Sunday, August 14, 2016

Ku Tunggu Dudamu (KTD) 13

BAB 13



           
Winter 2007....

            “YUHUUU!”

            Dara menjerit gembira sambil menggerakkan kaki dan tangannya di atas salji. Sedap aje baring kat atas salji, macam tilam empuk yang ada penghawa dingin sendiri.

            “Behave, Dara.”

            Dara buat tak dengar. Nak behave apanya orang tengah buat bentuk angel kat sini. Bukan selalu dapat buat macam ni, masa musim sejuk saja. Beberapa kali Dara menggerakkan kedua-dua kaki dan tangannya sebelum dia bangun.

            “Cantik!” Puji diri sendiri atas usaha keras membuat bentuk angel di atas salji. Puas hati dengan senyuman lebar di bibir. Tangannya menepuk-nepuk serpihan salji yang melekat di seluruh baju sejuknya.

            “Saya punya lagi hebat.” Aladin di sebelah tak mahu kalah.

            Dara mencebik. Cantiklah sangat bentuk angel yang macam patah sayap sebelah tu.

            “Tak nak balik Kursk. Nak stay lagi kat sini boleh tak?” Dara menghadap Aladin dan berpeluk tubuh. Tunjuk muka paling comel mana tahu kot Aladin cair hati tengok kekasih yang nak extend cuti. Lima hari di Amsterdam mana cukup. Kalau boleh nak tinggal sini lima bulan lagi.

            “Give me three main reasons why you wanna stay here.”

            1. Free to do illegal things.
            2. Cycling all day long, all you can.
            3. The views! Credits to the views around!

            Membuntang mata Aladin mendengar tiga senarai utama Dara.

            “Betul ni?” Aladin angkat kening.

            “Don’t judge me, Al. Stigma sungguh awak ni.” Dara kecilkan mata. Tak puas hati bila Aladin pandang semacam. Mesti Aladin fikir yang bukan-bukan tentang sebab pertama yang baru dia senaraikan.

            “All these are the things that you can do here but not in the US,” sambung Dara. Lengan Aladin ditarik untuk duduk di kerusi panjang di situ.

            “Banyak-banyak tempat kenapa nak bandingkan dengan US?” Aladin mencapai kotak rokok di dalam poket jaketnya dan dinyalakan sebatang.

            “Entah. Random. Selalunya dah set kat kepala apa-apa yang berkaitan dengan US adalah sesuatu yang grand. Yang hebat. Yang tak ada siapa boleh kalahkan. Macam perfect sampai tak ada tempat sehebat itu kat dunia ni. Easy saying. Sebut aje New York, semua akan ‘wow’ just because cerita Hollywood banyak kat New York and since that is one of the most expensive places in the world as well. Tapi kalau buka mata, ada lagi yang lebih hebat dari negara tu.” Panjang lebar Dara bercakap.

            Dia bukan anti Amerika. Nak kata dia benci lagilah tak. Cuma dia tak ada perasaan jatuh cinta dengan negara yang dianggap hebat itu. Mungkin Amsterdam tak sehebat New York. Malah Netherland mungkin tak popular macam Amerika. But Netherland is really amazing!

            “Will you come here again next time?” Aladin berpeluk tubuh. Amerika bukan di dalam senarai negara yang dia nak pergi. Tapi kalau ada peluang, nak juga menjejakkan kaki di sana, setakat untuk menambah pengalaman dan senarai negara yang dia lawati.

            “Yup. Harus!”

            Aladin senyum. Dara ni kadang-kadang macam budak kecik. Siap angkat tangan kanan macam tengah berikrar ‘Saya janji akan datang ke sini semula’.

            “Promise me you won’t try your number 1 and number 2 without me.”

            “Janji!” Dara tunjuk jari kelingking, nak twinky promise dengan Aladin.

            “Betul ni?”

            “Betullah!”

            Jari kelingking masing-masing bersatu seketika.

            “Jom. Main basikal.”

 Aladin memimpin tangan Dara menuju ke arah tempat letak basikal. Amsterdam bandar yang tenang. Kalau di tengah bandar memang tak ada bunyi hon yang bertalu-talu atau bau asap kenderaan yang annoying tahap tak tahu nak cakap apa. Tak payah berhimpit nak berebut masuk metro atau LRT bagai. Pendek kata, Amsterdam is one of the best!

“Nak datang lagilah tahun depan.” Dara senyum sendiri. Serius dah jatuh cinta dengan tempat ni. Kalaulah boleh pindah universiti, dah lama dia daftar nama kat pejabat MARA minta tukar negara.

“Come here only with me, Dara.”

“Kalau awak tak ada, then macam mana?” Pandangan mata mereka berdua bertaut seketika.
Aladin senyum. Susah nak jawab soalan Dara, kalah soalan Anatomy masa tahun pertama dulu. Genggaman pada tangan Dara semakin kejap.

“Saya tak dapat janji tapi as for now, I’m here with you.”

Sayang pada Dara? Melimpah ruah, bro.

