“KENAPA nak ke situ lagi?”
“I haven’t throw my coin yet.”
“La, kenapa tak cakap. Kat fountain lain pun boleh buat macam tu jugak.”
“Mana sama dengan yang tu.”
“Okay, fine.” Leyla akhirnya mengalah.
Sudahnya sekarang mereka bertiga terpacak di hadapan Trevi Fountain untuk kali kedua. Leyla taklah memberontak teruk kata tak nak tapi fikir logik, siapalah yang nak pergi ke tempat yang sama selama dua hari berturut-turut? Red!
“Dah buat hajat belum?” Leyla berdiri di sebelah Red.
“Belum. Tengah ambik feel.”
Leyla tergelak. Nak buang syiling ke dalam kolam ni pun nak ambil feel ke? Jay tak jauh dari situ dah tiga kali ulang benda yang sama, agaknya banyak sangat hajat lelaki kacukan Cina-Filipino itu.
“Awak tahu tak sejarah tempat ni?” Red pandang Leyla.
“Tak. But I know Rome wasn’t built in one day.”
Red ketawa kecil. “Obviously, darling.”
“Malaslah nak cerita. Google yourself and read about it.” Red tergelak lagi bila Leyla tunjuk muncung panjang. Cukuplah sekadar dia bagitau Leyla yang fountain itu adalah antara yang tercantik di dunia dan mula dibina beratus-ratus tahun lalu. Selebihnya, baik Leyla baca sendiri.
“Tahu tak kenapa orang buang syiling kat dalam tu?” Muncung Red terarah pada kolam yang dipenuhi dengan syiling di dasarnya.
“Tak tahu. Nanti balik saya tanya pakcik Google.” Leyla jawab acuh tak acuh. Kang kena suruh google segala macam tadi makin angin pula dia. Lagi-lagi bila Red melepaskan tawa.
Jay yang berdiri tak jauh dari mereka berdua turut ketawa. Jangan ingat dia tak pasang telinga, dalam dia buat-buat sibuk dengan dunia sendiri dia masih menjadi tiang lampu di antara Leyla dan Red.
“It has its own legend. Sesiapa yang buang syiling kat dalam kolam ni akan kembali semula ke sini. It will ensure a return to Rome. Bagi orang Rome dulu, bila dorang buang syiling kat dalam ni dewa air akan tolong dan memastikan yang dorang akan selamat balik ke tempat asal sepanjang perjalanan. If you are seeking for love, throw in the second coin. And for wedding bells, throw the third coin.”
Leyla mencebik. Entah dari manalah Red dapat lagenda yang susah untuk dipercayai. Tapi bila tengok muka Red yang bersungguh-sungguh, tak nampak pula macam buat cerita ikut sedap mulut.
“Jadi sekarang awak nak buang berapa kali?” Leyla bertanya.
“Dua kali.”
“There you go. Lama-lama kayalah tempat ni kalau ada semua orang macam awak.”
Red tergelak. Hasil syiling di dalam kolam ini sebenarnya disalurkan ke pasaraya untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Dia membelakangi air pancutan dan membaling syiling dengan tangan kanannya sebanyak dua kali.
Wishlist no.1 - Dia akan kembali semula ke Rome.
Wishlist no.2 - Cinta aka Leyla. Milik dia sampai bila-bila.
Kalau tercapai kedua-duanya, dialah antara yang paling gembira di dunia.
“Dua aje? Ingatkan wishlist bertimbun macam Jay.” Leyla pandang Jay yang melontarkan syiling untuk entah kali yang keberapa.
“Cukuplah tu. Itu pun kalau dewa air zaman purba nak tolong saya.”
Leyla tersenyum. Cardigan yang berbalut ditubuh dikemaskan lagi. Setiap kali angin bertiup, badan terasa sejuk dan kadang-kadang terasa macam tak cukup pula hanya setakat cardigan yang dipakai. Tak sangka pula cuaca tahun ini lebih sejuk berbanding sebelumnya biarpun baru masuk bulan September.
“Leyla, saya nak awak ingat semua yang terjadi kat sini hari ni.” Red berdiri menghadap Leyla.
Berkerut dahi Leyla. Part mana pulak yang dia perlu ingat? Part Jay yang bercita-cita tinggi dan masih melontar duit syiling di sebelah? Part angin yang semakin sejuk dan kuat macam sekarang? Atau part Red yang melontar duit syiling sebanyak dua kali?
Bila Red semakin merapat, tubuh Leyla jadi semakin statik. Nak menapak ke belakang pun macam tak mampu.
“Come here.” Badan Leyla dibawa Red ke dalam pelukan.
“Siapa lelaki yang lukakan hati awak?”
“Red, I think you…”
“Just answer me, darling.” Dia hanya akan bertanya untuk kali ini saja.
