Tuesday, June 2, 2020

DEAR ZAARA (Part 1)



BAWANG putih. Bawang merah.
Cili kering. Cili boh.
Serbuk kari.
Ubi kentang.
Ayam segar.
Okeh, semua checked! Zaara senyum sendiri. Bersemangat dia singgah di Tesco selepas pulang kerja sebab nak masak sedap-sedap untuk makan malam. Sampai di rumah tadi, Ian belum sampai lagi. Sempatlah dia bertarung di dalam dapur sementara tunggu Ian balik.

Tell me, have you seen the sunset,
Turn into a sunrise?
Kiss right through the night?
‘Cause we should try that sometime,
Hold you till the morning,
And if I said I’m falling,
Would you just reply,
I know you are, but what am I?

Sambil memasak, Zaara menyanyi lagu hit yang dia selalu dengar di corong radio. Hentam ajelah tak tahu lirik betul ke tak, yang penting suara masih merdu.

“Masak apa?”

Terkejut Zaara sampai  hampir terlepas sudip di tangan. Suara Ian begitu dekat padanya. Bila dia berpaling, Ian sudah ada di sebelah. Panjang leher nak tengok apa yang Zaara masak dalam periuk.

“Awal balik hari ni.” Zaara mengurut dada. Soalan Ian dibiarkan tak berjawab. Terkejut satu hal. Bergetar jiwa raga satu hal terutamanya bila jarak dia dan Ian tak sampai sekaki.

“Malam ni ada dinner dengan Datuk Borhan. Temankan saya. Lepas Isyak kita pergi.” Ian merungkai ikatan di leher dan berlalu ke peti sejuk.

“Laaaa…kenapa tak cakap awal-awal. Saya dah masak dah ni.”

“Yang awak rajin sangat kenapa? Saya tak pernah pun suruh awak masak.” Air sejuk diteguk Ian rakus.

Zaara menarik nafas dalam. Ya, betul. Part tu dia tak pernah lupa. Ian tak pernah suruh dia memasak dan Ian tak pernah sentuh apa yang dia masak. Cuma dia saja yang rajin dan tak pernah berputus asa. Berharap agar satu hari nanti Ian sudi mencuba walau sesudu.

“Saya tak nak pergi, awak aje yang….”

“I don’t give you any option, Zaara. Finish whatever you’re doing and get ready after Isyak.”

Seperti biasa, Ian hanya tahu mengarah. Tak pernah walau sekali pun Zaara berhak bersuara, semuanya Ian yang tentukan. Melihat wajah tanpa perasaan Ian yang memandangnya, dia mengangguk lemah.

“Saya masak daging masak kicap. Nak try?” Zaara mencuba nasib. Masa yang sama nak ubah suasana yang sudah mula berubah tegang di antara mereka berdua.

“No, thanks.”

Ian keluar meninggalkan sang isteri yang kecewa dalam diam. Mujurlah Zaara bukan jenis yang memaksa atau memujuk sampai dia naik angin. Rasanya tak wajib pun untuk mencuba masakan Zaara. Zaara bukan yang istimewa di hati, jadi kalau tak payah jaga sangat hati Zaara pun tak apa. Itu takkan membuatkan dia rasa bersalah pada sang isteri.

Zaara terkaku sendiri. Baru hati berbunga sebab Ian sudi menegurnya sebaik pulang dari kerja, tapi rupanya ada arahan yang perlu dia patuhi dari Ian.

Temankan saya pergi majlis.
Temankan saya pergi melawat.
Temankan saya…
Bla bla bla…

Kalau bukan sebab semua itu, maaflah Ian takkan ada hati bercakap dengannya. Agaknya inilah yang perlu dilalui bila perkahwinan yang terbina bukanlah atas dasar cinta.
Akan adakah bahagia untuk mereka berdua?
Adakah Ian akan jatuh cinta padanya seperti mana dia jatuh cinta pada suami sendiri?
Adakah perkahwinan mereka berdua akan berkekalan?

Zaara tak ada jawapan untuk semua itu. Yang dia tahu, dia akan terus mencuba meraih cinta seorang Ian Yusuff.


********

CANTIK isteri you.
Macam pinang dibelah dua.
Dah berapa lama kahwin? You both look good together.

Zaara sekadar menghadiahkan senyuman pada yang memuji malam itu. Dia dah biasa dengar semua pujian itu dari sesiapa saja yang berjumpanya buat kali pertama. Ian dekat sebelah lebar aje senyuman orang puji dia cantik. Tapi kalau nak dengar kata pujian itu keluar dari mulut Ian sendiri, silalah tunggu untuk seratus tahun akan datang.

“She’s my lady. I bring her along anywhere I go.” Ian memaut bahu Zaara mesra dan dibawa lebih rapat padanya.

“Untunglah dapat suami penyayang. You must have love her so much.” Datuk Borhan memuji.

“Siapa yang tak sayang bini.” Ian tersenyum lebar. Kali ini kepala Zaara dipaut perlahan dan ciuman singgah di dahi isterinya itu.

