BAB 3
TERGESA-gesa Ian keluar dari biliknya. Tali leher masih belum berlilit kemas, begitu juga dengan butang kemeja yang masih terbuka di bahagian atas.
“Good morning.”
“Oh, shit!”
Dia punyalah terkejut Zaara terpacak di depan bilik sebelah. Muka mamai tu tak adalah menggerunkan, tapi rambut panjang Zaara yang mengurai tu yang nampak macam cik ponti salah rumah.
“Tak kerja ke hari ni?” Salam pagi Zaara dibalas Ian dengan soalan.
“Awal lagi. Baru jam 6.30.” Zaara menggeliat dan menggosok mata.
“Malam nanti jangan tunggu. I will be late.” Ian menuruni anak tangga. Dia perlu cepat untuk berjumpa dengan Adiya. Sang kekasih dah makin buat perangai. Bila dah demam teruk pun masih berdegil tak nak berjumpa doktor.
“Hmm…” Zaara sekadar menghantar dengan pandangan mata. Tak pernah Ian pergi kerja seawal ini. Tapi dari mata kasar nampak macam orang lambat yang mengejar masa. Nak tanya lebih, takut angin Ian bertukar jadi puting beliung.
Fikiran Zaara mula terfikir tentang apa yang terjadi semalam. Lepak di sofa. Browse tentang Ian dari pakcik Google. Lepas tu pagi ini bila terbangun dia dah terbaring elok di atas katil. Beberapa ketika kemudian, baru dia tersedar satu perkara.
Ian!
Cepat-cepat dia turun ke tingkat bawah. Hampir terjelepuk bila kaki melangkah satu anak tangga semata-semata sebab tak nak Ian pergi dulu sebelum dia mengucapkan sesuatu.
“Ian, wait!”
Ian yang baru mahu masuk ke dalam perut kereta berpaling dengan dahi berkerut.
“Ada apa?”
“Thank you for last night.” Terima kasihlah sebab tolong angkat dia naik sampai ke bilik. Sekurang-kurangnya Ian tak kejam meninggalkan dia tidur seorang diri di sofa sepanjang malam.
Ian senyum nipis. Tak tahu kenapa dia tak marah macam biasa, malah rasa geram pada Adiya hilang sebaik melihat wajah cantik Zaara di depan pintu. Betullah cakap mama, wajah Zaara ni macam mana pun tetap cantik.
“Lain kali kalau ada apa-apa awak nak tahu, tanya aje. You won’t get anything from Google.”
Damn! Zaara menayang senyum. Angguk tak, geleng pun tak. Tak payah back up diri sendiri. Tak jalanlah. Ian pasti nampak skrin telefonnya semalam. Telefon tu kadang-kadang macam dia nak tukar aje kepada yang baru. Kalau datang waktu hang tak bertempat dia, sampai ke sudahlah tak autolock atau skrin bertukar jadi gelap kecuali off lepas tu on balik.
Melihat Ian masuk ke dalam kereta, dia melambaikan tangan. Biarpun hanya senyuman nipis, itulah pertama kali Ian melempar senyum untuknya di waktu pagi. Berbunga rasa hati. Agaknya mungkinkah akan ada harapan untuk mereka berdua bahagia macam pasangan berkahwin yang lain?
Bila kereta Ian mula mengundur keluar, Zaara berpaling untuk masuk semula. Namun entah di mana silapnya, kaki tersadung di pasu bunga kecil di tepi tiang.
“Oh mak kau, Kiah!”
Elok tubuh bergolek Zaara menghempas lantai. Sakitnya ya ampun, tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hampir keluar air mata menahan perit di punggung dan kaki. Dalam dia berusaha untuk bangun, ada tangan kekar yang terlebih dahulu mendapatkannya.
“Mata letak kat mana Puan Zaara? Dalam baju?” Ian bertinggung di hadapan Zaara. Tubuh isteri dibelek sebelum mata singgah di kaki kanan Zaara yang sedikit memerah. Panik sekejap tengok Zaara bergolek macam buah nangka.
Zaara tak menjawab. Malunya apabila diperli dan bila dia mengangkat muka, Ian begitu dekat padanya. Terasa jantungnya seakan mahu terlepas keluar. Riak risau Ian menggambarkan perasaan lelaki itu saat ini padanya dan terbit rasa bersalah di hati.
“Okey tak ni?” Ian bertanya bila Zaara tak menjawab. Perlahan-lahan dia membantu Zaara untuk bangun semula. Wajah yang menahan sakit itu dipandang. Getaran di dada yang mula terasa diabaikan. Pertama kali merenung lama ke dalam anak mata Zaara, sumpah cantik!
