedih giler ek...

    ReplyDelete
  5. Please compile all your short stories and publish it.. I will be among your first buyers!!

    Ida

    ReplyDelete