“Bad. Nama dia Bad. Dia cinta pertama saya dan saya ingat dia akan jadi cinta terakhir saya.” Biarpun nada suara Leyla mono tapi bila nama keramat itu disebut, sakit dan luka di hati semakin terasa.
“Then lupakan dia. Yang betul-betul mencintai takkan melukai.” Kepala Leyla diusap dan pelukan semakin kejap biarpun tak berbalas.
“When you love him more than he deserves, he will surely hurt you more than you deserve. Then just forget everything about him.”
Deep gila ayat Red. Leyla tak tahu nak jawab apa. Bunyi bising di sekeliling dan bunyi pancuran air di kolam besar dah tak dipedulikan.
“I want you, Leyla. Bagi saya peluang. Kalau awak tak cintakan saya that’s fine. Semua tu tolak tepi. I will make you fall for me.” Red berbisik ke telinga Leyla. Bukan sekadar untuk mengambil hati Leyla, tapi dia mahu yakinkan Leyla untuk percayakan lelaki macam dia.
Dia mungkin bukan jenis yang ajak Leyla pergi surau dengar tazkirah atau mengingatkan Leyla setiap kali masuk waktu sembahyang. Jenis yang pakai kopiah atau songkok siap dengan jubah memang jauh sangatlah. Malah panggilan ke arah jalan keimanan untuk orang macam dia, sampainya tak tahu bila. Tapi dia ikhlas sebab hati dah jatuh cinta dengan Leyla sejak pertama kali bertemu. Sama kes macam Eva dulu, sekali tengok dah tertarik. Cuma kali ini dia mengharap pengakhiran cerita mereka berdua tak seperti kisah dia dan Eva.
Bila pelukannya dibalas, Red menarik nafas lega dan mengukir senyum. Anggap pelukan itu adalah ‘green light’ dari Leyla. Dia bukan jenis yang mengajak untuk pergi makan malam siap dengan taburan bunga di lantai dan meja. Dia juga bukan jenis yang romantik dan susun ayat ala-ala sajak cinta atau dialog drama cinta. Ayat‘I want you’ yang dia ungkapkan tadi, cukup setakat Leyla faham maksud tersiratnya.
Hope.
Love.
Laugh.
I will give them all to you, dear Leyla…
Leyla pejam mata. Pelukan yang hangat dan mendamaikan itu terasa sukar untuk dilepaskan. Dia lupa tentang masalah yang ada. Lupa tentang rasa sakit hati dan sedih. Yang dia rasa kini adalah hati yang tenang. Tenang dari segalanya.
Hope.
Love.
Laugh.
Itulah yang dia perlukan dari Red….
********
“BRO, that girl. That Leyla girl.”
“Kenapa dengan dia?”
“Bintang Red yang baru tu.”
“Itu aku tahulah. Ada apa-apa yang kau tahu lebih dari aku tak?” Jay menukar iPhone dari telinga kiri ke telinga kanan. Line tak berapa bagus, ditambah lagi dengan suara Shark yang extra nyaring di hujung sana dan tak berapa didengari.
Semalam selain orang-orang dia, dia minta tolong Shark sekali untuk mendapatkan maklumat tentang Leyla. Rasa bersalah sebenarnya mengganggu Shark yang masih berbulan madu di Maldives tapi dia tak ada pilihan lain. Nak tunggu geng kamceng lain, lama lagi tu. Shark pun boleh tahan juga kalau masuk bab mencari, kalau nak cari orang hilang memang Shark adalah yang paling hebat. Kalau Delilah yang pandai bersembunyi tu pun Shark dapat cari hingga ke lubang cacing, bermakna Leyla hanyalah tahap ‘petik jari’ saja bagi Shark.
“Mak dia orang Indonesia. Ayah orang Jerman. Menetap di Malaysia dah lama.”
“Ya, bro. Yang tu pun aku dah tahu.” Nak juga Jay hempuk kepala Shark yang sudah melepaskan tawa di hujung talian. Saja nak buat dia hilang sabar.
“Dia bukan calang-calang orang. Red dah usha belum? Atau baru nak usha?”
“Apa maksud kau?” Jay tak sedap hati.
Leyla anak tycoon besar di Malayia.
Leyla anak Datuk yang berpengaruh tinggi.
Isteri ahli korporat yang terkenal.
Perempuan simpanan orang-orang besar?
“She’s taken.”
Jay semakin berdebar-debar. “Taken tu banyak maksud, bro. Kau cakap terus-terang boleh tak?”
Dia dah geram dengan Shark. Cakap separuh-separuh manalah dia nak dengar semua tu. Straight to the point adalah ‘pattern’ Shark, tak tahu kenapa pula hari ini Shark sangat berbeza.