“Okey aje.” Pendek jawapan Zaara. Tangan Ian di tubuh ditepisnya perlahan. Yang sakit kaki, bukan pinggang.
Ian berdehem. Dia sedikit menjauh dan bercekak pinggang bila debaran jantung sudah semakin tak sekata. Damn, yang tak okeynya sekarang adalah dia!
“Dapat jalan tak?” Risau tengok dahi Zaara yang berkerut seolah-olah menahan sakit bila membuka langkah.
Zaara mengangguk.
“Sakit tak?”
“Sakit sikit. Tapi nanti-nanti okeylah ni. Saya kan urat dawai tulang besi.”
Ian memandang serius wajah isteri. “Ini ke masa yang sesuai untuk buat lawak, Puan Zaara?”
“Habis tu awak nak saya merengek tahan sakit? Not my level lah, Encik Ian.”
Ian menahan sabar. Terlupa yang sakit cuma kaki Zaara, tapi mulut tu masih aktif macam biasa. Malas tunggu Zaara menapak masuk ke dalam rumah sebab perlahan sangat, dia jadi tak sabar. Tanpa amaran, tubuh isteri dicempungnya.
“Ian! Let me go, saya boleh jalanlah!” Terkejut Zaara.
Ian buat tak dengar. Perlahan-lahan tubuh Zaara diletakkan di atas sofa. Sekali lagi dia membelek kaki Zaara yang masih memerah.
“Eeeeee, orang cakap tak payah. Tak payahlah.” Perlahan saja suara Zaara. Dia bukan patah kaki pun. Sempat dia menjeling Ian yang membongkok dan mendekat padanya. Jantung yang dah dup dap dup dap cuba diabaikan.
“Mungkin kena cium bibir tu baru diam.”
“Ian!”
“Tahu takut.”
Ian mengukir senyuman lebar dan yang dia tak sedar, senyuman itulah yang membuatkan Zaara terpana. Sakit kaki tadi pun dah hilang entah ke mana.
**********
MASUK ke dalam bangunan pejabat Ian, Zaara tarik nafas dalam. Ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke sini. Pertama kali dulu adalah waktu mula-mula berkahwin, itu pun sebab sekadar dia nak tahu di mana pejabat Ian. Hari ini dia berani datang sebab mood Ian pagi tadi bunga-bunga. Semangat dia buat egg rolls dan salad buah untuk Ian. Kalau Ian tak nak belakang cerita, dia boleh makan sendiri. Naik ke tingkat enam belas, Zaara disambut mesra oleh pekerja yang ada di situ.
“This way, puan. Tuan keluar tadi, kejap lagi dia balik.” Setiausaha Ian, Lizzy melempar senyuman manis. Tak tahu pula isteri bos nak datang, nasib baik bilik bos kosong tak ada tetamu lain menunggu.
“How are you?” Zaara bertanya sambil beriringan dengan Lizzy ke bilik Ian. Dia memang selesa dengan Lizzy. Biarpun hanya selalu berhubung melalui telefon, tapi dia tahu Lizzy jenis yang sangat komited dengan kerja dan patuh pada semua arahan Ian.
Bayangkan kalau Lizzy telefon untuk memaklumkan tentang lawatan atas urusan bisnes Ian ke tempat lain, dari tema pakaian yang dipakai hinggalah apa saja keperluan yang dia perlukan akan diuruskan sepenuhnya oleh Lizzy. Malah ke mana saja dia nak pergi sepanjang Ian sibuk dengan mesyuarat di sana nanti, Lizzy yang sediakan semua aktiviti untuk dia. Pendek kata, Lizzy sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia.
“I’m doing good, puan. Minggu depan dah nak pergi Paris, tuan ada bagitahu tak?”
“No, you’re the first to tell me as usual.”
Dua-dua senyum. Zaara pendam saja dalam hati. Manalah Ian nak bagitahu dia kalau berjumpa pun setakat hi bye dekat rumah. Setakat duduk serumah tapi hidup lain-lain apa nak expect? Cuma dua tiga hari ni saja mereka berdua banyak bercakap sedikit berbanding biasa. Tapi benda macam ni dia takkan canang pada Lizzy. Air muka suami dijaga sebaik mungkin.
“Nanti saya sediakan semua keperluan puan. It’s supposed to be a one week trip and I’m sure you have lot of places to go with him. Tuan biasalah, sibuk dengan kerja tapi he’ll spend more time with you this time.” Lizzy buka pintu bilik Ian.
Untung jadi isteri Tuan Ian. Ke mana saja dia pergi, isteri pasti akan dibawa sekali. Nak cakap sebab aura pengantin baru rasanya tak sebab dah enam bulan berkahwin. Memang betullah Tuan Ian sayangkan isteri dia biarpun berkahwin di atas aturan keluarga.
