Friday, June 2, 2017

DI ANTARA SEMUA BINTANG (BAB 4)




BAB 4



"Weekend ni you free tak?"

"Free."

"Then you will be on duty for this week's roadshow. It will be from 8am to 5pm. Our aim is to get at least five sales each person for each day. Bla bla bla..."

What the...fudge? Mata Eva membulat besar. Serius dia menyesal kata dia free hujung minggu ni. Bila tengok muka boss besar kat depan yang sedang petah  menerangkan tentang roadshow, dia rasa macam nak lempang dengan dokumen pelanggan yang dipegang.

"Tapi boss, I ada plan lain hujung minggu. Kira nak melawat saudara kat kampung. Isteri dia baru lepas bersalin."

Oh, Eva..silalah rendam muka sendiri di dalam perigi lepas ni sebab menipu tanpa rasa bersalah. Kampung pun tak wujud, dia pulak sebatang kara. Nak melawat siapa cik kak?

"Tapi I nak tolong you. Sales you paling sikit bulan ni. Kalau you tak berusaha, hujung bulan ni you jugak yang bising siap tayang muka kesian sebab sales tak cukup." Tony senyum bila wajah Eva dah mencuka.

Rolling eyes...Eva terpaksa menghadiahkan senyuman yang paling tak ikhlas untuk boss besar. Memang niat Tony baik, siap bagi ceramah percuma tentang 'usaha tangga kejayaan' tapi....haih! Malas tahap beruang kalau turun kerja waktu hujung minggu.

"So I submit nama you, ya. Hoping for the best." Tony kenyit mata.

Oh sila rejam diri anda dengan lesung batu kat dapur rumah. Eva terpaksa akur. Dia kan cuma pekerja bawahan. Apa yang boss arahkan terpaksa dituruti kalau tak nak periuk nasi hilang.

"Eva..."

Eva yang baru mahu berlalu berpaling bila Tony memanggilnya semula. Jangan cakap mamat ni tak nak bagi aku cuti bulan depan pulak, sah aku lempang dengan fail kat atas meja sana tu.

"Lunch is on me today."

"Oh...okay. Thanks." Eva senyum nipis. Takkan dia nak lompat bintang sebagai tanda betapa gembiranya dia boss mak belanja makan. De'....setakat belanja makan, bukannya bagi bonus tiga bulan gaji pun.

"Eva.."

Apa lagi yang mamat ni nak? Eva berpaling kali kedua.

"Dinner is also on me. Happy belated birthday." 

"Huh? Macam mana you tau? And my birthday was two days ago." Kening Eva terangkat sebelah.

Tony tersenyum. Kalau dia bagitau yang dia tengok nombor kad pengenalan Eva, nanti kena cop stalker pulak. Lagipun dah dua tahun Eva kerja di sini, mana boleh lupa tarikh penting macam tu. Cuma tahun ni dia lambat sebab baru pulang dari outstation.

"Ok tak malam ni?" Tony masih mencuba nasib. Eva ni macam merpati. Jinak tapi bila diajak liat giler.

"Alright. I on aje. Tapi dengan syarat." Eva tersengih.

"Apa dia?"

"Nashrah ikut sekali."

"Set."

Yuhuuuu! Waktu macam ni barulah boleh consider nak lompat bintang ke tak. Boss belanja takkan nak ditolak, rezeki tu babe.

"Eva..."

Oh maigad...berapa kali mamat ni nak panggil nama aku? Eva berpaling untuk kali ketiga.

"Why never you try going out with me? Once at least." Tony cuba memancing.

Dua tahun dia cuba untuk memikat Eva tapi sampai sekarang tak dapat. Nak kata Eva tak lurus, tak jugak. Elok aje teruja tengok Vin Diesel dalam Fast and Furious kat Youtube. Tapi hati Eva memang keras, tak tahu macam mana nak ditembusi kalau niat hati memang nakkan Eva.

"No internal affairs are allowed anywhere around the world, boss." Eva kenyit mata. Tony dah cuba pelbagai cara, tapi dia tak pernah ambil serius. Kalau ada affair di pejabat mana best. Buat suasana jadi awkward saja.

Tony tergelak. "Then we can talk about this later, masa dinner."

“Oh ya, jangan lupa malam nanti ada tiang lampu." Jangan buat-buat tak ingat yang Nashrah pun akan ikut sekali.

Tony tergelak lagi, kali ini lebih kuat berbanding tadi. Damn! Eva is really one of a kind. 





TING!

Eva menoleh ke arah pintu utama. Kalau ada pelanggan lagi hari ni naiklah sales dia. Bak kata bos besar, kenalah berusaha keras bulan ni sebab bulan-bulan sebelumnya dia 'jatuh terjunam'.