Kalau bab berlakon, Ian memang nombor satu. Dari mata orang luar, mereka berdua umpama merpati dua sejoli dan sangat bahagia. Tak akan ada sesiapa pun yang sedar tentang kepincangan dalam rumahtangga mereka berdua. Malah mata pihak media juga turut dikaburi.

Zaara? Dia pandai jaga maruah suami sendiri. Setakat tak dihargai di dalam dunia realiti mereka berdua, dia masih boleh tahan lagi. Jangan saja Ian pasang lain sudahlah.

“Macam mana you kenal isteri you?”

Ah, sudah! Datuk Borhan yang dekat depan ni macam tak ada soalan lain. Tanya yang berkaitan dengan perniagaan cukuplah. Zaara senyum aje, bagi Ian yang jawab. Tomato ceri di hadapan disuapkan ke dalam mulut.

“We met in Zurich and I fell for her the first time I saw her.”

Zaara tersentuh hati biarpun ayat Ian tu ayat palsu. Pandangan beralih pada mata suami yang turut menjamah wajahnya. Redup saja pandangan mata Ian. Senyuman Ian lebar sampai ke telinga. Memang betul mereka berdua berjumpa di Zurich kali pertama.

Kebetulan keluarga masing-masing pergi bercuti dan orang tua mempertemukan mereka berdua sewaktu sesi makan malam. Tapi kehadirannya tak mendapat perhatian Ian. Ian langsung tak pandang muka dia. Jadi dari celah mana datangnya ‘love at first sight’ Ian? Dalam mimpi kot…

Haih, nasib kau lah Zaara. Yang beria sangat setuju untuk berkahwin dengan Ian dulu apa cerita? Sekarang terpaksalah dia hadap juga kehidupan penuh kepura-puraan Ian. Ian kan memang pandai berlakon. Jadi untuk tampak bahagia di khalayak ramai memang bukan masalah besar bagi Ian. Senyum-senyum. Peluk dia. Cium dia. Orang tengok pun melting habis. Semua tu dah cukup mengaburi mata yang memandang dan meletakkan mereka berdua dalam senarai pasangan kegemaran dan ‘happily-ever-after’.

“Nah, makan ni. Bagus untuk awak.” Ian letak potongan buah tembikai di atas pinggan Zaara.

“Yang ni pun manis. You should try.” Ian bagi pula potongan buah mangga.

Namun Zaara terdiam bila Ian menyuapkan potongan buah ke dalam mulutnya. Lakonan Ian biarpun hanya seketika, dia rasa bahagia. Hanya waktu begini saja dia dilayan sebagai seorang yang Ian sangat cintai. Selain dari itu, kirim salam ajelah.

“Has anyone ever tell you that you look more handsome when you smile?” Zaara berbisik perlahan. Itu pujian ikhlas, bukan sekadar berpura-pura macam Ian. Dekat sini bolehlah dia puji macam-macam. Kalau dekat rumah jangan harap. Nak buka mulut bertanya tentang apa-apa dengan Ian pun dia berfikir empat puluh empat kali.

Ian ketawa kecil. Bergetar juga jiwa lelakinya mendengar pujian Zaara. Yang dia tak tahu, Zaara memaknakan setiap kata. Zaara bukan macam dia, segalanya lakonan semata-mata.

“You’re the first one that makes my heart beat run faster than usual.” Ian berbisik ke telinga Zaara. Dalam otak sebenarnya dia tengah memproses ayat sendiri. Lain yang dia nak cakap, lain yang keluar.

Zaara tersenyum lebar. Satu kucupan singgah di pipi Ian. I wish all your words are true, sweetheart. Kemudian, iPhone di dalam tas tangan dicapai Zara.

“Smile, Ian.”

Klik! Zaara kan selfie queen, ke mana saja dia pergi semuanya akan dia update di media sosial. Puas hati tengok gambarnya bersama Ian. Gambar Ian cium pipi dia pun ada sekali. Itulah gambar-gambar yang dia upload di Instagram.

Quality time with my superhero.

Cantik aje caption gambar mereka berdua. Hanya dalam beberapa minit saja sudah mendapat beratus-ratus likes. Disebabkan Ian adalah orang yang berpengaruh dan terkenal dalam bidang perniagaan, dia pun turut menjadi tumpuan ramai. Itu yang pengikut di Instagram banyak sampai tujuh puluh ribu.

Ya, segalanya indah di mata orang luar. Tak ada satu pun gambar sedih atau pincang yang dia tunjuk. Namun hakikatnya, hati Zaara sunyi dan sentiasa terguris. Cintanya tak pernah berbalas dan dia tak pernah meluahkan pada sesiapa.

Some people aren’t really all that they ‘post’ to be. And I am one of them…..


p/s : Kalau tak ada aral melintang, Dear Zaara akan keluar sekali dengan Bintang Terbaik bulan pada bulan hadapan. Dah lama siap tapi sebab impromptu project Bittersweet Diva, sebab tu dua-dua delay :) Terima kasih pada yang menyokong karya saya selama ini. Love loads! 






No comments:

Post a Comment