“Chill, lah. Kalau macam ni tunggu konco-konco kau sendiri bagitau kau. Kalau aku bagitau sekarang, kau pulak yang frust menonggeng.”
Bertuah punya kawan. Jay mengurut dahi. Kalau tak sayang harta benda dah lama dia lontar iPhone di pegangan ke dinding. Sampai Malaysia nanti dia nak ketuk kepala Shark sekali.
“Baik kau jangan telefon aje tadi, panas hati aku.” Jay berjauh hati.
Meledak tawa Shark di hujung talian. Entah manalah part yang lawak bagi Shark. Nasib baik Shark tu adalah kawan baik. Kalau tak dah lama dia putus kawan.
“Jaga Red. Kau aje harapan aku sekarang. Kalau dia kecewa lagi, jangan bagi dia terjun masuk laut.”
Ayat Shark buat Jay berfikir sendiri. Dalam lawak Shark yang tak berapa menjadi tu, dia tahu Shark serius. Kiranya hint pada diri sendiri juga supaya jangan terkejut bila Ah Beng dan Chad beritahu tentang Leyla nanti.
Bila talian dimatikan, Jay masih berdiri di balkoni bilik sambil menghadap pemandangan Colloseum. Pandai juga Leyla pilih hotel dengan ‘painting view’ yang cantik begini. Dia dan Red memilih untuk menginap di Hotel Mercure Roma Centro Colloseo ini pun sebab Leyla. Red dah ‘sound’ awal-awal, ke mana saja Leyla pergi mereka berdua akan sentiasa ikut.
“Kat sini rupanya. Ingatkan kau pergi Trevi Fountain lagi buang syiling kat sana.” Muncul Red dari belakang.
“Perli nampak. Mana Leyla?”
“Kat bilik dia. Bersiap kejap. Lepas ni kita keluar makan.”
“Kau ajak aku sekali? Aku dah penat jadi tiang lampu, bro.”
Pecah tawa Red. Kepala Jay ditunjal dengan jari telunjuknya. Bila dia ajak, Jay bising. Bila tak ajak nanti, merajuk pula.
“Ada apa-apa berita pasal Leyla?”
Haish. My gawd…kenapalah tanya aku soalan yang paling susah macam ni? Jay berdehem. Sengaja dia tak mahu menoleh ke arah Red di sebelah.
“Tak ada lagi. Nanti kalau ada apa-apa aku bagitau kau.” Kiranya jawapan paling selamat dah tu untuk Red.
“Lelaki tu nama dia Bad. Ada affair dengan minah lain sebab tu Leyla frust gila. Boyfriend. Tunang. Suami. Atau bekas suami. Aku tak tahu apa status lelaki tu pada Leyla. Tapi aku nak tahu semuanya tentang Leyla dan mangkuk hayun tu.” Ikut hati, Red nak tanya lebih banyak dari Leyla tapi dia tak nak dianggap menjaga tepi kain Leyla. Belum ada apa-apa ikatan dah sibuk nak tahu hal lama.
Jay di sebelah hanya mendengar. Bila Red sendiri yang buka mulut macam sekarang, sekurang-kurangnya dia tahu sedikit tentang kisah Leyla. Parah juga tu kalau ada orang ketiga. Lebih kurang sama macam kisah Red dengan Delilah dulu.
Delilah curang dan kantoi di depan mata Red sendiri. Kalau kantoi berdating di kedai makan mungkin Red boleh pertimbangkan lagi. Tapi kalau dah kantoi bila sedang bercanda ria di atas katil dengan muka stim tanpa rasa bersalah, memang patut Red humban kedua-duanya dengan lampu di atas meja di bilik hotel.
Red terluka dan kecewa, tapi tak teruk sangat sampai lupa yang dia masih berpijak di bumi nyata. Kecewa sekali, lepas tu move on dan lupakan Delilah. Itulah prinsip Red.
Kalau kisah Leyla pula, dia tak berapa pasti. Tapi bila dah sampai tahap menangis banjir satu Rome dan lebam mata, mungkin lebih parah dari kisah Red. Terlalu mencintai sepenuh jiwa raga agaknya, sebab tu Leyla kecewa teruk.
“Kalau lelaki tu adalah suami dia, macam mana bro?” Jay tanya soalan ‘worst-case-scenario’ yang membuatkan Red menoleh padanya dengan pandangan yang blur. Masing-masing terdiam.
“Then my love story will be the most shitty love story ever.” Red tak dapat membayangkan andai itu adalah status sebenar Leyla. Mungkin rasa kecewa itu berpuluh-puluh kali ganda lebih teruk daripada sebelum ini.
p/s : Pre-order untuk Bintang Terbaik dan Dear Zaara akan dibuka sebaik selepas penghantaran untuk mini novel Diva selesai :) Till then, love loads!
No comments:
Post a Comment