Baru mahu menuju ke arah pintu, Eva mengecilkan mata. Serius aku tak salah tengok? Atau aku gila bayang pagi-pagi macam ni?

"Hai, selamat pagi encik. Nak cari kereta baru?" Tracy, teman sekerja Eva menyapa Red yang menapak masuk.

"Good morning. Saya nak cari Eva Chandra."

Fuh! Siap sebut nama penuh kot. Eva tak jadi berpusing dan menyembunyikan diri. Memang epic fail tahap petala lah kalau nak lari depan mata kalau kehadirannya di situ sudah disedari oleh Red. Dalam nak tak nak, dia tersenyum. Sempat dia menjeling wajah mencuka Tracy. Please lah, bukan niat dia nak 'rembat' pelanggan yang masuk tapi Red yang mencarinya.

"Hi. Nak cari satu kereta lagi ke? Atau kereta hari tu ada calar atau bumper tercabut skru?" Eva berpeluk tubuh di hadapan Red. Sempat matanya memandang Red dari atas sampai ke bawah.

Baju kemeja berwarna biru tua dengan tali leher hitam yang plain dan dipadankan dengan fitting slack. Tubuh tinggi Red mampu menarik perhatian sesiapa saja, siap dengan bonus muka kacak mestilah semua perempuan nak cuci mata. Di dalam hati terdetik nak tahu Red kerja apa. Takkan free sangat keluar dari pejabat bila jam baru pukul sepuluh pagi. Nak kata keluar makan tengah hari lagi lah tak.

"Nak cari awak." Red melemparkan senyuman. Datang sini semata-mata nak berjumpa dengan Eva, tak ke kerja gila namanya? Tapi dia tak peduli. Eva sudah menarik perhatiannya, jadi untuk dilupakan begitu saja memang taklah.

Dah ku agak! Eva berdehem.

"Saya jual kereta saja, Encik Fareed. Saya tak..."

"Red. Call me Red." Red memintas ayat Eva.

"Your name sounds like some casanova that enters a showroom and looking for random girl to go for a date." Selamba saja ayat Eva siap kenyit mata.

Red melepaskan tawa. Dia mendekati Eva. Wangian yang dipakai Eva mampu menggetarkan jiwa lelakinya. Sepasang mata yang berwarna coklat itu ditatapnya.

"Saya datang bukan nak beli kereta."

"Then?" Serius bergetar juga naluri wanita Eva biarpun suara Red bersahaja.

"Jom lunch. Saya dah bagitau boss awak."

Mata Eva membulat. Bila Red mengangguk dan mengenyitkan mata sekali lagi, Eva tak terkata. Langkahnya diatur mengekori Red yang masih memimpin lengannya hinggalah dia dipelawa masuk ke dalam kereta.

"Wait, did you just tell my boss?" Eva tak percaya. Baru aje Tony ajak dia makan tengah hari, siap dengan pakej makan malam sekali.

Melihat Red yang tersenyum nakal, Eva tarik nafas dalam. Serius Eva, senangnya kau tertipu dengan lelaki bajet cool ni. Damn! Dia terpaksa akur bila kereta Red sudah berlalu meninggalkan bangunan showroom Perodua itu.

“Kenapa beria sangat nak ajak saya keluar?” Eva terpaksa akur. Kereta dah meluncur di tengah jalan, takkan dia nak buka pintu dan melompat keluar.

“Nak makan apa?” Red di sebelah memandang sekilas.

“Soalan saya tak jawab lagi.”

“We have the whole noon for that.” 

Fine. Aku kalah. Eva mendiamkan diri di sebelah. Dia tak buka mulut banyak bila Red pun diam saja memandu. Entah manalah Red nak bawa dia. Kalau dibawa ke bulan pun dia mungkin akan pasrah saja.

“Dah. Jom.” Red tersenyum. Tali pinggang Eva dibukanya. Serius muka Eva comel bila terkejut begitu.

“Kat mana ni?” Eva menjenguk ke luar tingkap. Tu la, tadi di dalam dunia sendiri mana nak peka dengan suasana sekeliling.

“Kedai makan. Kenapa? Nak ikut saya balik rumah?” Red menyakat.

Belum sempat Eva menjawab, Red sudah keluar dari perut kereta. Mamat berwarna ‘merah’ yang bernama Red ni memang mereng. Cepat-cepat Eva meloloskan diri dari dalam kereta sebelum Red membuka pintu untuknya. Dia bukan jenis yang nak dilayan macam tuan puteri.

SASSOROSSO.