Cinta pada Dara? Lebih dalam daripada lautan, lebih tinggi daripada langit.

Setia pada Dara? Yes for now.

Aladin tak nak menabur janji yang boleh buat Dara kecewa teruk andai jodoh mereka berdua tiada satu hari nanti. Walaupun niat hati nak kahwin dengan Dara, nak sehidup semati dengan Dara. Itu semua rancangan yang dia ada untuk masa depan mereka berdua, tapi Tuhan yang tentukan.

“Saya tak perlukan janji, Al.”

“Sebab tu saya tak pernah janji apa-apa dengan awak.”

“Tapi saya perlukan setia.”

Aladin terdiam. Genggamannya pada tangan Dara masih tak terlepas.

“I love you.”

Aladin tak nak berjanji untuk setia sebab takut tersalah langkah satu hari nanti dan menghancurkan kesetiaan Dara padanya. Namun tiga patah perkataan itu tak pernah jemu diucapkan pada Dara. Nak sebut tiga ratus kali setiap hari pun boleh.

“Me too.”

Kalau Dara, memang dia setia sampai bila-bila. Tapi tak pastilah kalau Aladin pun setia macam dia juga. Setakat ungkapan cinta tak cukup dan takkan pernah cukup. Sebab bagi seorang Dara Dahlia, cinta takkan lengkap tanpa setia.





ALADIN menghembus asap rokok. Berkepul-kepul mengalahkan awan kat atas langit. Asal bangun pagi, perkara pertama yang dia buat adalah merokok. Orang lain hadap kopi, dia pulak hadap Dunhill. Dah jadi rutin kot nak buat macam mana. Ini pun dah kira okey dia dah kurang merokok. Gigih juga sebenarnya niat nak berhenti tapi pelan-pelan lah. Dah bertahun-tahun merokok takkan boleh berhenti terus dalam masa satu hari.

“Awal bangun.”

Aladin menoleh dan tersenyum pada Dara. Tangan dilambai untuk mengarahkan agar Dara duduk di sebelah.

“Ingatkan awak pergi jogging.” Dara menguap besar. Mak aii kalau mak Aladin tengok perangai buruk ni mesti kena reject untuk dibuat menantu.

“Tak nak tinggalkan awak sorang.”

“Dorang tu semua kan ada.”

Dia dengan Aladin bukan datang berdua. Dian dan Kate pun ikut sekali. Sanjay dan 3K, termasuklah Andi dan Callie. Tiket musim sejuk untuk ke Amsterdam tahun ni murah, sebab tu semua berpakat nak pergi bersama.

Aladin tergelak kecil. Nak harapkan yang lain yang spesis tidur mati tu? Kalau UFO datang culik pun takkan ada yang sedar. 

“Dah okey?” Aladin tenyeh puntung rokok di atas ashtray. Masih tinggal lagi separuh tapi tak nak Dara jadi secondary smoker.

“Masih pening sikit.”

“Dah tahu rasa dia macam mana kan, so cuba sekali dah cukup.”

“Janji takkan cuba lagi. Boleh tahan kick lah, kepala pun masih pening lagi.” Dara memicit dahi.

Aladin senyum senget. Absinthe tu Dara, what do you expect? Semalam Dara beria sangat nak cuba minuman yang mengandungi 70% kandungan alkohol tu. Satu kali teguk aje Dara dah berada di awang-awangan. Lepas tu pengsan sampai ke pagi. Tu yang muka pagi ni macam hangover tak ingat dunia.

“Hari ni nak cuba apa pulak?” Dara sengih sambil berpeluk tubuh.

“Say what?” Mata Aladin membulat.

“Amsterdam is the only place where you can do anything.” Dara buat muka comel.

Aladin hela nafas panjang. Dia merapatkan duduk menghadap Dara.

“What would you do without me, Dara?” Rambut Dara berjuntai di dahi diselak ke belakang. Risau dengan perangai Dara kalau dia tiada di sisi.

“Saya takkan buat semua ni tanpa awak, Al.”

Okey. Aladin berdehem. Payah nak mulakan sesi kaunseling dengan Dara kalau macam ni. Sebelum tu, nak senaraikan kerja gila yang Dara dah buat dengan dia di sini.

1. Clubbing sampai ke pagi.
2. Smoking pots.
3. Heineken brewery.

4. Meredah Red District.
5. Jom cuba-try-Absinthe.

Itu baru top 5, belum masuk lagi part yang lebih up lagi daripada itu yang tak rasanya tak perlu lagi disenaraikan. Nak cerita sedikit tentang Dara kekasih intan payung yang dia sayang sedalam lautan ni.

Kalau bunga, Dara adalah kaktus.
Kalau bahagian pada pokok bunga, Dara adalah duri.

Pendek kata, Dara adalah lain daripada yang lain. Rare tahap tak tahu nak cakap. Nak kata dari Pluto, tempat lahir Dara dalam surat beranak bertulis Hospital Kuala Lumpur.