Zaara senyum dan mengangguk, lepas tu dia duduk di sofa yang ada di situ. Apa yang Lizzy cakapkan sebenarnya vise versa dalam kes dia dan Ian. Percayalah, nanti kalau pergi Paris mesti dia jalan keliling Paris tu sorang-sorang. Ian takkan ada masa untuk dia.
Bila Lizzy keluar meninggalkan Zaara seorang di situ, mata melilau sekeliling. Rasanya tak ada apa yang berubah jika dibandingkan waktu pertama kali dia ke sini dulu. Susun atur perabot pun sedap mata memandang, malah gabungan warna kelabu dan hitam di seluruh bilik menambahkan aura simple dan maskulin pada masa yang sama. Mungkin hitam atau warna gelap memang warna kegemaran Ian.
Zaara menoleh ke arah pintu yang dibuka. Baru nak senyum tapi bila tengok tuan punya badan yang muncul, tak jadi dia nak excited.
“Buat apa dekat sini?” Adi terkejut tengok Zaara tiba-tiba muncul hari ini. Ian tak cakap pun isteri dia nak datang. Jangan cakap Zaara ke sini sebab nak ajak Ian keluar makan tengah hari.
“Hai. Tunggu Ian.”
Nak aje Zaara jawab dengan penuh sarkastik, lagi-lagi bila tengok senyuman nipis Adi yang sangat sinis. Tapi mengenangkan Adi adalah teman baik Ian, dia tak nak cari hal.
“Ian is busy today. Dia keluar dengan Adiya, lepas tu dia lunch dengan saya. I don’t think you have space left in his schedule for today.”
Mulut! Tak padan dengan muka kacak tapi perangai sebijik macam jembalang tanah. Zaara cuba berlagak selamba biarpun di dalam hati dia rasa nak balas dengan ayat pedas. Dia jeling aje Adi yang duduk di sofa kosong di hadapan.
“Apa dekat dalam tu?” Mata Adi terarah pada carrier bag di atas meja. Nampak macam bento carrier pun ada jugak, hampir sama dengan yang adik punya di rumah.
“Makanan. Takkan bom atom pulak.”
Terkeluar juga aura ‘syaiton’ Zaara. Dah kira cukup bagus dia bagi senyuman biarpun sangatlah tak ikhlas berbanding kalau dia tayang muka ‘resting-bitch-face’ depan Adi.
“Bawa balik ajelah. Makan dekat rumah. Ian keluar dengan saya. Ni keluar dengan awek dia pun tak tahu bila balik.”
Sorry? Aku salah dengar ke? Zaara terdiam sejenak. Bila tengok wajah selamba Adi, tak ada pula macam riak orang yang nak ‘troll’ dengan ayat minta tampar begitu. Sejak dia kenal Adi, memang dia tahu Adi tak pernah sukakan dia. Depan Ian tunjuk baiklah, tapi bila di belakang begini macam-macam ayat Adi untuk menyakitkan hati. Tak tahu apa masalah Adi dengannya dan dia tak hairan nama dia adalah antara yang di tangga teratas dalam senarai orang yang Adi benci.
“In case if you’re not aware, Ian sentiasa ada Adiya dan tak pernah ada orang lain selain Adiya.” Bagi Adi, inilah masa yang sesuai untuk memprovok Zaara. Senyumannya melebar bila riak wajah Zaara berubah. Rasanya dia sudah berjaya membuatkan Zaara goyah.
“Ian kawan baik awak, kenapa fitnah dia sampai macam tu sekali?” Suara Zaara juga turut berubah. Dah tak lantang macam tadi. Teringat nama yang tertera di skrin telefon Ian waktu pesanan WhatsApp masuk semalam. Adakah Adiya itu yang Adi maksudkan?
“Lelaki lain, Zaara. Kami tak bawa mulut pasal cerita yang tak betul. Kalau tak percaya, you can ask Ian himself.”
Tersentak Zaara. Hampir tak berkedip dia pandang wajah Adi. Otak mula ligat berfikir kenapa dia tak pernah tahu semua ini. Selama ini dia korek semuanya tentang Ian di media sosial. Facebook, Instagram, Google segala anak cucu yang seangkatan tapi tak ada satu pun tentang kisah cinta Ian sebelum dia. Yang sekarang lagilah, kalau dicari paling banyak adalah gambar dia dan Ian. Mana ada gambar dengan perempuan lain.
“Wake up, Zaara. Bukan awak yang Ian pilih. Adiya adalah segalanya bagi dia.”
Zaara sesak nafas. Ayat terakhir Adi terasa mengguris hatinya.
No comments:
Post a Comment