Langkah Eva terhenti bila dia mendongak menghadap nama restoran. Takkan lah tempat ni lagi. Tempat yang banyak mengukir kenangan masa lampau yang cuba untuk dibuang dari memori.


‘Jom pergi Sassorosso. Malam ni nak makan pasta.’

‘Saya nak pizza. Sassorosso punya yang terbaik.’

‘Saya  tak masak hari ni. Kita pergi Sassorosso.’


Argh! Boleh tak jangan dikenang lagi benda yang dah lama.

“Eva. Awak okey tak ni?” Red pelik tengok tubuh Eva statik. Lengan gadis itu dicapai dan digenggam.

“Kalau awak tak nak makan kat sini, kita pergi tempat lain.” Red berkrompromi.

No, it’s okay. I’m fine. Jom.” Eva beriak selamba. Genggaman tangan Red dibalas tanpa sedar dan mereka berdua beriringan masuk ke pintu utama restoran.

Leave the past. Continue walking. That’s how life is, lady! 

“Tell me more about you, Eva.” Red bersandar di belakang kerusi sebaik selesai memesan makanan. Perut sebenarnya tak berapa lapar, tapi terpaksa pakai asalan ‘jom makan’ untuk ajak Eva keluar tengah hari ini.

Eva tersenyum. Ini boleh kira masuk soalan ‘susah nak jawab’.

I’m nobody. Eva Chandra. I’m an orphan, raised up in orphanage before I decided to live on my own. Belajar tak tinggi. Setakat Diploma. Kerja....banyak dah kerja saya pernah buat. Tukang sapu. Tukang cuci piring. So far kerja dengan Autoposh  dah dua tahun, tak ada plan nak tukar kerja lagi.”

Kan dah cakap dia bukan jenis yang ‘uptown’ atau dari keluarga yang baik-baik. Serius siapa orang tua pun Eva tak kenal. Nak cerita lebih tentang masa silam jahiliahnya? Tak payahlah. Part yang tu dah lama dia nak buang ke laut dalam, cuma masih tak ada peluang lagi.

Red tenang mendengar. Dia memberi laluan pada pelayan restoran untuk meletakkan minuman di atas meja.

“Berapa gaji awak kat showroom tu?”

“Tak banyak. Cukup  untuk bayar kereta. Sewa. Makan minum.” Gaji pokoknya cuma RM900. Dan untuk setiap unit kereta yang dijual, dia akan dapat RM800. Itu pun kalau nak tinted cermin kereta dan sebagainya, perlu keluarkan duit sendiri. Pelanggan kadang-kadang demanding. Nak hadiah percuma. Nak full tank. Dan untuk tidak kehilangan pelanggan, apa saja permintaan perlu dituruti.

Then kerja dengan saya.”

“Sorry?” Eva berbalas pandang dengan lelaki di hadapannya. Adakah itu satu pertanyaan atau ayat penyata.

I can give you as much as you want. Lima kali ganda? Even sepuluh kali ganda? I can offer you all that. Dengan syarat awak kerja dengan saya.” Red memberikan tawaran yang paling bagus dia boleh berikan pada Eva. Kalau Eva nak lebih daripada itu pun tak ada masalah.

Eva blur. Air liur ditelan.

Nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Di dalam fikiran dah terbayang betapa selesanya  hidup kalau gajinya bernganda daripada apa yang dia perolehi sekarang. Tak payah ‘semput’ sangat kalau nak berbelanja dan pasti akan dapat simpan duit lebih untuk masa depannya yang masih kabur dan tiada perancangan kewangan yang baik.

“Setuju?” Red masih menunggu. Kalau nak memikat Eva adalah sangat sukar, pilihan yang dia ada adalah untuk lebih dekat dengan Eva.

Eva jungkit bahu. Serius terlalu cepat untuk dia buat keputusan. Nanti angguk tanpa berfikir panjang takut menyesal pula. Banyak yang dia perlu fikirkan. Notis dua bulan berhenti kerja. Nak deal dengan Tony big boss tu pun satu hal. Silap hari bulan kalau dia ‘cabut’ macam tu aje Tony akan mengamuk macam garuda.

“You have enough time to think about this. Let me know if you’re ready.” 

“Kenapa saya?” Eva nak sangat tahu.

Red tergelak. Dia kenyit mata. “I guess this is what we called love at first sight.”

“Sorry?” Eva masih blur. Namun beberapa saat kemudian dia tersedar....

Damn! Red, awak mungkin jatuh cinta dengan orang yang salah.




p/s : Selamat berpuasa kepada yang berpuasa dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Saya cuba siapkan manuskrip penuh cik bintang. Moga siap selepas Raya :) Selamat berhujung minggu and love loads!





No comments:

Post a Comment