Dara berani mencuba. Tak kisahlah benda tu bahaya tahap nak berfikir dua puluh lima kali atau tak ada orang sanggup buat sebab horror sangat ke. Tapi untuk Dara, dia ada moto sendiri ‘I dare to try’. Sebab moto pelik tu lah Dara dah cuba macam-macam benda. Dia pernah tanya Dara soalan paling susah di muka bumi.

‘Kenapa berani sangat buat semua ni?’

Jawapan Dara senang dan logik jugak.

‘We live once, Al. So just do whatever you want, just try whatever you dare.’

Dara bukan calang-calang gadis. Bukan jenis yang cakap banyak tapi tak berani buat. Dan keistimewaan Dara itulah yang buat Aladin betul-betul jatuh cinta dengan Dara.

“Saya sayang awak. Kalau boleh saya nak di sisi awak sampai bila-bila. End of life? I will but I can’t promise sebab bukan kita yang tentukan jodoh. Tapi what if one day saya tak ada dengan awak, siapa nak jaga awak?” Kepala Dara diusap lembut.

“Awak kan Superman saya. You will be around.” Dara senyum.

Alahai innocent nya si cantik. Aladin senyum nipis. Dara selamat sebab Dara dengan dia. Itu pun payah dia nak menahan rasa. Common sense, bro. Lelaki straight macam dia kalau tak pandai kawal diri dah lama Dara bunting. Berkepit ke hulu ke hilir, 24 jam tengok batang hidung masing-masing. Serius menguji tahap keimanan dia yang cetek dan nipis tahap kulit bawang ni.

“I cant be your Superman forever.”

Wajah Dara berubah mendung. Pandangan menala semula pada Amsterdam di depan mata.
“Janganlah cakap macam tu. Masih nak datang sini dengan awak. Banyak lagi benda saya nak ulang balik. Dengan awak.”

Specifically with you...Ali Aladin. Tak pernah bayangkan hidup dia tanpa Aladin. Tu masuk kategori nightmare, okey. Mintaklah jauh-jauh, serius tak nak berdiri sendiri tanpa Aladin.

“Pergilah tempat lain. Nak datang balik ke sini buat apa? Smoking pot lagi?” Kening Aladin terangkat. Tahap kenakalan Dara ni kadang-kadang boleh tahan umph.

“Bukanlah. Banyak lagi boleh buat apa. Cycling around the town. Malam-malam. Dengan awak” Dara sengih sendiri. Esok dah nak balik semula ke Russia, rasa macam tak puas aje duduk lima hari kat sini.

Pecah ketawa Aladin. Ayat tersirat Dara nak menggambarkan perkataan romantik tapi tak berani cakap 'lurus', jadi 'bengkang-bengkok' pulak.

“I love you till bits, pretty.” Aladin usap pipi Dara sebelum bangun ke arah balkoni.

Nak ‘snap’ dulu pemandangan indah bandar ni lepas tu simpan elok-elok dalam kotak memori supaya tak lupa. Manalah tau ini kali terakhir datang ke sini dengan Dara. Manalah tau lepas ni takkan ada peluang lagi bersama Dara. Manalah tau kan....

“Sayang awak juga.” Dara senyum sampai telinga. Dia bangun dan berdiri di sebelah Aladin.

Okey, tarik nafas dalam-dalam. Hembus. Lepas tu tarik lagi. Toleh Aladin di sebelah, Aladin tersenyum memandangnya.

Ready...one, two, three!

“Al, I love youuuuuuuu!” Penuh semangat Dara menjerit dari balkoni hostel tempat mereka menginap. Konon nak bagi dengar satu Amsterdam.

Pecah ketawa Aladin. Tangan didepakan dan tubuh Dara dibawa ke dalam pelukan. Indahnya dunia bila bersama Dara. 

Dear Dara, 
Andai memang kita berjodoh,
Sayalah orang paling gembira di dunia. 
But dear Dara, 
Andai jodoh kita tiada,
Jangan kecewa sebab bermakna Dia ada pilihan yang lebih bagus untuk awak.



 p/s : dah puas baca? ;) ku tengah gigih nak edit sana sini, bear with me dear darlings! Terima kasih atas sokongan yang tak pernah putus. Hugs!

8 comments:

  1. Teaser lagi while waiting for 'birth'😘😘😍

    ReplyDelete
  2. Was waiting for this...tq

    ReplyDelete
  3. Serius.... X sabar tunggu happy ending.maybe

    ReplyDelete
  4. Just finish reading ingatkan dia tentang setia. I hate you for making me cry like crazy frm the starting sampai last menitik lagi😒 i love you for making such a master piece. Would love kalau ada sambungan bout anak diorg or what but nevermind hehe 😆-- I've been here since jbc unedited version and have read that thousand times until you suddenly change the whole story but you never fail to make me feel so into the novel and make it one of my fav novel.lastly, you did a great job and i'm looking foward for more! 😙

    ReplyDelete
  5. it must be hard for Dara to forget everything bout Al.really want to know why Al leave Dara for sasha.been waiting for the next entry....or book?

    ReplyDelete